Friday, April 29, 2016

Lirik Lagu Cinta Yang Sempurna - Qanda


Admin ingin kongsikan Lirik Lagu Cinta Yang Sempurna - Qanda yang merupakan OST kepada drama Duda Terlajak Laris. Ramai yang layan lagu ini apabila mendengar dari drama tersebut. Oleh itu dengan rasa layan admin kongsikan kepada anda semua Lirik Lagu Cinta Yang Sempurna - Qanda dan video untuk sama-sama menyanyikan lagu ini depan PC anda.

Lirik Lagu Cinta Yang Sempurna - Qanda

Setiap Kata Yang Terungkap
Umpama Alasan Yang Tak Bernoktah
Mengapa Dugaan Melanda
Engkau Dan Aku
Setiap Bicara Kan Layu

( Korus )
Hilang Di Mana
Selalu Dicemar Ungkapan Yang Berbisa
Tak Sanggup Lagi Ku Sengsara
Engkau Dan Aku
Harapan Agar Terus Bersama
Dan Ku Tak Mahu Berpisah

Andainya Ku Hilang Dalam Cinta
Suluhkanlah Aku
Dengan Rasa Yang Sempurna
Di Dalam Gelapku
Dan Terus Bersama Dakapanmu
Cinta Yang Sempurna

( Ulang Korus )

Andainya Ku Hilang Dalam Cinta
Suluhkanlah Aku
Dengan Rasa Yang Sempurna
Di Dalam Gelapku
Dan Terus Bersama Dakapanmu

Seandaiku Hanyut Dalam Cinta
Pautkanku Senyum Yang Sempurna
Tuk Hiasi Sepanjang Nafasku
Dan Bisaku Merasakan Cinta
Cinta Yang Sempurna

Andainya Ku Hilang Dalam Cinta
Suluhkanlah Aku
Dengan Rasa Yang Sempurna
Di Dalam Gelapku
Dan Terus Bersama Dakapanmu

Seandaiku Hanyut Dalam Cinta
Pautkanku Senyum Yang Sempurna
Tuk Hiasi Sepanjang Nafasku
Dan Bisaku Merasakan Cinta
Cinta Yang Sempurna(3x) 



Lirik Lagu Sudah Ku Tahu - Projector Band




Semakin hari semakin meletup-letup lagu dari kumpulan Projektor Band ini. Ramai sungguh yang menyanyhikan lagu ini di SMULE. Dan disebabkan itulah sekarang ini baru kita dapat mendengar lagu ini di radio-radio. Jadi admin kongsikan kepada anda semua Lirik Lagu Sudah Ku Tahu - Projector Band untuk korang layan.

Lirik Lagu Sudah Ku Tahu - Projector Band

Seringkali aku menduga
seringkali ini terjadi
segala rahsia sudah ku tahu
rupanya aku tak dicintai

Untuk apa kau buat ku begini
segala apa yang telah ku lakukan
Airmataku mengalir dipipi
segala yang ku korbankan tuk dirimu

Mengapa masih lagiku
bediriku menunggu cintamu
mengapa masih adamu
menyakiti di siang malamku
aku terima cintaku dipersiakan ahaaaaaa!!!


Sayang.....
aku kau lupa
aku kau luka
tanpa kau sedar

Sayang......
selamat tinggal
akukan pergi
buat selamanya
Aku pasti kau bahagia tanpaku SELAMANYA …


Harap semua enjoy dengan Lirik Lagu Sudah Ku Tahu - Projector Band ini. Layan sahaja video di bawah ini.


Wednesday, April 27, 2016

Gambar Gabenor Bank Negara 2016


Tahukah anda sebentar YAB Perdana Menteri telah mengumumkan Gabenor Bank Negara yang baru. Jadi admin kongsikan kepada anda Gambar Gabenor Bank Negara 2016 untuk tatapan anda semua. Nanti tak kenal pula muka orang yang tandatangan pada duit Malaysia nanti.

