Tuesday, December 27, 2016

Kepala Kemaluan Terpotong Semasa Berkhatan


Seriau bila admin dengar berita ini di radio pagi tadi. Apa tak seriau bayangkan kepala kemaluan kita putus sakitnya hanya tuhan sahaja yang tahu. Bukan kulit ya saudara-saudari sekelian tetapi kepala kemaluan. Berita Kepala Kemaluan Terpotong Semasa Berkhatan ini bukan berlaku di luar negara tetapi terjadi di Malaysia. Admin kongsikan laporan daripada akhbar BH Online untuk bacaan anda semua.

KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak lelaki mungkin terpaksa menanggung kecacatan pada zakar sepanjang hidup selepas bahagian kepala kemaluannya terpotong ketika berkhatan menggunakan kaedah laser. Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam pada 20 Disember lalu, mangsa yang berusia 10 tahun dibawa bapanya untuk berkhatan di sebuah klinik keluarga di Cheras, di sini. 

Bagaimanapun, ketika sedang menjalani proses berkhatan, doktor memberitahu bapa mangsa, kepala kemaluan kanak-kanak itu telah terpotong secara tidak sengaja. Bapa mangsa yang juga seorang guru sebuah sekolah menengah kemudian membawa anaknya ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Cheras, sebelum disarankan untuk menjalani rawatan penyambungan semula di Hospital Kuala Lumpur (HKL). 

Selepas menjalani rawatan, bapa mangsa kemudian membuat laporan polis berhubung kecuaian yang dilakukan doktor terbabit. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Othman Nayan, berkata siasatan berhubung kejadian itu kini dijalankan dilakukan mengikut Seksyen 338 Kanun keseksaan dan kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya.

 "Setakat ini tiada tangkapan dibuat tetapi polis sudah merakam percakapan beberapa saksi termasuk doktor itu. "Setakat ini siasatan dilakukan merangkumi elemen menyebabkan cedera parah sama ada secara gopoh atau cuai dengan perbuatan yang membahayakan nyawa atau keselamatan orang lain," katanya dalam satu kenyataan, sebentar tadi. Katanya, sekiranya didapati bersalah, doktor itu boleh dihukum penjara hingga dua tahun atau denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Gambar sekadar hiasan


Thursday, December 22, 2016

Episod Akhir 7 Hari Mencintaiku



Hari ini merupakan hari Episod Akhir 7 Hari Mencintaiku di TV3. Jika dilihat kepada reaksi penonton kepada drama ini, rata-rata mengatakan drama ini antara drama bersiri terbaik di Malaysia setakat ini. Admin tidak mahu komen panjang anda nantikan sahaja Episod Akhir 7 Hari Mencintaiku di TV3 pada petang ini jam 7.00 malam. Jom baca sinopsis cerita tersebut.

Untuk menonton drama tersebut sila klik : SINI

Mengisahkan Khuzairi (Shukri Yahaya), dalam diam mencintai gadis bernama Mia Adriana (Siti Saleha). Cinta pandang pertama menjadikan dia seorang perindu yang setia. Namun sifat angkuh dan sombong gadis ini menyebabkan Khuzairi tidak pernah walau sebesar hama jua menyimpan impian untuk memilikinya. Mia Adriana bagaikan lupa, hidup ini ibarat putaran roda, satu waktu keangkuhan dan kesombongan itu akan memamah dirinya sendiri. Berdoalah, di kala keinsafan menjelma nanti, cinta lelaki bernama Khuzairi ini belum terpadam lagi buat dirinya.

Mia Adriana merupakan seorang peguam dan mempunyai firma guamannya sendiri bersama ayahnya Dato Megat Idrus. Mia telahpun bertunang dengan sepupunya sendiri Khalil (Ungku Hariz). Namun kerana terlalu percaya pada tunangnya, Khalil, Mia Adriana telah menyebabkan ayahnya muflis. Khalil tidak hadir pada malam pernikahan mereka, sebaliknya Khalil menikahi Rita kerana duit. Dato Megat yang diserang sakit jantung, meminta Khuzairi untuk menjadi menantunya. Demi menutup malu, Mia sanggup berkahwin dengan Khuzairi walaupun mengganggap Khuzairi kekampungan dan kolot.

Bermulanya kehidupan baru Mia Adriana bersama Khuzairi di kampung. Sepanjang berada di kampung, Mia Adriana memang menjadi kebencian Mak Leha, mak tiri Khuzairi. Mak Leha membenci Mia kerana dia memusuhi Puan Hayati. Terjadi pelbagai pergaduhan antara Mia, Mak Leha dan Syakilla, tunangan Helmi yang menaruh hati pada Khuzairi. Perhubungan Mia dan Khuzairi juga selalu pasang surut. Khuzairi juga tersepit kerana dia terlalu menghormati Mak Leha sebagai ibu sehingga dia selalu melukakan hatinya sendiri.

Kerana suatu peristiwa, Mia Adriana tersedar bahawa sememangnya dia mencintai Khuzairi sepenuh hati. Dia terlalu merindu anak kecil yang ditinggalkan tanpa melihat rupanya. Namun, cukupkah masa 7 hari itu untuk meraih kembali cinta Khuzairi yang sudah membeku? Apakah Pak Samad mampu membela nasib Mia selepas dibuang oleh suami sendiri dalam rumah keluarganya? Tercapaikah hasrat Syakilla untuk menjadi isteri Khuzairi? Dan, apa pula nasib Helmi selepas dihalau keluar oleh Pak Samad selepas dia bersubahat dengan Khalil untuk meracun kambing-kambing Khuzairi? Apakah pekerjaan Khuzairi selain pengembali kambing yang menjadi kegilaan anak-anak gadis kampung?

Kadar Dividen ASB 2016


Berikut adalah Kadar Dividen ASB 2016. Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) pada hari Khamis, 22 Disember 2016 telah mengumumkan agihan pendapatan Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebanyak 6.75 sen seunit dan bonus 0.50 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2016 Agihan pendapatan ASB itu diumumkan oleh Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Abdul Wahid Omar

Amanah Saham Nasional Bhd. (ASNB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Bhd. (PNB) telah memaklumkan bahawa urus niaga Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Nasional (ASN) akan ditangguhkan buat sementara waktu bagi tujuan pengiraan pengagihan pendapatan dan bonus Tempoh penangguhan Urus Niaga tersebut bermula dari tarikh 22 Disember 2016 sehingga 2 Januari 2017.


 Tarikh Penangguhan Urus Niaga ASB ASN 2017 Pembayaran Pendapatan Dividend Dan Bonus ASB ASN 2016 Pembayaran pengagihan pendapatan (dividen) dan bonus berkenaan akan dikreditkan secara automatik ke dalam akaun pemegang unit dan boleh mengemaskini buku pelaburan masing-masing di Ibu Pejabat, pejabat atau ejen ASNB di seluruh negeri mulai hari Selasa, 3 Januari 2017


Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) pada hari Khamis, 22 Disember 2016 telah mengumumkan agihan pendapatan Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebanyak 6.75 sen seunit dan bonus 0.50 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2016 Agihan pendapatan ASB itu diumumkan oleh Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Abdul Wahid Omar

Pautan Sumber Asal » mysumber.com
Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) pada hari Khamis, 22 Disember 2016 telah mengumumkan agihan pendapatan Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebanyak 6.75 sen seunit dan bonus 0.50 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2016 Agihan pendapatan ASB itu diumumkan oleh Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Abdul Wahid Omar

Pautan Sumber Asal » mysumber.com

Wednesday, December 21, 2016

Resipi Kuih Keria Gula Melaka


Hari ini admin ingin kongsikan Resipi Kuih Keria Gula Melaka yang viral dan menjadi kegilaan orang ramai apabila ke Melaka. Admin kongsikan Resipi Kuih Keria Gula Melaka ini yang dikongsikan oleh Chef terkenal alam maya yang merupakan sahabat maya admin iaitu Che Mat pemilik blog DAPUR TANPA SEMPADAN.

