Friday, June 12, 2015

Pesawat MAS MH148 Alami Kebakaran Enjin?


Baru mendapat laporan berita dari news.com.au berkenaan sebuah pesawat MAS iaitu penerbangan MH148 dari Melbourne ke Kuala Lumpur telah melakukan pendaratan cemas.Menurut laporan portal berita terbabit berkemungkinan bahawa ada terdapat kebakaran pada enjin pesawat terbabit.Jadi adakah benar Pesawat MAS MH148 Alami Kebakaran Enjin? masih belum dapat dipastikan.

Penerbangan MH 148, yang menuju ke Kuala Lumpur, muncul mengelilingi lapangan terbang beberapa kali sebelum mendarat cemas.Dalam satu kenyataan kepada news.com.au, Malaysia Airlines mengesahkan pesawat itu terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Tullamarine Melbourne petang ini.

Pesawat Airbus 330 tersebut sedang diperiksa oleh jurutera dan kakitangan tanah."Pemeriksaan awal menunjukkan tiada bukti fizikal api luaran, dan penilaian lanjut sedang dijalankan," katanya.
Semua 300 penumpang yang membuat perjalanan dalam penerbangan yang telah diturunkan.


Melalui news.com.au juga kita boleh membaca beberapa tweet yang berkaitan dengan insiden Pesawat MAS MH148 Alami Kebakaran Enjin? ini. Salah satu tweet adalah dari Candice Wyatt yang berbunyi "FIRST PICS: The @MAS flight that just made an emergency landing at @Melair after reports of engine fire @tennewsmelb " sambil ada gambar sebuah pesawat MAS.

Sebarang maklumat lanjut kita tunggu kenyataan rasmi dari pihak MAS.

Jadual Lengkap COPA AMERICA 2015 Chile


COPA AMERIKA 2015 adalah edisi ke 44 dan akan berlangsung dari 11 Jun hingga 4 Julai 2015 di Chile. Sebanyak 12 pasukan di bahagikan kepada 3 Kumpulan - A, B & C akan merebut piala Copa America 2015 yang diadakan 4 tahun sekali ini dengan juara bertahan adalah Uruguay yang menjuarai pada tahun 2011.Jadi untuk Jadual Lengkap COPA AMERICA 2015 Chile sila rujuk entry ini.

Kumpulan Copa America 2015

Grup A: Chile, Mexico, Ecuador, Bolivia
Grup B: Argentina, Uruguay, Paraguay, Jamaica
Grup C: Brazil, Colombia, Peru, Venezuela

Mexico dan Jamaica telah dipilih sebagai 2 pasukan jemputan kejohanan kali ini. Berikut adalah Jadual Lengkap COPA AMERICA 2015 Chile (Waktu Malaysia) :-


Jadual Lengkap COPA AMERICA 2015 Chile  Waktu Malaysia :-

Jumaat 12 Jun 2015
Chile vs Ecuador :  Estadio Nacional, Santiago (Kumpulan A) - 730 pagi

Sabtu 13 Jun 2015
Mexico  vs Bolivia : Estadio Sausalito, Viña del Mar (Kumpulan A) - 730 pagi

Ahad 14 Jun 2015
Uruguay  vs Jamaica : Estadio Regional de Antofagasta, Antofagasta (Kumpulan B) - 300 pagi
Argentina  vs  Paraguay     Estadio La Portada, La Serena (Kumpulan B) - 530 pagi

Isnin 15 Jun 2015
Colombia vs Venezuela : Estadio El Teniente, Rancagua (Kumpulan C) - 300 pagi
Brazil vs Peru : Estadio Municipal Germán Becker, Temuco (Kumpulan C) - 530 pagi

Selasa 16 Jun 2015
Ecuador  vs Bolivia : Estadio Elías Figueroa, Valparaíso (Kumpulan A)
Chile vs Mexico : Estadio Nacional, Santiago (Kumpulan A)

Rabu 17 Jun 2015
Paraguay vs Jamaica : Estadio Regional de Antofagasta, Antofagasta (Kumpulan B)
Argentina  vs Uruguay : Estadio La Portada, La Serena (Kumpulan B)

Khamis 18 Jun 2015
Brazil vs  Colombia : Estadio Monumental David Arellano, Santiago (Kumpulan C)

Jumaat 19 Jun 2015
Peru vs Venezuela : Estadio Elías Figueroa, Valparaíso (Kumpulan C)