Admin merujuk kepada laporan BH Online. Gambar Gabenor Bank Negara 2016 ini juga adalah diambil dari BH Online. Datuk Muhammad Ibrahim dilantik sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia yang baharu untuk tempoh lima tahun mulai 1 Mei 2016. Pelantikan itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Tahniah diucapkan kepada Datuk yang telah dilantik sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia yang baru. Terima kasih kepada Gabenor Bak Negara yang sedang berkhidmat sekarang iaitu Tan Sri Zetty.




KUALA LUMPUR: Datuk Muhammad Ibrahim dilantik sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia yang baharu untuk tempoh lima tahun mulai 1 Mei 2016. Pelantikan itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/147984

Tuesday, April 26, 2016

Biodata Nicholas Saputra


Anda ingin kenali Nicholas Saputra? Jom baca Biodata Nicholas Saputra hanya www.phat.my. Pastinya mereka yang belajar di universiti atau sekolah pada tahun 2002 2003 tahu akan filem dari Indonesia Ada Apa Dengan Cinta. Dalam filem inilah Nicholas Saputra di kenali di Malaysia. Semua pakat-pakat nak jadi macam Rangga pada masa itu.

Tahukah anda bahawa setelah lebih kurang 14 tahun Rangga dan pasangan heroinnya Dian Satro akan kembali menggegar dengan filem Ada Apa Dengan Cinta 2. Jadi untuk Biodata Nicholas Saputra anda baca sahaja apa yang admin kongsikan di sini.

Nama : Nicholas Schubring Saputra 

Tarikh Lahir : 24 Februari 1984

Asal : Jakarta, Indonesia

Filem : Ada Apa Dengan Cinta

Pekerjaan : Aktor & Model

Sedar tidak sedar sudah Rangga telah pun berumur 32 tahun sekarang ini. Di hujung-hujung usia remaja. Semoga sukses kepada Nicholas Saputra dalam bidang yang diceburi oleh beliau. Pastinya anda tidak sabar untuk menonton filem AADC 2 bukan.

Monday, April 25, 2016

Jawatan Kosong USM


Jom lihat dan kongsikan kepada rakan lain tentang Iklan Jawatan Kosong USM atau nama penuh Universiti Sains Malaysia. Adalah dimaklumkan bahawa Universiti Sains Malaysia mempelawa semua warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan untuk memohon jawatan-jawatan kosong berikut. Jawatan yang terlibat adalah seperti di bawah ini.

Jawatan Kosong di Universiti Sains Malaysia (USM) sebagai :

1. PEGAWAI KEBUDAYAAN B41
2. PEGAWAI SAINS C41
3. PERANGKAWAN E41
4. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F41
5. JURUTERA J41
6. PEGAWAI PENERBITAN N41
7. PEGAWAI TADBIR N41
8. PEGAWAI PENYELIDIK Q41, Q43/44, Q47/48, Q51/52, Q53/54
9. PEGAWAI PSIKOLOGI S41
10. PUSTAKAWAN S41
11. PEGAWAI FARMASI UF41, UF44, UF48, UF52, UF54
12. PEGAWAI OPTOMETRI U41
13. PEGAWAI PEMULIHAN PERUBATAN U41
14. PEGAWAI PERGIGIAN UG41,UG44,UG48,UG52,UG54
15. PEGAWAI PERUBATAN UD41, UD43/44, UD47/48, UD51/52, UD53/54
16. PEGAWAI KEWANGAN W41
17. PEMBANTU LAUT A19
18. ARTS BUDAYA B19
19. PEREKA B29
20. PENOLONG PEGAWAI SAINS C29
21. JURUTEKNIK KOMPUTER FT19
22. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT FA29
23. PENOLONG PEGAWAI VETERINAR G29
24. PEMBANTU VETERINAR G19
25. PEMANDU KENDERAAN H11
26. PEMBANTU AWAM (PENYELAMAT) H11
27. PEMBANTU KEMAHIRAN H19
28. PENOLONG JURUTERA JA29
29. PENJAGA JENTERA ELEKTRIK J19
30. PEMBANTU KESELAMATAN KP19
31. PENGAWAL KESELAMATAN KP11
32. PENOLONG PEGAWAI KESELAMATAN KP29
33. PEMBANTU PENERBITAN N19
34. PEMBANTU PENYELIDIK SOSIAL N19
35. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N19
36. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29
37. PEMBANTU PERPUSTAKAAN S19
38. PENOLONG KURATOR S29
39. PENOLONG PEGAWAI BELIA DAN SUKAN S29
40. JURU X-RAY U29
41. JURUPULIH PERUBATAN U29
42. JURURAWAT U29
43. JURURAWAT MASYARAKAT U19
44. JURUTERAPI PERGIGIAN U29
45. JURUTEKNIK PERUBATAN U19
46. JURUTEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN U29
47. JURUTEKNOLOGI PERGIGIAN U29
48. PEMBANTU KESIHATAN AWAM U19
49. PEMBANTU PEMBEDAHAN PERGIGIAN U19
50. PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN U11
51. PENOLONG PEGAWAI FARMASI U29
52. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U29
53. PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN U29
54. PEMBANTU AKAUNTAN W19
55. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) W19
56. PENOLONG AKAUNTAN W29
57. JURUFOTOGRAFI B19
58. PEMBANTU OPERASI N11
59. PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT N19
60. PEMBANTU PENYEDIAAN MAKANAN N19


