Wednesday, April 29, 2015

Top Up Kekal Harga Asal 1 Mei 2015

Top Up Kekal Harga Asal 1 Mei 2015

Berita baik untuk pengguna perkhidmatan talian telefon mudah alih prabayar apabila baru sebentar tadi telah diumumkan bahawa Top Up Kekal Harga Asal 1 Mei 2015. Jadi tiada lagi RM10.60 untuk top up yang berharga RM10.00. Jadi untuk berita penuh admin kongsikan berita dari Harian Metro Online di bawah ini.<>

Putrajaya: Mulai 1 Mei ini, pengguna boleh menikmati semula harga jualan kad tambah nilai prabayar telefon bimbit seperti mana yang ditawarkan sebelum pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Ketua Pengarah Kastam Diraja Malaysia, Datuk Seri Khazali Ahmad berkata, ini bermakna, pengguna hanya perlu membayar RM10 kad tambah nilai prabayar bagi mendapatkan nilai kredit sebanyak RM10.

Beliau berkata, pihaknya sudah mengeluarkan surat kepada semua syarikat telekomunikasi semalam bagii mengenakan harga asal yang dikenakan seperti sebelum 1 April lalu.

"Kami meminta syarikat telekomunikasi supaya mengenakan nilai muka sama dengan harga jualan," katanya pada sidang media di sini sebentar tadi.

Katanya, pihaknya mahu syarikat akur dengan arahan berkenaan.

Biodata Wan Azizah Wan Ismail


Biodata Wan Azizah Wan Ismail

Jom kita tinjau serba sedikit Biodata Wan Azizah Wan Ismail iaitu calon untuk PRK Permatang Pauh yang akan diadakan tidak berapa lama lagi. Semua latar belakang Dr Wan Azizah Wan Ismail ini dipetik dari wikipedia bahasa melayu. Jadi anda semua sudi-sudikanlah untuk baca.

Dilahirkan pada 3 Disember 1952 di Hospital Kandang Kerbau, Singapura, ketika itu Singapura masih sebahagian Tanah Melayu. Wan Azizah mendapat pendidikan awal di Sekolah Konvent St. Nicholas, Alor Setar. Beliau kemudiannya meneruskan pengajian ke Kolej Tunku Kurshiah di Seremban. Seterusnya beliau melanjutkan pelajaran ke Dublin, Ireland (1973) di mana beliau mendapat ijazah dalam bidang obstetrik dan ginekologi. Di universiti, beliau dianugerah pingat emas 'MacNoughton-Jones Gold Medal'.


Sekembalinya ke Malaysia, beliau menjadi seorang pakar oftalmologi di Hospital Besar Kuala Lumpur dan di Hospital Universiti, Universiti Malaya. Beliau telah berhenti daripada kerjaya beliau dalam tahun 1993 apabila suaminya dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri.
Keluarga

Beliau (sewaktu berumur 23 tahun) berkahwin dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim (sewaktu berumur 28 tahun) dan bekerja di Hospital Besar Kuala Lumpur. Sejak 1973 lagi, perkenalan mereka menerusi sekeping gambar Anwar yang ketika itu telah menjadi Presiden ABIM. Pertemuan diatur oleh sahabat mereka pada 1979, ketika Revolusi Iran sedang memuncak. Pertemuan pertama mereka di kantin HBKL dan berakhir di jinjang pelamin pada 28 Februari 1980.

Ayahnya, Dato Wan Ismail Wan Mahmood berasal dari Sungai Bakap, Seberang Perai, Pulau Pinang. Ayahnya menjadi pegawai kerajaan selama 30 tahun dan terakhir di Majlis Keselamatan Negara dengan tumpuan kepada pengganas komunis. Wan Ismail berkahwin dengan Datin Mariah Khamis seorang suri rumah sepenuh masa dan keturunan Peranakan Cina dari datuk sebelah ayahnya. Keluarga Wan Ismail berasal dari Kampung Laut, Pasir Mas, Kelantan dan ada sedikit sangkut-paut dengan keturunan Kelantan.

