Thursday, January 29, 2015

MH370 : Pengumuman Khas DCA Dibatalkan

MH370 : Pengumuman Khas DCA Dibatalkan

Baru tadi admin kongsikan link live streaming tentang pengumuman khas DCA. Tetapi semua nya tidak kesampaian. Patutlah admin tunggu tiada apa-apa signal dari sidang media tersebut. Rupa nya MH370 : Pengumuman Khas DCA Dibatalkan ..sadis betul.

Pegawai Jabatan Penerangan, Jagjit Singh, sebentar tadi mengumumkan pembatalan sidang media itu dan akan diadakan pada masa terdekat.

Mungkin ada yang berlaku di Putrajaya tadi membuatkan sidang media khas ini dibatalkan.

MH370 : Live Streaming Pengumuman Khas DCA Insiden MH370

MH370 : Live Streaming Pengumuman Khas DCA Insiden MH370

Jom saksikan MH370 : Live Streaming Pengumuman Khas DCA Insiden MH370 di TV3. Seperti yang semua ketahui sehingga sekarang memang masih tiada bangkai pesawat atau mangsa yang dijumpai.

Jadi pengumuman oleh DCA ini memang ditunggu oleh seluruh dunia.

Official Press Conference of MH370 today.
Time: 3.30pm.
Location: DCA, Presint 2 Putrajaya.
LIVE: TV3 Malaysia.

Jangan lupa untuk kongsi 

Untuk Tonton Sila Klik : SINI

Tidak sesuai untuk tontonan di HP

PDRM FA Juara POMIS Cup 2015

PDRM FA Juara POMIS Cup 2015

Semakin menghampiri sepak mula Liga Super Malaysia 2015 kebanyakan pasukan telah mempersiapkan pasukan mereka dengan jelajah pra-musim dan juga menyertai kejohanan jemputan. Tidak terkecuali pasukan baru liga super 2015 iaitu PDRM FA. Baru-baru ini pasukan PDRM FA Juara POMIS Cup 2015 yang berlangsung di Maldives.


POMIS Cup 2015 adalah kejohanan jemputan People's Of Maldives Invitational Soccer Cup. Menyaksikan PDRM, Lions XII dijemput untuk bersaing bersama pasukan tempatan iaitu New Radiant Club dan Mayiza Sports Club.

Bermula 22 Januari dan berakhir dua hari yang lepas.

Berikut keputusan penuh sehingga PDRM dinobatkan sebagai juara POMIS CUP 2015.

 Peringkat kumpulan.

• PDRM 1-0 New radiant SC

• PDRM 2-2 Maziya S&RC

• PDRM 1-0 Lions XII

FINAL : PDRM 5-4 Maziya S&RC

Gambar Ketam Gergasi Yang Lebih Besar Daripada Ayam

Gambar Ketam Gergasi Yang Lebih Besar Daripada Ayam

Ini ada Gambar Ketam Yang Lebih Besar Daripada Ayam. Benar ini bukan bohong. Anda pernah tengok rancangan Deadliest Catch kat Discovery Channel? Pasti anda tahu tentang ketam ini. Ketam yang bernama Alaska Crab.

Jika kita tengok rancangan tersebut memang team nelayan yang pergi menangkap ketam ini memang menyabung nyawa. Dengan keadaan ombak laut yang ganas cuaca yang sejuk dan beberapa rintangan lagi.

Tetapi itu semua berbaloi apabila mereka berjaya membawa balik ketam-ketam yang banyak. Nilai ketam ini memang mahal di pasaran.

Jika tidak silap di Malaysia harga Alaska Crab ini lebih kurang RM300-RM400 sekilo.*kalau salah mohon betulkan ye.


Sumber Pic : google

Safuwan Baharudin Ikat Kontrak Bersama Melbourne City


Safuwan Baharudin Ikat Kontrak Bersama Melbourne City

Berita baik untuk bola sepak ASEAN. Anda kenal dengan Safuwan Baharudin? Pemain pertahanan Lions XII dan Singapura yang tidak asing lagi. Seorang pemain yang bermain di bahagian pertahanan tetapi mampu menjaringkan gol terutama apabila situasi sepakan penjuru. Sah Safuwan Baharudin Ikat Kontrak Bersama Melbourne City.

Merujuk kepada laman web kelab Liga Australia Melbourne City, jangka masa pemilihan bermula 10 hingga 19 Januari yang lepas Safuwan menunjukkan prestasi yang amat baik sebagai pemain pertahanan tengah dan menarik perhatian pengurusan kelab semasa dua perlawanan persahabatan di Abu Dhabi.

Safuwan hadir ke kem latihan kelab Melbourne City sebagai satu prgoram pembangunan bola sepak Singapura.

Ini adalah peluang untuk Safuwan Baharudin menunjukkan bakat beliau. Ini adalah pemain Singapura pertama yang bermain dalam liga Australia atau A-League.

Lisa Surihani Hamil


Lisa Surihani Hamil 

Tahniah buat pasangan selebriti Yusry KRU dan Lisa Surihani. Yusry telah memberitahu bahawa isteri beliau yang juga pelakon terkenal Malaysia telah hamil atau mengandung. Benar Lisa Surihani Hamil  Namun ianya masih dalam peringkat awal kehamilan.

Dengan kenyataan dari Yusry ini, maka terjawab lah segala spekulasi yang bermain-main di media terutama media sosial baru-baru ini. Berita ini telah disahkan sendiri oleh Yusry KRU semasa majlis pelancaran tariler filem Cicakman 3 di Pavilion KL.

Mereka melangsungkan perkahwinan mereka pada 23 Februari 2012.

Tahniah diucapkan kepada pasangan ini kerana Lisa Surihani Hamil anak pertama mereka. Mari kita semua mendoakan semoga segalanya dipermudahkan.

Tuesday, January 27, 2015

Rotan Anak Jadi Kesalahan Jenayah Di Malaysia

Rotan Anak Jadi Kesalahan Jenayah Di Malaysia

Terkejut bila baca kenyataan dari seorang menteri bahawa berkemungkinan Rotan Anak Jadi Kesalahan Jenayah Di Malaysia. Ia akan jadi seperti di negara Sweden di mana rakyat kita telah dihadapkan ke mahkamah kerana kesalahan merotan anak.

Pastinya ramai yang tidak akan bersetuju dengan cadangan ini. Sedangkan budaya kita di Malaysia pun memang hukuman rotan anak adalah perkara biasa selagi ia tidak sampai ke tahap mendera.

Admin sendiri melihat cadangan ini tidak perlu dilaksanakan. Sudah lah di sekolah guru tiada kuasa merotan ditambah pula jika di rumah pasti akan mendatangkan masalah kepada anak-anak. Jika anak-anak jenis mendengar kata rasanya tiada masalah tetapi jika anak yang tidak boleh ditegur dengan cara nasihat boleh rasanya kita hukum mereka dengan cara merotan. Bukan mencederakan tetapi sebagai tanda peringatan supaya tidak mengulangi kesalahan.

Admin sendiri masa kecil dahulu hukuman apa sahaja yang tidak kena. Kena rotan dengan hanger, getah paip, tali pinggang dan macam-macam lagi. Biasalah masa nakal budak-budak kan. Bila mak ayah cakap tak nak dengar jadi jawapannya memang kena rotan lah kan.

Begitu juga disekolah. Kena rotan kena cubit perkara biasa. Bila kena memang tajut nak buka mulut di rumah takut mak ayah tambah pulak kat rumah. Tak seperti budak-budak sekarang silap sikit cikgu memang jumpa kat mahkamah lah.

Tonton Online Running Man Semua Episod

Tonton Online Running Man Semua Episod

Pastinya ramai peminat siri TV dari Korea iaitu Running Man. Anda terlepas banyak siri Running Man? Jangan risau sebab anda boleh menonton semua episod tersebut di sini. Admin akan kongsikan kepada anda semua link di mana anda boleh Tonton Online Running Man Semua Episod.

Anda boleh Tonton Online Running Man Semua Episod dan ianya disertakan dengan sarikata bahasa Inggeris.

Admin hanya kongsikan link untuk anda Tonton Online Running Man Semua Episod. Jika terdapat sebarang masalah teknikal ianya di bawah bidang kuasa kami.

