loading...

Friday, July 31, 2015

Video Penuh Kejadian Wanita Maut Di Eskalator


Anda sudah pun menyaksikan video seorang ibu dan anaknya mengalami kemalangan di eskalator di negera China. Anda pasti sudah menontonnya di kaca televisyen kerana stesen tv tempatan telah pun mengeluarkan video tersebut untuk tontonan umum.Jika belum menonton sila ke SINI untuk menonton. Tahukah anda video itu tidak menceritakan segalanya kerana tidak lengkap. Jadi jom kita lihat Video Penuh Kejadian Wanita Maut Di Eskalator tersebut.

Jika dilihat semasa kejadian ada 2 orang wanita yang sedang menunggu di bahagian atas eskalator bukan? Dan mereka juga yang cuba membantu mangsa tetapi gagal. Ini menariknya Video Penuh Kejadian Wanita Maut Di Eskalator ini kerana ia memaparkan apa yang berlaku dari A-Z.

Jika dilihat 2 wanita tersebut sudah pun mengetahui bahawa eskalator tersebut bahagian lantai pemijak itu tidak sempurna dan boleh berlaku kemalangan tetapi berkemungkinan bahawa mereka berdua tidak mengjangkakan yang kemalangan tersebut akan menjadi seteruk ini.

Dari video tersebut juga 2 wanita tersebut seperti memberi isyarat kepada wanita malang tersebut. Tetapi semuanya telah berlaku tiada apa yang boleh dilakukan.Harap kepada semua pembaca anda semua sentiasa berhati-hati walau di mana anda berada ya.

video
video by CCTV


Video Lelaki Kena Belasah Dituduh Curi Telefon


Admin ingin kongsikan satu Video Lelaki Kena Belasah Dituduh Curi Telefon. Sama ada betul atau tidak lelaki tersebut yang mencurinya hanya dia sahaja yang tahu. Walaupun dia menafikan yang bukan dia mencuri atau mengambil telefon tetapi si pemukul terus memukul dan berkata-kata seperti bertutur dalam loghat Sabah.

Dalam Video Kena Belasah Dituduh Curi Telefon ini juga menyaksikan rakan-rakan tidak masuk campur dan hanya memerhatikan sahaja kawan mereka dipukul dan memukul. Antara dialog yang jelas kedengaran dalam video ini adalah :

“Mana, mana barangnya, bikin malu saja kau ni” jerit lelaki itu sambil menumbuk mangsa itu.

“Tidak, saya tidak ambil” jawab mangsa yang dipukul itu sambil menangis.

Tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan itu, lelaki tersebut turut menendang dan melakukan ‘flying kick’ terhadap mangsa.

“Aku tak kira kalau kau mati, bikin malu!” ujar lelaki lagi.

“Betul saya tak ambil telefon kau Mike” uajr mangsa itu sambil merayu agar rakannya itu berhenti dari terus memukulnya.

Jadi kepada pihak berkuasa harap boleh mengambil tindakan itu jika si mangsa membuat laporan polis.Video ini telah viral di media sosial beberapa hari lepas.


Najib Letak Jawatan PM


Rata-rata pengguna media sosial telah menyerang akaun Facebook rasmi YAB Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Najib Razak dengan # hashtag Najib Letak Jawatan PM. Ini adalah gara-gara keputusan mengejut oleh YAB PM beberapa hari lalu dengan menggugurkan TPM dari kabinet, merehatkan peguam negara dari bertugas dan beberapa keputusan yang rakyat berpendapat ianya tidak boleh diterima.

Jika anda pergi sahaja ke FB YAB Perdana Menteri setiap posting di FB tersebut pasti ruangan komen dipenuhi dengan komen-komen panjang berjela tetapi dengan satu ayat yang sama iaitu Najib Letak Jawatan PM.Nampak gaya rakyat tidak segan silu untuk membuat komen sebegitu rupa.

Apa rasional nya mereka menyerang YAB PM dengan komen sebegitu hanya mereka sahaja yang mengetahuinya. Bukan apa sebab admin rasa YAB Perdana atau admin page tersebut tidak baca pun komen tersebut. Admin rasa ya bukan admin cakap memang mereka tidak baca.

