loading...

Thursday, June 30, 2016

4 Model Kereta Terlibat Masalah AirBag Takata


Berikut admin kongsikan kepada anda semua 4 Model Kereta Terlibat Masalah AirBag Takata. Anda perlu semak dengan teliti. Rasanya pihak pengeluar kenderaan ada bagi notis kepada semua pemilik kenderaan yang terlibat dengan masalah Airbag Takata. Proses penukaran airbag pun telah dijalankan dengan cara berperingkat.

Melalui perkongsian gambar dari FB Langkawi Auto Express Sdn Bhd  Jom kita lihat 4 Model Kereta Terlibat Masalah AirBag Takata tersebut. Anda hanya perlu lihat gambar-gambar di bawah ini. Jangan lupa untuk kongsikan kepada yang lain artikel ini.

Semoga semua mendapat manfaat. Maklum sahaja lah kita semua akan menyambut hari raya tidak berapa lama lagi. Jadi sebelum pulang beraya ke kampung pastikan kenderaan anda dalam keadaan tip top.





lebih berita Sila ke SINI atau anda ingin download apps?


Barang Panas!!!!!

Friday, June 24, 2016

Prof Izzi Haji Ali Meninggal Dunia


Prof Izzi Haji Ali Meninggal dunia kira-kira jam 12.45 tengah hari tadi akibat strok. Berita ini admin petik dari page terkenal Mynewshub. Takziah diucapkan kepada seluruh keluarga arwah. Mari kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah.

Diruangan komen penuh dengan ucapan takziah dan sedekah kan Al-Fatihah kepada arwah.

Antara komen tersebut berbunyi :

"Innalillahi wainna ilaihiroji'un....smoga arwah diampunkan dosa dan ditmpatkan dikalangan org beriman...insyaALLAH,Aamiin...
Xdgar da tagline "renung2kan dan selamat beramal"


 "Meninggal pada hari Jumaat dlm bulan ramadan yg mulia...Allahuakbar..Allah maha besar maha mengetahui....Al Fatihah utk arwah takziah pada keluarga arwah.."

Thursday, June 23, 2016

Siapa Imam Muda Ammar



Nama Imam Muda Ammar menjadi sebutan sehari dua ini di Facebook. Tetapi Siapa Imam Muda Ammar sebenarnya? Macam mana rupa beliau. Apakah biodata beliau. Jadi admin kongsikan kepada anda serba sedikit tentang Siapa Imam Muda Ammar ini.

Berkaitan posting-posing beliau di Facebook admin tidak mahu kongsikan di sini cuma anda cari lah sendiri di page-page besar di FB mereka ada kongsikan berkaitan dengan posting Imam Muda Ammar ini. Apa yang boleh admin simpulkan satu adalah posting tentang vaksin tersebut memang menampakkan ketidak matangan Ammar. Apabila ditegur oleh netizen jawapan balas dan permohonan maaf dari beliau lagi menunjukkan beliau tidak ikhlas dan seperti menganjing. Tau-tau FB Ammar pula sudah tutup. Aiyooo

Nah admin kongsikan kepada anda serba-sedikit Siapa Imam Muda Ammar. Merupakan peserta Imam Muda musim kedua dan mendapat tempat ke-3. Lahir di kuala lumpur dan menetap di ulu klang selama 5 tahun. Berhijrah ke Johor Bharu dan bersekolah di Sek Rendah Islam Hidayah ,Skudai Johor Bharu sehingga UPSR. Menghafal Al Quran 30 juz di Madrasah Miftahul Uloom, Masjid Jamek Sri Petaling Kuala Lumpur selama 3 tahun. Mendapat Ijazah dalam Pengajian Islam dan Bahasa Arab serta sanad Hadith Al- Bukhari di Madrasah Miftahul Uloom Seri Petaling Kuala Lumpur (8 tahun). Pemegang Ijazah Sarjana Muda Syariah. Kolej Universiti Insaniah Kedah dalam bidang Syariah ( Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian ).  Memiliki Sanad Kitab Hadith Sahih Al Bukhari (Jilid 1 & 2) , rantaian Sanad hingga ke Rasulullah SAW dan pernah belajar Dauratul Hadith (Pengajian Khusus Hadith Kutubussittah selama 2 tahun) di Madrasah Miftahul Uloom Seri Petaling Kuala Lumpur. (Biodata ini bagi memudahkan penganjur program). 