Selamat menonton.

Tonton Online Running Man Semua Episod



Pengakuan Ammar Tentang Zamani Slam


Pengakuan Ammar Tentang Zamani Slam

Anda kenal Ammar? Penyanyi yang terkenal dengan lagu dakwah. Lagu macam comel je macam cantik je pun Ammar ada buat versi dakwah kalau tidak silap admin. Jadi admin ingin kongsikan sesuatu yang admin baca di FB Pengakuan Ammar Tentang Zamani Slam.

Kita tahu yang penyanyi Zamani ditangkap baru-baru ini dan telah pun dibebaskan atas jaminan polis. Ramai sebenarnya peminat penyanyi ini dan ramai yang support beliau. Semua mendokan beliau akan berubah selepas ini. Bakat Zamani memang tiada tandingan. Suara dan lagu-lagunya terutama bersama Slam memang berhantu.

Jom kita baca Pengakuan Ammar Tentang Zamani Slam.

Rujuk sahaja gambar di bawah ini. Antara yang boleh disimpulkan oleh Ammar tentang Zamani adalah :

1. Zamani seorang yang rendah diri
2. Tidak sombong
3. Tidak suka bercakap benda yang mengarut



Senarai Penuh Pemain Lions XII 2015

Senarai Penuh Pemain Lions XII 2015

Liga Malaysia 2015 akan bermula tidak berapa lama lagi. Kebanyakan pasukan telah pun memperkenalkan skuad untuk tahun 2015 termasuklah pasukan jemputan iaitu Lions XII. Berikut adalah Senarai Penuh Pemain Lions XII 2015 untuk rujukan semua.

Pasukan Lions XII adalah salah satu pencabar yang kuat dalam liga Malaysia. Pasukan yang mempunyai kekuatan di setiap posisi. Ditambah pula dibimbing oleh legend bola sepak Singapura sendiri iaitu Fandi Ahmad.

Senarai Penuh Pemain Lions XII 2015

Penjaga Gol
Izwan Mahbud, Khairulhin Khaild, Zharfan Rohaizad (Singapore Cubs)

Pertahanan
Faritz Abdul Hameed, Madhu Mohana, Safuwan Baharudin, Afiq Yunos, Hafiz Abu Sujad, Wahyudi Wahid (Hougang United), Faris Azienuddin (Courts Young Lions),  Zakir Samsudin (Singapore Cubs)

Tengah
Isa Halim, Raihan Rahman, Zulfahmi Arifin, Gabriel Quak, Nazrul Ahmad Nazari, Samuel Benjamin, Izzdin Shafiq (Home United), Firdaus Kasman (Tampines Rovers), Shahdan Sulaiman (Tampines Rovers), Faris Ramli (Courts Young Lions),
Christopher van Huizen (Tampines Rovers)

Penyerang
Khairul Amri, Khairul Nizam, Sufian Anuar, Syafiq Zainal, Sahil Suhaimi (Courts Young Lions)

Selamat berjuang kepada pasukan Lions XII.

Website MAS Di Hacked


Website MAS Di Hacked

Semalam Isnin kurang lebih jam 2.00 petang waktu Malaysia Website MAS Di Hacked oleh hackers yang menggelarkan diri mereka sebagai CYBER CALIPHATE.

Ramai pelanggan MAS yang melayari website MAS untuk tujuan pembelian tiket hampa apabila hanya keluar pada skrin "404-Plane Not Found” pada halaman utama laman sesawang Malaysia Airlines.


Perkara ini sudah pasti merugikan pihak MAS sendiri. Apakah motif pihak penggodam masih lagi dalam siasatan.

Sementara itu beberapa laman web rasmi kerajaan US juga diberitakan turut digodam. Kira-kira jam 4.30 petang semalam website MAS telah pulih seperti biasa.

Friday, January 23, 2015

Panas!!!!!Edry Guna Caliph Buskers Buat Drama Di AJL Raih Simpati Penonton?

Edry Guna Caliph Buskers Buat Drama?

Biar betul ni. Panas!!!!!Edry Guna Caliph Buskers Buat Drama Di AJL Raih Simpati Penonton? Drama apa. Cerekarama ke? Jangan salah anggap. Ini adalah kenyataan bekas penyanyi asal Mojo sebelum ini iaitu Aweera. Admin tak mahu komen panjang sebab ini berdasarkan laporan Mstar seperti di bawah.

"Edry Berjaya Buat 'Drama' Untuk Raih Simpati" - Aweera

PETALING JAYA: Bekas penyanyi asal Mojo iaitu Aweera berpendapat, “drama” yang dilakukan Edry Abdul Halim untuk meraih simpati masyarakat berjaya apabila kumpulan itu dipilih memenangi Persembahan Terbaik dalam Anugerah Juara Lagu ke 29 (AJL 29) pada Ahad lalu.

Aweera atau nama sebenarnya Nasharul Aweera Noriyissham, 24, berkata, Edry yang sebelum ini pernah menuduhnya suka bermain drama ternyata telah membuktikan kepada khalayak siapakah sebenarnya yang bersikap sedemikian.

"Dia tuduh saya suka main drama tetapi dalam hal ini kita tengok dia yang buat drama untuk raih simpati masyarakat.

”Sebab itulah kalau dia gunakan menyanyi baru Mojo, sudah tentu persembahan mereka malam itu akan dikritik," ujarnya kepada mStar Online.

Mojo dan Caliph Busker memenangi Persembahan Terbaik dalam AJL 29 Ahad lalu.

Aweera diminta komennya mengenai persembahan Mojo bersama kumpulan Caliph Buskers iaitu pemuzik orang kelainan upaya (OKU) yang berjaya menampilkan persembahan luar biasa pada pertandingan itu.

Dalam pada itu Aweera berkata, Edry selaku ketua kumpulan berkenaan terlalu bergantung kepada Cliph Buskers dan kemenangan berkenaan adalah atas kapasiti kehebatan pemuzik jalanan itu dan  bukannya persembahan sebenar Mojo.

Secara jujur kata Aweera dia amat kagum dengan Caliph Busker sehinga hampir-hampir menitiskan air mata ketika menyaksikan persembahan mereka.

Ditanya tidakkah dia berjumpa dengan Mojo selepas selesai persembahan, Aweera berkata, dia telah berusaha berbuat demikian ketika di belakang pentas namun dihalang oleh pengawal keselamatan berikutan tidak mempunyai pas khas untuk memasuki kawasan berkenaan. M-Star

Video Pemandu Kereta Terbakar Kemalangan Dengan Treler Di Highway PLUS


Video Pemandu Kereta Terbakar Kemalangan Dengan Treler Di Highway PLUS

Pastinya ramai yang dah tengok Video Pemandu Kereta Terbakar Kemalangan Dengan Treler Di Highway PLUS ini semalam bukan. Admin rasa sayu sangat apabila tengok video tersebut semalam. Kejadian yang berlaku di Highway PLUS berhampiran Kuala Kangsar.

Kereta tersebut telah dilanggar dari belakang dan diseret sebelum terbakar. Lori tersebut dilaporkan mengalami masalah pada sistem brek.


Pemandu lori dan penumpang kereta berjaya menyelamatkan diri tetapi tidak mangsa.

Detik yang sungguh menyayat hati apabila kita boleh nampak tangan mangsa melambai-lambai ketika api sedang marak membakar kereta dan juga kepada treler tersebut.

Video di SINI

Thursday, January 22, 2015

Anggota Polis Rakam Nyanyian Zamani Tangan Bergari Di Kenal Pasti


Anggota Polis Rakam Nyanyian Zamani Tangan Bergari Di Kenal Pasti

Pasti ramai yang dah tengok video pendek rakaman penyanyi Zamani menyanyikan lagu Gerimis Mengundang dengan tangannya bergari. Kebanyakan pengguna media sosial mengutuk tindakan rakaman tersebut yang dipercayai dirakam oleh anggota Polis sendiri Jadi Anggota Polis Rakam Nyanyian Zamani Tangan Bergari Di Kenal Pasti berikut kenyataan Ketua Polis Selangor.


