loading...

Tuesday, December 27, 2016

Kepala Kemaluan Terpotong Semasa Berkhatan


Seriau bila admin dengar berita ini di radio pagi tadi. Apa tak seriau bayangkan kepala kemaluan kita putus sakitnya hanya tuhan sahaja yang tahu. Bukan kulit ya saudara-saudari sekelian tetapi kepala kemaluan. Berita Kepala Kemaluan Terpotong Semasa Berkhatan ini bukan berlaku di luar negara tetapi terjadi di Malaysia. Admin kongsikan laporan daripada akhbar BH Online untuk bacaan anda semua.

KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak lelaki mungkin terpaksa menanggung kecacatan pada zakar sepanjang hidup selepas bahagian kepala kemaluannya terpotong ketika berkhatan menggunakan kaedah laser. Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam pada 20 Disember lalu, mangsa yang berusia 10 tahun dibawa bapanya untuk berkhatan di sebuah klinik keluarga di Cheras, di sini. 

Bagaimanapun, ketika sedang menjalani proses berkhatan, doktor memberitahu bapa mangsa, kepala kemaluan kanak-kanak itu telah terpotong secara tidak sengaja. Bapa mangsa yang juga seorang guru sebuah sekolah menengah kemudian membawa anaknya ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Cheras, sebelum disarankan untuk menjalani rawatan penyambungan semula di Hospital Kuala Lumpur (HKL). 

Selepas menjalani rawatan, bapa mangsa kemudian membuat laporan polis berhubung kecuaian yang dilakukan doktor terbabit. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Othman Nayan, berkata siasatan berhubung kejadian itu kini dijalankan dilakukan mengikut Seksyen 338 Kanun keseksaan dan kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya.

 "Setakat ini tiada tangkapan dibuat tetapi polis sudah merakam percakapan beberapa saksi termasuk doktor itu. "Setakat ini siasatan dilakukan merangkumi elemen menyebabkan cedera parah sama ada secara gopoh atau cuai dengan perbuatan yang membahayakan nyawa atau keselamatan orang lain," katanya dalam satu kenyataan, sebentar tadi. Katanya, sekiranya didapati bersalah, doktor itu boleh dihukum penjara hingga dua tahun atau denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Gambar sekadar hiasan


Thursday, December 22, 2016

Episod Akhir 7 Hari Mencintaiku



Hari ini merupakan hari Episod Akhir 7 Hari Mencintaiku di TV3. Jika dilihat kepada reaksi penonton kepada drama ini, rata-rata mengatakan drama ini antara drama bersiri terbaik di Malaysia setakat ini. Admin tidak mahu komen panjang anda nantikan sahaja Episod Akhir 7 Hari Mencintaiku di TV3 pada petang ini jam 7.00 malam. Jom baca sinopsis cerita tersebut.

Untuk menonton drama tersebut sila klik : SINI

Mengisahkan Khuzairi (Shukri Yahaya), dalam diam mencintai gadis bernama Mia Adriana (Siti Saleha). Cinta pandang pertama menjadikan dia seorang perindu yang setia. Namun sifat angkuh dan sombong gadis ini menyebabkan Khuzairi tidak pernah walau sebesar hama jua menyimpan impian untuk memilikinya. Mia Adriana bagaikan lupa, hidup ini ibarat putaran roda, satu waktu keangkuhan dan kesombongan itu akan memamah dirinya sendiri. Berdoalah, di kala keinsafan menjelma nanti, cinta lelaki bernama Khuzairi ini belum terpadam lagi buat dirinya.

Mia Adriana merupakan seorang peguam dan mempunyai firma guamannya sendiri bersama ayahnya Dato Megat Idrus. Mia telahpun bertunang dengan sepupunya sendiri Khalil (Ungku Hariz). Namun kerana terlalu percaya pada tunangnya, Khalil, Mia Adriana telah menyebabkan ayahnya muflis. Khalil tidak hadir pada malam pernikahan mereka, sebaliknya Khalil menikahi Rita kerana duit. Dato Megat yang diserang sakit jantung, meminta Khuzairi untuk menjadi menantunya. Demi menutup malu, Mia sanggup berkahwin dengan Khuzairi walaupun mengganggap Khuzairi kekampungan dan kolot.

