loading...

Tuesday, October 25, 2016

Gambar Wad ICU Hospital Sultanah Aminah JB Terbakar


Ini ada beberapa Gambar Wad ICU Hospital Sultanah Aminah JB Terbakar yang diambil dari beberapa perkongsian di laman sosial facebook. Untuk berita penuh berkaitan kejadian malang ini admin turut berkongsi kepada semua pembaca laporan dari BH Online. 

JOHOR BAHRU: Tingkat dua Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA) mengalami kebakaran pagi ini, Lapor Berita Harian. Dalam kejadian yang dipercayai berlaku kira-kira jam 9 pagi itu, wad IUC dua tingkat berkenaan yang terletak di bahagian selatan hospital telah terbakar.

Pesakit turun di bawa turun dan ditempatkan di tempat letak kenderaan (tapak berhimpun untuk kecemasan) di perkarangan HSA. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, berkata pihaknya masih giat melakukan operasi pemadaman kebakaran selain menyelamat mangsa terperangkap.

Operasi masih diteruskan dan sehingga kini masih belum ada laporan rasmi daripada pihak polis, bomba dan Jabatan Kesihatan negeri berhubung kejadian berkenaan.



Friday, October 21, 2016

Live Streaming Bajet 2017 21 Oktober 2016


Apakah agaknya intipati Bajet 2017 yang akan dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri. Oleh itu, untuk menonton admin kongsikan kepada anda Live Streaming Bajet 2017 21 Oktober 2016 dan sila share kepada rakan-rakan anda yang lain.

Pembentangan Bajet 2016 oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Kewangan akan diadakan seperti berikut:

          Tarikh        : 21 Oktober 2016 (Jumaat)

          Masa         : 4.00 petang

          Tempat     : Parlimen Malaysia


Untuk menonton sila layari pautan di bawah ini :

Live Streaming Bajet 2017 21 Oktober 2016

Tuesday, October 18, 2016

Video Pelajar Perempuan Sekolah Di Baling Ular Semasa Kem


Sekarang tengah viral satu Video Pelajar Perempuan Sekolah Di Baling Ular Semasa Kem seperti satu kem jati diri. Tidak diketahui kejadian tersebut berlaku di mana tetapi ramai netizen yang tidak berpuas hati dengan apa yang terjadi kepada kanak-kanak perempuan dalam video tersebut. Netizen mendesak supaya pihak berkuasa untuk menyiasat perkara ini.

Ramai yang berpendapat apa yang dilakukan oleh mereka-mereka terhadap kanak-kanak dalam video tersebut adalah sangat keterlaluan. Ia mungkin mendatangkan trauma kepada mereka. Jika tujuan jurulatih tersebut untuk meningkatkan keberanian kanak-kanak tersebut mungkin ada cara lain yang lebih berkesan.

Anda boleh nilai sendiri dan boleh memberikan komen setelah anda lihat sendiri Video Pelajar Perempuan Sekolah Di Baling Ular Semasa Kem ini. Semoga siasatan boleh dijalankan dengan cepat kepada penganjur atau sebagainya.

video

Monday, October 10, 2016

Info Berguna Tentang Tendangan Bayi

Perkongsian Info Berguna Tentang Tendangan Bayi ini diambil daripada laman facebook Info Ibu Hamil. Admin kongsikan kepada anda semua untuk manfaat ilmu. Terutama kepada ibu-ibu yang hamil anak pertama. Pastinya pengalaman yang berharga untuk anda semua.




















Semoga bermanfaat kepada semua ibu-ibu hamil di luar sana. Jangan lupa untuk kongsikan kepada sesiapa sahaja artikel ini. Terima kasih FB Info Ibu Hamil.



Niezal Juara Dai 2016


Tahniah kepada Niezal Juara Dai 2016. Ini adalah keputusan rasmi pemenang juara Dai TV3 2016 PendakwahMilinea. Program realiti berkonsepkan dakwah islamiah Dai Pendakwah Nusantara musim ke empat kini sudah menutup tirai pada Ahad 9 Oktober 2016 bertempat di Sri Pentas 2 Plaza Alam Sentral Shah Alam. Seramai tiga finalis antaranya adalah Dai Niezal, Dai Nasrul dan Dai Saiful berentap untuk merebut gelaran Juara Dai TV3 2016.

Keputusan Dai TV3 2016 Pendakwah Nusantara:-

Juara:  Dai Niezal (Wang Tunai RM50,000 + Trofi + Pakej Umrah 2 Orang + Hadiah Iringan Tajaan Almas)

Kedua: Dai Nasrul (Saguhati RM5,000 + Berserta Hadiah Iringan )

Ketiga: Dai Saiful (Saguhati RM5,000 + Berserta Hadiah Iringan )

Tahniah Dai Niezal Juara Program Dai TV3 2016 Musim 4

Tahniah Juara Dai Nusantara Musim ke 4 iaitu Dai Niezal menerima hadiah wang tunai bernilai RM 50,000, pakej umrah untuk 2 orang, trofi dan produk kesihatan dari Almas.


