Wednesday, March 30, 2016

Tips Kesan Defect Rumah Baru


Ini ada satu perkongsian yang cukup bagus kepada semua pemilik rumah baru. Terutama kepada mereka yang baru sahaja membeli rumah dan mendapat kunci rumah. Admin ingin kongsikan kepada anda semua Tips Kesan Defect Rumah Baru yang dipetik daripada FB Shamier Mohaimin. Tips ini juga dipanggil dengan nama Defect Inspection. Jom sama-sama kita hadam apa yang perlu dibuat apabila dapat sahaja kunci rumah tersebut.

Perkara pertama selepas dapat kunci, bukan cuci rumah dan terus masuk ya. Periksa dulu setiap kecacatan atau kerosakan yang ada di rumah seperti dinding crack, cat tanggal, plaster tanggal, tiles lompong, bocor dan lain-lain lagi.

Kebiasaannya pihak pemaju akan memberi tempoh selama 24 bulan atau 2 tahun untuk kita membuat inspection pada rumah dan kita boleh complaint apa sahaja kerosakan atau kekurangan yang ada baik di dalam atau di luar rumah. Semua ini adalah hak-hak kita sebagai pembeli maka periksalah sebaik-baiknya keadaan di dalam rumah. Tetapi sekiranya anda buat major renovation, maka pemaju takkan bertanggungjawab atas sebarang kecacatan rumah.

PERALATAN :

  • Masking tape - Kalau ada retak atau crack terus lekatkan dan tanda.
  • ***Marker Pen - Sebaiknya warna merah. Senang nampak tulisan, nombor dan jenis defect atas masking tape.
  • ***Kertas A4 - Tuliskan senarai kecacatan atau defect tu dengan nombor dan lokasi sekali supaya senang nak cari.
  • ***Kamera / Handphone berkamera - Ambil gambar kecacatan rumah

1. Azan
- Pastikan lepas dapat kunci rumah, lawatilah rumah anda.
- Masuk rumah dengan lafaz basmallah, bagi salam dan pergi tingkat atas sekali, berdiri mengadap kiblat dan azan kuat-kuat bagi satu rumah dengar.

2. Pintu
- Buka dan tutup pintu berkali kali. Periksa juga tombol pintu & kuncinya sekali.

3. Tiles Lompong
- Sila ketuk semua tiles rumah anda satu persatu.
- Tandakan tiles yang kosong dan minta wakil pemaju pecah dan tampalkan yang baru dengan elok.
- Cara nak kenal pasti tiles yang lompong adalah ketuk tiles dengan duit syiling atau pemutar skru. Kita boleh kenal pasti tiles yang lompong (kosong) dan padat.
- Ketuk pada setiap kepingan tile tu dan ketuk keliling perimeter tiles, sebab di tengah-tengah selalunya ada simen, yang tiada simen selalu di bahagian tepi tiles. Biasanya tiles dipasang di dapur dan juga bilik air.

4. Elektrik
- Untuk periksa elektrik, hidupkan suis utama dan periksa satu persatu suis lampu, kipas, soket dan sebagainya.
- Pastikan periksa setiap punca elektrik dan soket.

5. Meter Air
- Apabila meter air sudah dipasang, sila pastikan pili air di rumah anda mengalirkan air dengan dengan sempurna.
- Buka semua pili air anda serentak. Periksa saluran air, toilet bowl, sinki dan sebagainya. Pastikan tiada yang tersumbat.
- Periksa juga kepala paip dan kepala shower. Periksa sambungannya betul, tiada yang tercabut atau pun longgar.
- Buka air kat meter, biar air masuk tangki sampai penuh. Kemudian, periksa keadaan tangki simpanan untuk pastikan tangki tidak bocor.
- Apabila air dah penuh dalam tangki, pastikan bacaan pada meter air tu mesti berhenti. Jika tidak, ada paip yang bocor sebelum air sampai ke tangki.