Beliau merupakan anak kedua dari lima adik beradik. Adik lelakinya profesor di USM. Adik perempuannya pula bekerja sebagai jurugambar di Bernama. Seterusnya, adik perempuan bongsunya menjadi peguam di Kuala Lumpur. Ketika bapa dan ibunya berhijrah ke London, Azizah diserahkan sementara kepada pakciknya Che Rus bin Tahir dan Wan Asma Wan Mahmood di Alor Setar. Bapa angkatnya bekerja sebagai Merinyu Kesihatan bagi Kedah/Perlis dan mendedahkannya kepada kesihatan awam.

Anak mereka, Nurul Izzah Anwar telah berkahwin dengan Raja Shahrir semasa Anwar masih meringkuk di Penjara Sungai Buluh. Ketika itu, Anwar memakai nombor baju bernombor 28/98. Selepas merayu, Anwar dbenarkan keluar daripada penjara untuk menjadi wali anaknya. Perkara yang sama berlaku apabila Ihsan berkahwin dengan Syaheedah. Anwar telah dibebaskan pada 2 September 2004 ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Selepas suaminya Anwar dipecat dan ditahan pada 20 September 1998. Dr. Azizah membantu menubuhkan Parti Keadilan Nasional pada 4 April 1999 (kini Parti Keadilan Rakyat) dan menjadi presidennya.

Beliau telah menyertai pilihan raya pertama bagi kerusi parlimen Permatang Pauh dalam tahun 1999, yang mana beliau telah menang menewaskan Dato' Seri Ibrahim Saad dengan satu majoriti 9077 undi. Beliau berjaya mengekalkan kerusi tersebut dalam pilihan raya seterusnya dalam tahun 2004 dengan majoriti kecil selepas beberapa kali kiraan semula. Beliau menewaskan Ustaz Firdaus.

Dan pada 8 Mac 2008, sekali lagi menentang Ustaz Firdaus sekali lagi beliau mempertahankan kerusi Permatang Pauh mewakili Parti KeADILan Rakyat, selaku parti komponen Pakatan Rakyat, yang juga disertai oleh PAS dan DAP. Beliau juga adalah mantan Ketua Pembangkang Malaysia.

Beliau telah meletak jawatan sebagai Ketua Pembangkang dan Ahli Parlimen Permatang pauh pada 31 Julai 2008 untuk memberi laluan kepada suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding dalam pilihan raya kecil.

Pada 9 Mac 2014, PKR telah mengumumkan beliau sebagai calon baharu untuk pilihan raya kecil Kajang. Perkara ini adalah berikutan daripada keputusan Mahkamah Rayuan yang menjatuhi hukuman penjara lima tahun ke atas suaminya, Anwar Ibrahim. Suaminya disabitkan atas kesalahan meliwat, sekali gus telah menyebabkan hilangnya kelayakan sebagai calon DUN kawasan tersebut.

Selepas memenanginya, beliau dicalonkan partinya sebagai menteri besar baharu bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Rujukan

Monday, April 27, 2015

Live Streaming Pengumuman Khas Keputusan Kes Doping Lee Chong Wei

Live Streaming Pengumuman Khas Keputusan Kes Doping Lee Chong Wei

Jam 3.00 petang ini Menteri Belia dan Sukan Malaysia, YB Khairy Jamaluddin akan membuat Live Streaming Pengumuman Khas Keputusan Kes Doping Lee Chong Wei yang telah didengari kesnya di luar negara baru-baru ini. Jadi sama ada Chong Wei didapati bersalah atau tidak mungkin kita akan dapat ketahui pada petang ini.

Untuk itu, anda semua boleh mengikuti pengumuman tersebut secara live di Astro Arena 801 kerana tiada live streaming untuk pengumuman ini.

Jadi admin berharap ada berita positif yang akan disampaikan oleh YB KJ. Maklum sahaja lah bahawa Datuk Lee Chong Wei sememangnya aset negara bagi acara badminton.

Jadi jangan lupa temujanji anda pukul 3.00 petang ini.









Biodata Ahmad Maslan Timbalan Menteri Paling Popular

Biodata Ahmad Maslan Timbalan Menteri Paling Popular

Jika ditanya siapa timbalan menteri paling popular ketika ini sudah pastinya jawapan anda adalah Ahmad Maslan. Kerana apa kerana setiap kenyataan beliau di media sosial pasti akan mendapat perhatian dari semua orang jadi admin kongsikan kepada anda Biodata Ahmad Maslan Timbalan Menteri Paling Popular untuk anda kenal lebih rapat dengan beliau.

