Monday, November 30, 2015

Hormati Jenazah Yus Jambu



Admin tulis semula apa yang admin Paneh tulis di blog mereka. Ada betulnya bukan. Janganlah kita viralkan gambar-gambar jenazah. Mungkin niat kita baik tetapi tahukah banyak perkara yang perlu kita fikir terutama kepada ahli keluarga arwah yang paling dekat. Hormati Jenazah Yus Jambu.

Penting sangat penting. Seperti yang kita semua tahu pelawak yang sering menghiburkan Yus Jambu atau Pak Yus kita telah menemui pencipta-Nya malam tadi kira-kira jam 1 pagi. Memang media sosial penuh dengan ucapan takziah untuk keluarga arwah. Tidak lupa juga semua pun turut menyedekahkan Al-Fatihah untuk arwah. Tetapi agak mengejutkan bila tiba majlis pengebumian dan semasa penghormatan terakhir ramai yang mengambil gambar jenazah arwah. Setakat mengambil gambar untuk simpanan mungkin ok tetapi jangan pula kita viralkan Hormati Jenazah Yus Jambu.

Tetapi hakikatnya itulah yang terjadi. Terang-terang muka arwah yang sudah pun lengkap berkafan telah viral. Mungkin niat baik tetapi kita harus faham ini melibatkan emosi orang yang rapat dengan arwah. 

Boleh nak share gambar tetapi share lah gambar semasa arwah masih hidup. Benda ini memang susah nak control sebab kita hidup zaman teknologi dihujung jari. Tetapi ingatkah anda dengan berita pemergian arwah Tuan Guru Nik Aziz. 

Pihak keluarga arwah Tok Guru memohon supaya sesiapa yang mempunyai gambar jenazah semasa berkafan dipadamkan. Begitu juga dengan kes ini harap mana-mana yang viralkan gambar arwah boleh padamkan di media sosial masing-masing. Ini pandangan peribadi penulis. Terima kasih

Jangan lupa sedekahkan Al-Fatihah dan doakan yang baik-baik untuk arwah.

Yus Jambu Meninggal Dunia

Al-Fatihah untuk pelawak dari kumpulan Jambu iaitu Yus atau lebih dikenali sebagai Pak Yus telah meninggal dunia sebentar tadi. Memetik dari laman instagram Tauke Jambu Pak Yus Jambu meninggal dunia akibat dari sesak nafas.

Pak Yus dan Tauke dari kumpulan Jambu sedang menyertai rancangan Juara Parodi dan bergandingan dengan Misha Omar.

Mari sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah Pak Yus. Ini antara screenshot laman  sosial sahabat arwah Yus Jambu.

Friday, November 27, 2015

Hujan Lebat Peringkat Merah Di Pantai Timur



Kepada semua penduduk-penduduk negeri di Pantai Timur harap anda semua sentiasa berhati-hati dengan keadaan cuaca sekarang ini. Amaran Hujan Lebat Peringkat Merah Di Pantai Timur dan Johor telah dikeluarkan oleh MET Malaysia sebentar tadi. Untuk maklumat lanjut admin kongsikan berita dari Metro Online di bawah ini.

Kuala Lumpur: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), mengeluarkan amaran hujan lebat peringkat merah dan jingga bagi negeri Pantai Timur dan Johor dijangka berterusan sehingga esok. Menerusi kenyataan dikeluarkan di Facebook dan laman web, MetMalaysia meramalkan hujan lebat berlaku di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor.

Amaran hujan lebat peringkat merah dikeluarkan kepada Kota Bharu, Pasir Puteh, Bachok dan Tumpat, Kelantan manakala di Terengganu daerah yang terjejas ialah Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman.Amaran peringkat jingga pula dikeluarkan kepada daerah Kuala Krai, Gua Musang, Jeli, Tanah Merah, Machang, Pasir Mas serta Hulu Terengganu.

Selain itu, daerah Mersing, Kota Tinggi, Segamat, Kluang, Kulai dan Johor Bahru, Johor serta Kuantan, Pekan dan Rompin, Pahang turut dikeluarkan amaran jingga berikutan mengalami taburan hujan sederhana lebat.

Sementara itu, angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur dan Sarawak bermula hari ini sehingga Isnin ini.

Kawasan pantai di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur juga terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut dijangka berlaku bermula pada hari ini sehingga esok.

Fouziah Gous Selamat Bersalin



Pelakon popular yang juga pengacara rancangan Nona iaitu Fouziah Gous Selamat Bersalin. Fouziah Gous Selamat Melahirkan cahaya mata pertama mereka pada 26 November 2015 jam 11.40 pagi. Mereka menrima kehadiran orang baru ini di sebuah hospital swasta di Shah Alam. Menurut suaminya, Fouziah dan bayi kini berada dalam keadaan sihat.

Perkara tersebut dikongsikan bersama di laman Instagram dan turut disambut dengan ucapan tahniah serta doa terbaik daripada peminat mereka. Fouziah dan suami sebelum ini merahsiakan terlebih dahulu jantina anak mereka.

Semoga kehadiran cahaya mata baru ini akan menambah lagi keceriaan dan kebahagiaan keluarga ini. Meriah juga bulan November tahun ini dengan kelahiran cahaya mata oleh beberapa selebriti lain sebelum ini.


Tahniah sekali lagi kepada Fouziah Gous dan Zhafran.

Chong Wei Ranking ke 3 Dunia 2015

 
 
Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei berada di landasan tepat untuk layak beraksi pada Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil selepas menduduki ranking ketiga dunia, demikian menurut ranking Persekutuan Badminton Dunia (BWF) yang dikeluarkan Chong Wei Ranking ke 3 Dunia 2015

Kedudukan Chong Wei dalam ranking dunia melonjak selepas pemain nombor satu Malaysia itu meraih tiga gelaran berturut-turut di Terbuka Perancis, China dan Hong Kong, baru-baru ini.

Chong Wei kembali beraksi pada kejohanan kompetitif Jun lepas, selepas menjalani penggantungan selama lapan bulan oleh BWF kerana kesalahan doping.Berikutan itu, ranking beliau jatuh merudum daripada pemain nombor satu dunia kepada kedudukan ke-180.

Mengulas pencapaian itu, Pengarah Teknikal Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Morten Frost Hansen berkata ranking Chong Wei naik mendadak daripada kedudukan ke-180 kepada ketiga dunia, dalam tempoh kurang enam bulan.

"Chong Wei menampilkan prestasi mengagumkan...ia pencapaian yang hebat kerana beliau menjuarai tiga kejohanan berturut-turut.

"Kejayaannya baik untuk badminton negara. Jangkaan saya tepat...sejak hari pertama berada di sini, saya percaya Chong Wei mampu melakukannya," kata Frost di sini hari ini.

Frost ditemui pemberita ketika hadir menyaksikan Kejohanan Badminton Remaja Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) 2015 di Arena Sukan Sentosa di sini.

Mengenai jurulatih perseorangan lelaki negara, Frost berkata pada masa ini, beliau tidak dapat mengumumkan senarai nama jurulatih berkenaan, namun mereka terdiri daripada jurulatih tempatan dan asing bagi membimbing pemain kebangsaan.