Pesanan buat Ammar. Tiada manusia yang sempurna di dunia ini. Jika rasa kita ada buat silap kita mohon maaf dengan ikhlas dan bukan menunjukkan kita ini hebat. Hebat-hebat manusia tidak ke mana pun. Jika kita kurang arif kita bertanya. Berfikir sewarasnya sebelum kita berkata-kata. Ilmu itu luas.

SUMBER

Tuesday, June 21, 2016

Lirik Lagu Hang Pi Raya - Khalifah


Anda tahu lagu Hang Pi Mana? daripada Khalifah. Ini dia lagu raya pula dari Khalifah. Jom dengarkan lagu Hang Pi Raya dari kumpulan Khalifah ini. Sambil dengar lagu Hang Pi Raya tu kita layan sambil baca Lirik Lagu Hang Pi Raya - Khalifah tersebut. Macam mana bestnya lagu Hang Pi Mana sebelum ini macam tu jugak lah bestnya lagu Hang Pi Raya ini. Jom kita layan.

Pulang raya
Nak pi raya 6x
Pulang raya

Hari raya tiba
Sebulan puasa tertunai sudah
Duit yang ada
Cukup cukup saja
Buat belanja
Ada kereta yg aku bawa
Jenama malaysia
In sya allah
Jumpa mak ayah
Dan sanak saudara

Pulang raya
Nak pi raya 6x
Pulang raya

Takbir bergema indah dipagi raya
Syahdu terdengar iramanya dijiwa....
Syawal mulia ampun maaf dipinta
Pada ibu ayah dan juga sanak saudara

Abang-abang akak-akak duit raya jangan lupa
(Abang-abang akak-akak duit raya jangan lupa)
Anak-anak bergembira sebab dapat duit raya
(Anak-anak bergembira sebab dapat duit raya)
Kuih raya semua ada juga macam-macam ada
(Kuih raya semua ada juga macam-macam ada)
Nak pi raya mana tunggu lepas solo guitar...

Ceq pi raya ceq pi ziarah sini sana
Jumpa kawan lama buka macam macam cerita
Sedih gembira kita kongsi bersama
Selamat hari raya ampun maaf dipinta....

Pulang raya
Nak pi raya 6x
Pulang raya


Hang Pi Raya LIRIK/Lyrics
Artis: Khalifah
Lagu digubah oleh Harry Khalifah
Lirik ditulis oleh Yabang Khalifah




Tuesday, June 14, 2016

Mini Banglo Hanya RM60K


Biar betul harga seunit Mini Banglo Hanya RM60K. Ya ingin memang betul-betul dan bukannya cubaan. Jadi kepada sesiapa yang inginkan kediaman sendiri anda perlu rebut peluang ini. Mana nak cari dalam keadaan ekonomi yang agak teruk kita dapat harga Mini Banglo Hanya RM60K atau RM60,000.00. Untuk maklumat lanjut berkaitan berita ini admin kongsikan kepada anda semua berita dari Malaysia Gazette.

Pemaju perumahan, Juta Kelulut Global Sdn. Bhd. (Juta Kelulut) menawarkan projek perumahan mampu milik dikenali Mini Banglo yang berharga RM60,000. Pengarah Urusannya, Siti Nurbaiyah Yahya berkata, harga yang ditawarkan itu sempena harga promosi bermula 1 Mei lalu hingga akhir Jun ini sebelum harga kembali kepada RM199,000. "Projek rumah mampu milik ini dikenali Mini Banglo dan terbuka untuk semua rakyat Malaysia yang memiliki tanah sendiri.

"Tujuan promosi ini diadakan kerana sehingga hari ini masih ramai lagi keluarga yang tidak mempunyai rumah sendiri dan menyewa. "Jadi saya juga berharap, di samping kami mengadakan promosi ini, kami beramal dengan membantu semua golongan mampu untuk memiliki rumah mereka dengan harga yang paling murah serendah RM50,000 mengikut saiz keluasan," katanya ketika ditemui MalaysiaGazette baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Siti Nurbaiyah berkata, bagi yang tidak memilik tanah sendiri, pihaknya turut menyediakan tanah lot untuk dijual di beberapa lokasi terpilih di Selangor dan Kuala Lumpur. Jelasnya lagi, kredibiliti Juta Kelulut tidak perlu diragui kerana syraikat itu sudah berkecimpung dalam projek pembinaan perumahan sejak tiga tahun lalu.

