Tuesday, August 30, 2016

CIMB Tutup 23 Cawangan Seluruh Negara


Terkejut juga apabila membaca berita CIMB Tutup 23 Cawangan Seluruh Negara sebentar tadi. Untuk berita penuh tentang perkara ini admin kongsikan kepada semua pembaca berita penuh dari Utusan Online. Apakah impak nya kepada staff CIMB admin sendiri pun tertanya-tanya. Jom kita baca berita penuh tersebut.

KUALA LUMPUR 29 Ogos – CIMB Group Holdings Bhd. (CIMB Group) menutup 23 cawangannya sebagai langkah mengurangkan perbelanjaan operasi dan juga menumpukan kepada perkhidmatan perbankan digital. Ketua Eksekutif Kumpulan CIMB Group, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, sejak Ogos 2015, sebanyak 22 cawa­ngan CIMB Bank di seluruh Malaysia telah ditutup dan satu lagi akan ditutup menjelang akhir 2016.

Katanya, semua kakitangan terlibat telah dipindahkan ke cawangan lain dan pihak bank tidak bercadang untuk membuka cawangan baharu berikutan peng­optimuman digital adalah cara untuk mengukuhkan kedudukan pasaran. “CIMB Group sedang giat memanfaatkan teknologi bagi me­ningkatkan jumlah pelanggan dan pelan rasionalisasi cawa­ngan adalah berdasarkan konsep mudah untuk diakses.

“Kebanyakan pelang-gan kini lebih selesa dengan teknologi dalam menjalankan urusan perbankan dan kami perlu peka de­ngan trend ini dalam memenuhi permintaan,” katanya kepada pemberita selepas meng­umumkan keputusan kewangan separuh pertama 2016 di sini hari ini. Yang turut hadir, Ke­tua Pegawai Kewangan Kumpulan CIMB Group, Shahnaz Jamal.

CIMB Group mencatatkan pe­ningkatan untung bersih seba­nyak 1.7 peratus kepada RM1.67 bilion bagi enam bulan pertama ber­akhir 30 Jun 2016 berbanding RM1.66 bilion pada separuh pertama tahun lalu. Jumlah pinjaman kumpulan berkembang sebanyak 6.6 peratus tahun ke tahun didorong oleh perbankan pengguna manakala jumlah deposit meningkat 7.1 peratus tahun ke tahun.

Menurut Tengku Zafrul, CIMB Group menyemak semula sasaran pertumbuhan pinjaman tahun ini daripada 10 peratus kepada antara enam hingga tujuh peratus sejajar dengan persekitaran operasi semasa yang mencabar. “Kumpulan juga menyemak semula unjuran pulangan ke atas ekuiti (ROE) daripada 10 peratus kepada sembilan peratus seiring dengan jangkaan pasaran,” tambah beliau.

Lirik Lagu Negaraku - Joe Flizzow, Altimet, SonaOne & Faizal Tahir


Sempena kemerdekaan negara kita Malaysia yang ke 59 Faizal Tahir, Joe Flizzow, Altimet dan SonaOne telah keluar dengan satu lagu baru yang berjudul Negaraku. Gabungan Faizal Tahir dan tiga orang rappers terkenal Malaysia ini telah melahirkan satu lagu yang bagi admin memang 'power'. Admin kongsikan kepada semua pembaca Lirik Lagu Negaraku - Joe Flizzow, Altimet, SonaOne & Faizal Tahir.

Jom kita layan Lirik Lagu Negaraku - Joe Flizzow, Altimet, SonaOne & Faizal Tahir.

Negaraku
Negaraku
Ku beri sepenuhnya
Ku beri sepenuhnya
Ini negaraku
Oh darahku
Hiduplah sepenuhnya
Dirgahayu semua

Kalau kata itu kota, kami bina tamadun
Lihat rangkap-rangkap pantun hidup beratus tahun
Bangkit seribu perwira selamat sejuta insan
Gelap dalam matahari insan juga bisa insaf
Mana cerita panglima yang wujud benar
Awang hitam kaji awan putih bila belayar
Hamba keliling dunia tuannya yang terkenal
Nak merdeka di jasad, harus bebas di akal

Hatiku tetap hanya padamu
Keranamu aku berdiri
Tanpamu cita-cita hanya kekal sebagai mimpi
Semuanya bermula dari sini