Biodata Ahmad Maslan Timbalan Menteri Paling Popular dipetik dari laman web beliau sendiri iaitu Ahmad Maslan.Com. Selamat berkenalan.

Nama Penuh:
Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan

Tarikh Lahir:
30-4-1966

Tempat Lahir:
Benut, Pontian, Johor

Ayah Hj Maslan (arwah) & Ibu Hajah Aminah adalah penoreh getah yg miskin pada ketika muda hingga umur mereka 50an di kampung yang daif tiada bekalan letrik, air paip, jalan raya & tiada telefon sehinggalah tahun 1996.

Pendidikan:

SK. Seri Bahagia. Lubuk Sipat, Benut, Pontian
(1973-1978 menerima anugerah Tokoh Murid)
SM. Sains Johor, Kluang (Asrama Penuh)
1979-1983 Anugerah Pelajar Terbaik SRP & Pembahas Piala Perdana Menteri)
Rosehill College, Auckland New Zealand (1985)
Ijazah Sarjana Muda (Ekonomi & Sains Politik)
Universiti Victoria, New Zealand (1986- 1988)
Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA)-(UKM Bangi)
Anugerah Emas Siswa Terbaik drpd 177 pelajar)

Alamat Pejabat:

Pejabat Timbalan Menteri Kewangan
Kementerian Kewangan
Aras 11,
Kompleks Kementerian Kewangan
Persiaran Perdana
Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62592 Putrajaya

Tel: 03-8882 3000
Fax: 03-8882 4242

Pengalaman Pekerjaan:

Pengurus Operasi
Persatuan Pertubuhan Islam New Zealand, Wellington, New Zealand
(1989-1990)

Penolong Pengarah
Biro TataNegara, Jabatan Perdana Menteri
(1991-1994)

Setiausaha Sulit Kanan kepada YB. Dato' Mustapa bin Mohamed (Timb. Menteri Kewangan)
(1994-1995)

Setiausaha Politik kepada YB. Dato' Mustapa bin Mohamed (Menteri Pembangunan Usahawan & Koperasi)
(1995-2000)

Ketua Pegawai Eksekutif
Yayasan Restu (Shah Alam, Melaka & P.Pinang)
(2000-2005)

Pengarah SERANTA (FELDA)
Jabatan Perdana Menteri
(March 2005 - Feb 2008)

8/3/08 - KINI: Ahli Parlimen Pontian
9/4/2009 - 14/5/2013: TIMBALAN MENTERI DI JPM
15/5/2013 - hingga kini:  TIMBALAN MENTERI KEWANGAN

JAWATAN DALAM POLITIK (sekarang)

1. Pengerusi Tetap UMNO Cawangan Lubuk Sipat, Benut (Sejak 1996)
2. Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pontian (Sejak 2009)
3. Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Restu (Sejak 2005)
4. Pengerusi Alumni Kelab UMNO Luar Negara (Sejak 2010)
5. Timb. Pengerusi Biro Latihan UMNO Malaysia (Sejak 2009
6. Ketua Penerangan UMNO Malaysia (Sejak 2009)
7. Pengerusi Biro Publisiti dan Penerangan Barisan Nasional (Sejak 2012)
8. Ahli Parlimen Pontian (Mulai 8 Mac 2008)

JAWATAN DALAM POLITIK (Sebelum ini)

1. AJK Kelab UMNO Wellington, New Zealand (1986-1988)
2. Pengerusi Kelab UMNO Wellington, New Zealand (1989-1990)
3. AJK Biro Penerangan UMNO Bahagian Sg.Benut (1991-1993)
4. AJK UMNO Bahagian Sg.Benut (1993-2003)
5. AJK Biro LATIHAN Pemuda UMNO Malaysia (1991)
6. AJK Biro Penerangan Pemuda UMNO Malaysia (1993)
7. AJK Biro Sains & Teknologi Pemuda UMNO Malaysia (1995)
8. Timb. Pengerusi Majlis Integrasi Pemuda UMNO Malaysia (1995)
9. AJK Biro Agama & Pendakwah Pemuda UMNO Malaysia (1996)
10. Naib Pengerusi Biro Pembangunan Usahawan Pemuda UMNO Malaysia (1996)
11. AJK Malaysia-Saudi Arabia Business Council (1998)
12. Ketua Penerangan UMNO Bah. Pontian (2004-2009)
14. Setiausaha Penerangan UMNO Negeri Johor (2006-2009)
15. AJK Alumni Kelab UMNO Luar Negara (Sejak 2000)
16. AJK Pelaksana Penerangan UMNO Malaysia (Sejak 2006)
17. Ahli Lembaga Pemegang Amanah DAMAI (Dewan Amal Islam Hadhari) sejak 200
18. Ketua Penerangan Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) 2008-2009
19. Ketua Penerangan UMPG (UMNO Member of Parliament Group) 2008-2009