Sabtu 20 Jun 2015
Mexico  vs  Ecuador  :   Estadio El Teniente, Rancagua (Kumpulan A)
Chile  vs    Bolivia   :  Estadio Nacional, Santiago (Kumpulan A)

Ahad 21 Jun 2015
Uruguay  vs Paraguay  :  Estadio La Portada, La Serena (Kumpulan B)
Argentina   vs  Jamaica  :   Estadio Sausalito, Viña del Mar (Kumpulan B)

Isnin 22 Jun 2015
Colombia   vs Peru :  Estadio Municipal Germán Becker, Temuco (Kumpulan C)
Brazil  vs  Venezuela  :   Estadio Monumental David Arellano, Santiago (Kumpulan C)

SUKU AKHIR
25 Jun 2015
Winner Group A vs  Third place Group B/C
Estadio Nacional, Santiago

26 Jun 2015
Runner-up Group A vs  Runner-up Group C
Estadio Municipal Germán Becker, Temuco

27 Jun 2015
Winner Group B vs  Third place Group A/C
Estadio Sausalito, Viña del Mar

28 Jun 2015
Winner Group C  vs   Runner-up Group B
Estadio Municipal de Concepción, Concepción

SEPARUH AKHIR
30 Jun 2015
Winner Match 19  vs   Winner Match 20
Estadio Nacional, Santiago

1 Julai 2015
Winner Match 21     Match 24     Winner Match 22
Estadio Municipal de Concepción, Concepción
Third place playoff

KEDUDUKAN 3 & 4
4 Julai 2015
Loser Match 23     Match 25     Loser Match 24
Estadio Municipal de Concepción, Concepción

FINAL
5 Julai 2015
Winner Match 23     Match 26     Winner Match 24
Estadio Nacional, Santiago

Untuk menyaksikan perlawanan secara langsung sila rujuk jadual di stesen TV tempatan yang mempunyai hak penyiaran bagi kejohanan COPA AMERIKA 2015 kali ini. Pasukan manakah agaknya yang akan menjadi juara COPA AMERIKA 2015?

Thursday, June 11, 2015

Siaran Langsung Malaysia VS Timor Leste 11 Jun 2015


Malam ini ayuh rakyat Malaysia mari kita bersama-sama mendoakan supaya pasukan kebangsaan kita menang perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2018 menentang pasukan Timor Leste.Jadi admin ingin kongsikan kepada anda link untuk anda saksikan secara live streaming atau Siaran Langsung Malaysia VS Timor Leste 11 Jun 2015 menerusi live online.

Perlawanan kumpulan A Kelayakan Piala Dunia Zon Asia ini akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil jam 8.45 malam.Kepada yang berkesempatan boleh lah bersama-sama Ultras Malaya menyokong pasukan Harimau Malaya di stadium.Bagi yang tidak berpeluang menonton di 801 atau TV9 pada malam ini anda masih boleh menonton menerusi dalam talian atau secara online.

Live streaming ini admin bawakan khas untuk anda menerusi saluran TV9 Dihatiku.Jadi jangan lepaskan peluang bersama-sama menonton perlawanan pasukan kebangsaan kita.Anda hanya perlu layari pautan yang admin sertakan di bawah ini.Sila kongiskan kepada seberapa rakyat Malaysia.


Tarikh: 11 Jun 2015
Masa : 8.45 Malam
Lokasi : Stadium Nasional Bukit Jalil

Siaran : Astro Arena 801 (8.00 PM) | TV 9

Ayuh Harimau Malaya anda pasti menang!!!!!

Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Johor


Rakyat Negeri Johor Darul Ta’zim dan warganegara Malaysia adalah dipelawa untuk memohon bagi mengisi kekosongan Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Johor seperti berikut :

1. Pegawai Tadbir N41
2. Penghulu NP27
3. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N17
4. Pembantu Setiausaha Pejabat / Setiausaha Pejabat N17
5. Pembantu Akauntan W17
6. Pembantu Juruaudit W17
7. Pembantu Syariah LS17
8. Pembantu Makmal C17
9. Juruteknik Komputer FT17
10. Pengawal Keselamatan KP11


Permohonan  jawatan  adalah  dibuka  sehingga  tarikh  tutup iklan.Permohonan hanya  diterima melalui  Borang SPAJ.01-Online. Sebarang  surat  menyurat dan penghantaran resume tidak diperlukan.Hanyacalon  yang  berkelayakan  dan melepasi  tapisan  akan  dipanggil  temu  duga.

