Showing posts with label cara kemaskini BRIM 2014 secara online. Show all posts
Showing posts with label cara kemaskini BRIM 2014 secara online. Show all posts

Friday, January 3, 2014

BRIM 2014 Terus DiSalur Ke Akaun Bank Pemohon


Fakta mengenai pembayaran BR1M 3.0

1. Bantuan Rakyat 1Malaysia BR1M 3.0 2014 akan disalur terus ke akaun bank penerima sekiranya semasa kemaskini anda memberikan nombor akuan bank anda.

2. Bagi yang tiada akaun bank. Duit bantuan BR1M 3.0 akan disalurkan secara manual seperti dulu yang berbentuk baucher. Tapi dijangka perlu beratur panjang semasa hari pembayaran.




Jelas tak berkenaan perkara ini. Jadi bagi mereka yang tiada akaun bank jangan bimbang anda akan dibayar secara manual. Yang ada akaun bank tu mohon untuk kemaskini (bagi yang belum kemaskini) bagi yang dah kemaskini tapi tidak isi ruangan maklumat bank ke atau maklumat lain aku tak pasti plak sama ada boleh buat kemaskini lagi sekali ke tidak.

Rasa nya tak boleh buat. Anda kena berhubung dengan LHDN. Tak apa jangan risau aku sediakan nombor untuk dihubungi di sini.

BR1M Hotline 1-800-88-2716.

Untuk yang belum kemaskini online sila buat sekarang di link yang sediakan.






Tuesday, December 24, 2013

Borang Mohon dan Kemaskini BRIM 2014 Online


Semalam 23 Disember 2013 adalah tarikh yang ditunggu-tunggu bagi mereka yang layak untuk memohon Bantuan Rakyat 1 Malaysia atau BRIM. Aku adalah salah seorang dari jutaan rakyat yang layak tersebut. Tapi aku dah tak perlu isi borang sebab sebelum ini aku dah pun terima BRIM 1.0 dan BRIM 2.0.

Cuma aku ada sikit data yang nak dikemaskini. Alamat terkini. Cerita nya begini untuk BRIM 1.0 dulu aku tinggal di Kuantan jadi nya alamat Kuantan la. Tahun lepas aku pindah ke Temerloh jadi aku update alamat kampung sebab rumah kat Temerloh aku tak duduk sangat masa weekend.



   
Dan untuk BRIM 3.0 sekali lagi aku update alamat yang lain. Kali ini baru aku guna alamat Temerloh. Aku dah selesai dah update semalam walaupun ada masa nya link untuk update dan mohon borang tersebut kadang-kadang tidak boleh di akses.

Harap mereka yang belum daftar tu bersabar mungkin server borang tu jammed. Ye la kan mungkin ramai yang nak masuk ke link tu dalam satu masa. Jadi yang belum mohon atau update data boleh ke link di bawah ini :


No telefon untuk pertanyaan : 03-8000 8000

BR1M Hotline 1-800-88-2716. 




Monday, December 23, 2013

Link Permohonan Baru BRIM 3.0 & Cara kemaskini BRIM 2014 secara Online




Berikut disertakan cara-cara bagi mengemaskini data bagi mereka yang pernah menerima BRIM 2.0 sebelum ini.

1. Mula-mula sila masuk ke SINI pilih sama ada mohon baru atau kemaskini

2. Masukkan no kad pengenalan anda dan tarikh lahir dan klik kemaskini permohonan BRIM 2.0 pada butang yang terdapat di sebelah bawah kanan

3. Pilih untuk mengemaskini data seperti :-

a. No telefon rumah
b. No telefon bimbit
c. Pekerjaan
d. Maklumat bank
e. Alamat e-mel
f. Alamat surat menyurat terkini



4. Setelah mengisi semua yang dirasakan perlu contoh alamat baru atau maklumat bank dan masukan kod pengesahan akan keluar satu "dialog box" untuk pengesahan

5. Tandakan pada kotak saya setuju dengan terma dan syarat di atas dan klik pada kotak setuju dan hantar

6. Satu dialog box akan keluar dan beri tahu yang permohonan telah berjaya di kemaskini

7. Sedia untuk cetak

8. Selesai