Friday, April 14, 2017

Resipi Donat Cheese Dan Cara Membuatnya


Hari ini berbekalkan kuasa Fb Viral oh Viral admin ingin kongsikan kepada anda semua pembaca setia phat dot my Resipi Donat Cheese Dan Cara Membuatnya. Dikatakan bahawa donat cheese ini akan menjadi pencabar kepada kuih keria gula melaka yang sedang memegang ranking kuih paling panjang beratur untuk membelinya.Jadi apa kata anda buat sendiri. Bukan apa admin dah tolong carikan dah ni Resipi Donat Cheese Dan Cara Membuatnya. Jadi apa tunggu lagi pergi lah kedai cari bahan.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat Donut Cheese adalah :-


4 cawan tepung gandum
3 sudu besar merjerin
2 sudu besar susu pekat
1 sudu besar gula
1/2 cawan air suam
1/2 cawan air
1 peket mauripan
Sedikit garam
Cheese slice

Cara-cara membuat Donat Cheese yang mudah-mudahan menjadi dan sedap adalah :


1) Ambil setengah cawan air suam larutkan gula , yis segera dan kacau sehingga sebati . Biarkan sampai yis mengembang dalam 20 minit .
2) Tepung gandum tadi ramas dgn marjerin , susu dan garam sampai sebati .
3) Bila yis dah mengembang . Masukkan yis tersebut ke dalam tepung tadi diselang seli dgn setengah cawan air sehingga menjadi doh yg tidak melekat di tgn.
4) Rehatkan doh dalam 30 minit , tutup doh tersebut dgn kain basah .
5)Selepas 30 minit , doh tersebut dah naik . Tumbuk doh tersebut untuk mengeluarkan angin .
6) Boleh canaikan doh tersebut , jgn tebal sangat dan terlalu nipis sangat . ( untuk cheese saya buat dgn menekap kan menggunakan cawan minuman plastik ). Kalau donut biasa saya gunakan acuan donut .
7) Sebelum menggoreng donut tersebut . Rehatkan donut itu selama 30 minit supaya ia mengembang dgn cantik .

SEKIAN SELAMAT MENCUBA
0 comments for "Resipi Donat Cheese Dan Cara Membuatnya"