ANGGOTA POLIS SEBAR KLIP PENYANYI DIKENALPASTI

Berikutan daripada dakwaan penyebaran klip penyanyi Zamani semasa dalam tahanan polis baru-baru ini, pihak polis memandang serius terhadap perbuatan tersebut. Sehubungan itu, siasatan sedang dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Hasil siasatan awal setakat ini, pihak polis telah berjaya mengenalpasti anggota polis yang terlibat dan bertanggungjawab dalam merakam dan menyebarkan video tersebut.

Disamping itu, Polis Selangor juga masih meneruskan siasatan untuk mengenalpasti pegawai dan anggota lain yang terlibat sama dalam menyebarkan video berkenaan.

Siasatan akan dilengkapkan secepat mungkin dan akan dikemukakan kepada Timbalan Pendakwaraya untuk tindakan selanjutnya.

Disamping itu, siasatan dalaman dari segi salahlaku dan pematuhan Standard Operating Prosedure (SOP) juga sedang dijalankan oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) PDRM Kontinjen Selangor.

Polis Selangor memberi jaminan bahawa siasatan yang telus akan dijalankan tanpa melindungi sesiapa, telahpun dilaksanakan dan tindakan dalaman mengikut peraturan tatatertib akan dikenakan terhadap anggota-anggota polis yang terlibat.

Ketua Polis Selangor

Download WhatsApp Untuk PC


Download WhatsApp Untuk PC

Tahukah anda semalam pemilik whatsapp telah memperkenalkan applikasi whatsapp untuk PC. Bermakna kita boleh menggunakan applikasi whatsapp kita melalui komputer. Kita boleh menggunakan applikasi whatsapp di komputer melalui pelayar web Google Chrome. Jadi jom kita Download WhatsApp Untuk PC.

Pastinya applikasi ini akan menjadi popular seperti aplikasi whatsapp di telefon pintar.

Jadi kepada yang ingin "install" aplikasi ini di PC anda sila Download WhatsApp Untuk PC di SINI

Ikut sahaja arahan dan anda akan boleh menggunakannya. Untuk berita penuh berkenaan perkara ini sila rujuk berita Awani



Wednesday, January 21, 2015

Gambar Papan Tanda Jalan Hempap Trailer Di Putrajaya


Gambar Papan Tanda Jalan Hempap Trailer Di Putrajaya

Berita ini berlaku di Putrajaya sebentar tadi. Gambar Papan Tanda Jalan Hempap Trailer Di Putrajaya ini menunjukkan trailer yang membawa muatan melebihi ketinggian papan tanda jalan menyebabkan ia tersangkut dan runtuh.

Mesin pengorek lubang yang dibawa oleh trailer berkenaan tersangkut dan papan tanda tersebut runtuh dan menghempap trailer tersebut.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Gambar dipetik dari Harian Metro Online.

Gambar 2 Model Rumah Bantuan Mangsa Banjir



Gambar 2 Model Rumah Bantuan Mangsa Banjir

Kerajaan baru sahaja memperkenalkan kepada media rekaan 2 model rumah untuk mangsa banjir yang kediaman mereka musnah 100% semasa banjir baru-baru ini. Berikut adalah Gambar 2 Model Rumah Bantuan Mangsa Banjir tersebut.

Berita Penuh sila rujuk laporan dari Utusan Online di bawah ini :

PUTRAJAYA 20 Jan. - Kerajaan mengemukakan dua model rumah bagi pembinaan semula kediaman yang musnah 100 peratus akibat bencana banjir terutama di Kelantan, baru-baru ini.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, model pertama adalah binaan terus di atas tanah manakala model kedua binaan di atas tiang setinggi 2.44 meter de­ngan keluasan 660 kaki persegi atau 61.31 meter persegi.

Beliau berkata, rumah berharga RM48,000 yang mempunyai tiga bilik tidur, ruang makan, dapur, ruang tamu serta masing-masing satu bilik air dan bilik mandi itu akan dibina dalam masa 75 hari.

“Urusan pelantikan kontraktor akan diuruskan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) manakala urusan pemantauan untuk binaan semula akan diuruskan oleh JKR dan juga Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

“Pembinaan rumah di atas tiang setinggi lapan kaki (2.44 meter) itu sebagai langkah persediaan untuk berdepan musibah banjir pada masa akan datang,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Pelan Tindakan Pasca Banjir Bilangan 1 2015 di sini hari ini.

Menurut Muhyiddin, sehingga hari ini sebanyak 2,606 buah rumah mangsa banjir musnah 100 peratus dan daripada jumlah itu, 2,374 adalah di Kelantan.

Selain itu, katanya, Kerajaan Pusat juga bersetuju sekiranya kerajaan negeri ingin membantu dalam urusan pembinaan rumah baharu tersebut bagi mempercepatkan pemilikan penempatan baharu kepada mangsa yang terjejas.

Mengulas syarat pembinaan semula rumah tersebut, Muhyiddin berkata, syarat utama mestilah rumah yang musnah 100 peratus itu berada di tanah milik mangsa sendiri.

“Kita akan dahulukan pembinaan rumah baharu kepada mangsa yang mempunyai tanah sendiri, mereka yang rumahnya musnah berada di atas tanah milik orang lain atau milik kerajaan negeri perlu selesaikan masalah tersebut terlebih dahulu,” katanya.

Sementara itu, katanya, kerajaan memutuskan untuk memberi bantuan sebanyak RM5,000 sehingga RM10,000 kepada mangsa yang rumahnya rosak sebahagian semasa bencana banjir.

“Sehingga kini 6,275 rumah dilaporkan rosak sebahagian, namun jumlah itu tidak termasuk Kelantan kerana kerajaan negeri masih memerlukan masa untuk merekodkan jumlah sebenar rumah yang mengalami kerosakan," katanya.

Muhyiddin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara berkata, sebarang bentuk bantuan pasca banjir di semua negeri terlibat perlu diseragamkan bagi mengelakkan ketidakadilan kepada penerima.

Dalam pada itu, katanya, bantuan RM500 kepada mangsa banjir seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan diagihkan selewat-lewatnya akhir bulan ini.

"Bayaran segera dapat meringankan beban mangsa banjir, hari ini juga kita ada agihkan bantuan di Pontian, Johor. Tidak perlu tunggu semua nama kalau ada daerah yang sudah ada senarai kita akan agihkan segera," katanya.

Mengulas situasi banjir di Sarawak ketika ini, Muhyiddin berkata, semua agensi telah diarahkan bersedia untuk berdepan situasi luar jangka.

Cara Buat Aiskrim Pasu Bunga


Cara Buat Aiskrim Pasu Bunga

Hari ini admin jadi pakar kulinari plak ya. Nak ajar anda semua Cara Buat Aiskrim Pasu Bunga yang tengah hot di alam maya sekarang ni. Admin tak pernah cuba lagi Aiskrim Pasu Bunga tetapi mendapat info dari sahabat admin iaitu Cik Sepet.

Banyak kita tengok Aiskrim Pasu Bunga ni orang ramai upload kat FB kat Instagram, dengan coklat yang menyerupai tanah dan hiasan daun hijau segar nampak seakan ia bukan lah aiskrim tetapi ia seperti pokok bunga hiasan yang comel.

Jadi berkat dari Cik Sepet admin kongsikan Cara Buat Aiskrim Pasu Bunga untuk anda ya.

 Bahan ;
-Bekas cawan untuk letak Ais cream
-Ais Cream (terpulang la kalian nak letak rasa vanilla , tiramitsu, atau strawberry)
-5 keping Oreo yang telah dihancurkan  (Untuk taburan Atas )
-Pasu bunga ukuran kecil.
-Daun untuk hiasan.

Cara pembuatan ;
Masukkan ice cream dalam bekas plastik yang disediakan,taburi dengan oreo yang telah di hancurkan  pada atas ais krim tadi  . Letak sepucuk daun hiasan . Siap. Mudah je kan cara membuat ice cream pasu bunga ini.


Pasti anda teruja bila hasilnya seperti McFlurry

Banyak lagi Gambar di SINI

Selamat Mencuba

Senarai Top 10 Facebook Pages Malaysia via Denaihati Network


Senarai Top 10 Facebook Pages Malaysia via Denaihati Network

Sekadar perkongsian dari Denaihati. Ini adalah Senarai Top 10 Facebook Pages Malaysia via Denaihati Network. Menarik info ini. Jadi admin kongsikan untuk anda.

