loading...

Thursday, March 24, 2016

Buka Tingkap 30% Elak Kereta Meletup Adalah Palsu




Ini dia penjelasan sebenar setelah tersebarnya berita Buka Tingkap 30% Elak Kereta Meletup adalah palsu semasa cuaca panas. Apa yang tersebar di medai sosial seperti facebook dan whatapps adalah seperti ini. "ATTENTION NOTICE (By TNB)  Malaysia sedang dilanda ELNINO sekarang ini. Bacaan suhu persekitaran melebihi 39.7°c. Bagi pengguna semua jenis kenderaan  bertingkap,sekiranya kenderaan anda berjemur dibawah panas melebihi 2jam, pastikan cermin kereta anda dibuka 30%.Jika cermin ditutup habis,tekanan suhu yang terlampau tinggi dalam kereta akan mengakibatkan keretakkan pada cermin,tangki minyak meletup dan enjin kereta terbakar. Ambil peduli. Sebarkan kepada semua pengguna kenderaan di Malaysia."

Bagi menjawab mengenai perkara ini, Ketua Jabatan Kejuruteraan Aeronautik, Automotif dan Samudera dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Madya Dr Pakharuddin Mohd Samin, yang dihubungi Berita Harian telah menjelaskan mengenai perkara ini. "Jika benar dakwaan itu maka sudah tentu banyak kereta di negara Asia Barat yang cuacanya lebih panas berbanding Malaysia meletup," katanya.

Namun apa yang berlaku sebaliknya, kejadian itu tidak berlku dan apa yan disebarkan di media sosial adalah mengarut dan tidak perlu dipercayai."Sewaktu saya belajar di Texas, Amerika Syarikat, ketika musim panas suhunya boleh mencecah lebih 40 darjah Celsius tetapi tiada kejadian kereta meletup atau terbakar sepanjang berada di sana.

"Mengenai perlu menurunkan tingkap sehingga 30 peratus itu adalah helah bagi aktiviti jenayah oleh pihak tidak bertanggungjawab," katanya lagi.Penyebar berita palsu berkenaan telah meletakkan nama syarikat Tenaga Nasional Bhd (TNB) untuk menunjukkan berita tersebut adalah daripada TNB dan sahih di mana bertujuan untuk menakutkan orang ramai.

TNB ketika dihubungi oleh Berita Harian menafikan mesej tersebut dikeluarkan oleh mereka dan mengesahkan ia adalah mesej palsu.Menurut Pakharuddin lagi, TNB tidak mempunyai kuasa untuk mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana ia adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Metereologi.





0 comments for "Buka Tingkap 30% Elak Kereta Meletup Adalah Palsu"