Tuesday, May 26, 2015

Senarai Pemain Malaysia VS Tottenham Hotspur 2015

Senarai Pemain Malaysia VS Tottenham Hotspur 2015

Pelbagai reaksi peminat tegar skuad kebangsaan apabila FAM membawa pasukan Tottenham Hotspur untuk menentang Harimau Malaya. Ultras Malaya mencadangkan supaya bukan skuad kebangsaan yang akan bermain tetapi pemain pilihan dari liga Malaysia yang sepatutnya bermain. Jadi cadangan itu didengar oleh FAM dan mereka telah menjemput beberapa pemain import pasukan dari liga Malaysia untuk menyertai skuad ini. Jadi mari kita sama-sama lihat Senarai Pemain Malaysia VS Tottenham Hotspur 2015 ini.

Untuk perlawanan ini hanya 20 pemain yang didaftarkan dan 3 orang yang menyertai kem latihan sebelum ini terpaksa digugurkan. Pemain yang digugurkan adalah Ramadhan Hamid, Afiq Azmi dan Baddrol Bakhtiar. Ramadhan digugurkan kerana kouta penjaga gol telah penuh, Baddrol pula mengalami kecederaan dan Afiq bermain dibahagian serangan yang mana Dollah Salleh telah memanggil beberapa penyerang import dari liga Malaysia.

Tetapi Dollah memberitahu bahawa tempat Afiq untuk perlawanan antarabangsa skuad kebangsaan selepas ini adalah terjamin. Jom kita lihat Senarai Pemain Malaysia VS Tottenham Hotspur 2015 untuk tatapan semua peminat.

Khairul Fahmi Che Mat, Zamir Selamat, Robert Cornthwaite, Thiago Junio Aquino, Muslim Ahmad, Afif Amiruddin, Ronny Harun, Yong Kuong Yong, Zubir Azmi, Azmi Muslim, Nasir Basharuddin, Ashfaq Ali, Joseph Kalang Tie, Indra Putra Mahayuddin, Ahmad Syamim Yahya, Christie Jayaseelan, Paulo Rangel, Guilherme De Paula, Ahmad Hazwan Bakri, Norshahrul Idlan Talaha.


Monday, May 25, 2015

Video Kata Semangat Piya Sebelum Final FA 2015


Video Kata Semangat Piya Sebelum Final FA 2015

Seperti yang sedia maklum Kelantan telah tewas 1-3 di tangan pasukan Lions XII dalam perlawanan akhir Piala FA 2015 di Stadium Nasional Bukit Jalil. Tetapi dapatkah anda lihat disebalik bulatan yang dibuat oleh pemain-pemain Kelantan sebelum perlawanan tersebut? Jadi admin kongsikan untuk anda Video Kata Semangat Piya Sebelum Final FA 2015.

Pastinya kata-kata semangat dari Ketua Pasukan ini amat penting kepada pemain lain. Memang meremang bulu roma mendengarnya. Hebat kepimpinan Piya di dalam padang.

Cuma rezeki tidak berpihak kepada pasukan Kelantan pada malam itu. Apa-apa pun mari kita pakat layan Video Kata Semangat Piya Sebelum Final FA 2015 ini.

video

Kelantan 1 Lions XII 3


Kelantan 1 Lions XII 3 

Sabtu lepas sejarah baru telah tercipta dalam sejarah bola sepak negara. Piala FA Liga Malaysia akhirnya menyeberangi tambak Johor apabila pasukan Lions XII berjaya menjadi juara apabila menewaskan Kelantan 1 Lions XII 3 pada perlawanan akhir.

Kejutan awal apabila minit awal permainan pasukan Lions XII berjaya menjaringkan gol hasil gerakan yang kemas dan cantik. Bola lorongan pemain tengah berjaya memerangkap pertahanan Kelantan seterusnya jaringan pertama  dihasilkan.

Selepas jaringan itu Kelantan melancarkan serangan bertali arus dan bukan kerana kecekapan penjaga gol Lions XII sudah pasti Kelantan sudah pun mendapat tiga gol hasil peluang satu lawan satu. Kecekapan Izwan Mahbod juga terbalas apabila beliau turut dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan akhir.