Jadi kepada semua harap bersabar. Pasti kebenaran akan timbul jua. Siapa benar siapa salah akan terungkai sedikit masa lagi. Jangan lupa untuk terus mendoakan kesejahteraan negara kita. Kesian pada PM kena serang dengan hashtag Najib Letak Jawatan PM.

Thursday, July 30, 2015

Video Muhyiddin Jumpa Anak Tun M Cerita Isu 1MDB Jadi Viral


Semakin lama semakin banyak cerita berkenaan bekas TPM kita Tan Sri Muhyiddin Yassin. Kali ini Video Muhyiddin Jumpa Anak Tun M Cerita Isu 1MDB Jadi Viral pula yang hangat di media sosial. Jadi untuk maklumat penuh admin kongsikan laporan dari MSTAR.

PETALING JAYA: Sebuah 'video bocor' menunjukkan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sedang bercerita kononnya tentang butir-butir perbualan beliau dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung 1MDB telah menjadi viral.

Klip video itu yang kelihatan dirakam menggunakan telefon bimbit, menunjukkan Muhyiddin duduk dengan beberapa tetamu di rumahnya.

Video 53 saat itu yang hanya dapat didengar di bahagian-bahagian tertentu muncul untuk menunjukkan bahawa Muhyiddin telah bercakap dengan Najib mengenai dakwaan yang terkandung dalam laporan Wall Street Journal baru-baru ini.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan bekas anggota Majlis Tertinggi Umno Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir adalah antara mereka yang dapat dilihat dalam klip ini.

Muhyiddin telah melayan beberapa tetamu pada petang Selasa selepas pengumuman beliau digugurkan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan.

Ketika dihubungi The Star Online, bekas anggota Majlis Tertinggi Umno Abdul Kadir mengesahkan berkunjung ke rumah Muhyiddin pada Selasa selama 'hampir dua jam'.

"Kami berbual secara sulit dan santai di kalangan teman-teman lama. Tetapi saya tidak boleh mengesahkan apa perbualan peribadi dan sulit itu," katanya.

"Terdapat ramai orang di sekeliling, dan kita berbincang mengenai banyak perkara," katanya.

Apabila ditanya sama ada beliau sedar seseorang sedang merakamkan perbualan itu, beliau berkata tidak tahu jika ada orang yang merakamnya tetapi melihat ramai orang mengambil gambar.

"Saya mendengar orang memberi amaran: 'Jangan rekod. Jangan tangkap gambar," katanya.

-MSTAR-

Komen Tok Mat MB N9 Isu Audio Fitnah


Berikut adalah komen Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hassan berikutan penyebaran satu audio di laman-laman sosial ngan mengaitkan beliau dengan YAB Perdana Menteri iaitu Dato' Seri Najib Razak. Jom kita baca Komen Tok Mat MB N9 Isu Audio Fitnah tersebut dan viralkan supaya semua orang tahu cerita sebenar.

KENYATAAN MEDIA YAB DATO' SERI UTAMA HAJI MOHAMAD BIN HAJI HASAN, MENTERI BESAR NEGERI SEMBILAN BERHUBUNG PENYEBARAN RAKAMAN AUDIO PEMBOHONGAN DAN FITNAH BERKAITAN YAB PERDANA MENTERI, DATO' SERI NAJIB BIN TUN HAJI ABD RAZAK

1. Saya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tidak berasas dan tohmahan oleh pihak tertentu kononnya rakaman audio mengenai YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib bin Tun Haji Abdul Razak yang memuatkan kenyataan oleh seorang individu yang sedang viral di media sosial sekarang adalah dari suara saya.

2. Saya ingin menegaskan bahawa saya tidak ada kena mengena langsung dengan rakaman audio itu, apatah lagi dengan pengakuan individu itu.

3. Buktinya kerana ada penipuan fakta dimuatkan dalam rakaman berkenaan, terutama latar belakang bapa kepada individu terbabit ialah seorang guru, sedangkan Allahyarham ayahanda saya bukan seorang guru.

