loading...

Friday, October 30, 2015

Vape Tidak Haram Di Malaysia


Sebelum ini ada ura-ura bahawa penggunaan vape di kalangan masyarakat di Malaysia akan diharamkan. Memetik kepada laporan terkini sebentar tadi menerusi twitter Awani menyatakan vape tidak akan diharamkan di Malaysia. Menurut Menteri iaitu Ismail Sabri Kabinet hari ini memutuskan untuk tidak mengharamkan penggunaan vape. Vape tidak Haram Di Malaysia pastinya berita gembira bagi semua vapor.

Pastinya ini adalah berita gembira kepada semua vapor seluruh Malaysia. Dengan erti kata lain VAPE ON!!!!.

KUALA LUMPUR: Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Kabinet telah memutuskan vaping yang tidak akan diharamkan.

"Berita baik untuk vapers, bir vaper dan perniagaan vape. Kabinet hari ini memutuskan untuk tidak mengharamkan penggunaan vape," tulis beliau di Facebook hari ini.

Kementerian Kesihatan sebelum ini mempertimbangkan pengharaman vaping tetapi telah berkata, masih terlalu awal untuk membuat keputusan mengenai perkara itu.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata, undang-undang baru untuk mengawal selia penggunaan produk tembakau sedang digubal oleh Kementerian Kesihatan.

Beliau berkata undang-undang baru akan mengambil kira kawalan yang sesuai pada penggunaan vape dan perbuatan vaping yang berbahaya kepada kesihatan manusia.

Beliau berkata undang-undang yang sedia ada, iaitu Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) 2011 di bawah Akta Makanan 1983 telah dilihat tidak begitu berkesan, terutama dari segi denda yang dikenakan ke atas pesalah, untuk mengawal penggunaan vape dan produk tembakau lain, termasuk rokok.-Awani-

Iklan Jawatan Kosong MBSA


Berikut adalah Iklan Jawatan Kosong MBSA ​Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan bagi mengisi kekosongan jawatan-jawatan seperti berikut di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Keutamaan akan diberi kepada rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan.
  ​    ​
​1.​    ​JURUTERA    J41​    ​   
​2.    PENOLONG PEGAWAI SENIBINA    JA29   
3.​    PENOLONG ARKITEK LANDSKAP    JA29   
4.​    PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN    U29    ​   
​5.    ​PENOLONG PEGAWAI ​PENGAWAL KESELAMATAN    KP27   
6.​    ​PEMBANTU PENGUATKUASA (RANJER TAMAN)    N17   
7.​    JURUFOTOGRAFI B17   
 
​​KLASIFIKASI PERKHIDMATAN
B    -​    Perkhidmatan Bakat dan Seni
JA   ​-    ​Perkhidmatan Kejuruteraan
KP   -    Perkhidmatan Keselamatan dan Pertahanan Awam
N    ​-    Perkhidmatan Pentadbiran dan Sokongan
​U    ​-    ​Perkhidmatan Perubatan dan Kesihatan​

​​SYARAT-SYARAT PERMOHONAN​


TERTAKLUK DIBAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN:
Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari masa ke semasa.

PERHATIAN KEPADA PEMOHON:
Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-Badan Berkanun mestilah melalui Ketua Jabatan dan hendaklah disertakan bersama Rekod Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang terkini;
Permohonan daripada kakitangan Majlis Bandaraya Shah Alam yang sedang berkhidmat hendaklah dihantar melalui Ketua Jabatan dan mendapat sokongan Ketua Jabatan;
Permohonan mestilah disertakan dengan salinan sijil yang disahkan;
Hanya permohonan yang ditapis senarai sahaja akan dipanggil temuduga;
Pemohon-pemohon hendaklah mencatatkan jawatan yang dipohon di sebelah kiri bahagian atas sampul surat;
Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga(3) bulan dari tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

​​​PERMOHONAN

Borang MBSA 1) boleh dibeli di Kaunter Bayaran (Tingkat G) Wisma MBSA dengan harga RM3.20 (termasuk GST) tunai/naskah.
Permohonan hendaklah dihantar kepada:

Bahagian Sumber Manusia
Majlis Bandaraya Shah Alam
Tingkat 1, Wisma MBSA, Peti Surat 7200
40706 Shah Alam, Selangor

