Wednesday, July 27, 2016

Video CCTV Kejadian Tembak di Setapak


Tadi admin kongsikan gambar tentang kejadian tembak di Setapak. Kali ini admin kongsikan kepada anda Video CCTV Kejadian Tembak di Setapak kepada anda semua. Jika dilihat dari rakaman video CCTV tersebut dua buah motosikal yang dinaiki 4 orang suspek menghampiri mangsa dan melepaskan tembakan.

Jom kita lihat sendiri rakaman kejadian tersebut. Bila kita tengok dah macam dalam filem tetapi hakikatnya ia memang betul-betul terjadi. Bukan di luar negara tetapi berlaku di Malaysia. Di Setapak Kuala Lumpur. Seriau admin tengok video tersebut.

Jom layan...


Gambar Kejadian Tembak Mati di Setapak



Admin kongsikan beberapa Gambar Kejadian Tembak Mati di Setapak Sentral. Hadapan Setapak Sentral. Admin kongsikan gambar yang dimuatnaik oleh Mak Dara di laman Facebook beliau. Kejadian betul-betul terjadi berhampiran dengan pejabat beliau.

Kes tembak sampai mati depan Setapak Central sebentar tadi...(Kuala Lumpur 27 hearing) capital recurrence shootings Indian man gunmen fired more than 10 guns died on the spot! Wangsa Maju in Kuala Lumpur near JPJ at 3 o'clock in the afternoon shooting occurred, an Indian man driving through on the way, suffered gunmen ambushed.

Witnesses said the gunman shot dead the driver of the Honda car front and rear windows and fired more than 10 guns, leading Indians driver died on the spot.
Sumber : FB Setapak


 

Tuesday, July 26, 2016

Kalkulator Pengiraan Pencen Kerajaan


Untuk semua penjawat awam admin ingin kongsikan kepada anda semua Kalkulator Pengiraan Pencen Kerajaan yang diambil terus pautannya dari laman sesawang rasmi Portal Pencen JPA Portal Rasmi Bahagian Pasca Perkhidmatan. Oleh hal yang demikian dengan mudah anda dapat mengira berapakah jumlah bayaran pencen dan ganjaran yang anda semua akan terima apabila anda bersara wajib dari perkhidmatan awam Malaysia.

Sebelum anda menggunakan Kalkulator Pengiraan Pencen Kerajaan tersebut jom kita baca sedikit info berkaitan dengan persaraan atau lebih mudah dengan perkataan pencen. 

Skim pencen adalah meliputi beberapa perkara iaitu :-
  • Memberi pengiktirafan dan penghargaan terhadap perkhidmatan cemerlang seseorang anggota yang telah dicurahkan kepada Kerajaan dengan penuh taat setia, dedikasi dan amanah;
  • Berbentuk suatu ikatan ke atas anggota-anggota agar mereka terus berkhidmat dengan Kerajaan;
  • Memberi jaminan saraan hidup kepada anggota-anggota setelah mereka bersara dari perkhidmatan Kerajaan;
  • Memberi saraan hidup kepada orang-orang tanggungan anggota-anggota yang telah meninggal dunia sama ada semasa di dalam perkhidmatan Kerajaan atau selepas mereka bersara; dan
  • Mewujudkan suatu bentuk Skim Pampasan yang terbuka kepada anggota-anggota yang dikehendaki bersara atau meninggal dunia akibat mengalami kecederaan atau menghidap penyakit kerana terdedah kepada bahaya-bahaya tertentu ketika menjalankan tugas-tugas rasmi mereka.
Untuk mengira jumlah pencen jom gunakan Kalkulator Pengiraan Pencen Kerajaan dengan hanya gunakan link di bawah ini:-

Kakak Adira Telah Ditetak



Siapa tidak kenal dengan Adira. Baru-baru dunia hiburan telah digemparkan dengan video suami Adira yang dikatakan keluar dengan seorang baru. Tetapi ada berita yang sedih telah berlaku kepada Adira. Media Hiburan melaporkan bahawa Kakak Adira Telah Ditetak dalam kejadian samun. 

Jika anda semua yang masih ingat denga AF pastinya mengenali kakak Adira iaitu Emma. Jom kita baca berita sepenuhnya di bawah ini berkaitan berita Kakak Adira Telah Ditetak. Lihat juga kepada gambar dan caption dari sahabat artis iaitu Keroz Nazri.

