Friday, January 29, 2016

Jawatan Kosong Tourism Malaysia


Berikut adalah dikongsikan Jawatan Kosong Tourism Malaysia. Adalah dipelawa kepada semua warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan untuk mengisi Jawatan Kosong Tourism Malaysia seperti berikut :-


PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT (F41)

Klasifikasi
Perkhidmatan Sistem Maklumat


Jadual Gaji
RM2,146.00 – RM8,718.00


Taraf Jawatan
Tetap


Lokasi
Ibu Pejabat

SYARAT LANTIKAN

1. Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) (i) Ijazah Sarjana Muda kepujian dalam bidang sains komputer

atau teknologi maklumat yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

(Gaji permulaan: RM2,146.00) atau

(ii) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Komputer yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

(Gaji permulaan: RM2,353.44) atau

(iii) Ijazah sarjana dalam bidang sains komputer, teknologi maklumat atau kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

(Gaji permulaan: RM2,664.78) atau

(iv) Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang sains komputer, teknologi maklumat atau kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

(Gaji permulaan: RM2,976.11)

dan (d) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN (PSL)

2. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk PSL ke jawatan Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan;-

(a) (i) Mempunyai kelayakan di perenggan 1(c) di atas; atau

(ii) Lulus Peperiksaan Khas; dan

(b) Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.


CARA MEMOHON

i) Permohonan hendaklah menggunakan Borang LPPM-1 yang boleh didapati daripada Bahagian Sumber Manusia, Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia.

ii) Borang permohonan yang lengkap hendaklah dihantar dalam sampul surat berukuran 23cm x 32cm dan disudut sebelah kiri sampul surat hendaklah ditulis nama jawatan yang dipohon.

iii) Borang permohonan hendaklah dikemukakan kepada alamat berikut:

Tourism Malaysia
Bahagian Sumber Manusia
Aras 9, No.2, Menara 1,
Jalan P5/6, Presint 5,
62200 PUTRAJAYA.
(u.p. Unit Pengurusan Sumber Manusia)

iv) Pemohon perlu menyertakan dokumen-dokumen yang lengkap dan diakui sah benar oleh pegawai dari Kumpulan Pengurusan & Profesional berdasarkan senarai semak yang dikemukakan bersama borang permohonan. Dokumen hendaklah mengikut susunan di dalam senarai semak berkenaan.

v) Gambar yang dikemukakan hendaklah berukuran saiz gambar pasport. Selain daripada gambar pasport tidak dibenarkan.

vi) Pegawai yang sedang berkhidmat hendaklah menghantar permohonan melalui ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am, Bab ‘A’.

vii) Tarikh tutup permohonan ialah pada 5 Februari 2016 (Jumaat) sebelum jam 5.30 petang. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

CATATAN AM

(a) Sebarang permohonan yang tidak lengkap atau lewat tidak akan dipertimbangkan dan akan dianggap tidak berjaya.

(b) Calon yang berjaya melepasi tapisan kelayakan akan dimaklumkan secara rasmi melalui surat untuk panggilan sesi temu duga.

(c) Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang maklum balas dalam tempoh tiga (3) hingga enam (6) bulan selepas daripada tarikh iklan ditutup, permohonan tuan/puan adalah tidak berjaya.

(d) Sebarang pertanyaan boleh menghubungi pegawai berikut:
  •             Encik Kamarudin Idris - 03-8891 8908
  •             Encik Mohd Zaini Samsuddin - 03-8891 8921

Wednesday, January 27, 2016

EKSESAIS PENGAMBILAN BAGI JAWATAN KONSTABEL WANITA DAN KONSTABEL SOKONGAN (LELAKI/WANITA) TAHUN 2016


Eksesais Pengambilan bagi jawatan Konstabel Wanita dan Konstabel Sokongan (Lelaki/Wanita) akan diadakan mulai 1/2/2016 hingga 1/3/2016.

Calon-calon yang telah mendaftar melalui sistem Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) bagi tahun 2014/2015 boleh menghadirkan diri pada tarikh-tarikh dan tempat-tempat yang ditetapkan (Lampiran ’A’).

Sila baca dahulu Skim Perkhidmatan Bagi Jawatan Konstabel atau Skim Perkhidmatan Bagi Jawatan Konstabel Sokongan untuk panduan sebelum menghadiri ujian tersebut.

ANDA DIKEHENDAKI MEMBAWA BERSAMA PERKARA-PERKARA BERIKUT :-

  1. Salinan dan bukti mengesahkan telah membuat permohonan melalui SPA tahun 2014/2015.
  2. Kad pengenalan asal dan 1 salinan;
  3. Sijil kelahiran asal dan 1 salinan;
  4. Sijil SPM, PMR dan Sijil Tertinggi asal dan 1 salinan;
  5. Sijil berhenti sekolah asal dan 1 salinan;
  6. 1 salinan kad pengenalan ibu dan bapa, 1 salinan sijil kelahiran ibu dan bapa atau sijil kematian ibu dan bapa;1 salinan sijil kewarganegaraan (jika ada) bagi calon, ibu dan bapa;
  7. 1  keping gambar terkini berukuran pasport;
  8. Pen-ball point, liquid paper serta gam;
  9. Bawa seluar pendek dan t-shirt berlengan pendek untuk pemeriksaan fizikal (Lelaki/Wanita);

Sekiranya anda gagal membawa sijil-sijil asal atau tidak hadir di pusat ujian pada masa yang ditetapkan, anda tidak dibenarkan menjalani ujian pemeriksaan tersebut.
 

ANDA DIKEHENDAKI BERPAKAIAN SUKAN (TRACK BOTTOM DAN T-SHIRT BERKOLAR) SERTA BERKASUT SUKAN SEMASA MENGHADIRI UJIAN PEMERIKSAAN FIZIKAL. (JEANS, KEMEJA-T DAN SELIPAR TIDAK DIBENARKAN).
 

Anda dikehendaki hadir di pusat ujian pemeriksaan fizikal sebelum jam 9.00 pagi.
 

Anda dinasihatkan bersarapan pagi sebelum menghadiri Ujian pemeriksaan fizikal.
 

Calon-calon yang gagal membawa dokumen-dokumen asal dan tidak mencukupi syarat-syarat skim perkhidmatan akan diarahkan balik.
 

