Monday, February 29, 2016

Tun Mahathir Keluar UMNO


Baru sahaja sebentar tadi mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir membuat sidang akhbar berkaitan Tun Mahathir Keluar UMNO. Pengumuman tersebut dibuat oleh Tun berkuatkuasa serta merta. Pengumuman dan sidang media tersebut telah dibuat di Putrajaya.

Memetik gambar dan laporan ringkas dari pihak BERNAMA sidang media tersebut dihadiri oleh pihak media dari pelbagai saluran dan Tun ditemani oleh rakan-rakan serta penyokong beliau. Intipati dan rumusan tentang sidang media ini kita tunggu sahaja laporan penuh dari pihak media tempatan.

Sememangnya sejak kebelakangan ini pemimpin-pemimpin negara agak "panas" dengan kenyataan yang dibuat oleh Tun tentang situasi negara. Tambahan pula jawatan Menteri Besar Kedah yang disandang oleh anak Tun sendiri iaitu Mukhriz telah pun diambil alih oleh orang lain.

Admin tidak boleh mengulas panjang tentang perkara ini kita tunggu sahaja video penuh sidang media tersebut dikongsikan. Ini adalah sedikit sebanyak info berkaitan Tun Mahathir Keluar UMNO.


Resepi Aiskrim Sumi


Beberapa hari ini penuh timeline Facebook admin sahabat-sahabat kongsikan berkaitan dengan Aiskrim Sumi. Terliur tengok aiskrim sumi ini. Zaman masa kecil-kecil dulu memang hari-hari makan aiskrim Malaysia ni. Tetapi admin terus terang tak pernah lagi rasa aiskrim sumi ini. Yang biasa admin makan dulu perisa jagung, bubur kacang, asam masin, sirap, bandung dan banyak lagi lah. Jadi dikesempatan ini admin ingin kongsikan kepada anda semua Resepi Aiskrim Sumi yang tengah viral sekarang ini.

Bukan sahaja perkongsikan Resepi Aiskrim Sumi tetapi pakej sekali dengan cara membuat aiskrim sumi tersebut. Jika dilihat pada gambar aiskrim sumi ini memang membuatkan anda ingin mencuba untuk membuatnya. Nampak enak dan sedap sekali dalam gambar. Itu belum masuk mulut bukan? Jika dah masuk ke dalam mulut tak tahu lah bagaimana nikmatnya.

Ini Resepi Aiskrim Sumi dan anda boleh mencubanya sendiri. Admin berkongsi Resepi Aiskrim Sumi ini daripada blog Intan Nurfuzie. Jom kita lihat Resepi Aiskrim Sumi dan cara mudah untuk menghasilkan aiskrim sumi tersebut. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda semua terutama kepada semua peminat-peminat aiskrim.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat Aiskrim Sumi
  1. 1 Tin Susu Pekat
  2. 1 Tin Susu Cair
  3. 4 Tin Air 
  4. 2 Bungkus Sumi (Pelbagai warna)
  5. Sedikit Garam
  6. Plastik aiskrim

Cara-cara membuat Aiskrim Sumi
  1. Sumi dipotong 4 atau lebih
  2. Susu Pekat, Susu Cair, Air dan garam dipanaskan sehingga mendidih
  3. Sejukkan
  4. Masukkan sumi kedalam plastik dan masukkan bahan yang didihkan tadi
  5. Ikat dan masukkan kedalam peti ais beku.
  6. Setelah beku boleh la makan
Selamat mencuba dengan Resepi Aiskrim Sumi ini. Jangan lupa kongsikan kepada semua ahli keluarga dan sahabat media sosial anda. Gambar dari FB Aiskrim Sumi Jelly

Friday, February 19, 2016

Kemasukan Pekerja Asing Bangladesh Ditangguh


Tiba-tiba admin terkejut apabila mendapat perkhabaran bahawa arahan serta merta dikeluarkan oleh Timbalan Perdana Menteri tentang Kemasukan Pekerja Asing Bangladesh Ditangguh. Ini bertentangan dengan berita sebelum ini yang dikatakan seramai 1.5 juta pekerja asing dari Bangladesh akan dibawa masuk ke Malaysia untuk bekerja. Admin memetik sumber dari berita Astro Awani sebentar tadi.

Isu kemasukan ini menjadi bualan hangat seluruh rakyat Malaysia ketika ini yang rata-rata membantah kemasukan 1.5 juta pekerja dari Bangladesh tersebut. Jika arahan ini berkuatkuasa mungkin memberi kelegaan kepada seluruh rakyat Malaysia. Bagi admin bukan menidakkan rezeki mereka tetapi terlalu banyak perkara negatif yang rata-rata dilakukan oleh pekerja asing di Malaysia. Walaupun bukan semua tetapi segelintir golongan itu yang membuatkan rakyat Malaysia lebih berhati-hati.

Petikan dari laporan Astro Awani sebentar tadi. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan penangguhan pengambilan pekerja pekerja asing berkuatkuasa serta merta. Katanya, penangguhan itu termasuk pengambilan pekerja dari Bangladesh. Ahmad Zahid berkata, majikan yang ingin menggaji pekerja hendaklah mencari pekerja tempatan untuk bekerja di syarikat mereka.