Negaraku
Negaraku
Ku beri sepenuhnya
Ku beri sepenuhnya
Demi negaraku
Oh darahku
Hiduplah sepenuhnya
Dirgahayu semua

Dan dari 57, jalannya telah disuluh
Bangkit seakan subuh rebung dilentur buluh
Terus ke 63, kami menjadi kita
Jangan dipersia akibat titik-titik nila
Biar hujan batu turun selebat tengkujuh
Selagi kami mampu semangat tak pernah lumpuh
Selagi ada tubuh untuk kamu aku memburuh
Usaha yang aku bubuh semua petir tiada guruh

Hatiku tetap hanya padamu
Keranamu aku berdiri
Tanpamu cita-cita hanya kekal sebagai mimpi
Semuanya bermula dari sini

Negaraku
Negaraku
Ku beri sepenuhnya
Ku beri sepenuhnya
Demi negaraku
Oh darahku
Hiduplah sepenuhnya
Dirgahayu semua

Ini untuk kamu yang terima undi aku
Try to change the world, bagi dunia suara baru
Ini bukan negara aku, ini negara kita
Buat je cara kita
Buat je cara kita

Negaraku
Negaraku
Ku beri sepenuhnya
Ku beri sepenuhnya
Ini negaraku
Oh darahku
Hiduplah sepenuhnya
Dirgahayu semua

Ini untuk kamu yang terima undi aku
Try to change the world, bagi dunia suara baru
Ini bukan negara aku, ini negara kita
Buat je cara kita
Buat je cara kita

Negaraku ( lirik dari printlyrics )


video

Monday, August 29, 2016

Pelajar Maut Jatuh Tingkat 3 Sekolah Putrajaya


Telah terjadi satu kejadian Pelajar Maut Jatuh Tingkat 3 Sekolah Putrajaya pagi tadi. Kejadian berlaku kira-kira jam 9.40 pagi. Kejadian pelajar jatuh bangunan sekolah ini berlaku di Sekolah Menengah Presint 9 (2) Putrajaya. Ia melibatkan seorang pelajar lelaki tingkatan 3 di sekolah berkenaaan.

Difahamkan punca kejadian pelajar terbabit cuba untuk mengambil beg kawannya yang telah di buang keluar oleh kawan lain. Tujuan tindakan beliau adalah untuk membantu pelajar tersebut mengambil beg yang telah dibuang. Namun ketika pelajar tersebut melompat keluar dan beliau telah gagal mengawal diri untuk bertahan dan seterus terus jatuh ke bawah. Pihak Polis Kesan rakan mangsa (saksi) untuk rakaman percakapan berkaitan kejadian. Pada jam 11.00 pagi pihak polis telah membawa mayat di hantar ke Hospital Putrajaya untuk bedah siasat.

Mangsa yang bernama Azim Hakimi Abu Shuja, 15, terjatuh ketika mahu menolong mengambil beg rakannya yang dibuang pelajar lain di tepian bangunan berdekatan kelasnya. Mari sama-sama kita sedekahkan A-Fatihah untuk arwah dan admin ingin mengucapkan takziah untuk keluarga mangsa.
 

mangsa, Azim Hakimi Abu Shuja, 15, terjatuh ketika mahu menolong mengambil beg rakannya yang dibuang pelajar lain di tepian bangunan berdekatan kelasnya.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/187739
mangsa, Azim Hakimi Abu Shuja, 15, terjatuh ketika mahu menolong mengambil beg rakannya yang dibuang pelajar lain di tepian bangunan berdekatan kelasnya.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/187739

Tidak Lagi Berhijab Ini Alasan Uqasha Senrose


Siapa yang tidak kenal dengan pelakon cantik manis Uqasha Senrose. Tetapi semasa melayan radio pagi tadi admin terdengar satu berita tentang pelakon ini. Seperti mana yang kita ketahui bahawa pelakon Uqasha Senrose telah pun berhijrah dan berhijab lebih kurang 3 tahun lalu. Tetapi apa yang admin dengar di radio pagi tadi amat mengejutkan kerana Uqasha Senrose mengaku bahawa beliau sudah tidak berhijab lagi. Jadi admin kongsikan kepada anda cerita Tidak Lagi Berhijab Ini Alasan Uqasha Senrose.

Menurut Uqasha, sepanjang 3 tahun berhijab imannya tidak tetap dan sebenarnya keputusan beliau untuk menutup aurat sebelum ini semata-mata kerana kecewa selepas putus cinta.
 

