loading...

Friday, September 30, 2016

Live Streaming Kedah VS PDRM 30 September 2016



Jom saksikan Live Streaming Kedah VS PDRM 30 September 2016. Ini merupakan perlawanan separuh akhir pertama TM Piala Malaysia 2016. Perhitungan separuh akhir di antara pasukan Kedah dan PDRM ini akan berlangsung di Stadium Darul Aman, Alor Setar jam 9.00 malam.

Pastinya pertemuaan kedua-dua pasukan ini akan menjanjikan permainan menarik kerana masing-masing pasti meninginkan bekalan selesa untuk dibawa ke pertemuan timbal balik nanti. Sudah pasti Kedah ingin menjaringkan seberapa banyak gol dan tidak mahu bolos sebaliknya sudah pasti pasukan PDRM ingin mencari bekalan gol di tempat lawan.

Untuk yang tidak dapat hadir ke Stadium Darul Aman, Alor Setar pada jumaat 30.9.2016 ini, pastikan anda tidak ketinggalan menyaksikan perlawanan ini secara langsung menerusi TV9 dan secara online live streaming di tonton.com.my secara HD.

Harga Proton Saga Baru 2016


Anda ingin tahu Harga Proton Saga Baru 2016?. Beberapa hari lepas Proton Holdings Bhd (Proton) telah pun melancarkan Proton Saga generasi ketiga 2016. Jadi admin ingin kongsikan kepada anda pembaca semua Harga Proton Saga Baru 2016.Proton Saga baru ini didatangi dengan empat varian bersama enjin 1.3 VVT. Empat varian yang ditawarkan adalah seperti :-
  • Standard manual (MT) pada harga RM36,800
  • Standard CVT (RM39,800)
  • Executive CVT (RM42,800)
  • Premium CVT (45,800)
Untuk maklumat terperinci berkaitan dengan Proton Saga 2016 admin kongsikan beberapa info grafik dan anda boleh layari laman sesawang Proton sendiri di  http://www.newsaga.proton.com/

All New Features


Spesifikasi
 
 
 





Thursday, September 29, 2016

DR Azizan Osman Tiada Ijazah Kehormat Doktor Keusahawanan UM



Banyak isu panas yang tengah viral sekarang ni DR Azizan Osman Tiada Ijazah Kehormat Doktor Keusahawanan UM (Universiti Malaya) adalah satu daripadanya. Sebelum ini viral tentang video seorang wanita memukul seorang perempuan dalam keadaan bogel. Begitu juga video perebutan anak di mahkamah melibatkan ahli perniagaan berprofil tinggi SM Faizal.

Jom kita baca penerangan pihak Universiti Malaya (UM) berkaitan isu DR Azizan pakar motovasi sanjungan ramai ini. Universiti Malaya (UM) ingin menarik perhatian umum berhubung status Ijazah Kehormat Doktor Keusahawanan yang didakwa dianugerahkan oleh pihak UM kepada Encik Azizan Osman sepertimana yang dibangkitkan di laman-laman media sosial.

Pihak Universiti dengan ini menegaskan bahawa kami tidak pernah menganugerahkan gelaran Ijazah Kehormat Doktor Keusahawanan kepada Encik Azizan Osman.Semoga penjelasan ini dapat menjawab kekeliruan yang timbul di kalangan masyarakat berkaitan dakwaan tersebut.-FB UM


Nota kaki : Jika ianya benar mengapa saudara kita ini sanggup menipu gelaran DR tersebut? Rezeki bukannya datang dari "title" ;-)


Wednesday, September 28, 2016

Live Streaming JDT vs Bengaluru FC 28.9.2016



Untuk semua peminat bola sepak jangan lupa saksikan perlawanan Siaran Langsung Live Streaming JDT vs Bengaluru FC 28.9.2016 bermula jam 8.45 malam. Perlawanan JDT vs South China ini akan berlangsung di Stadium Larkin Johor Bahru. Ia merupakan perlawananseparuh akhir pertama dan JDT perlu memastikan tidak bolos di laman sendiri.