"Hari ini, saya ingin mengumumkan bahawa kerajaan telah mengambil keputusan untuk melakukan penanggguhan pengambilan semua pekerja asing dari semua negara sumber termasuk Bangladesh," katanya. Pada masa sama, Ahmad Zahid juga menyeru semua majikan harus mengambil semua pekerja tempatan sebagai pekerja mereka.

"Hari ini, saya ingin mengumumkan bahawa kerajaan telah mengambil keputusan untuk melakukan penanggguhan pengambilan semua pekerja asing dari semua negara sumber termasuk Bangladesh," katanya dalam sidang media selepas mengadakan majlis mesra Timbalan Perdana Menteri bersama anggota tentera di Kem Muara Tuang, di sini, hari ini

Gabenor Bank Negara Malaysia Yang Baru



Tahukah anda bahawa negara kita Malaysia akan mendapat Gabenor Bank Negara Malaysia Yang Baru. Ini disahkan sendiri oleh YAB Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Najib Razak. Maka dengan kenyataan ini memang benarlah bahawa akan ada Gabenor Bank Negara Malaysia yang ke-8 selepas Tan Sri Dato' Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz. Memang benarlah apa desas-desus yang kita dengar tentang Tan Sri Dato' Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz akan digantikan.

Siapakah calon yang sesuai untuk menggantikan Tan Sri Dato' Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz. Kita tunggu dan lihat sahaja pengumuman rasmi dari pihak kerajaan. Bila ianya akan berkuatkuasa juga tidak dapat diketahui. Admin memetik laporan daripada Berita Harian Online di mana YAB Perdana Menteri Dato' Seri Najib Razak membuat kenyataan ini di San Francisco.

YAB Perdana Menteri Dato' Seri Najib Razak dalam kenyataan beliau berkata Kerajaan akan membuat keputusan dalam masa terdekat berhubung pelantikan Gabenor Bank Negara yang baharu. Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, pelantikan untuk jawatan berkenaan adalah keputusan kerajaan. "Kerajaan akan memutuskan dalam masa terdekat. Pelantikan jawatan itu (Gabenor) tertakluk kepada keputusan kerajaan," katanya.

Siapakah agaknya calon Bank Negara Malaysia yang baru agaknya. Ada juga komen-komen di media sosial yang boleh membuat anda semua ketawa berkaitan artikel ini. Tahukah anda anda Netizen yang mencadangkan Ahmad Maslan sebagai Gabenor yang baru. Kita tunggu dan lihat sahaja apa keputusan pihak kerajaan.



Wednesday, February 17, 2016

4 Remaja Hilang Ditemui Maut Dalam Sungai


Akhirnya semua persoalan berkenaan empat sahabat dari Johor yang pergi bercuti ke Terengganu dikatakan hilang dari 10 Feb 2016 lepas telah terjawab. 4 Remaja Hilang Ditemui Maut Dalam Sungai di KM50 Jalan Kota Tinggi -Mersing. Mari kita sedekahkan Al-Fatihah untuk semua mangsa dan takziah diucapkan kepada semua keluarga mangsa.

Menurut laporan FB DTR Traffic Report Hasil maklumat orang awam, sebuah kereta jenis honda bernombor pendaftaran JEB9978 telah dijumpai terbabas ke sungai di km 42, jalan tenggaroh - mersing, Mersing. Semasa dijumpai kesemua mangsa 4 lelaki Melayu meninggal dunia dan  berada didalam kereta tersebut. Sehingga kini kerja-kerja menarik keluar kereta dari sungai tersebut sedang dijalankan.

Admin kongsikan beberapa gambar ketika kerja-kerja menarik keluar kenderaan tersebut dari dalam sungai. Gambar adalah hak milik DAily TRaffic REport official FB page.



Video Jaringan Cantik Faiz Subri


Enam perlawanan Liga Super Malaysia telah berlangsung malam tadi. Antara perlawanan yang menjadi perbualan peminat bola sepak Malaysia adalah perlawanan Pulau Pinang menentang Pahang. Bukan sahaja keputusan 4-1 berpihak kepada tuan rumah Pulau Pinang tetapi salah satu jaringan pasukan Pulau Pinang telah mendapat tumpuan dunia terutama melalui laman FB 101 Great Goals.Com. Jadi untuk menonton jaringan 'gila' tersebut admin kongsikan kepada anda Video Jaringan Cantik Faiz Subri di sini.

Tetapi sebelum itu kita lihat keputusan ke semua enam perlawanan yang telah berlangsung malam tadi. Daripada keputusan ini terdapat satu insiden pergaduhan di luar Stadium Ipoh membabitkan penyokong pasukan Perak dan penyokong pasukan Selangor. Diharap kan kejadian-kejadian seperti ini tidak berlaku lagi selepas ini. Menyokong lah dengan cara terbaik dan bersatu bukan berpecah belah.

