Friday, May 26, 2017

Selamat Berpuasa 2017



Pihak admin dan seluruh team phat dot my ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadan 1438H dan Selamat Berpuasa 2017 kepada seluruh umat Islam di seluruh Malaysia. Di kesempatan ini admin ingin memohon maaf atas apa jua posting yang dibuat selama ini ada menyinggung perasaan pembaca sekelian.

Admin ingin berkongsi sedikit perkongsian berkaitan puasa yang diambil di laman sesawang JAIS. 

KEWAJIPAN BERPUASA

Firman Allah ( Ayat Al-Baqarah ayat 183 dan 185 )

"Wahai orang-orang beriman!! Kamu diwajibkan berpuasa sebagimana yang diwajibkan ke atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa".

Bagi orang-orang Islam yang beriman, bulan Ramadhan adalah bulan yang dinanti-nantikan ketibaannya oleh setiap ummat Islam, memandangkan ia bulan yang mulia dan memberi begitu banyak manfaat dan keistimewaan, faedah, fadhilat dan masa depan yang cerah bagi mereka yang tahu dan menghayatinya.

KEUTAMAAN RAMADHAN

Terdapat puluhan hadis Rasulullah saw yang menjelaskan tentang fadhilat dan keutamaan pusa di bulan Ramadhan, bukan sahaja untuk manfaat ummat Islam di akhirat kelak, malah ianya memberi faedah yang besar untuk kesihatan tubuh badan manusia di dunia ini.

ANTARA FADHILAT DAN KELEBIHAN BERPUASA DI BULAN RAMADHAN.

1. Pintu langit dibuka

2. Pintu-pintu syurga di buka


FADHILAT YANG LAIN

1. Mereka yang berpuasa akan mendapat balasan syurga

2. Orang yang berpuasa dimakbulkan permintaanya oleh Allah SWT

3. Orang yang berpuasa mendapat 2 kegembiraan iaitu semasa berbuka dan apabila bertemu dengan Allah pada hari kiamat kelak

4. Orang yang berpuasa mendapat peliharaan Allah Swt

5. Orang yang berpuasa dengan sempurna dijanjikan mahligai yang indah di syurga

6. Setiap kali sujud orang yang berpuasa, dikurniakan 1700 kebajikan, dibinakan mahligai di syurga dan 70,000 malaikat memohon keampunan baginya dari pagi hingga petang.

AMAL IBADAH DI BULAN RAMADHAN

Dalam khutbah terakhir bulan Sya'ban untuk persediaan menghadapi bulan Ramadhan, Rasulullah saw telah memberi nasihat kepada ummat Islam supaya menyempurnakan amal ibadah sepanjang bulan ramadhan, antaranya ialah:

  • Solat sunat Tarawih
  • Solat-solat sunat yang lain
  • Bantu membantu sesama umat islam seperti bersedekah dan seumpamanya
  • Memberikan hidangan berbuka puasa
  • Banyakkan membaca tahlil
  • Banyakkan beristighfar dan bertaubat, memohon keampunan kepada Allah swt
  • Banyakkan berdoa memohon syurga dan perlindungan dari azab neraka
  • Banyakkan bersabar, kerana bulan Ramadhan adalah bulan kesabaran.
  • Tinggalkan dan jauhi dari segala perbuatan maksiat dan kemungkaran, kerana ia boleh menghapuskan ganjaran pahala ibadah kita.
Oleh itu marilah sama-sama kita berpuasa dengan seikhlas-ikhlasnya. Jangan kita hanya berpuasa, kerana ikut orang lain berpuasa atau kerana bapa kita puasa, maka kita juga kena puasa. Hayatilah kelebihan-kelebihan berpuasa, agar kita sempurna di dunia dan di akhirat.

Monday, May 22, 2017

Semakan Keputusan EGTukar 2017


Adakah anda salah seorang daripada guru-guru yang memohon untuk bertukar pada tahun ini. Jika ia mungkin tahun ini adalah rezeki bagi anda. Kerana mengikut laporan sebuah akhbar baru-baru ini, dikatakan 9000 permohonan pertukaran guru telah diluluskan. Jadi kepada semua jom buat Semakan Keputusan EGTukar 2017 hanya di SINI.

