Tuesday, September 5, 2017

Permohonan Online Bantuan Musim Tengkujuh (BMT)



Admin ingin kongsikan kepada semua terutama kepada pekubun kecik getah di seluruh Malaysia bahawa Permohonan Online Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) telah dibuka oleh pihak Lembaga Getah Malaysia (LGM). Permohonan Online Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) ini cukup mudah. Hanya dengan menggunakan nombor kad pengenalan sahaja.

Tetapi harus diingat nombor kad pengenalan tersebut perlu lah berdaftar dengan LGM sebelum ini. Jadi untuk mengisi Permohonan Online Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) tersebut anda hanya perlu klik pada pautan yang admin kongsikan dan masukkan sahaja nombor kad pengenalan dan hantar. Mudah dan dah selesai permohonan anda.

Untuk memohon klik sini : Permohonan Online Bantuan Musim Tengkujuh (BMT)

Petikan laporan daripada pihak Berita Harian Online : Lebih 440,000 pekebun kecil dan penoreh getah layak memohon Bantuan Musim Tengkujuh yang dibuka mulai hari ini. Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong, berkata mereka akan menerima bantuan kewangan RM200 sebulan untuk tempoh tiga bulan mulai November ini hingga Januari depan bagi menghadapi musim tengkujuh.

"Kerajaan Persekutuan memperuntuk RM261 juta bagi memastikan kebajikan pekebun kecil dan penoreh getah terpelihara ketika musim tengkujuh. "Kementerian melalui agensi pelaksana, Lembaga Getah Malaysia amat komited memastikan pelaksanaan bantuan ini berjalan lancar menerusi kaedah permohonan yang mudah serta mesra rakyat," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Bantuan berkenaan ialah inisiatif yang diperkenal buat pertama kali bagi meringankan beban kewangan pekebun kecil dan penoreh getah apabila sumber pendapatan utama mereka terjejas akibat hujan berpanjangan pada akhir tahun.
0 comments for "Permohonan Online Bantuan Musim Tengkujuh (BMT)"