"Saya belum berbincang dengan Chong Wei mengenai jurulatih perseorangan... seperti yang saya katakan, terdapat pilihan dalam senarai jurulatih. Saya berharap dapat memilih jurulatih perseorangan menjelang akhir Disember ini,"katanya.-Stadium Astro-

Thursday, November 26, 2015

Respons Emma Maembong Isu Dia Hamil Yang Viral



Semalam pelbagai berita yang keluar di media sosial dan blog berkaitan isu Emma Maembong hamil. Emma Maembong hamil anak luar nikah lah dan bermacam-macam lagi fitnah yang membabitkan Emma Maembong. Oleh itu, menerusi Instagram milik Emma, beliau menjelaskan segala-segalanya. Jom kita baca Respons Emma Maembong Isu Dia Hamil Yang Viral tersebut.

"Apa benda merepek ni?? Ya allah manusia zaman skng ni kenapa terlalu kejam? Keadaan masa ni emma tgh photoshoot dekat media hiburan, dan emma hanya bercerita dekat media yg kakak emma, yaya sedang hamil. I was excited to share that good news dgn semua org, and emma share yg at that time emma tlg belikan pregnancy test utk kakak emma. 

Ads: Info berkaitan jawatan kosong kerajaan, berita terkini dalam dan luar negara serta pelbagai informasi terkini sila layari : PORTAL PANEH MIANG

Dan sekarang kakak emma sedang pregnant msuk 5 bulan dah. Which means cerita ini sudah 5 bulan berlalu. Apa yg buat emma pelik, kenapa cerita yang dikongsi dgn beliau 5 bulan lepas baru dikeluarkan sekarang? What's the motif behind this? 

Kenapa diorg nk keluar kan cerita ni sekarang?? It's really upsetting, bcause of this ridiculous headline, ramai org ingat yang bukan2 tentang emma.suka sgt ke nk tgok org jatuh? Tlg la hentikan fitnah2 mcm ni.sy tak kacau sapa2 pon. #emmamaembong #Emavengers @emavengers"

Jadi henti-hentikan lah mereka cerita sensasi untuk kepentingan sendiri wahai blogger-blogger sekalian alam. Fitnah tu..

Kisah Sebenar 3 Lelaki India Cuba Rogol Gadis Di Kajang



Ini Kisah Sebenar 3 Lelaki India Cuba Rogol Gadis Di Kajang. Bukan cubaan tetapi sebenarnya gadis tersebut telah pun dirogol di dalam kereta. Tetapi gadis tersebut bukan gadis Melayu tetapi seorang yang berasal dari Thailand. Maklumat lengkap kita baca laporan Harian Metro online di bawah.

Kuala Lumpur: Alasan mahu menggunakan tandas restoran membolehkan seorang remaja perempuan berusia 18 tahun meminta bantuan pelanggan restoran itu untuk melepaskan diri daripada tiga lelaki yang menculik dan merogol serta menyamunnya, Sabtu lalu.

Dalam kejadian berhampiran sebuah restoran di Balakong, Kajang, itu pelanggan restoran itu kemudian berjaya menahan tiga penjenayah terbabit.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Asisten Komisioner Rotzarn Rashid berkata, mangsa yang berasal dari Thailand, baru keluar dari rumahnya di Taman Bukit Cheras pada jam 8.50 pagi, untuk ke tempat kerjanya di sebuah salon rambut.

Menurutnya, seorang lelaki bersenjatakan kapak datang dan secara mengejut memegang tangan, memaut leher serta mengugut mangsa supaya mendiamkan diri.

Katanya, suspek mengarahkan mangsa masuk ke dalam sebuah kereta dan membawanya mengelilingi kawasan perumahan sekitar Cheras serta Balakong.

"Ketika dalam kereta, mangsa dirogol suspek,” katanya.

Beliau berkata, kereta penjenayah itu kemudiannya kehabisan minyak dan selepas seorang daripada mereka ke stesen minyak untuk membeli petrol, mangsa memberi alasan mahu menggunakan tandas restoran berhampiran.

“Ketika dalam restoran, mangsa meminta bantuan pemilik serta pelanggan yang kemudian berjaya menahan semua suspek berusia antara 20 hingga 24 tahun dan menyerahkannya kepada polis,” katanya.

Rotzarn berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 376 dan 395 Kanun Keseksaan kerana merogol dan samun.

Sementara itu, gambar mangsa dan video rakaman suspek ditahan, tersebar di laman sosial Facebook sejak Isnin lalu.

Laluan KM52.4 Lentang Dibuka Sepenuhnya

 

Masihkah anda semua ingat kejadian tanah runtuh dan banjir lumpur di KM52.4 Lebuhraya Karak baru-baru ini. Susulan kejadian tersebut KM52.4 Lentang tersebut telah ditutup sepenuhnya kepada semua lalu lintas. Ini kerana pihak konsesi menjalankan kerja-kerja pembersihan dan baikpulih kawasan terbabit. Jadi menerusi pihak LLM kini Laluan KM52.4 Lentang Dibuka Sepenuhnya kepada semua lalu lintas.

Jika sebelum ini hanya satu lorong dibuka tetapi Laluan KM52.4 Lentang Dibuka Sepenuhnya telah membuka kembali lorong perlahan menjadikan ia seperti sebelum ini iaitu 2 lorong. Cuma lorong kecemasan masih belum dibuka kerana kerja-kerja "gabion wall".

Jadi kepada semua pengguna lalun ini harap anda bersabar dan berhati-hati dengan sebarang kemungkinan. Awasi had laju anda apabila menghampiri kawasan tersebut. Berhati-hati di jalan raya. Ingatlah orang tersayang.

Jom admin kongsikan 3 gambar kawasan KM52.4 yang telah dibaik pulih dipetik dari laman FB LLM.



Wednesday, November 25, 2015

Cerita Sebenar Achey Isu Kenyataan Isteri Arwah Harun Salim Bachik


Semalam viral berita berkaitan isteri kepada arwah Harun Salim Bachik mengatakan pelawak Achey menipu tentang isu tanya khabar keluarga mereka setelah pemergian arwah Harun Salim Bachik. Jadi di sini admin ingin kongsikan Cerita Sebenar Achey Isu Kenyataan Isteri Arwah Harun Salim Bachik yang dipetik dari laporan MStar Online.

PETALING JAYA: Pelawak Achey kesal dengan kenyataan yang dibuat balu Harun Salim Bachik iaitu Surianti Mohd Nor yang menuduh dia menipu mengenai kenyataannya kepada media bahawa dia pernah bertanyakan khabar keluarga itu.

Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah, 29, berkata, terdapat salah faham mengenai perkara tersebut kerana pertanyaan khabar itu sebenarnya diajukan kepada anak sulung bekas isteri pertama Harun dan bukannya melalui Surianti.

"Saya rasa perkara ini hanya salah faham sahaja. Sebenarnya, saya ada bertanya khabar mengenai keluarga arwah abang Harun. Dan pertanyaan itu diajukan kepada anak kepada isteri pertama arwah."Dah alang-alang bertanya, saya tanya sekali mengenai anak-anak isteri kedua arwah juga. Itu sahaja," katanya yang dihubungi mStar Online pada Rabu.

Pada Selasa, mStar Online melaporkan Surianti meluahkan perasaan terkilan dengan kenyataan Achey dalam sebuah portal hiburan kononnya sering bertanya khabar keluarga mereka, sedangkan ia tidak benar.Malah, Surianti turut mendedahkan, dia juga tidak tahu-menahu mengenai status perniagaan arwah suaminya yang dikongsi bersama Achey dan beberapa orang lain selepas dikeluarkan daripada grup perniagaan tersebut.