Melalui Facebook penyanyi Keroz Nazri, dia menyatakan bahawa kediaman kakak kepada penyanyi Adira iaitu Emma Suhaimi telah dimasuki perompak bersenjatakan parang. Dalam kejadian tersebut, Emma difahamkan telah ditetak di kepala dan beberapa bahagian badan hingga menyebabkan telinganya hampir putus.  Malah, wajahnya turut diterajang oleh perompak tersebut. 

Emma sudah mendapat rawatan di Hospital Queen Elisabeth 1 Kota Kinabalu, Sabah dan keadaannya stabil. MH Online merakamkan rasa simpati atas apa yang berlaku.  Semoga Emma segera sembuh.



Monday, July 18, 2016

Pendrive Bukti Kepincangan 30 Tahun FAM



Anda kenal dengan Tengku Mahkota Johor. Pastinya semua rakyat Malaysia kenal dengan Tuanku TMJ ini. Sejak beberapa hari ini beberapa pemain kebangsaan yang semuanya dari pasukan JDT telah mengumumkan persaraan. Dan perkara ini sedikit sebanyak telah memalitkan nama TMJ walaupun Tuanku tidak sedikit pun terlibat dengan keputusan pemain seperti Aidil, Safiq, Amirul dan Kunanlan untuk bersara. Tetapi ada sesuatu yang agak mengejutkan dari TMJ sendiri yang admin petik dari laman FB Johor Southern Tiger. Ini dia Pendrive Bukti Kepincangan 30 Tahun FAM (seperti dalam gambar). Berita persaraan Aidil dan Safiq di SINI.

Jom kita ikuti tulisan DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor tersebut. Anda baca dan hadamkan. Pastinya ada yang tidak senang duduk dengan posting dari DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor ini. Kita tunggu dan lihat sahaja apa yang bakal didedahkan nanti.

JANGAN DIAJAK PENEMBAK TEPAT PERGI MENEMBAK

Anda memberi komen tentang pemain yang bersara dan membuat kenyataan seolah-olah mereka tidak pernah berkhidmat dan mencapai kejayaan bersama pasukan kebangsaan. Apa yang susah sangat untuk menghormati keputusan mereka? Satu perkataan sahaja yang anda harus katakan tentang mereka atau kepada mereka iaitu 'terima kasih'. Terima kasih atas pengorbanan mereka selama ini. Itu sahaja. Usah tunjuk kepada saya dan generasi sekarang yang anda semua sebagai orang lama susah hendak menerima bahawa masa dan dunia ini telah berubah. Apa yang pelik adalah anda semua boleh terima selama ini dan sanggup mempertegakkan 30 tahun korupsi dalam Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Ini adalah 'pendrive' diberikan kepada saya oleh sahabat-sahabat saya yang berkedudukan tertinggi di Kuala Lumpur berkenaan maklumat dan aktiviti dalam FAM, ketirisan penjualan tiket perlawanan akhir Piala FA dan Piala Malaysia, orang-orang media yang FAM selalu gunakan termasuk bekas-bekas pemain di Malaysia, duit-duit kelab yang diambil oleh FMLLP dan diberikan kepada FAM serta laporan audit yang merepek. Mungkin sudah sampai masanya untuk penyokong bolasepak tanahair melihat dan menilainya sendiri. Saya mempunyai seorang komander di India yang pernah berkata, 'jangan diajak penembak tepat pergi menembak'.

Akhir sekali, saya ingin mengingatkan, duit rakyat sepatutnya digunakan untuk rakyat sahaja. Bukan untuk bolasepak dan kepentingan politik. Sila selesai isu gaji pemain yang sudah lama tidak diselesaikan.

DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor


Gambar dan petikan dari : Johor Southern Tiger FB

Thursday, July 14, 2016

Gambar Perodua Bezza Dan Spesifikasi


Perodua telah melancarkan model kereta sedan pertama iaitu Perodua Bezza. Admin kongsikan beberapa Gambar Perodua Bezza Dan Spesifikasi tersebut untuk rujukan semua. Pastinya anda semua teruja dengan kemunculan Perodua Bezza ini bukan. Seperti yang semua sedia maklum bahawa Perodua memang hanya mengeluarkan kereta jenis compact dan bukannya sedan.

Sudah pasti kemunculan Perodua Bezza sangat dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia. Pengeluaran Perodua Bezza meliputi dua jenis enjin variant 1.0L dan 1.3L di mana dalam 3 model iaitu standard, premium dan Bezza Advance.

Jom kita lihat sendiri Gambar Perodua Bezza Dan Spesifikasi di bawah ini. Bagaimana pendapat anda. Beri pendapat anda diruangan komen berkaitan perkongsian Gambar Perodua Bezza Dan Spesifikasi ini. Jangan lupa untuk kongsikan post ini. Untuk lebih gambar dan info sila ke Paultan.