6. Tingkap dan Sliding Door
- Buka tutup tingkap anda semaksimum mungkin. Pastikan tingkap boleh kunci sempurna.
- Pastikan juga sliding door dapat dikunci dengan rapat.

7. Tangga
- Sila goyang-goyangkan pemegang tangga rumah anda, pastikan ia kukuh. Kadang-kadang ada yang longgar dan bergoyang-goyang.

8. Bilik Air Tingkat Atas Bocor
- Pastikan bilik air tingkat atas tidak bocor. Caranya, ambil binding tape dan sealkan sepenuhnya lubang aliran air keluar.
- Penuhkan bilik air dengan air. Biarkan seminggu. Lepas seminggu, periksa ada kesan air bocor atau tidak di bahagian siling tingkat bawah rumah anda.
- Sekiranya ada, tunjuk dengan wakil pemaju dan sila minta kontraktor pemaju pecah semula lantai toilet tu dan pastikan letak sealer toilet dengan sempurna.
- Selalunya lepas letak sealer ni kena tinggalkan sehari bagi kering. Periksa sealer tu penuh atau tidak.

9. Dinding Retak
-Periksa dinding rumah anda, kalau ada retak sila maklumkan segera.

10. Kunci Semua
-Seterusnya adalah kunci rumah anda, pagar, tingkap, tingkap toilet, sliding door pintu dan segalanya yang memungkinkan akses mudah keluar masuk rumah oleh pencuri kabel letrik.
-Selepas dapat kunci rumah, pemaju takkan bertanggungjawab sekiranya ada berlaku kes kecurian kabel.

Bila dah siap betulkan defect ni, barulah boleh buat renovation rumah dengan senang hati. Sekian.

Thursday, March 24, 2016

Buka Tingkap 30% Elak Kereta Meletup Adalah Palsu




Ini dia penjelasan sebenar setelah tersebarnya berita Buka Tingkap 30% Elak Kereta Meletup adalah palsu semasa cuaca panas. Apa yang tersebar di medai sosial seperti facebook dan whatapps adalah seperti ini. "ATTENTION NOTICE (By TNB)  Malaysia sedang dilanda ELNINO sekarang ini. Bacaan suhu persekitaran melebihi 39.7°c. Bagi pengguna semua jenis kenderaan  bertingkap,sekiranya kenderaan anda berjemur dibawah panas melebihi 2jam, pastikan cermin kereta anda dibuka 30%.Jika cermin ditutup habis,tekanan suhu yang terlampau tinggi dalam kereta akan mengakibatkan keretakkan pada cermin,tangki minyak meletup dan enjin kereta terbakar. Ambil peduli. Sebarkan kepada semua pengguna kenderaan di Malaysia."

Bagi menjawab mengenai perkara ini, Ketua Jabatan Kejuruteraan Aeronautik, Automotif dan Samudera dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Madya Dr Pakharuddin Mohd Samin, yang dihubungi Berita Harian telah menjelaskan mengenai perkara ini. "Jika benar dakwaan itu maka sudah tentu banyak kereta di negara Asia Barat yang cuacanya lebih panas berbanding Malaysia meletup," katanya.

Namun apa yang berlaku sebaliknya, kejadian itu tidak berlku dan apa yan disebarkan di media sosial adalah mengarut dan tidak perlu dipercayai."Sewaktu saya belajar di Texas, Amerika Syarikat, ketika musim panas suhunya boleh mencecah lebih 40 darjah Celsius tetapi tiada kejadian kereta meletup atau terbakar sepanjang berada di sana.

"Mengenai perlu menurunkan tingkap sehingga 30 peratus itu adalah helah bagi aktiviti jenayah oleh pihak tidak bertanggungjawab," katanya lagi.Penyebar berita palsu berkenaan telah meletakkan nama syarikat Tenaga Nasional Bhd (TNB) untuk menunjukkan berita tersebut adalah daripada TNB dan sahih di mana bertujuan untuk menakutkan orang ramai.