Surianti juga bersama dua anaknya berhasrat pulang ke kampung halaman di Kulim, Kedah pada waktu terdekat gara-gara kesempitan hidup selepas kematian Harun pada Mac lalu.Dalam pada itu, Achey berkata, mengenai perniagaan tersebut, dia tidak terlibat dengan sebarang urusan perniagaan bersama Surianti dan enggan mengulas lebih lanjut mengenai perkara itu.

"Macam ini lah, apa yang saya boleh jelaskan, saya dan Surianti tidak ada apa-apa jalinan perniagaan pun."Kalau boleh saya tak mahu ulas lebih lanjut, takut isu lain pula yang timbul dan menjadi punca salah faham berlaku.

"Saya menjalankan bisnes pun dengan anak kepada isteri pertama arwah, bukan dengan Surianti," jelas Achey.Sementara itu, Achey berkata, dia tidak sangka isu tersebut menjadi berita utama dan terkejut dengan kenyataan yang diberikan Surianti.

Apatah lagi, sebagai orang luar, dia enggan mencampuri urusan keluarga arwah Harun."Saya terkejut perkara ini menjadi isu. Saya ini orang luar, takkan nak masuk campur hal keluarga mereka.

"Niat saya sebelum ini pun sekadar mahu bertanya khabar, memandangkan arwah Harun baik dengan saya dan kami saling berkongsi masalah. Mungkin perkara ini hanyalah salah faham antara dua pihak," katanya.

Surianti berkahwin dengan Allahyarham Harun Salim Bachik pada tahun 2000. Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Siti Hazeera Sofea, 12, Hakeem Sufy Al-Rashid, 14.Menerusi perkahwinan pertama dengan Martinah Ahmad, Harun memiliki empat orang anak namun perkahwinan pertama itu tidak bertahan lama.

Video Cubaan Rogol Wanita Melayu Oleh Lelaki India Di Kajang




Admin kongsikan satu Video Cubaan Rogol Wanita Melayu Oleh Lelaki India Di Kajang yang sedang viral gambarnya semalam. Memetik video dari laman web FB Warga Prihatin melalui video ini mungkin boleh difahami oleh mereka yang pandai berbahasa Tamil.

Menurut FB Warga Prihatin Cubaan merogol seorang wanita Melayu oleh 3 lelaki India ini dilakukan di siang hari. Lebih unik lagi apabila rakan-rakan India yang mendegar jeritan meminta tolong dari mangsa itu yang bergegas membantu menangkap penjenayah tersebut.

Jom kita saksikan Video Cubaan Rogol Wanita Melayu Oleh Lelaki India Di Kajang tersebut. Moral dari kejadian ini tidak kira siapa pun kita apa bangsa kita tolong menolong mereka yang kesusahan adalah amat perlu sekali.


video

Tuesday, November 24, 2015

Live Streaming Pahang vs Lions XII 24 Nov 2015



Jom saksikan perlawanan suku akhir pertama di antara pasukan Pahang menentang Lions XII yang akan diadakan di Stadium Darul Makmur jam 8.45 malam ini. Jom saksikan perlawanan ini secara dalam talian hanya di Live Streaming Pahang vs Lions XII 24 Nov 2015.

Mari kita sama-sama saksikan kehebatan kedua-dua pasukan yang sememangnya sentiasa menjadi perlawanan tumpuan sepanjang mengharungi liga super dan piala FA sebelum ni. Jom kepada semua yang tidak berkesempatan ke stadium anda boleh saksikan perlawanan melalui Live Streaming Pahang vs Lions XII 24 Nov 2015 hanya melalui pautan di bawah.

Live Streaming Pahang vs Lions XII 24 Nov 2015


Banjir Di Raub 2015



Seperti semua tahu hujung-hujung tahun memang musim tengkujuh akan melanda negara kita Malaysia. Dan berkemungkinan tempat-tempat rendah, berhampiran parit atau sungai akan dilanda banjir. Terbaru selepas Kuala Selangor semalam diberitakan berlakunya Banjir Di Raub 2015. Jadi jom kita baca laporan dari Sinar Harian di bawah ini.

KUANTAN - Jumlah mangsa banjir di Raub malam ini meningkat kepada 122 orang berbanding 97 yang direkodkan petang tadi.Pengarah Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) negeri Pahang Zainal Yusoff berkata, kesemua mangsa yang dipindahkan melibatkan penduduk dari enam kampung iaitu Kampung Padang Manggis, Masjid Gali, Gali Hilir, Kuala Temau, Ajai dan Kuala Gali.

"Sebanyak empat pusat pemindahan banjir telah dibuka iaitu Dewan Orang Ramai Gali Tengah yang menempatkan 56 mangsa, Masjid Kuala Temau (21), Dewan Serbaguna Kampung Pia (37) dan Kompleks Mini Sukan Kampung Kuala Gali (8).

"Sebuah lagi pusat pemindahan yang dibuka 7 pagi tadi di Balai Raya Kampung Tok Machang yang menempatkan seorang warga emas telah ditutup pada 5.30 petang selepas banjir di kediamannya kembali pulih," katanya ketika dihubungi di sini, malam ini.

Katanya setakat ini tiada pemindahan mangsa banjir melibatkan daerah lain direkodkan. - Bernama



Gambar dari Harian Metro

Monday, November 23, 2015

IPTA Haram Hisap Vape



IPTA Haram Hisap Vape di Kampus bagi semua pelajar mereka. Ini adalah persetujuan semua 20 IPTA yang terdapat di Malaysia. Jadi untuk berita penuh berkaitan perkara tersebut admin kongsikan kepada anda semua laporan daripada Utusan Online.

KANGAR 22 Nov. - Semua 20 universiti awam (UA) bersetuju mengharamkan penggunaan vape atau rokok elektronik diharamkan di kampus masing-masing, kata Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh.Beliau berkata, keputusan itu dicapai bersama oleh naib-naib canselor di 20 universiti berkenaan yang bermesyuarat Jumaat lepas.

Katanya, arahan larangan penggunaan vape itu dikuatkuasakan kerana pihak universiti mahu menjadikan kawasan kampus sebagai ‘zon hijau’.Idris berkata, penggunaan vape adalah larangan terbaru selain pihak universiti telah lama menjadikan kawasan kampus bebas daripada merokok.

“Perkara ini telah diputuskan oleh naib canselor (NC) masing-masing yang memang mempunyai autonomi untuk melaksanakan sebarang peraturan tanpa melibatkan campur tangan kerajaan,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Sukan Institusi Pendidikan Malaysia (Sipma) Ke-6 2015 anjuran Kementerian Pengajian Tinggi yang dikelolakan Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti di Dewan 2020 di sini malam tadi.

Yang turut hadir Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mary Yap Kain Ching; Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man dan Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Kolej Komuniti, Datuk Amir Md. Noor.

Antara universiti yang terlibat dalam pengharaman itu ialah Universiti Malaya (UM), Universi­ti Sains Malaysia (USM), Universi­ti Kebangsaan Malaysia (UKM), Uni­versiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) serta Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Mengenai sukan dalam ka­langan pelajar universiti, Idris berkata, kerajaan menyediakan banyak insentif dan kemudahan selain pengecualian tertentu kepada atlet yang aktif untuk mengga­lakkan mereka mencapai kejayaan cemerlang dalam bidang sukan.