Jadi korang boleh cuba sendiri di rumah untuk Resipi Kuih Keria Gula Melaka yang sedap ini tanpa perlu pergi beratur panjang di Melaka tersebut. Jom kita lihat Resipi Kuih Keria Gula Melaka dan cara membuat Keria Gula Melaka ini.

BAHAN - BAHANNYA :
  • 800+ gram keledek kaler oren yang telah dikupas kulitnya
  • 1 camca teh garam
  • 3/4 cawan tepung gandum
  • 1 camca teh penuh baking powder (serbuk penaik)
  • 3/4 cawan gula melaka, dihiris
  • 1 - 2 camca besar gula pasir
  • 1/4 cawan air

CARA MEMBUATNYA :

  • Keledek dipotong kiub besar2 dan rebus hingga empuk, jangan lupa masukkan garam. Kemudian toskan dan lecek hingga halus. Biarkan sekejap hingga suam. Gaul tepung dengan baking powder dan masukkan ke dalam keledek yang telah dilecek tadi. Gaul hingga sebati dan menjadi adunan yang lembut tapi tidak melekit. Ketepikan sebentar.
  • Sediakan dulang, alas dengan plastik bersih atau boleh taburkan sedikit tepung. Ambil sedikit aduan tadi (anggaran 1 camca besar penuh), bulat2kan dan tekan sedikit biar leper. Cucuk bahagian tengahnya dengan jari untuk menghasilkan lubang, kemaskan dan taruk atas dulang tadi. Sapu sedikit tepung pada tapak tangan jika adunan melekat. Buat hingga siap.
  • Panaskan minyak untuk goreng terendam kemudian goreng kuih keria tadi hingga kuning keemasan, balik2kan agar masak sekata. Angkat, toskan minyaknya. Buat hingga siap.
  • Dalam kuali yang sama, keluarkan minyak. Kemudian masukkan gula melaka, gula pasir dan air. Kacau dan masak dengan api sederhana hingga gula larut. Terus memasak hingga gula mula berbuih dan pekat (bila anda angkat sudip, kelihatan gula seakan2 bertali). Masukkan kuih keria tadi dan gaul rata (masa ni kuih keria akan melekat2, tapi takpe, terus kacau perlahan hingga semua bahagian kuih keria bersalut gula). Masak sekejap lagi dengan api kecil hingga kuih keria kering. Matikan api dan alihkan kuih ke dalam loyang. Pisah2kan kuih tadi dan biar hingga sejuk.. Boleh hidangkan...Selamat mencuba!
Terima kasih Che Mat kebabom sangat resipi ni. Jangan lupa singgah blog Dapur Tanpa Sempadan tau. Gambar sekadar hiasan dan diambil dari google images.

Monday, December 19, 2016

Permohonan Online Sekolah Asrama Penuh Tingkatan 4 2017


Tahniah kepada semua calon-calon PT3 yang telah pun mengambil keputusan masing-masing. Kepada semua calon yang mendapat keputusan cemerlang dan mendapat A dalam semua mata pelajaran pastinya anda ingin melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama penuh. Jadi admin kongsikan kepada anda semua pautan di mana anda boleh mengisi Permohonan Online Sekolah Asrama Penuh Tingkatan 4 2017 hanya di sini.

Ada beberapa perkara yang anda perlu ketahui sebelum anda mengisi Permohonan Online Sekolah Asrama Penuh Tingkatan 4 2017 ini. Perkara yang perlu diambil kira adalah seperti berikut :-

Tarikh Sistem Aplikasi Permohonan Atas Talian (Online) Kemasukan Ke Tingkatan 4 SBP Tahun 2017 Dibuka    1 Disember 2016 

Tarikh Sistem Aplikasi Permohonan Atas Talian (Online) Kemasukan Ke Tingkatan 4 SBP Tahun 2017 Ditutup    30 Disember 2016 

Pautan Laman Sistem Aplikasi Borang Permohonan Atas Talian (Online)  Kemasukan Ke Tingkatan 4 SBP Tahun 2017    

Sila Klik Sistem Aplikasi Permohonan Tingkatan 4 Sekolah Berasrama Penuh (SBP) 2017 : SINI

Sila ikuti arahan dan tindakan selanjutnya menerusi laman sistem aplikasi permohonan

Info Dan Panduan Online Permohonan SBP Kemasukan Ke Tingkatan 4 SBP Tahun 2017   

Panduan Mengisi Maklumat Permohonan Online Tingkatan 4 SBP 2017 Aliran SBP Tingkatan 4 Tahun 2017 

Direktori Laman Web Sekolah Berasrama 

Penuh Pakej Mata Pelajaran Ditawarkan 

Persoalan Sering Ditanya (FAQ) Dan Jawapan 

Pautan Portal Rasmi KPM    http://www.moe.gov.my 

Tarikh Semakan Keputusan Dan Tawaran SBP Tingkatan 4 tahun 2017

Jadi sentiasa nantikan berita terkini daripada KPM ya.


Senarai Pemenang AIM 22 2016



Berikut adalah Senarai Pemenang AIM 22 2016 Senarai Pemenang Anugerah Industri Muzik 22 2016 yang telah berlangsung pada  malam 18 Disember 2016. Seperti biasa Anugerah Industri Muzik (AIM) mengangkat penggiat dan muzik yang berkualiti dan bukan berdasarkan kepada populariti.

Jadi mari kita lihat Senarai Pemenang AIM 22 2016 yang telah diumumkan malam tadi. Tahniah kepada semua pemenang. Kepada yang tercalon juga tahniah untuk anda. Ini membuktikan bahawa karya anda juga berkualiti untuk dipertandingkan.

Berikut adalah keputusan penuh pemenang Anugerah Industri Muzik 22 ( AIM22 )

Artis Baru Terbaik – Syamel
Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki) – Akim ( Potret )
Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita) – Siti Nurhaliza ( Menatap Dalam Mimpi )
Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Berkumpulan) – De Fam ( Supergirl )
Persembahan Vokal Duo / Kolaborasi Terbaik Di Dalam Lagu – Misha Omar & Hafiz ( Terimaku Seadanya )
Kulit Album Terbaik – Sekumpulan Orang Gila ( Bahtera )
Rakaman Album Terbaik –
Video Muzik Terbaik – Stacy ( Not For Sale )
Lagu Pop Etnik Terbaik – Reena Nicky ( Joget Sulam Sakti )
Lagu Nasyid Terbaik – Siti Nurhaliza ( Mikraj Cinta )
Lagu Rock Terbaik – Azlan & Typwriter ( Mata Hati )
Lagu Pop Terbaik – Faizal Tahir ( Sejati )
Lagu Hip Hop Terbaik – Altimet & Takahara Suiko ( Janji )
Lagu Inggeris Tempatan Terbaik – SonaOne ( Firefly )
Anugerah Kembara – Yuna
Anugerah Sri Wirama – Sheila Majid
Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu –
Lagu Terbaik – Faizal Tahir ( Sejati )
Album Terbaik – Dato Siti Nurhaliza Unplugged
Lagu Muat Turun Paling Tinggi – Akim & The Majistret
Lagu Strim Paling Tinggi – Projector Band
Video Muzik Rasmi Paling Tinggi Di Tonton Di Youtube – Projector Band
Jualan Lagu Nada Dering Pemanggil Paling Tinggi – Faizal Tahir & Elizebeth Tan ( Setia )
Penyanyi Malaysia Terbaik – Siti Nurhaliza


Tahniah sekali lagi kepada semua pemenang.

