loading...

Tuesday, September 29, 2015

Jerebu ; Punca dan Langkah Pencegahan


Jerebu ialah satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel-partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara. Partikel-partikel ini mungkin berasal secara semula jadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia. Jerebu ; Punca dan Langkah Pencegahan. Apabila partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ianya boleh menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi. Oleh yang demikian keadaan ini mengurangkan jarak pandangan mata kasar.

Punca - Punca Jerebu

Punca utama jerebu adalah akibat daripada :


  1.     Pembakaran Secara Terbuka
  2.     Asap Dari Kilang
  3.     Asap Dari Kenderaan


HINDARI DARIPADA PERBUATAN YANG BOLEH MENYEBABKAN JEREBU.
Jerebu ; Punca dan Langkah Pencegahan 

Indeks Pencemaran Udara (IPU)

IPU diperolehi daripada pengukuran habuk yang halus (10 mikron ke bawah) dan beberapa jenis gas yang boleh menjejaskan kesihatan iaitu karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. IPU digunakan sebagai panduan untuk mengetahui kualiti udara dan kesannya terhadap kesihatan seperti berikut :-

NILAI IPU               STATUS
0 - 50               Baik
51 - 100               Sederhana
101 - 200               Tidak Sihat
201 - 300               Sangat Tidak Sihat
301 - 500               Berbahaya

Anda perlu mengikuti perkembangan semasa melalui media massa (akhbar, televisyen dan radio) untuk mengetahui tahap jerebu semasa di tempat anda supaya dapat mengambil langkah - Iangkah pencegahan.

JEREBU MENGANCAM KESIHATAN ANDA
Jerebu ; Punca dan Langkah Pencegahan 

Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan yang buruk kepada semua orang terutama golongan yang berisiko tinggi iaitu :-


  1.     Kanak-kanak
  2.     Orang tua
  3.     Mereka yang mengalami penyakit

        asma
        bronkitis
        radang paru-paru
        penyakit paru-paru yang kronik
        jantung
        alahan
  1.     Perokok
  2.     Mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah.


Apakah Tanda dan Gejala Kesan Jerebu Kepada Kesihatan

Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah:
  1.     Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk.
  2.     Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas.
  3.     Mata terasa pedih dan berair.
  4.     Hidung berair dan kerap bersin.
  5.     Kulit badan terasa gatal-gatal.
  6.     Terasa sakit dada.


Dapatkan rawatan dan nasihat doktor di klinik berhampiran sekiranya anda mempunyai tanda-tanda dan gejala tersebut.

Ingin saksikan video-video HOT?? Sila klik SINI

CEGAHLAH PENYAKIT AKIBAT JEREBU. IKUTI NASIHAT BERIKUT:-


  1. Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.
  2. mereka yang di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan.
  3. Penutup hidung (nasal mask) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan juga mereka yang dalam kumpulan berisiko tinggi.
  4. Perokok yang mempunyai anak kecil, ibu bapa tua dan sanak saudara yang berpenyakit jangan merokok di dalam rumah.
  5. Sejauh yang boleh, orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah.
  6. Kurangkan aktiviti sukan di luar rumah
  7. Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.
  8. Sekiranya kenderaan anda berhawa dingin, sila gunakannya.
  9. Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak.
  10. Perokok dinasihatkan supaya tidak merokok apabila keadaan udara tidak sihat ( iaitu IPU yang melebihi 100 )
  11. Mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan mengambil cuti di luar kawasan yang berjerebu sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya di kawasan mereka.
Sumber Gambar : Google
Sumber artikel : MOH


Tuesday, September 22, 2015

Video Kemalangan Lumba Haram KESAS Highway


Sudah mula tersebar dan viral di laman sosial dan juga blog-blog berkaitan kejadian kemalangan yang membabitkan mereka yang berlumba haram dengan motosikal di KESAS Highway. Page-page besar FB juga sudah muka berkongsi saat-saat cemas ketika kejadian kemalangan tersebut berlaku. Jadi mari sama-sama kita saksikan Video Kemalangan Lumba Haram KESAS Highway tersebut.