Bermulanya kehidupan baru Mia Adriana bersama Khuzairi di kampung. Sepanjang berada di kampung, Mia Adriana memang menjadi kebencian Mak Leha, mak tiri Khuzairi. Mak Leha membenci Mia kerana dia memusuhi Puan Hayati. Terjadi pelbagai pergaduhan antara Mia, Mak Leha dan Syakilla, tunangan Helmi yang menaruh hati pada Khuzairi. Perhubungan Mia dan Khuzairi juga selalu pasang surut. Khuzairi juga tersepit kerana dia terlalu menghormati Mak Leha sebagai ibu sehingga dia selalu melukakan hatinya sendiri.

Kerana suatu peristiwa, Mia Adriana tersedar bahawa sememangnya dia mencintai Khuzairi sepenuh hati. Dia terlalu merindu anak kecil yang ditinggalkan tanpa melihat rupanya. Namun, cukupkah masa 7 hari itu untuk meraih kembali cinta Khuzairi yang sudah membeku? Apakah Pak Samad mampu membela nasib Mia selepas dibuang oleh suami sendiri dalam rumah keluarganya? Tercapaikah hasrat Syakilla untuk menjadi isteri Khuzairi? Dan, apa pula nasib Helmi selepas dihalau keluar oleh Pak Samad selepas dia bersubahat dengan Khalil untuk meracun kambing-kambing Khuzairi? Apakah pekerjaan Khuzairi selain pengembali kambing yang menjadi kegilaan anak-anak gadis kampung?

Kadar Dividen ASB 2016


Berikut adalah Kadar Dividen ASB 2016. Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) pada hari Khamis, 22 Disember 2016 telah mengumumkan agihan pendapatan Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebanyak 6.75 sen seunit dan bonus 0.50 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2016 Agihan pendapatan ASB itu diumumkan oleh Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Abdul Wahid Omar

Amanah Saham Nasional Bhd. (ASNB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Bhd. (PNB) telah memaklumkan bahawa urus niaga Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Nasional (ASN) akan ditangguhkan buat sementara waktu bagi tujuan pengiraan pengagihan pendapatan dan bonus Tempoh penangguhan Urus Niaga tersebut bermula dari tarikh 22 Disember 2016 sehingga 2 Januari 2017.


 Tarikh Penangguhan Urus Niaga ASB ASN 2017 Pembayaran Pendapatan Dividend Dan Bonus ASB ASN 2016 Pembayaran pengagihan pendapatan (dividen) dan bonus berkenaan akan dikreditkan secara automatik ke dalam akaun pemegang unit dan boleh mengemaskini buku pelaburan masing-masing di Ibu Pejabat, pejabat atau ejen ASNB di seluruh negeri mulai hari Selasa, 3 Januari 2017


Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) pada hari Khamis, 22 Disember 2016 telah mengumumkan agihan pendapatan Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebanyak 6.75 sen seunit dan bonus 0.50 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2016 Agihan pendapatan ASB itu diumumkan oleh Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Abdul Wahid Omar

Pautan Sumber Asal » mysumber.com
Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) pada hari Khamis, 22 Disember 2016 telah mengumumkan agihan pendapatan Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebanyak 6.75 sen seunit dan bonus 0.50 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2016 Agihan pendapatan ASB itu diumumkan oleh Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Abdul Wahid Omar

Pautan Sumber Asal » mysumber.com

Wednesday, December 21, 2016

Resipi Kuih Keria Gula Melaka


Hari ini admin ingin kongsikan Resipi Kuih Keria Gula Melaka yang viral dan menjadi kegilaan orang ramai apabila ke Melaka. Admin kongsikan Resipi Kuih Keria Gula Melaka ini yang dikongsikan oleh Chef terkenal alam maya yang merupakan sahabat maya admin iaitu Che Mat pemilik blog DAPUR TANPA SEMPADAN.

Jadi korang boleh cuba sendiri di rumah untuk Resipi Kuih Keria Gula Melaka yang sedap ini tanpa perlu pergi beratur panjang di Melaka tersebut. Jom kita lihat Resipi Kuih Keria Gula Melaka dan cara membuat Keria Gula Melaka ini.