Friday, April 24, 2015

Video Wanita Buka Baju Di Petaling Street Tersebar


Video Wanita Buka Baju Di Petaling Street Tersebar

Dengarnya video yang dimuatnaik ke You Tube ini berlaku di Petaling Street. Berita ini juga telah dikeluarkan di The Star Online yang bertajuk Video of 'stripper' in Petaling Street causes stir on social medi. Jadi Video Wanita Buka Baju Di Petaling Street Tersebar dan rasanya sedang viral di media-media sosial.

Tidak pasti apa yang berlaku tetapi terdapat seperti ada pertengkaran kecil yang berlaku antara seorang warga asing dan juga peniaga di Petaling Street. Seperti wanita warga asing mengambil barang tanpa membayar menyebabkan peniaga tersebut menuntut sesuatu dari beliau.

Dalam kekecohan tersebut wanita asing tadi telah menanggalkan pakaian nya sehingga menjadi separuh bogel dan seperti mengejek perempuan cina berbaju merah jambu. Orang ramai di situ bersorak dan seperti menyaksikan gusti.

Bahaya betul zaman sekarang ni kan. Apa yang anda buat kenalah fikirkan akibatnya. Dalam video ini menunjukkan orang ramai mengambil kesempatan untuk merakam video dan gambar wanita asing tersebut tanpa baju. Nak Video Wanita Buka Baju Di Petaling Street Tersebar tersebut anda cari lah sendiri ya.


Thursday, April 23, 2015

Biodata & Gambar Mia Ahmad


Biodata & Gambar Mia Ahmad

Anda salah seorang penonton drama TV3? Jika ya pastinya anda akan menonton drama Hati Perempuan setiap isnin hingga khamis jam 7.00 malam. Hati Perempuan merupakan drama yang mengambil alih drama Teman Lelaki Upahan sebelum ini. Jadi anda kenal siapa heroinnya? Mungkin ramai yang tidak kenal jadi admin kongsikan Biodata & Gambar Mia Ahmad untuk anda semua.

Wajah ayu dan penampilan bertudung Mia Ahmad pastinya boleh mencairkan ramai lelaki. Tetapi apa yang admin lihat gaya lakonan beliau masih banyak perlu dibaiki lagi. Bagi admin tak nampak semulajadi. Ini pandangan peribadi peminat Mia Ahmad jangan lah marah admin pula ya.

Jadi mari sama-sama kita intai Biodata & Gambar Mia Ahmad ni.

BIODATA MIA AHMAD

Nama penuh: Samiha Binti Ahmad Baderi
Nama Komersial : Mia Ahmad
Umur: 23 Tahun (2015)
Asal: Taiping, Perak
Twitter: https://twitter.com/miaahmad
Instagram: https://instagram.com/mia.ahmad
Facebook: https://www.facebook.com/miaahmadofficial

Kerjaya : Model Freelance, Model Iklan & Pelakon
Pendidikan: SMK (P) Treacher Methodist, Taiping
Drama & Telefilem: Romi Cinta Julia, Rindu Awak 200%, Atie Setan, Ku Tak Rela, Hati Perempuan


Ok puas hati ke tidak. Semoga sukses ya Mia Ahmad.

Vote Online Maklumbalas KWSP


Vote Online Maklumbalas KWSP 

Ini ada pengumuman sangat penting untuk semua pekerja di Malaysia yang mencarum di KWSP atau atau pun lebih mudah disebut singkatan dalam bahasa Inggeris iaitu EPF. Baru-baru ini menjadi isu hangat apabila KWSP membuat kenyataan bahawa umur pengeluaran wang KWSP pekerja di Malaysia akan dinaikkan dari 55 tahun ke 60 tahun. Rata-rata semua tidak bersetuju dengan cadangan ini. Jadi untuk memberi maklumbalas atau sokongan anda atau tidak menyokong usul ini satu undian online telah dibuat. Jadi mari kita semua Vote Online Maklumbalas KWSP ini supaya had umur pengeluaran wang KWSP kekal pada usia 55 tahun.