Friday, October 7, 2016

Amaran Air Pasang Besar Di Johor


Ini ada Amaran Air Pasang Besar Di Johor. Ianya dijangkakan berlaku pada Ahad depan. Jadi admin kongsikan berita dan gambar dari laporan Sinar Harian Online untuk anda semua terutama kepada warga Johor. Mohon untuk kongsikan berita ini kepada yang lain.

JOHOR BAHRU - Penduduk di kawasan pesisir pantai di negeri ini diminta berwaspada dan berhati-hati kerana jangkaan berlaku fenomena air pasang besar. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata kenaikan paras air laut dijangka berada pada paras tertinggi antara 16 hingga 20 Oktober ini.

"Sekiranya semasa tempoh tersebut berlaku kejadian ribut petir dan angin kencang sekitar pesisir pantai, ia akan menyebabkan pantai di Johor ditenggelami air," katanya dalam satu kenyataan. Beliau menyarankan agar aktiviti riadah di kawasan pesisir pantai pada tarikh berkenaan perlu dielakkan.

Antara kawasan yang dijangka terlibat ialah Pesisir Pantai Johor Bahru dengan jangkaan sehingga 3.9 meter, Tanjung Langsat (sehingga 3.5m),  Tanjung Pelepas (sehingga 3.5m), Pasir Gudang (sehingga 3.5 Meter), Pulau Pisang (sehingga 3.5 Meter), Pesisir Pantai Endau (sehingga 3.4 Meter).

Sungai Belungkor (sehingga 3.3 meter), Kuala Batu Pahat (sehingga 3.2m), Mersing (sehingga 3.2m) manakala Tanjung Sedili (bawah dari tiga meter). – Bernama

Thursday, October 6, 2016

Israel Tahan Kapal Zaytouna Oliva


Tahukah misi kemanusian Women's Boat to Gaza' (WBG) ada melibatkan seorang rakyat Malaysia iaitu Dr. Fauziah Hasan. Semalam kapal untuk misi kemanusiaan ini hampir sampai ke kawasan Gaza. Tetapi seperti biasa Israel Tahan Kapal Zaytouna Oliva. Admin kongsikan kepada anda semua laporan dari BH Online untuk berita penuh.

KUALA LUMPUR: Kapal kemanusiaan Zaytouna-Oliva bersama 13 ahli misi 'Women's Boat to Gaza' (WBG), yang ditawan tentera laut rejim Israel malam semalam, dilaporkan sudah tiba dan ditahan di Pelabuhan Ashdod, di negara itu, kira-kira jam 6 pagi tadi (waktu Malaysia). Perkembangan itu dimuat naik menerusi akaun Facebook Rose2Rose, sejam lalu. Akaun Facebook rasmi misi wanita Malaysia menaiki kapal ke Gaza itu memaklumkan, perkembangan itu diperoleh melalui laporan yang disiarkan di beberapa media Israel seperti The Jewish Press. 

Rakyat negara ini juga tidak ketinggalan melahirkan kebimbangan terhadap perkembangan terbabit selain berdoa supaya semua yang terbabit dalam misi itu selamat. Seorang pengguna Facebook, Wan Nor Hanisah dalam komennya berdoa supaya Allah melindungi dan membantu semua delegasi yang sedang berjihad. Zalika Yahaya pula berkata, "Semoga Allah mempermudahkan dan menjaga keselamatan mereka. Aamiin". Kapal dengan 13 aktivis wanita pelbagai latar belakang dari 12 negara itu berlepas dari Barcelona, Sepanyol, 21 hari lalu. Ia dilaporkan terputus hubungan pada 8.50 malam, kurang 50 batu nautika dari Gaza. Misi pelayaran kemanusiaan dengan mesej keamanan itu adalah simbolik penentangan masyarakat antarabangsa, khususnya wanita, ke atas kepungan haram rejim Israel ke atas Gaza sejak 2007. 

Kapal itu membawa tiga kru dan 10 penumpang termasuk seorang wakil tunggal Malaysia dan Asia, Dr Fauziah Mohd Hasan. Sementara itu, AFP melaporkan Israel hari ini mengesahkan memintas sebuah kapal yang membawa sekumpulan aktivis wanita yang didakwa mereka mahu menceroboh masuk ke Semenanjung Gaza dan mereka kini dibawa ke pantai dalam keadaan selamat. Tentera Laut Israel berkata, mereka sudah menunda kapal berkenaan untuk memastikan ia tidak melanggar undang-undang maritim yang menyekat kemasukan ke perairan Gaza. 