Seperti yang kita tahu. likes adalah penting bagi satu-satu FB Pages. Ini akan membuatkan network page itu menjadi luas.


Page yang mempunyai ramai pengikut membolehkan pemilik page memasarkan perniagaan mereka, berkongsi maklumat dan berhubung terus secara dua hala.

Ini dia Senarai Top 10 Facebook Pages Malaysia via Denaihati Network.


  1. Upin & Ipin : 11,002,161
  2. Penmerah [dot] com : 4,940,166
  3. Tintu-Mon : 4,934,818
  4. My Networks : 4,201,838
  5. Nama-nama Islam : 3,910,748
  6. Zizan Razak : 3,597,617
  7. Lisa Surihani2,953,561
  8. Air Asia2,824,060
  9. Najib Razak2,736,165
  10. Berita Harian Online : 2,652,361
Memang hebat bukan. Jom kita jadikan Page di bawah ini pun hebat seperti page-page di atas :

1. Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 

2. Info Viral Malaysia Terkini

Zamani Slam Ditahan Polis Miliki Dadah?

 Zamani Slam Ditahan Polis Miliki Dadah?

Berita yang pasti mengejutkan kepada semua peminat kumpulan Slam. Betulkah Zamani Slam Ditahan Polis Miliki Dadah?. Jika dibaca berita dari akhbar memang ada berita mengenai seorang bekas vokalis kumpulan popular era 90-an ditahan polis kerana memiliki dadah.

Beliau yang berusia 43 tahun telah ditahan di Taman Keramat, Ampang bersama seorang wanita berusia 32 tahun.

Hasil pemeriksaan di rumah tersebut pihak polis telah menjumpai satu paket dadah jenis heroin seberat 1.2 yang diletakan di atas tilam dalam bilik Zamani.

Hasil ujian air kencing Zamani Slam juga positif dadah jenis morfin. Bukan bertujuan mengaibkan tetapi jadikan post ini sebagai pengajaran. Jauhilah diri kita dari najis dadah terutama kepada selebriti di mana anda memang menjadi perhatian orang ramai.

Menurut berita dalam Astro gempak Zamani juga telah membuat pengakuan yang beliau telah terlibat dengan aktiviti penagihan dadah lebih kurang 10 tahun. Apakah?? 

p/s : admin tetap minat lagu2 beliau..suara mantap

Gambar Elizabeth Tan Berbaju Kurung


Gambar Elizabeth Tan Berbaju Kurung

Anda kenal dengan Elizabeth Tan? Penyanyi yang berasal dari You Tube dan tengah popular dengan lagu bertajuk Knock Knock sekarang ini. Untuk layan lagu dan dapatkan lirik lagu tersebut jangan teragak-agak atau malu untuk klik SINI. Orang kalau dah semulajadi cantik pakai apa pun cantik kan? Jom kita tengok Gambar Elizabeth Tan Berbaju Kurung.

Seperti yang kita tahu Elizabeth Tan seorang yang berbangsa cina. Tetapi sebutan nya dalam lagu anda tidak akan dengar pelat cinanya.

Pastinya bagi sesiapa yang mendengar lagu beliau untuk kali pertama pasti menganggap lagu tersebut dinyanyikan oleh penyanyi melayu.

Dah tengok puas-puas Gambar Elizabeth Tan Berbaju Kurung tersebut. Admin rasa ramai yang jatuh hati tengok gambar ini. Gambar ini admin petik dari Fb Pages Era Radio.


Mengejutkan!!!! Bukti Rakaman Suara Terakhir Pilot MH17



Mengejutkan!!!! Bukti Rakaman Suara Terakhir Pilot MH17 

Tragedi pesawat MH17 sudah menjadi sejarah namun punca sebenar apa yang menyebabkan pesawat tersebut terhempas masih belum dapat di rungkai lagi. Melalui FB seorang sahabat ini ada Mengejutkan!!!! Bukti Rakaman Suara Terakhir Pilot MH17

Hamba Allah ini adalah seorang yang berpengalaman dalam bidang penerbangan. Jadi melalui FB dan Pages beliau, beliau sedikit demi sedikit merungkai apa sebenarnya yang terjadi ke atas MH17.

Jika dibaca dan dikaji apa yang dikongsikan oleh dari mula hingga akhir dengan beberapa bukti pastinya kita akan terkejut dengan penemuan beliau.

Jadi untuk mendengar rakaman tersebut anda perlu ke FB beliau dan klik SINI dan juga boleh mendapatkan pendedahan-pendedahan mengejutkan tentang MH17 di SINI

Rakaman Suara tersebut bercaption  

"Bukti rakaman suara terakhir pilot MH17 dengan atc Ukraine atc Russia waktu : 13.22pm adalah sama waktu rakaman FDR jet pejuang su25 Ukraine ekor no 08 : 13.23pm beberapa saat sebelum tembak mati semua penumpang MH17. Jika BUK Russia tembak MH17 didakwa media Barat dimana bukti saintifik data BUK sila buktikan ?..."

Tuesday, January 20, 2015

Tangguh PLKN Apa Nasib Semua Kakitangan Tetap PLKN?

 

Tangguh PLKN Apa Nasib Semua Kakitangan Tetap PLKN?

Baru sahaja pagi tadi YAB Perdana Menteri mengumumkan bahawa PLKN akan ditangguhkan bermula tahun ini untuk merasionalisasikan perbelanjaan negara. Jadi jika Tangguh PLKN Apa Nasib Semua Kakitangan Tetap PLKN?

YAB Perdana Menteri dalam ucapannya mengatakan bahawa dengan penangguhan PLKN pada tahun 2015 kerajaan akan jimat lebih kurang 400 juta. Dalam masa penangguhan ini kerajaan akan program itu dikaji semula dan ditambahbaik.


Sementara itu, melalui twitter DS Hishamudin Tun Husin menyatakan bahawa penangguhan ini tidak akan memberi kesan kepada semua kakitangan kerajaan yang terlibat dengan PLKN terutama mereka yang bekerja di kem-kem latihan PLKN.

Diharapkan kerajaan akan mencari jalan penyelesaian terbaik untuk kakitangan yang bekerja dengan PLKN ini. Kerana admin rasa pasti ramai kakitangan PLKN yang terlibat melibatkan kesemua kem yang terdapat di seluruh negara.


Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) 31 Januari 2015

Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) 31 Januari 2015


Berikut admin kongsikan kepada semua pembaca berkaitan Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) 31 Januari 2015. Jadi kepada semua warganegara Malaysia yang berkelayakan anda di alu-alukan untuk memohon secara on-line jawatan-jawatan kosong SPA berikut :-


1. Pembantu Tadbir Kewangan ( W17 ) - 215 kekosongan

2. Pembantu Tadbir Perkeranian/Operasi ( N17 ) - 700 kekosongan

3. Pegawai Bomba ( KB17 ) - 75 Kekosongan

4. Pembantu Tadbir Undang-Undang ( L17 ) - 53 Kekosongan

5. Jurubahasa ( L17 ) - 65 Kekosongan

Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Januari 2015

Anda hanya perlu memohon secara online. Bagi yang sudah memohon sebelum ini anda digalakkan untuk mengemaskini permohonan terutama memohon jawatan yang di atas.

Untuk maklumat lanjut sila layari www.spa.gov.my dan www.spa.gov.my/portal/deskripsi_tugas

Selamat maju jaya kepada semua. Jangan lupa share kepada semua rakan-rakan anda.

Lirik Lagu Dahsyat - MOJO


Lirik Lagu Dahsyat - MOJO

Tiba-tiba kumpulan MOJO mendapat perhatian lebih dari biasa gara-gara persembahan lain dari yang lain semasa AJL 29 baru-baru ini. Di mana menampilkan seorang penyayi dan kumpulan Caliph Buskers iaitu dari mereka yang tergolongan dalam golongan istimewa. Kelainan yang ditampilkan juga telah menobatkan Mojo dan Caliph Buskers selaku pemenang persembahan terbaik. Jom kita layan single terbaru MOJO yang juga menampilkan vokalis baru MOJO. Jom kita layan Lirik Lagu Dahsyat - MOJO. Rasanya macam nak meletop juga lagu baru MOJO ni.