Calon-calon  yang  berjaya  dipanggil  temu  duga  dikehendaki  membawa bersama  Borang SPAJ.01-Online yang  telah dicetak dengan dilampirkan bersama  salinan dokumen-dokumen yang ditetapkan. Kad Pengenalan dan dokumen-dokumen asal yang berkaitan hendaklah di bawa ketika menghadiri sesi temu duga.   

Mohon secara ONLINE dengan menggunakan Borang  SPAJ.01-Online  yang boleh diisi dan dicetak di johorcareer.johor.gov.my

TARIKH TUTUP :

SEBELUM ATAU PADA 14 JUN 2015 (AHAD)

Untuk maklumat lanjut sila layariPortal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor di alamat url 
http://spaj.johor.gov.my
.
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Pegawai Khidmat Pelanggan SPAJ di talian 
07-266 6422/6423. 

Mak Kau Hijau Yang Viral


Macam-macam hal sekarang berlaku di media sosial. Admin ni rasanya antara yang tertinggal sebab baru perasan tentang satu perkara iaitu Mak Kau Hijau Yang Viral.Itu pun disebabkan oleh seorang warga asing yang diserang dengan komen Mak Kau Hijau di laman Facebook nya kerana dia berbogel di Gunung Kinabalu sebelum ini.

Fenomena Mak Kau Hijau Yang Viral ini telah menyebabkan pelbagai parodi telah keluar di You Tube. Siap ada yang buatkan lagu remox lagi untuk Mak Kau Hijau Yang Viral ini. Nak pecah perut juga lah bila kita menonton video tersebut.

Apa yang berlaku ini mengingatkan kepada mereka yang dah dewasa kepada zaman-zaman kanak bukan? Sebab apa sebab mesti masa kanak-kanak dulu anda pun pernah bergaduh dengan kawan-kawan dengan cara yang sama.Biasalah zaman kanak-kanak kita bukan fikir pun apa yang kita buat.

Ejek kawan kita tu lah yang dibuat.Pastu gaduh-gaduh mulut.Tapi sebagai orang yang sudah dewasa dan punya anak seharusnya kita semua mengajar kan anak-anak kita adap dan nilai murni.Zaman sekarang ini bukan macam dulu semua boleh dapat hanya dengan sekali klik sekali slide sahaja.

Jika anda ingin menonton video Mak Kau Hijau Yang Viral anda pergi sahaja ke you tube. Admin kongsikan antara salah satu video parodi Mak Kau Hijau Yang Viral kat sini ya. Enjoy!!


Wednesday, June 10, 2015

Ringgit vs US Dollar


Nilai Ringgit Malaysia atau RM ditutup paling rendah setakat ini pada tahun 2015 iaitu RM 3.76 berbanding US Dollar. Ini adalah nilai ringgit paling rendah berbanding USD dalam tempoh sembilan tahun.Jadi untuk berita penuh berkaitan Ringgit vs US Dollar ini admin kongsikan laporan daripada Awani.

KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup pada paras paling rendah dalam tempoh sembilan tahun berbanding dolar Amerika hari ini.Pada jam 5 petang,  ringgit  berada pada 3.7660/7690 berbanding 3.7170/7200 ketika ditutup pada Jumaat lepas.

Ketua Penyelidikan Inter-Pacific Securities, Pong Teng Siew berkata, dolar AS meneruskan momentum meningkat sejak minggu lalu selepas mencatat data pekerjaan yang kukuh pada Jumaat."Mata wang AS itu bukan sahaja mengukuh berbanding ringgit, tetapi hampir semua mata wang utama lain.

"Data pekerjaan yang positif dan ekonomi AS yang kukuh menunjukkan Rizab Persekutuan AS merancang menaikkan kadar faedah sebelum akhir tahun," katanya kepada Bernama.Ringgit juga didagangkan paling rendah berbanding mata wang utama yang lain.Berbanding dolar Singapura ia berada pada 2.7638/7677 minggu lepas dan menurun berbanding  yen.

Ini adalah rezeki bagi mereka di Malaysia yang income mereka bersandarkan US Dollar. 

Tuesday, June 9, 2015

Video Kemalangan Zamri Baba ARRC Sentul Indonesia


Perkhabaran sedih buat sukan permotoran negara apabila pelumba sensasi negara di Asia Road Racing Championships ( ARRC ) Zamri Baba telah ditimpa kemalangan semasa perlumbaan berlangsung.Jadi admin kongsikan Video Kemalangan Zamri Baba ARRC Sentul Indonesia tersebut.