Dari Video Kemalangan Lumba Haram KESAS Highway tersebut kita dapat melihat percikan api yang banyak akibat dari kemalangan tersebut. Mangsa kemalangan yang terlibat tidak dapat dipastikan pula keadaannya.

Tapi jika dilihat kepada Video Kemalangan Lumba Haram KESAS Highway tersebut sudah pasti mereka yang terlibat mengalami cedera atau mungkin kecederaan yang serius atau kehilangan nyawa. Semoga menjadi iktibar kepada yang lain tentang kejadian ini.

Jangan lah kita ulangi kesilapan yang sama. Bak kata Sharul Yuzy nak berlumba jom ke track. ;-) Untuk berita yang lebih panas sila klik SINI



Friday, September 18, 2015

Video Rakaman CCTV Imam Masjid Negara Kena Tampar


Ini sebenarnya yang terjadi di Masjid Negara semasa solat jumaat tengah hari tadi. Video Rakaman CCTV Imam Masjid Negara Kena Tampar ini menunjukkan seperti seorang lelaki warganegara India tersebut seperti mahu menjadi imam kepada solat tersebut.

Admin kongsikan video yang dipetik dari laman popular Sukan Star TV. Jom kita saksikan Video Rakaman CCTV Imam Masjid Negara Kena Tampar tersebut.


video

Video Lelaki Tampar Imam Kena Pukul


Post sebelum ini ada menyatakan gambar lelaki yang menampar imam dua Masjid Negara sebentar tadi. Seterusnya satu video milik Astro Awani admin kongsikan kekecohan yang berlaku apabila lelaki tersebut ingin dibawa masuk ke dalam kenderaan Polis. Ini pula Video Lelaki Tampar Imam Kena Pukul dengan orang ramai yang geram dengan tindakan lelaki tersebut.

Dipetik dari FB My Media Hub admin kongsikan kepada anda semua Video Lelaki Tampar Imam Kena Pukul oleh ramai tersebut. Berita selanjutnya akan menyusul nanti.


video

Video Lelaki Tampar Imam Masjid Negara


Admin baru sahaja up entry berkenaan kekecohan yang berlaku semasa solat jumaat di Masjid Negara sebentar tadi. Lelaki bukan warga negara Malaysia tersebut telah pun ditahan oleh pihak polis. Mari sama-sama kita saksikan Video Lelaki Tampar Imam Masjid Negara tersebut.

Terdapat sedikit kekecohan semasa lelaki tersebut hendak dibawa keluar kerana kebanyakan makmum ingin mengetahui apa sebenarnya yang berlaku. Jom kita saksikan Video Lelaki Tampar Imam Masjid Negara ihsan dari Astro Awani.


video

Gambar Lelaki Tampar Imam Masjid Negara


Satu kekecohan telah berlaku di Masjid Negara sebentar tadi. Semasa Solat Jumaat sedang berjalan. Di mana seorang lelaki telah mengganggu solat jumaat dalam rakaat yang pertama. Jadi admin ingin berkongsi Gambar Lelaki Tampar Imam Masjid Negara tersebut yang dipercayai dari raut wajah nya bukan lah  warga tempatan dan warganegara India.

Menurut laman popular Siakap Keli Kejadian berkenaan berlaku ketika di solat Jumaat baru di rakaat pertama, menurut saksi ketika imam berkenaan baru sahaja selesai membaca Al Fatihah tiba-tiba datang seorang lelaki berketurunan Arab terus menampar imam tersebut.

Selain itu juga, lelaki berkenaan bertindak merampas pembesar suara dan berkata "You go Back!" berulang kali. Apa motif lelaki tersebut masih dalam siasatan. Polis telah pun menahan lelaki berkenaan.

Ramai juga netizen yang berkongsi pengalaman kejadian ini di media sosial milik peribadi mereka.Sumber gambar dari twitter HEADSINK