Sebelum ini, katanya, syarikat itu menjadi ejen hartanah menerusi Kempen Banglopower Zukacare dan kini sedang giat menerima tempahan pembinaan banglo hampir 200 buah mini banglo di seluruh negara. Namun, jelasnya, Juta Kelulut kini melebarkan sayap dalam industri perumahan dengan bertindak menjadi pemaju utama dengan melantik beberapa kontraktor bagi melancarkan pembinaan projek Mini Banglo.

Sementara itu, projek Mini Banglo berharga RM60,000 membolehkan individu memiliki mini banglo seluas 32 x 50 di atas tanah sendiri. Mini banglo itu mempunyai sebuah ruang tamu dan ruang makan, tiga bilik tidur, sebuah dapur serta dua kamar mandi serta dilengkapi ruang parker kereta. Struktur binaannya yang diperbuat daripada batu IBS (sistem binaan berindustri) tidak memerlukan perbelanjaan yang besar serta diiktiraf oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB).

Untuk maklumat lanjut tentang projek Mini Banglo, orang ramai boleh menghubungi ejen perumahan syarikat di talian 0173170021 (Aesar), 0162498957 (Aerul), 0177402496 (Anggun), 0135123256 (Farhimi), 0192406334 (Nourul) dan 0197740360 (Saiful). - MalaysiaGazette

Monday, June 13, 2016

Lesen Penerbangan Udara Rayani Air Dibatalkan


Lesen Penerbangan Udara Rayani Air Dibatalkan. Pastinya ramai rakyat Malaysia sedia maklum bahawa Rayani Air adalah satu syarikat penerbangan yang dikatakan patuh syariah sebelum ini. Tetapi dalam beberapa bulan operasi Rayani Air pelbagai masalah yang dihadapi oleh penumpang. Masalah utama Rayani Air adalah membatalkan penerbangan penumpang mereka tanpa memaklumkan terlebih dahulu. Itu antara salah satu masalah dalam Rayani Air sebelum ini.

Sebelum ini perkhidmatan Rayani Air digantung seketika. Tetapi hari ini telah pun dimuktamadkan oleh Suruhanjaya Penerbangan Malaysia bahawa lesen perkhidmatan udara Rayani Air digantung. Apalah nasib pekerja Rayani Air sekarang. Apa lagi dengan suasana datangnya Aidilfitri tidak lama lagi.

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) hari ini membatalkan Lesen Perkhidmatan Udara (ASL) Rayani Air. Dalam satu kenyataan, suruhanjaya penerbangan itu berkata Rayani Air telah melanggar syarat-syarat ASL dan kurang keupayaan dari segi kewangan dan pengurusan untuk meneruskan operasi sebagai syarikat penerbangan komersial. "Rayani Air tidak lagi boleh beroperasi sebagai syarikat penerbangan komersial berkuat kuasa hari ini. - BERNAMA

Acappan Peluk Islam Berita Tidak Benar






Viral di media sosial tentang berita pelawak veteran Accapan telah memeluk Islam. Bukan sahaja berita tetapi banyak gambar yang dikongsi berkaitan artikel tersebut. Tiba-tiba admin terbaca satu berita yang Acappan Peluk Islam Berita Tidak Benar. Jom baca berita sepenuhnya yang dipetik dari Mstar Online.


PETALING JAYA: Pelawak Acappan meminta orang ramai agar terus menghentikan penyebaran berita kononnya dia sudah memeluk Islam berikutan isu itu menjadi viral di laman sosial sejak Isnin. Acappan atau nama sebenarnya, Samynathan Rethinan, 58, berkata, foto-foto yang tersebar itu adalah ketika dia menghadiri jemputan berbuka puasa pada Ahad di sebuah surau di Salak Tinggi dekat sini.

"Saya belum lagi bersedia untuk memeluk agama Islam, jika sudah bersedia saya akan beritahu kepada semua tentang itu. "Saya akui sedang mendalami agama Islam sejak mula berlakon lagi saya suka belajar tentang agama dan berkawan rapat dengan kawan-kawan beragama Islam," ujarnya kepada mStar Online, ketika dihubungi di sini, Isnin.