Dalam Video Kemalangan Zamri Baba ARRC Sentul Indonesia ini juga terdapat satu lagi insiden yang membabitkan seorang lagi pelumba yang dilanggar oleh pelumba lain di garisan penamat.Pelanggaran itu menyebabkan pelumba Indonesia M Fadli cedera teruk di kaki.

Jadi kepada semua jom sama-sama kita saksikan Video Kemalangan Zamri Baba ARRC Sentul Indonesia tersebut. Mari kita sama-sama doakan Zamri Baba dan semua yang terlibat dengan kemalangan di Litar Sentul akan segera sembuh.

Ini adalah berita yang menyedihkan buat sukan permotoran negara. Belum pun reda bencana gempa bumi di Sabah kita sekali mendapat perkhabaran sedih yang melibatkan negara kita.Semua rakyat Malaysia sedang mendoakan #prayforzamri #semangatuntuksabah

video

Skuad B23 Malaysia Di Sukan SEA Singapura 2015


Tiada rezeki buat pasukan Harimau Muda di pentas Sukan SEA kali ini. Sukan SEA 2015 Singapura menyaksikan belum pun tamat aksi peringkat kumpulan tetapi skuad B23 negara bimbingan Datuk Ong Kim Swee terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada aksi separuh akhir.

Ini semua gara-gara kekalahan kepada dua pasukan hebat asia tenggara iaitu Vietnam dan Thailand. Aksi goyah ditunjukkan pasukan B23 negara semasa perlawanan pertama menentang Timor Leste. Skuad negara hanya mampu menewaskan Timor Leste dengan jaringan 1-0 tidak seperti yang diharapkan oleh penyokong iaitu pesta gol.

Paling memeranjatkan adalah kekalah besar 1-5 kepada Vietnam dalam aksi kedua kumpulan. Jika dilihat sepanjang aksi memang pasukan B23 negara tidak dapat menandingi kehebatan pasukan Vietnam terutama dalam mutu kawalan bola dan juga perancangan serangan. Ditambah pula dengan permainan laju lawan yang menyebabkan pasukan B23 gagal mengekang asakan Vietnam.

Semasa bertemu Thailand ada peningkatan dari segi permainan cuma tiada "luck" mungkin salah satu faktor kekalahan 0-1 kepada lawan. Beberapa peluang pasukan negara dinafikan penjaga gol lawan sehingga lah Thailand mendapat gol 10 minit terakhir.

Perlawanan menentang Brunei juga menyaksikan pasukan B23 perlu menunggu ke minit 70 untuk mendapat jaringan pertama. Kemenangan 2-0 menyaksikan tiada perubahan dalam kedudukan kumpulan.Pasukan negara hanya menunggu perlawanan terakhir untuk melengkapkan jadual. Nampaknya tahun 2015 pasukan B23 negara gagal menyerlah di Sukan SEA Singapura.

Tempat Pelancongan Menarik Di Sabah


Walaupun kita dikejutkan dengan berita sedih apabila negeri Sabah dilanda bencana gempa bumi tetapi kita harus tahu bahawa negeri Sabah memang terkenal dengan tempat-tempat percutian atau pelancongan yang begitu menarik sekali.Mari kita sama-sama berdoa supaya semua rakyat Sabah diberi kekuatan untuk menghadapi dugaan besar ini.

Walaupun kita semua sedih dengan apa yang berlaku di Sabah tetapi anda jangan lupa untuk berkongsi beberapa Tempat Pelancongan Menarik Di Sabah untuk rujukan semua. Semestinya Tempat Pelancongan Menarik Di Sabah ini bukan sahaja menjadi tarikan kepada rakyat Malaysia malah pelancong dari luar negara.

Mengikut dari pengalaman sahabat admin berikut adalah Tempat Pelancongan Menarik Di Sabah yang beliau kongsikan bersama admin. Admin sendiri belum pernah sampai ke sana. Jadi jom sama-sama kita terjah Tempat Pelancongan Menarik Di Sabah.