BAHAN - BAHANNYA :
  • 800+ gram keledek kaler oren yang telah dikupas kulitnya
  • 1 camca teh garam
  • 3/4 cawan tepung gandum
  • 1 camca teh penuh baking powder (serbuk penaik)
  • 3/4 cawan gula melaka, dihiris
  • 1 - 2 camca besar gula pasir
  • 1/4 cawan air

CARA MEMBUATNYA :

  • Keledek dipotong kiub besar2 dan rebus hingga empuk, jangan lupa masukkan garam. Kemudian toskan dan lecek hingga halus. Biarkan sekejap hingga suam. Gaul tepung dengan baking powder dan masukkan ke dalam keledek yang telah dilecek tadi. Gaul hingga sebati dan menjadi adunan yang lembut tapi tidak melekit. Ketepikan sebentar.
  • Sediakan dulang, alas dengan plastik bersih atau boleh taburkan sedikit tepung. Ambil sedikit aduan tadi (anggaran 1 camca besar penuh), bulat2kan dan tekan sedikit biar leper. Cucuk bahagian tengahnya dengan jari untuk menghasilkan lubang, kemaskan dan taruk atas dulang tadi. Sapu sedikit tepung pada tapak tangan jika adunan melekat. Buat hingga siap.
  • Panaskan minyak untuk goreng terendam kemudian goreng kuih keria tadi hingga kuning keemasan, balik2kan agar masak sekata. Angkat, toskan minyaknya. Buat hingga siap.
  • Dalam kuali yang sama, keluarkan minyak. Kemudian masukkan gula melaka, gula pasir dan air. Kacau dan masak dengan api sederhana hingga gula larut. Terus memasak hingga gula mula berbuih dan pekat (bila anda angkat sudip, kelihatan gula seakan2 bertali). Masukkan kuih keria tadi dan gaul rata (masa ni kuih keria akan melekat2, tapi takpe, terus kacau perlahan hingga semua bahagian kuih keria bersalut gula). Masak sekejap lagi dengan api kecil hingga kuih keria kering. Matikan api dan alihkan kuih ke dalam loyang. Pisah2kan kuih tadi dan biar hingga sejuk.. Boleh hidangkan...Selamat mencuba!
Terima kasih Che Mat kebabom sangat resipi ni. Jangan lupa singgah blog Dapur Tanpa Sempadan tau. Gambar sekadar hiasan dan diambil dari google images.

Monday, December 19, 2016

Permohonan Online Sekolah Asrama Penuh Tingkatan 4 2017


Tahniah kepada semua calon-calon PT3 yang telah pun mengambil keputusan masing-masing. Kepada semua calon yang mendapat keputusan cemerlang dan mendapat A dalam semua mata pelajaran pastinya anda ingin melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama penuh. Jadi admin kongsikan kepada anda semua pautan di mana anda boleh mengisi Permohonan Online Sekolah Asrama Penuh Tingkatan 4 2017 hanya di sini.

Ada beberapa perkara yang anda perlu ketahui sebelum anda mengisi Permohonan Online Sekolah Asrama Penuh Tingkatan 4 2017 ini. Perkara yang perlu diambil kira adalah seperti berikut :-

Tarikh Sistem Aplikasi Permohonan Atas Talian (Online) Kemasukan Ke Tingkatan 4 SBP Tahun 2017 Dibuka    1 Disember 2016 

Tarikh Sistem Aplikasi Permohonan Atas Talian (Online) Kemasukan Ke Tingkatan 4 SBP Tahun 2017 Ditutup    30 Disember 2016 

Pautan Laman Sistem Aplikasi Borang Permohonan Atas Talian (Online)  Kemasukan Ke Tingkatan 4 SBP Tahun 2017    

Sila Klik Sistem Aplikasi Permohonan Tingkatan 4 Sekolah Berasrama Penuh (SBP) 2017 : SINI

Sila ikuti arahan dan tindakan selanjutnya menerusi laman sistem aplikasi permohonan

Info Dan Panduan Online Permohonan SBP Kemasukan Ke Tingkatan 4 SBP Tahun 2017   

Panduan Mengisi Maklumat Permohonan Online Tingkatan 4 SBP 2017 Aliran SBP Tingkatan 4 Tahun 2017 

Direktori Laman Web Sekolah Berasrama 

Penuh Pakej Mata Pelajaran Ditawarkan 

Persoalan Sering Ditanya (FAQ) Dan Jawapan 

Pautan Portal Rasmi KPM    http://www.moe.gov.my 

Tarikh Semakan Keputusan Dan Tawaran SBP Tingkatan 4 tahun 2017

Jadi sentiasa nantikan berita terkini daripada KPM ya.


