loading...

Thursday, February 26, 2015

Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)


Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)

Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berminat adalah di pohon untuk mengisi Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Mac 2015. Jawatan-jawatan adalah seperti berikut :-

1. Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan) U41
2. Pegawai Pemulihan Perubatan (Pendengaran) U41
3. Jurutera (Elektronik) J41
4. Jurutera (Elektrik) J41
5. Leftenan Muda Maritim XA13
6. Penolong Pegawai Undang-Undang L29
7. Penolong Pegawai Syariah LS27

Untuk maklumat lanjut sila rujuk gambar di bawah.

Tarikh tutup permohonan adalah 1 Mac 2015

Sila buat permohonan secara online di sini : Online Application

Semoga Berjaya
 

Video Gol Arsenal 1 Monaco 3 UEFA Champions League 2015

Video Gol Arsenal 1 Monaco 3 UEFA Champions League 2015 

Jom saksikan gol-gol semasa perlawanan UEFA Champions League 2015 antara pasukan EPL Arsenal menentang pasukan Ligue 1 Perancis Monaco. Ini dia Video Gol Arsenal 1 Monaco 3 UEFA Champions League 2015 untuk tontonan peminat semua.

Gol-gol yang sememangnya bertaraf 5 bintang dihasilkan oleh kedua-dua pasukan. Kesilapan pemain Arsenal yang hilang bola dihukum oleh Monaco yang mendapat 2 gol.
Tahniah kepada pasukan Monaco. Arsenal boleh cuba lagi untuk perlawanan timbal balik. Tetapi harus diingat bahawa Monaco telah mendapat 2 jaringan di tempat lawan. Seperti ada misi sukar untuk Arsenal.

Jom kita layan Video Gol Arsenal 1 Monaco 3 UEFA Champions League 2015 

video

[Video] Official Frozen Fever Trailer ( 2015 )


[Video] Official Frozen Fever Trailer ( 2015 )

Jom kita saksikan [Video] Official Frozen Fever Trailer ( 2015 ). Frozen Fever adalah kesinambungan cerita Frozen yang menjadi fenomena seluruh dunia sebelum ini.

Frozen Fever akan ditayangkan pada 13 Mac 2015.


Cerita ini berkisar tentang Elsa dan Kristoff yang ingin menyambut hari jadi Anna dengan sambutan yang paling terbaik.

Jom kita saksikan.


Wednesday, February 25, 2015

Yadanarbon FC vs Pahang AFC Champions Cup Live Streaming 25 FEB 2015

Yadanarbon FC vs Pahang AFC Champions Cup Live Streaming 25 FEB 2015

Bagi peminat pasukan Pahang yang ingin menonton perlawanan live pasukan anda menentang Yadanarbon FC untuk AFC Champions Cup di sini admin cuba kongsikan beberapa link untuk anda cuba menonton. Jom saksikan Yadanarbon FC vs Pahang AFC Champions Cup Live Streaming 25 FEB 2015 di sini.

Jika terdapat sebarang masalah teknikal itu di luar bidang kuasa kami.

Kami hanya berkongsi link-link yang dikatakan boleh menyaksikan perlawanan ini secara live.

Anda juga boleh menyaksikan perlawanan ini live di Astro 812 atau Siaran Tertunda TV9 jam 8.30 malam. Perlawanan bermula jam 5.30 petang waktu Malaysia

LINK 1

LINK 2

LIVESCORE

Video Kes Ragut Pelajar KPTM Di Taman Guru Kuantan


Video Kes Ragut Pelajar KPTM Di Taman Guru Kuantan

Kejam itulah perkataan yang admin dapat katakan untuk sesiapa sahaja yang terlibat dengan jenayah ragut ini.Ini admin kongsikan Video Kes Ragut Pelajar KPTM Di Taman Guru Kuantan.

Kejadian berlaku 23 Feb 2015 yang lepas. Diberitakan mangsa patah tangan akibat terjatuh dari motosikal mereka.

Taktik suspek adalah mengekori mangsa dari tempat mangsa mengeluarkan wang di mesin ATM dan mengambil peluang meragut bila mangsa leka.

Jadi kepada semua harap berhati-hati. Harap juga penjenayah ini dapat ditangkap.


Video Ketua Polis Negara Diugut Bunuh Dan Diletupkan Oleh Anak Malaysia Anti Demokrasi

Video Ketua Polis Negara Diugut Bunuh Dan Diletupkan Oleh Anak Malaysia Anti Demokrasi

Apakah permainan yang cuba dilakukan oleh segelintir manusia yang menggelarkan diri mereka Anak Malaysia Anti Demokrasi ini. Baru-baru ini kita ada menonton video ada kumpulan yang ingin meletupkan mahkamah Malaysia. Hari ini keluar pula Video Ketua Polis Negara Diugut Bunuh Dan Diletupkan Oleh Anak Malaysia Anti Demokrasi.


Menurut blog Belia Bangkit video berdurasi 1 minit 28 saat ini menunjukkan mereka memegang sekeping gambar.

Dan membuat kenyataan yang berbaur ugutan kepada Ketua Polis Negara.