Tarikh iklan dikeluarkan :  19 Oktober 2015
Tarikh tutup permohonan adalah pada : 02 November 2015


Layari website : MBSA

Wednesday, October 28, 2015

Live Streaming AFC Cup Final JDT FC vs FC Istiklol



Pastinya pasukan bola sepak dari negara kita iaitu JDT akan bermatian-matian demi mencipta sejarah demi sejarah buat bolasepak Malaysia. Sejarah telah pun tercipta apabila pasukan Johor Darul Takzim atau JDT layak ke perlawanan akhir atau final AFC Cup 2015. Ini merupakan sejarah kerana JDT merupakan satu-satunya pasukan dari Malaysia yang layak ke Final AFC Cup. Jadi bagi menyaksikan perlawanan tersebut sila setia dengan Live Streaming AFC Cup Final JDT FC vs FC Istiklol ini.

Perlawanan ini bukan sahaja akan menjadi tumpuan peminat pasukan JDT tetapi sudah pasti satu negara menyokong perjuangan JDT yang membawa nama Malaysia. Mari kita semua sama-sama berdoa semoga pasukan JDT memperoleh kemenangan di sana. Seterusnya mengharumkan nama Malaysia.

Pastikan anda tidak ketinggalan menyaksikan aksi final ini secara langsung menerusi televisyen tempatan dan secara live streaming. Siaran langsung akan disiarkan menerusi saluran media prima TV9 bermula jam 7.30 malam. Boleh juga ditonton secara online live streaming menerusi tonton.com.my atau terus sahaja ke pautan yang disediakan dibawah.

 Live Streaming AFC Cup Final JDT FC vs FC Istiklol

Tuesday, October 27, 2015

Cerita Sebenar Fenomena 2 Matahari Terbit Serentak Di Kanada


Semalam ada yang viralkan tentang berita 2 matahari telah terbit secara serentak di Kanada. Tetapi tahukah anda Cerita Sebenar Fenomena 2 Matahari Terbit Serentak Di Kanada tersebut? Jom sama-sama kita baca perkongsian daripada FB Falak Online

Jawapan kepada fenomena 'ganjil' di Kanada(?), yang tiba-tiba hangat dan ter-hot hari ini. Mohon BACA DULU penerangan di bawah, beserta dengan LINK ASAL foto-foto tersebut.

************************************************
FOTO 1

Foto ini keluar menerusi laman blog WIND AGAINST CURRENT , menerusi tulisan yang bertajuk "CITY SUNSET SILHOUETTES"" tulisan Vladimir Brezina pada 17 Ogos 2014.

Ia merupakan gambar yang dirakam di MANHATTAN , NEW YORK CITY Amerika Syarikat. Bandar Manhattan ini popular kerana mempunyai pemandangan ufuk yang indah pada waktu senja, dan dipopularkan dengan gelaran Manhattanhenge.

Foto di atas boleh didapati dalam blog berkenaan menerusi link ini

http://windagainstcurrent.com/…/08/17/city-sunset-silhouet…/

yang menunjukkan suanana senja di Sungai Hudson di Manhattan.

IA TIDAK BERLAKU DI KANADA seperti yang digembar-gemburkan

Belajar Berilmu!

***************************************************
FOTO 2

'Gambar' ini telah muncul di sebuah laman web TimesGazette pada 31 Mac 2015 tulisan Ben Kochman yang bertajuk

"LUKE SKYWALKER'S TATOOINE WITH TWO SUNS MIGHT BE A REALITY SAYS STUDY"

Artikel itu menceritakan bagaimana ahli astrofozik mengatakan ada kemungkinan sebuah planet lain di dalam sebuah sistem bintang berkembar, yang BOLEH MENYERUPAI suasana planet Tatooine dalam cereka sains fiskyen STAR WARS. (Kalau kita ingat satu scence dalam filem Star Wars A New Hope yang menunjukkan Luke Skywalker sedang memerhatikan 2 buah matahari sedang terbenam.)

Maka artis telah MENGGAMBARKAN suasana tersebut menerusi gambar yang direka seperti dalam artikel tersebut.

Link asal artikel di atas http://www.thetimesgazette.com/luke-skywalkers-tatooine-…/…/

IA TIDAK BERLAKU DI KANADA seperti yang digembar-gemburkan

Belajar Berilmu!