Senarai Pemenang AIM 22 2016



Berikut adalah Senarai Pemenang AIM 22 2016 Senarai Pemenang Anugerah Industri Muzik 22 2016 yang telah berlangsung pada  malam 18 Disember 2016. Seperti biasa Anugerah Industri Muzik (AIM) mengangkat penggiat dan muzik yang berkualiti dan bukan berdasarkan kepada populariti.

Jadi mari kita lihat Senarai Pemenang AIM 22 2016 yang telah diumumkan malam tadi. Tahniah kepada semua pemenang. Kepada yang tercalon juga tahniah untuk anda. Ini membuktikan bahawa karya anda juga berkualiti untuk dipertandingkan.

Berikut adalah keputusan penuh pemenang Anugerah Industri Muzik 22 ( AIM22 )

Artis Baru Terbaik – Syamel
Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki) – Akim ( Potret )
Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita) – Siti Nurhaliza ( Menatap Dalam Mimpi )
Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Berkumpulan) – De Fam ( Supergirl )
Persembahan Vokal Duo / Kolaborasi Terbaik Di Dalam Lagu – Misha Omar & Hafiz ( Terimaku Seadanya )
Kulit Album Terbaik – Sekumpulan Orang Gila ( Bahtera )
Rakaman Album Terbaik –
Video Muzik Terbaik – Stacy ( Not For Sale )
Lagu Pop Etnik Terbaik – Reena Nicky ( Joget Sulam Sakti )
Lagu Nasyid Terbaik – Siti Nurhaliza ( Mikraj Cinta )
Lagu Rock Terbaik – Azlan & Typwriter ( Mata Hati )
Lagu Pop Terbaik – Faizal Tahir ( Sejati )
Lagu Hip Hop Terbaik – Altimet & Takahara Suiko ( Janji )
Lagu Inggeris Tempatan Terbaik – SonaOne ( Firefly )
Anugerah Kembara – Yuna
Anugerah Sri Wirama – Sheila Majid
Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu –
Lagu Terbaik – Faizal Tahir ( Sejati )
Album Terbaik – Dato Siti Nurhaliza Unplugged
Lagu Muat Turun Paling Tinggi – Akim & The Majistret
Lagu Strim Paling Tinggi – Projector Band
Video Muzik Rasmi Paling Tinggi Di Tonton Di Youtube – Projector Band
Jualan Lagu Nada Dering Pemanggil Paling Tinggi – Faizal Tahir & Elizebeth Tan ( Setia )
Penyanyi Malaysia Terbaik – Siti Nurhaliza


Tahniah sekali lagi kepada semua pemenang.

MAHA 2016 Catat Jumlah Pengunjung Tertinggi


MAHA 2016 atau nama penuh singkatan ini iaitu Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan 2016 yang telah berlangsung di MAEPS Serdang bermula dari 1 Disember hingga 11 Disember 2016 yang lepas telah mencatatkan sejarah yang tersendiri. Tidak lain tidak bukan iaitu MAHA 2016 Catat Jumlah Pengunjung Tertinggi sepanjang MAHA diadakan. 


Menurut laporan Berita Harian seramai 3.7 juta pengunjung telah direkodkan telah mengunjungi MAHA 2016 sepanjang tempoh berlangsungnya MAHA 2016 selama 11 hari. Menurut Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek nilai jualan pada MAHA 2016 juga sangat memberangsangkan apabila RM380 juta dicatat dalam tempoh 11 hari pameran itu berlangsung. "Kita dapat melihat anjakan paradigma dunia pertanian dan agro makanan apabila kira-kira 40 peratus belia terbabit pada MAHA 2016, melepasi sasaran 30 peratus. "Pendekatan agrotainment seperti Kampung Mok Cun, Upin Ipin dan festival muzik memberi impak positif apabila dapat menarik golongan sasar baharu yang selama ini tidak tahu mengenai MAHA," katanya.