4. Pihak yang membuat dakwaan ini sememangnya berniat jahat terhadap saya, cuba mengelirukan rakyat dan mahu melaga-lagakan saya dengan pemimpin-pemimpin lain, baik di dalam parti UMNO mahupun dalam kerajaan.

5. Saya menggesa semua pihak supaya tidak mudah percaya dengan pembohongan dan fitnah yang dilemparkan oleh pihak tidak bertanggungjawab terhadap saya.

Sekian, terima kasih

YAB Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Menteri Besar Negeri Sembilan

Gambar Serpihan Pesawat MH370 Ditemui


Terkejut juga admin apabila membaca web sahabat Siakap Keli apabila dikatakan bahawa serpihan pesawat MH370 telah ditemui di sebuah pulau. Jadi untuk melihat sendiri admin kongsikan kepada anda semua Gambar Serpihan Pesawat MH370 Ditemui tersebut.

Tetapi kesahihannya masih belum dapat dipastikan kerana pihak kerajaan baru sahaja menghantar skuad penyiasat untuk melihat dan melakukan siasatan terhadap serpihan tersebut.Jadi anda lihat sendiri Gambar Serpihan Pesawat MH370 Ditemui ini.

Ini admin kongsi dari Siakap Keli :

Memetik laporan dari Telegraph.co.uk, seorang pakar penerbangan Perancis percaya serpihan itu dari pesawat MH370.

Xavier Tytelman, seorang bekas juruterbang yang kini bekerja sebagai pakar keselamatan udara, dihubungi oleh seorang penduduk pulau Reunion. Lelaki berkenaan menghantar gambar serpihan yang dijumpai dan Tytelman berkata ia mungkin dari pesawat yang hilang itu.

"Saya sudah mengkaji beratus-ratus gambar dan berbincang dengan rakan sekerja".

"Dan kami yakin ia menyerupai bahagian sayap Boeing 777 - pesawat yang sama dengan MH370", kata Tytelman kepada Telegraph.co.uk

"Polis di Reunion yang memeriksa serpihan itu berkata ia kelihatan sudah berada di dalam air lebih kurang setahun, menambah lagi kenyakinan ia dari MH370. Kami tak boleh pastikannya, tapi kami fikir ada kemungkinan (ia dari pesawat MH370)".



Ending Rindu Awak 200% Raya


Mesti ramai yang ternanti-nanti kan Ending Rindu Awak 200% Raya yang bersiaran pada 22 Julai 2015 yang lepas. Pada telemovie Rindu Awak 200% Raya yang lepas ending pada cerita tersebut hanya boleh ditonton pada 29 Julai 2015. Jadi bagi mereka yang ingin menonton Ending Rindu Awak 200% Raya di sini admin kongsikan untuk anda.

Bukan itu sahaja, admin juga ingin kongsikan link untuk anda menyaksikan episod penuh Telemovie Rindu Awak 200% Raya tersebut hanya di phat.my ' blog melayu terkini'. Harap anda semua berpuas hati dengan cerita Ending Rindu Awak 200% Raya ini.

"Zill dan Armel adalah pasangan yang sedang bahagia melayari bahtera perkahwinan. Namun impian Armel dalam kerjayanya mula mendatangkan masalah besar dalam rumah tangga mereka. Apakah tindakan Armel bila terpaksa menghadapi rasa kecewa Zill terhadapnya?"

Sedikit sinopsis cerita Rindu Awak 200% Raya. Untuk menonton telemovie penuh sila ke link yang disediakan.

Rindu Awak 200% Raya Part 1

Rindu Awak 200% Raya Part 2

Dan untuk Ending Rindu Awak 200% Raya sila layan video di bawah :

video


Tuesday, July 28, 2015

Kenyataan PM Berkaitan Sebab Rombak Kabinet 2015


Pasti ada sebab musabab mengapa YAB Perdana Menteri merombak kabinet beliau bukan? Jadi jom kita baca Kenyataan PM Berkaitan Sebab Rombak Kabinet 2015 yang dipetik dari laman blog beliau sendiri.