Kembali semula kepada keputusan semua perlawanan liga super 2016 malam tadi. Keputusannya adalah seperti berikut :-

Sawarak 1- Felda United 2

Kedah 1 - Terengganu 0

Kelantan 1 - PDRM 0

T-Team 0 - JDT 2

P.Pinang 4 - Pahang 1

Perak 0 - Selangor 1

Tahniah kepada pasukan yang menang. Tahniah kepada Faiz Subri kerana membuat satu jaringan cukup cantik dan membuatkan Malaysia terkenal serata dunia.





Tuesday, February 16, 2016

Episod Akhir Cinta Si Wedding Planner


Seperti yang semua peminat slot akasia TV3 ketahui hari ini adalah Episod Akhir Cinta Si Wedding Planner. Jadi sudah pastilah semua peminat drama Cinta Si Wedding Planner ini tidak sabar lagi untuk menantikan apakah kesudahan drama ini. Jangan lepaskan peluang untuk menonton seperti biasa drama ini. Jadi untuk itu admin kongsikan kepada anda Sinopsis Cinta Si Wedding Planner ini.

 Izara Batrisya (Zara), si wedding planner, tidak menduga cinta yang disulam bersama sepupunya, Bazli selama 4 tahun musnah kerana sebuah hakikat. Dalam hati Zara ketika itu, hanya ada Bazli, sepupunya sendiri. Namun Zara dan Bazli tidak pernah menyangka bahawa jodoh sebenarnya bukan milik mereka berdua. Kasih mereka yang selama ini dirahsiakan daripada pengetahuan Mak lang dan Pak Lang hancur si tengah jalan. Fariz Adryan (Fariz), pula bekas tentera laut pernah dicurangi Shirah, kekasih yang hampir menjadi tunangannya, sehingga tertutup pintu hati untuk sebarang wanita.

Keperibadian Zara memikat hati Puan Marina, salah seorang pelanggannya. Memandangkan Zara sebatang kara di KL, lantas Zara dijadikan anak angkat oleh Puan Marina yang telah mempunyai 4 orang anak. Pertemuan Fariz dan Zara kerana berebutkan tempat parkir telah mendatangkan satu perasaan kepada Fariz. Lebih menarik lagi, Fariz adalah anak kedua Puan Marina. Maka pertemuan demi pertemuan berlangsung antara mereka tanpa disedari mengukuhkan lagi perasaan Fariz terhadap Zara .

Mengetahui Zara cuba bangkit dari luluh kecewa cinta terhalangnya dan demi melindungi Zara dari terus-terusan diganggu Bazli, Fariz nekad menghulur tangan bagi memimpin Zara ke masa hadapan dalam sebuah ikatan perkahwinan. Puan Marina, mama Fariz yang berkenan akan keperibadian Zara terus menghantar pinangan hingga terjalinnya ikatan suci antara Zara dan Fariz. Zara rela menerima walau hatinya belum wujud getaran cinta buat Fariz. Fariz yang tidak pernah putus asa untuk mencuba, akhirnya berjaya. Hati Zara kini miliknya.

Fariz dan Zara hidup bahagia selepas berjaya melepasi tempoh penyesuaian mereka. Fariz yang baran, moody dan beku berubah menjadi romantik dan penyayang. Sementara itu, Zara pula mencuba menjadi isteri terbaik buat suaminya yang tercinta. Pada saat bahagia mula bersemi, cinta pertama Fariz kembali muncul menagih kasih. Zara menerima ugutan meminta dia meninggalkan Fariz. Sementara Shirah pula datang merayu untuk kembali kepada Fariz. Fariz menjadi tertekan sehingga mengabaikan Zara dan kembali menjadi mudah baran. Fariz silap percaturan dalam usaha menyelamatkan rumahtangganya hingga akhirnya tercetus perbalahan antara mereka hinggakan Zara menuntut perceraian dan membawa diri ke bumi Auckland.

Dengan bantuan Bazli, Zara dan Fariz kembali bersatu tetapi ancaman yang lebih hebat datang mengancam rumahtangga mereka. Kegilaan dan obsesi Shirah makin tidak terkawal sehingga nyawa Zara dan kandungannya menjadi taruhan. Apakah tindakan Fariz? Adakah bahagia menjadi milik Zara?

Pengadil Ditembak Mati Lepas Layang Kad Merah


Anda baca tajuk pun rasa takut bukan. Tetapi itulah hakikatnya apa yang terjadi di Argentina. Seorang Pengadil Ditembak Mati Lepas Layang Kad Merah kepada seorang pemain yang melakukan kekasaran melampau semasa dalam permainan. Jadi admin merujuk kepada berita penuh dari BH Online di bawah ini.

CORDOBA (Argentina) – Seorang pengadil liga tempatan dibunuh di Argentina selepas dia melayangkan kad merah kepada seorang pemain muda. Cesar Flores ditembak tiga kali oleh pemain bola sepak terbabit selepas dilayangkan kad merah dengan dia masih lagi bebas dan diburu pihak polis.

Insiden ini berlaku di Cordoba yang menyaksikan suspek melepaskan tembakan ke arah pengadil malang terbabit selepas dipaksa keluar padang kerana memukul pemain lawan. Seorang lagi pemain, Walter Zarate, turut terkena tembakan peluru sesat dan dibawa ke hospital, namun keadaannya dilaporkan stabil.