MAHA 2016 Catat Jumlah Pengunjung Tertinggi


MAHA 2016 atau nama penuh singkatan ini iaitu Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan 2016 yang telah berlangsung di MAEPS Serdang bermula dari 1 Disember hingga 11 Disember 2016 yang lepas telah mencatatkan sejarah yang tersendiri. Tidak lain tidak bukan iaitu MAHA 2016 Catat Jumlah Pengunjung Tertinggi sepanjang MAHA diadakan. 


Menurut laporan Berita Harian seramai 3.7 juta pengunjung telah direkodkan telah mengunjungi MAHA 2016 sepanjang tempoh berlangsungnya MAHA 2016 selama 11 hari. Menurut Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek nilai jualan pada MAHA 2016 juga sangat memberangsangkan apabila RM380 juta dicatat dalam tempoh 11 hari pameran itu berlangsung. "Kita dapat melihat anjakan paradigma dunia pertanian dan agro makanan apabila kira-kira 40 peratus belia terbabit pada MAHA 2016, melepasi sasaran 30 peratus. "Pendekatan agrotainment seperti Kampung Mok Cun, Upin Ipin dan festival muzik memberi impak positif apabila dapat menarik golongan sasar baharu yang selama ini tidak tahu mengenai MAHA," katanya.


Untuk maklumat tambahan, bagi yang kurang tahu apa itu MAHA 2016 penulis kongsikan serba sedikit info untuk anda semua. MAHA 2016 adalah tempat di mana pengunjung boleh mendapatkan pelbagai info  bersepadu dalam bdiang agro-pelancongan, perdagangan agro dan gaya hidup agro tidak ketinggalan pihak kerajaan ingin memperkenalkan pelbagai inovasi terkini dan kemajuan teknologi berkaitan dengan bidang pertanian. Mengambil langkah awal bahawa menerajui eksport makanan adalah amat penting dengan pertanian sebagai penjana berpendapatan tinggi. Motivasi usahawan muda untuk mengambil bahagian dalam industri berasaskan pertanian sebagai kerjaya pilihan mereka juga diutamakan untuk membawa industri ke tahap yang baru.


Penulis tidak berkesempatan untuk ke MAHA 2016 tetapi melalui perkongsian daripada rakan-rakan penulis dan pembacaan dari pihak media sememangnya penganjuran MAHA 2016 memang mencatatkan pelbagai sejarahnya yang tersendiri. Tidak hairan lah setelah selesai MAHA 2016 3.7 juta pengunjung dicatatkan di MAHA 2016. Tahniah untuk semua pihak yang terlibay terutamanya kepada Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani. Untuk lebih gambar menarik sila layari https://www.facebook.com/maha.gov.my 

Jangan lupa untuk saksikan video di bawah ini juga. Seronok betul semua pergi MAHA 2016.


 


Wednesday, December 14, 2016

Jadual Bayaran Gaji Penjawat Awam 2017


Ini adalah Jadual Bayaran Gaji Penjawat Awam 2017. Jadi kepada semua penjawat awam sila ambil perhatian kepada jadual ini. Terdapat beberapa bulan yang penjawat awam akan menerima gaji awal dari tarikh biasa. Anda ikuti sahaja Jadual Bayaran Gaji Penjawat Awam 2017 di bawah ini.

JADUAL GAJI KAKITANGAN AWAM 2017

1. 19 JANUARI 2017 (KHAMIS)
2. 23 FEBRUARI 2017 (KHAMIS)
3. 23 MAC 2017 (KHAMIS)
4. 25 APRIL 2017 (SELASA)
5. 25 MEI 2017 (KHAMIS)
6. 15 JUN 2017 (KHAMIS)
7. 25 JULAI 2017 ( SELASA)
8. 24 OGOS 2017 (KHAMIS)
9. 25 SEPTEMBER 2017 (ISNIN)
10. 11 OKTOBER 2017 (RABU)
11. 23 NOVEMBER 2017 (KHAMIS)
12. 21 DISEMBER 2017 (KHAMIS)

RINGKASAN PERBELANJAAN BULANAN YG PERLU DITITIKBERATKAN KEPADA SEMUA DALAM MENGATUR BELANJAWAN 2017..

20 DIS 2016 - 19 JAN 2017 = 30 HARI
19 JAN 2017 - 23 FEB 2017 = 35 HARI
23 FEB 2017 - 23 MAC 2017 = 28 HARI
23 MAC 2017 - 25 APRIL 2017 = 33 HARI
25 APRIL 2017 - 25 MEI 2017 = 30 HARI
25 MEI 2017 - 15 JUN 2017 = 21 HARI
15 JUN 2017 - 25 JULAI 2017 = 40 HARI
25 JULAI 2017  - 24 OGOS 2017 = 30 HARI
24 OGOS 2017 - 25 SEPT 2017 = 32 HARI
25 SEPT 2017 - 11 OKT 2017 = 16 HARI
11 OKT 2017 - 23 NOV 2017 = 42 HARI
23 NOV 2017 - 21 DIS 2017 = 28 HARI

P/S : *BULAN JUN (AIDILFITRI) & OKTOBER ( DEEPAVALI) SGT KRITIKAL KERANA SELANG HARI YANG SGT BESAR


SELAMAT MENGHABISKAN SISA2 CUTI & SELAMAT BEKERJA 2017

Wednesday, December 7, 2016

Cara Semakan Status BR1M 2017 Online



Seperti apa yang telah dibentangkan dalam Baget 2017, Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BRIM) untuk 2017 telah dinaikkan setinggi RM1200. Sesiapa yang layak menerima BRIM dan belum berdaftar,tarikh pendaftaran adalah pada 5 Disember 2016 hingga 31 Disember 2016. Jom buat semakan status permohonan BR1M 2017anda di sini. Admin kongsikan Cara Semakan Status BR1M 2017 Online. Anda ikut sahaja satu per satu langkah yang ditunjukkan.


Cara Semakan BR1M 2017 Online

1. Layari sistem semakan status permohonan e-BR1M di pautan https://ebr1m.hasil.gov.my/DefaultSemakanKeluar.aspx?m=s

2. Sila masukkan atau lengkapkan No. Mykad anda di ruang yang tersedia.

3. Klik pada butang Semakan Status Permohonan.

Sebelum berjaya mengakses sepenuhnya aplikasi sistem semakan online anda diminta untuk menjawab soalan keselamatan contohnya seperti pada lampiran.


  • Pemohon wajib menjawab 2 soalan keselamatan dengan betul sebelum dibenarkan membuat semakan status.
  • Soalan keselamatan dan jawapan soalan keselamatan adalah berdasarkan maklumat yang diisi oleh pemohon.
  • Jika jawapan yang diberikan salah, pemohon hanya boleh mencuba sebanyak 3 jenis soalan untuk menjawab soalan keselamatan.
  • Jika jawapan yang diberikan masih salah, peringatan berikut akan dipaparkan.

Setelah berjaya melepasi peringkat ini, status permohonan anda akan diberitahu dan dipaparkan selain boleh mencetak lampiran tersebut.