Sebarang kemusykilan, boleh menghubungi talian berikut:- 03-22668347 / 8349 / 8350 / 8351 / (Unit Pengambilan). Maklumat Lanjut : SINI

BR1M Masuk Akaun 28 Januari 2016



Tahniah kepada semua pemohon BR1M 2016. BR1M Masuk Akaun 28 Januari 2016 pastinya berita yang ditunggu-tunggu oleh semua pemohon BR1M 2016 yang berjaya. Admin memetik daripada BH Online berkaitan berita bahawa BR1M Masuk Akaun 28 Januari 2016. Sila semak status permohonan anda semua hanya di SINI.

PUTRAJAYA: Pembayaran pertama Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi tahun ini akan dibuat mulai esok. Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata pembayaran BR1M akan dikreditkan terus ke akaun penerima masing-masing. "Bagi mereka yang tidak mengemukakan maklumat akaun bank, baucar BR1M akan diedarkan kepada penerima dan boleh ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN)," katanya dalam satu kenyataan, di sini, sebentar tadi. 

Husni berkata, pemberian BR1M bagi kategori isi rumah akan diagihkan dalam empat peringkat pada tahun ini iaitu pada 28 Januari (esok), 28 April, 23 Jun dan 28 September, manakala bagi kategori individu akan menerima bayaran penuh esok. Peserta e-Kasih yang berpendapatan RM1,000 ke bawah akan menerima BR1M sebanyak RM1,050, isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah sebanyak RM1,000 dan isi rumah berpendapatan RM3,001 hingga RM4,000 sebanyak RM800, manakala individu sebanyak RM400. 

Beliau berkata, bagi Skim Khairat Kematian (SKK), bantuan sebanyak RM1,000 akan diberi kepada waris penerima BR1M di bawah kategori isi rumah dan warga emas. "Tuntutan SKK boleh dibuat di mana-mana cawangan BSN dengan mengemukakan dokumen kematian yang sah dan kad pengenalan asal waris. Hanya waris yang dinamakan dalam borang saja yang layak untuk menuntut SKK.

 "Bagi penerima yang belum mengemas kini maklumat waris, pengemaskinian boleh dibuat di mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berhampiran," katanya. Untuk sebarang pertanyaan, boleh hubungi talian bebas tol 1800-88-2716 serta e-mel kepada br1m@treasury.gov.my.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/118601

Tuesday, January 26, 2016

Kedah Dapat MB Baru



Kemelut politik yang melanda negeri Kedah dijangka berakhir dalam sehari dua lagi. Ini menjawab persoalan jika benar-benar Kedah Dapat MB Baru. Admin memetik laporan daripada Utusan Online berkaitan perkara ini. Rata-rata jika perlantikan MB baru berlaku sudah pasti ini boleh mendatangkan pelbagai reaksi dari rakyat negeri Kedah. Jom kita baca laporan Utusan Online tersebut.

ALOR SETAR 25 Jan. - Krisis politik negeri ini dijang­ka berakhir dengan Kedah bakal menerima Menteri Besar baharu ekoran prosedur pelantikan menggantikan Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir dikatakan giat disusun oleh mereka yang terlibat.Menurut sumber, Menteri Besar baharu dijangka mengangkat sumpah esok atau lusa berikutan majlis itu sedang giat dirancang.

Katanya, setakat ini Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bakar Bata yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO ne­geri, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah masih dikatakan sebagai calon utama menggantikan Mukhriz.“Mungkin esok atau lusa majlis angkat sumpah jawatan tersebut akan diadakan. Semua kakitangan yang terlibat dengan majlis tersebut juga diarahkan untuk bersiap-sedia.“Kami hanya menunggu arahan selanjutnya daripada pihak atasan mengenai majlis tersebut. Setakat ini juga hampir 90 peratus Ahmad Bashah adalah calon Menteri Besar baharu,” katanya di sini hari ini.

Menurut sumber itu lagi, sejak semalam beberapa exco yang dikatakan menyokong Mukhriz juga dilihat mengosongkan pejabat ma­sing-masing di Wisma Darul Aman.“Exco tersebut walaupun dikatakan akan dilantik semula sebagai exco selepas pelantikan Menteri Besar kelak namun bersedia untuk mengosongkan pejabat mereka.

“Walaupun bersedih namun difahamkan mereka tetap akan menjalankan tugas sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) selepas ini,” ujarnya.Difahamkan Mukhriz dan dua Exco yang menyokong beliau mengadakan perjumpaan dengan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah di Blok E, Wisma Darul Aman, di sini hari ini.

Mukhriz memasuki pejabat Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah kira-kira pukul 3 petang hari ini bagi memaklumkan kepada pihak istana mengenai situasi terkini politik negeri ini. Perjumpaan berkenaan dikatakan berakhir beberapa jam kemudian apabila Mukhriz dilihat keluar dari Wisma Darul Aman pada pukul 7 malam,” katanya.

Jawatan Kosong LKIM






Berikut admin kongskikan kepada semua Jawatan Kosong LKIM. Jawatan Kosong LKIM ini untuk mereka yang berkelulusan SPM. Jadi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) mempelawa calon-calon warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berminat untuk mengisi jawatan kosong seperti di bawah :


1. Pembantu Tadbir N17 ( Perkeranian/Operasi )
2. Pembantu Akauntan W17
3. Juruteknik komputer F17

Jadi kepada semua yang berminat untuk memohon. Anda hanya perlu klik pada pautan yang admin kongsikan di bawah ini. Maklumat lengkap berkaitan jawatan kosong dan cara-cara bagaimana untuk memohon jawatan anda boleh dapati di pautan tersebut.


Tarikh tutup permohonan adalah pada 9 Februari 2016. Jadi jangan berlengah lagi. Semoga berjaya kepada semua. Jangan lupa kongsikan berita baik ini kepada sesiapa sahaja.
 

Video Ala Disko Di UiTM Lendu Tersebar



Agak terkejut bila admin lihat Video Ala Disko Di UiTM Lendu Tersebar. Tidak dapat admin pastikan sama ada video tersebut adalah betul-betul parti atau memang ada persembahan dari pelajar-pelajar. Admin terkejut sebab admin pun pernah menuntut di UiTM Lendu tetapi zaman admin study dulu jika ada event-event yang nak dibuat perlu ada kelulusan universiti. Pada masa tu agak ketat sebab nak menari lelaki dan perempuan pun tidak dibenarkan.

Adakah ia benar-benar berlaku di UiTM Lendu atau sebaliknya? Admin tidak dapat jawab persoalan tersebut. Kita tunggu sahaja jawapan dari pihak bertanggungjawab dalam hal ini.

Admin sudah mendapat jawapan tentang isu ini. Jadi penjelasannya anda hanya perlu ke SINI 

Admin meminjam video ini dari FB sokernet yang ber caption kan :

Salam Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ). Tolong siasat kandungan dan peserta video ini. Saya sebagai rakyat yang prihatin dengan akhlak anak muda risau dengan tindak tanduk mereka.