Tempat Pelancongan Menarik Di Sabah adalah seperti berikut :-

1. Gunung Kinabalu
2. Kundasang
3. Sabah Tea Plantation
4. Pusat Ikan Kelah Jinak "Tagal" Sabah
5. Pulau Sipadan
6. Pulau Mabul
7. Tanjung Aru Beach
8. Tunku Abdul Rahman Marine Park

Ini dia beberapa yang sahabat admin bagi tahu pada admin berkenaan Tempat Pelancongan Menarik Di Sabah. Mungkin ada banyak lagi yang tertinggal. Jika anda ingin berkongsi tempat sila kongsi di ruangan komen. Jangan lupa untuk doakan sahabat-sahabat kita di Sabah supaya kuat untuk hadapai dugaan gempa bumi sebelum ini. #prayforsabah

19 Nama Mangsa Gempa Bumi Sabah


Gempa bumi telah melanda Sabah pada Jumaat dan diikuti beberapa gempa susulan sehingga ke hari ahad lepas. Seperti mana yang kita ketahui gempa yang melanda Sabah telah menyebabkan beberapa kerosakan dan telah menyebabkan kehilangan beberapa nyawa terutama di kawasan Gunung Kinabalu.Pihak berkuasa melalui laporan Mstar telah mendedahkan senarai 19 Nama Mangsa Gempa Bumi Sabah untuk rujukan anda semua.

Kita ikuti laporan penuh yang admin kongsikan dari laporan Mstar. Jom kita sama-sama baca untuk anda mendapatkan info berkaitan tentang 19 Nama Mangsa Gempa Bumi Sabah.Mari kita doakan semoga negeri Sabah akan kembali seperti biasa setelah apa yang belaku ini. 

Senarai nama 19 mangsa gempa bumi di Gunung Kinabalu disiarkan di dalam bilik operasi dan menyelamat.Mangsa dari Singapura, Prajesh Dhiman Patel, 12, dilaporkan mengalami kecederaan serius.

Dua mayat terawal yang dibawa turun dari kawasan pergunungan itu oleh malim gunung adalah pelatih gunung, Robbie Sapinggil, 30, dan pelajar dari Singapura, Wee Ying Ping Peony.Jumlah pelancong yang ramai adalah dari Singapura dengan satu kumpulan yang terdiri daripada 29 pelajar dan lapan guru dari Sekolah Rendah Tanjong Katong menyertai lawatan sambil belajar ke Gunung Kinabalu.

Berikut adalah senarai penuh 19 mangsa yang terlibat:

MALAYSIA

Lim Choon Seong, 45 (lelaki)

Muhammad Logman bin Abd Karim, 22 (lelaki)

Mohd Khairuladzuan bin Abd, 39 (lelaki)

Valerian Joannes   - kakitangan Mountain Torq, (lelaki)

Ricky Masarin – kakitangan Mountain Torq, (lelaki)

Joseph Solugin – malim gunung, (lelaki)

Robbie Sapinggi, 30 (lelaki) - pelatih gunung- (mayat ditemui pada Jumaat)

SINGAPURA

Rachel Ho Yann Shilin, 12, (perempuan)

Sonia Jhala, 12, (perempuan)

Emilie Giovanna Ramu, 12, (perempuan)

Ameer Ryyan bin Mohd Aded, 12, (lelaki)

Navdeep Singh Jayral s/o Raj Kumar, 13 (lelaki)

Mohammad Ghazi b Mohamed, 35 (lelaki)

Loo Jian Liang Terrence, 29 (lelaki)

Muhammad Daanish b Amran, 22 (lelaki)

Wee Ying Ping Peony, 12 (perempuan) – (mayat ditemui pada Jumaat)

FILIPINA

Karyl Mitzi Higuit Matahom, 12 (perempuan)

JEPUN

Ozaki Masahiro, 29, (lelaki)

CHINA

Lugi, 35 (lelaki)

Kepentingan Insurans Kepada Manusia


Apa yang anda semua tahu tentang insurans? Yang pasti sesiapa yang mempunyai kenderaan seperti kereta atau motosikal biasa mendengar perkataan insurans. Mana tidaknya setiap tahun pasti apabila ingin memperbaharui cukai jalan kenderaan pasti anda juga perlu memperbaharui insurans kenderaan anda.Jadi hari ini admin sedikit sebanyak akan berkongsi beberapa Kepentingan Insurans Kepada Manusia untuk rujukan anda.

Insurans ini mempunyai beberapa kategori. Tetapi untuk hari ini kita akan bercakap mengenai insurans hayat. Iaitu insurans untuk manusia. Ia sangat penting kepada diri kita.

1. Untuk melindungi pendapatan keluarga
Bagi kebanyakan keluarga, kesinambungan pendapatan adalah bergantung kepada kehidupan
dan kesihatan pencari nafkah. Insurans hayat yang secukupnya menjamin pendapatan
keluarga dalam apa jua keadaan.