Jika anda menghadapi masalah seperti tidak dapat membuat semakan secara online, sila rujuk kepada cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) berdekatan.

Sila bawa bersama salinan pengenalan pemohon, pasangan dan tanggungan.


-SUMBER-

Monday, December 5, 2016

Kemaskini Online BR1M 2017 Bermula 5 Disember 2016


Tahukah anda bahawa Kemaskini Online BR1M 2017 Bermula 5 Disember 2016 iaitu hari ini. Oleh hal yang demikian anda semua perlu sentiasa 'alert' dengan pengumuman-pengumuman yang dibuat oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Jadi admin kongsikan beberapa info berkaitan dengan BR1M 2017 ini.

Ada beberapa makluman terbaru berkenaan dengan permohonan BR1M atau kemaskini BR1M 2017

  • Permohonan Baharu / Kemas Kini BR1M 2017 secara dalam talian dan penghantaran permohonan melalui borang adalah bermula pada 5 Disember 2016 sehingga 31 Disember 2016.
  • Sila rujuk  Jadual Pembukaan Kaunter BR1M 2017 di semua Cawangan LHDNM.
  • Aplikasi BR1M Dalam Talian tidak direka bentuk untuk capaian peranti mudah alih.
  • Tarikh akhir penunaian baucar BR1M 2016 telah dilanjutkan oleh MOF sehingga 15 Disember 2016.
  • MOF telah menetapkan tarikh akhir tuntutan Skim Khairat Kematian (SKK) BR1M 2016 adalah pada 31 Januari 2017
Jadi kepada sesiapa yang ingin memohon atau kemaskini untuk BR1M 2017 anda hanya perlu pergi ke pautan di bawah ini :

https://ebr1m.hasil.gov.my/ 

Penerima BR1M sedia ada tidak perlu mendaftar lagi, tetapi perlu mengemas kini maklumat peribadi termasuk alamat, maklumat anggota keluarga dan akaun bank.

Berikut perkara yang diambil maklum untuk dikemaskini :

a. No telefon rumah
b. No telefon bimbit
c. Pekerjaan
d. Maklumat bank
e. Alamat e-mel
f. Alamat surat menyurat terkini
g. Maklumat pasangan & tanggungan

Perkara di atas adalah sangat penting bagi mengelakan pemohon yang berjaya akan tercicir dari mendapat BR1M anda. Pastikan alamat terkini dan maklumat bank terutamanya nama dan nombor akaun diisi dengan betul.

Rasanya mudah sahaja kecuali ada masalah teknikal lain yang berlaku. Jika anda tidak ada sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian 1-800-88-2716 atau 03-88824565 dan 03-88824566.

Monday, November 21, 2016

Kiosk Tukar Kad Debit Maybank


Tahukah anda kad bank yang tiada perkataan mydebit dan visa paywave tidak boleh digunakan pada tahun 2017. Jadi secara berperingkat-peringkat dari pertengahan tahun ini sehingga sekarang ramai yang dah menukar kad bank mereka kepada kad bank yang baru ini. Sebelum ini admin pernah kongsikan kepada pembaca bagaimana cara menukar kad bank baru (Maybank) secara online di SINI. Seperti yang diketahui sebelum ini ada dua cara untuk tukar kad bank baru bagi Maybank. Satu secara pergi ke kaunter bank dan dua secara online Maybank2U. Hari ini admin kongsikan 1 lagi cara iaitu melalui Kiosk Tukar Kad Debit Maybank.



Haaa, Berita Baik! Sekarang ni ada cara terbaru untuk tukar kad debit anda. Caranya mudah dan cepat. Semudah A. B. C!

Cara ringkas :
A. Masukkan kad ATM/Debit lama anda, kemudian masukkan no PIN.

B. Masukkan Mykad anda, serta buat pengesahan cap jari (thumbprint verification). Thumbprint verification passed! (Mesti lulus pengesahan cap jari).

C. Kad Debit baru (versi Chip & Pin) akan keluar berserta resit transaksi.

Tadaaa, dalam Seminit je dah siap! Dah selesai proses penukaran kad Debit baru anda tanpa perlu ke kaunter. Menarik kan?!

Buat masa sekarang, hanya beberapa Branch yang ada kiosk terbaru ini. Yang pasti, kat Menara Maybank dah ada kiosk ni. Dengarnya, dalam masa terdekat, kiosk ini akan ditempatkan di cawangan Maybank KLCC, KL Sentral dan MidValley.

Waktu operasi :
Cawangan Maybank terpilih :
6 pagi - 12 tengah malam

Cawangan Maybank di Pasaraya :
Mengikut waktu operasi pasaraya
(10 pagi - 10 malam)

Ok, sekian perkongsian saya yang tak seberapa ni.

Jika bermanfaat, boleh Share dengan kengkawan.

P/S: Sila tukar ATM lama anda sebelum 31 Disember 2016 untuk mengelakkan sebarang kesulitan.

Perkongsian daripada Firdaus Pay

Wednesday, November 16, 2016

Kadar Caj Rawatan Hospital Kerajaan 2016




Admin tertarik dengan isu yang viral beberapa hari ini di media sosial. Isu Kadar Caj Rawatan Hospital Kerajaan 2016 yang dikatakan naik lebih dari 50%. Ditambah dengan laporan sebuah akhbar yang menggunakan tajuk lebih kepada populariti membuat kan isu ini agak panas. Jadi admin kongsikan kepada anda penjelasan dan infografik dari salah seorang wakil KKM yang dipetik dari FB KKM.


Saya tertarik untuk memberi sedikit pandangan mengenai isu pengemaskinian cas rawatan hospital di KKM, dan kami dapat lihat pelbagai reaksi dari isu tersebut. Sebelum itu, mari kita berlapang fikiran dan fahami semula mengenai isu ini. Jelas diterangkan bahawa perubahan caj adalah pada kelas 1 dan 2. Kelas 3 tetap tidak berubah. Ini perlu difahami dulu. Dan pesakit yang menggunakan fasiliti ini hanyalah sebanyak 1.6%, selebihnya menggunakan fasiliti kelas 3.

Memang benar, jika kita bercakap mengenai kenaikan, tak ada siapa yang akan suka. Orang memanglah marah, kenapa semuanya kena naik, tapi sebenarnya tak semua pesakit akan merasa kenaikan ini. Mereka yang menggunakan fasiliti kelas 3, golongan OKU, penerima bantuan kewangan, pelajar sekolah, penderma darah dan penderma organ semuanya akan diberikan pengecualian.

Realiti dalam negara, bukan hanya KKM tetapi kebanyakan kementerian mengalami pengurangan bajet dari tahun ke tahun. Dan bayangkan dengan pengurangan bajet ini, apakah kita masih fikir kementerian mampu untuk mengekalkan sistem yang sedia ada sekarang?

Sebenarnya rakyat Malaysia sangat beruntung, dari sudut kesihatan kerajaan dah bantu banyak.

Saya belajar di Indonesia, dan saya rasa sendiri bagaimana sistem kesihatan di sana. Mereka tidak ada sistem bersubsidi seperti di Malaysia. Nak masuk ke emergency kena bayar deposit Rp200,000-500,000 (rm100-200), dah bayar baru boleh masuk, tak bayar ada hospital kerajaan tak benarkan pun masuk. Di sini, bayaran tolak tepi, nyawa kami utamakan dulu.