***************************************************

Moral of the story, SEBELUM SEBARKAN MAKLUMAT YANG BELUM TENTU SAHIH, sila check dulu sumber asal, cerita asal dan sebagainya,

Amalkan ayat ini, InsyaAllah semua ok

“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.”(QS. Al-Hujurat : 6)

Apa-apa pun, terima kasih banyak-banyak kepada yang BERTANYA DAHULU! Satu langkah bijak dalam zaman penuh pancaroba ini.

Monday, October 26, 2015

Video Insiden Moto GP Rossi vs Marquez



Seperti yang semua peminat Moto GP semua maklum semalam satu insiden antara Rossi dan Marquez telah terjadi pada pusingan ke enam. Perebutan tempat ke 3 dan ke 4 antara dua pelumba ini mendapat perhatian lensa kamera. Bagi yang menonton live di kaca TV semalam pasti tidak terlepas aksi kedua-dua pelumba ini. Ini dia admin kongiskan kepada anda Video Insiden Moto GP Rossi vs Marquez tersebut.

Ramai yang berpendapat Rossi telah menendang Marquez tetapi semua peminat Rossi menyokong tindakan tersebut kerana dalam pusingan-pusingan sebelum ini memang Marquez bermain kotor dengan Rossi.

Jom saksikan video penuh insiden Rossi Tendang Marquez tersebut. Rossi menafikan beliau ditendang Marquez di tengah-tengah pertembungan mereka, berkeras bahawa kakinya mempunyai hanya jatuh dari pasak kaki.

”Jika anda melihat imej dari helikopter ia adalah jelas bahawa apabila kaki saya tergelincir tambatan kaki, Marquez telah terhempas,” katanya.”Saya tidak mahu menendang dia, terutama kerana, jika anda menendang sebiji basikal MotoGP, ia tidak akan kemalangan, ia sangat berat.”

video

Friday, October 23, 2015

Cerita Sebenar Kes Pukul Wanita Di Kelantan



Memang hangat dua tiga hari ini dengan video-video part 1 part 2 part 3 berkenaan 2 orang wanita membelasah seorang wanita lain sambil aksi dirakam oleh 2 ke 3 rakan mereka. Kejadian tersebut telah pun mendapat perhatian PDRM dan mereka yang terlibat telah pun ditahan. Tetapi tahukah anda Cerita Sebenar Kes Pukul Wanita Di Kelantan tersebut?

Ini dia Cerita Sebenar Kes Pukul Wanita Di Kelantan tersebut. Ini diceritakan sendiri oleh mangsa kepada media. 

“Saya tak salah dalam hal itu, sebaliknya menjadi mangsa keadaan. Namun mereka menyerang saya seperti samseng.“Disebabkan kejadian itu saya takut untuk keluar rumah dan trauma hingga kini,”“Kes dalam perhatian pihak berkuasa dan saya tidak mahu mengulas lanjut. Saya menyerahkan sepenuhnya kepada polis untuk menyiasat dan bersyukur mereka ditahan.

“Saya berharap mendapat pembelaan sewajarnya kerana yakin tidak bersalah dalam hal ini. Semua yang terjadi akibat rasa tidak puas hati dan salah faham,” “Kerana masih tidak puas hati, dia mencari saya lagi ketika saya ke Wakaf Mek Zainab untuk ke rumah rakan. Ketika itu saya menunggu di dalam kereta dan secara tiba-tiba diheret keluar.

“Mereka pukul saya dengan teruk dan merakam kejadian yang berlaku jam 7 pagi. Saya tak tahu apa yang dia dendam sangat kerana tidak mempunyai hubungan dengan teman lelakinya seperti didakwa.“Saya juga tidak tahu-menahu mengenai barang kemas yang didakwanya dalam milikan saya. Dia sebenarnya mencari seorang rakan saya di Kuala Terengganu kerana masalah antara mereka,” 


Itulah Cerita Sebenar Kes Pukul Wanita Di Kelantan tersebut. Tamat


Thursday, October 22, 2015

Live Streaming Bajet 2016 23 Oktober 2015


Bajet 2016 berteraskan " memperkukuhkan pertumbuhan, memperluas keterangkuman, memastikan pemapanan fiskal" yang akan dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri. Oleh itu, untuk menonton admin kongsikan kepada anda Live Streaming Bajet 2016 23 Oktober 2015 dan sila share kepada rakan-rakan anda yang lain.