Usaha Kelantan nyata berhasil apabila menyamakan kedudukan 1-1 menerusi Wan Zack. Tetapi semuanya bagai mimpi ngeri untuk Kelantan apabila kesilapan pertahanan Kelantan di 10 minit terakhir dimanfaatkan oleh pemain penyerang Lions XII.

Lions XII menjaringkan 2 gol dalam masa 10 minit seterusnya meranapkan peluang Kelantan sekurang-kurangnya mengheret perlawanan hingga ke masa tambahan atau penentuan sepakan penalti.

Apa-apa pun tahniah kepada kedua-dua pasukan kerana mempamerkan aksi semangat kesukanan yang tinggi dan permainan berkualiti sepanjang 90 minit permainan.

Thursday, May 21, 2015

Pelajar Rogol Rakan Kampus


Pelajar Rogol Rakan Kampus

Ini benar-benar terjadi apabila seorang Pelajar Rogol Rakan Kampus. Seorang pelajar universiti dikatakan telah merogol beberapa rakan kampus wanitanya. Tetapi ini bukan kejadian yang berlaku di Malaysia tetapi di luar negara. Macam-macam perkara terjadi sekarang bukan.

Untuk berita penuh admin rujuk berita dari Harian Metro di bawah ini. Jom kita sama-sama baca apa sebenarnya yang terjadi pada kisah Pelajar Rogol Rakan Kampus sehinggakan mereka yang menjadi mangsa lelaki terbabit mengusung tilam di hari konvokesyen.

New York: Seorang pelajar Universiti Columbia mengheret tilam seberat lebih 20 kilogram di atas pentas ketika majlis graduasinya sebagai protes terhadap perogolnya yang turut menerima ijazah bersamanya.

Emma Sulkowicz membawa tilam sekitar kampus universiti itu selepas mendakwa rakannya warga Jerman Paul Nungesser sebagai perogol bersiri yang memperkosanya dan dua pelajar lain.

Nungesser tidak pernah didakwa terhadap jenayah yang dilakukan selepas pejabat pendakwa menganggap kes terhadapnya tidak cukup kukuh. Malah, lelaki itu turut menyaman universiti berkenaan.

Emma berazam membawa tilam itu ke mana saja sehingga Nungesser dibuang dari universiti berkenaan, malah enggan berjabat tangan dengan Presiden Universiti, Lee Bollinger ketika menerima diplomanya.

Tuesday, May 19, 2015

Kisah Sebenar Video Ibu Dera Anak Yang Viral


Kisah Sebenar Video Ibu Dera Anak Yang Viral

Ini adalah Kisah Sebenar Video Ibu Dera Anak Yang Viral yang berlaku di Ipoh. Video tersebut telah viral bermula 2 3 hari yang lepas. Jadi pihak Polis telah pun mengeluarkan kenyataan media berkenaan kes tersebut. Jadi jom kita baca kenyataan dari pihak PDRM.

SIARAN MEDIA

PERKEMBANGAN KES BAYI DIDERA DI IPOH, PERAK

Susulan penyebaran video bayi didera yang menjadi viral dalam laman sosial Facebook dan aplikasi Whatapps sejak beberapa hari lepas, hasil siasatan mendapati mangsa iaitu bayi dan saspek yang merupakan ibunya sendiri merupakan individu yang sama seperti kes yang pertama dilaporkan pada 19 April 2015. Siasatan juga mendapati saspek ada membuat rakaman yang lain selain rakaman yang telah manjadi viral sebelum ini. Oleh yang demikian tidak timbul isu adanya kes penderaan yang baru yang dilaporkan.

Bayi berkenaan telah dijaga oleh neneknya sejak dikeluarkan dari hospital untuk pemeriksaan. Perintah jagaan juga telah dikeluarkan oleh mahkamah dimana hak penjagaan bayi tersebut diserahkan kepada neneknya. Bayi berkenaan tidak pernah diserahkan semula kepada saspek iaitu ibu kepada mangsa.