Setiap ubat-ubatan mereka perlu bayar sendiri. Doktor akan berikan perskripsi ubat dalam wad dan mereka akan bawa perskripsi ubat tu ke farmasi dan beli ubat-ubatan tu, baru ubat diberikan di dalam wad. Sampai IV drip Normal Saline tu pun mereka kena beli dulu, baru akan diberikan kepada pesakit. Di sini, ubat-ubatan adalah PERCUMA atau bayarannya adalah minimal.

Untuk setiap pemeriksaan darah mereka kena bayar. Di Malaysia, kalau kita nak ambil apa-apa darah, ambil sahaja. Di sana, nak ambil Full Blood Cont (FBC) pun mereka akan tanya pesakit, kadang-kadang hanya ambil bacaan Hb sahaja, atau Platelet sahaja, sebab pesakit tak mampu bayar, bayangkan macam mana nak melihat keadaan pesakit denggi dari hari ke hari dengan parameter yang terhad begitu.

Setiap kali nak xray kena bayar, apa lagi buat ultrasound dan MRI. Orang kita, akan diberikan percuma atau dikenakan bayaran minimal, cuma perlu menunggu sedikit lama untuk giliran mereka.

Banyak sistem-sistem insuran kesihatan kerajaan yang mereka perkenalkan, tapi matlamat tak tercapai.

Dan banyak lagi perbandingan yang saya boleh berikan, takut nanti perbahasan akan menjadi semakin panjang. Belum lagi saya bandingkan antara kesihatan primer antara dua negara, percayalah, ianya jauh berbeza.

Akan ada orang tanya, kenapa Indonesia? Bandinglah negara lain yang lebih maju, semua free!

Betul, memang lah percuma, tapi janganlah ambil dari satu sudut sahaja, kena lihat sistem negara mereka secara keseluruhan juga, sistem percukaian dan sebagainya.

Dan saya jadikan Indonesia sebagai contoh kerana Indoenesia bersebelahan dengan negara kita dan saya rasa sendiri sistem kesihatan mereka selama 6 tahun.

Tahu tak, awal saya masuk kerja, saya cukup terkejut melihat mutu sistem kesihatan di Malaysia? Saya ingatkan sistem kita sama saja macam Indonesia, tapi saya silap, kita lebih baik. Memang ada kelemahan sistem kita, tapi ianya kami perbaiki dari masa ke masa.

Jadi, sebab itulah bila saya melihat sistem kesihatan bersubsidi negara, saya dapat jangka, ianya tak akan bertahan lama, bila saya membandingkan dengan sistem di Indonesia.

Tapi, KKM tetap komited, buat masa ini, KKM tetap mahu membantu pesakit kita, mengekalkan sistem bersubsidi ini, kita mahu rakyat kita mendapat yang terbaik.

Untuk kita kekalkan sistem ini, perlu ada perubahan dan inilah perubahan yang KKM TERPAKSA lakukan. Sedikit kenaikan itu perlu untuk membantu kerajaan, supaya dapat menampung perbelanjaan.

Hari ini, kerajaan terpaksa menaikkan caj rawatan, tapi bukan semua yang terasa, hanya kepada GOLONGAN YANG MAMPU sahaja (kelas 1 & 2), yang lain kekal dibantu.

Orang kita marah apabila ubat tak cukup, banyak pemeriksaan darah tak boleh dibuat pada akhir tahun, tapi pernahkah orang kita fikir apakah dengan penambahan pesakit dan pengurangan bajet kementerian, apa kita mampu berikan semua perkhidmatan ini sehingga akhir tahun? Jika tidak dilakukan sesuatu, mungkin tahun depan, tak sampai setengah tahun, semua perkhidmatan tak dapat kami berikan kepada pesakit.

Dan saya pasti semua dari kita tak mahu dan berdoa ianya tak akan terjadi, sistem kesihatan bersubsidi ini akhirnya akan runtuh dan tiada lagi subsidi kesihatan, semua perlu bayar sendiri untuk rawatan seperti di Indonesia.

Yang membezakan hospital kerajaan dan swasta di Indonesia adalah hospital kerajaan bayaran sedikit murah dari hospital swasta. Bayar tetap bayar.

Merasionalkan kenaikan ini memang cukup susah, tapi kena lihat sistem kesihatan bersubsidi ini secara keseluruhan, jika kita mahu kekalkan sistem ini, sesuatu perlu dilakukan.

Apa yang kami dari KKM harapkan, dengan keputusan perubahan ini, untuk bajet-bajet tahun ke depan, kami akan mendapat lebih banyak dari kerajaan dan kami akan gunakan sebaiknya untuk rakyat kita.

Yes, this is not a popular decision, but it is the right thing to do...

Dr Khairul Hafidz Alkhair bin Khairul Amin
Pegawai Perubatan KKM


Tuesday, November 15, 2016

Gambar Jersi Malaysia 2016


Admin ingin kongsikan kepada anda semua Gambar Jersi Malaysia 2016 untuk digunakan pada kejohanan Piala AFF 2016 nanti. Baru sahaja sebentar tadi pihak Nike Malaysia telah melancarkan jersi baru tersebut. Jersi baru Malaysia ini berwarna hitam dan putih. Jika dilihat pada rekaan jersi baru Malaysia 2016 ini hanya logo FAM di dada pemain. Tidak nampak bendera Malaysia di situ. Jersi ini dijual dengan harga RM289. 

Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia adalah pasukan bola sepak yang mewakili Malaysia dan ditadbir sepenuhnya oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia. Pasukan bola sepak Malaysia diiktiraf oleh FIFA sebagai pengganti kepada pasukan bola sepak Malaya yang telah dibubarkan. Pasukan ini ditubuhkan pada kejohanan Pestabola Merdeka 1963 sebulan sebelum terbentuknya Malaysia. Pasukan ini disegani pada tahun 1950-an hingga ke 1980-an tetapi jatuh merudum pada 1990-an dan awal 2000-an. Namun pada bulan Disember 2009, pasukan ini bangkit kembali setelah memenangi pingat emas di Sukan Asia Tenggara (SEA) di Vientiane, Laos dan juara Piala AFF ASEAN, setelah menewaskan Indonesia 4-2 secara agregat pada Disember 2010. Pasukan ini juga mencipta rekod terbaik kedua apabila bergelar naib juara Piala AFF Suzuki 2014 apabila tewas agregat 3-4 kepada Thailand.

Pasukan bola sepak Malaysia digelar Harimau Malaya, Harimau Malaysia dan Skuad Kebangsaan. Gelaran Skuad Kebangsaan telah digunakan oleh media seperti New Straits Times dan Utusan sejak era 70-an.

Malaysia mempunyai ramai pemain ternama seperti pemain lagenda, Allahyarham Dato' Mokhtar Dahari yang mengetuai Malaysia pada zaman keemasan semasa 1970-an hingga awal 1980-an. Sebelum itu, Raja Bola Malaysia, Abdul Ghani Minhat adalah pemain yang terbaik dan menjadi pemain terbaik seluruh Malaya pada 1950-an hingga awal 1960-an. Pada masa ini, Ghani memegang rekod sepanjang zaman di Malaysia dengan jaringan 106 gol dalam hanya 15 perlawanan dan menjaringkan 11 gol untuk Malaysia di dalam kemenangan 15-1 terhadap Filipina. 


Kemenangan 15-1 adalah rekod kemenangan tertinggi bagi pasukan kebangsaan dan rekod itu masih belum dapat dipecahkan sehingga kini. Untuk generasi terkini, Malaysia berjaya melahirkan 2 penjaga gol terbaik negara, iaitu Khairul Fahmi Che Mat (Apek) & Farizal Marlias. Manakala Malaysia berjaya melahirkan pemain tengah yang pakar dalam sepakan percuma, Safiq Rahim.