Untuk maklumat tambahan, bagi yang kurang tahu apa itu MAHA 2016 penulis kongsikan serba sedikit info untuk anda semua. MAHA 2016 adalah tempat di mana pengunjung boleh mendapatkan pelbagai info  bersepadu dalam bdiang agro-pelancongan, perdagangan agro dan gaya hidup agro tidak ketinggalan pihak kerajaan ingin memperkenalkan pelbagai inovasi terkini dan kemajuan teknologi berkaitan dengan bidang pertanian. Mengambil langkah awal bahawa menerajui eksport makanan adalah amat penting dengan pertanian sebagai penjana berpendapatan tinggi. Motivasi usahawan muda untuk mengambil bahagian dalam industri berasaskan pertanian sebagai kerjaya pilihan mereka juga diutamakan untuk membawa industri ke tahap yang baru.


Penulis tidak berkesempatan untuk ke MAHA 2016 tetapi melalui perkongsian daripada rakan-rakan penulis dan pembacaan dari pihak media sememangnya penganjuran MAHA 2016 memang mencatatkan pelbagai sejarahnya yang tersendiri. Tidak hairan lah setelah selesai MAHA 2016 3.7 juta pengunjung dicatatkan di MAHA 2016. Tahniah untuk semua pihak yang terlibay terutamanya kepada Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani. Untuk lebih gambar menarik sila layari https://www.facebook.com/maha.gov.my 

Jangan lupa untuk saksikan video di bawah ini juga. Seronok betul semua pergi MAHA 2016.


 


Wednesday, December 14, 2016

Jadual Bayaran Gaji Penjawat Awam 2017


Ini adalah Jadual Bayaran Gaji Penjawat Awam 2017. Jadi kepada semua penjawat awam sila ambil perhatian kepada jadual ini. Terdapat beberapa bulan yang penjawat awam akan menerima gaji awal dari tarikh biasa. Anda ikuti sahaja Jadual Bayaran Gaji Penjawat Awam 2017 di bawah ini.

JADUAL GAJI KAKITANGAN AWAM 2017

1. 19 JANUARI 2017 (KHAMIS)
2. 23 FEBRUARI 2017 (KHAMIS)
3. 23 MAC 2017 (KHAMIS)
4. 25 APRIL 2017 (SELASA)
5. 25 MEI 2017 (KHAMIS)
6. 15 JUN 2017 (KHAMIS)
7. 25 JULAI 2017 ( SELASA)
8. 24 OGOS 2017 (KHAMIS)
9. 25 SEPTEMBER 2017 (ISNIN)
10. 11 OKTOBER 2017 (RABU)
11. 23 NOVEMBER 2017 (KHAMIS)
12. 21 DISEMBER 2017 (KHAMIS)

RINGKASAN PERBELANJAAN BULANAN YG PERLU DITITIKBERATKAN KEPADA SEMUA DALAM MENGATUR BELANJAWAN 2017..

20 DIS 2016 - 19 JAN 2017 = 30 HARI
19 JAN 2017 - 23 FEB 2017 = 35 HARI
23 FEB 2017 - 23 MAC 2017 = 28 HARI
23 MAC 2017 - 25 APRIL 2017 = 33 HARI
25 APRIL 2017 - 25 MEI 2017 = 30 HARI
25 MEI 2017 - 15 JUN 2017 = 21 HARI
15 JUN 2017 - 25 JULAI 2017 = 40 HARI
25 JULAI 2017  - 24 OGOS 2017 = 30 HARI
24 OGOS 2017 - 25 SEPT 2017 = 32 HARI
25 SEPT 2017 - 11 OKT 2017 = 16 HARI
11 OKT 2017 - 23 NOV 2017 = 42 HARI
23 NOV 2017 - 21 DIS 2017 = 28 HARI

P/S : *BULAN JUN (AIDILFITRI) & OKTOBER ( DEEPAVALI) SGT KRITIKAL KERANA SELANG HARI YANG SGT BESAR


SELAMAT MENGHABISKAN SISA2 CUTI & SELAMAT BEKERJA 2017

Wednesday, December 7, 2016

Cara Semakan Status BR1M 2017 Online



Seperti apa yang telah dibentangkan dalam Baget 2017, Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BRIM) untuk 2017 telah dinaikkan setinggi RM1200. Sesiapa yang layak menerima BRIM dan belum berdaftar,tarikh pendaftaran adalah pada 5 Disember 2016 hingga 31 Disember 2016. Jom buat semakan status permohonan BR1M 2017anda di sini. Admin kongsikan Cara Semakan Status BR1M 2017 Online. Anda ikut sahaja satu per satu langkah yang ditunjukkan.