Saspek dalam kes ini telah diberi kaunseling oleh Victim Care Office (VCO) Perak dan bayi berkenaan diselia oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. Bayi tersebut kini dalam keadaan sihat dan hasil pemeriksaan doktor didapati tiada sebarang kecederaan di badan dan kepala mangsa.

Kertas siasatan telah dirujuk kepada pihak Pendakwa Raya untuk arahan lanjut. Kes disiasat dibawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dan jika sabit kesalahan tertuduh boleh didenda RM20,000 atau penjara tidak lebih sepuluh tahun atau kedua-duanya sekali.

SUPT ANUAR BIN OTHMAN
TIMBALAN KETUA POLIS DAERAH (OPERASI)
IBU PEJABAT POLIS DAERAH IPOH
19 MEI 2015 1315 hrs

Sinopsis Drama Dia Isteri Luar Biasa Akasia TV3


Sinopsis Drama Dia Isteri Luar Biasa Akasia TV3

Anda peminat slot Akasia TV3? Bagaimana dengan episod pertama Dia Isteri Luar Biasa malam tadi. Pastinya seperti sebelum-sebelum ini episod pertama akan membawa persepsi sama ada cerita tersebut boleh dilayan sehingga episod akhir atau pun tidak. Jadi admin ingin berkongsi Sinopsis Drama Dia Isteri Luar Biasa Akasia TV3 untuk tatapan anda.

Seperti biasa seperti sebelum-sebelum ini slot akasia TV3 menampilkan drama-drama yang diadaptasi dari novel popular tanah air. Begitu juga dengan Drama Dia Isteri Luar Biasa Akasia TV3 ini.

Pelakon-pelakon drama ini terdiri daripada :

Shukri Yahaya sebagai RadenAmzar
Nur Fathia Abdul Latiff sebagai Dewi Yusra
Keith Foo sebagai CikKem
Nonny Nadirah ebagai Eda
Uqasha Senrose sebagai Dr Akma
Ardell Aryana sebagai Nora
Elizad Sharifuddin sebagai Kaklong Zaharah
Ziela Jalil sebagai Umi Sakinah
Syatilla Melvin sebagai Razita
Raja Farah sebagai Dr Adibah
Afiq Muiz sebagai Dr Rizwan
Leez Rosli sebagai Fatiha
Alexx Yanz sebagai Shahriman
Lia Asmizza sebagai Aisyah
Azza Elite sebagai Adawiyah

Mengisahkan kehidupan Dewi Yusra (Fathia) yang mencari suami sementara hanya bertujuan untuk mendapatkan anak. Dewi tidak percaya terhadap lelaki, kebencian Dewi terhadap lelaki terjadi akibat peristiwa silam yang masih menghantui dirinya apabila, ibunya menjadi mangsa kekejaman bapanya sendiri. Bagi Dewi dia mampu hidup tanpa cinta dari seorang lelaki, tetapi apabila Dewi perlu menjaga anak sahabat baiknya, Eda (Nonny Nadhirah) yang bernama Nina, terdetik di hati Dewi untuk memiliki zuriat.

Kerana tidak mahu berkahwin, Dewi cuba untuk mendapatkan perkhidmatan kaedah IVF dan GTF dari klinik pakar perbidanan namun ditolak kerana menyalahi undang-undang dan juga agama. Lalu tercetus satu idea apabila Dewi meminta pertolongan daripada sahabat baiknya, Cik Kem atau Kamrul (Keith Foo) untuk mencari calon suami sementaranya. Kesemua calon suami yang diaturkan Cik Kem tidak menepati citarasa Dewi. Cik Kem, walaupun lembut turut menyimpan sedikit perasaan sayang kepada Dewi, tidak ketinggalan menawarkan diri untuk menjadi suami sementara Dewi tapi ditolak oleh Dewi.

Kehadiran Dr. Raden Amzar (Shukri Yahaya), seorang pensyarah dalam satu insiden yang tidak disengajakan di Heathrow, ketika penerbangan pulang dari London ke Kuala Lumpur mengikat Dr. Raden Amzar terus disisi Dewi. Tanpa Dewi sedari, Raden Amzar sebenarnya menyukai Dewi walaupun Dewi bukanlah wanita sempurna yang dicari tetapi dia yakin dia boleh membimbing Dewi. Dewi merancang sesuatu agar Raden Amzar dapat menjadi suami sementaranya. Apa yang dirancang berjalan lancar seperti yang dirancang. Dewi dan Raden Amzar ditangkap khalwat. Mereka bernikah secara rahsia tanpa pengetahuan keluarga Raden Amzar.