TNB ketika dihubungi oleh Berita Harian menafikan mesej tersebut dikeluarkan oleh mereka dan mengesahkan ia adalah mesej palsu.Menurut Pakharuddin lagi, TNB tidak mempunyai kuasa untuk mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana ia adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Metereologi.





Tuesday, March 22, 2016

Letupan Brussels Airport



Terkini dari Belgium. Satu Letupan Brussels Airport telah berlaku. Di mana ia telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 13 terbunuh manakala 35 lagi cedera dalam letupan di lapangan terbang Brussels, sebentar tadi, lapor stesen televisyen Belgium, VRT. - REUTERS

Itulah berita yang admin baru sahaja baca di media sosial tadi. Apa sudah jadi dengan dunia kita hari ini. baru-baru ini kejadian bom di Turki dan hari ini di Belgium pula. Sudah la lapangan terbang Brussels tempat yang menjadi tumpuan ramai.

Dua letupan berlaku di balai berlepas lapangan terbang Brussels.




Sekurang-kurangnya 13 terbunuh manakala 35 lagi cedera dalam letupan di lapangan terbang Brussels, sebentar tadi, lapor stesen televisyen Belgium, VRT. - REUTERS

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/136151

Monday, March 21, 2016

Sekolah Diarah Tutup Cuaca Panas Melampau



Sekolah Diarah Tutup Cuaca Panas Melampau di dua buah negeri di utara tanah air. Dua buah negeri yang terlibat adalah di negeri Kedah dan Perlis. Ini adalah pengumuman rasmi daripada Kementerian Pelajaran. Berita ringkas terkini tersebut dipetik daripada akhbar Berita Harian Online.

KUALA LUMPUR: Semua sekolah di Kedah dan Perlis ditutup selama dua hari bermula esok berikutan cuaca panas melampau. Arahan penutupan itu diumumkan oleh Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahadzir Khalid di sini, sebentar tadi.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/135732
"KUALA LUMPUR: Semua sekolah di Kedah dan Perlis ditutup selama dua hari bermula esok berikutan cuaca panas melampau. Arahan penutupan itu diumumkan oleh Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahadzir Khalid di sini, sebentar tadi."

Jadi kepada semua ibu bapa yang berada di Kedah dan di Perlis bermula esok dan lusa sekolah akan ditutup. Untuk sebarang maklumat boleh hubungi terus pihak sekolah tempat anak-anak anda semua bersekolah. Cuaca panas melampau boleh menyebabkan beberapa penyakit berbahaya terutama strok haba.

Awasi anak anda semua dan diri kita sendiri. Diwaktu panas begini banyakkan minum air kosong. Jangan terdedah kepada cuaca panas dengan terlalu lama. Sebarkan berita ini kepada semua.

KUALA LUMPUR: Semua sekolah di Kedah dan Perlis ditutup selama dua hari bermula esok berikutan cuaca panas melampau. Arahan penutupan itu diumumkan oleh Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahadzir Khalid di sini, sebentar tadi.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/135732
KUALA LUMPUR: Semua sekolah di Kedah dan Perlis ditutup selama dua hari bermula esok berikutan cuaca panas melampau. Arahan penutupan itu diumumkan oleh Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahadzir Khalid di sini, sebentar tadi.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/135732
KUALA LUMPUR: Semua sekolah di Kedah dan Perlis ditutup selama dua hari bermula esok berikutan cuaca panas melampau. Arahan penutupan itu diumumkan oleh Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahadzir Khalid di sini, sebentar tadi.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/135732

Pegawai KBS Songlap RM100 Juta


Terkejut admin apabila mendengar berita pada malam sabtu yang lepas. Berita berkenaan seorang Setiausaha Bahagian atau lebih dikenali sebagai SUB oleh penjawat awam 'songlap' duit kerajaan dengan cara yang sungguh terancang. Kerugian yang dicatatkan hampir RM100 juta. Jadi menteri yang bertanggungjawab iaitu YB KJ telah pun mengesahkan bahawa Pegawai KBS Songlap RM100 Juta tersebut. Jom ikuti berita penuh dari laporan Sinar.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin hari ini mengesahkan individu yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan penyalahgunaan dana RM100 juta adalah pegawai dibawah kementerianya. Katanya, SPRM telah memaklumkan kepadanya beberapa mingu lepas bahawa satu siasatan sedang dijalankan ke atas pegawai tersebut.

"Saya telah menyatakan kesediaan Kementerian Belia dan Sukan dan agensi-agensi dibawahnya untuk memberikan kerjasama penuh kepada SPRM supaya siasatan ini dapat dijalankan dengan pantas dan menyeluruh,"katanya dalam satu sidang medianya di kementerianya hari ini. Mengulas lanjut, Khairy berkata pihaknya menyerah sepenuhnya kepada SPRM untuk mengambil tindakan yang sewajarnya berdasarkan hasil siasatan.

"Saya akan terus menyokong usaha SPRM dalam membanteras rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa," katanya. Terdahulu, SPRM telah menahan seorang Setiausaha Bahagian di sebuah kementerian pada 17 Mac lalu selepas disyaki terlibat dalam sindiket menyeleweng dana kerajaan berjumlah lebih RM100 juta. Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Azam Baki berkata, lapan lagi suspek ditahan terdiri daripada tujuh lelaki dan seorang wanita yang kesemuanya merupakan kontraktor.

Menurutnya, pegawai kerajaan berkenaan disyaki menjadi 'mastermind' yang mengarahkan salah sebuah agensi kementerian itu membuat bayaran kepada kira-kira 14 buah syarikat kontraktor bagi tujuan menjayakan program-program berkaitan sukan yang tidak wujud. Kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Iklan Jawatan Kosong UiTM




Adalah dipelawa kepada semua warganegara bumiputera Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi Iklan Jawatan Kosong UiTM berikut. Terdapat lebih daripada 38 jawatan pelbagai kelayakan untuk di isi oleh semua. Jadi kepada semua yang berkelayakan dan berminat sebagai salah seorang ahli keluarga UiTM ini peluang anda untuk mencuba.

UiTM telah melalui perkembangan yang amat pesat sejak mewarnai sektor pengajian tinggi pada tahun 1956. Selain kampus Shah Alam, ia telah mengembangkan sayapnya ke seluruh negara dengan mempunyai 12 buah kampus negeri, 6 kampus satelit di Shah Alam, 11 kampus satelit negeri dan 21 kolej bersekutu. Dengan tenaga kerja seramai lebih kurang 17,770 orang dalam satu rangkaian yang besar, universiti ini menawarkan lebih daripada 500 program akademik dalam suasana yang kondusif dan ceria. Ia juga merupakan rumah kedua bagi lebih 175,200 orang pelajar.Jom kita lihat Jawatan Kosong UiTM ini.

Di samping menambahkan prasarana untuk pengajaran dan pembelajaran, sebagai universiti terbesar di Malaysia, UiTM terus memantapkan tadbir urus Satu Universiti Dua Sistem (1U2S), yang telah diluluskan oleh Lembaga Pengarah Universiti pada tahun 2007, bagi menghasilkan satu Universiti Induk dan 12 Universiti Negeri. Dengan adanya sistem tadbir urus ini, UiTM boleh menggunakan sumbernya secara optimum bagi meningkatkan kecemerlangan dalam penyelidikan, pengajaran dan pembelajaran serta khidmat kepada masyarakat.Iklan Jawatan Kosong UiTM adalah seperti berikut :-


PEGAWAI PERUBATAN

JURUTERA

PEGAWAI PERGIGIAN

PEGAWAI FARMASI

PENOLONG PENDAFTAR

PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM

PEGAWAI PSIKOLOGI

PUSTAKAWAN

JURURAWAT PERGIGIAN

PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI

PENOLONG PEGAWAI SENI BINA

PENOLONG JURUTERA

PENOLONG PEGAWAI SAINS

PENOLONG KURATOR

PENOLONG PEGAWAI BELIA DAN SUKAN

PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL
ISLAM

PENOLONG PEGAWAI KESATRIA

SETIAUSAHA PEJABAT

PENOLONG PEGAWAI KESELAMATAN


JURURAWAT PERGIGIAN

PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN

JURURAWAT

JURUTEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN

PEMBANTU PEMBEDAHAN PERGIGIAN

JURUTEKNIK KOMPUTER


PEMBANTU BELIA DAN SUKAN

PEMBANTU ARKIB

PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT

PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN

KERANI

PEMBANTU PENERBITAN

PEMBANTU KESELAMATAN

PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN

PENGAWAL KESELAMATAN

PEMANDU

OPERATOR LOJI


Untuk Maklumat lanjut sila layari :-  

http://iapps.uitm.edu.my/epengambilanstaf/

Tarikh tutup : 3 April 2016

12 Korban Heli tentera Jatuh Di Indonesia


Ini ada perkhabaran sedih dari negara serumpun kita Indonesia. Dikhabarkan bahawa 12 Korban Heli tentera Jatuh Di Indonesia yang telah berlaku semalam. Admin kongsikan laporan penuh yang dipetik daripada Berita Harian Online Malaysia untuk bacaan semua. 

Dua belas maut apabila helikopter tentera terhempas dalam cuaca buruk di tengah Indonesia semalam, siri kemalangan udara terbaru membabitkan pasukan keselamatan negara itu, kata pegawai. Helikopter Bell 412 itu terhempas di Kampung Kasiguncu di daerah Poso, Sulawesi, lokasi militan Islam melancarkan perang gerila terhadap kerajaan.

"Dua belas mayat ditemui dan dikenal pasti," kata jurucakap tentera, Tatan Sulaiman, menambah pasukan penyelamat masih mencari seorang lagi anggota kru. Helikopter itu, yang membawa tujuh penumpang dan enam kru, terhempas 35 minit sejurus berlepas, dan 10 minit sebelum ia sepatutnya mendarat, kata tentera. Hujan lebat ketika nahas berlaku dan Sulaiman berkata, cuaca buruk dilihat sebagai kemungkinan punca kejadian.

 Tentera Indonesia dikejutkan dengan nahas pesawat sejak beberapa tahun ini. Tahun lalu, pesawat kecil Super Tucano terhempas di kawasan berpenduduk padat ketika penerbangan ujian, menyebabkan tiga terbunuh. - AGENSI (BH Online)

Friday, March 18, 2016

Semakan Online Status Ke Luar Negara



Jom buat Semakan Online Status Ke Luar Negara sekarang hanya di portal www.phat.my. Seperti semua ketahui bahawa sehingga ke hari ini lebih daripada 820,000 warganegara Malaysia adalah disenarahitamkan untuk keluar negara. Terdapat beberapa sebab mengapa warganegara disenarai hitam.

Oleh itu, admin kongsikan kepada anda semua bagaimana dengan mudah anda boleh membuat Semakan Online Status Ke Luar Negara anda. Admin sendiri telah mencuba aplikasi ini dan jawapan yang diberikan amat menggembirakan.

Jawapan yang diberi adalah "tiada halangan" ini bermakna admin bebas ke mana-mana sahaja. Jadi mari kita ikuti beberapa langkah mudah untuk anda semua membuat Semakan Online Status Ke Luar Negara tersebut. Langkah-langkah yang perlu diikuti adalah :-

1. Masuk ke link ini http://sspi2.imi.gov.my/default.aspx

2. Masukan Nombor kad pengenalan anda dalam kotak 

3. Klik "semak" dan anda terus akan mendapat jawapan

Selamat mencuba dan sila kongsikan kepada sesiapa sahaja artikel ini. Terima kasih

Lirik Lagu Lagenda - WARIS



Ini dio lagu baru dari Waris. Moh kito layan Lirik Lagu Lagenda - WARIS. Sapo yang tak kona dongan Waris atau dalam loghat Nogori disobut waghih. Waris keluar dengan satu lagi karya yang berloghat kan nogori sombilan. Jom kito layan video Lagenda dari Waris dan jom baco Lirik Lagu Lagenda - WARIS.