Jadi mari sama-sama kita sokong pasukan JDT yang membawa nama Malaysia. Jika JDT menang perlawanan pertama ini, ini akan mencerahkan peluang untuk melihat pasukan JDT mara ke final sekali lagi pada tahun ini.

Semua boleh menonton menerusi siaran langsung televisyen Media Prima TV9 bermula 8.30 malam dengan aksi dipadang pada 8.45 malam. Perlawanan juga akan disiaran secara online live streaming menerusi portal tonton.com.my secara HD.

Cara Tukar Kad Maybank Secara Online


Hari ini admin ingin kongsikan kepada semua pembaca bagaimana Cara Tukar Kad Maybank Secara Online melalui aplikasi Maybank2U. Admin kongsi informasi ini dari satu profil facebook iaitu Rafiah Fifiey. Beliau menerangkan dari langkah pertama hingga selesai bagaimanakah cara untuk tukar kad Maybank secara online. Anda boleh rujuk gambar-gambar yang disertakan untuk memudahkan pemahaman anda.

Masih ingat lagi yang viral baru2 ni bahawasanya semua kad bank perlu ditukarkan kepada MyDebit / PayWave atas arahan Bank Negara Malaysia SEBELUM 1.1.2017? Kad sekarang (yang TIADA perkataan "MyDebit / Paywave" sah digunakan sehingga hujung tahun ni saja).

Jika x ditukarkan, pelanggan akan dikenakan cas RM12.++ untuk setiap kad dan kad yang lama tidak boleh digunakan lagi pada tahun depan. Selain pergi ke kaunter, kita jugak boleh tukar kad di http://www.maybank2u.com.my/ .


Disini saya kongsikan step by step untuk tukar kad secara online. X sure bank lain ada jugak ke x.

- Tiada cas dikenakan
- Jimat masa
- Kad akan siap selama 14 hari bekerja.
- Selama 14 hari bekerja, kita masih boleh guna kad ni.
- Pihak bank akan poskan kad seperti alamat yang kita berikan.

P/s : Saya pun baru tahu boleh buat secara online. Itupun atas perkongsian dari staff Maybank tadi. 

:)





 

Tuesday, September 27, 2016

Malaysia Rangkul Johan Tilawah Al-Quran Di Moscow


Tahniah diucapkan kepada Ustaz Fahmi kerana menjadi rakyat Malaysia Rangkul Johan Tilawah Al-Quran Di Moscow. Memetik laman FB Majlis Tilawah Al-Quran Malaysia admin kongsikan berita gembira ini untuk semua rakyat Malaysia. Jom kita baca berita tersebut.

Peserta Malaysia, Abdullah Fahmi Bin Che Nor, 32 tahun yang berasal dari negeri Kelantan telah dinobatkan sebagai johan dalam "17th Moscow International Quran Reciting Competition" di Moscow, Rusia. Majlis yang dianjurkan oleh Russia Muftis Council itu telah berlansung sepanjang 23-25 September 2016.


Sebanyak 30 buah negara telah menghantar penyertaan yang dibuka kepada kategori tilawah lelaki sahaja. Majlis penutupan dan penyampaian hadiah yang diadakan pada 25 September di Crocus City Hall, Moscow telah disempurnakan oleh Chairman of the Russian Muftis Council and the Spiritual Board of Muslims of the Russian Federation, Mufti Sheikh Ravil Gaynutdin.


Selaku johan, peserta Malaysia menerima hadiah berupa wang tunai USD 5000.00 beserta plak dan sijil penyertaan. Tahniah diucapkan.

Liya Maisarah Baru 12 Tahun Tapi Macam Dewasa


Nama Liya Maisarah tiba-tiba berputar di alam maya. Ini kerana Liya Maisarah Baru 12 Tahun Tapi Macam Dewasa gaya kanak-kanak ini. Tidak seperti kanak-kanak seusianya yang lain. Seperti kebanyakan kanak-kanak seusia Liya Maisarah pastinya belum kenal apa itu alat solek. Jika alat solek mainan itu mungkin.