Mampukah Raden Amzar mengubah pendirian Dewi terhadap lelaki dan mewujudkan rasa cinta dengan perkahwinan ini? Bagaimana pula penerimaan keluarga Raden Amzar terhadap Dewi? Sinopsis dipetik dari InfoTaip.

Wednesday, May 13, 2015

Lirik Lagu Hantu Atau Buaya Nanasheme

Lirik Lagu Hantu Atau Buaya Nanasheme

Semakin banyak lagu atau single terbaru di Malaysia sekarang. Walaupun dalam keadaan ekonomi yang kurang memberangsangkan nampaknya artis-artis kita masih terus berkarya. Tahniah diucapkan. Anda kenal Nanasheme tak? Beliau ada lagu terbaru yang bertajuk Hantu Atau Buaya. Jadi jom kita layan Lirik Lagu Hantu Atau Buaya Nanasheme. Best lagu ini.

Lirik Lagu Hantu Atau Buaya - Nanasheme

Sakit hati ku memikirkan kamu
Sakit mata ku melihat wajah mu

Dimana sayang mu dimana kasih mu
Bila ku pilu engkau jauh engkau jauh
Dimana dirimu dimana waktu ku
Bila ku perlu engkau jauh

Terpulanglah mau jadi apa
Mau jadi hantu mau jadi buaya
Terpulanglah mau bikin apa
Mau bikin masalah serah teruskan saja

Andainya aku kau ingin semula
Maafkan aku ku tak mahu ku tak rela

Dimana sayang mu dimana kasih mu
Bila ku pilu engkau jauh engkau jauh
Dimana diri mu dimana waktu ku
Bila ku perlu engkau jauh

Terpulanglah mau jadi apa
Mau jadi hantu mau jadi buaya
Terpulanglah mau bikin apa
Mau bikin masalah serah teruskan saja

Terpulanglah mau jadi apa
Mau jadi hantu mau jadi buaya
Terpulanglah mau bikin apa
Mau bikin masalah serah teruskan saja

Terpulanglah mau jadi apa
Mau jadi hantu mau jadi buaya
Terpulanglah mau bikin apa
Mau bikin masalah serah teruskan saja

Best tak anda rasa lagu ini. Jom layan Lirik Lagu Hantu Atau Buaya Nanasheme. Ok sampai jumpa nanti.

SUMBER



Video Sikap Sempoi Sultan Johor Jadi Viral

Video Sikap Sempoi Sultan Johor Jadi Viral

Satu Malaysia kenal siapa Sultan Johor. Seorang Sultan yang berjiwa rakyat. Video Sikap Sempoi Sultan Johor Jadi Viral ini bukti bahawa Tuanku memang seorang yang berjiwa rakyat. Jadi tidak hairanlah jika Tuanku memang amat disenangi bukan sahaja oleh rakyat Johor tetapi juga oleh semua rakyat Malaysia.

Perkongsian Video Sikap Sempoi Sultan Johor Jadi Viral ini adalah dari rakyat Tuanku sendiri yang berada di luar istana Tuanku.

Video menunjukan Tuanku bermotosikal dan mungkin untuk pergi melawat sekitar istana. Tetapi apabila Tuanku nampak rakyat sedang berada di tepi istana dan merakam video Tuanku terus berpatah balik dan beramah mesra dengan mereka.

Dari video tersebut kita boleh nampak keterujaan rakyat tersebut. Memang beginilah ciri-ciri pemimpin yang kita mahukan. Daulat Tuanku.