Tetapi harus diingat bahawa setelah diteliti KWSP sebenarnya tidak lah menjadikan had umur 60 tahun tersebut sebagai mandatori. Sebaliknya pencarum semua diberi pilihan sama ada memilih umur pengeluaran pada 55 tahun atau 60 tahun.

Jadi kepada semua pencarum cepat-cepat ke pejabat KWSP atau layari website KWSP untuk mendapatkan info lengkap tentang perkara ini.

Jangan lupa untuk Vote Online Maklumbalas KWSP supaya kita dapat tahu dan menjawab dengan jelas apa sebenarnya tujuan cadangan yang dibuat oleh pihak KWSP. Pencarum KWSP juga dipohon supaya mengaktifkan akaun KWSP online. KWSP online dikenali sebagai i-akaun

Untuk Vote Online Maklumbalas KWSP  sila ke SINI.

<<khas untuk wanita sahaja>>

Wednesday, April 22, 2015

Video Alvin Tan Persenda Azan

Video Alvin Tan Persenda Azan

Anda kenal dengan Alvin Tan? Orang Malaysia pasti kenal dengan mamat ni. Selalu sahaja mencetuskan kontroversi di media sosial dengan perlakuan bodoh tetapi dia rasakan hebat dan berani. Sentiasa terlibat dengan gambar bogel bersama kekasihnya dan juga selalu bikin panas kepada orang lain terutama umat Islam. Terbaru mamat ini sekali lagi mencetuskan kemarahan umat Islam apabila Video Alvin Tan Persenda Azan telah menjadi viral di media sosial.

Alvin Tan bermain keyboard dan melaungkan azan. Dan video tersebut telah pun dimuat naik di Facebooknya. Memang tidak serik-serik lagi mamat ni kan. Pastinya semua orang Islam tak sabar dah dengan mamat ni kan. Jadi pesanan untuk lu, lu lari lah lu nyorok lah selagi boleh.

Dalam caption Fb tersebut berbunyi begini :

 Di bawah status Muslim Call to Prayer – Azan R&B cover, dia memuat naik video yang berdurasi 2.50 minit.

“Have you had your dose of Allahuakbar for the day!? This is dedicated to the one and only true God, Allah s.w.t., peace be upon Him! And please don’t badger me about the wrong lyrics… First, this is a cover, so creative modification is permitted. Second, I ain’t a suicide bomber aight.

My latest goal is to get all mosques in Malaysia to play my cover instead of having them old geezers hunched over the mics, straining their vocal chords and cracking their voices. Let them geezers rest already… preferably in eternal peace.

“ALLAHUAKBAR! #Islam #ReligionOfPeace — at Mekkah, Saudi Arabia ,” tulisnya.


Kurang ajar betul lah. Jom sama-sama kutuk perbuatan Alvin ini. Video boleh rujuk SINI. Lain-lain berita boleh rujuk SINI

Friday, April 17, 2015

Lirik Lagu Satu Hari Di Rembau - WARIS feat Karmal,Juzzthin,Adeep Nahar & Mark Adam

Lirik Lagu Satu Hari Di Rembau - WARIS feat Karmal,Juzzthin,Adeep Nahar & Mark Adam

Wah molotop-lotop waghih den dari Ghombau ni. Ado lagu baru tekau eh. Lagu Satu Hari Di Rembau. Tajuk dah macam lagu rayo kan. Tapi dalam klip video eh ada YB KJ tu ahli parlimen Rembau. Terbaik lah. Jadi den share korang Lirik Lagu Satu Hari Di Rembau - WARIS feat Karmal,Juzzthin,Adeep Nahar & Mark Adam yang terbaik dari ladang.