Pembentangan Bajet 2016 oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Kewangan akan diadakan seperti berikut:

          Tarikh        : 23 Oktober 2015 (Jumaat)

          Masa         : 4.00 petang

          Tempat     : Parlimen Malaysia


Untuk menonton sila layari pautan di bawah ini :

Live Streaming Bajet 2016 23 Oktober 2015

Live Streaming Bajet 2016 23 Oktober 2015 2



Gambar PM Baru Kanada Justin Trudeau



Jom kita tengok Gambar PM Baru Kanada Justin Trudeau yang rata-rata netizen menggelarkan sebagai salah seorang perdana menteri yang hot setakat ini. Perdana Menteri yang dilahirkan pada tahun 1971 ini antara perdana menteri termuda di Kanada.

Serba sedikit cerita atau latar belakang PM baru Kanada ini admin petik dari Portal Paneh Miang.

Justin Pierre Trudeau MP James nama beliau dan lahir 25 Disember 1971 adalah seorang ahli politik Kanada yang juga Ketua Parti Liberal . Trudeau adalah anak sulung Perdana Menteri 15 Kanada Pierre Trudeau dan Margaret Trudeau. Beliau telah dipilih sebagai Ahli Parlimen bagi Papineau pada tahun 2008 dan dipilih semula pada tahun 2011 dan 2015.

Beliau telah berkhidmat sebagai pengkritik Parti Liberal Belia dan Kepelbagaian budaya, Kewarganegaraan dan Imigresen, Pendidikan Menengah pos, dan Belia dan Amatur Sukan . Pada 14 April, 2013, Trudeau dipilih sebagai pemimpin Parti Liberal Kanada. Trudeau telah dilantik perdana menteri akan datang selepas mengetuai partinya dalam 19 Okt 2015, pilihan raya persekutuan dengan kemenangan kerajaan majoriti.


Beliau dijangka mengambil jawatan pada 4 November 2015, di mana beliau akan mengambil alih gaya gelaran Yang Amat Arif untuk hidup. Ketika ia mengangkat sumpah, dia akan menjadi orang yang kedua termuda (Joe Clark yang paling muda) dan kanak-kanak pertama seorang Perdana Menteri sebelum memegang jawatan itu.Profil Perdana Menteri Kanada

Video Budak Sekolah Bergaduh Di Tumpat


Admin ingin kongsikan satu video yang petik dari laman FB popular Video Viral. Dalam Video Budak Sekolah Bergaduh Di Tumpat ini dapat disaksikan seorang pelajar telah memukul seorang pelajar lain sambil disaksikan oleh sekumpulan pelajar yang lain.

Apa sudah jadi dengan anak-anak remaja kita sekarang. Baru sahaja kecoh tentang video perempuan bergaduh dan semua yang terlibat telah ditangkap PDRM ini muncul pula video baru. Admin kurang pasti sama ada ianya baru berlaku atau pun lama.

Harap pihak sekolah atau pihak berkuasa lain boleh menyiasat perkara ini. Terang-terang nama sekolah terpampang pada baju mereka ini. SMK Berangan Tumpat.

video

Wednesday, October 21, 2015

Keputusan UEFA Champions League 2015



Berikut disertakan Keputusan UEFA Champions League 2015 ( UCL 2015 ) untuk perlawanan yang dilangsungkan pada 21 Oktober 2015. Sebanyak 8 perlawanan telah berlangsung awal pagi tadi waktu Malaysia yang membabitkan antaranya pasukan Barcelona, Arsenal, Roma dan yang lain-lain.

Untuk Keputusan UEFA Champions League 2015 tersebut jom kita lihat di bawah ini. Adakah pasukan kesayangan anda menang? atau sebaliknya.


Untuk Jadual Lengkap perlawanan dan keputusan perlawanan UCL 2015 anda boleh terus ke pautan ini dan pautan ini untuk berita sukan lain.

Tuesday, October 20, 2015

Jerebu Kuning Di KL


Hari ini dua hari setelah sekolah di sekitar Selangor, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur ditutup akibat daripada fenomena jerebu dan juga IPU di beberapa kawasan yang dalam keadaan tidak sihat. Hari ini Malaysia digemparkan pula dengan fenomena Jerebu Kuning Di KL.

