loading...

Tuesday, March 17, 2015

Live Streaming Piala AFC Pahang vs South China

Live Streaming Piala AFC Pahang vs South China

Sudah pasti penyokong Tok Gajah menantikan perlawanan di antara Pahang vs South China dalam pertembungan Piala AFC 2015. Jadi jangan lepaskan peluang anda untuk menyaksikan Live Streaming Piala AFC Pahang vs South China secara langsung di sini.

Perlawanan Pahang vs South China akan berlangsung di Stadium Darul Makmur dan boleh ditonton juga menerusi TV9 pada jam 8.40 malam. Tontonan online live streaming juga boleh diikuti menerusi tonton.com.my . Perlawanan ini juga boleh diikuti menerusi pautan di bawah.

Jadi kepada yang tidak dapat saksikan di TV anda boleh saksikan di bawah ini. Klik sahaja pautan di bawah.

Live Streaming Piala AFC Pahang vs South China

Monday, March 16, 2015

Jawatan Kosong Kraftangan Malaysia 2015

Jawatan Kosong Kraftangan Malaysia 2015

Berikut adalah beberapa Jawatan Kosong Kraftangan Malaysia 2015 untuk diisi oleh semua warganegara Malaysia yang berkelayakan. Jadi jangan anda lepaskan peluang ini. Sebarkan kepada semua sahabat dan saudara mara anda.

Jawatan Kosong Kraftangan Malaysia adalah seperti berikut :

BIL JAWATAN GRED TARAF JAWATAN
1. PEREKA B41
2.PEGAWAI EHWAL EKONOMI E41
3. PENOLONG PEGAWAI EHWAL EKONOMI E27
5.PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT N17
6.PENOLONG JURUTERA JA29
7.PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F29
8. PENGAJAR KRAF E17
9. PEREKA B17
10. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N17
11. PEMBANTU OPERASI N11
12. PEMANDU KENDERAAN H1
Tarikh Tutup : 30 Mac 2015

Jadi untuk maklumat lanjut sila layari : SINI
Untuk lebih info berkenaan jawatan kosong setiap hari : SINI

Thursday, March 12, 2015

Jawatan Kosong SPA Mac 2015

 

Jawatan Kosong SPA Mac 2015

Berita baik untuk semua yang sedang mencari kerja terutama dalam sektor perkhidmatan awam Malaysia. Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon Jawatan Kosong SPA Mac 2015 ini.

Jawatan tersebut adalah :

1. Pembantu Pembangunan Masyarakat S17

Jadi kepada mereka yang mempunyai kelayakan SPM anda layak untuk memohon jawatan ini secara online.

Untuk maklumat lanjut sila layari : SINI

Tarikh Tutup adalah pada : 26 Mac 2015

Semoga berjaya. Jangan lupa kongsikan kepada semua. Dengan menekan butang "like" di bawah entry ini.


Wednesday, March 11, 2015

Lirik Lagu Rahsia - Ippo Hafiz ( OST Teman Lelaki Upahan )


Lirik Lagu Rahsia - Ippo Hafiz ( OST Teman Lelaki Upahan )

Siapa yang layan cerita Teman Lelaki Upahan pasti terngiang-ngiang di telinga lagu yang dijadikan lagu tema drama tersebut. Lagu nya santai dan mudah untuk diterima. Jadi admin kongsikan kepada anda semua Lirik Lagu Rahsia - Ippo Hafiz ( OST Teman Lelaki Upahan ). Jom layan. Kredit untuk Lirik Lagu Muzika.

Lirik Lagu Rahsia - Ippo Hafiz

Waktu kau ucap dulu
Kata-kata racunmu
Membuat diri ini
Terus mati

Mengapa pula kini
Kau hadir dalam hidupku
Tidakkah engkau lupa
Kau pernah bunuhku

Tidakkah pernah terlintas di fikiranmu
Waktu kau senang benar untuk melepaskan
Sakit ini hanya aku yang rasa sayu
Kacau bilau meracau sakit hati ini

Yeah....