Butiran laporan adalah seperti berikut.
Lokasi : UiTM Lendu
Tarikh : 24 Januari 2016
Masa : Antara 9PM -12PM
Suspek : Pelajar UiTM Lendu
Event : Siasat hashtag ‪#‎madslendu‬ dan ‪#‎madsymptom‬

Terima kasih.

Jika benar ianya berlaku di UiTM Lendu perkara ini perlu diambil serius. Sebab dah macam spazzo dah admin tengok video tersebut. Jika admin salah harap perbetulkan jika video tersebut bukan dari UiTM Lendu.

video

Friday, January 22, 2016

Panggilan Bom Kolej SEGI

Diberitakan ada Panggilan Bom Kolej SEGI sebentar tadi. Memetik beberapa gambar yang dimuatnaik oleh Berita Harian Online dilaman Facebook mereka. Admin kongsikan kepada anda gambar tersebut. Gambar adalah dari ihsan FB BH Online.


  
Bangunan sekitar Universiti SEGi, Kota Damansara terpaksa dikosongkan selepas menerima panggilan bom. - Foto Zulfadhli Zulkifli


KAKITANGAN dan pelajar menunggu di luar pintu masuk utama Universiti SEGi, Kota Damansara selepas diarah mengosongkan kawasan sekitar disebabkan pihak pengurusan menerima panggilan bom. - Foto Zulfadhli Zulkifli

Thursday, January 21, 2016

Jawatan Kosong PERODUA



Jawatan Kosong PERODUA bagi bulan Januari 2016 adalah seperti berikut. PERODUA mempelawa semua warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong di PERODUA sebagai :

1. Pembantu Alat Ganti
2. Receptionist cum Telephonist
3. Management Trainee
4. Customer Relation Assistant
5. Administration Assistant
6. Mekanik/ Pembantu Mekanik/ Perantis Mekanik
7. Perantis Pengetuk Badan Kenderaan / Penyembur Cat Kenderaan
8. Operator Aksesori
9. Executive
10. Service Operation Executive
11.Admin Assistant
12. Account Executive
13. Pengawal Keselamatan

Tarikh tutup permohonan pada 31 Januari 2016. Semua permohonan adalah secara dalam talian. Untuk maklumat lanjut berkaitan jawatan dan untuk permohonan on-line sila layari pautan yang disediakan.


Jawatan Kosong PERODUA

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Nilai (MPN)


Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Nilai (MPN) bagi Januari 2016. MPN mempelawa semua warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong di Majlis Perbandaran Nilai (MPN) sebagai :

1. Jurutera (Elektrik) J41
2. Pembantu Tadbir (Kewangan) W17
3. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N17
4. Pembantu Awam H11

Tarikh tutup permohonan pada 03 FEBRUARI 2016


Cara-Cara Memohon


1. Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan (M.P.N.) 1/01 yang boleh didapati di Jabatan Khidmat Pengurusan, Majlis Perbandaran Nilai berharga RM1.05 (termasuk CBP 6%).

2. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan bersama-sama dengan:-


 i) Salinan MyKad;
 ii) Salinan Sijil Lahir
 iii) Gambar berukuran pasport (dilekatkan di muka hadapan borang);
 iv) Salinan sijil-sijil keputusan bagi kelayakan yang disyaratkan

3. Permohonan yang berikut akan ditolak :-


i) tidak disertakan dengan dokumen yang diperlukan;
ii) tidak lengkap atau tidak terang;
iii) tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan;
iv) tidak menulis nombor MyKad;
v) tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan bagi pegawai sedang berkhidmat;
vi) tidak ditandatangani; dan
vii) permohonan yang diterima selepas tarikh tutup.


Maklumat lengkap jawatan sila layari : SINI

Wednesday, January 20, 2016

UMNO Kedah Tak Percaya Mukhriz


Berita panas berkaitan UMNO Kedah baq ang. Tiada apa-apa sebelum ini kita dengar berkaitan UMNO Kedah tetapi tup-tup keluar berita bahawa UMNO Kedah hilang keyakinan dengan pimpinan Mukhriz. Admin tak mahu komen panjang anda baca sendiri berita dari Metro di bawah ini. UMNO Kedah Tak Percaya Mukhriz lagi.

Alor Setar: Pemimpin UMNO Kedah hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap pimpinan Datuk Seri Mukhriz Mahathir selaku Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah.Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, keputusan berkenaan dibuat sebulat suara oleh 14 daripada 15 bahagian UMNO negeri, hari ini.

"Ini disebabkan kelemahan dan ketidakupayaan beliau (Mukhriz) dalam menyatupadukan kepimpinan dan jentera parti di semua peringkat."Beliau juga tiada perancangan strategik dalam menghadapi PRU-14 akan datang, selain gagal menggerakkan jentera sebaik mengambilalih pimpinan (UMNO) negeri.

"Sebagai Menteri Besar, beliau (Mukhriz) juga gagal mengurustadbir kerajaan negeri secara berkesan," katanya pada sidang media, di sini, petang tadi.Hadir sama, Ketua UMNO Jerai Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Ketua UMNO Bahagian Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan Ketua Wanita negeri Datuk Maznah Hamid.

Berikutan itu, katanya, mereka merayu keprihatinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk membuat perubahan segera ke atas pimpinan tertinggi UMNO Kedah dan Menteri Besar.-Metro Online-

Jawatan Kosong Perbadanan Stadium Malaysia



Jawatan Kosong Perbadanan Stadium Malaysia (Majlis Sukan Negara MSN) bagi Januari 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong di Perbadanan Stadium Malaysia sebagai :

1. PENOLONG JURUUKUR BAHAN JA29
2. PENOLONG JURUTERA JA29
3. PENOLONG PEGAWAI PERTANIAN G27
4. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N27
5. PENOLONG AKAUNTAN W27
6. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) W17

Tarikh tutup permohonan pada 26 Januari 2016. Untuk Maklumat lanjut anda perlu layari 2 pautan yang admin kongsikan di bawah ini. Dua pautan tersebut adalah maklumat lengkap berkaitan jawatan kosong dan juga muat turun borang permohonan.