Acappan berkata demikian ketika diminta mengulas tentang dakwaan dia sudah memeluk agama Islam selepas foto dia berbuka puasa dengan rakan-rakannya di sebuah surau tersebar. Terdapat juga rakan artis dalam gambar-gambar yang disebarkan itu antaranya pelakon Isma Aliff, Ijam (Medicine) dan Iwan.

Malah, berita itu juga turut dikongsi oleh rakan-rakan arits di media sosial yang mengucapkan syukur atas penghijrahan berkenaan. Dia dikatakan menggunakan nama Islamnya Shahrin Abdullah dan ada yang mendakwa namanya Muhammad Ramadhan. Dalam pada itu menurut Acappan, dia dijemput oleh seorang kawan yang ingin memperkenalkannya dengan seorang ulama Islam bagi membincangkan pelbagai perkara tentang agama.

"Ini merupakan kali pertama saya ke surau atas undangan seorang rakan, katanya ingin bercakap soal agama dengan seorang maulana yang datang di surau itu semalam (Ahad). "Tidak salah rasanya saya memenuhi undangan tersebut dan berborak-borak tentang agama," ujarnya.

Dalam pada itu, Acappan turut memohon agar orang ramai tidak mudah percaya berita yang tersebar tanpa pengesahan daripada mulut dia terlebih dahulu. Katanya, sejak foto dan berita itu menjadi viral, dia menerima pelbagai reaksi daripada rakan-rakan terdekat dan keluarga yang meminta pengesahan mengenainya.

Saya suka agama Islam tapi saya mohon bagi saya masa untuk ke arah itu dan jangan sebarkan berita yang tidak betul. "Hari ini semua jadi kecoh dan keluarga saya juga minta penjelasan berhubung berita ini," ujarnya.

Syarat Dan Cara Mohon Bantuan Khas Aidilfitri Pekebun Getah 2016






YAB Perdana Menteri telah pun mengumumkan bantuan khas kepada semua pekebun kecil getah menjelang Aidilfitri ini. Ini adalah kerana harga getah yang semakin jatuh menjunam. Dengan bantuan khas ini kerajaan ingin meringankan beban semua pekebun kecil getah. Untuk itu admin kongsikan kepada anda semua Syarat Dan Cara Mohon Bantuan Khas Aidilfitri Pekebun Getah 2016


Pasti ramai yang tertanya-tanya tentang bantuan ini setelah diumumkan dalam berita di kaca televisyen. Untuk itu semua pekebun kecik yang terlibat perlu melihat dan membaca apakah Syarat Dan Cara Mohon Bantuan Khas Aidilfitri Pekebun Getah 2016 ini.

Beberapa perkara perlu diambil kira dan dibuat sebelum anda pergi ke pejabat RISDA yang berdekatan dengan anda. Semoga bermanfaat. Untuk maklumat lanjut hubungi pejabat RISDA berdekatan anda.

Syarat Permohonan adalah seperti berikut :-

A. Pemilik
  • Warganegara Malaysia Sahaja
  • Pekebun kecil yang berdaftar dengan RISDA
  • Memiliki tanah seluas 0.1011 hingga 2.5 hektar 
  • Pemilik tanah yang sah
  • Satu lot satu penerima sahaja
B. Penoreh  
  • Warganegara Malaysia Sahaja
  • Penoreh bukan pemilik yang berdaftar dengan RISDA
  • Menoreh di tanah seluas 0.1011 hingga 2.5 hektar 
  • Pengesahan oleh pemilik tanah yang sah
  • Mempunyai kad permit autoriti getah yang sah sehingga 30 Jun 2016
Dokumen yang perlu di bawa sebelum pergi ke pejabat RISDA

A. Kategori Pemilik
  • IC Pemohon dan Salinan IC
  • Geran Asal Tanah & Salinan
  • Salinan Buku Akaun Aktif
B. Kategori Penoreh
  • IC Pemohon & Salinan IC
  • Salinan IC Pemilik Tanah
  • Salinan geran lot yang ditoreh
  • Salinan buku akaun aktif
  • Kad PAT-G
 
 Gambar milik sahabat FB : Cik Haniza ;-)

Jawatan Kosong Pegawai Penjara






Berita baik kepada mereka yang mempunyai kelayakan SPM dan PMR. Admin kongsikan kepada anda semua Jawatan Kosong Pegawai Penjara Gred KX17 dan Pembantu Awam Gred H11. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) mempelawa kepada semua warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan untuk mengisi dua jawatan yang dinyatakan di atas.