Berikut adalah senarai nama 13 delegasi kapal Zaytouna: 1. Mairead Maguire, Ireland (Penerima Hadiah Nobel Keamanan tahun 1976, Aktivis kapal MV Rachel Corrie 2010) 2. Marama Davidson, New Zealand (Ahli Parlimen New Zealand Green Party, Aktivis Alam Sekitar & Hak Asasi Manusia) 3. Jeannette Escanilla, Sweden (Ahli Parlimen Sweden Left Party, Aktivis kapal Estelle 2012) 4. Samira Douaifia, Algeria (Ahli Parlimen Algeria, Aktivis Kanak-Kanak dan Wanita) 5. Leigh-Ann Naidoo, South Africa (Peserta Bola Tampar Olimpik 2004 Athens) 6. Ann Wright, United States (Pesara askar Kolonel AS, Bekas Diplomat AS, Aktivis Kapal Challenge 1 2010, penganjur US Boat to Gaza 2011, Boat Leader Gaza Freedom Flotilla 2015, Boat Leader Women's Boat to Gaza 2016) 7. Yudit Barbara Ilany, Israel (Aktivis Hak Asasi Wanita, wartawan bebas Israel Social TV) 8. Dr. Fauziah Hasan, Malaysia (Pakar O&G, Ahli Lembaga Pemegang Amanah MyCARE, Penasihat Rose2Rose) 9. Mina Harballou, United Kingdom (Koresponden Al-Jazeera) 10. Hoda Rakhme, Russia (Jurukamera/editor Al-Jazeera) 11 Sandra Barrilaro, Spain (Jurugambar, Co-Founder Namblee.com) 12 Synne Sofie Reksten, Norway (Kru Kapal, Pelajar dari Norway) 13 Emma Ringqvist, Sweden (Kru Kapal, Guru Muzik)

 


Women's Boat to Gaza' (WBG)

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/199329
'Women's Boat to Gaza' (WBG)

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/199329
'Women's Boat to Gaza' (WBG)

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/199329

Video Busan Dilanda Tsunami


Semalam 5 Oktober 2016, Busan Korea Selatan dilanda tsunami. Mari kita saksikan Video Busan Dilanda Tsunami tersebut. Pastinya ramai yang teringatkan Busan kerana baru-baru ini ada cerita Zombie yang meletup di Malaysia iaitu Train To Busan.

Mari sama-sama kita mendoakan keselamatan warga Busan. Mengikut dari berita-berita yang dibaca tsunami di Busan ini bukan berpunca dari gempa bumi tetapi berpunca dari Taufan Chaba. Jom saksikan sendiri detik-detik semasa kejadian dalam Video Busan Dilanda Tsunami di bawah ini.

Untuk rekod diberitakan kejadian ini antara malapetaka terburuk bagi negara Korea Selatan setakat tahun ini. Mari kita semua sama-sama berdoa semoga dunia kita aman dan damai. Dijauhkan dari perkara-perkara buruk sebegini.


video


Wednesday, October 5, 2016

Senarai Peserta Gegar Vaganza Musim Ke 3 2016


Jom lihat Senarai Peserta Gegar Vaganza Musim Ke 3 2016. Bagi peminat rancangan yang menghimpunkan artis-artis zaman 90 an dalam satu konsert ini adalah rancangannya. Rancangan Gegar Vaganza. Rancangan ini masih mengekal Nabil dan Jihan Muse sebagai pengacaranya, program Gegar Vaganza Musim 3 akan kembali memulakan konsert pertama pada 16 Oktober ini, setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria 104 dan HD 123.

Ini lah dia Senarai Peserta Gegar Vaganza Musim Ke 3 2016 :


1. Ameng Spring
2. Intan Sarafina
3. Gmie Screen
4. Azharina
5. Razif Ismail
6. Shidee Data
7. Rem
8. Zur Eda
9. Elly Mazlein
10. Zarul Umbrella
11. Siti Sarah
12. Nora

Siapakah yang bakal merangkul juara GV3 kali ini? jom jangan terlepas ikuti konsert mereka hingga ke final. Jangan lupa untuk menyokong artis kegemaran anda.


Tuesday, October 4, 2016

Cuti Sekolah Tambahan 3 Hari Sempena Deepavali

Berita baik untuk semua pelajar sekolah dan guru terutama yang beragama Hindu. Ini ada berita berkenaan Cuti Sekolah Tambahan 3 Hari Sempena Deepavali. KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Malaysia melalui surat siarannya bilangan 19 Tahun 2015, menyelaraskan bahawa cuti perayaan Deepavali bagi sesi persekolahan tahun 2016 diberi cuti sekolah tambahan selama tiga hari.

Menurut kenyataan daripada laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia, tarikh cuti perayaan itu sudah diselaraskan bagi sesi persekolahan tahun 2016, yang membabitkan perayaan Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri dan Deepavali.

Cuti sekolah bagi perayaan Deepavali sudah ditetapkan iaitu bermula pada 29 Oktober sehingga 1 November 2016 bagi negeri Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu.

Manakala cuti perayaan bagi sekolah di negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan dan Putrajaya, bermula pada 28 Oktober Sehingga 1 November 2016.

Katanya, semua sekolah hendaklah mematuhi cuti perayaan yang diperuntukkan Kementerian dan cuti berkenaan tidak perlu diganti.-BH Online-