Lirik Lagu Dahsyat - MOJO

Aku cinta kamu
Lebih dari hatiku mampu
Pasti jiwa takkan bisa
Hidup tanpa hadirnya kamu

Sungguh dahsyatnya
Cintaku kepada kamu
Aku mohon jangan pergi
Menyiksaku dengan rindu

Kita dua hati
Selamanya takkan terpisah
Kau dan aku punya cinta
Paling terindah di dunia

Sungguh dahsyatnya
Cintaku kepada kamu
Aku mohon jangan pergi
Menyiksaku dengan rindu
Ohhh

Tiada yang bisa
Mengisi ruang di hati
Aku mohon jangan pergi
Jiwa ini perlu kamu
Ohh.. Wohooohh…
Tetap cinta selama-lamanya

Sungguh dahsyatnya
Cintaku kepada kamu
Aku mohon jangan pergi
Menyiksaku dengan rindu
Ohhhh

Tiada yang bisa
Mengisi ruang di hati
Aku mohon jangan pergi
Jiwa ini perlu kamu

Sumber

 

Perutusan Khas YAB Perdana Menteri Berkaitan Ekonomi Semasa Malaysia

Perutusan Khas YAB Perdana Menteri Berkaitan Ekonomi Semasa Malaysia

Jom kita semua baca Perutusan Khas YAB Perdana Menteri Berkaitan Ekonomi Semasa Malaysia yang beliau sampaikan melalui blog beliau. Semoga kita semua mendapat gambaran tentang keadaan ekonomi negara kita ketika ini.


Perutusan Khas Perdana Menteri Tentang Perkembangan Ekonomi Semasa Dan Kedudukan Kewangan Negara
Januari 20, 2015

Bismillahir Rahmanir Rahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1 Malaysia

YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan Perdana Menteri

YB Dato’ Seri Ahmad Husni Hanadzlah
Menteri Kewangan Kedua

YBhg. Tan Sri Dr. Ali Hamsa
Ketua Setiausaha Negara

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian,

(Mukadimah)

1. Pertama-tamanya, marilah kita mengucapkan syukur yang tidak terhingga ke hadrat Allah SWT atas limpah kurnia-Nya dapat kita berkumpul pada pagi yang berbahagia ini. Begitulah ucapan selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

2. Dalam Majlis ini, kita berhimpun bersama-sama, sebahagian pimpinan dan para pentadbir, penjawat awam, ketua-ketua industri dan orang-orang korporat, wakil-wakil kedutaan, golongan NGO dan para sukarelawan. Seterusnya, yang dikasihi seluruh rakyat Malaysia, sama ada yang di dalam dewan, atau yang sedang menonton juga mendengar perutusan khas ini.

3. Tujuan saya berucap, adalah untuk memberi penjelasan terkini tentang perkembangan ekonomi semasa dan kedudukan kewangan negara. Mutakhir ini, terdapat laporan-laporan, kebimbangan dan pertanyaan terutamanya berkait harga minyak dan kedudukan nilai matawang ringgit.

4. Ketahuilah bahawa, Kerajaan memang sentiasa memantau keadaan ini sejak awal. Sehubungan itu, hari ini, Kerajaan akan mengumumkan beberapa langkah proaktif, untuk membuat pengubahsuaian yang spesifik, bagi menjajar semula dasar-dasar kita, beriring dengan perubahan senario ekonomi global, yang faktor-faktornya, berada di luar kawalan kita. Ini dilakukan, untuk kita terus mencapai pertumbuhan ekonomi yang menyakinkan lagi boleh dibanggakan.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian,

5. Dalam erti kata lain, I am here today to announce specific and proactive measures to align ourselves with the recent global economic developments.

6. We are not in crisis. Indeed, we are taking preemptive measures following the changes of the external global economic landscape, which are beyond our control.

7. This is to ensure that our economy continues to attain a respectable and reasonable growth. And at the same time, we want to ensure and must ensure development of the nation and socio economic welfare of the people to be continue to be the main focus of the government.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian,

8. Sesungguhnya takwim 2014 yang lalu, merupakan tahun yang amat mencabar dan begitu menduga bagi kita dengan pelbagai tragedi.

9. Pada penghujung tahun lepas, Malaysia diuji dengan musibah banjir yang luar biasa. Ia telah melanda beberapa buah negeri di Pantai Timur dan Utara Semenanjung, antaranya Kelantan, Terengganu, Pahang, Kedah dan Perak.

10. Di beberapa negeri lain, sungguhpun tidak begitu kritikal, banjir turut memberi kesan kepada penduduk di sesetengah tempat di Johor, Sabah dan Sarawak.

11. Demikianlah, seperti yang difirmankan bahawa, manusia merancang, Allah merancang, sesungguhnya Allah jualah sebaik-baik Perancang.

12. Apa yang ingin saya nyatakan di sini ialah, dalam segala kudrat Kerajaan dan pentadbiran, kita telah cuba merencana, merangka, menyusun dan berikhtiar untuk melaksanakan setiap sesuatu dengan sehabis baik demi kepentingan dan keperluan rakyat.

13. Justeru, jika diimbau, secara keseluruhannya, kira-kira hanya sekitar tiga bulan lebih yang lalu, sewaktu Bajet 2015 dibentangkan, perancangan Kerajaan adalah berpremiskan, antaranya, pertama, unjuran harga minyak Dated Brent pada kadar 100 dolar Amerika setong.

14. Kedua, pertumbuhan ekonomi atau Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) dijangka mencatat antara 5 hingga 6 peratus. Ketiga, kadar pertukaran matawang yang kekal stabil pada 3.2 ringgit berbanding dolar Amerika; dan

15. Keempat, semasa bajet itu digubal, pertumbuhan ekonomi dunia pada 2015 diunjurkan oleh World Bank dan IMF adalah pada kadar 3.4 dan 3.9 peratus. Kini, mereka telah mengkaji semula kadar dan meletakkan paras yang lebih rendah di antara 3 hingga 3.8 peratus.

16. Perlu difahami juga, sewaktu Bajet 2015 digubal, it was based on strong fundamentals, yakni asas 2014 yang teguh. Oleh sebab itulah, defisit fiskal tahun 2015 telah diunjurkan pada kadar 3 peratus, berbanding pada kadar 3.5 peratus pada 2014.

17. Walau bagaimanapun, kontemporari ini, mahu tidak mahu, kita harus menerima hakikat bahawa, persekitaran dan percaturan ekonomi dunia telah berubah, yang secara langsungnya memberi impak kepada Malaysia sebagai, antara negara yang mempunyai dagangan terbesar di dunia.

18. Maksudnya, berbanding situasi beberapa bulan yang lepas, kini, the global economic landscape has changed in very significant ways. Beberapa perkara pokok yang telah Kerajaan unjurkan, bagi merancang ekonomi dan kewangan negara, kini perlu disemak dan diperjelaskan kedudukan semasanya.

19. Turut dibangkitkan adalah keupayaan Kerajaan untuk mencapai sasaran fiskal pada tahun 2015. Ramai ingin tahu, persoalannya, berdasarkan situasi semasa ini, adakah ekonomi dan kewangan negara akan terjejas?

20. Oleh yang demikian, perutusan khas hari ini disampaikan supaya rakyat Malaysia mendapat penjelasan langsung daripada Kerajaan tentang perkara ini. Saya juga turut akan mengumumkan beberapa strategi, berikutan kedudukan ekonomi semasa.

21. Sebagai Kerajaan yang bertanggungjawab, kita akan terus merintis serta mencari jalan bagi mempastikan negara terus membangun dan kesejahteraan rakyat terjamin.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian,

22. Kita sedar mutakhir ini, wujud pertanyaan di kalangan rakyat, komuniti perniagaan dan para penganalisis bersabit kejatuhan mendadak harga minyak mentah dunia ke atas ekonomi Malaysia.

23. Merujuk kepada trend harga minyak mentah global, dalam tempoh enam bulan kebelakangan ini, ia telah menjunam lebih 50 peratus. Ini adalah disebabkan, salah satunya, oleh kerana lebihan bekalan dan permintaan global yang berkurangan.

