loading...

Wednesday, January 11, 2017

Adenan Satem Meninggal Dunia


Baru mendapat perkhabaran tentang Adenan Satem Meninggal Dunia. Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem meninggal dunia kira-kira jam 1.20 tengah hari tadi pada usia 72 tahun. Memetik beberapa laporan dan tweet dari Menteri Belia dan Sukan sebentar tadi.

Di Twitter, Menteri Belia dan Sukan mengucapkan takziah kepada keluarga arwah dengan berkata: “Takziah kepada Puan Sri Jamilah & keluarga & rakyat negeri Sarawak atas kembalinya ke rahmatullah Ketua Menteri TS Adenan Satem. Al Fatihah.”

Pemergian allahyarham kembali ke Rahmatullah amat dirasai oleh kerana beliau bakal menyambut hari kelahirannya yang ke-73 tahun pada 27 Januari depan. Arwah merupakan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

Allahyarham merupakan ketua menteri kelima negeri terbesar di Malaysia tersebut selepas mengambil alih jawatan daripada Tun Abdul Taib Mahmud pada 28 Februari 2014.
1 comments for "Adenan Satem Meninggal Dunia"

kehilangan yang sangat besar buat rakyat Sarawak dan buat warga Lundu. Semoga ruh Allahyarham TokNan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman