loading...

Wednesday, February 10, 2016

[VIDEO] Bahaya Kasut Getah Di Eskalator


Beberapa hari lepas kita dikejutkan dengan satu kejadian seorang kanak-kanak yang terlibat dengan kemalangan di eskalator KL Sentral. Kaki kanak-kanak tersebut tersepit dan tulang kaki beliau hancur. Admin sendiri tidak sanggup untuk tengok gambar-gambar yang dikongsikan. Jadi admin kongsikan [VIDEO] Bahaya Kasut Getah Di Eskalator.

Kejadian tersebut berlaku disebabkan kanak-kanak tersebut memakai kasut jenis getah dan mudah untuk tersepit di eskalator. Jadi kepada semua diminta untuk sentiasa berhati-hati terutama apabila berada di eskalator. Lebih-lebih lagi mereka yang berjalan sekali dengan anak-anak anda.

Sentiasa pantau dan awasi anak anda. Malang tidak berbau jadi sentiasa mengambil langkah berhati-hati tidak kira di mana anda berada. Jom kita lihat [VIDEO] Bahaya Kasut Getah Di Eskalator yang admin ambil dari page FB Sukan Star TV. Jika tidak boleh menonton di blog ini anda hanya perlu klik sahaja pada pautan yang dikongsikan.

Sebarkan kepada semua rakan-rakan anda yang lain. Semoga kita semua terlepas dari perkara yang tidak diingini. Link video : https://www.facebook.com/TVSukanStar/videos/1713188292248070/

video

0 comments for "[VIDEO] Bahaya Kasut Getah Di Eskalator"