Berpewatakan comel dan selalu mengenakan pakaian muslimah dan sedikit berimej hipster. Sudah pasti kanak-kanak ini mempunyai ribuan followers di akaun instagram beliau. Tidak hairanlah ramai yang menggelarkan Liya Maisarah sebagai salah seorang instafamous.

Liya Maisarah sama seperti Instafamous yang lain. Jumlah pengikut yang ramai digunakan sebaik mungkin dengan menawarkan perkhidmatan pengiklanan dan review produk. Baru 12 tahun tetapi sudah pandai untuk menjana pendapatan sendiri. Bagus bagi beliau.


Seperti biasa jika sudah popular pasti ada komen-komen negatif yang akan diterima. Tidak lepas juga si Liya Maisarah ini. Ada yang memberi komen supaya Liya Maisarah tidak bergaya seperti wanita muslimah dewasa sebaliknya perlu memakai pakaian seperti kanak-kanak lain seusianya dan jangan lah bermekap.

Apa-apa pun admin nasihatkan kepada Liya Maisarah supaya menjaga diri. Semoga berjaya di masa-masa akan datang. Untuk makluman followers Liya Maisarah di Instagram lebih kurang 95,000 likers.



Monday, September 26, 2016

Video Nadia Nordin Pukul BFF Curang Dengan Suami Sendiri


Tengah viral video Nadia Nordin Pukul BFF Curang Dengan Suami Sendiri. Dalam video tersebut kelihatan Nadia Nordin memukul seorang lelaki berbaju hijau dan seorang perempuan tanpa seurat benang. Nadia Nordin dibantu oleh seorang wanita lain. Kejadian berlaku di dalam bilik sebuah hotel dan berlaku di sebuah negeri di Pantai Timur.

Siapa yang tidak marah jika suami sendiri curang. Lebih-lebih dengan kawan baik atau BFF yang sememangnya kita percayai. Menurut cerita-cerita di laman sosial Nadia Nordin berjaya menangkap pasangan ini yang tengah syok memadu asmara.

Disebabkan terlau geram Nadia Nordin telah memukul wanita tersebut dengan botol dan dikatakan luka sehingga menerima 15 jahitan. Admin kongsikan kepada anda semua beberapa gambar berkenaan berita viral ini. Sebab mengapa Nadia Nordin marah kita sudah tahu. Jadi kepada suami-suami di luar sana. Jangan cuba buat isteri anda mara tau.





Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Awam 2016



Admin kongsikan kepada semua pemabaca Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Awam 2016 bagi tahap akademik SRP/PMR/PT3. Jadi kepada semua yang berkelayakan SRP/PMR/PT3 anda layak untuk memohon jawatan-jawatan yang ditawarkan di bawah ini.



1. Pembantu Awam Gred H11 - 41 Kekosongan
2. Pembantu Operasi Gred N11 - 17 Kekosongan
3. Pemandu Kenderaan Gred H11 - 51 Kekosongan

Jadi bagi yang ingin memohon anda hanya perlu memohon secara online di pautan di bawah ini. Segala maklumat berkaitan sila rujuk di laman sesawang SPA tersebut.
SILA KLIK LINK INI UNTUK MEMOHON JAWATAN KOSONG
Tarikh Tutup adalah pada : 9 Oktober 2016
Share kepada rakan-rakan dan ahli keluarga anda yang lain.

Wednesday, September 21, 2016

Jawatan Kosong PTD Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia ( SPA ) 2016


Perhatian kepada semua Warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan adalah dipelawa untuk mengisi Jawatan Kosong PTD Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia ( SPA ) 2016 seperti yang dinyatakan di bawah ini. Ada satu lagi jawatan yang ditawarkan iaitu Penolong Jurutera. 



Jawatan peringkat Ijazah
1. Pegawai Tadbir & Diplomatik - M41 ( 300 kekosongan )

Jawatan peringkat Diploma/Sijil
1. Penolong Jurutera - JA29 ( 2 Kekosongan )

Jadi bagi yang ingin memohon anda hanya perlu memohon secara online di pautan di bawah ini. Segala maklumat berkaitan sila rujuk di laman sesawang SPA tersebut.

SILA KLIK LINK INI UNTUK MEMOHON JAWATAN KOSONG

Tarikh Tutup adalah pada : 26 September 2016

Share kepada rakan-rakan dan ahli keluarga anda yang lain.

Tuesday, September 20, 2016

Live Streaming JDT vs South China 20.9.2016


Untuk semua peminat bola sepak jangan lupa saksikan perlawanan Siaran Langsung Live Streaming JDT vs South China 20.9.2016 bermula jam 8.45 malam. Perlawanan JDT vs South China ini akan berlangsung di Stadium Larkin Johor Bahru. Ia merupakan perlawanan timbal balik setelah keputusan sebelum ini berkesudahan dengan 1-1.

Melihat kepada keputusan perlawanan sebelum ini ia memberi kelebihan sedikit kepada pasukan dari negara kita iaitu JDT kerana ada bekalan 1 away gol. Pemenang perlawanan ini akan melangkah ke Separuh Akhir AFC Cup 2016. Jadi mari sama-sama kita sokong pasukan JDT yang membawa nama Malaysia.

Semua boleh menonton menerusi siaran langsung televisyen Media Prima TV9 bermula 8.30 malam dengan aksi dipadang pada 8.45 malam. Perlawanan juga akan disiaran secara online live streaming menerusi portal tonton.com.my secara HD.

Semakan Online Dekoder MYTV Percuma


Adakah anda salah seorang penerima dekoder MYTV PERCUMA? Jika anda ingin tahu sama ada anda adalah salah seorang penerima Dekoder MYTV PERCUMA tersebut anda boleh membuat Semakan Online Dekoder MYTV Percuma di blog ini. Caranya cukup mudah. 

Klik Link dibawah dan masukkan No. Kad Pengenalan untuk semak kelayakan Penerimaan Dekoder MYTV secara Percuma. Sebanyak 2 juta Unit Dekoder Percuma (MYTV Basic) akan diberikan kepada isi rumah terpilih di seluruh negara.

http://mytvbroadcasting.my/phase2/index.php



Jika anda dalam senarai penerima yang berjaya imej seperti di bawah akan dipaparkan. Anda akan dihubungi oleh pihak MYTV Broadcasting untuk tujuan penghantaran dekoder percuma tersebut. Sebarang maklumat lanjut anda boleh terus ke laman web ini http://mytvbroadcasting.my/phase2/ 



Nombor telefon : 1 300 80 6988

Tahniah kepada semua penerima.


p/s : ada sumber mengatakan semua penerima BR1M layak menerima dekoder percuma MYTV ini.

Friday, September 2, 2016

Permohonan Pembaharuan MyONLINE PASPORT


Permohonan Pembaharuan MyONLINE PASPORT telah dibuka. Jadi ia akan memudahkan semua pemegang pasport Malaysia untuk memperbaharui pasport mereka. Sila rujuk perkongsian artikel ini untuk anda memahami cara-cara bagaimana membuat Permohonan Pembaharuan MyONLINE PASPORT.

https://eservices.imi.gov.my/myimms/myPassport

PENGENALAN

MyONLINE PASPORT adalah satu kaedah sebagai kemudahan kepada warganegara Malaysia membuat permohonan pembaharuan Pasport Malaysia secara atas talian melalui internet.

Permohonan atas talian boleh membuat bayaran menggunakan kad kredit atau debit terus (FPX).

(Pembayaran melalui FPX dihentikan untuk penyelenggaraan buat sementara waktu.)

SPESIFIKASI FOTO PASPORT:

Latar belakang foto MESTI berwarna putih tanpa bayang. Latar belakang menggunakan warna lain tidak akan diterima.