Untuk semakan egTukar 2107 ini anda perlu ketahui 2 perkara iaitu :-

1. Semakan dibuka pada 22 Mei 2017 bermula jam 6.00 petang

2. Semakan penempatan pertukaran yang diluluskan dibuka pada 30 Mei 2017

Jadi kepada semua yang terlibat jangan lupa untuk menyemak hari ini 22 Mei 2017 bermula jam 6.00 petang. Kepada yang berjaya untuk permohonan kali ini tahniah admin ucapkan. Kepada yang tidak berjaya anda boleh mencuba untuk memohon semula pada sesi yang berikutnya.

Thursday, May 18, 2017

Kes David Teo dan Mat Over Selesai


Sesi Dialog Transformasi Nasional TN50 Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bersama penggiat Seni di Seri Perdana, di Putrajaya bertukar kecoh seketika apa secara tiba-tiba telah berlaku satu insiden yang amat mengejutkan. Ia melibatkan Datuk David Teo dan pelawak Mat Over. Selepas beberapa ketika kekecohan tersebut berlaku mereka berdua kembali semula untuk berdamai di depan YAB Perdana Menteri. Admin petik laporan akhbar berkenaan Kes David Teo dan Mat Over Selesai di depan YAB Perdana Menteri. Gambar dan berita dari Harian Metro Online.

“SAYA tak rasa apa yang saya buat itu keterlaluan kerana tindakan berkenaan untuk mengajarnya cara beradab terutama di hadapan pemimpin yang menjadi tuan rumah pada acara ini. "Saya juga tidak kesal dengan tindakan ini kerana sikap David tidak menghormati Perdana Menteri dan Rosyam selaku moderator. Sepatutnya sebagai rakyat Malaysia perlu ada adab dan hormat-menghormati," kata pelakon dan pelawak Sulaiman Yassin atau lebih terkenal dengan panggilan Mat Over.

Mat Over menampar penerbit filem dan drama Datuk David Teo sehingga sesi Dialog Transformasi Nasional TN50 Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bersama Penggiat Seni di Seri Perdana, di Putrajaya, malam ini, terhenti seketika. David ditampar oleh Mat Over di hadapan Najib dan perantara program, Datuk Rosyam Nor .

Insiden bermula apabila David menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap Rosyam yang tidak memandang ke arah tempat duduknya, sebaliknya memberi fokus kepada penonton di barisan hadapan. David menyifatkan tindakan Rosyam tidak adil kerana tidak memberi laluan kepada mereka di barisan belakang untuk bertanya soalan dan menyuarakan pandangan.

Dalam kekecohan mempertahankan pendapat masing-masing, Mat Over secara tiba-tiba meluru ke depan pentas bagi memberi amaran kepada David supaya tidak kurang ajar sambil menampar muka penerbit itu. Di sebalik kekecohan itu, Najib dan Rosyam tetap meneruskan dialog sehingga ke penghujung acara sehinggalah David dan Mat Over dibawa masuk semula ke dalam dewan untuk bertemu Najib bagi menyelesaikan perkara itu secara baik.

Mereka berdamai dengan bersalaman sambil disaksikan Najib dan Rosyam. David dan Mat Over turut bersalaman dengan Najib dan Rosyam. Mat Over berkata, dia sudah berfikir dahulu sebelum menampar David kerana menganggap cara penerbit filem dan drama itu kurang ajar.

David dan Mat Over bermaafan dan bersalaman selepas berlaku kekecohan di hadapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Rosyam Nor pada Program Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) bersama Segmen Penggiat Seni di Dewan Bankuet, Seri Perdana.

Dalam pada itu, David tidak sangka Mat Over boleh bertindak begitu kerana selama ini pun dia tidak mengenali pelakon itu. "Tiba-tiba saja dia meluru serta menampar dan saya terkena dahi saya. Saya hanya mempersoalkan tindakan Rosyam tidak menggunakan pentas bulat itu dengan sepenuhnya dan hanya fokus satu arah di depan saja sedangkan saya juga mahu bertanyakan soalan kepada Perdana Menteri. "Saya tidak akan mengambil sebarang tindakan undang-undang dan sudah memaafkannya," katanya