Selama tiga tahun, saya akui iman saya turun naik. Pendek kata memang tak konsisten. Saya masih muda dan keputusan bertudung itu hadir ketika hati masih berkecamuk selepas putus cinta. Mungkin juga saya tak fikir panjang.
 

Saya seperti hilang arah tuju dan melihat tekad untuk bertudung itu dapat memulihkan semangat serta membuka fasa baharu dalam hidup. Tetapi sebaliknya yang terjadi.  Malah dalam tempoh itu juga apabila keluar kontroversi itu dan ini, ada mulut yang lantang mendakwa lebih baik tak bertudung kalau buat perangai.
 

Atas apa alasanpun, saya mengaku khilaf ini datang daripada diri sendiri. Soal dosa dan pahala itu biarlah antara diri ini dengan Tuhan.
 

Saya mahu jadi diri sendiri. Saya tak mahu dibayangi dengan kisah bertudung itu lagi. Saya rasa diri ini lebih mempermainkan agama dan seperti munafik jika bertudung tetapi tidak menonjolkan sikap yang bertepatan dengan gaya berkenaan.

Itulah jawapan yang diberikan oleh Uqasha Senrose. Harap anda semua berpuas hati.


Thursday, August 18, 2016

Akhbar Kosmo dan Berita Harian Dikecam Netizen



Buka sahaja Facebook ramai yang kongsikan berita dari dua akhbar terkemuka negara iaitu Kosmo dan juga Berita Harian. Bukan berita yang ingin dibaca tetapi Akhbar Kosmo dan Berita Harian Dikecam Netizen gara-gara tajuk dan laporan mereka seperti melenturkan semangat juang pasangan beregu campuran negara yang kalah pada final olimpik Rio 2016 malam tadi. Tajuk berita dari dua akhbar Kosmo dan Berita Harian mendatangkan kecaman hebat dari netizen Malaysia kerana tidak menghargai perjuangan Peng Soon dan Liu Ying tetapi sebaliknya.

Mungkin tajuk tersebut boleh memberikan 1001 gambaran tetapi tajuk akhbar KOSMO " Peng Soon & Liu Ying hampakan rakyt Malaysia" mungkin tidak kena pada masa kerana rata-rata rakyat Malaysia berbangga dengan pencapaian pasangan beregu campuran ini. Tajuk pada akhbar BH pula " beregu campuran SEKADAR menang perak" juga mendapat kecaman.'

Ada netizen yang berpendapat dan menyuruh wartawan dan editor akhbar terbabit untuk memegang raket dan pergi berjuang di Olimpik. Jika kita baca komen-komen dan kecaman-kecaman netizen ini ada betulnya juga. Kadang-kadang buat kita tergelak pun ada.

Tetapi bagi admin pasangan beregu ini tidak menghampakan kami rakyat Malaysia pun walaupun mereka sekadar meraih perak. Jika dilihat dari aspek sejarah ia memang merupakan rekod bagi Malaysia kerana membawa pulang pingat dalam acara beregu campuran. Seperti mana kita semua ketahui bahawa acara ini sememangnya dimonopoli oleh negara-negara seperti China, Korea dan Indonesia.

Biar apa pun admin tetap menganggap Peng Soon dan Liu Ying sebagai wira negara. Bukan senang untuk kita mencapai kejayaan seperti itu. Jika dilihat pada ganjaran sudah pasti mereka berdua akan mendapat ganjaran RM600,000. dan pencen bulanan RM3,000.00 kalau tidak silap admin. Jadi kepada akhbar-akhbar tempatan harap berhati-hati selepas ini dalam menyampaikan berita. Tajuk dan isi kena buat elok-elok.

Profil Goh Liu Ying


Tahniah kepada pasangan beregu campuran negara Goh Liu Ying dan Chan Peng Soon kerana telah memenangi pingat perak malam tadi. Pasangan beregu campuran negara ini kurang bernasib baik pada perlawanan akhir penentuan pingat emas dan perak setelah tewas kepada pasangan Indonesia Ahmad Tontowi dan Liliana Natsir 14-21 12-21. Sudah pasti mereka berdua menjadi kebanggaan negara kerana ia merupakan sejarah baru dalam badminton negara terutama dalam acara beregu campuran. Anda ingin tahu Profil Goh Liu Ying amoi comel yang menjadi pasangan kepada Chan Pen Soon.