Menurut polis, Flores maut di tempat kejadian selepas tiga tembakan mengenai bahagian kepala, leher dan juga dadanya. – Agensi/BH ONLINE



Friday, February 12, 2016

Jawatan Kosong Pembantu Guru Yayasan Terengganu


Dalam usaha untuk merealisasikan hasrat Kerajaan Negeri Terengganu untuk memperkasakan Bahasa Inggeris dan memastikan semua pelajar lulus dalam matapelajaran Bahasa Inggeris SPM Tahun 2016, Yayasan Terengganu dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu akan melaksanakan projek TRENGLISH di mana Pembantu Guru Bahasa Inggeris/T-HELP (TERENGGANU HIRED ENGLISH LEARNING PERSONEL) diperlukan untuk membantu guru-guru Bahasa Inggeris sedia ada di sekolah-sekolah di Negeri Terengganu. Jawatan Kosong Pembantu Guru Yayasan Terengganu adalah seperti berikut :-

Yayasan Terengganu dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia keutamaan rakyat Negeri Terengganu yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut :

1.  (a)          Jawatan            :        PEMBANTU GURU BAHASA ENGLISH/T-HELP

     (b)          Taraf Jawatan   :        Kontrak (Contract For Service)

     (c)           Elaun               :        RM2000.00 sebulan (Ijazah)

                                                    RM1500.00 sebulan (Diploma)

     (d)          Penempatan     :       Sekolah Menengah terpilih di Terengganu

2.  Syarat Lantikan

  • Rakyat Negeri Terengganu
  • Memiliki Ijazah dalam bidang TESL/TEFl/Bahasa Inggeris/ Komunikasi Bahasa Inggeris dari  Institusi yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
  • Berumur antara 22 – 30 tahun, Pesara Guru Bahasa Inggeris juga boleh memohon
  • Fasih dalam Bahasa Inggeris
  • Memiliki personaliti yang ceria, penyabar dan kreatif
  • Celik ICT

3.  Deskripsi Tugas:

  • Rancang dan laksana aktiviti berasaskan komunikasi seperti English In Camp, Short Drama, Spelling Bee dsb melalui Persatuan Bahasa Inggeris, sesi petang/ pagi / Sabtu / kelas ganti.
  • Kendali klinik komunikasi Bahasa Inggeris secara kumpulan kecil pada waktu di luar waktu pembelajaran formal menggunakan modul-modul `Let’s Talk Basic Talk’ terbitan UMT.
  • Sedia dan selenggara profil perkembangan murid dalam komunikasi Bahasa Inggeris

4.  CATATAN AM
  • Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temu duga;
  • Permohonan yang tidak menerima jawapan dalam tempoh enam (6) bulan selepas iklan jawatan yang tutup dianggap tidak berjaya.

5.   TARIKH TUTUP PERMOHONAN
  • Permohonan dibuka sepanjang masa sehingga dimaklumkan tarikh tutup.

6.      Cara Permohonon adalah dengan cara permohonan online : DI SINI

Gambar Jersi Kelantan 2016


Berikut admin kongsikan kepada semua peminat bola sepak Malaysia terutama peminat pasukan Kelantan Gambar Jersi Kelantan 2016. Tahun 2016 pasukan Kelantan akan dikenali sebagai Pamoga Qu Puteh The Red Warriors(PQPTRW).

Majlis perlancaran yang diadakan di Kelantan Trade Cantre itu memperkenalkan jersi terbaru mereka yang dilihat turut mengekalkan warna merah selain warna merah jambu yang diminta oleh Penasihat Kehormat Persatuan Bola Sepak Kelantan, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau lebih dikenali dengan panggilan Datuk Seri Vida.

Majlis yang diadakan Majlis Pelancaran Jersi Pamoga Qu Puteh The Red Warriors yang diadakan kira-kira jam 2 petang tadi memperkenal lima jersi rasmi jenama DSV yang bakal digunakan pada musim 2016. Jersi berkenaan dilaporkan direka khas dengan ciri-ciri kesihatan dan digayakan oleh Datuk Seri Vida sendiri di depan penyokong dalam majlis di Kelantan Trade Centre, Kota Bharu sebentar tadi.

Rekaan jersi tersebut termasuk termasuk edisi penjaga gol melalui 'Supra Player', Millenia dan Mantera. Penaja utama untuk pasukan PQPTRW kali ini ialah Vida Beauty, Pamoga Qu Puteh, Millenia dan Chengal Jati. Sumber berita dan gambar adalah daripada Siakap Keli.





Wednesday, February 10, 2016

[VIDEO] Bahaya Kasut Getah Di Eskalator


Beberapa hari lepas kita dikejutkan dengan satu kejadian seorang kanak-kanak yang terlibat dengan kemalangan di eskalator KL Sentral. Kaki kanak-kanak tersebut tersepit dan tulang kaki beliau hancur. Admin sendiri tidak sanggup untuk tengok gambar-gambar yang dikongsikan. Jadi admin kongsikan [VIDEO] Bahaya Kasut Getah Di Eskalator.