Tarikh tutup adalah pada : 5 Mei 2016

Mereka yang berminat boleh mengetahui iklan lengkap dan memohon terus secara dalam talian hanya du pautan ini : IKLAN JAWATAN KOSONG USM . Untuk maklumat lanjut di bawah ini admin kongsikan kepada anda alamat Bahagian Sumber Manusia USM dan alamat emel berkaitan.


Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Jabatan Pendaftar,
11800 USM, Pulau Pinang.
erecruit@usm.my

Thursday, April 21, 2016

Kisah Sebenar Budak Dipatuk Ular Di Kelantan


Admin ingin kongsikan kepada anda Kisah Sebenar Budak Dipatuk Ular Di Kelantan semalam. Ini kerana pelbagai berita yang timbul di internet berkaitan dengan kejadian ini. Kebanyakannya cerita yang direka-reka dan sengaja diviralkan untuk mendapat attention dari netizen. Jadi mari kita baca Kisah Sebenar Budak Dipatuk Ular Di Kelantan yang ditulis sendiri oleh bapa mangsa.

Alhamdulillah...
Kak Long dah dikebumikan pada pukul 10pg tadi..Saya ucapkan terima kasih pada semua ahli keluarga dan rakan yg byk membantu dan memberi semangat..Pasal cerita Kak Long hidup semula tu adalah salah faham shj...Kak Long dah disahkan tiada di hosital besar kota bharu ptg kemarin lg dan tiba di rumah sy pukul 6.30ptg kemarin..lepas magrib jenazah dimandikan..Siap jenazah dimandikan,diangkat dan diletakkan diatas kain utk dikafankan..Masa nk letakkan jenazah kat atas kain kafan tu,dia tersedu 2kali..Kami ahli keluarga dan sahabat handai berbincang utk panggil doktor datang check kat rumah utk kepastian,walaupun kata hati dah rasa yg kak long dah tiada..


Sebelum Dr sampai,adalah 5..6..org yg cuba tengok keadaan jenazah, dlm 5..6..org tu adalah 1..2..org yg ckp jenazah masih ada cuma slok(koma).Xlama 1group Dr sampai dan membuat pemeriksaan,mengesahkan jenazah dah tiada,xlama kemudia sampai lg 1group Dr sukarela..dan berterusan group Dr sampai dalam 3group..semua Dr mengesahkan jenazah dah tiada dan saya sbg bapa tidak lagi membenarkan sesiapa pun menyentuh jenazah lg..kedaan tersebutlah yg menimbulkan salah faham dan buah mulut yg direka-reka..maklumlah org yg hadir terlalu ramai beratus-ratus..

memandangkan keadaan dah lewat mlm,kami di pihak keluarga memutuskan urusan pengebumian di pagi esok(Rabu)..setakat hari ni,yg sy tahu ular yg patut kak long masih belum dijumpai di sekolah tersebut..gambar ular yg diviralkan itu pun tidak benarhanya direka shj..dan mintaklah buang gambar kat hospita yg muka diikat(sedih tgk)dan sy meminta semua rakan FB,perbetulkan cerita..jgn lah ditambah tolok..cerita di sekolah dan hospital sy pun kurang pasti,disebabkan sy dr kuantan pukul 12tgh dan sampai Kb pukul 3.30..anak sudah meninggal..