24. Selain daripada itu, ini juga adalah disebabkan oleh pengeluaran gas dan minyak shale yang meningkat ketara di Amerika Syarikat berikutan kemajuan teknologi industri pengeluaran minyak.

25. Dalam masa yang sama, keadaan ini menjadi lebih buruk, dengan pertambahan bekalan daripada kalangan negara-negara bukan OPEC. Manakala, negara-negara OPEC pula enggan mengurangkan pengeluaran mereka bagi mengekalkan penguasaan pasaran.

26. Di sinilah pihak Kerajaan sering ulang-ulangkan dan berharap, agar rakyat dapat sama-sama memahami bahawa, isu harga minyak mentah bukanlah sesuatu yang berada dalam kawalan langsung Kerajaan Persekutuan kita.

27. Kerana itulah, penanda aras harga minyak mentah Dated Brent terkini telah turun kepada sekitar 48 dolar Amerika setong pada hari semalam, yakni 19 Januari 2015. Walaupun begitu, para penganalisis menjangkakan harga minyak akan mengambil tempoh tertentu untuk kembali stabil.

28. Tuan-Tuan dan Puan-Puan, apabila berlakunya penurunan harga minyak seperti sekarang ini, hikmahnya, ia membawa manfaat kepada negara pengimport bersih minyak seperti Malaysia.

29. Sebagai contoh, apabila pengurangan harga runcit petrol dan diesel pada 35 dan 30 sen seliter baru-baru ini, tambahan pendapatan boleh guna atau disposable income pengguna rakyat Malaysia secara kasarnya adalah di sekitar 7.5 bilion ringgit. Dengan andaian pengguna membelanjakan 40 peratus daripada jumlah tersebut, ini akan meningkatkan penggunaan swasta sebanyak 3 bilion ringgit.

30. Selain itu, Bank Dunia mengunjurkan bahawa, harga minyak mentah yang lebih rendah akan memberi impak positif kepada pertumbuhan ekonomi global. Malah, penurunan harga minyak sebanyak 30 peratus, mampu meningkatkan pertumbuhan KDNK dunia sehingga 0.5 peratus.

31. Ini secara tidak langsung, akan juga memberi kelebihan kepada permintaan produk buatan Malaysia. Dengan kedudukan ekonomi Amerika Syarikat yang semakin kukuh pula, permintaan terhadap eksport Malaysia terus mampan terutamanya bagi produk elektrik dan elektronik.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian,

32. Ironisnya, kejatuhan harga minyak mentah dunia, memberi impak secara langsung dalam mengurangkan pendapatan negara. Pendapatan inilah, yang Kerajaan gunakan bagi tujuan pembangunan seperti membina sekolah-sekolah, jalan raya dan rumah-rumah ibadat. Ia juga digunakan antaranya, untuk perbelanjaan termasuklah seperti gaji penjawat awam, kos ubat-ubatan di hospital Kerajaan, subsidi pertanian dan kos perbelanjaan keselamatan untuk anggota RELA, tentera. polis dan sebagainya.

33. Seperti yang telah saya nyatakan tadi, harga minyak mentah dunia telah menjunam. Berdasarkan paras tertinggi minyak mentah Dated Brent, iaitu sebanyak 115 dolar Amerika setong, yang direkodkan pada 19 Jun 2014, harga semasa telah menunjukkan kemerosotan melebihi 50 peratus.

34. Selaras itu, ahli-ahli ekonomi berpendapat bahawa unjuran paras harga asas 100 dolar Amerika setong semasa Bajet 2015 dibentangkan, adalah tidak lagi realistik. Mereka kini, mengganggarkan purata harga minyak bagi tahun 2015 adalah antara 40 hingga 70 dolar Amerika setong.

35. Lantaran itulah, Kerajaan perlu menyemak semula untuk merendahkan unjuran purata paras harga asas minyak, kepada 55 dolar Amerika setong bagi tahun 2015 ini, berasaskan kepada unjuran bajet yang disemak kembali.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian,

36. Jika berasaskan kepada harga minyak mentah pada 100 dolar Amerika setong, serta mengambil kira penjimatan dari pelaksanaan mekanisme pengapungan terkawal harga runcit minyak mulai Disember 2014, Kerajaan dijangka memperoleh tambahan lebihan semasa akaun fiskal, sebanyak 3.7 bilion ringgit.

37. Dalam kata lain, seandainya harga minyak mentah kekal pada 100 dolar Amerika setong, Kerajaan mampu menampung pelaksanaan semua langkah yang telah diumumkan dalam Bajet 2015, dengan sasaran defisit fiskal tidak melebihi 3 peratus.

38. Namun begitu sebaliknya, pada harga 55 dolar Amerika setong yang diunjurkan sekarang, Kerajaan akan mengalami pengurangan hasil sebanyak 13.8 bilion ringgit.

39. Maknanya di sini, jika dibuat perbandingan, di antara angka-angka semakan terkini dengan Bajet 2015, yang telah dibentangkan pada Oktober lalu, sekalipun peruntukan subsidi bahan api dapat dijimatkan sebanyak 10.7 bilion ringgit, melalui pelaksanaan mekanisme pengapungan terkawal harga runcit minyak, namun, Kerajaan masih mengalami kekurangan hasil sebanyak 8.3 bilion ringgit, bagi menampung langkah-langkah Bajet 2015.

40. Jelasnya, jika dibiarkan, paras deficit tanpa intervensi kerajaan, defisit akan meningkat kepada 3.9 peratus daripada KDNK, berbanding sasaran 3 peratus bagi tahun 2015.

41. Keadaan ini, memaksa Kerajaan mengambil langkah untuk mengurangkan defisit, selaras dengan komitmen kerajaan ke arah konsolidasi fiskal.

42. Oleh itu, dengan mengambilkira unjuran yang disemak tersebut, kita dengan ini, menetapkan sasaran defisit yang dikaji semula kepada 3.2 peratus, daripada KDNK pada tahun 2015.

43. Kadar ini masih rendah berbanding defisit fiskal 3.5 peratus daripada KDNK pada tahun 2014. Dan realitinya, dengan faktor luaran ini, kita harus menerima hakikat, bahawa kita tidak mungkin mencapai sasaran asal Bajet, dengan defisit fiskal pada kadar 3 peratus daripada KDNK seperti yang telah diumumkan. Namun yang penting, adalah komitmen kita, untuk terus mengurangkan defisit fiskal daripada paras 3.5 peratus pada penghujung tahun sudah.

44. Yang paling utama juga, kita tidak akan berkompromi ke atas perancangan pembangunan negara, kerana ia akan meningkatkan kapasiti produktif kepada ekonomi negara. Sekaligus, kita tidak akan sesekali mengabaikan kebajikan semua rakyat, khususnya golongan pendapatan isi rumah 40 peratus terbawah atau the bottom 40

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian,

45. Seperkara lagi yang perlu diketahui oleh kita semua, perihal turun-naik nilai matawang, asasnya, adalah berdasarkan pengaruh ekonomi global. Oleh kerana itu, Ringgit bukanlah satu-satunya mata wang yang nilainya menyusut berbanding dolar Amerika. Malah, hampir semua mata wang serantau turut menyusut berbanding dolar Amerika sejak September 2014.

46. Ketidaktentuan dalam aliran modal dan penyusutan nilai ringgit yang signifikan baru-baru ini juga, disebabkan kebimbangan terhadap impak kejatuhan harga minyak yang mendadak ke atas ekonomi.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan sekalian,

47. Sehubungan itulah, Kerajaan perlu mempastikan perkara-perkara berikut dipantau dengan sebaik mungkin. Pertama, akaun semasa dalam imbangan pembayaran, perlu sentiasa kekal dalam lebihan. Kedua, meneruskan langkah-langkah fiscal reform dan consolidation dan ketiga, aktiviti ekonomi negara perlu terus dipelbagai dengan sewajarnya, supaya negara mampu menghadapi kejatuhan harga minyak dan komoditi.

48. Namun begitu, Kerajaan yakin kadar tukaran Ringgit, akan mengalami penyesuaian dalam tempoh tertentu dan kembali ke paras yang menggambarkan asas ekonomi yang kukuh. Apa yang penting, our financial system continues to function in an orderly manner.