Tuesday, February 24, 2015

Download Borang Projek Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia (PPA1M) di Bukit Jalil

Download Borang Projek Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia (PPA1M) di Bukit Jalil

Ini ada berita baik untuk penjawat awam Malaysia. YAB PM telah memperkenalkan satu projek khas iaitu Projek Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia (PPA1M. Penerangan terperinci berkaitan projek ini anda perlu lihat di bawah. Admin kongsikan Cara Download Borang Projek Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia (PPA1M) di Bukit Jalil Secara Online. Anda hanya perlu mengikut arahan dan muat turun borang tersebut di SINI.

Projek Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia (PPA1M) di Bukit Jalil

MAKLUMAT PROJEK PPA1M BUKIT JALIL, WP KUALA LUMPUR

Lokasi : Lebuhraya Bukit Jalil, Bukit Jalil, Mukim Petaling, Daerah Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Jenis Kediaman : Pangsapuri

Jumlah Unit : 1536 unit

Kategori Unit Ditawarkan :



Pelan Lantai :

Pelan Lokasi :

Kemudahan Awam : Taska / Tadika, Dewan Serbaguna, Surau, Pejabat Pengurusan, Klinik 1Malaysia, Kedai Rakyat 1Malaysia

Kemudahan Letak kereta : 1 Petak / 1 Unit Kenderaan

Tarikh Jangkaan Siap : Jun 2019 (54 bulan)

Hakmilik Tanah : Pajakan 99 Tahun (Tarikh Luput: 2 Disember 2113)

Sekatan Kepentingan : Tanah ini tidak boleh dipindahmilik, dipajak, dicagar atau digadai tanpa kebenaran Jawatankuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan

Maklumat untuk dihubungi :

Cik Nurul Syahirah Binti Abu Bakar

Telefon: 03-8889 7805

Emel : ppa1m@kwp.gov.my

Wanita Ini Sanggup Kata Suaminya Najis Semata-mata Mahu Jalin Hubungan Terlarang Dengan......


Wanita Ini Sanggup Kata Suaminya Najis Semata-mata Mahu Jalin Hubungan Terlarang Dengan......

Ini ada satu berita yang berkaitan dengan taksub. Tapi macam tak kena tempat sebab taksub dengan ilmu agama tetapi dalam diam ada hubungan terlarang dengan lelaki lain. Jom kita baca Wanita Ini Sanggup Kata Suaminya Najis Semata-mata Mahu Jalin Hubungan Terlarang Dengan...... melalui akhbar BH ini. Gambar juga dari BH Online.

KUALA LUMPUR: Akibat taksub dengan fahaman songsang dipelajarinya sehingga sanggup melabelkan suami sebagai najis, seorang wanita bergelar Datin sanggup menjalinkan hubungan dengan lelaki lain yang dianggap lebih 'warak' sebelum ditangkap berkhalwat.

Dalam serbuan jam 11.50 pagi semalam, wanita terbabit bersama pasangannya ditahan ketika sedang 'berasmara' di dalam sebuah kereta di tepi jalan di Bandar Sri Damansara oleh Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) selepas mendapat aduan orang ramai.

Hasil siasatan mendapati wanita terbabit sudah menjalinkan cinta terlarang dengan pasangannya hampir dua tahun kerana mendakwa suaminya bukan tidak mengikuti syariat Islam sebenarnya kerana sering melakukan perbuatan bidaah.

Difahamkan wanita sering mengikuti pengajian agama di sekitar Kayu Ara, Petaling Jaya dan di kawasan Bukit Kiara sebelum menjalinkan hubungan sulit dengan teman lelaki yang dianggap sealiran dengannya.

Menurut sumber, wanita berusia 40-an itu sudah mempunyai tiga anak berusia 10 hingga 15 tahun, selalu bersikap dingin bersama suaminya dan sanggup menyewa rumah semata-mata untuk melempiaskan nafsu bersama pasangannya yang juga suami orang.

"Beliau anggap suaminya najis kerana mendakwa banyak melakukan perbuatan bidaah seperti tahlil, zikir, solat tidak menepati sunnah Rasulullah SAW, doa Qunut dan sebagainya.

"Wanita berkenaan sanggup menjalinkan hubungan sulit dengan teman lelaki kononnya sealiran fikrah dengannya kerana dilihat berperwatakan warak dan alim, akhirnya dicekup berkhalwat dan cubaan melakukan persetubuhan luar nikah dengan lelaki itu di dalam sebuah kereta tengah hari semalam," katanya.

Bukan itu saja, wanita terbabit yang terpengaruh dengan fahaman songsang itu turut mempengaruhi anaknya supaya membenci ayahnya dengan pelbagai tuduhan seperti tidak mengamalkan sunnah dan mempunyai perempuan simpanan.

Katanya, akibat cinta sudah menguasai mereka di samping ajaran yang diamalkan, wanita terbabit sengaja mencari alasan untuk memburukkan suaminya dengan menuduh lelaki itu terkeluar daripada Islam selain mengamalkan ajaran bercanggah serta sesat.

"Hampir dua tahun wanita tersebut tidak bersekedudukan dengan suaminya, beliau juga turut memfailkan cerai terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah di Shah Alam, namun kerana sayangkan perkahwinan dan anak-anak, si suami tetap mempertahankan rumah tangganya.

