Tuesday, April 11, 2017

Jangan Takut Kahwini Gadis Negeri Sembilan


Orang luar dari Negeri Sembilan semestinya takut untuk mengahwini gadis dari Negeri Sembilan. Kerana apa kerana mereka semua tidak faham tentang adat perpatih yang diamalkan di Negeri Sembilan. Jadi anda Jangan Takut Kahwini Gadis Negeri Sembilan. Jika anda seorang lelaki yang mempunyai buah hati gadis Negeri Sembilan anda perlu baca dan hadam apa yang admin kongsikan ini.

Pastinya anda pernah mendengar lagu Gadis Jolobu dendangan Waris dan Dato' Hattan bukan? Antara bait-bait lirik lagu tersebut ada menerangkan berkaitan perbincangan dalam artikel ini. Ughang luar salah tafsir koba gadih kito bahayo Lopeh coghai semuo ghoto jadi milik dio Jangan salah anggap napo lobihkan pompuan Sobab laki boleh hidup kalau campak dalam hutan. Nampak tak pada lirik pun dah secara dasarnya menerangkan kenapa perempuan mendapat harta pusaka tersebut.

Untuk lebih jelas jom kita baca artikel di bawah ini. “Tanah adat ini adalah tanah yang turun temurun daripada nenek moyang sesuatu keluarga“. Cuba fahamkan ayat tersebut. Kalau seorang lelaki menikahi perempuan Negeri Sembilan, buat apa dia nak sentuh atau ambil harta pusaka sebelah isteri beliau? Itu bukan hak beliau pun. Amboi, kalau dah datang sehelai sepinggang tak kan nak ambil hak atau harta isteri jika berlaku perceraian kot? Itukan tanah adat keluarga sebelah isteri… harta pusaka yang dah sedia ada sebelum lelaki tersebut menikahi isterinya lagi…
 
Isu adat perpatih adalah berkaitan dengan tanah adat iaitu tanah pusaka yang diturunkan kepada saudara sebelah perempuan. Ianya tidak berkaitan dengan harta sepencarian.sedikit panduan untuk jejaka yang mempunyai pasangan gadis NS. Sila faham betul2 ye.
Adat Perpatih ini memang mementingkan kaum wanita tetapi bila bab harta ia hanya terpakai untuk HARTA PUSAKA SAHAJA.
 
Apa itu harta pusaka?
Harta pusaka ialah tanah (biasanya) yang diwarisi oleh ibu yang akan diturunkan kepada anak perempuan bongsu sahaja. Jadi harta ini sajalah yang si suami tidak boleh ambik. Bukan harta sepencarian.
 
Apa itu harta sepencarian?
Harta yang yang dibeli selepas berkahwin dengan gadis NS.
Jadi sekiranya jejaka luar berkahwin dengan gadis NS dan anak perempuan bongsu adalah jejaka yang paling beruntung kerana telah mempunyai tanah harta pusaka yang lazimnya dijadikan tapak untuk membuat rumah banglo.
 
Jadi kenapa kata kalau bercerai tinggal sehelai sepinggang? Itu kerana kalau sisuami tinggal di atas tanah pusaka bukan rumah yang dibeli bersama. Si suami terpaksa keluar dari rumah yang dibuat atas tanah pusaka. Untuk kebaikan bersama, dinasihatkan jangan buat rumah atas tanah pusaka. Memang itu akan jadi risiko sekiranya bercerai. Kalau rumah itu dibeli bersama dengan isteri, itu sudah menjadi harta sepencarian. Jadi tak timbul isu keluar sehelai sepinggang...
0 comments for "Jangan Takut Kahwini Gadis Negeri Sembilan"