49. Paling mustahak, tiada gangguan kepada pengantaraan kewangan atau financial intermediation dengan aktiviti pinjaman kekal lancar. Selanjutnya, aktiviti perniagaan terus mendapat akses kepada pembiayaan kewangan daripada institusi perbankan dan pasaran modal.

50. Pucuk pangkalnya, Kerajaan yakin, kesemuanya ini, diiringi dengan polisi atau dasar yang lebih dinamik, rizab antarabangsa yang mencukupi dan kukuh, pasaran kewangan yang pelbagai dan mendalam, sistem perbankan yang teguh serta pelabur institusi tempatan yang kukuh, seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, akan terus meningkatkan daya tahan Malaysia untuk menampan sebarang turun naik aliran modal.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian,

51. Menyentuh tentang Imbangan Akaun Semasa negara pula, perlu diketahui bahawa ia berkait langsung dengan imbangan perdagangan import dan eksport.

52. Seperti yang ramai tahu, kita merupakan negara pengeksport minyak. Maka, wujudlah tanggapan bahawa, apabila harga minyak merudum baru-baru ini, pendapatan daripada eksport keseluruhan kita, akan turut merosot secara mendadak, yang seterusnya mengakibatkan berlakunya defisit akaun semasa.

53. Sesungguhnya, tanggapan ini tidak benar. Sebetulnya, bagi minyak mentah, kita merupakan pengeksport bersih dengan nilai lebihan eksport sebanyak 7.7 bilion ringgit, untuk tempoh bulan Januari hingga bulan November 2014.

54. Manakala, bagi produk petroleum, kita adalah pengimport bersih dengan nilai lebihan import sebanyak 8.9 bilion ringgit untuk tempoh yang sama.

55. Justeru itu, dengan gabungan kedua-dua minyak mentah dan produk petroleum ini, kita sebenarnya adalah pengimport bersih dengan nilai lebihan import sebanyak 1.2 bilion ringgit.

56. Satu hakitat yang ramai tidak sedar. Oleh itu, tanggapan atau persepsi umum selama ini, bahawa Malaysia merupakan pengeluar minyak yang surplus atau berlebihan, adalah juga tidak tepat.

57. Sebaliknya, jika dicampur eksport serta import minyak mentah, dan ditolak produk petroleum, maka, Malaysia sebenarnya, merupakan negara pengimport bersih petroleum. Perkara ini namun tidak termasuk Gas Cecair Asli atau LNG, di mana Malaysia masih merupakan negara pengeksport bersih.

58. Tambahan lagi, situasi kita masih utuh, berikutan kejayaan kita selama ini dalam mempelbagaikan ekonomi negara, sehingga dapat menampung kejatuhan harga minyak.

59. Sememangnya lagi, kesan kejatuhan harga minyak, dijangka dapat ditampung oleh peningkatan permintaan bagi barangan pembuatan seperti barangan elektrik dan elektronik, produk berasaskan kayu-kayan, produk tekstil serta lain-lain, yang terdiri daripada 76 peratus jumlah eksport. Manakala, eksport minyak mentah hanyalah mewakili 4.5 peratus daripada jumlah eksport.

60. Bersandarkan yang demikian, Kerajaan yakin imbangan akaun semasa akan kekal mencatat lebihan pada tahun ini, walaupun nilainya mengecil kepada 2 hingga 3 peratus, daripada Pendapatan Negara Kasar atau PNK, berbanding pada 2014, imbangan lebihan semasa dianggar mencatat 5.1 peratus daripada PNK.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian,

61. Jelasnya, sebentar tadi, saya telah menghuraikan beberapa isu atau perkara yang akan memberi impak yang besar kepada ekonomi negara. Berdasarkan situasi ini, Kerajaan perlu mengambil langkah-langkah bagi mempastikan pertumbuhan ekonomi berada pada landasan yang kukuh. Insya-Allah, kita mampu mencapai pertumbuhan KDNK antara 4.5 hingga 5.5 peratus pada tahun ini, dengan melaksanakan strategi-strategi berikut.

Pertama: Mempastikan pertumbuhan ekonomi yang balanced, inclusive and sustainable yakni seimbang, inklusif dan mampan;

Kedua: Meneruskan fiscal reform and consolidation; serta

Ketiga: Menyediakan bantuan kepada rakyat dan komuniti perniagaan bagi membina semula infrastruktur yang terjejas akibat banjir.

62. Strategi Pertama: Mempastikan Pertumbuhan Ekonomi Yang Seimbang, Inklusif Dan Mampan. Bagi merancakkan eksport barangan dan perkhidmatan, beberapa tindakan berikut akan diambil:

Pertama, mempromosi secara aktif perkhidmatan gantian-import atau import-substitution seperti perkhidmatan perkapalan, pelabuhan, pendidikan dan profesional. Ini, bagi mengurangkan kebergantungan kepada sumber luar bagi perolehan barangan dan perkhidmatan;

Kedua, menyegerakan pelaksanaan cadangan daripada National Export Council iaitu, membantu pengeksport terutamanya Perusahaaan Kecil dan Sederhana atau PKS untuk mendapat prospek pelanggan baharu di pasaran yang baharu, di bawah program jaringan antarabangsa menggunakan penghubung pasaran dan pakar industri.

Seterusnya, mempergiat program promosi eksport di 46 negara meliputi Asia, Eropah, Timur Tengah dan Amerika Syarikat; memperkenalkan SME-Go melalui SME Bank, sebuah program eksport untuk PKS, dan memanfaatkan Dana Perkhidmatan Eksport serta program promosi PKS untuk meningkatkan kemampanan eksport ke luar negara;

Ketiga, menambah baik last mile connectivity ke Pelabuhan Klang seperti jalan masuk, jaringan landasan dan sistem pengurusan trafik, bagi mempercepatkan pelaksanaan Logistik dan Fasilitasi Dagangan.

Selain itu, menaik taraf terminal keretapi Padang Besar; menambah baik kecekapan operasi proses import dan eksport, serta menubuhkan sistem hab dan jaringan perhubungan udara;

Keempat, mempergiatkan keseluruhan industri pelancongan negara;

Kelima, mengambil langkah-langkah untuk mengkaji semula kadar levi yang dikenakan ke atas pekerja-pekerja asing; dan

Keenam, visa diberi secara percuma kepada para pelancong antaranya dari negara China

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian,

Selanjutnya, bagi meningkatkan penggunaan swasta pula, Kerajaan akan melaksanakan inisiatif-inisiatif berikut:

Pertama, memberi keutamaan kepada kontraktor tempatan kelas G1 yakni kelas F, G2 yakni kelas E dan G3 yakni kelas D, yang berdaftar dengan CIDB, untuk melaksanakan kerja-kerja baik pulih di kawasan masing-masing yang terjejas akibat banjir;

Kedua, mempergiatkan promosi pembelian barangan buatan Malaysia;

Ketiga, meningkatkan kekerapan dan memanjangkan tempoh operasi jualan mega di seluruh negara;

Keempat, mempergiatkan promosi pelancongan domestik dengan menawarkan tambang penerbangan yang kompetitif; dan

Kelima, menggalakkan sektor swasta meraih peluang daripada pewujudan Komuniti Ekonomi ASEAN.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian,

Seterusnya, dalam usaha merancakkan pelaburan swasta di Malaysia, Kerajaan akan:

Pertama, menubuhkan Skim Jaminan Sektor Perkhidmatan berjumlah 5 bilion ringgit kepada PKS dalam Sektor Perkhidmatan, dengan pembiayaan maksimum 5 juta ringgit dan jaminan Kerajaan sebanyak 70 peratus;

Kedua, menggalakkan GLC dan GLIC melabur dalam negara;

Ketiga, mengurangkan kos kendalian perniagaan melalui penangguhan cadangan kenaikan tarif elektrik pada tahun 2015; dan penangguhan cadangan kenaikan harga gas untuk sektor industri pada tahun 2015;

Keempat, memperuntukkan 30 peratus daripada perbelanjaan tahunan agensi Kerajaan dan GLC untuk perolehan bekalan serta perkhidmatan kepada PKS tempatan bertaraf pembuat; dan

Kelima, mempergiatkan penggunaan bahan, barangan dan perkhidmatan tempatan dalam perolehan Kerajaan.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian,