"Ketika pasangan itu ditahan di dalam sebuah kereta bercermin gelap mereka sedang berpelukan dengan zip seluar lelaki terbuka sehingga menampakkan kemaluannya, manakala wanita itu dalam keadaan berseluar dalam dengan singlet.

Sementara itu Pengarah JAIS, Datuk Haris Kasim mengesahkan penahanan pasangan itu dan disiasat mengikut Enakmen Jenayah Syariah Selangor.

Gambar Pengantin Lelaki Surprise Isteri Di Hospital Hari Persandingan


Gambar Pengantin Lelaki Surprise Isteri Di Hospital Hari Persandingan 

Ini lah isu yang dibincangkan dalam hot FM pagi tadi. Isu pasangan yang sweet. Admin pun baru tengok dan baca cerita ini. Jadi admin kongsikan Gambar Pengantin Lelaki Surprise Isteri Di Hospital Hari Persandingan yang dipetik dari Uncle Kay Photography.

Pengantin perempuan iaitu Ainul sepatutnya akan menghadiri satu majlis resepsi perkahwinan beliau tetapi disebabkan masalah kesihatan beliau terpaksa menjalankan satu "operation". 


Tetapi itu semua tidak menghalang pasangan ini untuk menjalankan acara memotong kek apabila si suami telah melakukan kejutan dengan membawa kek ke hospital dan menjalankan acara tersebut di sana.

Pasti ramai rakyat Malaysia suka dengan surprise ini. Mari kita sama-sama doakan kebahagiakan pasangan ini.

Tuesday, February 17, 2015

Malaysia U23 vs Timnas Indonesia U22 Live Streaming 17 Feb 2015

Malaysia U23 vs Timnas Indonesia U22 Live Streaming 17 Feb 2015

Kira-kira jam 5.00 petang waktu Malaysia akan diadakan satu perlawanan persahabatan diantara Malaysia U23 vs Indonesia U22 di Jawa Timur. Jadi jom kita saksikan perlawanan itu secara live hanya di Malaysia U23 vs Timnas Indonesia U22 Live Streaming 17 Feb 2015 sini.


Perlawanan adalah sesi pemanas badan dari kedua-dua pasukan muda kedua negara.

Admin kongsikan link untuk anda saksikan Malaysia vs Indonesia ini. Tetapi jika terdapat sebarang masalah itu mungkin disebabkan masalah teknikal.

Admin hanya kongsikan link sahaja.

LINK 1

LINK 2

LINK 3 

*Bila klik LINK 1 dan tidak boleh menonton sila klik di bahagian bawah RCTI 1 atau RCTI2 atau RCTI3

Video Banjir Di Hostel Damai Puri Damai Beach Sarawak


Video Banjir Di Hostel Damai Puri Damai Beach Sarawak

Pagi tadi berlaku satu banjir kilat di Damai Beach Resort Sarawak. Terdapat beberapa gambar dan ada satu Video Banjir Di Hostel Damai Puri Damai Beach Sarawak dikongsikan dalam FB Friends Of BN-Sarawak.


Tidak dapat dipastikan penerangan terperinci berkaitan gambar dan video kerana tidak terdapat penerangan pada perkongsian tersebut.

Jadi bagi yang mempunyai info berkaitan perkara ini boleh kongsikan di ruangan komen ya.

video



Jawatan Kosong TUDM


Jawatan Kosong TUDM

Peluang untuk menyertai pasukan Tentera Udara Diraja Malaysia. Berikut adalah jadual sesi pemilihan Jawatan Kosong TUDM untuk Perajurit Muda Udara Lelaki dan Wanita.


Pemilihan ini sebenarnya telah bermula 10 Feb 2015 sehingga 2 April 2015. Jadi kepada mereka yang berkelayakan dan berminat menyertai TUDM sila rujuk gambar di bawah untuk maklumat lanjut.

Anda juga boleh terus ke lawan web TUDM di SINI untuk semakan.

Semoga berjaya.

Biodata Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat


Biodata Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat

Memetik beberapa perkongsian oleh beberapa orang sahabat dari Kelantan admin ingin kongsikan Biodata Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat untuk rujukan semua. Semoga Allahyarham ditempatkan dikalangan ahli syurga. Mari sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah.

Jika belum mengenali siapa Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat yang sebenarnya, bolehlah ambil masa untuk membaca kisah dan biodata beliau yang agak menarik ini. Semoga menjadi manfaat buat kita semua.



Biodata YAB Dato’ Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat
Nama : Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Tarikh Lahir: 1931
Tempat lahir : Kampung Pulau Melaka,Kelantan.

Pengajian :
1-Pondok Tuan Guru Hj Abbas, Besut
2-Universiti Deoband India
3-Universiti Lahore Pakistan
4-Universiti Al Azhar
5-Sarjana Muda bahasa Arab
6-Sarjana Perundangan Islam

Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sangat kuat berpegang kepada ajaran Islam di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan pada tahun 1931.
Bapanya, Haji Nik Mat bin Raja Banjar bin Raja Abdullah bin Raja Mamat merupakan keturunan Raja Jembal. Bapanya lebih dikenali dengan panggilan Tuan Guru Nik Mat Alim disebabkan beliau arif dalam ilmu-ilmu agama. Beliau terkenal di Kelantan dalam mengendalikan institusi pengajian pondok di Kampung Kedai Lalat.