Lagenda, Lagenda
Kito semuo lagenda
Lagenda, Lagenda
Kito semuo lagenda

Semuo angguk Yang poghati angguk
Sokong waghih angguk Skali laie angguk

Ado perkaro yang tak diboiegatahu
Tak mahu malu Ataupun tak mampu
Ado perkaro yang orang tak dapek bantu
Cokakan hati Waktu pasti bolalu
Memang jalan hidup berliku-liku
Tak cayo langsung Jalan poie ko miku
Carik pasti dapek Itulah hidup
Mano datang eh Udaro yang kito hirup?

Dianjak layu Dicabut mati
Janganla kito Lupo tradisi
Tughun temughun Bergenerasi
Dah serasi...Dah serasi

Angkek tangan Angkek tangan
Angkek tangan Waghih nismilan
Lambai tangan Lambai tangan
Lambai tangan Dan maju kodopan

Angkek tangan Angkek tangan
Angkek tangan Waghih nismilan
Lambai tangan Lambai tangan
Lambai tangan Dan maju kodopan

Kok takdo ilmu Sonang kau ditipu
Kok osah bijak Pulak kau dipijak
Ghajinlah monuntut Hormati cikgu
Supayo ilmu kau Kan diborkati kolak
Jalan yang kau lalu Kau tidak kosorangan
Setiap baik bughuk Ado kosan sampingan
Dunio dah meghasai Akibek korosakan
Maunkan porubahan Perlukan kemahiran

Bulat digolek Tipih dilayang
Jangan ditunggu Buek sokarang
Kok dopan mato Jangan lopeh pandang
Nanti sayang Jangan sayang

Angkek tangan Angkek tangan
Angkek tangan Waghih nismilan
Lambai tangan Lambai tangan
Lambai tangan Dan maju kodopan

Angkek tangan Angkek tangan
Angkek tangan Waghih nismilan
Lambai tangan Lambai tangan
Lambai tangan Dan maju kodopan

Lagenda Lagenda
Kito semuo lagenda
Lagenda Lagenda
Kito semuo lagenda

Lagenda Lagenda
Kito semuo lagenda
Lagenda Lagenda
Semuo punyo agenda

Angkek tangan Angkek tangan
Angkek tangan Waghih nismilan
Lambai tangan Lambai tangan
Lambai tangan Dan maju kodopan

Angkek tangan Angkek tangan
Angkek tangan Waghih nismilan
Lambai tangan Lambai tangan
Lambai tangan Dan maju kodopan

Lagenda Lagenda
Kito semuo lagenda
Lagenda Lagenda
Semuo punyo agenda


Video Polis Trafik Naik Angin Di Panggil Stupid


Seperti sudah menjadi lumrah sekarang ini segala apa yang dilakukan akan dirakam oleh lensa kamera. Maklum sahajalah masing-masing mempunyai telefon berkamera yang canggih. Beberapa hari ini telah viral satu Video Polis Trafik Naik Angin Di Panggil Stupid di media-media sosial. Melalui pemerhatian admin video tersebut dirakam tidak penuh tetapi sebaliknya dirakam setelah anggota polis tersebut di provoke oleh mereka yang terlibat.

Jika kita tonton kita tahu yang polis wanita tersebut telah pun memberitahu bahawa tidak perlu ramai-ramai berada di kaunter report tetapi mereka yang terlibat tersebut tidak mengendahkannya. Di panggil nya pula polis trafik wanita tersebut dengan perkataan "stupid" tetapi saat perkataan stupid tersebut dipanggil tidak pula dirakam.