Malah, katanya, lebih separuh pingat yang diperoleh kontinjen negara dalam Sukan SEA disumbangkan oleh atlet dalam kalangan pelajar terutamanya pelajar universiti.

“Kerajaan memang mengiktiraf kejayaan pelajar dalam bidang sukan. Ini dapat dilihat melalui banyak insentif dan penganugerahan disediakan untuk mereka agar lebih produktif,” katanya.

Kejohanan yang bermula semalam sehingga 28 November ini disertai 994 atlet yang akan bertanding dalam tujuh acara iaitu renang, olahraga, badminton, tenpin boling, bola sepak, squasy dan hoki.-Gambar adalah dari Youtube.


Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik-Muzik 30


Pastinya ramai yang ingin tahu apakah lagu yang tersenarai untuk ke Separuh Akhir Muzik-Muzik 30 untuk tahun 2015 ini. Jadi kepada semua ini dia Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik-Muzik 30 untuk rujukan semua peminat setia rancangan Muzik-Muzik.

1. Kaka Azraff – Bukan Hal Aku (feat. Sleeq)
2. Ayda Jebat – Siapa Diriku
3. Lah Ahmad – Kau Tercipta
4. Stacy – Not for sale
5. Firman – Di Pintumu
6. Black – Mana Mungkin
7. Forteen – Linangan Terakhir
8. Ronnie Hussein – DiKoyak Waktu
9. Aziz Harun – Senyum
10. Amir Jahari – Selalu Ada
11. Nanasheme – Hantu Atau Buaya
12. Faizal Tahir – Assalamualaikum
13. Tasha Manshahar – Terima Kasih
14. Noh Salleh – Angin Kencang
15. Mawi, Hazama – Al Nuraa Yang 5 Yang 6 feat Daly Filsuf
16. Hafiz dan Adira – Untuk Cinta
17. Hey Kau – Sandra
18. Dayang Nurfaizah – Takkan Pernah Menyerah
19. Aizat – Langit Tetap Biru
20. Akim & The Majistret – Potret
21. Alyah – Syurga
22. Azmil – Nyawaku
23. Bunkface – Malam Ini Kita Punya
24. Caliph Buskers – Hanya Namamu
25. Drama Band – Biarkanlah
26. Elizabeth Tan – Knock Knock
27. Hazama – Sampai Mati
28. Qanda – Cinta Yang Sempurna
29. Sakura Band – Melepaskanmu
30. Sofazr, Asfan, RJ – #Peristiwa


Jadi bagaimana dengan senarai ini. Anda berpuas hati. Adakah lagu kegemaran anda semua tercalon. Kita nantikan antara 30 lagu ini lagu manakah yang akan ke peringkat akhir Juara Lagu 30 nanti. Sama-sama kita tunggu.

Thursday, November 19, 2015

Gambar Banjir Di Mekah

 

Lebih kurang 12 orang nyawa terkorban dalam kejadian banjir kilat yang melanda Arab Saudi semalam. Bandar-bandar yang terlibat dengan kejadian banjir kilat ini adalah Mekah, Madinah, Hail dan Arar.Ini adalah disebabkan oleh hujan lebat yang melanda bahagian tengah dan barat Arab Saudi. Jom saksikan beberapa gambar banjir di Mekah yang di kongsikan dari laman FB Komuniti Utusan.

Sekolah dan universiti di Jeddah dan Makkah akan ditutup pada hari Rabu.Lapan penerbangan domestik di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz di Jeddah telah ditangguhkan akibat hujan, sementara satu penerbangan antarabangsa dilencongkan ke Madinah.

Bandar Tabuk berhampiran sempadan dengan Jordan menyaksikan hujan lebat semalam. Ini berlaku sebagai garis ribut memasuki Arab Saudi dari utara, membawa sekurang-kurangnya 38 milimeter hujan dengan penurunan yang disertakan dalam suhu. 









IKEA Cheras Dibuka 19 November 2015



Sudah pasti berita baik bagi semua pelanggan-pelanggan barangan IKEA di Malaysia. Cawangan kedua IKEA dengan rasminya dibuka 19 November 2015. Cawangan kedua IKEA di Malaysia tersebut adalah di Cheras. Jadi untuk maklumat lanjut berkaitan berita IKEA Cheras Dibuka 19 November 2015 ini jom kita baca laporan dari BH Online.

KUALA LUMPUR: IKEA, pengendali pusat beli belah barangan kelengkapan rumah terus mengukuhkan kedudukannya di Malaysia menerusi pembukaan gedung keduanya di Jalan Cochrane, Cheras. IKEA Cheras yang meliputi ruang beli belah seluas 42,000 meter persegi adalah 20 peratus lebih besar daripada gedung pertamanya di Damansara. 

Pengarah Urusan IKEA Malaysia, Singapura dan Thailand, Christian Rojkjaer, berkata IKEA Cheras menjadi suatu petanda penting dalam rancangan pengembangan jangka panjang syarikat di seluruh Asia Tenggara. Katanya, dengan pembukaan gedung baharu itu, IKEA kini memiliki sejumlah lima gedung barangan kelengkapan rumah rekaan Sweden di rantau ini. 

"Dengan pertambahan penduduk dan keperluan yang semakin meningkat, Malaysia akan terus kekal sebagai antara pasaran penting bagi IKEA. "Kami akan terus mencari peluang untuk mengembangkan perniagaan di negara ini," katanya pada pembukaan dan perasmian IKEA Cheras, di sini, pagi ini. 

Yang turut hadir, Pengarah Peruncitan IKEA Malaysia, Singapura dan Thailand, Mike King. IKEA Cheras menawarkan 56 ruang pameran dan lebih 8,500 produk yang bersesuaian dengan kediaman Malaysia. Menjanjikan lebih keselesaan, gedung itu juga dilengkapi dengan kemudahan yang mampu menampung 780 tempat duduk di restoran dan lebih 1,700 tempat letak kereta.

 


Malaysia Tandatangan TTPA Februari 2016



Malaysia Tandatangan TTPA Februari 2016 adalah topik pilihan untuk dikongsi admin bagi hari ini. Isu TPPA memang hangat diperkatakan di negara kita sekarang. Untuk maklumat lanjut berkaitan TPPA anda boleh terus searh di internet apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan TPPA.

MANILA: Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) dijangka dimeterai oleh 12 negara anggotanya pada awal Februari depan di New Zealand. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri New Zealand, John Phillip Key dalam mesyuarat dua hala dengan beliau di sini. 

"Semasa mesyuarat kami pagi tadi, Key ada memaklumkan kepada saya ada kemungkinan perjanjian TPPA akan ditandatangani di New Zealand pada awal Februari tahun depan jika yang mana dalam konteks Malaysia, Parlimen memberikan persetujuan untuk kerajaan menandatanganinya," katanya pada sidang media di sini. Sementara itu, Perdana Menteri berkata, dalam mesyuarat dengan 12 pemimpin negara anggota TPPA yang diadakan di sisi Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) selepas itu, semua menyatakan komitmen untuk berusaha ke arah mendapatkan ratifikasi dan memeterai perjanjian itu supaya ia dapat dilaksanakan dan diraih manfaatnya. 

"TPPA akan memanfaatkan pengguna dan industri. Semua pemimpin bersetuju bahawa setiap negara anggota akan meraih manfaat daripada perjanjian itu," katanya. NAJIB bersama (dari kiri) Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe; Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama; Presiden Mexico, Enrique Pena Nieto dan Perdana Menteri New Zealand, John Key bergambar kenangan di persidangan pemimpin TPPA sempena Sidang Kemuncak APEC di Manila, Filipina, hari ini.