Di situlah Nik Abdul Aziz mendapat pendidikan awal bersama ratusan pelajar Islam dari segenap ceruk rantau Asia Tenggara. Sejak kecil beliau mempelajari dan mendalami kitab-kitab agama yang muktabar dari Almarhum ayahandanya serta belajar menulis daripada ibunya Hajah Aminah Majid.
Sewaktu usia 9 tahun, Nik Abdul Aziz dihantar berguru dengan Tuan Guru Haji Abas Mohamad di pondok Madrasah Ittifaqiyah, Jertih, Besut, Terengganu. Tuan Guru menuntut ilmu di situ selama setahun sehingga peperangan Jepun berlaku dan pengajian dihentikan buat seketika.

Pada masa ini juga, Tuan Guru berulang alik ke Kampung Sirih, berguru dengan Tok Khurasan dan belajar dengan Tuan Guru Ali Pulau Pisang dalam mata pelajaran Nahu dan Tuan Guru Dato’ Muhamad Nur Ibrahim (bekas Mufti Kelantan) dalam pelajaran Fekah. Setelah perang tamat Tuan Guru menyambung kembali pelajaran secara formal di Ittifaqiyah.

Walaupun usia Tuan Guru masih muda tetapi beliau dapat menguasai kitab Asmuni (sebuah kitab nahu yang agak tinggi) setanding dengan murid-murid yang lebih tua.

Pada tahun 1945 beliau menyambung pelajaran di Jamek Merbawi Al-Ismaili, Kota Bharu hingga 1952. Beliau menyambung pelajaran ke Universiti Darul Ulum di Deoban, India, mendalami ilmu Fekah, Usul Fekah, Tafsir al-Qur’an, Hadis dan lain-lain.

Ketika di India beliau juga telah berguru dengan Sheik al-Hadith dan guru Tarikat yang terkemuka di India iaitu Maulana Mohamad Ahmad Al-Madani dengan mendapat ijazah. Maulana Mohamad seorang pejuang kemerdekaan India yang pertama dan pernah di penjara semasa penjajahan Inggeris.
Pada 1957 beliau menyambung pelajaran ke Pakistan dalam bidang Tafsir. Pada 1958 menyambung pelajaran di Kuliyatul Lughah di Al-Azhar, Mesir dan memperolehi ijazah sarjana muda dalam jurusan pengajian bahasa Arab kemudian menyambung pelajaran sehingga mendapat ijazah sarjana (M.A) dalam jurusan kehakiman dan perundangan Islam selama 2 tahun. Kemudian beliau mendapat diploma pendidikan di Darul Azhar dan pulang ke tanahair Februari 1962.

Perkhidmatan :
Pada 1962 beliau membuka sekolah dengan menggunakan tanah wakaf yang diberi oleh ibu saudara Hajah Kalthom iaitu Sekolah Menengah Ugama Darul Ulum, Pulau Melaka di sebelah petang dan sebelah pagi beliau berkhidmat di Sekolah Menengah Agama Tarbiatul Mardhiyah, Panchor, Kemumin. Pada sebelah malam beliau menjadi guru dan penyelia di sekolah dewasa selama 2 tahun.
Pada 1 Januari 1964 beliau meletakkan jawatan dan berkhidmat di Ma’had Muhammadi, Jalan Merbau, Kota Bharu.

Bidang Politik :
Beliau menjadi ahli PAS sejak 1967. Pada Julai 1967 hingga 1986 beliau menjadi calon PAS dalam pilihan raya kecil Parlimen Kelantan Hilir (sekarang Pengkalan Chepa). Pada tahun 1986 beliau berpindah untuk bertanding di kerusi kawasan Parlimen Bachok dan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Semut Api hingga sekarang.

Pada 1971 beliau dilantik menjadi Ketua Dewan Ulama’ PAS Pusat hingga 1995. Kemudian dilantik Mursyidul Am PAS mengambil alih tempat yang ditinggalkan oleh Tuan Haji Yusuf Rawa.
Pada 1978 Tuan Guru dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Kelantan kemudian Menteri Besar Kelantan pada Oktober 1990. Dari sinilah bermulanya satu era kepimpinan ulama dan peranan serta tanggungjawab beliau bukan satu tugas yang kecil.

Beliau telah menulis beberapa buah buku antaranya ‘Mengapa Saya Tidak Masuk Kristian’ dan beberapa buah buku telah diterbitkan mengandungi siri-siri kuliah dan ceramah.

Pendakwah :
Dengan pengalaman yang ada, beliau telah membimbing pelajar Ma’had Muhammadi dengan menanam kesedaran dan akhirnya timbul satu ‘Halaqat pengajian yang sekarang disebut usrah. Selepas itu wujud sebuah surau yang masih ada di Ma’had Muhammadi Al-Banat, Jalan Merbau, Kota Bharu di mana surau itu dijadikan tempat latihan sembahyang jemaah dan dakwah.

Seorang Petah Bercakap
Tuan Guru lebih dikenali sebagai ulama kerana petah berpidato. Beliau telah diasuh oleh bapanya setiap hari Jumaat di masjid sejak dahulu lagi.