Berikut adalah kenyataan media yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri mengenai rombakan kabinet yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Adalah dimaklumkan bahawa selaras dengan perenggan (b) Fasal (2) Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan mengenai pelantikan Menteri Persekutuan dan Fasal (1) Perkara 43A mengenai pelantikan Timbalan Menteri Persekutuan, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pelantikan berikut:

Menteri Persekutuan:

(i) YB Datuk Wilfred Madius Tangau;
(ii) YB Dato’ Hamzah bin Zainudin;
(iii) YB Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar;
(iv) YB Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid;
(v) YB Dato’ Sri Azalina binti Dato’ Othman Said;
(vi) YB Datuk Seri Ong Ka Chuan; dan
(vii) YB Senator Datuk Seri Panglima Dr. Mohd. Salleh bin Tun Said Keruak


(Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pelantikan YB Senator Datuk Seri Panglima Dr. Mohd. Salleh bin Tun Said Keruak sebagai Ahli Dewan Negara dan beliau akan mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara dalam masa terdekat).

Timbalan Menteri Persekutuan:

YB Dato’ Wira Mohd Johari bin Baharum;
YB Datuk Mas Ermieyati Samsudin;
YB Datuk Nur Jazlan bin Mohamed;
YB Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato' Dusuki;
(v) YB Senator Tuan Chong Sin Woon;
(vi) YB Dato' Seri Reezal Merican bin Naina Merican;
(vii) YB Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakob;
(viii) YB Tuan Masir anak Kujat; dan
(ix) YB Dato’ Johari bin Abdul Ghani.

Rombakan Kabinet hari ini dibuat bagi tujuan memperkukuhkan lagi barisan Jemaah Menteri dalam kita menghadapi cabaran menguruskan negara sebelum Pilihanraya Umum yang ke-14.

Keputusan saya menggantikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan YAB Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi, menggugurkan empat orang Menteri dan seorang Timbalan Menteri serta perubahan portfolio,dibuat setelah mengambil kira pertimbangan politik dan kepentingan pentabiran

Ini bagi memastikan pentadbiran di bawah saya terus komited, sentiasa fokus kepada usaha pembangunan negara sebagaimana yang telah dijanjikan oleh Kerajaan Barisan Nasional kepada rakyat pada pilihan raya umum yang ke-13.

Bagi tujuan ini, Jemaah Menteri perlu bertindak sebagai satu pasukan yang jitu dalam apa jua keadaan, melangsungkan agenda pembangunan Negara serta menguruskan isu-isu Negara yang berbangkit agar dapat bertindak dengan berkesan.

Saya boleh menerima perbezaan pendapat dan kritikan sebagai sebahagian dari proses dalam membuat keputusan. Namun, sebagai anggota Kabinet, perbezaan pendapat dan pandangan tidak sepatutnya dilakukan di forum terbuka yang boleh menjejaskan pandangan umum terhadap Kerajaan serta Negara. Ia juga bertentangan dengan konsep tanggungjawab bersama Kabinet (collective responsibility).

Keputusan menggantikan Tan Sri Muhyiddin merupakan satu keputusan yang amat sukar, tetapi terpaksa saya lakukan agar Jemaah Menteri dapat bergerak sebagai satu pasukan yang jitu.

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti yang telah dicurahkan oleh Tan Sri Muhyiddin. Begitu juga oleh Menteri dan Timbalan Menteri yang kini tidak lagi bersama saya di dalam pentadbiran Kerajaan.

Insha-Allah, saya yakin senarai Kabinet yang baru ini dapat meneruskan hasrat Kerajaan untuk menjayakan segala perancangan yang telah dijanjikan dan meningkatkan keyakinan serta sokongan rakyat kepada Kerajaan Barisan Nasional.

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah juga memperkenankan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia di hadapan Baginda diadakan pada Rabu, 29 Julai 2015, jam 10 pagi di Istana Negara, Kuala Lumpur.

Perdana Menteri
Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak

Senarai Kabinet Baru 2015


YAB Perdana Menteri Malaysia Najib Razak telah pun mengumumkan Senarai Kabinet Baru 2015 berkuatkuasa 29 Julai 2015. Seperti dijangka nama Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dikatakan akan digugurkan benar-benar terjadi. Beberapa nama menteri juga dikatakan digugurkan cuma yang agak hairan YAB Najib Razak masih mengekalkan Ahmad Maslan.