Korus
Kekasihku...
Kusimpan satu rahsia
Takkan pernah aku buka
Hingga tiba saat ini

Kekasihku
Kini kulebih bahagia
Tanpa dirimu disisi
Menyakiti, meracuni hati ini

Setapakku melangkah jauh
Setapakku meninggalkan
Setapakku mensyukuri kebahagiaan
Yang kukecap hari ini

Kekasihku
Kini kulebih bahagia
Tanpa dirimu disisi
Menyakiti, meracuni hati ini

Kekasihku...
Kusimpan satu rahsia
Takkan pernah aku buka
Hingga tiba saat ini

Ulang Korus

Setapakku melangkah jauh
Setapakku meninggalkan
Setapakku


Gambar Bakal Isteri Taufik Batisah

Gambar Bakal Isteri Taufik Batisah

Tahniah kepada penyanyi lagu Awak Kat Mana, Taufik Batisah kerana admin rasa tidak berapa lama lagi beliau akan menamatkan zaman bujang beliau. Dan di media sosial beliau, beliau telah memuat naik Gambar Bakal Isteri Taufik Batisah tersebut.

Menurut laporan RotiKaya, satu pengumuman dibuat di facebook milik Taufik sendiri. Admin ucapkan tahniah kepada Taufik. Sebarang berita terbaru kita tunggu pengumuman lain daripada beliau.

Jom kita baca apa yang ditulis oleh Taufik di laman Fb beliau dalam memperkenalkan bakal isterinya ini kepada semua peminat.

“Assalamualaikum. I’ve always been private about my personal life but these few days I have been asked by so many friends & media about who my other half is. I will like to take this moment to share my happiness with everyone who has supported me all these years”

“Please meet Mrs #awakkatmane to be, Sheena Akbal. April will be a joyful month for our families and the both of us and I hope that everyone will support & pray for us. Once again I sincerely thank you for your kind wishes & prayers, In Shaa Allah,”

Tuesday, March 10, 2015

Gambar Artis Malaysia Hanya Pakai Coli Hangat Di Media Sosial


Gambar Artis Wanita Malaysia Hanya Pakai Coli Hangat Di Media Sosial

Gila kentang lah. Kentang pun tak gila macam ini. Anda tahu tak yang bumi ini semakin panas. Matahari pun rasa macam sejengkal dari kepala. Eh apa aku merepek nih. Ok ok kita pergi terus kepada isu Gambar Artis Wanita Malaysia Hanya Pakai Coli Hangat Di Media Sosial.

Rasanya semua dah tahu artis yang dimaksudkan. Admin malas nak sebut nama ya. 

Sebenarnya ada dua artis yang terlibat dengan isu ini. Pertamanya dua hari lepas seorang artis yang juga merupakan isteri kepada seorang pelakon terkenal bergambar dalam sebuah majalah dan menampakan pakaian dalamnya iaitu coli.

Ingat dah reda isu ini kira tak ada pulak isu lain. Tup tup tadi ada pulak seorang artis wanita yang suam-suam kuku ni upload gambar di media sosial nya juga menampakan coli. Lebih kepada bikini lah. Bila peminat tegur meroyan pulak dah.

Jadi untuk artis-artis diluar sana jaga lah penampilan anda sebab anda jadi perhatian orang. Apa sahaja yang anda lakukan pasti ada yang memerhati dan menegur.

Manchester United 1 Arsenal 2 FA Cup 2015 Gol Highlights


Manchester United 1 Arsenal 2 FA Cup 2015 Gol Highlights

Awal pagi tadi satu perlawanan Piala FA Inggeris berlangsung antara Man United menentang Arsenal di Old Trafford. Keputusan perlawanan tersebut telah memihak kepada pasukan pelawat Arsenal. keputusan penuh adalah Man United 1 Arsenal 2. Jom kita saksikan Manchester United 1 Arsenal 2 FA Cup 2015 Gol Highlights tersebut.

Ternyata bekas pemain Man United sendiri yang menjadi pemusnah dalam perlawanan ini. Pertama kesilapan pertahanan MU yang menghantar bola ke belakang dan disambar oleh bekas penyerang Man United iaitu Welbeck.