Di dalam Kedudukan Dunia FIFA, kedudukan tertinggi Malaysia adalah di dalam keluaran pertama perangkaan tersebut iaitu pada bulan Ogos 1993, pada tangga ke-75. Lawan utama Malaysia di pentas antarabangsa ialah negara jirannya, Indonesia dan Singapura, dan perlawanan-perlawanan sebelum ini di antara dua pasukan ini selalunya penuh dramatik.

Malaysia dan beberapa negara seperti Thailand adalah satu-satunya pasukan di pentas ASEAN yang tidak menggunakan pemain-pemain luar seperti Indonesia dan Singapura telah lakukan bagi pasukan kebangsaan mereka. Dengan memenangi Kejohanan Bola Sepak ASEAN, pasukan kebangsaan dikatakan adalah di antara pasukan yang paling berjaya di Asia Tenggara bersama-sama dengan Thailand, Singapura, Indonesia dan Vietnam dan masih lagi di dalam memperbaiki diri sendiri.

Monday, November 14, 2016

Cara Semak Tunggakan PTPTN Secara Online



Berita baik untuk semua peminjam PTPTN atau nama penuh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional. Anda boleh dapatkan bagaimanakah Cara Semak Tunggakan PTPTN Secara Online. Jadi dengan lebih mudah anda boleh mengetahui jumlah tunggakan dan pinjaman anda. Admin tahu pasti ada yang main bayar sahaja pinjaman mereka tanpa tahu jumlah sebenar.

Jadi memetik kepada perkongsian seorang sahabat admin iaitu Dunia Maya Riss Aziela ini adalah Cara Semak Tunggakan PTPTN Secara Online dengan gambar-gambar untuk memudahkan anda. Tahniah kepada perkongsian hebat ini. Harap ia dapat membantu anda semua. 

Bukan sahaja Cara Semak Tunggakan PTPTN Secara Online admin kongsikan. Tetapi admin kongsikan juga pautan terus untuk anda semak :

1. Semakan Lebihan Bayaran Balik Pinjaman ( Refund )
2. Semakan Penyata Baki Pinjaman
3. Jadual Tentatif Bayaran Balik Pelajar
4. Semakan Akaun 

Jadi berbalik kepada Cara Semak Tunggakan PTPTN Secara Online sila rujuk 'step' di bawah :

Langkah pertama :
Pergi dan buka laman WEB PTPTN (click here) . Kemudian pergi ke bajet 2017 dan klik 



Langkah kedua :
Anda hanya perlu masukkan no kad pengenalan anda dan no pinjaman.
untuk mendapatkan no pinjaman anda, anda boleh hubungi 03-21933000 dan tekan ( 2 )




Langkah ketiga :
Selesai dua 'step' di atas anda akan dapat melihat baki pinjaman serta tunggakkan pinjaman PTPTN anda.


Gambar adalah hak milik : Dunia Maya Riss Aziela

Tuesday, November 8, 2016

Cara Mohon Rumah Bina Negara RISDA


Ini ada berita baik untuk ahli RISDA. Ada skim baru diperkenalkan untuk anda. jadi jom kita semak kelayakan dan Cara Mohon Rumah Bina Negara RISDA. Sebelum itu kita lihat sedikit apa yang menteri umumkan berkenaan dengan skim rumah bina negara RISDA ini.

YBM KKLW Ds Ismail Sabri Yaakob bersiaran langsung pagi tadi dalam Malaysia Hari Ini program bual bicara berinformasi yang membicarakan Rumah Bina Negara. Melalui Risda kerajaan memperuntukkan RM100 juta membina rumah yang dijual berharga RM45,000.00. Ia lebih rendah dari harga kos pembinaan RM65,000.00 setelah diberi subsidi oleh kerajaan sebanyak RM20,000.00

Projek ini dibina di atas tanah sendiri atau pemilik memberi kebenaran membina rumah ini di atas tanah mereka. Manakala jika tiada mempunyai tanah, perumahan berkelompok akan dibina kelak dibawah rancangan Rumah Bina Negara FELCRA. Ia akan diumumkan kelak oleh beliau dalam waktu terdekat. Kerajaan turut memperuntukkan RM100 juta untuk FELCRA bagi usaha itu. Dengan peruntukkan itu, KKLW mensasarkan 5000 buah rumah RBN akan dibina akhir 2017.


Apa itu Rumah Bina Negara? Rumah Bina Negara dibina untuk generasi ke-2 luar bandar yang tidak memiliki kediaman sendiri. Harga RBN yang ditawarkan adalah RM45K (jumlah sebenar adalah RM65k namun kerajaan memperuntukkan subsidi RM20K). Syarat-syaratnya adalah seperti berikut:

Syarat Kelayakan Permohonan Rumah Bina Negara (RBN) RISDA

1. Umur mesti lingkungan antara 18 tahun hingga 45 tahun
2. Suda berkahwin
3. Kalangan yang berminat untuk memiliki rumah mampu milik di kawasan luar bandar
4. Masih belum memiliki rumah pertama sendiri
5. Generasi kedua pekebun kecil RISDA
6. Mesti masih tinggal di kawasan luar bandar
7. Ada tanah sesuai dibangunkan


Butiran Permohonan Rumah Bina Negara
  • Skim Rumah Bina Negara
  • Harga rumah RM65 ribu dan kerajaan tawar insentif sebanyak RM20 ribu.
  • Saiz Keluasan Rumah
  • 700 kaki persegi (3 bilik tidur dan 2 bilik air)
  • Bayaran Ansuran Bulanan
  • Hanya RM250 sebulan sahaja

Cara Permohonan Rumah Bina Negara

Boleh dapatkan borang tersebut di mana-mana cawangan RISDA yang terdekat atau pun pejabat Parlimen dan DUN masing-masing di tempat anda.

Sebarang masalah anda boleh menghubungi 03-42564022 (Bahagian Program Khas RISDA).

Semoga informasi ini memberi peluang kepada golongan belia yang sudah berkahwin memiliki rumah pertama di bawah skim perumahan Rumah Bina Negara RISDA.Juga boleh mendapatkan info di FB RISDA

Monday, November 7, 2016

Elly Mazlein Memang Tersingkir Dari Gegar Vaganza 3


Malam tadi adalah minggu duet bagi Gegar Vaganza 3. Seperti yang semua ketahui bahawa Elly Mazlein Memang Tersingkir Dari Gegar Vaganza 3. Tetapi seperti ada kekeliruan dikalangan peminat gegar vaganza 3 apabila pengacara GV3 iaitu Jihan Muse mengeluarkan satu tweet di twitter nya yang berbunyi "sepatutnya tiada penyingkiran..elly tarik diri..saya pun terkejut dan sedih"

Elly Mazlein Memang Tersingkir Dari Gegar Vaganza 3 dan telah disahkan sendiri oleh Pengurus Saluran Astro Ria Emarina Mohd Kamal dalam temubual beliau bersama dengan Berita Harian. Untuk berita penuh admin kongsikan kepada anda laporan dari BH tersebut.