Najib berkata, dalam mesyuarat TPP itu beliau menyatakan penghargaan kepada negara anggota TPPA lain yang telah bersedia memberikan fleksibiliti kepada Malaysia dalam isu-isu sensitif termasuk yang berkaitan agenda Bumiputera dan kontrak kerajaan. 

Dalam soal ini, Perdana Menteri berkata, Malaysia sebenarnya membuat keputusan yang tepat untuk menyertai perkongsian itu pada peringkat awal iaitu semasa ia masih dalam perundingan berbanding negara yang menyertainya kemudian. "Minat yang ditunjukkan oleh lebih banyak negara untuk menyertai TPPA menunjukkan yang Malaysia melakukan perkara yang betul untuk menyertai rundingan dan menikmati kelebihan sebagai anggota awal," katanya.

SUMBER

Wednesday, November 18, 2015

Cerita Sebenar Kes Bunuh Kerani Wanita Di Muar


Ini adalah laporan dari pihak Utusan Online yang lebih menjurus kepada Cerita Sebenar Kes Bunuh Kerani Wanita Di Muar dua hari lepas.Jadi mari kita sama-sama baca apa yang dilaporkan tersebut. Sebelum itu mari sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah mangsa dan takziah diucapkan kepada keluarga mangsa.

MUAR 17 Nov. - Seorang kerani sebuah sekolah agama pasti tidak me­nyangka tindakannya pulang seketika untuk mengambil barang di rumahnya di Taman Setia Kasih di sini, bakal meragut nyawanya, petang semalam.

Lebih menyedihkan, mungkin jeritan mangsa yang berusia 29 tahun itu meminta tolong tidak didengari jiran-jiran ekoran hujan lebat semasa kejadian.

Bagaimanapun, seorang jirannya, Aminah Syukur, 34, yang curiga apabila enjin kereta Honda Civic dan pintu rumah terbuka mendorong ‘menyiasat’ apa yang berlaku dan terkejut apabila me­nemukan mangsa terbaring separuh bogel dengan leher dijerut menggunakan tali pengikat langsir di depan pintu sebuah bilik, dipercayai dirompak dan dibunuh.

Semasa kejadian, suami ma­ngsa tiada di rumah kerana bekerja di Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (Pulada) Ulu Tiram, Johor Bahru manakala anak tunggal mereka yang berusia kira-kira 11 bulan dijaga pengasuh di rumah berhampiran.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, pihaknya dimaklumkan tentang kejadian itu pukul 6 petang dan apabila pasukannya tiba mendapati pintu sebelah pemandu kereta Honda Civic milik mangsa dan pintu depan rumah berkenaan terbuka.

“Siasatan awal tidak menemukan sebarang senjata lain dan tiada sebarang kesan pecah rumah. Malah, keadaan rumah seperti biasa atau tiada tanda-tanda rumah itu digeledah.

“Bagaimanapun, dokumen pengenalan diri, dompet, telefon bimbit dan barang kemas mangsa semuanya hilang dipercayai dilarikan perompak. Jiran sebelah rumah mangsa yang menyedari kejadian itu,” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan, pihaknya telah menahan enam lelaki warga Nepal yang berusia 25 hingga 43 tahun kurang dua jam selepas kejadian untuk membantu siasatan.

“Sejurus kejadian ini, kita me­nubuhkan sebuah pasukan khas menjejaki penjenayah berkenaan dan pada masa sama menahan enam lelaki warga Nepal yang me­rupakan pekerja kontrak di kawasan berhampiran,” katanya.

Beliau turut meminta semua pihak berhenti menyebarkan sebarang spekulasi yang tidak berasas dalam media sosial kerana me­ngundang pelbagai persepsi selain mengganggu siasatan.

“Tolong jaga sensitiviti keluarga mangsa. Sudahlah mereka kehilangan insan tersayang, macam-macam berita pula yang ditulis dan gambar disiarkan di Facebook sedangkan semua itu belum tentu kebenarannya.

“Pada masa ini, siasatan menjurus kepada rompakan yang bertukar menjadi pembunuhan, manakala motif dan punca kematian masih disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya sambil memberitahu pihaknya turut membuat laporan terhadap pihak yang menyebarkan gambar mangsa dan suami dalam media sosial.-Utusan Online-

Tuesday, November 17, 2015

Kes Bunuh Kerani Suspek Warga Nepal Ditahan


Susulan berita kes rompak, rogol dan bunuh seorang ibu muda yang juga seorang kerani sekolah agama di Muar, Johor. Berita penuh anda boleh baca di sini. Baru sahaja dilaporkan oleh Harian Metro Online bahawa Kes Bunuh Kerani Suspek Warga Nepal Ditahan untuk siasatan.Jom kita baca laporan tersebut.

Muar: Polis Muar menahan enam lelaki Nepal berusia 25 hingga 43 tahun bagi membantu siasatan kes bunuh dan rompak kerani Sekolah Agama Sungai Raya di Sungai Terap di sini, petang semalam.Ketua Polis daerah Muar, Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, sebaik menerima panggilan kecemasan pada 5 petang semalam, beberapa anggota polis bergegas ke lokasi.

Katanya, apabila tiba pihaknya menemui seorang wanita terbaring dengan kesan jerutan di leher di depan bilik utama rumah itu."Berikutan itu, kami menubuhkan satu pasukan khas bagi menjejak penjenayah berkenaan.

"Pada masa sama, kami menahan enam lelaki warga Nepal berusia 25 hingga 43 tahun yang bekerja di kawasan berhampiran bagi membantu siasatan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar di sini, hari ini.-Metro Online-

Muar: Polis Muar menahan enam lelaki Nepal berusia 25 hingga 43 tahun bagi membantu siasatan kes bunuh dan rompak kerani Sekolah Agama Sungai Raya di Sungai Terap di sini, petang semalam.
Ketua Polis daerah Muar, Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, sebaik menerima panggilan kecemasan pada 5 petang semalam, beberapa anggota polis bergegas ke lokasi.
Katanya, apabila tiba pihaknya menemui seorang wanita terbaring dengan kesan jerutan di leher di depan bilik utama rumah itu.
"Berikutan itu, kami menubuhkan satu pasukan khas bagi menjejak penjenayah berkenaan.
"Pada masa sama, kami menahan enam lelaki warga Nepal berusia 25 hingga 43 tahun yang bekerja di kawasan berhampiran bagi membantu siasatan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar di sini, hari ini.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/93703#sthash.qZj2PjQe.dpuf

Kerani Sekolah Agama Dirompak Dirogol Dibunuh Di Muar



Kejam dan tidak berperikemanusiaan itulah perkataan yang dapat digambarkan kepada penjenayah yang terlibat dengan kes Kerani Sekolah Agama Dirompak Dirogol Dibunuh Di Muar yang berlaku petang semalam di kediaman mangsa sendiri.Untuk berita penuh admin kongsikan kepada anda laporan daripada BH Online.

Seorang kerani Sekolah Agama Sungai Raya di Bukit Pasir, Muar ditemui mati dipercayai dibunuh di rumahnya di Sungai Terap, dekat sini, malam tadi. Mangsa yang berusia 29 tahun ditemui pasukan polis yang menerima aduan jiran mangsa yang mengesyaki sesuatu apabila mangsa yang tidak keluar rumah, kira-kira jam 7 malam tadi. 

