Tuesday, February 28, 2017

Pendaftaran Online Tahun 1 Sesi 2018 dan 2019


Pastinya ramai ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang akan melangkah ke alam persekolahan tahun 1 pada tahun 2018 dan tahun 2019. Oleh hal yang demikian, admin ingin kongsikan kepada semua ibu bapa di luar sana link untuk Pendaftaran Online Tahun 1 Sesi 2018 dan 2019 melalui laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia.

Jadi anda ibu bapa perlu mengambil perhatian tentang beberapa perkara sebelum anda mendaftarkan anak anda melalui sistem Pendaftaran Online Tahun 1 Sesi 2018 dan 2019 ini. Perkara yang perlu anda lihat dan ambil perhatian adalah :

Siapakah yang perlu daftar untuk kemasukan tahun 1 pada 2018 dan 2019?
Mereka yang perlu mendaftar adalah kanak-kanak Warganegara Malaysia yang lahir:

Tarikh Lahir 2 JAN 2011 - 1 JAN 2012
Tahun Persekolahan 2018

Tarikh Lahir 2 JAN 2012 - 1 JAN 2013
Tahun Persekolahan 2019

Pendaftaran secara atas talian di : https://public.moe.gov.my

Tarikh Pendaftaran dibuka: 1 Mac 2017 - 30 April 2017

Adakah yang tahun persekolahan 2019 perlu mendaftar juga?

  • Ya, pendaftaran dibuka awal 2 tahun sebelum.
Siapakah yang perlu mendaftarkannya?
  • Ibu Bapa
Untuk maklumat penuh cara-cara bagaimana untuk mengisi borang pendaftaran ini anda semua boleh merujuk rajah bergambar dengan hanya klik di SINI
Semoga bermanfaat untuk semua.Mohon untuk anda kongsikan kepada yang lain.

Friday, February 24, 2017

Fungsi My Story Pada Aplikasi Whatapps

Beberapa hari ini terdapat perubahan kepada interface atau fungsi media sosial Facebok. Fungsi My Story ini telah dimulakan oleh Instagram diikuti oleh Facebook dan terbaru oelh Aplikasi Whatapps. Ramai yang tahu untuk menggunakan fungsi Facebook Story dan Instagram Story tetapi admin pasti ramai yang kurang arif Fungsi My Story Pada Aplikasi Whatapps. Jadi admin ingin kongsikan kepada anda pembaca semua tentang Fungsi My Story Pada Aplikasi Whatapps yang admin ambil dari laman popular TV14.MY

Selepas beberapa ketirisan sebelum ini, kini WhatsApp turut memperkenalkan fungsi seumpama Facebook Stories dan Instagram Stories pada aplikasi mereka, dinamakan sebagai WhatsApp Status. Seperti ramai sedia maklum, WhatsApp sedia menyediakan fungsi “Status” pada aplikasi mereka sejak sekian lama. Walaubagaimanapun, ia sekadar perkongsian teks, dan pengguna perlu secara manual melihat profil anda untuk membaca status teks yang dikongsikan – atau melihatnya melalui buku alamat.

Kini, perkara berkenaan berubah. WhatsApp mengatakan kini “Status” berevolusi, dan membolehkan pengguna merakamkan gambar atau video, seterusnya menambah emoji atau teks sebelum ia dikongsikan bersama rakan-rakan lain di WhatsApp. Berbeza dengan sebelum ini juga, WhatsApp membuat perubahan pada antaramuka, dan kini menyertakan tab khusus dinamakan Status untuk memaparkan kemaskini daripada rakan-rakan anda.

Seperti biasa, pengguna boleh berinteraksi dan secara tidak langsung menjadikan aplikasi WhatsApp lebih sosial berbanding sebelum ini. Pelbagai perkongsian yang dilakukan juga akan hilang selepas tempoh 24 jam, dan WhatsApp mengatakan perkongsian ini melalui penyulitan – sama seperti penghantaran dan penerimaan mesej supaya ia tidak dilihat pihak ketiga.

WhatsApp mengatakan fungsi ini diperkenalkan bersempena dengan ulang-tahun ke-8 mereka yang jatuh pada 24 Februari ini. Seperti kebiasaan, WhatsApp akan memperkenalkan ciri baru ini secara berperingkat kepada semua pengguna – sama ada Android, iOS atau Windows Phone – bermula hari ini.

Tuesday, February 7, 2017

Live Streaming Gamba Osaka VS JDT 7 Feb 2017


Pastinya seluruh peminat bola sepak di seluruh negara menantikan saat di mana menyaksikan perlawanan bertaraf antarabangsa melibatkan pasukan bola sepak dari negara kita Malaysia. Tidak lain dan tidak bukan pasukan Johor Darul takzim atau lebih dikenali sebagai JDT. Jadi admin tidak pasti sama ada terdapat Live Streaming Gamba Osaka VS JDT 7 Feb 2017 pada hari ini.