Gol Welbeck telah memberi kemenangan mutlak buat pasukan Manchester United. Layan lah video ini ya. Sebarkan kepada semua fans kedua-dua pasukan.

video

Saluran TV Digital Percuma di Malaysia JUN 2015?

Saluran TV Digital Percuma di Malaysia JUN 2015?

Semalam ada terbaca di satu laman blog berkaitan isu ini. Rata-rata seluruh rakyat Malaysia menantikan terjadinya perkara ini iaitu monopoli satu syarikat tv satelit di Malaysia yang satu tersebut di pecahkan. Jadi benarkah Saluran TV Digital Percuma di Malaysia JUN 2015?.

Admin kongsikan sedikit apa yang dipetik dari laman blog tersebut. Jadi tak jadi kita tunggu sahaja pihak yang berkenaan dan pihak yang terlibat untuk umumkan.


Pengganti ASTRO bulan Jun 2015? Dan Ianya PERCUMA?

RTM jalin kerjasama dengan MYTV Broadcasting Sdn Bhd anak syarikat firma telekomunikasi Altel Holding yang di miliki Tan Sri Syed Mokhtar Bukhari akan melancarkan siaran TV baru menandingi Astro.


Program itu dikenali sebagai projek Angkasapuri Media City merupakan inisiatif untuk mentransformasi stesen penyiaran kerajaan yang akan membolehkan sistem penerimaan FTA format analog RTM digantikan secara automatik (Analogue-Switch-Off / ASO).

Dengan demikian siaran RTM akan disiarkan dalam format Penyiaran Televisyen Terrestial Digital (DTTB) di mana para pengguna akan mendapat 45 saluran tambahan berdefinisi tinggi (HD) dan 15 saluran definisi standard (SD).

Tiada sebarang kos tambahan yang perlu dibayar pengguna sebaliknya segala-galanya adalah percuma. Ia akan dipancarkan terus ke rumah melalui sambungan dekoder khas berharga RM200 yang akan dibekalkan oleh pihak MYTV Broadcasting Sdn. Bhd.


Penduduk Malaysia akan dibekalkan dekoder yang berharga RM200 manakala pada rakyat yang berstatus miskin bagi yang menerima Bantuan Rakyar (BR1M) akan dibekalkan dekoder percuma.
Program dan projek akan bermula bulan Jun 2015 depan dan dijangka selesai sepenuhnya menjelang akhir pada tahun 2017.


SUMBER

Monday, March 9, 2015

Punca Sebenar Harun Salim Bachik Meninggal Dunia


Punca Sebenar Harun Salim Bachik Meninggal Dunia

Seperti yang kita semua ketahui semalam seorang seniman hebat negara iaitu Harun Salim Bachik telah kembali ke rahmatullah. Pelakon dan pelawak terkenal berusia 55 tahun ini disahkan meninggal dunia jam 4.20 petang semalam di Kawasan RnR Gunung Semanggol. Jadi ini adalah Punca Sebenar Harun Salim Bachik Meninggal Dunia.

Punca Sebenar Harun Salim Bachik Meninggal Dunia adalah disebabkan sesak nafas sebelum rebah. Kejadian berlaku berhampiran dengan tandas kawasan RNR tersebut.




Allahyarham dikatakan dalam perjalanan dari Pulau Pinang menuju ke ibu kota dan berhenti di RnR untuk berehat sebentar.

Mari sama-sama kita sedekahkan al-fatihah untuk Arwah. Takziah untuk keluarga arwah.


Tuesday, March 3, 2015

Semakan Online Keputusan SPM 2014


Semakan Online Keputusan SPM 2014

Hari ini adalah hari pengumuman peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia SPM untuk tahun 2014. Bagi yang telah mendapat keputusan anda tahniah diucapkan. Anda baru sahaja melalui satu lagi fasa baru dalam hidup anda. Bagi yang belum berpeluang ke sekolah anda boleh menyemak ringkasan keputusan anda dengan cara Semakan Online Keputusan SPM 2014.