Pendaftaran dan permohonan adalah dibuka secara dalam talian atau on-line dengan melayari laman web SPA. Bagi yang sudah mempunyai pendaftaran SPA secara on-line anda hanya perlu kemaskini pada ruang jawatan sahaja untuk memohon jawatan ini.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 19 Jun 2016. Untuk maklumat penuh berkaitan Jawatan Kosong Pegawai Penjara ini anda hanya perlu layari link yang admin sediakan di bawah ini. Melalui link tersebut pelbagai maklumat berkaitan jawatan anda akan perolehi. Semoga berjaya kepada semua.

Klik untuk maklumat lanjut : SINI

Friday, June 10, 2016

Buffet Ramadhan Murah Di Shah Alam


Anda masih tercari-cari di manakah boleh anda dapatkan Buffet Ramadhan Murah Di Shah Alam. Jom kita cuba buffet di Warung Lebai Dollah Seksyen 13 Shah Alam. Pastinya anda merasakan perbelanjaan anda untuk berbuka puasa pastinya berbaloi-baloi.

Dalam Sejarah 2 Restoran bergabung Menjadi 1

Warung Lebai Dollah @lebaidollah & @dwapbarbariansocial

Barbarian Lebai Ramadhan Buffet dibuka untuk tempahan. Sila Call/SMS/Whatsapp 0182484392 untuk membuat tempahan. Menu Ramadhan Buffet menyediakan sajian yang enak-enak gabungan antara Masakan Melayu dan Barat dengan harga berpatutan!

RM45 (Dewasa) RM33 (Kanak-kanak 6-12 Tahun)

Kanak-kanak dibawah 6 tahun tidak dikenakan bayaran (F.O.C)


 



Warung Lebai Dollah menjanjikan sajian yang istimewa bagi Buffet Ramadhan kami kali ini seperti:

[[]] Oxtail Soup
[[]] Arabiatta
[[]] Pesto
[[]] Carbonara
[[]] Chicken Wing
[[]] Aglio è Olio
[[]] Marinara
[[]] Yeong Chow Fried Rive
[[]] Sago Puddings
[[]] Grill Lamb
[[]] layered Chiffon
[[]] Bubur Lambuk warisan
[[]] Bubur Pulut Hitam
[[]] Beef Skewers
[[]] Homemade Burger
[[]] Tortillas
[[]] Fruit Puddings
[[]] Sirap Selasih
[[]] Wild Mushroom Soup
[[]] Sausages
[[]] Salads
[[]] Teh Tarik
[[]] Dan Banyak Lagi.

RM45 (Dewasa) RM33 (Kanak-kanak 6-12 Tahun)




Sila tempah sekarang, sebelum habis ditempah. Hubungi :

0182484392

Ruang Solat disediakan. Anda semua juga dijemput untuk turut sama-sama berjemaah untuk menunaikan SOLAT TARAWIKH di Pondok Pengajian Imam Haji Abdullah bersebelahan dengan kedai ini. Di mana lokasi kedai? Mereka beralamat di:

Warung Lebai Dollah + Barbarian Grill
G13A & G13, Block 2,
Laman Seri Business Park,
Persiaran Sukan, Seksyen 13,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan
Tel : 0182484392

IG : @lebaidollah & @dwapbarbariansocial
FB : Warung Lebai Dollah & DwapBarbarian



 

Cara Mudah Tanggalkan Road Tax Kereta


Ini admin kongsikan Cara Mudah Tanggalkan Road Tax Kereta di cermin kereta anda tanpa meninggalkan kesan gam. Ada juga pemilik kenderaan yang tidak tanggalkan langsung road tax mereka tetapi menyusun dan tampal sahaja road tax baru. Ini disebabkan apabila mereka ingin menanggalkan road tax lama gam akan tertinggal dan memburukkan cermin kereta mereka.

Tetapi jangan bimbang admin kongsikan kepada anda Cara Mudah Tanggalkan Road Tax Kereta ini. Perkongsian ini dipetik dari FB Page Durian Kopi O. Jadi jangan lupakan untuk kongsi atau share kepada rakan-rakan anda yang lain.