Ini menimbulkan pelbagai reaksi daripada netizen. Tetapi kebanyakan netizen menyokong tindakan polis trafik wanita tersebut. Kita tengok mudah sahaja. Jika tidak ada sebab mengapa polis tersebut hendak marah bukan. Lebih-lebih lagi beliau adalah bahagian hadapan yang sememangnya perlu melayan pelanggan dengan cara terbaik sekali.

Jadi kepada rakyat Malaysia jika anda disituasi begini tidak perlu lah anda nak rakam-rakam bagai dengan niat nak kenakan orang atau malukan orang. Cukup lah sekadar selesaikan masalah tersebut dengan cara baik. Ini tidak sikit-sikit rakam dan lepas tu viralkan. Lebih-lebih kepada penjawat awam. Kesian mereka yang yang bertugas tersebut. Jika benar mereka salah buat lah teguran dengan cara yang betul. Jom kita tonton Video Polis Trafik Naik Angin Di Panggil Stupid tersebut.

video

Friday, March 11, 2016

600 Jawatan Kosong Pegawai Imigresen


Berikut admin kongsikan kepada anda semua 600 Jawatan Kosong Pegawai Imigresen daripada pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA). Calon-calon dari warganegara Malaysia yang berkelayakan dan mempunyai ciri-ciri cepat, tepat, intergiriti, produktif, kreatif, taat setia kepada organisasi dan bersedia untuk membantu adalah dipelawa untuk mengisi 600 Jawatan Kosong Pegawai Imigresen ini.

Pendaftaran 600 Jawatan Kosong Pegawai Imigresen ini adalah sepanjang masa dan melalui dalam talian sahaja. Sebarang surat menyurat dan penghantaran resume adalah tidak diperlukan. Hanya calon yang lepas tapisan layak dipanggil untuk temuduga.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 27 Mac 2016. Untuk maklumat lengkap berkaitan dengan iklan jawatan kosong anda hanya perlu layari pautan INI. Dan untuk memohon jawatan tersebut secara online anda hanya perlu mengisi permohonan secara online di SINI

 

Ular Paling Berbisa Susah Mati Ditemui


Gempar!!! Tetapi itulah hakikatnya setelah Ular Paling Berbisa Susah Mati Ditemui di dunia kita hari ini. Penemuan dan pendedahan ini bakal mengejutkan semua penduduk muka bumi seterusnya akan menggerunkan semua. Ular paling berbisa tetapi tidak boleh di bunuh. Jom kita ikuti pendedahan Nat Geo Wild di bawah ini.

Semalam di Nat Geo Wild, telah diumumkan bahawa ular yang sangat berbahaya baru sahaja ditemui. Saintis mendakwa bahawa ular merupakan species baru : revolusi keluarga reptilia itu. Menurut Nat Geo Wild, ular tersebut akn brtmbah 0.5 cm panjang setiap kali ia makan dgn sekali suapan setiap 30 saat atau kurang. Ular ini tidak boleh dibunuh atau dicederakan oleh senjata malahan ianya mati hanya apabila ia menggigit dirinya sendiri. Huh mengejutkan?

Saintis mendakwa bahawa hanya ada satu-satunya cara ia boleh dibunuh tetapi kajian masih diteruskan untuk mencari cara-cara baru ular ini boleh dibunuh. Ini adalah ular yang paling beracun dan dahsyat pernah direkodkan dalam sejarah manusia.


Ular ini hanya boleh didapati dalam Nokia 3310 telefon mudah alih di bawah pilihan permainan, ular Xenzia. Terima kasih kerana berhati-hati dan sabar membaca ini! Tokono x ..den pun tokono wei..jgn lupa share!!!

Thursday, March 10, 2016

Gambar Bayi Highland Tower Setelah 23 Tahun


Ini lah dia Gambar Bayi Highland Tower Setelah 23 Tahun. Bayi inilah yang terselamat dalam tragedi runtuhan Highland Tower pada tahun 1993. Pada waktu kejadian tersebut bayi yang bernama Nur Hamidah berusia 18 bulan. Nur Hamidah diselamatkan oleh Tuan Norizan yang merupakan anggota bomba yang menjumpai Nur Hamidah dalam runtuhan.