 
Musim ketiga program realiti, Gegar Vaganza terus mencetuskan kontroversi apabila peserta yang diumumkan tidak mendapat lagu untuk konsert minggu kelima, Elly Mazlein bertindak menarik diri daripada pertandingan itu sebelum dia diisytiharkan tersingkir, malam tadi. Menjelaskan tindakannya berundur daripada GV3, Elly memberitahu, dia kecil hati dengan juri tetap, Datuk Ramli MS yang mengaitkan sentimen simpati dan belas kasihan ketika mengulas persembahannya. "Komen Ramli yang menyatakan terpulang dengan belas ihsan Astro sama ada saya mampu bertahan atau tidak, sangat mengecewakan sehingga membuat saya nekad untuk menarik diri.

 "Kenyataan itu seolah-olah mengiyakan pendapat netizen yang mendakwa saya bertahan dalam program ini berdasarkan simpati semata-mata. Itu yang membuatkan saya hilang kekuatan dan tiada semangat untuk terus berjuang,"katanya pada sidang media sejurus tamat konsert minggu keempat yang disiarkan secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini, malam tadi. Terdahulu, ketika Elly diumumkan tidak mendapat lagu bagi konsert kelima sekaligus tersingkir daripada GV3, ramai peminat dan pengikut program realiti itu bagai tidak percaya dan mempersoalkan keputusan dibuat.

 Elly dikatakan memaklumkan pihak produksi mengenai keputusannya berundur daripada GV3 di belakang pentas sebaik saja Ramli memberi ulasan terhadap persembahannya bersama Achong ketika mendendangkan lagu Jangan Menangis Sayang. Gagal mengawal emosi ketika diasak wartawan berhubung keputusannya itu, Elly memberitahu, dia bagaimanapun tidak mahu menuding jari terhadap Astro termasuk Ramli malah menyifatkan insiden berkenaan sebagai dugaan buatnya. "Saya berterima kasih kepada Astro kerana memberi peluang ini.

 Lagipun markah saya pada minggu ini memang rendah. Sesuailah dengan keadaan yang berlaku," katanya. Sementara itu, pada sidang media berasingan, Pengurus Saluran Astro Ria, Emarina Mohd Kamal menjelaskan timbul kekeliruan mengenai dakwaan kononnya tiada proses penyingkiran peserta pada minggu ini. 

Sambil merujuk kepada status Instagram yang dimuat naik pengacara GV3, Jihan Muse yang mendakwa Elly menarik diri selain tiada penyingkiran yang berlaku, Emarina menjelaskan, perkara itu tidak benar dan ia hanya pandangan peribadi pengacara terbabit. "Berdasarkan format sebelum ini, minggu duet memang ada penyingkiran. Elly tersingkir kerana mendapat markah terendah iaitu 74.4 iaitu 0.2 kurang berbanding Sarah yang mendapat 74.6," katanya.

 


Friday, November 4, 2016

Download Rock Bro Full Movie 2016


Tahukah anda bahawa sudah ada link untuk Download Rock Bro Full Movie 2016 viral di media-media sosial. Admin memetik laporan berita yang dilaporkan oleh sebuah stesen radio pagi tadi. Dalam laporan itu menyebut bahawa Encik Mamat Khalid boss kepada filem Rock Bro telah membuat laporan berkaitan perkara ini.

Seperti mana yang sedia maklum bahawa Rock Bro baru hanya seminggu ditayangkan di pagawam-pawagam seluruh tanah air dan telah pun mendapat kutipan box office selama dua hari tayangan. Jadi sudah pasti ramai yang mengambil peluang untuk menunggu Download Rock Bro Full Movie 2016 jika ada.

Dari sumber berita dan siasatan admin terdapat satu FB Pages yang "upload" full movie tersebut. Tetapi admin tidak dapat atau jumpa pages tersebut. Kepada pemilik pages tersebut ketahuilah yang Mamat Khalid sedang mencari anda.

Jadi kepada semua yang mengharapkan link Download Rock Bro Full Movie 2016 memang admin tiada link nya. Anda boleh menonton di pawagam-pawagam yang berhampiran. Jangan hancurkan industri filem tempatan. Semua orang pun cari makan.

Tonton Online : SINI

Thursday, November 3, 2016

LAZADA Lancar Kempen "Online Revolution – Jenama untuk Semua"

http://www.lazada.com.my/online-revolution/

Ini ada berita yang sangat baik untuk semua pelanggan setia Online Shopping Mall nombor 1 Malaysia LAZADA. Tahukah anda bahawa LAZADA Lancar Kempen "Online Revolution – Jenama untuk Semua" pada 11.11.2016 ini? Jadi sebelum kita mengupas lebih dalam tentang Kempen "Online Revolution – Jenama untuk Semua" ini jom kita fahami apa yang dimaksudkan dengan "Online Revolution – Jenama untuk Semua"

http://www.lazada.com.my/online-revolution/

“Online Revolution” Lazada adalah acara menjual dan membel-belah dalam talian yang terbesar di AsiaTenggara yang membawa jenama, peniaga dan para pengguna bersama-sama di enam buah negara. Lazada memulakan “Online Revolution” pada 12 Disember 2012 (12.12) dalam usaha untuk mendidik para pengguna tentang membeli-belah dalam talian dan kemudahannya. Apa yang bermula sebagai jualan selama satu hari telah mencetuskan kegilaan membeli-belah yang berkembang menjadi acara selama sebulan sebulan pada setiap tahun. 

Semenjak itu, “Online Revolution” Lazada telah membuktikan dirinya sebagai acara jualan runcit dalam talian yang tersibuk di Asia Tenggara. Pada 2015, AS$40 juta dalam Nilai Dagangan Kasar telah dicatatkan semasa finale yang berlangsung selama tiga hari. “Online Revolution” 2016 Lazada akan menyaksikan penyertaan jenama-jenama terkemuka yang sekaligus akan menawarkan beraneka produk popular dan berkualiti, dan tawaran yang terbaik untuk para pengguna dari Asia Tenggara.

 Ingat Temujanji anda dengan LAZADA 11.11.16

Ok dah baca bukan dan pastinya ada dikalangan pembaca phat.my sudah pun membeli-belah semasa "Online Revolution" pada tahun-tahun sebelum ini. Anda pastinya sudah tidak sabar lagi untuk menunggu tarikh 11.11.16 kerana terlalu banyak jenama-jenama besar yang menyertai kempen "Online Revolution" kali ini. Pastinya bukan sahaja anda tetapi juga saya sangat menantikan kempen ini kerana sudah pasti diskaun yang sangat hebat untuk kita perolehi. Pastinya kita semua suka dengar perkataan SALES SALES SALES. Jadi inilah peluang kita untuk mendapatkan produk yang kita mahukan dengan harga yang berbaloi-baloi.Maklumat lanjut sila layari :- http://www.lazada.com.my/online-revolution/

Jika admin sebutkan dan senaraikan di sini pastinya anda semua akan rasa teruja. Antara jenama yang akan turut menyertai acara “Online Revolution” pada tahun ini termasuklah Drypers, L'Oréal, Nestlé, Samsung dan jenama-jenama lain seperti Prodiet, Microsoft, ZTE, Goon, Bosch, Tesco, Mattel, Sports Direct, dan pelbagai lagi. 