Pakaian berwarna gelap serta menutupi bahu dan dada.

Bagi perempuan yang memakai tudung kepala atau hijab mesti memakai tudung/hijab yang berwarna gelap dan tidak boleh menutup muka.

Gambar yang dimuatnaik mestilah dalam bentuk softcopy yang diambil oleh kedai gambar profesional.Gambar polaroid tidak dibenarkan.

Sila lihat gambar contoh untuk keterangan lanjut.

Permohonan yang tidak menepati spesifikasi tidak akan diproses terlebih dahulu dan akan menyebabkan kelewatan semasa pengambilan/serahan passport.

TERMA & SYARAT:

1. Pemohon mesti berumur 13 tahun keatas yang telah dikeluarkan dengan e-pasport (pasport bercip).

2. Pemohon perlu mengisi maklumat yang benar dan tepat di dalam ruangan yang disediakan dalam sistem. Jika terdapat maklumat/akuan palsu, permohonan akan ditolak dan boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Seksyen 12(1)(c) Akta Pasport 1966 (Akta 150).

3. Bagi pemohon di bawah umur 18 tahun: Hanya penjaga yang sah yang telah memberi kebenaran semasa permohonan yang terdahulu dibenarkan membuat permohonan secara atas talian. Penjaga yang sah perlu hadir di pejabat imigresen semasa pengambilan pasport tersebut. Jika penjaga tidak hadir bersama, pasport tersebut tidak akan diserahkan.

4. Pemohon mesti memuatnaik gambar/foto bersaiz pasport yang terbaharu.

5. Bayaran boleh dibuat menggunakan kad kredit/debit terus (FPX). Kadar bayaran adalah seperti berikut:
i. Permohonan Biasa 13 - 59 tahun : RM 200
ii. Warga Emas (60 tahun keatas) : RM100

6. Pemohon perlu hadir sendiri untuk mengambil pasport dengan mengemukakan kad pengenalan, pasport sedia ada dan resit bayaran. Tiada wakil dibenarkan.

7. Kegagalan mengemukakan dokumen atau hadir akan menyebabkan pasport tidak akan diserah.

8. Pasport pembaharuan di dalam keadaan biasa sahaja

9. Buku Pasport mestilah didalam keadaan baik (tidak rosak ,berconteng, terkena air).

Keperluan Tambahan:

1. Bagi pemohon di bawah umur 18 tahun perlu membawa sijil kelahiran dan penjaga yang sah yang telah memberi kebenaran perlu hadir bersama.

2. Sekiranya pemohon atau penjaga tidak hadir semasa kutipan pasport, pasport tersebut tidak akan diserahkan.


Dipetik dari laman FB Jabatan Imigresen Malaysia

Thursday, September 1, 2016

Permohonan Pertukaran Guru e-Gtukar 1 September 2016


Adalah dimaklumkan kepada semua guru-guru Permohonan Pertukaran Guru e-Gtukar 1 September 2016 telah pun bermula hari ini. Tempoh untuk mengisi permohonan pertukaran ini adalah sehingga 30 September 2016. 

PERMOHONAN PERTUKARAN GURU ANTARA BAHAGIAN/NEGERI, ANTARA DAERAH DAN DALAM DAERAH SESI JANUARI 2017 UNTUK PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN GRED DG29, DG32 (KUP TIME-BASED), DG34 (KUP TIME-BASED), DG38 (KUP TIME-BASED), DG41, DG42, DG44 (KUP TIME-BASED), DG48 (KUP TIME-BASED), DG52 (KUP TIME-BASED) DAN DG54 (KUP TIME-BASED) DIBUKA MULAI 01 HINGGA 30 SEPTEMBER 2016.

Jadi untuk membuat Permohonan Pertukaran Guru e-Gtukar 1 September 2016 secara on-line anda layari sahaja link di bawah ini :

https://epgo.moe.gov.my/
Semoga berjaya kepada semua yang memohon.