Ucapan beliau terang berserta dengan perumpamaan yang jelas dan memudahkan para pendengar memahaminya. Inilah cara beliau mendapat tempat di hati penyokongnya. Ilmu yang disampaikan merupakan khazanah dan kesetnya tersiar di seluruh negara hingga ke Selatan Thailand dan mendapat sambutan dari setiap peringkat sehingga menjadi bahan rujukan di pusat pengajian tinggi.

Keistemewaan :
Satu perkara yang luar biasa Nik Abdul Aziz, mengendalikan pondok bergerak sejak 1962 hingga sekarang. Beliau tidak pernah berhenti keluar rumah siang dan malam memberi kuliah dan berceramah kepada orang kampung.

Walaupun beliau telah menjadi Menteri Besar, bidang pendidikan tidak pernah ditinggalkan. Setiap malam Jumaat dan Khamis beliau mengajar dan setiap pagi Jumaat mengadakan kuliah kerana bagi beliau mengajar adalah kerja yang paling mulia sebab ia merupakan pekerjaan para Anbia’.

Penghargaan :
Beliau mendapat penghargaan:
1. Jaksa Pendamai (JP) pada 10 Julai 1968 oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Yahya Putra Ibnu Almarhum Sultan Ibrahim.
2. Kesatria Mangku Negara (KMN) oleh Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
3. Dikurniakan Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia peringkat pertama (Al-Isma’illi) SJMK yang membawa gelaran Dato’ pada 30 Mac 1995.

Perkahwinan :
Pada usia 34, beliau mendirikan rumah tangga dengan Datin Tuan Sabariah bin Tuan Ishak bin Raja Awang, berasal dari Kampung Kemumin, Kota Bharu iaitu tahun 1962. Hasil perkahwinan selama 30 tahun itu dikurniakan 10 cahaya mata lima perempuan dan lima lelaki.

Mereka adalah Nik Aini, Nik Umar, Nik Adli, Nik Abdul Rahim, Nik Abduh, Nik Adilah, Nik Muhamad Asri, Nik Amani, Nik Amalina dan Nik Asma’ Salsabila.

Kehidupan beliau sederhana tinggal di sebuah rumah kayu binaan kampung. Ruang tamunya tidak dihiasi dengan set sebagaimana yang menjadi kebiasaan di rumah pembesar negeri. Apa yang ada sebuah almari yang penuh dengan kitab agama.

Beliau juga tidak membenarkan isterinya memakai sebarang perhiasan begitu juga dengan anaknya. Ternyata apa yang ditarbiyahkan ke atas keluarga dilakukan sendiri oleh beliau. Baju Melayu teluk belanga, kain sarung pelikat dan serban sudah menjadi pakaian rasmi beliau.

Ahli Parlimen yang komited :
Sebelum terpilih menjadi ADUN Semut Api dalam pilihanraya umum 1986 dan kemudiannya terpilih menjadi Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Kelantan, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz telah terpilih menjadi Ahli Parlimen PAS bagi kawasan Pengkalan Chepa selama tiga penggal berturut-turut.

Selama menjadi Ahli Parlimen, beliau telah menyumbangkan pelbagai idea, saranan dan kritikan melalui ucapan-ucapan yang disampaikannya di Dewan Rakyat.

Lirik Lagu Nombor Satu - Sleeq


Lirik Lagu Nombor Satu - Sleeq

Kumpulan rappers terkenal dari Singapura Sleeq kini sedang hangat mempromosikan single terbaru mereka yang berjudul Nombor Satu atau #Satu. Sudah pastinya peminat-peminat Sleeq tidak ingin melepaskan peluang untuk mendengarkan lagu ini dan menyanyi bersama. Jom kita layan Lirik Lagu Nombor Satu - Sleeq ini. Semoga terhibur.




Nak tak nak percaya kau yang nombor satu oh satu oh satu oh
Kau yang nombor satu
Nak tak nak percaya bahwa kau yang nombor satu, nombor satu oh, satu oh
Kau yang nombor satu
Nak tak nak percaya bahwa kau yang..

Tak pernah ku sangka (ka ka)
Tak pernah ku sangka (ka ka)
Kau yang nombor satu (satu satu)
Hanya kau yang di hatiku (tiku tiku)

Tak pernah ku sangka (tak pernah ku sangka)
Tak pernah ku sangka (tak pernah ku sangka)
Kau yang nombor satu (kau yang nombor satu)
Hanya kau yang di hatiku (hanya kau yang di hatiku)

Ow ow ow ow ow
Berapa banyak kali
Kalau untukmu lagu apa pun takkan basi
Padaku engkau perlu bukan kasut tau baju
Bukan jam atau keju, tapi sebentuk cincin hanya satu
Kau perlu hanya satu dah cukup
Kasihku dah cukup untuk selama (wow)
Selamanya beria punya dipinta dengan selamba (wow)
Selamanya ku lindungi dari yang minta kena tampar (wow)
Janji kau akan hidup lebih bermakna dari Prada
Hanya baik diambil
Dengar dengan teliti pinjam telinga Nabil (wow)