Hajat Tuan Norizan melalui FB Jabatan Bomba iaitu ingin menemui Nur Hamidah iaitu bayi tersebut setelah 23 tahun hampir membuahkan hasil. Dari sumber FB Jabatan Bomba sendiri ada memberitahu bahawa Nur Hamidah berada di Indonesia. Pihak bomba juga memaklumkan bahawa mereka telah berjaya berhubung dengan ayah Nur Hamidah.

Jom kita lihat koleksi Gambar Bayi Highland Tower Setelah 23 Tahun tersebut yang admin ambil dari FB Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.  Dalam kejadian yang berlaku pada 11 Disember 1993 itu, seramai 48 mangsa dilaporkan maut apabila kondominium mewah itu tumbang menyembah bumi. Ia juga merupakan salah satu tragedi hitam negara kita.

Admin berpendapat apa yang dilakukan oleh Tuan Norizan ada baiknya. Kerana beliau yang menyelamatkan bayi tersebut dan ingin berjumpa dengan bayi tersebut selepas 23 tahun kejadian. Mungkin apabila pertemuan ini dapat direalisasikan pihak media perlu cover berita ini.

Thursday, March 3, 2016

Keputusan SPM 2015



Hari ini 3 Mac 2016 adalah hari debaran buat semua calon SPM 2015. Hari ini akan diumumkan Keputusan SPM 2015. Semua calon-calon yang menduduki SPM 2015 boleh menerima keputusan masing-masing kira-kira jam 10.00 pagi 3 Mac 2016. Untuk maklumat terkini yang dikeluarkan oleh BH Online pengumuman keputusan SPM 2015 telah pun dibuat.

Admin kongsikan laporan dari BH Online seperti di bawah ini. Tetapi laporan ini tidak menyeluruh dan hanya mengumumkan perbandingan bilangan pelajar yang mendapat keputusan cemerlang semua A dalam semua mata pelajaran pada tahun 2014 dan tahun 2015. Semoga berjaya kepada semua yang akan mengambil keputusan SPM 2015 mereka pada hari ini.

PUTRAJAYA: Seramai 9,721 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2015 mendapat keputusan cemerlang (A+, A dan A-) dalam semua mata pelajaran, menurun berbanding 11,289 calon pada 2014, kata Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar pengumuman analisis keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2015 di Putrajaya, sebentar tadi.

Walau apa pun keputusan yang anda terima yakin lah bahawa itu lah rezeki yang telah ditentukan untuk anda. Dengan keputusan yang anda terima anda semua sudah boleh merancang hala tuju anda selepas ini. Sekali lagi kepada calon SPM 2015 semoga berjaya admin ucapkan.

Gempa Bumi 7.9 Magnitud Landa Sumatera


Gempa Bumi 7.9 Magnitud Landa Sumatera beberapa jam tadi. Mari kita ikuti laporan dan kenyataan yang dikeluarkan oleh Rauters.Indonesia mengeluarkan amaran tsunami susulan gempa bumi kuat dan cetek di luar pesisir pantai barat Sumatera, kawasan yang teruk dilanda tsunami pada 2004. 

Menurut Agensi Meteorologi Nasional, amaran itu dikeluarkan untuk Sumatera Barat, Sumatera Utara dan Aceh selepas gempa bumi 7.9 magnitud. Menurut USGS, pusat gempa ialah 808 kilometer ke barat daya Padang pada kedalaman 10 kilometer. Tiada laporan segera berhubung kerosakan atau kemalangan jiwa. 

Semoga semua yang berhampiran akan selamat dengan kejadian ini. Harapan admin semoga apa yang terjadi pada tahun 2004 tidak berulang kembali. Mari sama-sama kita doakan.