Syukur alhamdulillah
Tempat lahir ku yang sederhana
Tanah tumpah ku yang penuh bermakna
Bumi berdaulat tuanku baginda
Kuning ku raja, hitam 4 undang daerah, merah rakyat jelata
Tiga warna yang penuh bermakna

Jauh perjalan keluar dari bandar
Dimana mahu rehat nak rilek sebentar
Jom kita pergi Rembau ha jom selamba
Korang letak minyak sekali jangan nak mengada
Telefon Rembau superstar mr waris
Perut lapar kalau makan sekarang mesti habis
Singgah kejap di pekan makan di mui fong
I know Rembau food cant never do me wrong

Udara yang segar buat ku rasa malas
Tambah malas bila rendam di dalam kolam panas
Berseronok di kampung sampai aku lemau
Best gila bro sehari di Rembau
Satu hari di Rembau jalan sampai ku penat
Satu hari di Rembau makan sampai ku berat
Satu hari di Rembau lepak dengan kawan
Pengalaman di Rembau takkan ku lupakan

Syukur alhamdulillah
Tempat lahir ku yang sederhana
Tanah tumpah ku yang penuh bermakna
Bumi berdaulat tuanku baginda
Kuning ku raja, hitam 4 undang daerah, merah rakyat jelata
Tiga warna yang penuh bermakna


Sometimes i need to away from all the busy stuff
Daily life you turn it on yo
So imma turn it off ( turn it off )
But imma imma turn it on back
Everybody chill i am now at ghombau
Wow yeah i guess this place is kinda hot
& the people are nice & thats the good part


den budak pilah buleh singgah senaling
dari tadi bercerabih buek gayo pandai speaking
mintak maap yo waris bawak jalan2
mano lauk asam podeh buleh buek makan2
hey bertingkek2 periuk belango ikan koli
kemain sodap kalau masak berlado

Satu hari di Rembau jalan sampai ku penat
Satu hari di Rembau makan sampai ku berat
Satu hari di Rembau lepak dengan kawan
Pengalaman di Rembau takkan ku lupakan

Syukur alhamdulillah
Tempat lahir ku yang sederhana
Tanah tumpah ku yang penuh bermakna
Bumi berdaulat tuanku baginda
Kuning ku raja, hitam 4 undang daerah, merah rakyat jelata
Tiga warna yang penuh bermakna

ok mal & juzzthin
selamat datang ke Ghombau
dalam perjalanan tadi kau nampak x kobau
namo asal tompek ni dari pokok merbau
kek kaki gunung datuk dapek namo den x gurau
Thin kato tadi nak makan asam podeh
dokek chombong
ado satu buleh buek porut hongeh

kolam air paneh podeh baik poe waktu malam
kok nak poe mandi wet world
Hanyo bukak waktu siang
jam dah puko berapo?
kito ni dah lambek
doreh poe mui fong sobab tutup puko ompek
sobolom nasi habih
baik kito copek
banyak tompek nak poe
kang takut tak sompek

Satu hari di Rembau jalan sampai ku penat
Satu hari di Rembau makan sampai ku berat
Satu hari di Rembau lepak dengan kawan
Pengalaman di Rembau takkan ku lupakan

oohhh no they can't forget you..

Syukur alhamdulillah
Tempat lahir ku yang sederhana
Tanah tumpah ku yang penuh bermakna
Bumi berdaulat tuanku baginda
Kuning ku raja, hitam 4 undang daerah, merah rakyat jelata
Tiga warna yang penuh bermakna


Minta maaf sebab lirik ni macam tak longkap yang part rap english tu sobab den tulis sendiri lirik ni sambil dongar u tube. Layan lah..nanti sapo handa mintak tulih lirik di ruangan komen kat bawah yo.






Tuesday, April 14, 2015

Lelaki Dirogol Gay Di Shah Alam

Lelaki Dirogol Gay Di Shah Alam

Entah kan buaya entah kan katak
Entah kan iya entah kan tidak

Admin mulakan dengan pantun dua kerat untuk menyingkap mengungkap dan menulis berkenaan Lelaki Dirogol Gay Di Shah Alam ini. Kejadian yang dikatakan terjadi di Taman Tasik Shah Alam. Sudah viral di twitter tentang perkara ini.

Dan telah pun mendapat perhatian dan banyak kongsian di Facebook. Sekali lagi ditekankan bahawa sama ada betul atau tidak admin tidak pasti tetapi antara tulisan dalam twitter tersebut menyatakan yang seorang lelaki telah dirogol oleh gay seramai 5 orang.