Cara Semakan BR1M 2017 Online

1. Layari sistem semakan status permohonan e-BR1M di pautan https://ebr1m.hasil.gov.my/DefaultSemakanKeluar.aspx?m=s

2. Sila masukkan atau lengkapkan No. Mykad anda di ruang yang tersedia.

3. Klik pada butang Semakan Status Permohonan.

Sebelum berjaya mengakses sepenuhnya aplikasi sistem semakan online anda diminta untuk menjawab soalan keselamatan contohnya seperti pada lampiran.


  • Pemohon wajib menjawab 2 soalan keselamatan dengan betul sebelum dibenarkan membuat semakan status.
  • Soalan keselamatan dan jawapan soalan keselamatan adalah berdasarkan maklumat yang diisi oleh pemohon.
  • Jika jawapan yang diberikan salah, pemohon hanya boleh mencuba sebanyak 3 jenis soalan untuk menjawab soalan keselamatan.
  • Jika jawapan yang diberikan masih salah, peringatan berikut akan dipaparkan.

Setelah berjaya melepasi peringkat ini, status permohonan anda akan diberitahu dan dipaparkan selain boleh mencetak lampiran tersebut.




Jika anda menghadapi masalah seperti tidak dapat membuat semakan secara online, sila rujuk kepada cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) berdekatan.

Sila bawa bersama salinan pengenalan pemohon, pasangan dan tanggungan.


-SUMBER-

Monday, December 5, 2016

Kemaskini Online BR1M 2017 Bermula 5 Disember 2016


Tahukah anda bahawa Kemaskini Online BR1M 2017 Bermula 5 Disember 2016 iaitu hari ini. Oleh hal yang demikian anda semua perlu sentiasa 'alert' dengan pengumuman-pengumuman yang dibuat oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Jadi admin kongsikan beberapa info berkaitan dengan BR1M 2017 ini.

Ada beberapa makluman terbaru berkenaan dengan permohonan BR1M atau kemaskini BR1M 2017

  • Permohonan Baharu / Kemas Kini BR1M 2017 secara dalam talian dan penghantaran permohonan melalui borang adalah bermula pada 5 Disember 2016 sehingga 31 Disember 2016.
  • Sila rujuk  Jadual Pembukaan Kaunter BR1M 2017 di semua Cawangan LHDNM.
  • Aplikasi BR1M Dalam Talian tidak direka bentuk untuk capaian peranti mudah alih.
  • Tarikh akhir penunaian baucar BR1M 2016 telah dilanjutkan oleh MOF sehingga 15 Disember 2016.
  • MOF telah menetapkan tarikh akhir tuntutan Skim Khairat Kematian (SKK) BR1M 2016 adalah pada 31 Januari 2017
Jadi kepada sesiapa yang ingin memohon atau kemaskini untuk BR1M 2017 anda hanya perlu pergi ke pautan di bawah ini :

https://ebr1m.hasil.gov.my/ 

Penerima BR1M sedia ada tidak perlu mendaftar lagi, tetapi perlu mengemas kini maklumat peribadi termasuk alamat, maklumat anggota keluarga dan akaun bank.

Berikut perkara yang diambil maklum untuk dikemaskini :

a. No telefon rumah
b. No telefon bimbit
c. Pekerjaan
d. Maklumat bank
e. Alamat e-mel
f. Alamat surat menyurat terkini
g. Maklumat pasangan & tanggungan

Perkara di atas adalah sangat penting bagi mengelakan pemohon yang berjaya akan tercicir dari mendapat BR1M anda. Pastikan alamat terkini dan maklumat bank terutamanya nama dan nombor akaun diisi dengan betul.

Rasanya mudah sahaja kecuali ada masalah teknikal lain yang berlaku. Jika anda tidak ada sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian 1-800-88-2716 atau 03-88824565 dan 03-88824566.