2. Perlindungan kewangan ketika hilang upaya
Sekiranya pencari nafkah hilang upaya, insurans hayat memastikan keperluan keluarga tidak
terjejas.

3. Suatu pelan untuk pendidikan anak - anak
Semua ibubapa mempunyai impian yang tinggi terhadap masa depan anak - anak mereka.
Insurans hayat menjadikan impian itu suatu kenyataan.

4. Suatu tabung persaraan
Semua orang yang bekerja mengharapkan suatu persaraan yang membahagiakan. Insurans
hayat adalah langkah praktikal ke arah matlamat tersebut.

5. Suatu pelan perubatan/kesihatan
Kebanyakan orang merungut mengenai peningkatan kos bagi penjanaan kesihatan. Orang
yang bijak mengunakan insurans hayat untuk meringankan beban perbelanjaan perubatan/
kesihatan yang tinggi.

6. Suatu ukuran nilai diri
Ramai yang tidak pasti akan nilai diri mereka. Insurans hayat membolehkan anda
menghebahkan pada dunia akan nilai sebenar diri anda.

7. Sebagai pemberian untuk yang tersayang
Tidak seperti pemberian yang lain, insurans hayat adalah pemberian yang berharga dan
kekal sepanjang hayat.

8. Perlindungan perniagaan keluarga
Sesetengah perniagaan keluarga adalah untuk diwarisi dari generasi ke generasi. Insurans
hayat membantu memastikan pengekalan pusaka keluarga.

9. Sebahagian daripada pelan kewangan menyeluruh
Suatu pelan kewangan itu mungkin ringkas atau kompleks. Namun, tiada pelan kewangan
yang sempurna tanpa insurans hayat.

Jadi bagaimana? Anda sudah nampak apa Kepentingan Insurans Kepada Manusia? Jadi jangan berlengah lagi jika anda masih tidak mempunyai insurans hayat cepat-cepat pergi mendaftar dan pilih lah plan yang terbaik untuk anda dan keluarga anda.

Thursday, June 4, 2015

Jawatan Kosong UiTM

Jawatan Kosong UiTM 

Adalah dipelawa kepada semua warganegara bumiputera Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi Jawatan Kosong UiTM berikut. Terdapat lebih daripada 35 jawatan pelbagai kelayakan untuk di isi oleh semua.Tetapi sebelum itu mari kita baca serba sedikit sejarah UiTM.

UiTM telah melalui perkembangan yang amat pesat sejak mewarnai sektor pengajian tinggi pada tahun 1956. Selain kampus Shah Alam, ia telah mengembangkan sayapnya ke seluruh negara dengan mempunyai 12 buah kampus negeri, 6 kampus satelit di Shah Alam, 11 kampus satelit negeri dan 21 kolej bersekutu. Dengan tenaga kerja seramai lebih kurang 17,770 orang dalam satu rangkaian yang besar, universiti ini menawarkan lebih daripada 500 program akademik dalam suasana yang kondusif dan ceria. Ia juga merupakan rumah kedua bagi lebih 175,200 orang pelajar.Jom kita lihat Jawatan Kosong UiTM ini.

Bagi menampung pertambahan pelajar, menjelang 2014 sebanyak enam kampus cawangan baharu akan disiapkan. Kampus-kampus tersebut adalah Kampus Puncak Alam Fasa 2, Kampus Samarahan 2 di Sarawak, Kampus Jasin di Melaka, Kampus Pasir Gudang di Johor, Kampus Seremban di Negeri Sembilan dan Kampus Tapah 2 di Perak.

Di samping menambahkan prasarana untuk pengajaran dan pembelajaran, sebagai universiti terbesar di Malaysia, UiTM terus memantapkan tadbir urus Satu Universiti Dua Sistem (1U2S), yang telah diluluskan oleh Lembaga Pengarah Universiti pada tahun 2007, bagi menghasilkan satu Universiti Induk dan 12 Universiti Negeri. Dengan adanya sistem tadbir urus ini, UiTM boleh menggunakan sumbernya secara optimum bagi meningkatkan kecemerlangan dalam penyelidikan, pengajaran dan pembelajaran serta khidmat kepada masyarakat.Jawatan Kosong UiTM.

Tarikh Tutup adalah pada : 15 Jun 2015

Untuk maklumat lanjut sila klik pautan di bawah :

http://iapps.uitm.edu.my/epengambilanstaf/iklan/IKLAN_WEB_2015_NEW_280515.PDF