1. Maklumat Jawatan
2. Muat turun borang

CARA MEMOHON

  • Borang Permohonan boleh didapati dari laman sesawang www.stadium.gov.my
  • Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan kad pengenalan, salinan sijil kelahiran, salinan sijil-sijil persekolahan, salinan kursus/aktiviti yang pernah disertai dan sekeping gambar terkini berukuran pasport.
  • Permohonan daripada pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan awam, badan berkanun, penguasa tempatan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing. Sila pastikan salinan kenyataan perkhidmatan dikemaskini/laporan penilaian prestasi tahunan terkini disertakan bersama.
  • Borang permohonan yang tidak lengkap akan ditolak. Pemohon-pemohon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga. Permohonan tuan/puan dianggap gagal sekiranya tidak mendapat sebarang jawapan/maklum balas dari tempoh enam (6) bulan dari tarikh iklan ditutup.
  • Borang yang telah lengkap hendaklah ditulis nama jawatan di sebelah kiri atas sampul surat dan dikirim kepada :
KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
PERBADANAN STADIUM MALAYSIA
Peti Surat 10957
50730 Kuala Lumpur

 

Sebarang pertanyaan sila hubungi Penolong Pengurus Sumber Manusia ditalian 03 – 8992 0888.

Tuesday, January 19, 2016

Jawatan Kosong Guru Tabika Perpaduan


Jawatan Kosong Guru Tabika Perpaduan di Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Januari 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong di Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) sebagai :

1. JAWATAN : PENOLONG GURU TABIKA PERPADUAN N11

Borang permohonan yang lengkap diisi dan bersama-sama dokumen-dokumen yang telah disahkan mestilah sampai sebelum atau pada 22 Januari 2016 ke alamat berikut :

Pengarah
Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Negara
Wilayah Persekutuan Putrajaya
Jabatan Perdana Menteri
Aras 8, Blok E2, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya

2. JAWATAN : PENOLONG GURU TABIKA PERPADUAN N11
3. JAWATAN : GURU TABIKA PERPADUAN S27

Borang permohonan lengkap (dalam 3 salinan) hendaklah disertakan dengan Gambar Terkini berukuran passport dan diketepikan dengan sesalinan Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, Sijil Kelulusan Akademik, Sijil Berhenti Sekolah dan Sijil Berkaitan yang telah disahkan hendaklah dihantar kepada :

PENGARAH
JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL, TINGKAT 9, BANGUNAN SULTAN ISKANDAR
JALAN SIMPANG TIGA
PETI SURAT 2384
93250 KUCHING
SARAWAK

Jawatan Kosong di Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN)

Tarikh tutup permohonan pada 22 - 31 Januari 2016
Lokasi : Putrajaya, Sarawak
Sektor : Kerajaan

Iklan jawatan dan syarat-syarat permohonan selanjutnya jawatan disini : Jawatan Kosong Guru Tabika Perpaduan

Cara Membuat Semakan Status Permohonan BR1M 2016 Secara Online



Berikut admin kongsikan kepada semua pemohon-pemohon BR1M 2016 Cara Membuat Semakan Status Permohonan BR1M 2016 Secara Online. Semoga tutorial bergambar Cara Membuat Semakan Status Permohonan BR1M 2015 Secara Online ini dapat membantu anda semua untuk menyemak status permohonan anda.

1. Layari sistem semakan status permohonan e-BR1M di pautan https://ebr1m.hasil.gov.my/DefaultSemakanKeluar.aspx?m=s&y=2016

2. Sila masukkan atau lengkapkan No. Mykad anda di ruang yang tersedia.


3. Klik pada butang Semakan Status Permohonan.

Sebelum berjaya mengakses sepenuhnya aplikasi sistem semakan online anda di

minta untuk menjawab soalan keselamatan contohnya seperti pada lampiran.

 
SOALAN KESELAMATAN
 

  1. Pemohon wajib menjawab 2 soalan keselamatan dengan betul sebelum dibenarkan membuat semakan status.
  2. Soalan keselamatan dan jawapan soalan keselamatan adalah berdasarkan maklumat yang diisi oleh pemohon.
  3. Jika jawapan yang diberikan salah, pemohon hanya boleh mencuba sebanyak 3 jenis soalan untuk menjawab soalan keselamatan.
  4. Jika jawapan yang diberikan masih salah, peringatan berikut akan dipaparkan.

Setelah berjaya melepasi peringkat ini, status permohonan anda akan diberitahu dan dipaparkan selain boleh mencetak lampiran tersebut.




Jika anda menghadapi masalah seperti tidak dapat membuat semakan secara online, sila rujuk kepada cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) berdekatan.Sila bawa bersama salinan pengenalan pemohon, pasangan dan tanggungan.

Monday, January 18, 2016

Ong Kim Swee Jurulatih Skuad Kebangsaan


Berita terkini dari pihak FAM. Sebentar tadi telah diumumkan bahawa Datuk Ong Kim Swee Jurulatih Skuad Kebangsaan 2016. Jadi segala teka-teki dan penantian berbulan-bulan peminat bola sepak negara akhirnya terjawab. Ini adalah berdasarkan posting terbaru daripada FB FAM sendiri.


Posting tersebut berbunyi "Terkini dari Wisma FAM, Datuk Ong Kim Swee telah diumum secara rasmi sebagai ketua jurulatih kebangsaan yang baharu". Boleh rujuk gambar seperti di atas. Selaras dengan pengumuman tersebut terdapat banyak komen dari peminat rata-rata tidak berpuas hati dengan pemilihan ini.

Tahniah kepada Datuk Ong Kim Swee. Harap boleh membawa berita yang bagus kepada peminat dalam menaikkan martabat bola sepak negara. Tahniah sekali lagi. Maklumat lanjut berkaitan kita tunggu sahaja berita sukan malam ini.

Jawatan Kosong Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ)


Adalah dipelawa kepada semua warganegara Malaysia yang berminat dan berkalayakan untuk mengisi Jawatan Kosong Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) seperti yang dikongsi di bawah ini. Terdapat 24 Jawatan Kosong Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) untuk di isi. Pengisian adalah secara dalam talian.

Tarikh tutup untuk Jawatan Kosong Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) ini adalah pada 25 Januari 2016. Keutamaan adalah bagi pemohon-pemohon dari negeri Selangor Darul Ehsan. Semoga berjaya kepada semua. Jangan lupa untuk kongsikan iklan ini kepada sahabat atau saudara mara anda yang lain.