Anda hanya perlu mengikuti beberapa arahan ringkas ini.

1. Sila klik pautan INI

2. Masukan nombor kad pengenalan

3. Masukan nombor angka giliran

4. Tekan butang papar keputusan

Semoga anda semua mendapat keputusan yang cemerlang.



Video Jaringan Gol Pahang 1 (4) vs JDT 1 (2) Piala FA 2015

Video Jaringan Gol Pahang 1 (4) vs JDT 1 (2) Piala FA 2015

Seperti yang semua sedia maklum tiada live untuk perlawanan awal piala FA 2015 Liga Malaysia. Malam tadi berlangsung perlawanan di antara Pahang dan juga JDT. Keputusan sehingga tamat masa penuh perlawanan adalah 1-1. Jom lihat Video Jaringan Gol Pahang 1 (4) vs JDT 1 (2) Piala FA 2015 tersebut.

Perlawanan kalah mati ini diheret ke masa tambahan seterusnya ke penentuan sepakan penalti. Ternyata tuah menyebelahi Pahang apabila memenangi penentuan penalti 4-2.

Sudah tentu wira pasukan Pahang adalah penjaga gol mereka iaitu Yan yang menyelamatkan dua sepakan daripada pemain JDT dan semua sepakan penalti pemain Pahang berjaya disempurnakan dengan baik.

Terima kasih kepada Bazooka Penaka kerana admin ambil video ini dari FB mereka.

video

Monday, March 2, 2015

Untuk Semua Peminat Bola Sepak Malaysia Inilah Punca Mengapa Tiada Siaran Langsung Piala FA 2015.....

Untuk Semua Peminat Bola Sepak Malaysia Inilah Punca Mengapa Tiada Siaran Langsung Piala FA 2015.....

Pasti yang ingin menonton perlawanan live antara Pahang vs JDT pada malam ini bukan. Malam 2 Mac 2015 di Stadium Darul Makmur. Semestinya peminat JDT yang tidak dapat ke Kuantan mahukan perlawanan ini ditonton dikaca TV secara live. Tetapi tahukah anda bahawa memang piala FA peringkat awal tiada live di TV? Untuk Semua Peminat Bola Sepak Malaysia Inilah Punca Mengapa Tiada Siaran Langsung Piala FA 2015..... ini jawapan nya.

Melalui twitter TV3/Media Prima "TV3 & TV9 tiada hak penyiaran Piala FA (peringkat awal) buat masa ini. Harap maklum - MPB." itulah yang ditweet oleh TV3.

Jadi ternyata apa yang disuarakan oleh peminat di media sosial telah dijawab oleh MPB.

Tetapi seharusnya stesen TV yang terlibat perlu mengambil inisiatif kerana bola sepak Malaysia memang diambang kemeriahan lebih-lebih lagi dalam suasana teknologi tanpa batasan sekarang.


Live Streaming Pahang vs JDT 2.3.2015 Piala FA Pusingan Kedua


Live Streaming Pahang vs JDT 2.3.2015 Piala FA Pusingan Kedua

Apa sudah jadi dengan liga Malaysia 2015. Hak penyiaran yang telah dikhabarkan diagihkan kepada dua stesen televisyen Malaysia tetapi perlawanan Piala FA dan Liga Perdana tiada siaran langsung. Ini menyebabkan ramai yang beralih kepada media baru untuk menonton Live Streaming Pahang vs JDT 2.3.2015 Piala FA Pusingan Kedua.


Namun begitu, menurut satu sumber berita atas sebab tertentu Live Streaming Pahang vs JDT 2.3.2015 Piala FA Pusingan Kedua juga tidak dapat dibuat.

Sebelum ini, pada Jumaat dan Sabtu kita juga terlepas beberapa aksi perlawanan Piala FA yang berkualiti.

Di media sosial FB misalnya ramai peminat bola sepak mahu liga Malaysia dimeriahkan dengan siaran secara langsung seperti yang kita semua dapat pada tahun lepas. Jadi faham-faham sahajalah.