Wednesday, July 13, 2016

Aidil Zafuan Safiq Rahim Bersara Dari Skuad Kebangsaan


Berita yang mengejutkan peminat bola sepak tanah air apabila Aidil Zafuan Safiq Rahim Bersara Dari Skuad Kebangsaan. ANDA MINAT GAME & APLIKASI?? >>> KLIK SINI<<< Memetik dari laporan website stadium astro admin kongsikan kepada anda berita yang mengejutkan itu.

Pemain tengah, Safiq Rahim, dan pertahanan, Aidil Zafuan Abdul Radzak, membuat kejutan apabila mengumumkan persaraan daripada skuad kebangsaan. Dalam kenyataan bertajuk "Saya bersara dari Skuad Kebangsaan" yang dikeluarkan laman facebook Johor Southern Tigers pada jam 5 petang tadi, Aidil berkata dia mahu memberi peluang kepada pemain muda lain untuk mewakili negara dalam perlawanan akan datang.

"Saya Aidil Zafuan Abdul Radzak mengambil keputusan untuk bersara dari skuad kebangsaan (dengan rekod 68 kali penampilan bermula Julai 2007) dan ingin memberi peluang tersebut kepada pemain muda lain untuk mewakili pasukan negara pada perlawanan akan datang," kata kenyataan tersebut. Aidil, 28, turut berasa berbesar hati dapat membantu mencapai beberapa kejayaan bersama skuad kebangsaan, antaranya memenangi pingat emas Sukan Sea 2009, kelayakan belia bawah 20 AFC 2005 dan kelayakan Sukan Olimpik 2008.

KLIK SINI UNTUK DOWNLOAD APPS

Dia juga merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua penyokong bola sepak tanah air, barisan kejurulatihan serta pengurusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang selama ini menyokong kerjayanya sepanjang berkhidmat bersama pasukan kebangsaan. Selang sejam kemudian, kapten pasukan kebangsaan, Safiq Rahim, pula mengikut jejak Aidil mengumumkan persaraannya.

"Sudah tiba masanya untuk saya bersara dari skuad kebangsaan dan memberi peluang kepada pemain lain untuk menggalas tugasan saya. Pencapaian-pencapaian yang pernah saya raih seperti membantu skuad kebangsaan Bawah 23 tahun memenangi pingat emas di Sukan SEA 2009 dan juara Piala Suzuki AFF 2010 untuk skuad senior pastinya mampu menjadi pemangkin kepada pemain generasi baru untuk memberikan keputusan dan idea yang lebih positif buat skuad negara.

"Saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang menyokong kerjaya saya dalam skuad kebangsaan, terutama penyokong-penyokong bola sepak tanah air, barisan kejurulatihan serta pengurusan FAM," kata Safiq.

Kedua-dua pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) itu mula mewakili pasukan kebangsaan sejak 2007, dengan Safiq mengumpul 66 jumlah perlawanan bersama pasukan kebangsaan serta menjaringkan 16 gol manakala, Aidil membuat 68 penampilan serta menjaringkan tiga gol. Penampilan terakhirnya bersama pasukan kebangsaan ialah ketika menentang Fiji dalam perlawanan persahabatan bulan lalu.
KLIK SINI UNTUK DOWNLOAD APPS

Tuesday, July 12, 2016

Komen Afdlin Shauki Tentang David Teo Kritik P.Ramlee



Mood raya sedikit diganggu dengan newsfeed di timeline FB di mana ada sahaja nama David Teo yang keluar. Admin sebenarnya malas nak ambil peduli tetapi apabila dibaca satu persatu apakah permulaannya baru admin mengerti apa sebenarnya isu yang terjadi. Ini ada satu Komen Afdlin Shauki Tentang David Teo Kritik P.Ramlee. Bagi admin nak kata kritik tu tidak tetapi lebih kepada perbandingan yang dibuat oleh David Teo terhadap P.Ramlee tetapi mungkin ada perkara yang tidak berapa tepat dan menjadi kemarahan netizen dan pejuang seni yang lain.

Jom kita baca Komen Afdlin Shauki Tentang David Teo Kritik P.Ramlee tersebut di bawah ini yang admin petik dari FB bro Afdlin Shauki sendiri. Kepada Mejar David Teo mohon lebih berhati-hati apabila ingin mengeluarkan kenyataan kerana setiap manusia lain penerimaan masing-masing. Maksud kenyataan yang hendak disampaikan juga perlu terang jelas dan nyata.