Nama : Goh Liu Ying

Tarikh Lahir : 30 May 1989

Asal : Alor Gajah

Tinggi : 166 cm

FB :  Goh Liu Ying

Tahukah anda bahawa Goh Liu Ying pernah berehat agak lama kerana pembedahan lutut. Dan selepas pulih Liu Ying menunjukkan aksi memberangsangkan bersama Chan Peng Soon dengan memenangi beberapa gelaran. Sehinggalah malam tadi mereka memenangi pingat perak bagi acara beregu campuran di Olimpik Rio 2016.

Tahniah Goh Liu Ying dan Chan Peng Soon. Seperti kebanyakan rakyat Malaysia berpendapat bahawa walaupun mereka kalah di Rio tetapi mereka berdua tetap pemenang di hati rakyat Malaysia.


Wednesday, August 17, 2016

Lirik Lagu Hanya Padamu - Akim & The Majistret



Admin kongsikan Lirik Lagu Hanya Padamu - Akim & The Majistret untuk semua peminat band ini. Lagu ini merupakan lagu runut bunyi bagi drama di Astro iaitu Rumi & Jawi. Jika dilihat kepada liriknya lagu ini membawa maksud yang begitu hebat. Jadi kepada semua jom kita layan lagu ini. 

Lirik Lagu Hanya Padamu - Akim & The Majistret

Dalam pekatnya malam aku terjaga
Dihimpit dosa tersimpuh ku menghadapMu
Inikah perasaan bila Kau menyapa
Baru ku sedari dari tidurku

Pantaskah aku ke sana tinggalkan semua
UntukMu

Hanya padaMu ku ingin kembali
Pintaku hanyalah ampunilah dosaku ini
Berilah daku keluasan kasih dan sayangMu
Jangan tinggalkanku sendiri
Ampunilah aku

Berapa banyak Kau beri tidak ku syukuri
Ku tetap berpaling menjauhiMu

Pantaskah aku ke sana tinggalkan semua
UntukMu

Hanya padaMu ku ingin kembali
Pintaku hanyalah ampunilah dosaku ini
Berilah daku keluasan kasih dan sayangMu
Jangan tinggalkanku sendiri
Ampunilah aku

Setiap nafas yang ku hela
Adalah dengan izinMu
Setiap rahmat yang Kau berikan
Takkan ku persiakan lagi

Hanya padaMu ku ingin kembali
Pintaku hanyalah ampunilah dosaku ini
Berilah daku keluasan kasih dan sayangMu
Jangan tinggalkanku sendiri
Ampunilah aku


Lirik Lagu Hanya Padamu - Akim & The Majistret



Tuesday, August 16, 2016

Chan Peng Soon-Goh Liu Ying Mara Ke Final Olimpik Rio 2016


Beregu campuran negara Chan Peng Soon-Goh Liu Ying Mara Ke Final Olimpik Rio 2016, mencipta sejarah gemilang apabila memastikan pingat emas atau perak berada dalam genggaman, setelah melangkah ke perlawanan akhir menewaskan seteru mereka dari China, Xu Chen-Ma Jin, 21-12 dan 21-19.

 Peng Soon dan Liu Ying, dilihat tidak mengalami kesukaran untuk menewaskan pasangan dari China di set pertama apabila menang mudah 21-12.

 Di set kedua menyaksikan Xu Chen dan Ma Jin, tidak memberikan laluan mudah buat beregu campuran negara, apabila meninggalkan mereka dengan mata 6-10 pada seketika.

Peng Soon dan Liu Ying mengorak langkah untuk terus bangkit, apabila mengejar beregu China itu untuk menjadikan kedudukan 10-11.

Kedudukan rapat sehingga menyaksikan ada ketika pasangan beregu itu mengikat satu sama lain dengan mata yang sama.

 Peng Soon menyifatkan kejayaan mereka menewaskan pasangan dari China itu hasil persiapan yang rapi.

 “Kami sangat teruja. Kami gembira. Kami buat persiapan yang rapi untuk perlawanan separuh akhir ini. Tidak berfikir apa-apa ketika beraksi dan hanya fokus untuk memberikan yang terbaik.