Mari kita ikuti Senarai Kabinet Baru 2015 yang admin petik dari PANEH MIANG. Macam mana pendapat anda tentang Senarai Kabinet Baru 2015 ini. Anda puas hati?

KUALA LUMPUR: Pengumuman senarai anggota Kabinet baru telah dilakukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi.

Najib berkata rombakan Kabinet adalah untuk memperkukuhkan barisan dalam menghadapi cabaran dalam menguruskan negara sebelum PRU14

Senarai penuh anggota jemaah Menteri dan Timbalan Menteri Persekutuan berkuatkuasa 29 Julai 2015:

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan: Datuk Seri Mohd Najib Razak

Timbalan Menteri dan Menteri Dalam Negeri: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Menteri Pengangkutan: Datuk Seri Leow Tiong Lai

Menteri Kesihatan: Datuk Seri Dr Subramaniam

Menteri Di Pejabat Perdana Menteri: Datuk Mah Siew Keong

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan: Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz

Menteri Pertahanan: Datuk Seri Hishammuddin Hussien

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri: Datuk Seri Mustapa Mohamed

Menteri Belia dan Sukan: Khairy Jamaluddin

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air: Datuk Seri Panglima Dr Maximus Ongkili

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi: Datuk Amar Dauglas Uggah Embas


PM Najib Rombak Kabinet?


Biar betul? Tetapi semacam ada ura-ura bahawa pada petang ini jam lebih kurang 3.00 petang berkemungkinan terdapat satu pengumuman penting berkaitan kabinet Malaysia yang dibuat oleh YAB Perdana Menteri sendiri. Jika benar PM Najib Rombak Kabinet? pasti ada perubahan sedikit sebanyak dalam "line up" menteri-menteri beliau.

Untuk berita lebih jelas kita lihat laporan dari Astro Awani di bawah ini yang admin kongsikan untuk anda. Dengar cerita ini semua disebabkan oleh suara lantang YAB Tan Sri TPM dalam satu video yang viral di media sosial. Rujuk video di bawah.

video

Berita dari Awani. KUALA LUMPUR: Rombakan Kabinet dijangka akan dilakukan dalam masa terdekat, lapor akhbar Utusan Malaysia hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan telah menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah bagi mempersembahkan senarai rombakan Kabinet itu.

Cakap-cakap mengenai rombakan kabinet ini mula berlegar beberapa bulan lalu dan semakin diperkatakan semalam selepas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Cheras pada Ahad malam.

Kedudukan Muhyiddin dalam kabinet menjadi perhatian namun beliau dijangka akan kekal sebagai Timbalan Perdana Menteri tetapi tidak memegang apa-apa kementerian.

Sebelum ini, ada yang menjangkakan Muhyiddin akan digugurkan dan tempat beliau akan digantikan oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, namun ia dikatakan agak mustahil.

Beberapa menteri dijangka akan digugurkan dan bertukar kementerian serta ada timbalan menteri yang disebut-sebut akan dilantik sebagai menteri penuh.

Utusan Malaysia meramalkan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan yang akan diberi tanggungjawab sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia. 

Abdul Rahman baru sahaja dilantik sebagai Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN). 

Manakala portal myKMU.net pula meramalkan Khairy Jamaluddin akan ditukarkan ke Kementerian Sumber Manusia atau Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Menteri Komunikasi dan Multimedia sedia ada Datuk Ahmad Shabery Cheek dikatakan akan kembali menerajui Kementerian Belia dan Sukan.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan dijangka dilantik sebagai Menteri penuh di Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) menggantikan Datuk Seri Shafie Apdal yang diramalkan akan digugurkan.

Beberapa ahli parlimen antaranya  Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Irmohizam Ibrahim dan Ketua Puteri UMNO, Mas Ermieyati Samsudin dikatakan akan dilantik sebagai timbalan menteri.

Ada yang berpendapat nama-nama seperti Datuk Hassan Malek, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Datuk Seri G Palanivel bakal digugurkan dari kabinet.