Lelaki gay tersebut mempunyai badan yang sado. Ditambah pula dengan re tweet yang mengatakan bukan sahaja wanita di Malaysia ini tetapi lelaki juga tidak berkecuali untuk di rogol.

Apa-apa pun kita tunggu sahaja pengumuman dari pihak berkuasa tentang perkara ini. Atau media sosial sekarang semakin menjadi tempat untuk manusia mencari publisti dengan cara pantas melalui cerita-cerita rekaan palsu. Jika benar terjadi perkara ini sudah pasti ada laporan yang diterima polis.

Tuesday, April 7, 2015

Respons Johan Isu Cium Mulut Di ABPBH 2014

 

Respons Johan Isu Cium Mulut Di ABPBH 2014

Berikut adalah Respons Johan Isu Cium Mulut Di ABPBH 2014 yang hangat diperkatakan di media sosial semalam. Pelbagai reaksi dari peminat-peminat hiburan tanah air dengan apa yang dilakukan oleh Johan Rajalawak tersebut terutama rancangan itu disiarkan secara langsung. Jadi melalui informasi yang di petik dari Murai ini dia kenyataan yang dibuat oleh Johan.

"Saya rasakan tidak boleh bercium di tempat awam jika belum berkahwin. Untuk saya tiada masalah, kerana saya sudah berkahwin. Dia isteri saya, apa-apa perkara yang terjadi, dia orang pertama yang akan tahu. Dialah orang pertama yang saya harus sambut bersama jika saya memperoleh apa-apa kejayaan," kata Johan.

Ketika ditanya adakah reaksi yang dilakukan itu adalah tindakan spontan selepas diumumkan sebagai pemenang anugerah bagi kategori tersebut, Johan menjawab persoalan itu dengan satu contoh.

"Saya akan berada 24 jam bersama dia, jadi jika saya rasa gembira atau sebaliknya, saya akan pandang dia. Saya beri contoh, jika saya makan burger, jika saya rasa ada bahagian burger yang saya sedang makan merupakan bahagian yang paling sedap, saya akan berikan kepadanya. Saya memang kongsi semua perkara dengan dia," ujarnya lagi.

Bersyukur dengan anugerah yang diterimanya, Johan merasakan yang kemenangan yang diraihnya ini membuatkan dirinya rasa dihargai oleh pendegar dan peminatnya di luar sana.

"Alhamdulillah, kemenangan ini membuatkan saya rasa dihargai oleh semua pendengar dan peminat saya. Saya hanya wakil untuk mengambil anugerah ini kerana ini adalah hasil usaha mereka. Terima kasih kepada isteri saya, keluarga dan para penyokong yang selama ini tidak henti-henti memberi sokongan buat saya dalam bidang seni," kata Johan mengakhiri perbualan.

Monday, April 6, 2015

Sah Heroin Teman Lelaki Upahan Sudah Bernikah


Sah Heroin Teman Lelaki Upahan Sudah Bernikah

Anda kenal dengan Siti Elizad? Pasti ada yang kenal dan ada yang tidak kenal bukan. Anda kenal dengan Kyra Lyda watak utama dalam cerita Teman Lelaki Upahan? Beliau lah yang dimaksudkan tersebut. Alhamdulillah sebenarnya heroin dan pelakon berbakat ini telah pun bernikah Januari yang lalu secara tertutup. Jadi admin kongsikan sah Heroin Teman Lelaki Upahan Sudah Bernikah dalam berita yang di bawakan oleh Metro Online di bawah.

Kuala Lumpur: “Saya minta maaf terpaksa merahsiakan pernikahan itu demi memenuhi permintaan keluarga,” akui pelakon Siti Elizad Mohd Sharifudin mengesahkan ura-ura mengatakan dia sudah bernikah dengan teman lelakinya secara rahsia pada awal tahun ini.

Siti Elizad, 31, berkata, dia terpaksa membelakangkan peminat dan media daripada majlis yang berlangsung pada tanggal 11 Januari lalu itu atas permintaan bapanya.

“Saya mengaku memang sudah bernikah dengan Shamsul pada tarikh itu tetapi majlis kami berlangsung secara tertutup dan hanya dihadiri keluarga dan rakan rapat saja.