63. Seterusnya, Strategi Kedua: Meneruskan Fiscal Reform and Consolidation

Antara langkah yang akan diambil bagi meningkatkan hasil Kerajaan adalah:

Pertama, meluaskan asas percukaian dengan menggalakkan syarikat mendaftar dengan Jabatan Kastam DiRaja Malaysia, bagi meningkatkan hasil daripada kutipan GST. Ini akan menyumbang kepada tambahan kutipan GST sebanyak satu bilion ringgit. Sehingga pertengahan Januari 2015, lebih 304 ribu syarikat telah berdaftar; dan

Kedua, meningkatkan kutipan dividen daripada GLC dan GLIC serta badan-badan Kerajaan yang lain yang dapat menyumbang tambahan hasil sebanyak 400 juta ringgit

Bagi langkah merasionalisasi perbelanjaan pula, Kerajaan akan:

Pertama, mengoptimumkan perbelanjaan ke atas bekalan dan perkhidmatan, penganjuran majlis dan mesyuarat serta perkhidmatan profesional yang memberi penjimatan sebanyak 1.6 bilion ringgit;

Kedua, menangguhkan Program Latihan Khidmat Negara tahun 2015, dengan penjimatan sebanyak 400 juta ringgit bagi membolehkan program dikaji semula dan ditambah baik;

Ketiga, mengkaji semula pemberian dan geran kepada Badan Berkanun Persekutuan, GLC serta Tabung Amanah Kerajaan, terutamanya yang mempunyai aliran pendapatan yang konsisten dan rizab yang tinggi. Langkah ini dijangka memberi penjimatan sebanyak 3.2 bilion ringgit; dan

Keempat, menjadualkan semula pembelian aset tidak kritikal terutamanya peralatan pejabat, perisian dan kenderaan yang mampu memberi penjimatan sebanyak 300 juta ringgit

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian,

64. Strategi Ketiga adalah Penyediaaan Bantuan Kepada Rakyat Dan Komuniti Perniagaan Serta Membina Semula Infrastruktur Yang Terjejas Akibat Banjir

Banjir baru-baru ini, telah melibatkan sekitar 400 ribu mangsa di seluruh negara. Anggaran terkini kemusnahan infrastruktur mencecah hampir 2.9 bilion ringgit.

Antara tindakan yang telah dan akan dilaksanakan oleh Kerajaan kepada mangsa-mangsa banjir, adalah seperti berikut:

Kerajaan telah menyalurkan peruntukan tambahan sebanyak 500 juta ringgit sebagai bantuan permulaan, atau initial allocation untuk kerja-kerja baik pulih, dan program kebajikan mangsa banjir, tambahan kepada tabung Majlis Keselamatan Negara, menjadikan jumlah keseluruhannya sebanyak 787 juta ringgit;

Sebagai peruntukan awalan, Kerajaan menyediakan 800 juta ringgit untuk membaiki dan membina semula infrastruktur asas seperti sekolah, hospital, jalan raya dan jambatan;

Menyediakan 893 juta ringgit bagi Bajet 2015 untuk rancangan tebatan banjir;

Membina rumah-rumah kampung bertiang atau stilt houses setinggi 8 kaki yang telah musnah akibat banjir kepada mereka yang mempunyai tanah sendiri;

Menyerahkan 1,000 unit rumah kos rendah yang sudah siap di Gua Musang;

Memberi bantuan 500 ringgit bagi setiap keluarga yang terlibat bermula hari ini; dan

Menghulur sumbangan 5 ribu ringgit kepada mereka yang kehilangan ahli keluarga.

65. Bagi perniagaan yang terjejas pula, tambahan 100 juta ringgit disediakan kepada TEKUN dan 100 juta ringgit kepada Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), bagi menyediakan pinjaman mudah untuk menyokong PKS dan perusahaan mikro.

66. BSN, Agrobank, SME Bank, TEKUN dan AIM akan menangguhkan tempoh bayaran balik pinjaman yang telah diambil, sehingga enam bulan.

67. Berkait itu, Bank Negara Malaysia akan menubuhkan Special Relief Facility, berjumlah 500 juta ringgit untuk menyediakan pembiayaan pinjaman SME pada kadar yang lebih rendah (concessionary rate) iaitu 2.25 peratus, dengan penangguhan tempoh bayaran balik pinjaman sehingga enam bulan melalui institusi pembangunan kewangan dan perbankan.

68. Bank Rakyat pula, akan menawarkan Skim Pinjaman Peribadi sehingga 50 ribu ringgit pada kadar keuntungan serendah 3.9 peratus, dan bayaran balik pinjaman bermula selepas enam bulan dari tarikh pengeluaran.

69. Selain itu, sejumlah 500 juta ringgit akan disediakan oleh institusi kewangan dengan jaminan pembiayaan sebanyak 70 peratus di bawah Skim Jaminan Pinjaman Bantuan Banjir. Skim ini akan diuruskan oleh ProKhas; dan

70. Pengecualian pembayaran levi oleh majikan kepada Tabung Pembangunan Sumber Manusia, untuk tempoh enam bulan bagi PKS di kawasan yang terjejas berkuat kuasa 1 Februari 2015.

(Penutup)

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian,

Secara keseluruhannya, dalam perutusan saya pada pagi ini, dapat saya rumuskan 6 perkara as the key take-away points:

Pertama, kita bukan di dalam keadaan gawat atau krisis, seperti mana pada tahun-tahun 1997 dan 1998, bahkan tidak juga seperti tahun 2009 yang lalu, sehingga pakej-pakej stimulus perlu dilaksanakan.

Kedua, Strategi-strategi Kerajaan yang diumumkan tadi, adalah langkah proaktif untuk melakukan penyesuaian atau adjustment, berikutan faktor-faktor luaran yang di luar kawalan kita. Ini merupakan satu reality check, berikutan antaranya perubahan harga minyak dunia.

Ketiga, Akaun Semasa dalam Imbangan Pembayaran kita, Insya-Allah, dijangka kekal positif dan tidak berada dalam defisit.

Keempat, Pasaran kewangan tetap teratur dan kukuh. Malah, matawang ringgit, walaupun mengalami penyesuaian ketika ini, akan kembali ke paras yang menggambarkan asas ekonomi yang kukuh. Insya-Allah.

Kelima, Perbelanjaan Pembangunan atau Development Expenditure yang diperuntukkan dalam Bajet 2015 sebanyak 48.5 bilion ringgit tidak berubah dan akan tetap dibelanjakan.

Ini termasuklah, projek-projek bersifat people economy, yakni perumahan rakyat, tebatan banjir, bekalan air, elektrik dan pengangkutan awam seperti Lebuhraya Pan Borneo.

Di samping itu, projek-projek MRT jajaran kedua, LRT dan High Speed Rail Kuala Lumpur-Singapura, Rapid di Pengerang akan tetap diteruskan.

Malah, pada bulan Mei nanti, saya akan membentangkan Rancangan Malaysia Kesebelas, bagi merencanakan pula perbelanjaan pembangunan negara sehingga tahun 2020, dan akhirnya;

Yang ke-enam, Perbelanjaan Mengurus atau Operating Expenditure dijangka akan dikurangkan sebanyak 5.5 bilion ringgit, dengan mengutamakan perbelanjaan yang benar-benar diperlukan sahaja.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian,

71. Akhir kalam, marilah kita banyakkan berdoa, dan bertawakkal supaya Allah SWT sentiasa memberi bantuan-Nya, kepada ikhtiar-ikhtiar kita dalam terus membangun dan memakmurkan negara.

72. Sesungguhnya jua, dalam segala kudrat manusiawi, kepada Allah kita bergantung dan mengembalikan segala urusan. Apa yang paling mustahak, kepada seluruh rakyat Malaysia, sederap dalam satu solidariti, kita mampu menongkah dan melangkah apa jua cabaran serta rintangan yang mendatang.

73. Pastinya, pada setiap kesukaran itu, ada janji-janji kesenangan dan bahagia yang menanti.

74. Mudah-mudahan, Tuhan yang Maha Berkuasa terus melindung-lindung tanahair tercinta ini, dari segala keburukan dan mara bahaya. Bak kata orang tua-tua, kita berserah rugi dan untung, kepada Allah meminta tolong.

Sekian, Terima Kasih. Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.