Kejadian tersebut berlaku disebabkan kanak-kanak tersebut memakai kasut jenis getah dan mudah untuk tersepit di eskalator. Jadi kepada semua diminta untuk sentiasa berhati-hati terutama apabila berada di eskalator. Lebih-lebih lagi mereka yang berjalan sekali dengan anak-anak anda.

Sentiasa pantau dan awasi anak anda. Malang tidak berbau jadi sentiasa mengambil langkah berhati-hati tidak kira di mana anda berada. Jom kita lihat [VIDEO] Bahaya Kasut Getah Di Eskalator yang admin ambil dari page FB Sukan Star TV. Jika tidak boleh menonton di blog ini anda hanya perlu klik sahaja pada pautan yang dikongsikan.

Sebarkan kepada semua rakan-rakan anda yang lain. Semoga kita semua terlepas dari perkara yang tidak diingini. Link video : https://www.facebook.com/TVSukanStar/videos/1713188292248070/

video

Jawatan Kosong MDHS


Berikut admin kongsikan kepada semua pembaca beberapa Jawatan Kosong MDHS Majlis Daerah Hulu Selangor untuk rujukan. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur tidak kurang  dari  18  tahun  pada  tarikh  tutup  iklan  jawatan.    Keutamaan  kepada  Rakyat    Negeri  Selangor  yang berkelayakan bagi mengisi  kekosongan jawatan berikut :-

1. Pegawai Tadbir N41
2. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U29
3. Penolong Pegawai Tadbir N27
4. Penolong Pegawai Penilaian W27
5. Pembantu Penguatkuasa N17
6. Pembantu Tadbir ( Perkeranian/Operasi) N17
7. Pembantu Penilaian W17
8. Juruteknik Komputer FT17
9. Pembantu Awam H11
10. Pemandu Kenderaan H11

Untuk maklumat lanjut berkaitan jawatan anda semua boleh mendapatkan informasi berkenaan secara terus dalam talian. Anda hanya perlu pergi ke pautan yang admin kongsikan di bawah ini. Pautan tersebut adalah :-

1. Iklan Penuh & Cara Memohon Jawatan Kosong MDHS
2. Muat Turun Borang Permohonan

Tarikh Tutup Jawatan Kosong MDHS adalah pada 23 Feb 2016. Selamat mencuba dan selamat berjaya kepada semua.

Friday, February 5, 2016

Gambar Kahwin Akim dan Stacy


Tahniah kepada pasangan artis Akim dan Stacy. Sebentar tadi pasangan ini telah pun selamat sah menjadi pasangan suami isteri. Pernikahan dilangsung di Kota Kinabalu Sabah. jadi untuk semua peminat Akim dan Stacy admin kongsikan kepada anda semua beberapa Gambar Kahwin Akim dan Stacy.




Gambar-gambar ini admin petik dan ambil daripada FB Era FM Hlive dan FB BH Online. Semoga Gambar Kahwin Akim dan Stacy dapat memberikan kepuasan kepada semua peminat mereka berdua. Tahniah kami ucapkan kepada pasangan Akim Ahmad dan Stacy yang sudah sah bergelar suami isteri pada jam 10.15 pagi tadi di Hotel Shangri-La, Tanjung Aru, Kota Kinabalu, Sabah dengan dua kali lafaz.

Pasangan ini dinikahkan oeh Jurunikah Jabatan Negeri Sabah (JAIS), Tuan Haji Matlin Dimin yang berwakilkan wali iaitu abang kandung Stacy, Mohd Adam Hakimi Anam. Akim menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 buat Stacy, walaubagaimanapun jumlah hantaran masih belum diketahui setakat ini.



Thursday, February 4, 2016

DividenTabung Haji 8%


Teka-teki mengenai berapa jumlah dividen dan bonus yang akan diberikan kepada semua pendeposit Tabung Haji akhirnya terjawab hari ini. Melalui Berita Harian sebentar tadi telah diumumkan perkara tersebut. Jadi semua pendeposit Tabung Haji akan menerima DividenTabung Haji 8%.

Jom kita baca berita daripada BH ONline di bawah ini. Tahniah kepada semua pendeposit berjaya mendapat dividen dan bonus 8%.

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan bonus tahunan pendeposit sebanyak lima peratus dan tambahan Bonus Haji sebanyak tiga peratus kepada pendeposit yang belum menunaikan haji. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengumumkan pembayaran deposit TH bagi tahun kewangan 2015 di sini, sebentar tadi. Yang hadir sama Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan Pengarah Urusan Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif TH, Tan Sri Ismee Ismail.

Wednesday, February 3, 2016

Video Ucapan Letak Jawatan Mukhriz Mahathir



Berita yang sudah dijangkakan bahawa hari ini diumumkan Menteri Besar baru kepada negeri Kedah Darul Aman. Tetapi admin kurang minat nak kongsi berita berkenaan MB baru Kedah. Cuma admin ingin kongsikan boleh dirasakan kesedihan kepada rakyat Kedah. Pemimpin yang telah dipilih oleh rakyat Kedah sendiri tetapi telah diundi tidak percaya oleh ahli DUN sendiri. Jadi kita lihat Video Ucapan Letak Jawatan Mukhriz Mahathir ini.

