Friday, February 24, 2017

Fungsi My Story Pada Aplikasi Whatapps

Beberapa hari ini terdapat perubahan kepada interface atau fungsi media sosial Facebok. Fungsi My Story ini telah dimulakan oleh Instagram diikuti oleh Facebook dan terbaru oelh Aplikasi Whatapps. Ramai yang tahu untuk menggunakan fungsi Facebook Story dan Instagram Story tetapi admin pasti ramai yang kurang arif Fungsi My Story Pada Aplikasi Whatapps. Jadi admin ingin kongsikan kepada anda pembaca semua tentang Fungsi My Story Pada Aplikasi Whatapps yang admin ambil dari laman popular TV14.MY

Selepas beberapa ketirisan sebelum ini, kini WhatsApp turut memperkenalkan fungsi seumpama Facebook Stories dan Instagram Stories pada aplikasi mereka, dinamakan sebagai WhatsApp Status. Seperti ramai sedia maklum, WhatsApp sedia menyediakan fungsi “Status” pada aplikasi mereka sejak sekian lama. Walaubagaimanapun, ia sekadar perkongsian teks, dan pengguna perlu secara manual melihat profil anda untuk membaca status teks yang dikongsikan – atau melihatnya melalui buku alamat.

Kini, perkara berkenaan berubah. WhatsApp mengatakan kini “Status” berevolusi, dan membolehkan pengguna merakamkan gambar atau video, seterusnya menambah emoji atau teks sebelum ia dikongsikan bersama rakan-rakan lain di WhatsApp. Berbeza dengan sebelum ini juga, WhatsApp membuat perubahan pada antaramuka, dan kini menyertakan tab khusus dinamakan Status untuk memaparkan kemaskini daripada rakan-rakan anda.

Seperti biasa, pengguna boleh berinteraksi dan secara tidak langsung menjadikan aplikasi WhatsApp lebih sosial berbanding sebelum ini. Pelbagai perkongsian yang dilakukan juga akan hilang selepas tempoh 24 jam, dan WhatsApp mengatakan perkongsian ini melalui penyulitan – sama seperti penghantaran dan penerimaan mesej supaya ia tidak dilihat pihak ketiga.

WhatsApp mengatakan fungsi ini diperkenalkan bersempena dengan ulang-tahun ke-8 mereka yang jatuh pada 24 Februari ini. Seperti kebiasaan, WhatsApp akan memperkenalkan ciri baru ini secara berperingkat kepada semua pengguna – sama ada Android, iOS atau Windows Phone – bermula hari ini.
2 comments for "Fungsi My Story Pada Aplikasi Whatapps"

Belum update lagi, tak nampak lagi kat whatsapp saya...