Segalanya yang ku suka engkau ada (wow wow)
Segalanya yang ku suka engkau ada

Kau buat aku tersenyum saja
Jatuh cinta saja
Macam lah perkara biasa
Kata-kata manis saja
Tak boleh blah
Tapi apa yang aku tak pernah

Tak pernah ku sangka (ka ka)
Tak pernah ku sangka (ka ka)
Kau yang nombor satu (satu satu)
Hanya kau yang di hatiku (tiku tiku)

Tak pernah ku sangka (tak pernah ku sangka)
Tak pernah ku sangka (tak pernah ku sangka)
Kau yang nombor satu (kau yang nombor satu)
Hanya kau yang di hatiku (hanya kau yang di hatiku)

Satu oh satu oh
Kau yang nombor satu
Nak tak nak percaya bahwa kau yang nombor satu, nombor satu oh, satu oh
Kau yang nombor satu
Nak tak nak percaya bahwa kau yang..

Kau buat aku tersenyum saja
Jatuh cinta saja
Macam lah perkara biasa
Kata-kata manis saja
Tak boleh blah
Tapi apa yang aku tak pernah ah

Tiada sesiapa yang boleh jadi penggantimu
Kerana kau telah memiliki hatiku
Segalanya bersamamu
Ku nyanyikan lagu untukmu, hanya kamu

Tak pernah ku sangka
Tak pernah ku sangka
Kau yang nombor satu
Hanya kau yang di hatiku oh no

Tak pernah ku sangka (tak pernah ku sangka)
Tak pernah ku sangka (tak pernah ku sangka)
Kau yang nombor satu (kau yang nombor satu)
Hanya kau yang di hatiku (hanya kau yang di hatiku)
Tak pernah ku sangka (ka ka)
Tak pernah ku sangka (ka ka)
Kau yang nombor satu (satu satu)
Hanya kau yang di hatiku (tiku tiku)

Tak pernah ku sangka (tak pernah ku sangka)
Tak pernah ku sangka (tak pernah ku sangka)
Kau yang nombor satu (kau yang nombor satu)
Hanya kau yang di hatiku (hanya kau yang di hatiku)

Sumber 

Monday, February 16, 2015

Pembedahan Kelenjar Prostat PM Singapura Lee Hsien Loong Berjaya


Pembedahan Kelenjar Prostat PM Singapura Lee Hsien Loong Berjaya

Seperti yang semua orang tahu Perdana Menteri Singapura sedang bercuti kerana keadaan yang tidak sihat disebabkan kanser prostat. Pembedahan untuk membuang kelenjat prostat tersebut telah dijalankan. Menurut laporan INI Pembedahan Kelenjar Prostat PM Singapura Lee Hsien Loong Berjaya.


Menurut kenyataan dikeluarkan PMO, Prof Christopher Cheng, pakar urologi terkemuka Hospital Besar Singapura yang melakukan pembedahan itu.

“Pembedahan berjalan sangat lancar, dan beliau dijangka pulih sepenuhnya.” kata pakar itu.

Prof Cheng mengesahkan tiada sebarang hubungan antara limfoma sebelum ini dan kanser prostat sekarang.

Dalam pada itu, Hsien Loong menyatakan penghargaan terhadap ucap selamat yang diterima beliau daripada pelbagai pihak

Lepas Bakar Pilot ISIS Penggal Kepala 25 Rakyat Mesir

 

Lepas Bakar Pilot ISIS Penggal Kepala 25 Rakyat Mesir

Semakin mengganas nampaknya manusia bertopeng yang bernama ISIS ini. Beberapa minggu lalu video seorang pilot dari Lubnan dibakar hidup-hidup begitu juga dengan tawanan jepun yang disembelih. Ini ada berita Lepas Bakar Pilot ISIS Penggal Kepala 25 Rakyat Mesir.

Gambar Lepas Bakar Pilot ISIS Penggal Kepala 25 Rakyat Mesir dipetik dari Berita Harian. Menunjukkan 25 tahanan berbaju oren tersebut disusun satu baris tanpa kepala ditutup.


Mereka mendakwa memenggal kepala 25 rakyat Mesir yang beragama Kristian.

Semakin hari semakin banyak video yang keluar di alam siber. Persoalannya di manakah Amerika yang mempunyai peralatan canggih dalam menjejak 'pengganas'? Tertanya-tanya jugak kan?

Video Lelaki Bertopeng Mahu "Letupkan" Mahkamah di Malaysia


Video Lelaki Bertopeng Mahu "Letupkan" Mahkamah di Malaysia

Jom kita saksikan Video Lelaki Bertopeng Mahu "Letupkan" Mahkamah di Malaysia ini. Memetik dari blog belia bangkit video ini menunjukkan empat individu bertopeng seakan ingin menyampaikan mesej kepada pihak berkuasa atau kerajaan Malaysia.

Tidak pasti apa motif video tersebut tetapi boleh dirumuskan bahawa individu ini seperti menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap sistem demokrasi di Malaysia.


Harap pihak berkuasa dapat menyiasat perkara ini. Kita tidak mahu perkara buruk terjadi kepada negara kita. Mungkin mula-mula guna mercun tetapi tidak mustahil mereka menggunakan bom pula selepas ini. Siapa tahu bukan?