Polis yang tiba di lokasi kejadian mendapati enjin kereta dipercayai milik mangsa tidak dimatikan, manakala pintu kereta di bahagian pemandu terbuka. Difahamkan polis kemudian menemui mayat mangsa terbaring dalam keadaan separuh bogel di depan pintu bilik. 

Mangsa dipercayai mati akibat dijerut dan siasatan awal mendapati barangan berharga milik mangsa termasuk dokumen pengenalan diri dan telefon bimbit juga hilang. 

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Senior Asisten Komisioner Kamarul Zaman Mamat dalam pesanan mesej ringkas berkata, mangsa dipercayai dirogol dan dibunuh.-BH-

Monday, November 16, 2015

Banjir di Shah Alam 16 November 2015



Negara kita sedang mengalami musim tengkujuh apabila memasuki bulan November dan Disember setiap tahun. Dan langkah berjaga-jaga sedang diambil dan sentiasa bersedia menghadapi bencana banjir terutama negeri di Pantai Timur. Tetapi hari ini dan malam tadi beberapa tempat telah berlaku banjir kilat antaranya di Puncak Alam, Johor Bahru dan terbaru di kawasan Shah Alam. Jadi mari kita baca laporan dari Berita Harian Online berkaitan Banjir di Shah Alam 16 November 2015 ini.
 
SHAH ALAM: Beberapa kawasan di bandar raya ini dinaiki air selepas hujan lebat selama dua jam sejak jam 1 tengah hari tadi menyebabkan berpuluh-puluh kereta tersangkut. Antara kawasan berkenaan adalah Seksyen 13, Seksyen 9, Seksyen U8 dan Batu Tiga, menyebabkan laluan berkenaan tidak dapat dilalui kenderaan ringan. 

Pengguna jalan raya dan kakitangan beberapa kilang dan perusahaan kecil di sepanjang Jalan Astaka U8/88 juga tidak dapat melalui laluan berkenaan selepas air dari Sungai Damansara melimpah di atas jalan. Perkhidmatan Komuter dan kereta api barangan juga terjejas apabila landasan berdekatan Stesen Batu Tiga ditenggelami air. 

Jurucakap Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), ketika dihubungi, mengesahkan laluan berkenaan kini tidak dapat dilalui selain perkhidmatan Komuter terpaksa berpatah balik.

Gambar Banjir Kilat Jalan Wong Ah Fook JB


Diberitakan berlaku banjir kilat yang agak teruk berlaku di Jalan Wong Ah Fook Johor Bahru. Admin tiada maklumat lengkap berkaitan kejadian tetapi hasil daripada perkongsian daripada laman FB Siakap Keli dan pembaca-pembaca Siakap Keli admin kongsikan kepada anda semua Gambar Banjir Kilat Jalan Wong Ah Fook JB yang berlaku kira-kira sejam tadi.

Banjir kilat yang teruk di Bandaraya Johor Bahru terutama di lokasi Komtar JBCC dan JB City Square di Jalan Wong Ah Fook. Keadaan laluan di sekitar Bandar JB adalah sesak dan anda tidak digalakkan untuk masuk ke kawasan bandar.

Mengikut laporan MBJB, kawasan banjir dikenalpasti berdasarkan laporan cctv

    1. Jln Meldrum
    2. Jln Siu Chin
    3. Jln Wong Ah Fook
    4. Jln Sulaiman
    5. Persiaran Abu Bakar Sultan.

Pengguna dinasihatkan menggunakan jalan alternatif Jalan Tun Razak ke Pusat Bandar.




Gambar : Siakap Keli

Live Streaming Konsert Gegar Vaganza Musim 2



Untuk semua peminat Konsert Gegar Vaganza Musim Ke 2 yang tidak berkesempatan menonton Konsert ini secara langsung di kaca TV anda, jangan risau kerana ada berpeluang untuk menyaksikan Live Streaming Konsert Gegar Vaganza Musim 2. Admin kongsikan link sahaja. Sebarang masalah teknikal adalah diluar bidang kuasa.

Gegar Vaganza 2 (musim kedua) (GV 2) bakal menyaksikan pertembungan penyanyi rock lelaki dan pop wanita merebut gelaran juara dan hadiah wang tunai berjumlah RM100,000.Peserta lelaki yang bakal mewarnai pentas Gegar Vaganza musim ini ialah Zul Handy Black, Acong Sweetchild, Nizam Laksamana, Amir U’kays, Ezad Lazim dan Nassier Wahab.

Sementara enam lagi peserta wanita yang bakal memberikan saingan sengit ialah Ezlynn, Faradhiya, Siti Nordiana, Haiza, Sheeda dan Azian Mazwan Safwan.GV2 turut mengekalkan pengacaranya dari musim pertama iaitu Nabil Ahmad dan Jihan Muse selain memberi kepercayaan sekali lagi kepada Datuk Ramli MS dan Datuk Khatijah Ibrahim untuk kekal di kerusi panas juri profesional.

Selain itu persembahan selingan (interlude) juga akan tetap dikekalkan pada musim ini.Gegar Vaganza merupakan sebuah program realiti nyanyian yang menampilkan 12 penyanyi malarsegar atau ‘one hit wonder’  bersaing setiap minggu untuk bergelar juara.

Untuk menonton sila klik pautan di bawah :
 
Live Streaming Konsert Gegar Vaganza Musim 2

Live Streaming Konsert Gegar Vaganza Musim 2


Friday, November 13, 2015

Download Borang Skim Perumahan Belia BSN


Kerajaan telah melancarkan satu Skim Perumahan Belia BSN. Jadi ini adalah peluang baik untuk semua golongan belia untuk memiliki kediaman sendiri. Jadi untuk borang permohonan anda boleh Download Borang Skim Perumahan Belia BSN di sini.

Syarat Kelayakan Skim Perumahan Belia BSN 2015
  •     Warganegara Malaysia
  •     Sudah berkahwin
  •     Umur 25 tahun hingga 40 Tahun
  •     Tidak pernah memiliki rumah
  •     Pendapatan isi rumah suami dan isteri tidak melebiih RM10,000

Kadar Jumlah Pembiayaan Skim Perumahan Belia BSN 2015
  • Jumlah Pembiayaan : RM 100,000 (Minimum) sehingga RM 500,000 (Maksimum)
  • Margin Pembiayaan :
 i) Sehingga 100% daripada harga belian rumah
 ii) MRTA/ MRTT sehingga maksimum 5% daripada harga belian rumah.
  • Tempoh Pembiayaan : Sehingga maksimum 35 tahun atau tidak melebihi 65 tahun pada tarikh   tamat tempoh pembiayaan.
  • Kadar faedah / Keuntungan : Sehingga maksimum BLR/ BFR – 2.4% **(Tertakluk terma & syarat)
  • Konsep Pembiayaan : Islamik dan Konvensional
  • Bayaran Bulanan: Bantuan bayaran ansuran bulanan sebanyak RM200 untuk 2 tahun pertama bermula daripada pengeluaran pembiayaan yang pertama.
  • Pengecualian duti setem sebanyak 50 % ke atas dokumen pembiayaan.