Ramai sahabat yang berkongsikan gambar jerebu kuning di KL terutama jerebu kuning yang menutupi mercu tanda Kuala Lumpur iaitu KLCC. Admin ingin kongsikan gambar Jerebu Kuning Di KL untuk anda semua.

Hakikatnya sama ada benar-benar berlakunya jerebu kuning di KL admin pun tidak dapat pastikan kesahihannya tetapi pada dasarnya memang keadaan jerebu buat masa ini kritikal. Jerebu kuning atau asap ini sememangnya berlaku di Indonesia negara jiran kita.

Jadi kepada semua rakyat Malaysia yang kawasan anda terlibat dengan jerebu harap anda semua jaga kesihatan. Banyakkan minum air masak dan kurangkan aktiviti di kawasan luar terbuka.

Sumber gambar : Google

Gegar Vaganza 2


Gegar Vaganza 2 (musim kedua) (GV 2) bakal menyaksikan pertembungan penyanyi rock lelaki dan pop wanita merebut gelaran juara dan hadiah wang tunai berjumlah RM100,000.Peserta lelaki yang bakal mewarnai pentas Gegar Vaganza musim ini ialah Zul Handy Black, Acong Sweetchild, Nizam Laksamana, Amir U’kays, Ezad Lazim dan Nassier Wahab.

Sementara enam lagi peserta wanita yang bakal memberikan saingan sengit ialah Ezlynn, Faradhiya, Siti Nordiana, Haiza, Sheeda dan Azian Mazwan Safwan.GV2 turut mengekalkan pengacaranya dari musim pertama iaitu Nabil Ahmad dan Jihan Muse selain memberi kepercayaan sekali lagi kepada Datuk Ramli MS dan Datuk Khatijah Ibrahim untuk kekal di kerusi panas juri profesional.

Selain itu persembahan selingan (interlude) juga akan tetap dikekalkan pada musim ini.Gegar Vaganza merupakan sebuah program realiti nyanyian yang menampilkan 12 penyanyi malarsegar atau ‘one hit wonder’  bersaing setiap minggu untuk bergelar juara.

Pada musim lalu Ayai Illusi telah dinobatkan sebagai juara, diikuti Haleeda ditempat kedua, Mamat Exist ketiga, Rahmat Mega dan Ifa Raziah masing-masing di tangga keempat dan lima.Konsert Gegar Vaganza 2 akan disiarkan secara langsung dari Dewan Auditorium, Majlis Bandaraya Shah Alam bermula Ahad ini, 18 Oktober 2015, di saluran Astro Ria, Astro Prima dan Maya HD.


SUMBER

Friday, October 16, 2015

Thursday, October 15, 2015

Inter vs Juventus Live Streaming Oct 2015


Jom saksikan Inter vs Juventus Live Streaming Oct 2015 hanya di sini. Admin kongsikan satu laman web khas untuk anda menonton perlawanan "derby" ini. Jom kita saksikan hanya di sini. Anda boleh saksikan Inter vs Juventus Live Streaming Oct 2015 dengan hanya klik pada pautan yamg admin sediakan.

Pautan tersebut adalah hak milik Eleven Sports Network. Jadi sebarang masalah teknikal adalah di luar bidang kuasa kami.Saksikan perlawanan antara Inter Milan vs Juventus 19 Oktober 2015 2.40 pagi hanya di Inter vs Juventus Live Streaming Oct 2015.

Untuk menonton perlawanan tersebut anda hanya perlu klik pautan di bawah :

Inter vs Juventus Live Streaming Oct 2015

Tuesday, October 13, 2015

Live Streaming Timor Leste vs Malaysia



Jom saksikan Live Streaming Timor Leste vs Malaysia hanya di blog ini. Tetapi bukan saksikan terus terus anda perlu klik link-link dibawah ini.Semoga Harimau Malaya memperoleh kemenangan.
Livestreaming Timor Leste vs Malaysia ada di http://www.bptvstream.com/ & http://bptv.bptvstream.com/ CUBA SEMUA LINK! Masalah, pertanyaan & nak tgk streaming guna hp @ tab sila lawat http://bptv.bptvstream.com/p/faq.html

Jika tidak berjaya menonton anda boleh cuba di link INI

Kadar Baru Tol 2015



Berikut admin kongsikan kepada anda Kadar Baru Tol 2015 yang diterbitkan oleh Astro Awani dalam bentuk grafik. Ia memudahkan untuk semua pengguna menyemak dengan mudah kadar kenaikan di tol-tol yang melibatkan laluan anda semua. Jadi harap semua pengguna tabah dengan kadar baru tol 2015 ini.