Mereka juga menggelarkan diri mereka ISIS Malaysia. Memuatnaik video ini dengan caption " Amaran untuk meletupkan mahkamah Malaysia"


Permohonan Kemasukan Ke IPTA / Politeknik Premier Sesi Akademik 2015/2016


Permohonan Kemasukan Ke IPTA / Politeknik Premier Sesi Akademik 2015/2016

Berikut admin kongsikan secara infografik Permohonan Kemasukan Ke IPTA / Politeknik Premier Sesi Akademik 2015/2016. Jadi kepada semua calon-calon SPM 2014 yang ingin memohon kemasukan IPTA boleh merujuk kepada entry ini.


Panduan infografik ini bagi memudahkan anda mendapat sedikit informasi awal bagaimana cara untuk melakukan permohonan.



Jadi untuk maklumat lanjut sila layarai pautan : INI

Selamat berjaya.

Sebarang pertanyaan sila hubungi :

03-8870 6767 / 03-8870 6777
http://upu.moe.gov.my/web/pendaratan.php

Friday, February 13, 2015

Secara Langsung Solat Jenazah Nik Aziz

 

Secara Langsung Solat Jenazah Nik Aziz / Live Streaming Solat Jenazah Nik Aziz

Untuk semua yang tidak berkesempatan ke Kelantan ini ada link Secara Langsung Solat Jenazah Nik Aziz / Live Streaming Solat Jenazah Nik Aziz untuk anda saksikan.


Sebarang masalah teknikal di luar bidang kuasa kami kerana kami hanya kongsikan link sahaja.

Klik untuk menonton : SINI

Live dari perkuburan : TV1

Al-Fatihah untuk Tuan Guru Nik Aziz

Pergerakan Tetamu Untuk Majlis Pengebumian Tuan Guru Nik Aziz

Pergerakan Tetamu Untuk Majlis Pengebumian Tuan Guru Nik Aziz

Berikut adalah Pergerakan Tetamu Untuk Majlis Pengebumian Tuan Guru Nik Aziz pada pagi ini. Sila patuhi setiap arahan supaya keadaan di sana terkawal.

1. Solat jenazah jam 10 pagi di Masjid Pulau Melaka dan akan dibawa ke tanah perkuburan Pulau Melaka utk dikebumikan.

2. Orang ramai yg ingin menziarahi dikehendaki menggunakan kenderaan shuttle yang akan disediakan di Dataran Stadium Sultan Muhammad ke-IV mulai jam 7.30pg. Bas-bas disediakan utk membawa org ramai dr Dataran Stadium Sultan Muhammad Ke-IV ke Pulau Melaka.


3. Tetamu2 dari kalangan pimpinan parti politik & lain2 yang tiba melalui Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Peng Chepa boleh ke Pulau Melaka dengan menggunakan kenderaan yang akan disediakan.

4. Jalan akan ditutup bermula dari Simpang 4 Panji (JPJ) hingga ke Simpang 4 Kota Jembal (Jalan Sultan Omar).

Info daripada Bilik Gerakan Jabatan IT PAS Negeri Kelantan.

Mohon sebarkan.

Thursday, February 12, 2015

Tuan Guru Nik Aziz Meninggal Dunia

Tuan Guru Nik Aziz Meninggal Dunia

Negara kehilangan seorang tokoh yang cukup disegani. Kira-kira jam 9.40 malam tadi Tuan Guru Nik Aziz Meninggal Dunia. Allahyarham meninggal di rumah iaitu di Kg Pulau Melaka, Kelantan. Pastinya berita ini membawa perkhabaran sedih kepada seluruh rakyat Malaysia.


Marilah kita sama-sama berdoa agar roh Allahyarham dicucuri rahmat.

Mari sama-sama kita sedekah kan Al-Fatihah.

Takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham.


Datuk Hasbullah Awang Meninggal Dunia


Datuk Hasbullah Awang Meninggal Dunia

Al-Fatihah untuk arwah. Admin baru mendapat berita yang pengulas sukan legend tanah air Datuk Hasbullah Awang Meninggal Dunia. Melalui FB pengulas sukan Hafizal Hamad juga kita boleh mendapat berita ini.

Seperti yang sedia maklum arwah memang terkenal dengan ulasan dalam sukan bola sepak dan juga sukan badminton.


Takziah diucapkan kepada ahli keluarga arwah.

Jom sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah.

Syaiful Zero tak Jadi Kahwin Ini Puncanya

Syaiful Zero tak Jadi Kahwin Ini Puncanya

Kumpulan Zero anda pasti kenal bukan. Juara Maharaja Lawak Mega 2014. Pastinya gelagat 3 orang adik beradik ini Sharif, Atu dan Syaiful tidak pernah mengecewakan. Kita ada dengar yang Syaiful ada mengatakan bahawa beliau akan berkahwin selepas Maharaja Lawak Mega 2014. Tut tup Syaiful Zero tak Jadi Kahwin Ini Puncanya pulak berita keluar.


Menurut Syaiful tidak ada perkara serius kenapa perkahwinan ini ditangguhkan cuma beliau berkata bahawa tarikh perkahwinan beliau ditunda disebabkan beliau ingin fokus dengan kerjaya beliau sekarang ini.