Bagi admin satu kerugian kepada negeri Kedah kerana kehilangan seorang pemimpin yang disayangi rakyat Kedah. Yang menjadi persoalan adalah pengganti kepada Mukhriz. Rata-rata mana kawan-kawan admin yang admin tanya tentang MB baru tiada lain reaksi mereka kecuali ketawa.

Mereka juga menjangkakan bahawa pilihanraya akan datang di negeri Kedah pasti akan berlaku sesuatu. Sesuatu apa? Itu hanya rakyat Kedah yang tahu. Jom saksikan Video Ucapan Letak Jawatan Mukhriz Mahathir tersebut.



video

Monday, February 1, 2016

Harga Terkini Minyak 2016



Berikut admin kongsikan kepada semua pembaca info tentang Harga Terkini Minyak 2016 di negara kita Malaysia. Ini melibatkan harga runcit terkini minyak petrol RON97, RON95 dan Diesel. Harapan admin semoga info Harga Terkini Minyak 2016 ini dapat menjadi panduan kepada anda untuk mengetahui harga runcit terkini petrol dan diesel di negara kita.


Bagi Februari 2016 kira-kira jam 8.00 malam tadi sudah viral tentang harga baru minyak walaupun kerajaan mengambil pendekatan tidak mengumumkan harga minyak di media massa seperti tahun lepas. Mesej tersebut adalah seperti berikut. 



Februari 2016
Berkuat kuasa mulai jam 12.01 pagi 1 Februari 2016, harga runcit bagi petrol RON 95 dijual dengan harga baharu iaitu RM1.75 seliter menyaksikan penurunan sebanyak 10 sen berbanding Januari 2016 Manakala harga RON 97 pula turun 20 sen kepada RM2.05 Sementara harga Diesel pula turun sebanyak 25 sen kepada RM1.35 Kejatuhan harga semasa minyak mentah di pasaran dunia menyaksikan penurunan berterusan harga minyak di pasaran sedia ada
Bermula bulan Julai tahun 2015, tiada lagi notis pemberitahuan awal mengenai perubahan harga minyak kepada orang ramai melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Sebaliknya, KPDNKK hanya akan memaklumkan harga runcit RON95, RON97 dan Diesel sama ada kekal, naik atau turun untuk bulan berikutnya kepada Persatuan Penjual Pengusaha Stesen Minyak Malaysia pada setiap hujung bulan Berikutan itu, orang ramai atau pengguna hanya akan mengetahui harga baru sama ada berubah atau kekal pada tengah malam

Pautan Sumber: mysumber.com
Pihak berkuasa telah memaklumkan kepada semua bahawa tiada lagi notis pemberitahuan awal mengenai perubahan harga minyak kepada orang ramai melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Sebaliknya, KPDNKK hanya akan memaklumkan harga runcit RON95, RON97 dan Diesel sama ada kekal, naik atau turun untuk bulan berikutnya kepada Persatuan Penjual Pengusaha Stesen Minyak Malaysia pada setiap hujung bulan Berikutan itu, orang ramai atau pengguna hanya akan mengetahui harga baru sama ada berubah atau kekal pada tengah malam.

Mac 2016
KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON95 dan RON97, masing-masing turun 15 sen dan 10 sen mulai tengah malam ini. Jurucakap pengusaha stesen minyak, berkata harga baharu berkuat kuasa 1 Mac bagi RON95 adalah RM1.60 seliter berbanding RM1.75 sen seliter sekarang. RON97 turun kepada RM1.95 berbanding RM2.05. "Bagaimanapun, harga bagi diesel kekal pada RM1.35," katanya.

KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON95 dan RON97, masing-masing turun 15 sen dan 10 sen mulai tengah malam ini. Jurucakap pengusaha stesen minyak, berkata harga baharu berkuat kuasa 1 Mac bagi RON95 adalah RM1.60 seliter berbanding RM1.75 sen seliter sekarang. RON97 turun kepada RM1.95 berbanding RM2.05. "Bagaimanapun, harga bagi diesel kekal pada RM1.35," katanya.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/129344




Gambar Belasah dan Dirakam Bogel



Semakin hari semakin pelik-pelik berita yang kita baca diakhbar-akhbar tempatan. Selain dari isu negara atau isu artis cerai negara kita tidak lari dari isu cemburu dengan kekasih. Bukan cinta budak-budak tetapi kebanyakannya cinta orang tua. Yang dah dewasa lah senang cerita. Admin petik kisah Gambar Belasah dan Dirakam Bogel ini dari HM Online.

Bahau: Lelaki berusia 48 tahun bukan saja dibelasah hingga patah kaki kanan malah dibogelkan sebelum gambarnya dirakam oleh lima lelaki yang diupah kekasihnya selepas tidak puas hati ditegur supaya tidak membawa lelaki lain ke rumah, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 1 pagi itu, kekasih mangsa yang juga janda beranak sembilan menghubungi mangsa supaya berjumpanya di sebuah stesen minyak di Mahsan, dekat sini.Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Noorzainy Mohd Noor berkata, mangsa yang bekerja sebagai tukang masak menunggang motosikal berjumpa kekasihnya berusia 33 tahun sebelum mereka menunggang motosikal itu bersama-sama ke pekan.