Video Dubsmash Suara Dato CT Sharifah Sakinah


Video Dubsmash Suara Dato CT Sharifah Sakinah 

Malaysia sedang dilanda demam DUBSMASH sekarang. Terutamanya golongan selebriti mereka juga tidak melepaskan peluang untuk menghiburkan peminat mereka dilaman sosial dengan menggunakan applikasi Dubsmash ini. Baru-baru ini Sharifah Sakinah telah memuatnaik video yang menunjukkan beliau sedang miming lagu Dato CT dan terkantoi. Ini dia Video Dubsmash Suara Dato CT Sharifah Sakinah 

Perkongsian Sakinah tersebut mendapat perhatian peminat beliau dan mencecah ribuan likes dalam masa yang singkat. Jadi bagi yang belum sempat menonton sila tonton hanya di sini ya.

Seperti yang kita tahu si Sharifah Sakinah ini memang perangainya gila-gila dan happy go lucky. Sungguh pun begitu beliau ada fitness centre sendiri tau. Jangan kita tengok dia macam sengal-sengal gitu tapi pandai buat duit tu. Jangan marah Sakinah admin gurau aje.

Jom kita layan video tersebut. Jika tidak boleh play sila ke SINI


Koleksi Gambar Comel Mia Ahmad


Koleksi Gambar Comel Mia Ahmad


Admin tahu korang mesti menyampah dengan Yuhanis. Tetapi jangan pulak korang menyampah dengan si tuan punya diri iaitu pembawa watak tersebut iaitu Mia Ahmad. Heroin drama Hati Perempuan yang juga minggu Episod Akhir Drama hati Perempuan memang manis orangnya bukan. Pastinya lelaki-lelaki diluar sana cair melihat Koleksi Gambar Comel Mia Ahmad ini.

Admin ingin kongsikan beberapa Koleksi Gambar Comel Mia Ahmad yang dipetik dari FB Mia Ahmad sendiri. Untuk mengetahui biodata Mia Ahmad secara penuh anda tidak perlu bimbang kerana admin sebelum ini juga pernah berkongsi dengan anda.

Jadi kita throwback sebentar Biodata Mia Ahmad hanya di pautan ini. Macam mana dah baca dah tentang Mia Ahmad? Kita lihat pula Koleksi Gambar Comel Mia Ahmad ini ya. Jangan ada yang save dalam PC dan phone pulak ya.

Eh tak adalah admin gurau saja. Boleh saja kalau nak save kan hik hik. Ok jumpa di entry yang lain pula selepas ini. Adios Amigos Astalavista Baby.










Pelajar Maut Disepak Senior Di Kota Bharu

Pelajar Maut Disepak Senior Di Kota Bharu

Memang budak-budak sekarang tidak seperti zaman admin dahulu. Sikit-sikit pukul sikit-sikit bunuh. Dan pastinya mereka-mereka seperti ini adalah jenis yang tidak takut dan tidak hormat kepada pendidik mereka. Ini dia berita Pelajar Maut Disepak Senior Di Kota Bharu yang hangat diperkatakan semalam. jadi untuk berita penuh admin kongsikan kepada anda berita dari Harian Metro.

Kota Bharu: Hanya kerana tidak memberi senyuman dan tidak menghormati pelajar senior, seorang pelajar berusia 16 tahun maut selepas disepak oleh seorang pelajar senior berusia 17 tahun di bahagian leher kanan di sebuah kolej dekat Bachok, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah malam itu, mangsa Mohamad Nor Akram Zime yang menyambut hari jadi ke-16 semalam disahkan meninggal dunia di klinik berhampiran.

Laporan bedah siasat mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat saluran darah ke bahagian otaknya putus.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata, ketika kejadian mangsa sedang tidur di dalam bilik asrama bersama empat rakan lain sebelum suspek seorang diri masuk mencari mangsa.

Katanya, suspek pelajar tahun dua jurusan Diploma Kejuruteraan Elektrik mengejutkan mangsa iaitu pelajar tahun satu jurusan sama sebelum menyepak dua kali di bahagian leher kanan menyebabkan mangsa tidak sedarkan diri.

Harapan admin supaya anda yang bernama pelajar sentiasa lah menjaga tingkah laku anda dan hormatilah guru. Jika terdapat sebarang perselisihan dengan rakan atau junior atau senior sila selesaikan dengan cara baik.