loading...

Wednesday, January 11, 2017

Adenan Satem Meninggal Dunia


Baru mendapat perkhabaran tentang Adenan Satem Meninggal Dunia. Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem meninggal dunia kira-kira jam 1.20 tengah hari tadi pada usia 72 tahun. Memetik beberapa laporan dan tweet dari Menteri Belia dan Sukan sebentar tadi.

Di Twitter, Menteri Belia dan Sukan mengucapkan takziah kepada keluarga arwah dengan berkata: “Takziah kepada Puan Sri Jamilah & keluarga & rakyat negeri Sarawak atas kembalinya ke rahmatullah Ketua Menteri TS Adenan Satem. Al Fatihah.”

Pemergian allahyarham kembali ke Rahmatullah amat dirasai oleh kerana beliau bakal menyambut hari kelahirannya yang ke-73 tahun pada 27 Januari depan. Arwah merupakan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

Allahyarham merupakan ketua menteri kelima negeri terbesar di Malaysia tersebut selepas mengambil alih jawatan daripada Tun Abdul Taib Mahmud pada 28 Februari 2014.

Tuesday, January 10, 2017

Biodata Faiz Subri


Admin kongsikan kepada anda Biodata Faiz Subri. Sebelum bercerita panjang mengenai Biodata Faiz Subri admin terlebih dahulu ingin mengucapkan jutaan tahniah kepada Faiz Subri kerana telah mengharumkan nama Malaysia di mata dunia. Awal pagi tadi Faiz Subri telah memenangi Anugerah FIFA Puskas Award 2016 kerana jaringan cantik beliau ketika perlawanan liga super menentang Pahang. 

Nama penuh : Mohd Faiz Subri
Tarikh lahir : 8 November 1987 (29 tahun)
Tempat lahir : Air Hitam, Kedah, Malaysia
Ketinggian : 1.72 M (5ka 7 inci)
Posisi permainan : Attacking Midfielder, Striker

Maklumat kelab
Kelab terkini : Pulau Pinang
Nombor : 13


Faiz bermain bersama skuad muda Kedah FA dari 2006 hingga 2009. Dia beralih ke KSK Tambun Tulang, sebuah kelab di Perlis pada 2009 yang bermain di Liga FAM, dan juga skuad Piala Emas Raja-Raja Perlis.  Kemudian Faiz bersama skuad Perlis FA pada awal 2010.

Musim 2012, Faiz menandatangani kontrak satu tahun dengan pasukan T-Team FC. Bagi musim 2013 pula, Faiz menandatangani kontrak bersama rakan sepasukan di T-Team, Zairo Anuar Zalani. Pada bulan April 2013, Faiz menyertai pasukan Kelantan FA. Selepas beliau menabur bakti bersama Kelantan sehingga akhir 2014, Faiz kemudiannya menandatangani kontrak bersama Pulau Pinang FA untuk musim 2015. Beliau membantu Pulau Pinang dinaikkan ke Liga Super Malaysia 2016 selepas muncul naib juara Liga Perdana Malaysia 2015.

Pada tahun 2012 dan 2013, Faiz buat pertama kalinya dipanggil mewakili skuad kebangsaan Malaysia ketika dibawah kendalian Datuk K. Rajagobal. Walaupun dipanggil, beliau tidak pernah membuat penampilan dan seringkali memanaskan bangku simpanan. Pada bulan Ogos 2015, Faiz kembali dipanggil mewakili skuad kebangsaan dibawah kendalian Dollah Salleh. Beliau dipanggil berikutan aksinya yang mantap bersama Pulau Pinang FA.

Pada 16 Februari 2016, Faiz mencipta kejutan apabila beliau melakukan sepakan percuma yang sungguh luar biasa ketika menewaskan Pahang FC 4-1 dalam perlawanan kedua saingan Liga Super Malaysia 2016. Gol tersebut menjadi viral di seluruh dunia lalu menganggap jaringan tersebut semirip dengan jaringan sepakan percuma bekas pertahanan Brazil, Roberto Carlos ketika Brazil bertemu Perancis pada tahun 1997. Gol itu juga telah memenangi Anugerah Puskas FIFA 2016 sebagai jaringan gol tercantik dunia melalui undian dari seluruh dunia.



Thursday, January 5, 2017

Senarai Pemain Negeri Sembilan 2017


Liga Malaysia akan bermula Januari 2017 ini. Jadi beberapa pasukan yang bermain di Liga Super dan Liga Premier sudah pun memperkenalkan senarai pemain untuk musim 2017 ini. Tidak ketinggalan skuad Hobin Jang Hobin juga telah memperkenalkan senarai pemain dan pengurusan untuk tahun 2017. Jadi ini adalah Senarai Pemain Negeri Sembilan 2017

Pengurus : En Satwant Singh.

Ketua Jurulatih : Mohd Asri Ninggal

Pengarah Teknikal : Jorg Peter Steinbrunner.

Penolong jurulatih : Hamirulah b Abu

Jurulatih kecergasan : Ahmad b Osman

Penjaga Gol :
1. Mohamad Khaharudin b Abdul Rahman
2.Saiful Amar b Sudar
3.Muhamad Yatim b Abdullah
4.Ezad Ariff b Jamaluddin

Pertahanan tengah
1. Mohd Nasriq Baharom (K)
2. Annas b Rahmat
3.Mohammad Ashmawi b Md Yakin
4.Muhammad Fauzan b Mohd Fauzi
5.Mohd Nor Hazrul b Mohd Mustafa
6.Mohd Shazlan b Anas.
7.Hariri b Mohd Safi
8.Arman Fareez Mohd Ali

Pemain Midfield.
1. Mohd Norhafizzuan b Jailani
2. Khairul Anwar b Shahrudin
3.Mohamad Izzudin b
Zainuddin
4 Sharul Igwan b Samsuddin
5 Muhammad Nizam b Mohd Ruslan
6.Curran Lawrance Singh Ferns
7.Aroon Kumar A/L Ramaloo
8.Muhammad Faizal b Abu Bakar
9.Ahmad Hazeri b Hamid
10. Muhammad Izuan Mohd Salahuddin

Penyerang

1. Mohd Rahizi B Mohd Rasib
2. Faderin bin Kadir.

Pemain Import .
1.Suzukicastanheira Brunojuinichi
Midfield - Rakyat Brazil berketurunan Jepun

2. Lee Andrew Tuck
Midfield - England

3.Vedic Nemanja
Miedfield - Serbia

4. Simic Marko
Penyerang - Croatia


Nampak dari senarai tersebut beberapa orang pemain dari negeri lain turut menyertai Negeri Sembilan untuk tahun 2017 ini. Negeri Sembilan juga memperkenalkan 4 pemain import yang semuanya baru. Semoga berjaya untuk pasukan Negeri Sembilan.