“Terima kasih kepada jurulatih yang memastikan kami membuat persiapan mental secukupnya, kami banyak berbincang dengan jurulatih sebelum perlawanan. Jurulatih selalu ingatkan sentiasa fokus. Jadi terima kasih banyak-banyak kepada jurulatih,” jelas Peng Soon

. Bagi Liu Ying pula, keputusan yang di ambil untuk menjalani pembedahan lutut dan beraksi di sukan Olimpik Rio adalah berbaloi.

“Sangat berbaloi saya membuat keputusan untuk ke Sukan Olimpik. Walaupun belum pasti pingat apa dalam genggaman, tapi sudah pasti akan ada satu pingat. Kalau sebelum ini beregu campuran jarang untuk melangkah jauh dalam perlawanan besar, kini kami mampu untuk melakar sejarah,” tambah Liu Ying. Gandingan negara akan bertemu pemenang satu lagi separuh akhir antara Zhang Nan-Zhao Yunlei, dari China, dan pasangan Indonesia, Ahmad Tontowi-Liliyana Natsir, esok. -Awani

Wednesday, August 10, 2016

Pandelela Rinong dan Jun Hoong Cheong Menang Perak Olimpik Rio 2016


Penerjun sensasi negara Pandelela Rinong dan Jun Hoong Cheong Menang Perak Olimpik Rio 2016. Antara prospek emas negara tetapi kita semua rakyat Malaysia perlu berbangga dengan pencapaian dua atlit muda ini. Tahniah dari phat.my untuk mereka yang mengharumkan nama Malaysia di pentas olimpik 2016 Rio, Brazil.

Pandelela Rinong dan Jun Hoong Cheong berjaya menghadiahkan pingat perak iaitu pingat pertama negara menerusi acara 10m platform seirama wanita. Pingat perak itu berjaya dimenangi oleh pasangan tersebut setelah mereka berjaya mengutip mata sebanyak 344.34.

Pingat emas acara itu dimenangi oleh pasangan dari China dengan kutipan mata 354.00 manakala pingat gangsa pula dimenangi oleh pasangan dari Kanada dengan pungutan mata sebanyak 336.18. Tahniah sekali lagi kepada pasangan penerjun seirama ini. Malaysia Boleh!!!

Monday, August 8, 2016

Cara Daftar KWSP Ke Simpanan Syariah


Admin ingin kongsikan kepada semua pembaca bagaimanakah Cara Daftar KWSP Ke Simpanan Syariah. Jadi kepada semua pencarum KWSP yang ingin menukar akaun KWSP mereka kepada simpanan patuh syariah anda boleh rujuk info ini. Jangan lupa kongsikan artikel ini kepada semua yang lain. Semoga ianya sedikit sebanyak dapat membantu dan bermanfaat kepada semua.

1. Pendaftaran bermula *Isnin 8/8/16 8:15am* kat semua pejabat/cawangan KWSP.

2. Hanya kena bawak *IC*. Lain dokumen tidak diperlukan.

3. Tuan badan kena *hadir sendiri*, pasal ada *akad* dan turun *cap jari*.

4. Proses *pengeluaran* Simpanan Shariah still *sama* macam Simpanan Konvensional dulu.

5. Walaupun sudah daftar mulai 8/8/16, *tarikh kuatkuasa* Simpanan Shariah hanya akan bermula pada *1/1/17* (tahun depan).

6. Hanya *RM100 billion* dana diperuntukkan untuk Simpanan Shariah tahun *2017*. Pasal tu kena cepat daftar. Kalau dah *habis kuota* RM100 billion nie, kena tunggu peruntukkan dana untuk tahun *2018* pulak.

7. *Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (18 Ogos 2015)* dan *Jawatankuasa Penasihat Shariah KWSP (JKPS)* telah memutuskan _KWSP *tidak diwajibkan* untuk melakukan penyucian terhadap dividen simpanan semua ahli KWSP yang bersetuju untuk bertukar ke Simpanan Shariah_.

Maknanya, *100%* duit KWSP yang ada sekarang dalam akaun kita, boleh dipindahkan terus ke Simpanan Shariah. Walau bagaimanapun, kalau masih ada yang nak buat "penyucian" dividen, boleh ikut *garis panduan penyucian dividen* yang akan dikeluarkan oleh Jawatankuasa Penasihat Shariah KWSP (JKPS), insya-Allah pada *WorkWeek 32*.

Untuk maklumat lanjut, boleh ke http://www.kwsp.gov.my/shariah/bm/faq.html


Selamat mendaftar