Jawatan Kosong Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) adalah seperti berikut :

1. PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U41
2. PEGAWAI PERUBATAN U41
3. PEGAWAI TADBIR N41
4. PEGAWAI PENGUATKUASA N41
5. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F29
6. JURUTERA J41
7. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N27
8. PENOLONG PEGAWAI UNDANG-UNDANG L29
9. PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN W27
10. PENOLONG JURUTERA JA29
11. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N17
12. PEMBANTU KEMAHIRAN H17
13. PENOLONG JURUTERA JA29
14. PEMBANTU TADBIR (GURU) N17
15. SETIAUSAHA N17
16. PEMBANTU OPERASI N11
17. PENOLONG JURUUKUR BAHAN JA29
18. PEMBANTU AKAUNTAN W17
19. JURUUKUR BAHAN J41
20. ARKITEK LANDSKAP J41
21. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) KOUTA SUKAN N17
22. PEMBANTU OPERASI KOUTA SUKAN N11
23. PENGAWAL KESELAMATAN KP11
24. PEMBANTU AWAM H11


Untuk maklumat penuh iklan dan permohonan secara online anda hanya perlu klik : Jawatan Kosong Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan ikuti langkah dan arahan seterusnya.

Gambar Jersi JDT 2016


Seperti biasa awal-awal musim bagi sesuatu liga bola sepak tidak kira di mana adalah memperkenalkan pemain-pemain, penaja dan juga jersi baru pasukan untuk musim tersebut. Beberapa hari lepas pasukan Harimau Selatan Johor Darul Takzim FC telah memperkenalkan jersi baru JDT untuk musim 2016. Jadi mari kita sama-sama lihat Gambar Jersi JDT 2016 tersebut.

Seperti musim-musim sebelum ini, musim 2016 pasukan JDT memperkenalkan 3 kit untuk mereka gunakan. Untuk pengetahuan JDT bukan sahaja akan bermain untuk liga domestik tetapi juga akan bermain untuk liga juara asia jika tidak salah admin.

Jom kita usha Gambar Jersi JDT 2016 ini. Mana tahu kepada mereka yang berkenaan boleh sambar sehelai. Tahun ini 2016 jersi JDT akan ditaja oleh jenama sukan terkemuka Adidas. Sudah pasti tajaan Adidas ini akan memberikan impak yang besar kepada pasukan JDT untuk musim ini.

JDT juag dikatakan telah mengeluarkan satu video promo ala-ala seperti di barat. Bagi admin pasukan JDT patut dijadikan contoh kepada pasukan lain dalam membangunkan pasukan. Tetapi seperti biasa zaman sekarang "jika ada suit semua boleh buat" bukan. Pastinya kekangan kewangan membataskan perancangan pasukan negeri yang lain.

Friday, January 15, 2016

YAM Tunku Alif Hussein Saifuddin Al-Amin ibni Tuanku Mukriz Mangkat


YAM Tunku Alif Hussein Saifuddin Al-Amin ibni Tuanku Mukriz Mangkat. Innalillahi Wainalihrajiun. Dukacita dimaklumkan YAM Tunku Alif Hussein Saifuddin Al-Amin ibni Tuanku Mukriz, anakanda DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan telah mangkat sebentar tadi di PPHUKM. Jenazah akan dibawa ke Istana Besar Seri Menanti untuk diurus dan penghormatan terakhir. Aturcara penghormatan terakhir akan dimaklum kemudian.

Inilah berita yang admin terima sebentar tadi. Beberapa hari lepas memang admin ada mendapat berita bahawa YAM Tunku Alif Hussein Saifuddin Al-Amin memang gering. Mari sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah.

Pastinya seluruh Negeri Sembilan dan Malaysia sedih dengan berita kemangkatan YAM Tunku Alif Hussein Saifuddin Al-Amin ini.

Al-Fatihah. 

Siapa Admin Jadilah Seperti Rashid


Pastinya nama Rashid tidak lekang bermain di kalangan netizen. Bukan apa dalam masa dua hari sahaja page Jadilah Seperti Rashid telah mencecah lebih daripada 200K followers. Jadi Siapa Admin Jadilah Seperti Rashid ini sebenarnya? Jom kita tengok penjelasan bergambar daripada admin Jadilah Seperti Rashid.

Apa yang admin lihat daripada post-post page tersebut ianya lebih kepada menegur perbuatan netizen dalam bentuk reverse pshycology. Dan mengharapkan netizen yang membaca atau melihat posting tersebut mengubah kepada sesuatu yang lebih positif.

Walaupun sinis tetapi admin rasa ramai yang akan lihat balik apa yang Rashid cuba sampaikan. Jom kita kenali Siapa Admin Jadilah Seperti Rashid ini. Gambar adalah milik page popular oh bulan.






Thursday, January 14, 2016

Video Live Serangan Bom Di Sarinah Jakarta



Baru sahaja berlaku satu insiden yang tidak diduga di Jakarta Indonesia. Ianya berlaku di Jalan MH Thamrin, Jakarta Indonesia. Dilaporkan oleh media Indonesia kejadian berlaku kira-kira jam 10.50 pagi waktu Jakarta. Jadi jom kita saksikan Video Live Serangan Bom Di Sarinah Jakarta tersebut.

Ketika ini dilaporkan bahawa enam maut dalam kejadian letupan bom di Jakarta ini. Motif dan kaitan siri pengeboman ini masih belum dapat dipastikan lagi. Pihak Polis Indonesia bagaimanapun mengklasifikasikan serangan bom ini sebagai serangan pengebom berani mati.

Rakyat Indonesia ramai yang berkongsi tentang kejadian ini di media-media sosial mereka. Mari sama-sama kita doakan negara jiran serumpun kita selamat dari sebarang kemungkinan serangan yang lebih dasyat.

Jom kita tengok sendiri Video Live Serangan Bom Di Sarinah Jakarta di sini.

video

video
 

Jadilah Seperti Rashid Viral


Tiba-tiba sahaja nama Rashid menjadi sebutan oleh semua netizen di Malaysia. Ayat-ayat Rashid bersahaja tetapi dalam bersahaja mengenakan kepada mereka yang terkena. Masa pagi page Jadilah seperti Rashid baru ada 20K followers tau-tau sampai ke saat ini dah ada 200K followers. Itulah yang terjadi Jadilah Seperti Rashid Viral di alam maya.

Seperti biasa rakyat Malaysia bila ada sahaja sesuatu yang boleh menghiburkan mereka sudah pasti benda tersebut akan dikongsi di laman-laman sosial mereka. Pick up line yang diberi oleh Rashid nampak seperti tiada apa tetapi kalau kena batang hidung sendiri pasti anda akan terasa.

Admin pun tidak kenal siapa Rashid ini. Yang admin kenal Rashid Sidek je bekas pemain badminton Malaysia. Jom kita layan sikit pick up Rashid kat bawah ini.