Tetapi yang pasti untuk perlawanan antara Gamba Osaka vs JDT pada hari ini akan disiarkan secara langsung hanya di Astro Astro FOX Sports Channel 812/832 HD bermula jam 5.30 petang dengan sepak mula pada jam 6.00 petang waktu Malaysia.

Ayuh seluruh rakyat Malaysia kita sama-sama mendoakan kejayaan yang cemerlang kepada pasukan JDTseterusnya membawa kemenangan untuk terus layak ke pusingan seterusnya. Ini bukan sahaja menaikkan nama JDT seterusnya menaikkan lagi nama bola sepak Malaysia.

JDT atau Johor Darul Ta`zim akan bertandang ke Suita City Stadium melayan kelab Jepun Gamba Osaka dalam perlawanan palyoff pusingan ketiga ACL. Jika menang JDT akan bermain dalam saingan sebenar ACL satu kumpulan dengan Adelaide United dari Australia, Jiangsu Suning dari China dan Jeju United dari Korea Selatan.

Menentang Gamba Osaka bukanlah mudah apa lagi bermain dihalaman lawan dengan faktor suhu sejak sedikit sebanyak pasti memberi kesan kepada pemain JDT. Namun mereka telah lebih awal ke sana dan diharap mereka telah dapat menyesuaikan diri dengan cuaca. Besar harapan peminat di Malaysia mahu melihat JDT bermain dalam Liga Juara-Juara Asia.

Panas!!! Hati-hati Naik Uber


Seperti yang semua ketahui bahawa tengah hangat perkhidmatan uber sekarang. Untuk maklumat, Uber ia merupakan salah satu perkhidmatan yang menghubungkan pengguna dengan pemandu kereta mewah dan teksi, sekaligus memudahkan pengguna untuk tiba disesuatu destinasi dengan baik. Tetapi ada cerita Panas!!! Hati-hati Naik Uber.

Ia menyediakan perkhidmatan melalui aplikasi khas, membolehkan pengguna melihat kedudukan semasa kenderaan, membuat tempahan, dan sebagainya. Berbeza dengan penggunaan teksi biasa, pembayaran dilakukan terus melalui Uber, dan bukannya kepada seseorang pemandu. Daripada apa yang diketahui, caj yang dikenakan adalah hampir 50% ke 75% lebih mahal berbanding teksi biasa, memandangkan jenis kenderaan yang digunakan adalah berbeza.


*HATI-HATI NAIK UBER DI KUALA LUMPUR !!!*_

Kejadian ini terjadi hari Khamis mlm Jumaat lalu, demi melindungi mangsa kita sebut saja namanya Lina. Sebab ada pekerjaan yg harus diselesaikan, mlm tu Lina bekerja sampai larut mlm di office di depan Masjid India...Kira-kira jam 11 mlm, Lina memesan uber utk menghantarnya pulang ke rumah sewanya.
 

“Stadium Merdeka ya bang?” ujar Lina. Pemandu uber itu hanya menggangguk & langsung menjalankan uber. Selama perjalanan tdk terjadi percakapan antara Lina & pemandu uber. Mungkin Lina merasa letih karena bekerja sampai larut malam.

Pemandu uber juga tidak berniat untuk berkomunikasi. Sekitar 20 minit lamanya keheningan terjadi, tiba2 Lina ingat kalau ia tdk bawa cukup duit buat bayar tambang. Di dompetnya cuma ada sekitar 8 ringgit saja & Lina cemas takut tak cukup.

Lina lalu menepuk belakang pemandu uber dgn maksud berhenti dulu di kawasan Lebuh Ampang utk mengeluarkan duit di ATM. Tapi setelah blkg nya di tepuk tiba2 pemandu uber itu secara melulu & memutarkan stering ke kanan ke kiri sambil berteriak histeria...

Sampai akhirnya uber itu melanggar pembahagi jalan & pokok mangga..

Untung Lina & pemandu uber tidak mengalami luka parah.

Pemandu uber itu kemudian menoleh & bercakap dengan Lina :

_“Maaf saudari... saudari x apa-apa kan? Saudari tepuk blkg saya tadi... terkejut saya setengah mati !!”_

_“Laaa, tepuk blkg bahu pun x blh?!”_ jwb Lina heran

_“masalahnya ini hari pertama sy jadi pemandu uber.”_

_“Sebelum ni kerja apa Cikkk ?_” tanya Lina turut terkejut.

_"Saya kerja 20 tahun jadi pemandu Van jenazah”_ jawabnya...

_"Tu la terkejut sgt saya tu..._


"JANGAN MARAH ARRRR"