loading...

Tuesday, February 7, 2017

Panas!!! Hati-hati Naik Uber


Seperti yang semua ketahui bahawa tengah hangat perkhidmatan uber sekarang. Untuk maklumat, Uber ia merupakan salah satu perkhidmatan yang menghubungkan pengguna dengan pemandu kereta mewah dan teksi, sekaligus memudahkan pengguna untuk tiba disesuatu destinasi dengan baik. Tetapi ada cerita Panas!!! Hati-hati Naik Uber.

Ia menyediakan perkhidmatan melalui aplikasi khas, membolehkan pengguna melihat kedudukan semasa kenderaan, membuat tempahan, dan sebagainya. Berbeza dengan penggunaan teksi biasa, pembayaran dilakukan terus melalui Uber, dan bukannya kepada seseorang pemandu. Daripada apa yang diketahui, caj yang dikenakan adalah hampir 50% ke 75% lebih mahal berbanding teksi biasa, memandangkan jenis kenderaan yang digunakan adalah berbeza.


*HATI-HATI NAIK UBER DI KUALA LUMPUR !!!*_

Kejadian ini terjadi hari Khamis mlm Jumaat lalu, demi melindungi mangsa kita sebut saja namanya Lina. Sebab ada pekerjaan yg harus diselesaikan, mlm tu Lina bekerja sampai larut mlm di office di depan Masjid India...Kira-kira jam 11 mlm, Lina memesan uber utk menghantarnya pulang ke rumah sewanya.
 

“Stadium Merdeka ya bang?” ujar Lina. Pemandu uber itu hanya menggangguk & langsung menjalankan uber. Selama perjalanan tdk terjadi percakapan antara Lina & pemandu uber. Mungkin Lina merasa letih karena bekerja sampai larut malam.

Pemandu uber juga tidak berniat untuk berkomunikasi. Sekitar 20 minit lamanya keheningan terjadi, tiba2 Lina ingat kalau ia tdk bawa cukup duit buat bayar tambang. Di dompetnya cuma ada sekitar 8 ringgit saja & Lina cemas takut tak cukup.

Lina lalu menepuk belakang pemandu uber dgn maksud berhenti dulu di kawasan Lebuh Ampang utk mengeluarkan duit di ATM. Tapi setelah blkg nya di tepuk tiba2 pemandu uber itu secara melulu & memutarkan stering ke kanan ke kiri sambil berteriak histeria...

Sampai akhirnya uber itu melanggar pembahagi jalan & pokok mangga..

Untung Lina & pemandu uber tidak mengalami luka parah.

Pemandu uber itu kemudian menoleh & bercakap dengan Lina :

_“Maaf saudari... saudari x apa-apa kan? Saudari tepuk blkg saya tadi... terkejut saya setengah mati !!”_

_“Laaa, tepuk blkg bahu pun x blh?!”_ jwb Lina heran

_“masalahnya ini hari pertama sy jadi pemandu uber.”_

_“Sebelum ni kerja apa Cikkk ?_” tanya Lina turut terkejut.

_"Saya kerja 20 tahun jadi pemandu Van jenazah”_ jawabnya...

_"Tu la terkejut sgt saya tu..._


"JANGAN MARAH ARRRR"
2 comments for "Panas!!! Hati-hati Naik Uber"

Saya terkena kali ni... baca dengan tekunnya... hahaha

HAHAHAHAHAHA ingatkan ape lah...