Syaiful sentiasa menarik perhatian dalam maharaja lawak mega 2014 kerana selalu memegang watak sebagai wanita. Gaya dan lakonannya cukup untuk membuat penonton ketawa.

Syaiful dan dan dua lagi anggota Zero berniat membaiki rumah mereka di kampung dan membawa ibu mereka menunaikan fardhu haji di Mekah.

Gambar Suspek Dan 3 Pelajar Islam Yang Dibunuh Kejam Di US


Gambar Suspek Dan 3 Pelajar Islam Yang Dibunuh Kejam Di US

Semalam ada kejadian pembunuhan kejam melibatkan pelajar yang beragama Islam di Amerika Syarikat. Pelajar -pelajar tersebut telah ditembak di kepala. Walaupun kes ini sangat kejam seperti biasa apabila melibatkan mangsa beragama Islam media-media arus perdana di sana seakan memandang sepi berita tersebut.Jadi jom kita lihat Gambar Suspek Dan 3 Pelajar Islam Yang Dibunuh Kejam Di US untuk tontonan anda.

Menurut apa yang dibaca di akhbar-akhbar tempatan pelajar tersebut bernama Deah Shaddy Barakat, 23; Yusor Mohammad, 21; dan Razan Mohammad Abu-Salha, 19 tahun.


Penyerangnya pula bernama Craig Stephen Hicks, 46 tahun ditahan selepas menyerah diri di balai polis.

Polis masih menyiasat kejadian ini. Kredit Gambar dari Sinar Harian.

Wednesday, February 11, 2015

Gambar Nurul Nuha Anwar Ibrahim


Gambar Nurul Nuha Anwar Ibrahim

Tiba-tiba sahaja hari ini di media sosial dan media arus perdana nama Nurul Nuha terpampang di timeline FB, Twitter dan sebagainya. Ingatkan siapa lah Nurul Nuha ni. Rupa-rupanya anak kepada DSAI. Maaf admin memang tidak familiar sangat kecuali dengan Nurul Izzah. Jom kita tengok Gambar Nurul Nuha Anwar Ibrahim.

Nama Nurul Nuha tiba-tiba menjadi bualan ramai kerana beliau telah melancarkan "March to Freedom" setelah DSAI dihukum penjara semalam.

Nurul Nuha merupakan anak kedua kepada DSAI. Kredit Foto : The Star



Tarif Elektrik Turun 1 Mac 2015


Tarif Elektrik Turun 1 Mac 2015

Berita yang pati menggembirakan rakyat Malaysia. Sebelum ini berita penurunan harga minyak petrol sekarang berita Tarif Elektrik Turun 1 Mac 2015. Untuk berita penuh anda rujuk artikel yang admin ambil dari sumber BH Online. Gambar juga dipetik dari Bh Online.

PUTRAJAYA: Mesyuarat Kabinet hari ini memutuskan untuk menurunkan tarif elektrik dengan kadar Pelepasan Kos Tidak Seimbang (ICPT) sebanyak 2.25 sen/kWj bagi pengguna di Semenanjung Malaysia, berkuat kuasa 1 Mac hingga 30 Jun 2015.

Perkara itu diumumkan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili di sini, sebentar tadi.

Selain itu, purata kadar tarif elektrik di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan diturunkan sebanyak 1.20 sen/kWj, berkuat kuasa bagi tempoh sama, penurunan sebanyak 3.5 peratus daripada purata kadar tarif semasa.

Maximus berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira penurunan kos bahan api global.

"Ini akan memberi manfaat kepada kira-kira 32 peratus pengguna domestik yang menggunakan elektrik melebihi 300 kWj sebulan dan semua pengguna dalam kategori lain seperti komersial dan industri," katanya.

Video Kenyataan Anwar Ibrahim Selepas Hukuman Bersalah


Video Kenyataan Anwar Ibrahim Selepas Hukuman Bersalah 

Seperti yang kita semua ketahui DSAI telah dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun atas kesalahan kedua liwat beliau. Jadi di sini admin ingin kongsikan Video Kenyataan Anwar Ibrahim Selepas Hukuman Bersalah yang dipetik dari FB DSAI sendiri.


Video ini lebih kepada pesanan dan amanat kepada semua ahli Pakatan Rakyat.

Jom kita saksikan Video Kenyataan Anwar Ibrahim Selepas Hukuman Bersalah 

Gambar Hot >>>> SINI <<<<


video

Video Tips dan Panduan Lengkap Hadir Temuduga Kerja

Video Tips dan Panduan Lengkap Hadir Temuduga Kerja

Pasti ramai yang sedang mencari kerja. Tidak kurang pula yang sedang menanti saat untuk pergi ke temuduga kerja. Tidak kira lah jawatan apa sekali pun. Jadi di sini ada Video Tips dan Panduan Lengkap Hadir Temuduga Kerja untuk rujukan anda.

Pastinya anda akan mendapat ilmu yang bermanfaat setelah menonton video ini. Segala persediaan diterangkan dari mula sehingga akhir.

Dari cara berpakaian yang sesuai sehingga ke cara-cara menjawab soalan penemuduga.

Semoga video ini bermanfaat untuk anda. Jangan lupa untuk kongsikan ya.