"Mangsa menyedari diekori kereta yang dinaiki lima lelaki sebelum motosikalnya dihalang kereta berkenaan berhampiran Rumah Rakyat Mahsan."Mangsa terkejut apabila kekasihnya bersama lima lelaki itu bertindak membelasah dan memijak kakinya. Mangsa kemudian dibawa menaiki kereta ke taman rekreasi sebelum dibogelkan dan dirakam menggunakan telefon bimbit oleh suspek," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Noorzainy berkata, mangsa mendakwa diugut menyerahkan wang tunai RM5,000 sekiranya tidak mahu mereka membuat laporan polis kononnya mangsa mencabul kekasihnya itu menyebabkan mangsa menyerahkan wang tunai RM770 dan kad ATM.Katanya, selepas kejadian itu, mangsa mendapatkan rawatan di Hospital Jempol dan membuat laporan di Balai Polis Bandar Seri Jempol dekat sini, kira-kira 9 malam tadi.-HM-


Gambar sekadar hiasan

Apa Itu Virus Zika



Beberapa minggu ini kita semua dikejutkan dengan satu virus baru pembawakan nyamuk. Sesungguhnya penemuan tersebut amat menakutkan sekali. Virus yang diberi nama VIRUS ZIKA. Jadi Apa Itu Virus Zika? Jom kita kenali dan baca info berkaitan dengan Virus Zika tersebut. Admin memetik perkongsian dari Astro Awani.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah memberi amaran bahawa virus Zika telah merebak dengan pantasnya di Amerika Syarikat dengan anggaran empat juta rakyatnya kemungkinan akan dijangkiti pada akhir tahun ini. Manakala Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Antarabangsa telah mengeluarkan senarai lebih 12 negara untuk tidak dilawati oleh wanita hamil terutamanya di Caribbean dan Amerika Latin.

Apa itu virus Zika?

Zika merupakan virus bawaan nyamuk aedes iaitu nyamuk yang menyebarkan denggi dan chikungunya.Ia ditemui di hutan Zika di Uganda pada tahun 1947 dan bukanlah merupakan penyakit baharu bagi negara seperti Afrika.Namun, wabak Zika mula merebak secara meluas di Hemisfera Barat sejak May 2015 bermula di Brazil.

Bagaimanakah ia merebak?

Disebarkan melalui nyamuk aedes - bergantung kepada spesis. Aedes jenis aegypti, paling banyak menyebarkan Zika. Aedes jenis ini ditemui di Florida, Gulf Coast dan Hawaii. Namun baru-baru ini, ia turut ditemui di Washinton DC yang bercuaca panas.Aedes jenis albopictus dikatakan turut mampu menyebarkan virus Zika tetapi tiada kajian kukuh mengenainya. Jenis ini boleh ditemui di utara New York dan Chicago pada musim panas.

Nyamuk aedes biasanya menggigit pada awal pagi dan senja. Ia membiak dalam takungan air jernih dan memerlukan masa seminggu untuk menjadi nyamuk dewasa.

Simptom utama demam Zika

- Sakit kepala
- Ruam pada kulit
- Sakit sendi
- Mata kemerahan

Rawatan?

Seperti denggi, sehingga kini belum ada vaksin atau ubat spesifik yang boleh melawan virus Zika.

Kesan virus Zika

Virus Zika yang merebak akan menyebabkan sejenis kecacatan otak dan boleh menyerang bayi dalam kandungan.

Bagaimana Zika boleh menyebab kecacatan otak pada janin?

Virus Zika boleh tersebar menerusi jangkitan kuman kepada janin dan peringkat janin yang paling berisiko dijangkiti virus tersebut adalah dalam tempoh kehamilan tiga bulan pertama.

Sindrom microcephaly disebabkan virus zika akan menyebabkan seseorang kanak-kanak berhadapan kecacatan mental sehingga membataskan kecerdasan pergerakan otot seumur hidup mereka.


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Jumaat, mengesahkan tiada virus Zika dikesan di negara ini, namun Malaysia mempunyai densiti nyamuk aedes iaitu nyamuk pembawa virus Zika.Sehingga kini, terdapat 22 buah negara melaporkan kes Zika iaitu virus dari gigitan nyamuk aedes buat masa ini.Negara itu ialah Barbados, Bolivia, Brazil, Colombia, Republik Dominica, Ecuador, El Salvador, French Guiana, Guadeloupe, Guatemala, Guyana, Honduras, Martinique, Mexico, Panama, Paraguay, Puerto Rico, Saint Martin, Suriname, U.S., Virgin Islands, Venezuela dan Samoa.

Kesan Khas CGI Ola Bola



Berikut admin kongsikan kepada anda semua tentang sesuatu yang best pasal filem Ola Bola. Kesan Khas CGI Ola Bola memang terbaik. Tak nampak ada cacat cela. Ini kerana dikatakan filem ini menggunakan pakar-pakar yang pernah bikin filem untuk filem-filem hollywod.