Kadar baharu itu membabitkan Lebuhraya Lingkaran Kajang (SILK), Lebuhraya SMART, Lebuhraya Maju Expressway (MEX), Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE), Lebuhraya KL-Kuala Selangor (LATAR), Lebuhraya Baru Pantai (NPE), Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA), Lebuhraya Bertingkat Ampang Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA), Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK), Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Lebuhraya Penyuraian Trafik KL-Barat (SPRINT), Lebuhraya Senai-Desaru (SDE) dan Lebuhraya Kajang Seremban (LEKAS), Lebuhraya Cheras-Kajang (CKE/Grand Saga) dan Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE).


Bagi LEKAS, kenaikan kadar tol adalah di antara 10 sen sehingga RM2 manakala bagi SDE, kenaikan adalah di antara 80 sen sehingga RM4.70. Kenaikan kadar tol bagi SKVE adalah di antara 70 sen sehingga RM2.80. Kenaikan Kadar Tol 2015.


Jika grafik tidak jelas boleh klik SINI








 


Friday, October 9, 2015

Cara Delete Facebook Setelah Pemilik Meninggal



Jodoh pertemuan ajal maut memang setiap manusia tidak mengetahuinya.Bila-bila masa sahaja nyawa kita boleh dicabut oleh pencipta kita. Ada isu sebelum ini di mana pemilik akaun facebook yang telah meninggal waris mereka tidak boleh padam atau delete akaun tersebut. Jadi admin kongsikan kepada anda semua Cara Delete Facebook Setelah Pemilik Meninggal dunia.

Mungkin sebelum ini kita tidak tahu Cara Delete Facebook Setelah Pemilik Meninggal jadi jangan lupa kongsikan kepada rakan-rakan anda yang lain. Semoga bermanfaat kepada semua.Terima kasih kepada sahabat admin Azhafizah atas perkongsian Cara Delete Facebook Setelah Pemilik Meninggal ini.

Ikuti langkah ini dan rujuk gambar :
1. Pergi ke security 
2. pilih Legacy Contact 
3. pastu boleh pilih siapa pewaris yg kita nak
4. Facebook akan hantar pm kpd pewaris tersebut.











Wednesday, October 7, 2015

Video dan Gambar SMK Taman Samudra Gombak Terbakar

 
Memetik perkongsian dari laman FB popular Sukan Star TV admin ingin kongsikan kepada semua pembaca Video dan Gambar SMK Taman Samudra Gombak Terbakar sebentar tadi. Jika dilihat pada gambar api memang marak dengan besar sekali di tingkat paling atas di salah sebuah bangunan sekolah tersebut.

Sekolah ini yang terletak berhampiran Giant Batu Caves mencetuskan suasana panik di sekitar kawasan berkenaan. Jadi mari kita sama-sama saksikan Video dan Gambar SMK Taman Samudra Gombak Terbakar tersebut.

Kami masih belum mendapat maklumat lanjut berkaitan perkara ini. Jadi mari kita sama-sama saksikan Video dan Gambar SMK Taman Samudra Gombak Terbakar tersebut. Bagi pembaca yang mempunyai maklumat atau berada ditempat kejadian sila berkongsi pengalaman anda di ruangan komen.

Video dan Gambar SMK Taman Samudra Gombak Terbakar


video



Tuesday, October 6, 2015

Tonton Online Telemovie Isteriku Bukan Tukang Masak


Jom Saksikan Tonton Online Telemovie Isteriku Bukan Tukang Masak adaptasi cerpen dalam novel Melodi Cinta oleh Armisya Syamira. Lakonan Zara Zya, Ajak Shiro, Ungku Ismail Aziz, Elizad Sharifuddin, dan Wan Sharmila.