Ini Rashid 

Rashid ingin membeli barang secara online

Rashid terus mesej ke inbox page

Rashid tak komen "PM"

Rashid bijak

Jadilah seperti Rashid 

Gambar sekadar hiasan

Wednesday, January 13, 2016

Biodata Syatilla Melvin


Seperti yang diketahui semua bahawa Shaheizy Sam akan menamatkan zaman bujang bersama juga seorang pelakon iaitu Syatilla Melvin. Mereka akan melangsungkan pernikahan pada 8 Februari 2016 dengan nilai tajaan yang dikatakan mencecah RM25 juta. Jadi anda kenal ke tidak dengan bakal isteri Sam ini? Jika tidak jom kita lihat Biodata Syatilla Melvin bakal isteri kepada hero Malaya Shaheizy Sam ini.

Syatilla Melvin berdaraj kacukan Jepun dan pernah menyertai Dewi Remaja. Tahun berapa admin kurang pasti. Jom kita lihat Biodata Syatilla Melvin di bawah ini. 

Nama Penuh : Siti Nur Syatilla Amirol Melvin
Nama Artis : Syatilla Melvin
Asal : Perak

DOB : 8 Feb 1991
Umur : 26 tahun
Kerjaya : Pelakon , Model


Untuk memudahkan anda mengingati bakal isteri Sam iaitu Syatilla Melvin ini, sesiapa yang layan drama Dia Isteri Luar Biasa pasti pasti mengenali Syatilla Melvin ini. Beliau juga berjinak-jinak dengan perniagaan pakaian muslimah bersama kakak beliau.



Tawaran Biasiswa Study di Jepun


Berita baik untuk semua yang ingin melanjutkan pelajaran ke negara matahari terbit iaitu Jepun. Ada Tawaran Biasiswa Study di Jepun untuk anda semua mohon. Jadi admin petik laporan dari Astro Awani untuk anda semua untuk maklumat lanjut berkaitan Tawaran Biasiswa Study di Jepun ini. Anda baca semua maklumat tersebut di bawah ini. Semua telah dinyatakan dengan lengkap.

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia yang ingin melanjutkan pelajaran dalam Pengajian Jepun dan Latihan Perguruan di Jepun dipelawa memohon Biasiswa Tajaan Kerajaan Jepun (Monbukagakusho: MEXT) yang kini dibuka sehingga 5 Februari.

Kedutaan Jepun dalam satu kenyataan berkata semasa tempoh biasiswa, elaun bulanan anggaran sebanyak 117,000 Yen (RM4,400) akan diberi kepada setiap penerima biasiswa Pengajian Jepun dan 143,000 Yen (RM5,400) kepada penerima biasiswa Latihan Perguruan.

Yuran untuk peperiksaan kemasukan universiti, matrikulasi dan tuisyen di universiti adalah dikecualikan, dan tiket kapal terbang pergi dan balik juga disediakan, menurut kenyataan itu.

Bagi Pengajian Jepun (kursus non-degree setahun bermula Oktober 2016), antara syarat-syarat yang perlu diikuti untuk memohon biasiswa itu adalah pemohon mestilah siswazah tahun 2 atau 3 (bukan pelajar tahun akhir) yang major dalam Bahasa atau Kebudayaan Jepun di mana-mana universiti selain universiti di Jepun.

"Permohonan mesti sampai di kedutaan Jepun di Malaysia sebelum pukul 4 petang pada 5 Feb. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 03-21772600 (ext 157/146) atau layari http://www.my.emb-japan.go.jp/English/JIS/education/scholarship/scholarship.htm


"Bagi Latihan Perguruan (kursus non-degree satu setengah tahun bermula Oktober 2016), pemohon mestilah siswazah universiti atau maktab perguruan yang telah bekerja sebagai guru di sekolah rendah atau menengah atau staf akademik di maktab perguruan dengan sekurang-kurangnya lima tahun pengalaman bekerja," menurut kenyataan itu.

Permohonan pula harus dibuat kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari http://www.jpa.gov.my atau hubungi Unit Pengurusan Penawaran Dalam Perkhidmatan di 03-8885-3546 atau ldp@jpa.gov.my.

Kedutaan Jepun akan menghubungi pemohon yang memenuhi syarat sahaja (melalui emel dan surat) untuk menghadiri temuduga yang dijangka berlangsung pada akhir Februari atau awal Mac depan, tambah kenyataan itu.

Live Streaming AJL 30 2016


Anugerah Juara Lagu pastinya antara acara hiburan yang ditunggu-tunggu oleh peminat muzik tanah air. Memang tidak dinafikan Anugerah Juara Lagu (AJL) ini mempunyai pengikutnya yang tersendiri. Jadi untuk Anugerah Juara Lagu ke 30 untuk tahun 2016 malam kemuncaknya akan berlangsung pada 24 Januari 2016. AJL 30 akan dilangsungkan di Stadium Melawati Shah Alam bermula jam 8.30 malam.Jadi jom saksikan Live Streaming AJL 30 2016 hanya di phat dot my.

AJL 30 akan menampilkan kelainan daripada segi persembahan pelbagai artis undangan serta tampil dengan penuh gimik malah dijangka lebih hebat berbanding penganjuran sebelum ini. Pastinya sesuatu yang baru akan ditonjolkan oleh pihak TV3 kepada seluruh peminat AJL.

Berikut adalah senarai finalis untuk AJL 30. Anda juga boleh mendengarkan secara live AJL 30 di Hot FM.P/S : mungkin tidak sesuai untuk paparan di smartphone anda.

1 Malam Ini Kita Punya Bunkface 
2 Angin Kencang Noh Salleh 
3 Assalamualaikum Faizal Tahir 
4 Bukan Hal Aku Kaka Azraff dan Aliff 
5 Sampai Mati Hazama 
6 Hanya Namamu Caliph Buskers 
7 Knock Knock Elizabeth Tan 
8 Biarkanlah Drama Band 
9 Not For Sale Stacy 
10 Mana Mungkin Black 
11 Potret Akim & The Majistret 
12 Tak Pernah Menyerah Dayang Nurfaizah





Senarai Penuh Pemain NS 2016


Berikut adalah Senarai Penuh Pemain NS 2016 atau Senarai Penuh Pemain Negeri Sembilan 2016. Semalam ada pengumuman rasmi secara tertutup telah dibuat untuk mengumumkan skuad Negeri Sembilan bagi Liga Perdana musim 2016. Serentak dengan itu semua penaja bagi pasukan Negeri Sembilan juga diumumkan.