Jadi memang tidak mustahil apa yang kita dapat saksikan sangat mengagumkan. Anda boleh lihat sendiri di pawagam yang berhampiran. ia menggunakan khidmat profesional dalam bidang khusus teknikal seperti pakar kesan khas visual dari luar negara yang berpengalaman.

OlaBola telah menggunakan khidmat pakar kesan khas visual dari Argentina yang mempunyai pengalaman luas di Hollywood dan khidmat sinematografi udara terbaik dari Australia. Jadi anda lihat sendiri bagaimana kesan khas tersebut terhasil melalui video Kesan Khas CGI Ola Bola di bawah ini.

Thumbs up untuk semua yang menjayakan filem ini. Admin dah tengok cerita ini dan bagi 5/5 bintang. Harap ada orang FAM bawa pemain kebangsaan tengok filem ini. Mana tahu sedikit sebanyak boleh naikkan semangat pemain.

video


Jawatan Kosong MSN Selangor


Berikut admin ingin kongsikan Jawatan Kosong MSN Selangor (Jawatan Kosong Majlis Sukan Negeri Selangor) untuk semua. Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas, terdiri daripada pemohon atau ibu/bapa pemohon yang dilahirkan di Negeri Selangor yang berkelayakan dan memenuhi kriteria yang ditetapkan adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan seperti senarai dibawah.

Keutamaan diberi kepada bekas atlet Negeri Selangor dan berpengetahuan serta berminat dalam bidang sukan. Tarikh tutup permohonan ialah pada 12 Februari 2016.

Jawatan yang ditawarkan adalah :

1. Penolong Pegawai Belia & Sukan S27
2. Pemandu Kenderaan

Untuk maklumat lanjut berkaitan dengan jawatan anda semua boleh dapatkan hanya di pautan di bawah dan juga anda boleh memuat turun borang permohonan dan dihantar terus kepada alamat yang telah diberi tahu.

1. Maklumat Jawatan

2. Muat Turun Borang 

Selamat mencuba & Semoga berjaya. Jangan lupa kongsikan Jawatan Kosong MSN Selangor ini. Di FB atau media sosial anda yang lain.


 



Gambar Kahwin Mat Lufti


Siapa tak kenal Mat Lufti dia tak pernah buka you tube. Tahukah anda Mat Lufti yang popular dengan video-video you tube nya yang berunsur nasihat berdasarkan isu-isu semasa. Cara beliau mengolah dan menyampaikan mesej melalui video beliau menyebabkan beliau menjadi salah seorang you tuber yang paling diminati di Malaysi terutama kepada gadis-gadis. Baru-baru ini Mat Lufti telah pun menamatkan zaman bujang beliau. Jadi admin kongsikan kepada anda sekeping Gambar Kahwin Mat Lufti yang dipetik dari Fb seorang sahabat admin.

Admin ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Mat Lufti dan pasangan. Semoga kekal berbahagia hingga ke akhir hayat anda berdua. Admin kalau ditanya berkenaan video Mat Lufti ini admin paling minat video berkenaan dengan temuduga kerja.

Video yang ada surprise di akhir babak dengan penampilan khas Menteri Belia & Sukan, YB KJ. Apalagi korang jangan lupa tonton video tersebut di SINI. Apa-apa pun sekali lagi tahniah kepada Mat Lufti. Kepada semua gadis-gadis jangan nak nangis sangat lah ;-).

Ola Bola Filem Wajib Tengok 2016



Berbagai-bagai perasaan yang akan timbul bila anda menonton cerita Ola Bola ini. Sedih, ketawa, gembira, duka pendek kata semuanya telah digaul rata. Dengan jalan cerita yang tidak dapat dijangka kesudahannya anda pasti teruja untuk menyaksikan Ola Bola Filem Wajib Tengok 2016. Admin sememangnya kaki bola menyarankan anda untuk menonton filem Ola Bola ini.

Semangat perpaduan berbilang kaum dan semangat pasukan yang kuat menyebabkan bola sepak kita digeruni di peringkat Asia. Admin tak tahu nak tulis review panjang-panjang tetapi bagi admin untuk pendek kan cerita dari 5 bintang admin bagi 5 bintang untuk cerita ini.

Bagi yang bercadang untuk menonton jangan tunggu lagi..pergi cepat-cepat menonton kerana tidak nampak apa yang cacat dalam teknik CGI yang dibuat dalam cerita tersebut. Ini ada sinopsis cerita Ola Bola untuk rujukan anda semua.

Berlatarkan penghujung era 1970-an, filem Ola Bola berdurasi 1 jam 51 minit ini diterbitkan Astro Shaw Sdn Bhd dengan kerjasama Woohoo Pictures.Ia diilhamkan daripada kisah benar dan menceritakan mengenai semangat juang pasukan bola sepak negara untuk bangkit daripada kekecewaan, sekali gus muncul wira negara.

Kehilangan Tauke yang mengundur diri gara-gara masalah kewangan juga menyukarkan skuad itu, namun, segala rintangan dapat diatasi terutamanya dengan kehadiran ‘pemain no. 12’ iaitu ribuan peminat yang tidak jemu-jemu menyokong skuad negara di stadium ketika berdepan lawan yang jauh lebih kuat pada waktu itu.