Senarai Dokumen Diperlukan Skim Perumahan Belia BSN 2015
  •     Borang permohonan Pembiayaan Kewangan BSN
  •     Perjanjian Jual dan Beli / Resit deposit / Proforma Pesanan Pembelian
  •     Salinan Kad Pengenalan
  •     Sijil Nikah yang sah

Pemohon Berpendapatan Tetap
  •     Salinan slip gaji untuk 3 bulan terkini
  •     Salinan penyata bank untuk 3 bulan terkini
  •     Salinan penyata bank untuk 6 bulan terkini (jika ada pendapatan lain)
  •     Salinan penyata KWSP
  •     Surat pengesahan berkerja daripada majikan
  •     Borang EA/ EC

Pemohon Bekerja Sendiri
  •     Borang B/BE dan Resit LHDN
  •     Surat pendaftaran syarikat (SSM)
  •     Salinan penyatan bank 6 bulan terkini
  •     Dokumen – dokumen lain (jika perlu)

Pemohon Bersama
  •     Borang B/BE dan Resit LHDN
  •     Surat pendaftaran syarikat (SSM)
  •     Salinan penyatan bank 6 bulan terkini
  •     Dokumen – dokumen lain (jika perlu)

Tarikh Tutup Permohonan

31 Disember 2015

Makluma lanjut  http://www.mybsn.com.my

Video Gol Palestin 6 Malaysia 0 2015



Tiada apa yang dapat diperkatakan lagi dengan skuad Harimau Malaya yang telah dibedil oleh Palestin dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia malam semalam. Bukan 2 bukan 3 tetapi Harimau Malaya telah dibolosi sebanyak 6 kali. Jadi mari sama-sama kita saksikan Video Gol Palestin 6 Malaysia 0 2015 yang berlangsung di stadium berkecuali di Amman Jordan.

Setelah dibelasah 10 - 0 oleh UAE sebelum ini Harimau Malaya sekali lagi dimalukan di pentas antarabangsa. Dengan pertukaran pengendali skuad kebangsaan dari Dollah Salleh kepada Datuk Ong Kim Swee tetapi masih juga Malaysia tidak dapat menandingi pasukan yang lebih tinggi ranking di peringkat Asia.

Jom sama-sama kita saksikan Video Gol Palestin 6 Malaysia 0 2015 tersebut. Yang paling memedihkan dua gol awal pasukan Palestin dijaringkan dalam dua minit berturut-turut. Nampaknya tahap skuad kebangsaan memang tidak boleh pergi jauh.Setakat asia tenggara sahaja lah.


Thursday, November 12, 2015

Laluan Alternatif Tanah Runtuh Lebuhraya Karak

Untuk Makluman ini adalah perkongsian daripada Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkaitan insiden banjir lumpur yang terjadi di Lebuhraya KL Karak semalam. Dan admin kongsikan kepada anda semua Laluan Alternatif Tanah Runtuh Lebuhraya Karak untuk rujukan.

Kerja-kerja pembersihan laluan dari Kuala Lumpur ke Kuantan telah selesai, walaubagaimanapun kenderaan yang terhalang dari meneruskan perjalanan dari semalam sahaja dibenarkan untuk meneruskan perjalanan ke Kuantan.

Kerja-kerja pembersihan bagi laluan Kuantan ke Kuala Lumpur masih dilaksanakan dan dijangka akan mengambil masa kerana lumpur terlalu banyak.

Demi keselamatan pengguna, laluan di kedua-dua hala masih ditutup kerana terdapat pergerakan air daripada atas bukit di tempat kejadian. Pengguna dicadangkan untuk menggunakan jalan-jalan alternatif buat masa ini.




KM 52.5 Kuala Lumpur Karak Ditutup 2 Hari



Berkemungkinan kejadian banjir lumpur dan tanah runtuh yang berlaku di Lebuhraya Karak akan menyebabkan ianya KM 52.5 Kuala Lumpur Karak Ditutup 2 Hari. Ini adalah jangkaan dari pihak konsesi tentang kerja-kerja pembersihan yang sedang dijalankan. Admin merujuk kepada laporan dari pihak Sinar Harian.

"ANIH Berhad menjangkakan kawasan Kilometer 52.5 Lebuhraya Kuala Lumpur -Karak  yang berlaku kejadian banjir lumpur akan dibuka sepenuhnya selewat-lewatnya dalam tempoh dua hari.
Presiden Anih Berhad, Datuk Dr Azmil Khalid berkata, pada masa ini kerja-kerja pembersihan sedang dilakukan."

Oleh itu, dinasihatkan kepada semua pengguna Lebuh Raya Karak yang melalui laluan tersebut supaya menggunakan laluan alternatif bagi mengelakkan sebarang kesulitan. Seperti yang diumumkan pada malam tadi jalan alternatif ke Kuala Lumpur adalah melalui Simpang Pelangai Bentong dan terus ke Seremban.( gambar dari Fb Kuantan )

Info dari Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM)

Untuk Makluman,
Kerja-kerja pembersihan laluan dari Kuala Lumpur ke Kuantan telah selesai, walaubagaimanapun kenderaan yang terhalang dari meneruskan perjalanan dari semalam sahaja dibenarkan untuk meneruskan perjalanan ke Kuantan.
Kerja-kerja pembersihan bagi laluan Kuantan ke Kuala Lumpur masih dilaksanakan dan dijangka akan mengambil masa kerana lumpur terlalu banyak.
Demi keselamatan pengguna, laluan di kedua-dua hala masih ditutup kerana terdapat pergerakan air daripada atas bukit di tempat kejadian.
Pengguna dicadangkan untuk menggunakan jalan-jalan alternatif buat masa ini.
 

Wednesday, November 4, 2015

Harga Rokok November 2015


Berikut adalah Senarai Harga Baru Rokok 2015 mulai 4 November 2015. Harga rokok November 2015 Menerusi pengumuman yang dibuat oleh Commercial Marketes and Distributer SDN BHD, semua jenama rokok seperti Dunhill, Ken, Lucky Strike, Pall Mall, Peter Stuvensen dan Bensen & Hedges naik mendadak kepada maksimum harga RM18.00 sekotak manakala paling minimum RM15.50 sekotak. Kenaikan ini menyaksikan harga rokok jenama Dunhill, Kent dari RM13.80 kepada RM17.00.

Manakala jenama Pall Mall dari RM12.30 naik kepada RM15.50. Manakala rokok jenama Shuang Xi naik dari RM15.00 kepada RM18.00 berkuatkuasa mulai khamis 4 November 2015. Kali terakhir kemaskini kenaikan harga rokok dibawah jenama Britih American Tobacco Malaysia adalah pada 29 Jun 2015.


Addakah kenaikan ini akan menyebabkan vape menjadi pilihan perokok.Mungkin juga rokok gulung sendiri menjadi popular selepas ini. Tetapi sudah pasti kenaikan ini mendatangkan kemarahan kepada semua perokok.


Tuesday, November 3, 2015

M Nasir sound Nabil



Siapa yang layan Gegar Vaganza 2 pasti akan tahu cerita berkenaan dengan M Nasir sound Nabil ini. Ini semua terjadi pada malam konsert minggu ketiga Gegar Vaganza 2. Ini semua gara-gara lawak Nabil yang keterlaluan terhadap sifu M Nasir.

Seperti yang semua maklum Nabil sememangnya selalu melawak dengan cara kasar dan mengenakan orang dalam Gegar Vaganza 2. Dalam konsert 1 dan 2 pun Nabil rasanya telah ditegur agar mengawal sedikit lawak dalam pengacaraannya tetapi terjadi juga dalam minggu ketiga.