sy juga belum pasti jenis ular yg mematuknya..mintak maaf kpd semua kerana xsempat nk cerita perkara sebenar dan xsempat nk layan call,whatsap dan Fb..Dan terima kasih diucapkan kepada pihak2 jabatan kerajaan yg sempat hadir ke rumah..Sy sbg manusia biasa ni,sedih lah jgk,dia lah seorang anak,dialah seorang rakan yg paling rapat dan sy lah tempat melayan cerita2 budak2 nya..sampaikan nama kawan2 dia kat skolah pun sy ingt..Tapi Allah lebih syg kan dia ..sama2 lah kita terima Qadar dan Qadar Allah swt..yg pastinya taman syurga menunggu mu anakku..Kita semua yg belum pasti dimana-mana..sama2 lah berdoa utk menuju ke jalan yg lurus,aitu jalan org2 yg beriman..

Al-Fatihah untuk Kak Long

Thursday, April 14, 2016

Download Pekeliling Rasionalisasi Skim Perkhidmatan Bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia



Admin kongsikan kepada semua penjawat awam gred di bawah 40 untuk menghadamkan pekeliling baru perkhidmatan awam 2016. Ia dinamakan Rasionalisasi Skim Perkhidmatan Bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia. Ia melibatkan penambahbaikan 252 skim dalam perkhidmatan awam. Jom Download Pekeliling Rasionalisasi Skim Perkhidmatan Bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia tersebut hanya di phat.my.

Untuk Download Pekeliling Rasionalisasi Skim Perkhidmatan Bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia tersebut anda hanya perlu klik sahaja pada pautan yang admin kongsikan di bawah ini.

Download Pekeliling Rasionalisasi Skim Perkhidmatan Bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia

Untuk segala jenis lampiran berkaitan Pekeliling Rasionalisasi Skim Perkhidmatan Bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia ini pula anda hanya perlu ke pautan :

KLIK PAUTAN INI

Jangan lupa kongsikan artikel ini kepada yang lain. Selamat membaca.

Tuesday, April 12, 2016

JPA Tambah Baik 252 Skim Perkhidmatan Awam 2016



Adakah apa yang admin terima menerusi applikasi whatapps baru-baru ini bahawa JPA Tambah Baik 252 Skim Perkhidmatan Awam 2016 benar? Ya memang benar kerana melalui laporan Bernama di bawah ini ada menyatakan tentang perkara tersebut. Cuma perincian berkaitan pekeliling tersebut hanya akan diedarkan kepada semua pada 14 April 2016 ini. Jadi adakah benar Gred 17 akan jadi Gred 19? Kita tunggu dan lihat sahaja pekeliling baru tersebut.

GEORGE TOWN, 11 April (Bernama) -- Pekeliling mengenai penambahbaikan 252 skim perkhidmatan awam di bawah Sistem Saraan Malaysia akan diedarkan pada 14 April ini. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal berkata langkah rasionalisasi skim perkhidmatan itu adalah bersifat menyeluruh yang diharap akan disambut baik oleh seluruh warga perkhidmatan awam.

"Pekeliling mengenai penambahbaikan skim ini akan didedahkan kepada orang ramai dan dimuat naik ke laman sesawang Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), pada 14 April ini," katanya semasa menyampaikan syarahan Transformasi Perkhidmatan Awam di Universiti Sains Malaysia (USM) di sini, hari ini.

Beliau berkata penambahbaikan skim itu merupakan usaha baik kerajaan dalam meningkatkan mutu sektor awam yang mengambil kira pandangan pelbagai pihak termasuk Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs). Katanya, selepas pekeliling itu diumumkan, sesi penerangan mengenai penambahbaikan skim berkenaan akan dilakukan oleh pihak JPA.


Beliau berkata, dalam Malaysia menuju ke arah status menjadi sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi, penjawat awam berhadapan dengan gelombang cabaran dan realiti baharu. Mohamad Zabidi berkata peranan perkhidmatan awam dan sumbangan penjawat awam merupakan satu daripada penentu kejayaan agenda besar negara.