Pada tahun 2016 Jersi Negeri Sembilan akan ditaja oleh Mizuno Untuk Gambar Jersi Negeri Sembilan 2016 anda boleh rujuk entry ini. Seperti yang semua peminat Negeri Sembilan maklum sasaran tahun 2015 iaitu layak ke Liga Super 2016 gagal. Jadi seluruh rakyat dan penyokong Negeri Sembilan mengharapkan tahun 2016 sasaran tersebut akan menjadi kenyataan.

Jadi untuk Senarai Penuh Pemain NS 2016 anda boleh lihat senarai di bawah ini. Nampaknya rombakan secara besar-besaran telah dibuat oleh PBNS di mana mereka menggugurkan semua pemaian yang terlibat pada tahun 2015 dan mengekalkan beberapa pemain muda dalam pasukan.

Penjaga Gol
1. Syed Adney bin Syed Hussein
2. Afiff Aizad Azman
3. Mohd Kaharuddin bin Abd Rahman

Pertahanan
4. Mohamad Ashmawi Md Yakin
5. Annas Rahmat
6. Mohd Shazlan Alias
7. Mohd Nasriq Baharom
8. Hariri Mohd Safii
9. Daniel Sang Ting

Pemain Tengah (Midfield)
10. Sabri Sahar
11. Mohd Izzudin Zainudin
12. Aroon Kumar a/l Ramaloo
13. Khairul Anwar Shahrudin
14. Shahrul Iqwan Samsudin
15. Muhammad Nizam Mohd Ruslan
16. Mohd Norfizzuan Jailani
17. Kevin Siak Khin Gunter

Penyerang
18. Mohd Rahizi Mohd Rasib
19. Muhammad Afiq Azmi

Pemain Import
20. Taylor Regan (Captain) - Pertahanan Tengah
21. Alex Smith - Midfield Tengah
22. Joel Joseph Chianese - Penyerang Kanan
23. Andrew Nabbout - Penyerang Tengah / Kiri


Ketua Jurulatih : Gary Michael Philips

Admin sebagai seorang rakyat N9 tak nak komen banyak cuma apo plak poe ambik Syed Adney tu?? Tu yo hahaha

Gambar Jersi NS 2016

 

Skuad Negeri Sembilan untuk 2016 telah pun diperkenalkan oleh YAB Presiden PBNS semalam. Jadi untuk senarai penuh skuad Negeri Sembilan 2016 anda boleh rujuk entry INI. Jadi mari kita lihat Gambar Jersi NS 2016 untuk rujukan anda semua. Sebelum kita lihat Gambar Jersi NS 2016 kita lihat senarai pengurusan terbaru PBNS untuk musim 2016.

Berikut senarai nama pegawai pasukan Liga Premier Negeri Sembilan musim 2016 ;

Pengurus : YBhg. Dato' Ab. Ghani Haji Hasan
Penolong Pengurus : En. Satwant Singh a/l Bhagwant Singh

Ketua Jurulatih : Gary Michael Philips
Penolong Ketua J/Latih : Mohd Asri bin Ninggal
Penolong Jurulatih : Hamullah bin Abu
Jurulatih Kecerdasan John Mark Sean
Jurulatih Penjaga Gol : Ismadi bin Ismail
Pegawai Perubatan : Dr. Rozaiman Ebrahim
Fisioterapi : Haji Zainudin Haji Zakariar
Pegawai Media : Abd. Malek Hassan
Pegawai Keselamatan : Anuar bin Abd Rahman
Jurupulih Fizikal : Asraf bin M. R. Asri
Pembantu Pasukan : Shahrizal bin Mat Sah


Gambar Jersi NS 2016  dan senarai penaja adalah seperti di bawah ini.







Friday, January 8, 2016

Fizo Omar vs Blogger


Panas cerita Fizo Omar vs Blogger hari ini. Abam pun blogger suam-suam kuku jadi friendlist abam memang ramai sahabat-sahabat blogger. Seperti biasa kebanyakan blogger memang akan buat review apa yang mereka semua lalui. Sama ada secara jemputan khas atau pun review secara peribadi. review secara peribadi selalunya memang lahir secara ikhlas jujur amanah dan penuh dengan tiada tipu daya langsung.

Review berbayar atau secara jemputan pastinya ada guidelines yang perlu blogger turuti dari pihak penganjur. Ada juga yang post tersebut telah pun dibuat khas untuk mereka. Kira macam press realease sesuatu jabatan lah contoh mudah. 

Memang viral sudah kisah Fizo Omar vs Blogger. Blogger tersebut sahabat abam di alam maya juga. Nama beliau Siti Aminah tetapi lebih dikenali dengan nama Emas Putih. Beliau telah memberikan komen terhadap servis dan makanan kedai baru Fizo Omar. Tetapi dengar ceritanya si Fizo Omar membalas review itu dengan cara yang kurang elok ayatnya. Lebih kurang begitulah ceritanya. Jika nak lebih details anda baca sahaja kisah tersebut di blog Emas Putih.

Mstar hari ini pun telah mengeluarkan berita tentang Fizo Omar vs Blogger ini. Anda boleh baca di SINI. Ini pendapat abam la ye, sebagai seorang peniaga terutamanya kedai makan anda sebagai seorang pemilik restoran tersebut tidak boleh bersikap sombong. Kerana apa, kerana apa yang pelanggan lalui itulah aset kepada peniaga.

Jika pelanggan kata bagus, maka bagus lah ia..dan pasti pelanggan tersebut akan "mengrekomen" kan kedai anda kepada ahli keluarga, sahabat-sahabat dan sesiapa sahaja. Ini dinamakan promosi percuma untuk peniaga. Tetapi sebaliknya jika pelanggan menegur dan memberi pendapat tentang servis, tentang makanan, atau tentang apa sahaja berkenaan kedai anda, anda perlu ambil positif dan jangan terus menghentam. Mungkin boleh hubungi semula pelanggan dan berbincang (rujuk kes inilah). Setakat permohonan maaf tetapi ayat macam haram jadah serupa tak ikhlas je tu. Jadi daripada teguran tersebut tokey kedai kenalah perbaiki apa yang dikomen. Simple bukan.

Tidak semestinya anda popular, anda seorang artis anda boleh bagi statement apa sahaja. Nak-nak statement yang menunjukkan anda seorang sahaja yang betul. Ok cukup setakat hari ini. Kbai

nota kaki : pihak Fizo sudah pun respon kepada Review Uzu..dan membuat kenyataan maaf

Wednesday, January 6, 2016

Dato Vida Sedia Taja Kelantan



Siapa tidak kenal dengan Dato Seri Vida, tauke besar Pamoga Qu Puteh. Sentiasa sahaja muncul di kaca TV kerana banyak program hiburan yang ditaja oleh beliau. Terbaru pasukan Kelantan melalui KAFA ingin mendapatkan tajaan beliau. Dato Vida sedia Taja Kelantan tetapi seperti biasa beliau mengenakan syarat.

PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (KAFA) yang bergelut dengan krisis kewangan kini mempunyai peluang untuk menyelesaikan masalah tersebut. Menurut Berita Harian, Ketua Pegawai Eksekutif Vida Beauty Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman yang lebih dikenali dengan nama Datuk Seri Vida bersedia untuk menaja KAFA.

Namun, kesudian Datuk Seri Vida hadir dengan dua syarat iaitu:

1- Stadium Sultan Muhammad IV perlu dicat semula dengan warna merah jambu.

2- Pasukan Kelantan perlu dinamakan semula sebagai Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (TRW) seperti pasukan Negeri Sembilan yang telah dijenamakan semula sebagai NS Matrix.

"Soal tajaan, saya tidak kisah. Jika mereka tidak cukup perbelanjaan, saya boleh salurkan. Mereka memerlukan dana secepat mungkin dan saya bersedia membantu tetapi bersyarat,” ujar Datuk Seri Vida. Datuk Seri Vida turut menjelaskan keinginan untuk memulihkan pasukan yang juga merupakan negeri kelahiran beliau. Pengasas produk kecantikan Qu Puteh itu dilahirkan di Machang, Kelantan.
Beliau juga menambah, sekalipun perbincangan awal dengan juara Piala Malaysia dua kali itu menemui jalan buntu, dia tidak menolak kemungkinan untuk rundingan seterusnya diadakan.

“Saya pasti rundingan akan dilakukan lagi kerana KAFA memang memerlukan bantuan saya,” ujar beliau.-Awani-


Gambar - SH

Tuesday, January 5, 2016

Senarai Penuh Perpindahan Pemain Pahang 2016


Kita telah pun memasuki tahun baru 2016. Dan seperti biasa setiap tahun kancah liga Malaysia akan disajikan dengan berita perpindahan pemain tidak kira dari Liga Super Malaysia mahupun Liga Perdana. Jadi untuk musim baru 2016 beberapa pasukan yang bertanding telah pun mengeluarkan senarai penuh nama pemain-pemain mereka. Jadi untuk senarai tidak rasmi Senarai Penuh Perpindahan Pemain Pahang 2016 dan Senarai Penuh Pemain Pahang 2016 ini boleh dijadikan rujukan.

Senarai ini adalah dipetik dari laman FB Tok Gajah Forever yang mengeluarkan senarai perpindahan pemain Pahang secara ilustrasi grafik. Nampak daripada senarai ini pasukan Pahang membuat rombakan besar kepada pasukan untuk tahun 2016.

Tiada lagi nama Matias Conti dan Nwakaeme dalam skuad Pahang 2016. Jadi untuk Senarai Penuh Perpindahan Pemain Pahang 2016 kita lihat gambar di bawah ini.






Buku Warna Mirip Ahmad Maslan






Sama ada sengaja atau kebetulan admin pun tidak mengetahui. Tetapi sejak semalam telah viral di laman-laman sosial tentang satu gambar yang dikaitkan dengan seorang VIP paling popular di Malaysia iaitu Ahmad Maslan. Ini dia gambar dalam salah satu muka surat Buku Warna Mirip Ahmad Maslan tersebut. (rujuk gambar di atas ).


Sama ada ianya diedit atau memang benar buku itu wujud hanya tuan punya yang snap gambar tersebut sahaja yang mengetahui kesahihannya. Tetapi jika sekali pandang memang gambaran lukisan untuk diwarnakan tersebut sangat mirip kepada wajah Ahmad Maslan.

Cuma caption pembelajarannya agak seperti mahu mengenakan beliau iaitu gambar tersebut untuk abjad B = Badut dan penerangannya dalam bahasa inggeris ditulis di muka surat tersebut CLOWN. Apa-apa pun kita tunggu sahaja jika ada berita yang dikemaskini berkaitan perkara ini.

Gambar ini telah pun viral jadi pihak yang bertanggungjawab perlu lah menyiasat akan kebenarannya. Kita pun ternanti-nanti komen daripada individu yang dikaitkan dan dikatakan mirip seperti dalam gambar mengeluarkan komen. Admin hanya mempunyai satu pendapat jika kita tidak suka kepada sesiapa pun tidak perlu kita memperlakukan mereka seperti ini. Peace.

Tarikh Bayaran BR1M 28 Januari 2016



Berita baik untuk semua pemohon BR1M 2016. Kepada semua pemohon yang permohonan mereka berjaya dan diluluskan Tarikh Bayaran BR1M 28 Januari 2016. Tarikh bayaran 28 Januari 2016 ini adalah tarikh bayaran pertama bagi BR1M 2016 yang akan dibayar secara berperingkat kepada pemohon-pemohon BR1M 2016 yang berjaya.

Semakan untuk mengetahui keputusan permohonan BR1M 2016 boleh dibuat pada minggu ketiga sebelum tarikh pembayaran pertama dibuat. Jika anda sudah memohon dan berjaya usah khuatir pasti wang BR1M 2016 akan dimasukan ke dalam akaun anda. Cuma bagi yang tidak berjaya pasti ada sebab mengapa dan anda berpeluang untuk membuat rayuan apabila permohonan rayuan dibuka nanti.

Seperti yang umum ketahui permohonan baru dan kemaskini BR1M 2016 telah pun ditutup pada 31 Disember 2015 yang lepas. Kita lihat semula apakah syarat kelayakan untuk memohon BR1M 2016.

SYARAT KELAYAKAN

  • Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
  • Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
  • Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah
  • Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah
  • Penerima e-Kasih perlu membuat permohonan BR1M 2016.

Kemukakan Salinan:

  • MyKad bagi pemohon
  • MyKad / MyPR / MyKid / Sijil Lahir / Pasport bagi suami / isteri / tanggungan (jika berkenaan) 
  • Sijil perceraian / sijil kematian pasangan (jika ada) sekiranya pemohon berstatus Ibu / Bapa  Tunggal / Balu / Janda / Duda

Semakan kelayakan dengan agensi / sumber lain adalah tertakluk pada ketetapan Kementerian Kewangan Malaysia. Penerima Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) TIDAK LAYAK untuk memohon BR1M 2016.


Untuk maklumat lanjut sila layari laman web rasmi BR1M 2016 ini.

Sumber berita berkaitan dipetik dari Treasury