G. Palanivel yang kini memegang potfolio Menteri Sumber Hijau dan Alam Sekitar dijangka akan digugurkan berdasarkan masalah yang dihadapi oleh MIC.

Video Wanita Maut Ditelan Eskalator di China


Video Wanita Maut Ditelan Eskalator di China ini admin kongsikan dari FB Buletin Utama. Sedih sangat bila kita tengok bukanb. Jadi malang memang tidak mengenal sesiapa dan di mana.Jad berhati-hatilah di mana sahaja kita berada.

Video ini mungkin menggangu emosi sesiapa yang bakal menonton nya. Jadi sebelum menonton fikirkan lah sama ada anda seorang yang kuat atau pun tidak.Seorang wanita maut akibat terjatuh ke dalam eskalator di sebuah pusat membeli-belah di Hubei, China.

Mangsa bagaimanapun sebelum itu sempat menyelamatkan anak lelakinya.Wanita berusia 30 tahun itu dilihat menaiki eskalator bersama anak lelakinya kira-kira jam 10 pagi waktu tempatan.Apabila sampai ke tingkat atas, ketika mereka hendak memijak lantai, ia tiba-tiba berlubang, menyebabkan mangsa terjatuh ke dalamnya.

Si ibu segera menolak anaknya keluar dari lubang dan disambut oleh pekerja pusat membeli-belah.Bagaimanapun wanita itu gagal diselamatkan dan maut di tempat kejadian.Seram pun ada bila admin tengok.

video

Monday, July 27, 2015

Dubsmash Raya Comel


Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin buat semua pembaca setia www.phat.my dan selamat datang kepada semua pembaca baru. Terima kasih kepada anda semua yang sentiasa menyokong phat.my dari awal kemunculan di alam maya ini. Hari ini admin ingin berkongsi satu video dubsmash yang bertajuk Dubsmash Raya Comel khas untuk anda.

Jangan kata rusuk kiri kanan depan belakang anda bergetar apabila menonton tetapi silap-silap gigi pun boleh tertanggal apabila menyaksikan video ini Dubsmash Raya Comel. Anda tengok gambar pun dah boleh tahu anda pasti akan "melting" dengan video ini.

Bukan sahaja melting mungkin anda juga mahu memberi pelempang atau tendangan padu maut kepada pemilik video ini hehe..jangan marah admin gurau sahaja. Sudah pasti video ini untuk hiburan semata-mata dan tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati.

Nama pun dubsmash kan..ala-ala kita meniru suara orang lain tetapi menggunakan muka kita. Jadi semoga anda terhibur dengan video Dubsmash Raya Comel ini. Kepada tuan punya video admin pinjam video awak ye ;-)

video


p/s : salah silap admin mohon ampun maaf

Gambar sekadar hiasan

Wednesday, July 22, 2015

Kenapa Anak Tidak Dengar Kata Ibu Bapa?


Agak menarik perhatian admin apabila terbaca satu posting berkenaan dengan Kenapa Anak Tidak Dengar Kata Ibu Bapa?Zaman sekarang kita perlu lihat bukan sahaja ke depan malah kena juga lihat apa yang telah terjadi sepanjang kehidupan kita.Terutamanya dalam hubungan dengan kedua-dua ibu bapa kita.

Jadi melalui FB Made in Sarawak admin berkongsi 100% cerita yang berkisar kan tentang dosa seorang anak kepada ibu.Jadi mari kita sama-sama baca dan renungkan seterusnya ambil iktibar.Sediakan tisu banyak-banyak.Semoga seluruh ahli keluarga kita terutama kedua ibu bapa kita dirahmati Allah SWT.

Begini ceritanya :

Masa aku di Tingkatan 5 dulu, aku pernah herdik mak aku. Aku cakap kat dia "orang tua takda otak". Aku marah dia sebab dia basuh jeans aku pakai Clorox. Habis rosak. Padahal besok tu dah nak raya. Aku bengang. Aku campak jeans tu kat muka dia.

Lepas peristiwa tu, aku tak pernah minta maaf kat dia. Lastnya, mak ok macam tu je. Aku tahu, masa yang berlalu telah merawat luka dia.