JUDUL : ISTERIKU BUKAN TUKANG MASAK
TARIKH / MASA : 20 Jun 2015 (Sabtu, 10.00malam)
SIARAN : Astro Prima dan Astro Maya HD
PENGARAH : Riza Baharudin
TERBITAN : Global Station Sdn Bhd
PELAKON : Zara Zya, Ajak Shiro, Ungku Ismail Aziz, Elizad Sharifudin & Wan Sharmila


SINOPSIS ISTERIKU BUKAN TUKANG MASAK
Safirah telah dua bulan berkahwin dengan Zharif namun tidak pernah memasak untuk suaminya, menyebabkan mereka seringkali bergaduh. Keadaan mula berubah apabila Zharif mula kerap mengunjungi restoran yang dimiliki bekas teman wanitanya Hanna. Dapatkah hubungan mereka bertahan?



Video Lori Tangki Terbakar Di LPT 2


Mari kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada mangsa yang terlibat dengan kejadian kemalangan yang berlaku di LPT 2 sebentar tadi. Admin ingin kongsikan Video Lori Tangki Terbakar Di LPT 2 tersebut yang dipetik dari laman Fb popular Sukan Star TV. Untuk berita penuh admin kongsikan laporan dari BH.

KUALA TERENGGANU: Seorang pemandu lori tangki rentung apabila lorinya yang sarat dengan muatan minyak diesel, meletup dan terbakar di kilometer 315.2 Lebuh Raya Pantai Timur Dua (LPT2), di sini. Dalam kejadian kira-kira jam 9.37 pagi itu, kenderaan dipandu Mohd Azhar Jusoh sedang dalam perjalanan dari Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur apabila dipercayai terbabas sebelum merempuh pembahagi jalan. 

Jurucakap Bilik Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, berikutan rempuhan itu, lori tangki berkenaan dikatakan meletup dan terbakar, manakala Mohd Azhar gagal menyelamatkan diri. Katanya, tiga jentera daripada Balai Bomba dan Penyelamat Chukai, Paka dan Kertih dikejarkan ke tempat kejadian untuk melakukan kerja menyelamat. 

"Sebaik tiba di tempat kejadian, lori tangki yang sarat dengan muatan minyak diesel itu terbakar sepenuhnya. "Selepas api berjaya dipadamkan, seorang lelaki disyaki pemandu ditemui rentung," katanya ketika dihubungi, semalam. Siasatan mengenai punca kejadian masih dijalankan.




Download Borang Ujrah PTPTN dan Isi Borang Ujrah Online



Seperti mana yang kita tahu baru-baru ini kerajaan telah mengambil langkah drastik kepada semua peminjam PTPTN terutama peminjam dikalangan penjawat awam untuk membayar balik pinjaman mereka secara potongan terus dari gaji. Maka ramailah yang mempunyai tunggakkan PTPTN terpaksa membayar secara banyak tunggakkan PTPTN mereka. Jadi untuk mendapatkan kadar menukarkan kadar upah dari 4% kepada 1% peminjam PTPTN perlu memohon pinjaman mereka sedia ada kepada sistem ujrah. Jadi admin ingin berkongsi kepada semua bagaimana dan di mana anda boleh Download Borang Ujrah PTPTN dan Isi Borang Ujrah Online

Semuanya dihujung jari anda. Anda boleh Download Borang Ujrah PTPTN dan Isi Borang Ujrah Online hanya di blog ini dengan hanya satu klik sahaja. Ada dua cara untuk anda memohon Ujrah. Sama ada secara dalam talian atau on-line dan satu cara lagi dengan download borang dan pergi ke kaunter PTPTN berhampiran anda.

Sebelum itu admin kongsikan serba sedikit tentang ujrah ini. 


SOALAN LAZIM (FAQ) BERKAITAN PEMBIAYAAN UJRAH

MAKLUMAT UMUM

SOALAN 1
Apakah yang dimaksudkan dengan pembiayaan Ujrah?

Jawapan
Pembiayaan Ujrah ialah pembiayaan pendidikan PTPTN yang patuh syariah sebagaimana yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam pada 28 Julai 2008.

SOALAN 2
Apakah yang dimaksudkan dengan Ujrah?

Jawapan
Ujrah ialah upah 1% setahun pada kadar rata.

SOALAN 3
Kenapa penerima biaya dikenakan Ujrah?

Jawapan
Ujrah pada 1 % dikenakan adalah untuk menampung kos-kos bagi mengurus dan menyediakan pembiayaan kepada penerima biaya.