"Walaupun tuntutan global dan persekitaran pada masa dahulu dan kini mungkin telah berbeza, namun begitu, akar tanggungjawab perkhidmatan awam tetap tidak berganjak iaitu sebagai pemelihara kepentingan rakyat," katanya. Beliau berkata kerajaan kini bukan sekadar mentadbir untuk rakyat, tetapi juga mentadbir bersama-sama rakyat, membina rangkaian, memudah cara perkhidmatan dan memfokus kepada keberhasilan yang besar serta pantas.


"Era kerajaan mengetahui segalanya sudah berlalu, memasuki era yang meraikan pertembungan idea ini, memerlukan penjawat awam bergerak dalam trajektori yang tidak pernah dilalui oleh mereka sebelumnya," katanya.



SUMBER

Cara Refund Duit Tambang Dari Rayani Air


Seperti yang semua sedia maklum baru-baru telah berlaku kekecohan melibatkan satu syarikat penerbangan baru iaitu Rayani Air. Pelbagai masalah yang dihadapi oleh penumpang Rayani Air terutama mereka yang telah pun membeli tiket dan penerbangan dibatalkan dengan tiba-tiba. Anda semua jangan khuatir kerana CEO Rayani Air telah pun memberitahu kepada media Cara Refund Duit Tambang Dari Rayani Air baru-baru ini.

Jadi kepada kepada semua yang terlibat dengan kes Rayani Air ini jom baca dan kongsikan kepada mereka yang terlibat tentang Cara Refund Duit Tambang Dari Rayani Air. Para penumpang boleh memungut wang tiket mereka samaada di Pejabat Rayani Air di Dataran Automobil, Seksyen 15 Shah Alam ataupun menerusi pangilan telefon di talian 03-27214925 ataupun menerusi emel di info@rayaniair.com.

Pembayaran akan dibuat menerusi online banking ataupun secara tunai bergantung kepada keadaan. Ravi berkata, pihaknya telah pun membuka kaunter bagi penumpang yang datang menuntut pembayaran semula tambang bermula hari ini. Ravi dalam satu kenyataan di Facebook semalam memohon maaf di atas kesulitan yang dihadapi oleh syarikat penerbangan terbabit.

Menurutnya lagi, buat masa kini, pihaknya sedang berusaha  untuk menyelesaikan urusan dalaman bagi memastikan Rayani Air kembali beroperasi. Beliau turut memohon maaf kepada para penumpang yang terjejas akibat masalah yang dihadapi syarikat penerbangan itu.

Thursday, April 7, 2016

Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama (MyDeposit)


Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak melancarkan Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama (MyDeposit) dalam membantu golongan berpendapatan sederhana (M40) memiliki kediaman sendiri. Skim di bawah Majlis Perumahan Negara (MPN) itu terbuka kepada mereka yang berpendapatan isi rumah di pm lima primabawah RM9,000 untuk memiliki kediaman baru atau subsale.

“Pemberian sumbangan sebanyak 10% daripada harga jualan atau maksima RM30,000 yang mana lebih rendah kepada pembeli rumah pertama untuk membantu mereka membeli rumah yang berharga RM500,000 ke bawah. “Pemohon boleh membuat permohonan atas talian untuk skim ini mulai hari ini menerusi laman web Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Kesejahteraan Bandar Perumahan dan Kerajaan Tempatan,” kata Najib dalam ucapan selepas Mesyuarat MKN siri 4 bilangan 1 bagi tahun 2016 di Parlimen pada Rabu.

Mesyuarat membincangkan mekanisme pelaksanaan beberapa inisiatif dalam pemilikan rumah seperti diumumkan di dalam pembentangan Bajet 2016 Oktober lalu. Menurut Najib, skim ini hanya terbuka kepada pembeli rumah pertama seperti yang diumumkan di dalam Pengubahsuaian Bajet 2016 melibatkan pembelian rumah berharga RM300,000.

Kerajaan juga katanya menetapkan beberapa insentif kepada pemaju bagi menggalakkan pemaju swasta membina lebih banyak rumah berharga RM300,000.“Bagi rumah berharga RM300,000 ke bawah nilai deposit kekal pada Rm200,000 dengan kadar semasa 3% daripada anggaran kos pembinaan. “Bagi pembangunan bercampur nilai deposit adalah bersandarkan baki pemajuan rumah-rumah yang berharga melebihi RM300,000,” katanya.