Dari tahun ke tahun, aku ada life sendiri. Aku berkerjaya. Berkeluarga. Dan aku ada 2 orang anak. Tapi malangnya, kedua-dua anak aku ni amat sukar untuk aku didik. Diorang amat liar.

Dan start dari aku berumur 17 tahun sehinggalah aku berumur 50 tahun, aku tak pernah rasa tenang dalam hidup aku. Hinggalah tiba satu masa, Allah ingatkan aku tentang dosa yang pernah aku buat pada Mak aku dulu. Ya. Dosa aku herdik dan campak jeans kat muka dia.

Bila aku teringat pasal tu, aku terus balik kampung jumpa Mak. Aku duduk depan dia dan aku cakap aku nak minta maaf kat dia.

Mak cakap, aku tak ada buat salah kat dia. Dan aku memang tiap-tiap tahun pun minta maaf kat dia. Jadi dia pelik kenapa tiba-tiba hari tu aku datang nak minta maaf kat dia.

Aku cakap, Mak mungkin dah tak ingat orang pernah buat salah kat Mak dulu. Masa orang Tingkatan 5, orang pernah marah Mak dan campak seluar orang kat muka Mak. Orang nak minta maaf pasal tu. Maaf sangat-sangat. Masa tu aku dah mula sebak.

Bila aku ceritakan hal tu, muka Mak berubah. Tangan aku dia genggam erat dan lepas tu dia sentap kuat. Mak cakap, dia takkan lupakan perkara tu. Bahkan dia dah nekad, kalau dia mati, bila berjumpa Allah, dia akan pegang tangan aku. Dia nak cakap : "ya Allah, tangan inilah yang pernah melukakan hati aku. Sedangkan dulu, aku telah berkorban nyawa untuk melahirkan dia. Ya Allah, hukum la dia"

Bila Mak cakap macam tu, serta merta aku menangis depan dia. Aku merayu agar Mak maafkan aku. Tapi Mak tetap berkeras takkan maafkan aku. Aku sedih dan buntu. Akhirnya, aku pulang tanpa mendapat keampunan seorang ibu.

Hari demi hari, aku datang jumpa Mak. Tapi setiap kali aku datang, jawapan Mak tetap sama. Hinggalah sekali tu, aku tidur kat rumah Mak. Lepas solat Subuh, aku datang jumpa Mak. Mak masih bersimpuh di atas tikar sejadah dia dan tengah berwirid.

Selesai Mak wirid, aku pegang tangan Mak. Aku cium tangan tua itu lama-lama. Aku nangis lagi depan dia. Dan masa tu, aku dapat rasakan tangan Mak lembut menyapu kepala aku. Macam membelai rambut aku ketika aku masih kecil dulu-dulu.

Bersama-sama itu, Mak cakap sesuatu yang aku takkan lupakan sampai bila-bila. Mak cakap "Rahman, kalau bukan kerana kesungguhan kau datang berjumpa Mak dan minta maaf dengan Mak, Mak memang takkan maafkan kau sampai bila-bila. Tapi, hari ini, bersaksilah nak, Mak dah maafkan segala kesalahan kau sejak kau dilahirkan sehinggalah Mak akan pergi nanti". Aku angkat kepala dan aku peluk jasad Mak. Sedu-sedu aku nangis di bahu dia. Dah macam anak kecik pun ada. Aku tak kisah. Aku nangis semahunya. Aku sedih dan bersyukur sangat sebab Mak dah maafkan aku. Mak pun nangis time tu.

Dan lepas Mak maafkan aku, aku dapat rasakan satu kelegaan dan ketenangan yang amat sangat. Rasa bahagia yang tidak pernah aku rasakan sejak 50 tahun aku hidup kat muka bumi ni.