Selain itu, para pengguna boleh menjangkakan untuk menemui lebih daripada 500 000 tawaran, termasuklah berbagai-bagai tawaran yang mengagumkan dari jenama tempatan dan antarabangsa termasuklah pelancaran barangan berjenama yang eksklusif. Lazada Malaysia juga akan menampilkan promosi dari pelbagai rakan pemasaran – para pengguna berpeluang untuk memenangi hadiah penerbangan percuma dari AirAsia BIG; termasuklah tawaran istimewa dari DiGi, Maxis, Domino’s, Malaysia, Caltex, HSBC, CIMB, TGV Cinemas dan Maybank semasa “Online Revolution” 2016. Wow!!! Hebat sungguh "Online Revolution" dari LAZADA untuk tahun ini



http://www.lazada.com.my/online-revolution/


Bagaimana? Dengan jenama-jenama dan tawaran yang tersenarai di atas? Adakah anda tidak sabar untuk menjadi salah seorang pembeli dalam kempen "Online Revolution" kali ini. Jadi jangan lepaskan peluang dengan kempen hebat ini. Jadilah orang pertama apabila kempen bermula pada 11.11.16 nanti. Maklumat lanjut anda hanya perlu layari LAZADA 


Jom membeli-belah di LAZADA. Anda hanya perlu layari pautan di bawah ini untuk mendapatkan pelbagai produk berjenama dengan diskaun hebat :-

Senarai 30 Lagu Separuh Akhir Juara Lagu 31 2016


Jom kita ketahui Senarai 30 Lagu Separuh Akhir Juara Lagu 31 2016 untuk rujukan semua peminat Anugerah Juara Lagu yang ke 31 (AJL 31). Peringkat separuh akhir Muzik Muzik 31 akan berlangsung selama dua minggu iaitu pada 4 dan 11 November ini secara langsung di Sri Pentas 2, Shah Alam dekat sini. Anugerah Juara Lagu akan diadakan pada 22 Januari 2017.

Sebanyak 30 buah lagu terbaik dipilih ke peringkat separuh akhir Muzik-Muzik untuk merebut 12 tempat terakhir Anugerah Juara Lagu 31 (AJL31). Pengurus Besar Kumpulan, Kumpulan Jenama dan Rancangan TV3 dan TV9, Sherina Nordin berkata, tahun ini bakal memperlihatkan persaingan bukan sahaja pemuzik arus perdana tetapi juga underground seperti YouTube dan media sosial.

Persembahan Muzik-Muzik 31 Separuh Akhir (Minggu Pertama)

1. Takkan Pergi - Hyper Act
2. Sudah Ku Tahu - Projector Band
3. Hang Pi Mana – Khalifah
4. Hancur Aku - Estranged Feat Fazura
5. Terakhir - Sufian Suhaimi
6. Setia - Elizabeth Tan Feat Faizal Tahir
7. Katakan - Harris Baba
8. Demi Cinta - Ezad Lazim
9. Mencinta – Azhael
10. Kekal Bahagia - Ippo Hafiz
11. Lelaki Teragung - Dayang Nurfaizah
12. Ragu-Ragu - Tasha Mansahar & Syed Shamin
13. Seperti Novel Cinta - Shiha Zikir
14. Cinta Sukar Ditafsirkan - Mal Imran
15. Mungkin Saja - Janna Nick
16. Berat - Mark Adam
17. Ada Saja - Amyra Rosli Feat Juzzthin & Waris

Persembahan Muzik-Muzik 31 Separuh Akhir (Minggu Kedua)

1. Di Amaran Mama - Hazama & The Penglipur Lara
2. Obses - Akim & The Majistret
3. Polaroid - Sakura Band
4. Hidup Dalam Mati – Syamel
5. Hingga Ke Jannah – KRU
6. Seindah Mimpi - Jaclyn Victor
7. Pencuri Hati - Ayda Jebat
8. Terimaku Seadanya - Misha Omar & Hafiz Suip
9. Ku Rela Dibenci - Aiman Tino
10. Selamanya Cinta - Alif Satar & Shila Amzah
11. Kalah Dalam Menang - Syamsul Yusof & Mawi
12. Romeo – Stacy
13. Anugerah Terindah - Black


Wah hebat-hebat lagu yang tercalon kali ini. Semoga berjaya kepada semua yang tercalon ke separuh akhir. Tahniah diucapkan kepada semua artis dan komposer serta penulis lirik.


Tuesday, October 25, 2016

Gambar Wad ICU Hospital Sultanah Aminah JB Terbakar


Ini ada beberapa Gambar Wad ICU Hospital Sultanah Aminah JB Terbakar yang diambil dari beberapa perkongsian di laman sosial facebook. Untuk berita penuh berkaitan kejadian malang ini admin turut berkongsi kepada semua pembaca laporan dari BH Online. 

JOHOR BAHRU: Tingkat dua Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA) mengalami kebakaran pagi ini, Lapor Berita Harian. Dalam kejadian yang dipercayai berlaku kira-kira jam 9 pagi itu, wad IUC dua tingkat berkenaan yang terletak di bahagian selatan hospital telah terbakar.

Pesakit turun di bawa turun dan ditempatkan di tempat letak kenderaan (tapak berhimpun untuk kecemasan) di perkarangan HSA. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, berkata pihaknya masih giat melakukan operasi pemadaman kebakaran selain menyelamat mangsa terperangkap.

Operasi masih diteruskan dan sehingga kini masih belum ada laporan rasmi daripada pihak polis, bomba dan Jabatan Kesihatan negeri berhubung kejadian berkenaan.



Friday, October 21, 2016

Live Streaming Bajet 2017 21 Oktober 2016


Apakah agaknya intipati Bajet 2017 yang akan dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri. Oleh itu, untuk menonton admin kongsikan kepada anda Live Streaming Bajet 2017 21 Oktober 2016 dan sila share kepada rakan-rakan anda yang lain.

Pembentangan Bajet 2016 oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Kewangan akan diadakan seperti berikut:

          Tarikh        : 21 Oktober 2016 (Jumaat)

          Masa         : 4.00 petang

          Tempat     : Parlimen Malaysia


Untuk menonton sila layari pautan di bawah ini :

Live Streaming Bajet 2017 21 Oktober 2016

Tuesday, October 18, 2016

Video Pelajar Perempuan Sekolah Di Baling Ular Semasa Kem


Sekarang tengah viral satu Video Pelajar Perempuan Sekolah Di Baling Ular Semasa Kem seperti satu kem jati diri. Tidak diketahui kejadian tersebut berlaku di mana tetapi ramai netizen yang tidak berpuas hati dengan apa yang terjadi kepada kanak-kanak perempuan dalam video tersebut. Netizen mendesak supaya pihak berkuasa untuk menyiasat perkara ini.

Ramai yang berpendapat apa yang dilakukan oleh mereka-mereka terhadap kanak-kanak dalam video tersebut adalah sangat keterlaluan. Ia mungkin mendatangkan trauma kepada mereka. Jika tujuan jurulatih tersebut untuk meningkatkan keberanian kanak-kanak tersebut mungkin ada cara lain yang lebih berkesan.

Anda boleh nilai sendiri dan boleh memberikan komen setelah anda lihat sendiri Video Pelajar Perempuan Sekolah Di Baling Ular Semasa Kem ini. Semoga siasatan boleh dijalankan dengan cepat kepada penganjur atau sebagainya.

video

Monday, October 10, 2016

Info Berguna Tentang Tendangan Bayi

Perkongsian Info Berguna Tentang Tendangan Bayi ini diambil daripada laman facebook Info Ibu Hamil. Admin kongsikan kepada anda semua untuk manfaat ilmu. Terutama kepada ibu-ibu yang hamil anak pertama. Pastinya pengalaman yang berharga untuk anda semua.




















Semoga bermanfaat kepada semua ibu-ibu hamil di luar sana. Jangan lupa untuk kongsikan kepada sesiapa sahaja artikel ini. Terima kasih FB Info Ibu Hamil.