loading...

Tuesday, December 27, 2016

Kepala Kemaluan Terpotong Semasa Berkhatan


Seriau bila admin dengar berita ini di radio pagi tadi. Apa tak seriau bayangkan kepala kemaluan kita putus sakitnya hanya tuhan sahaja yang tahu. Bukan kulit ya saudara-saudari sekelian tetapi kepala kemaluan. Berita Kepala Kemaluan Terpotong Semasa Berkhatan ini bukan berlaku di luar negara tetapi terjadi di Malaysia. Admin kongsikan laporan daripada akhbar BH Online untuk bacaan anda semua.

KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak lelaki mungkin terpaksa menanggung kecacatan pada zakar sepanjang hidup selepas bahagian kepala kemaluannya terpotong ketika berkhatan menggunakan kaedah laser. Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam pada 20 Disember lalu, mangsa yang berusia 10 tahun dibawa bapanya untuk berkhatan di sebuah klinik keluarga di Cheras, di sini. 

Bagaimanapun, ketika sedang menjalani proses berkhatan, doktor memberitahu bapa mangsa, kepala kemaluan kanak-kanak itu telah terpotong secara tidak sengaja. Bapa mangsa yang juga seorang guru sebuah sekolah menengah kemudian membawa anaknya ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Cheras, sebelum disarankan untuk menjalani rawatan penyambungan semula di Hospital Kuala Lumpur (HKL). 

Selepas menjalani rawatan, bapa mangsa kemudian membuat laporan polis berhubung kecuaian yang dilakukan doktor terbabit. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Othman Nayan, berkata siasatan berhubung kejadian itu kini dijalankan dilakukan mengikut Seksyen 338 Kanun keseksaan dan kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya.

 "Setakat ini tiada tangkapan dibuat tetapi polis sudah merakam percakapan beberapa saksi termasuk doktor itu. "Setakat ini siasatan dilakukan merangkumi elemen menyebabkan cedera parah sama ada secara gopoh atau cuai dengan perbuatan yang membahayakan nyawa atau keselamatan orang lain," katanya dalam satu kenyataan, sebentar tadi. Katanya, sekiranya didapati bersalah, doktor itu boleh dihukum penjara hingga dua tahun atau denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Gambar sekadar hiasan


1 comments for "Kepala Kemaluan Terpotong Semasa Berkhatan"

Adududu tkleh nk byangkan. Sian budak tu