Terima Kasih David Teo.

Awak memang seorang yg hebat dan dari dulu memang pandai mencari publisiti. Murah atau tidak, publisiti is publisiti.

Ramai yg tengah marah kat awak sekarang ni tapi saya tidak. Ini kerana awak telah mencetuskan kembali minat orang ramai untuk berbual pasal P Ramlee.

Pada saya, kalau Tun Mahathir pun org boleh hentam sekarang so why not P Ramlee? Saya rasa Manusia memang ada short term memory loss (macam finding dory) kita ingat apa yg kita nak ingat dan bila ianya memberi kepentingan kepada kita.

Tak salah kita nak buat duit dalam industri hiburan, kalau ada rezeki silakan. Ramai pun dah jadi jutawan menceburi dunia hiburan ni. Tapi apa yg awak kena ingat En David adalah jiwa orang seni adalah berbeza dgn jiwa seorang peniaga. Contoh jiwa orang berseni adalah P Ramlee dan peninggalan karya-karya beliau yg masih mewarnai, menghiburkan dan sampai sekarang boleh buat duit kerana tetap diminati orang dari generasi kini. Mungkin bukan waris P Ramlee yg merasa habuan jualan karyanya sekarang tetapi... Pada asasnya hasil karya seorang yg berjiwa seni ini masih boleh buat duit utk jangkamasa yg lama.

Contoh jiwa seorang peniaga adalah awak, awak memang sangat hebat dalam benda ni. Ya betul anda membuka ruang untuk ramai seniman baru utk berkarya tetapi karya-karya ini kebanyakannya menggunakan pendekatan perniagaan yg ekstrim iaitu 'Cepat dan Murah' dan itu telah memberi kesan hebat kepada kualiti filem-filem terbitan awak. Ini pendapat saya. Ini adalah kerana seorang peniaga akan berfikir buat murah senang ROI. Artis dan crew boleh bayar pukal so you get better, cheaper deal. Tak perlu ada ilmu pengarahan atau lakonan ... Semuanya boleh digilapkan on set. Tapi kita kena ingat kerja seni bukanlah kerja kontrak buat jalanraya atau MLM, so tak boleh expect boleh buat business ini macam business lain. In film time is usually quality.

Mungkin pada pandangan awak apa guna jadi artis kalau tak boleh jadi jutawan. Pada saya kalau itulah kerjaya yg membahagiakan kita, kepuasan diri menjadi sebab utama dan kekayaan sebab kedua.

Ramai kengkawan yg saya kenal yg dahulunya lawyer, meninggalkan kerjaya mereka untuk menjadi pelakon teater yg pulangan ekonominya lagi jahanam dari buat filem. Tapi mereka puas dan happy.

Dari zaman dulu sehingga sekarang ada sahaja org nak memanipulasi org seni pasal pada tanggapan ramai org seni ni bodoh dan tak berpelajaran. Oleh kerana wang bukan menjadi motivasi utama, tak bermakna kami bodoh sekarang. Shaw brothers ambil semua intellectual property rights yg sepatutnya samada di kongsikan dgn karyawan atau ada peratusan yg masih berhak dituntut oleh karyawan atau warisnya. Saya nak tanya sekarang adakah prektis ini masih berleluasa? Di mana studio masih nak menuntut all rights kepada hasil karya seorang artis itu?

jawapannya YA!!!! RTM, Grand Brilliance, Astro Shaw , media Prima, Astro semua masih mempraktikkan memegang rights harta intelek dari karyawan. Walaubagaimanapun kebelakangan ini astro dan media prima ada mula berkongsi rights dgn penerbit tetapi saya tak tahu berapa meluas.

So artis di hari tua tak dapat meninggalkan apa apa pada warisnya. Jadi jawapan kenapa P Ramlee duduk di pinggir bukit bintang En David adalah dia tidak di 'Protect' oleh undang-undang negara ini. Dia dieksploitasi oleh studio-studio besar yg mengambil semua harta inteleknya, dan ianya takde kena mengena dgn dia adalah artis yg tak berdisiplin, takde komitmen atau tak tahu menjaga periuk nasinya. Malangnya sehingga sekarang masih belum ada rang undang-undang parlimen yg menyatakan studio atau stesyen tv tidak berhak mengambil harta intelek seorang karyawan kecuali karyawan mahu menjual harta intelek itu pada harga yg berbeza dari harga projek tersebut.

So En David the problem is not P Ramlee, the problem is the lack of respect this country have for the rights of artistes.