Habis tu, aku balik ke rumah. Keluar je dari kereta, kedua-dua anak remajaku datang meluru mendapatkan aku. Mereka cium tangan aku dan peluk tubuh aku. Saat itu, mereka lafazkan kalimah yang aku memang tidak sangka, aku akan ada harapan untuk mendengarnya. Mereka ucapkan : "Maafkan kami ayah. Kami banyak buat salah pada ayah". Serentak dengan itu, aku dongak ke langit seraya berkata, benarlah apa yang NabiMu kata Ya Allah. Sesiapa yang berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, maka anak-anak mereka akan berbuat baik balik kepada mereka. Bersama linangan air mata, aku dakap mereka serta aku lafazkan ucapan kesyukuran yang tidak terhingga. Terima kasih Allah. Sesungguhnya, Engkaulah Tuhan sebaik-baik Perencana.

-Tuan-tuan dan Puan-puan, bila memohon ampun dengan ibu bapa, ingatlah kembali kesalahan yang pernah kita lakukan pada mereka. Kita tidak boleh meminta maaf secara umum je pada mereka, tapi kita kena sebut setiap kesalahan khusus yang pernah kita lakukan terhadap mereka. Sekali mereka terasa, dan mereka simpan serta tidak memaafkan kita, nescaya Syurga Allah tak halal buat kita. Nauzubillahiminzalik.

Karyawan Bisu

Terima kasih penulis asal iaitu Karyawan Bisu yang berkongsi cerita ini

Tuesday, July 21, 2015

Kejadian remaja bergaduh di Wangsa Walk


Lepas satu satu kes pergaduhan yang terjadi di negara kita.Terbaru adalah Kejadian remaja bergaduh di Wangsa Walk yang berlaku petang semalam.Rasanya kisah atau tragedi yang terjadi di Low Yatt masih belum reda timbul pula cerita pergaduhan terbaru.

Cuma Kejadian remaja bergaduh di Wangsa Walk ini dengar nya tidak melibatkan pergaduhan antara kaum tetapi adalah disebabkan oleh perkara remeh temeh dan tidak puas hati kepada orang lain.Jadi admin ingin kongsikan berita yang dipetik dari Mstar untuk bacaan anda semua.

KUALA LUMPUR: Lima cedera, dua daripadanya parah, dan 11 ditahan polis kerana disyaki terlibat dalam pergaduhan di pusat membeli-belah Wangsa Walk, di sini lewat petang Isnin.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Supt Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, kesemua yang ditahan adalah remaja lelaki berusia 15 tahun hingga 29 tahun.  

Katanya, dalam pergaduhan pada pukul 6.50 petang itu antara dua kumpulan, seorang patah tengkok dan seorang lagi retak tulang bahu. 

"Ia hanyalah pergaduhan antara dua kumpulan remaja yang berpunca dari tindakan seorang abang yang menghalang perhubungan adiknya dengan seorang lelaki," katanya kepada Bernama di sini. 

Beliau berkata, lima yang cedera itu dipercayai akibat dipukul dengan kayu, batang besi, topi keledar dan sepit udang motosikal.  

"Mereka yang cedera telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan," katanya. 

Beliau berkata, kesemua suspek ditahan di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan. 

Dalam pada itu, polis menafikan pergaduhan itu melibatkan isu perkauman.

Friday, July 10, 2015

Video & Gambar Kejadian Ribut Di Kuala Kedah


Admin ingin kongsikan satu Video & Gambar Kejadian Ribut Di Kuala Kedah yang dikatakan berlaku sebentar tadi.Admin memetik video dan gambar yang dimuat naik di pages FB terkenal Siakap Keli.

Menurut siakap keli seseorang yang menggunakan nama kambing berskirt yang menghantar video tersebut kepada mereka.Melalui video tersebut juga ramai yang berkongsi beberapa gambar selepas kejadian ribut tersebut diruangan komen.Jadi mari kita lihat Video & Gambar Kejadian Ribut Di Kuala Kedah tersebut.

Mungkin ada dikalangan orang-orang Kuala Kedah boleh memberi komen di bawah entry ini untuk gambaran sebenar kejadian ribut tersebut.Mari kita sama-sama berdoa semoga tidak ada apa yang teruk berlaku di sana.

Semoga semua yang terlibat dengan kejadian ini tabah dan sabar.Jangan lupa lihat Video & Gambar Kejadian Ribut Di Kuala Kedah di sini.

video