Mungkin bagi Nabil ianya adalah lawak semata-mata tetapi bukan bagi sesetengah pihak ianya keterlaluan dan tidak perlu. Beberapa portal terkenal melaporkan bahawa M Nasir "sound" Nabil dalam Gegar Vaganza 2 secara live.

Jika sebelum ini, Nabil membuat lawak dengan mempersendakan Caliph Buskers, semalam dalam konsert Gegar Vaganza 2 Nabil ditegur secara live oleh juri jemputan, Datuk M. Nasir yang mungkin bengang membuat lawak menggunakan isterinya, Marlia Musa.

Berulang kali Nabil mempersendakan M. Nasir dan isterinya dan akhirnya M. Nasir menegur Nabil, “Jangan libatkan dia (Marlia Musa) dalam hal ini”.Nabil akhirnya terus terdiam seperti tidak tahu apa yang perlu dilakukan dan mukanya merah padam.


Gambar : Teh Panas

Monday, November 2, 2015

A&W Seremban Ditutup 1 Januari 2016


Siapa orang Negeri Sembilan terutama orang Seremban pasti ada nostalgia tersendiri dengan Restoran A&W di sebelah Taman Tasik Seremban ini. Tahukah anda A&W Seremban yang telah pun beroperasi dari tahun 1978 akan ditutup bermula 1 januari 2016. Jadi jom kita baca laporan penuh dari Astro Awani berkaitan berita ini A&W Seremban Ditutup 1 Januari 2016.

Restoran ikonik A&W yang dilengkapi dengan khidmat pandu lalu di Seremban, Negeri Sembilan akan ditutup mulai 1 Januari 2016 untuk memberi peluang kepada pembangunan baru.
KUALA LUMPUR : Restoran ikonik A&W yang dilengkapi dengan khidmat pandu lalu di Seremban, Negeri Sembilan akan ditutup mulai 1 Januari 2016 untuk memberi peluang kepada pembangunan baru.

Perkara ini telah diumumkan oleh A&W Malaysia menerusi laman Facebook rasminya.Menerusi keyataan Facebook itu, restoran makanan segera francais tersebut mengucapkan terima kasih kepada pelanggan serta mengumumkan hasrat penutupan cawagan mereka di Seremban.

“Pelanggan yang dihormati, terima kasih atas sokongan anda sejak  A&W ‘Pandu-Lalu’ dibuka di Seremban sejak tahun 1978!“Kami cuba tetapi kami telah terperangkap dengan masa. Dengan rasa kesal, A&W ‘Pandu-Lalu’ di Seremban akan ditutup selama-lamanya dari 1 Januari 2016 untuk memberi laluan kepada pembangunan baru,” kata A&W Malaysia dalam entrinya.

A&W Malaysia Shd Bhd turut mengesahkan perkara ini ketika dihubungi oleh AWANI, hari ini.Pada tahun 2001, A&W Malaysia telah dibeli oleh KUB Malaysia Sdn Bhd dan pada tahun 2008, usaha pengembangan agresif untuk mengubah suai dan memperluaskan jangkauannya dapat dilihat.
Bagaimanapun pada tahun 2014, KBU Malaysia melapor bahawa sebanyak 33 cawangan A&W di seluruh Malaysia dan juga Thailand akan ditutup.

Gambar Banjir Kg Gadek Melaka


Memetik laporan majalah online Malaysia Aktif berikut adalah berita dan Gambar Banjir Kg Gadek Melaka. Sebanyak 11 buah rumah di Kampung Gadek Dalam dinaiki air akibat hujan lebat sejak malam tadi 2 November 2015.

Menurut Polis banjir yang berlaku adalah kerana limpahan dari Sungai Melaka yang tidak mampu menampung kapasiti air terlalu banyak. Ketika kejadian hanya tiga buah rumah berpenguni. Paras air terkini adalah 19.4 meter, iaitu hampir mencecah paras berbahaya 20.0 meter.

Seramai tiga orang anggota polis dari Balai Polis Gadek berada di lokasi untuk memantau keadaan. Setakat ini tiada sebarang arahan berpindah dikeluarkan.



Harga Rumah PR1MA Pahang RM80K



Wah biar benar Harga Rumah PR1MA Pahang RM80K. Ya memang benar dan itulah yang akan dilakukan oleh pihak kerajaan negeri Pahang untuk membantu rakyat yang berpendapatan rendah memiliki kediaman idaman sendiri. Jadi mari kita sama-sama baca laporan Sinar Harian pada Mei lalu berkaitan dengan perkara ini.

ROMPIN - Kerajaan negeri Pahang memutuskan untuk membina rumah berharga RM80,000 seunit menerusi projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang dalam usaha membantu golongan kurang berkemampuan untuk memiliki rumah sendiri.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, sejak diperkenalkan dua tahun lalu, PR1MA Pahang hanya menawarkan rumah yang berharga RM125,000 sehingga RM150,000 seunit di lokasi-lokasi strategik termasuk di kawasan bandar.


"Sehubungan itu, kerajaan negeri telah memutuskan untuk membina rumah berharga RM80,000 seunit dalam projek perumahan yang membabitkan rumah bernilai RM125,000, RM150,000 atau lebih tinggi harganya.


"Ini bagi membolehkan pemaju dapat menampung kos pembinaan rumah berharga RM80,000 selain mengenakan caj royalti tanah yang nominal," katanya kepada pemberita selepas menghadiri selepas majlis pecah tanah projek PR1MA di Pontian Jaya, di sini hari ini.


Pembinaan sebanyak 160 unit rumah PR1MA Pahang di Pontian Jaya itu membabitkan kos RM54.37 juta di tapak seluas 18 hektar dan ia terletak kurang 10 kilometer (km) dari pusat bandar Kuala Rompin.


Adnan berkata, kerajaan negeri tidak bercadang menetapkan peratusan rumah bernilai RM80,000 yang wajib dibina dalam sesebuah projek perumahan PR1MA yang dilaksanakan, namun amat mengalu-alukan sekiranya ia dapat dibina 20 peratus daripada jumlah rumah yang dibina.


Menurutnya, kerajaan Pahang sentiasa komited menyediakan lebih banyak rumah mampu milik bagi membolehkan rakyat dapat menikmati kediaman sendiri dan ini terbukti apabila kira-kira 27,000 unit rumah PR1MA Pahang kini dalam pembinaan.


"Ketika melancarkan PR1MA Pahang dua tahun lalu, kami sasarkan untuk membina 15,000 unit rumah dalam tempoh lima tahun tetapi dalam tempoh dua tahun sahaja  kami sudah luluskan pembinaan kira-kira 27,000 unit rumah di 69 lokasi seluruh negeri," katanya.


Menurutnya daripada jumlah itu sebanyak 1,000 unit rumah sudah siap iaitu di Bera dan Gambang yang bakal dirasmikan pada Jun depan.
Dalam perkembangan lain, Adnan yang juga Pengerusi BN Pahang meminta pengundi di Parlimen Rompin supaya membuat pertimbangan yang tepat ketika menunaikan tanggungjawab mereka esok tanpa terpengaruh dengan fitnah dilemparkan pihak tertentu.

"Paling penting mereka kena pilih parti boleh mentadbir negara secara bijak, dan saya berharap BN mampu menang, tentang majoriti undi kita akan lihat daripada jumlah peratusan keluar mengundi esok," katanya. - Bernama