Perkongsian ini amat berguna kepada semua pemilik kenderaan yang "renew" road tax . Bagi yang tak renew mereka tak kisah pun kan hihi. Selamat berjumpa lagi. Ini dia Cara Mudah Tanggalkan Road Tax Kereta tersebut.

Tips tanggalkan road tax tanpa kesan:

1- Rendam kain dengan air panas.
2- Letakkan kain diluar cermin kereta, betul-betul di hadapan road tax yang nak ditanggalkan.
3- Biarkan 5-10 minit sehingga gam cair.
4- Selepas 5-10 minit, tanggalkan road tax perlahan-lahan.

Jadual Penuh EURO 2016 France



Jom admin kongsikan kepada anda semua Jadual Penuh EURO 2016 France. Ini melibatkan jadual penuh kesemua perlawanan yang akan berlangsung di Perancis ini. Pastinya kepada kaki bola di Malaysia tidak mahu ketinggalan untuk menyaksikan kejohanan bola sepak yang terhebat selepas Piala Dunia.

Peminat-peminat pasukan England, Itali, Perancis, Sweden, Jerman dan lain-lain pastinya tidak mahu melepaskan peluang menonton perlawanan-perlawanan Euro 2016. Jika dilihat kesemua perlawanan Euro 2016 akan berlangsung jam 9.00 malam 12.00 pagi dan 3.00 pagi waktu di negara kita Malaysia.

Anda lihat sahaja pada Jadual Penuh EURO 2016 France melalui gambar yang admin kongsikan di atas. Klik untuk besarkan gambar tersebut. Ayuh sokong pasukan kegemaran anda.

Wednesday, June 8, 2016

Bonus RM500 Penjawat Awam 2016


Berita baik untuk semua penjawat awam. YAB Perdana Menteri umum Bonus RM500 Penjawat Awam 2016 sebentar tadi. Ini pasti meringankan beban penjawat awam bagi persedian perayaan Aidilfitri 2016.

Bonus RM500 Penjawat Awam 2016 ini akan dibayar pada 13 Jun 2016 menurut laporan daripada Berita Harian Online. Anda boleh rujuk gambar yang di SC dari berita harian online facebook.

Semoga Bonus RM500 Penjawat Awam 2016 meringankan beban mereka yang menerimanya.

Monday, June 6, 2016

Cara Buat Resepi Air Nabeez


Salam Ramadhan kepada semua umat Islam. Hari ini admin akan kongsikan kepada anda semua Cara Buat Resepi Air Nabeez. Air nabeez adalah air atau minuman sunnah. Ianya adalah minuman baginda Rasulullah SAW junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Perkongsian ini adalah dipetik dari FB dan gambar adalah dari Google Image.

Air nabeez antara pemakanan nabi kita, Nabi Muhammad s.a.w. Rendam 7 biji kurma dengan air masak malam ni. Sahur esok, saya bancuh dengan susu tepung. Insyaallah, perut mampu bertahan dari krik krik... Ni sukatan untuk 3 orang. Buat ni untuk sekali minum je ye. Jangan simpan lama2 sangat. Nanti masam dah tak boleh minum.

Kalau untuk seorang minum, rendam 3 biji kurma dalam mug. Minum terus macamtu je pun sedap dah. Boleh lah cuba ye.. Sila share jika berminat.

Cara dia:

1. Ambil kurma dalam bilangan ganjil. Kalau untuk 1 mug, cukup 3 biji. Kurma tu diambil isinya dan biji diketepikan. Carik2 isi kurma tu ye. Ada juga yg guna kismis tapi jangan campur ye. Kalau buat kurma, kurma je. Kalau kismis, kismis je.

2. Rendam isi kurma dalam air masak biasa malam sebelum tidur. Letak di luar sahaja. Tak perlu simpan dalam peti sejuk tau. Tutup bekas air tu jangan biarkan terbuka.

3. Pagi esok air tu dah boleh diminum. Saya bancuh dengan susu anlene sebab nak beri lebih tenaga 😄

4. Air ni boleh juga diamalkan sebelum sarapan pagi bila hari2 lain walaupun bukan di bulan ramadhan. Amalkan masa perut kosong.

Perkongsian Azurah Ahmad di petik dari FB Oh Media. Dan Image dari Risalah Mutiara Tauhid