SOALAN 4
Bilakah tawaran pembiayaan Ujrah mula dilaksanakan?

Jawapan
Pembiayaan Ujrah berkuatkuasa kepada permohonan baharu mulai Disember 2008. Bagi pinjaman sedia ada, proses pertukaran daripada pinjaman konvensional kepada pembiayaan Ujrah telah dilaksanakan mulai 1 Ogos 2009.

SOALAN 5
Adakah pertukaran kepada pembiayaan Ujrah bagi peminjam konvensional dilakukan secara automatik?

Jawapan
TIDAK. Peminjam perlu membuat permohonan dan menandatangani dokumen tawaran baharu dengan jumlah pembiayaan yang baharu. Ini perlu dilakukan kerana ia melibatkan dua (2) prinsip yang berbeza iaitu konvensional dan patuh syariah.

Maklumat lanjut tentang UJRAH sila klik SINI

Untuk Mengisi borang UJRAH ONLINE sila klik SINI

Untuk download borang UJRAH sila klik SINI

Semoga bermanfaat. Sila kongsikan kepada semua yang lain. Jadi apa tunggu lagi sila tukar kepada UJRAH dengan segera.



Monday, October 5, 2015

Video Wanita Parah Ditetak Bertubi-tubi Di PD


Apa yang anda saksikan sebentar lagi mungkin tidak sesuai dengan anda. Jadi jika tidak mampu untuk melihat video ini sehingga habis sila tutup dengan segera. Admin ingin kongsikan dengan semua tantang satu Video Wanita Parah Ditetak Bertubi-tubi Di PD. Admin sendri takut hendak tengok video tersebut.

Tanpa sifat keperimanusian dua orang lelaki dengan tiada perasaan kasihan tidak henti-henti menetak parang di kepala dan badan wanita tersebut. Walaupun ada cubaan menghalang oleh ibu wanita berkenaan tetapi gagal.

Menerusi FB FOBN admin ingin kongsikan Video Wanita Parah Ditetak Bertubi-tubi Di PD tersebut dan captionnya berbunyi begini. "Wanita ditetak di depan rumah sendiri di Taman PD Utama, Port Dickson. Tetapi atas tindakan pantas pihak polis, suspek berjaya ditahan jam 7 malam kelmarin di Plaza Tol Mambau. Mangsa mengalami kecederaan parah di kepala, tangan dan anggota badan kini mendapatkan rawatan di Hospital Port Dickson."

Semoga si pelaku mendapat balasan yang setimpal dengan apa yang telah mereka buat. Jom kita lihat sendiri Video Wanita Parah Ditetak Bertubi-tubi Di PD tersebut.Syabas PDRM!!!

video

Untuk menonton lebih banyak video sila ke SINI dan jangan lupa subscribe ;-)


Senarai Timbalan Perdana Menteri Dari Dulu Hingga Kini


Admin ingin berkongsi satu lagi informasi penting pabi semua rakyat Malaysia. Anda perlu tahu berkaitan informasi ini. Ini kerana ia mungkin akan ditanya semasa peperiksaan atau juga temuduga kerja jawatan di kerajaan Malaysia. Hari ini admin ingin kongsikan informasi tentang Senarai Timbalan Perdana Menteri Dari Dulu Hingga Kini. Tahukah anda bahawa Senarai Timbalan Perdana Menteri Dari Dulu Hingga Kini adalah seramai 11 orang?

Mesti anda semua ingat ada 6 bukan? Sama seperti jumlah Perdana Menteri Malaysia yang ada. Tetapi memang hakikatnya bahawa ada 11 Timbalan Perdana Menteri Dari dulu hingga kini untuk negara kita Malaysia. Jadi mari kita sama-sama lihat sedikit biografi berkaitan Senarai Timbalan Perdana Menteri Dari Dulu Hingga Kini tersebut.

Sila rujuk gambar di bawah yang menunjukkan Senarai Timbalan Perdana Menteri Dari Dulu Hingga Kini. Semoga bermanfaat. Jika ingin info berkaitan Senarai 6 Perdana Menteri Malaysia sila layari dan klik sahaja di SINI

Pasti anda faham bila lihat gambar di bawah yang menunjukkan 11 orang Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Sumber gambar dari wikipedia. Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang terkini adalah Dato' Sri Dr. Zahid Hamidi.