SUMBER

Tuesday, April 5, 2016

Gas Meletup di Mid Valley KL


Berlaku kejadian Gas Meletup di Mid Valley KL pagi tadi. Untuk berita penuh kejadian tersebut admin kongsikan laporan daripada akhbar The Malay Mail. Dilaporkan tiada kemalangan jiwa yang berlaku tetapi terdapat lapan orang cedera dalam kejadian tersebut. Mereka yang cedera terdiri daripada kakitangan penyenggaraan, kontraktor LPG dan kakitangan kedai.

PETALING JAYA, 5 April ― Sebuah letupan didengari di Mid Valley Megamall pukul 9.45 pagi ini, menurut pihak pengurusan pusat beli belah itu.Menurut Mid Valley, terdapat letupan kecil di dua restoran semasa kerja pemasangan kembali sistem gas petroleum cecair (LPG). Salah satu daripadanya merupakan restoran Chili’s, mengikut saksi.

Kakitangan penyenggaraan, kontraktor LPG dan kakitangan kedai telah mengalami kecederaan kecil dan sudah dirawat. Tiada sebarang kecederaan berlaku kepada orang awam, dan juga tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Sistem gas telah pun ditutup dan Mid Valley sudah kembali dibuka kepada orang awam.

Menurut saksi, pusat beli belah tersebut dikosongkan sebaik sahaja letupan berlaku, lapor akhbar The Malay Mail.

PETALING JAYA, 5 April ― Sebuah letupan didengari di Mid Valley Megamall pukul 9.45 pagi ini, menurut pihak pengurusan pusat beli belah itu.
Menurut Mid Valley, terdapat letupan kecil di dua restoran semasa kerja pemasangan kembali sistem gas petroleum cecair (LPG). Salah satu daripadanya merupakan restoran Chili’s, mengikut saksi.
Kakitangan penyenggaraan, kontraktor LPG dan kakitangan kedai telah mengalami kecederaan kecil dan sudah dirawat. Tiada sebarang kecederaan berlaku kepada orang awam, dan juga tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Sistem gas telah pun ditutup dan Mid Valley sudah kembali dibuka kepada orang awam.
Menurut saksi, pusat beli belah tersebut dikosongkan sebaik sahaja letupan berlaku, lapor akhbar The Malay Mail.
- See more at: http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/chilis-meletup-di-mid-valley-lapan-cedera#sthash.FR4F1IFc.dpuf

Monday, April 4, 2016

Biodata Khairul Idham Pawi Moto3


Berikut admin kongsikan Biodata Khairul Idham Pawi Moto3 yang menjuarai Kejohanan MotoGP Dunia di Litar Termas de Rio Hondo, Argentina. Ini merupakan perlumbaan pertama bagi Khairul Idham Pawi. Pada perlumbaan semalam Khairul Idham Pawi ditempat pertama dan sepatutnya ditemani oleh seorang lagi pelumba Malaysia di atas podium tetapi malang bagi Adam Nordin apabila terjatuh di pusingan terakhir walaupun beliau berkedudukan tempat kedua.

Ini dia serba sedikit Biodata Khairul Idham Pawi Moto3 Malaysia

Nama : Khairul Idham Pawi
Pasukan : Honda Asia
Umur : 17 tahun
Tarikh Lahir :20 September 1998
Asal : Kg Gajah, Perak
Berat : 54 kg
Tinggi : 167 cm


Tahniah admin ucapkan kepada Khairul Idam dan Adam Nordin. Sesungguhnya anda telah mengharumkan nama negara. Paling best bila tengok live di tv. Anda turut bersemangat menonton apabila mendengar pengulas sukan tersebut berbicara di saat-saat Khairul ingin melintasi garisan penamat. 

Respect juga kepada Khairul yang tidak turut serta dalam acara mengoncang botol champange. Beliau berlari ke tepi dan memberi isyarat kepada dua pelumba yang berada di atas podium bahawa beliau tidak boleh turut serta dalam acara tersebut.