“Saya terpaksa diamkan diri selama hampir tiga bulan sebab bapa minta jangan dikecoh-kecohkan kerana dia kurang sihat. Ketika itu, kami hanya buat perkara yang wajib saja,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Menurut Siti Elizad, pernikahan dengan duda anak dua yang bertugas di syarikat permotoran, Shamsul Baharin Rahman, 43, berlangsung pada 4 petang , 11 Januari di Masjid Wilayah Persekutuan di sini secara tertutup.

Desas-desus mengatakan pelakon filem Berlari Ke Langit itu sudah bernikah secara rahsia akhirnya terbongkar apabila Siti Elizad akhirnya terpaksa mengakui kepada Harian Metro mengenai kesahihan dakwaan terbabit.

Media sebelum ini melaporkan kononnya pasangan itu bakal bernikah pada sebelah siang 11 April ini manakala majlis resepsi diadakan pada malam yang sama.

Bagaimanapun, dalam kenyataan sebelum ini Siti Elizad berkata tiada undangan media untuk majlis pernikahan bagi menghormati privasi keluarga.

Sebaliknya, media diundang untuk membuat liputan pada majlis resepsi saja.

Difahamkan, pelakon itu merancang untuk mendirikan rumah tangga pada hujung tahun lalu namun ia tertangguh sebanyak dua kali atas sebab tertentu.

Siti Elizad berkata, pada hakikatnya dia hanya bersedia untuk mendedahkan tarikh pernikahannya kepada umum pada majlis resepsi kelak.

“Kalau diikutkan saya rancang untuk buka cerita sebenar pada 11 April nanti. Tapi tak sangka pula perkara ini sudah terbocor.

“Jadi saya terpaksa dengan berat hatinya mengakui saya sudah bernikah. Saya minta maaf sekali lagi kerana merahsiakan hal ini daripada semua,” katanya yang popular dengan drama bersiri Teman Lelaki Upahan di TV3.-Metro Online-


Gambar & Berita : Metro Online



Viral Gambar Neelofa Tidak Bersalaman Dengan Lelaki Di ABPBH 2014


Viral Gambar Neelofa Tidak Bersalaman Dengan Lelaki Di ABPBH 2014

Seperti yang sedia maklum artis comel Neelofa telah pun berhijrah dari tidak berhijab kepada berhijab pada tahun lepas. Semakin hari semakin Neelofa menunjukkan kematangannya dalam hubungan dengan rakan-rakan terutama rakan artis. Dan hangat di media sosial ketika ini adalah kisah Viral Gambar Neelofa Tidak Bersalaman Dengan Lelaki Di ABPBH 2014 malam tadi.

Neelofa telah diumumkan sebagai pemenang anugerah Pengacara TV Wanita Popular dan seperti biasa akan ada kawan-kawan yang duduk berhampiran beliau untuk mengucapkan tahniah dan bersalaman.

Secara spontan Neelofa tidak bersalaman dengan rakan-rakan lelaki yang menghulurkan tangan dan ini dapat disaksikan secara langsung di kaca TV oleh semua penonton. Inilah contoh yang patut diikuti oleh artis lain.

Menjaga batasan walau di mana anda berada. Admin ucapkan tahniah kepada Neelofa kerana memenangi anugerah tersebut dan mendoakan Neelofa sentiasa istiqamah dalam hijrah beliau. Gambar dari Ammboi.Com


Jawatan Kosong SPA Pegawai Tadbir


Jawatan Kosong SPA Pegawai Tadbir

Terbuka kepada semua yang berkelayakan di sini terdapat Jawatan Kosong SPA Pegawai Tadbir untuk anda isi secara online. Jadi jangan lepaskan peluang anda.

1. Pegawai Tadbir Gred N41

Bidang.
Jabatan Ketua Pengarah Tanah & Galian
Undang-undang, Undang-undang Syariah, Ekonomi, Pentadbiran & Pembangunan Tanah, Pengurusan, Teknologi Maklumat & Sains Komputer, Sains Sosial, Pentadbiran Perniagaan

Jadi kepada semua yang memiliki Ijazah dalam bidang yang disebutkan di atas anda layak untuk memohon jawatan tersebut.

Tarikh tutup : 7 April 2015

Anda boleh terus memohon secara on line : DI SINI

Dapatkan pelbagai berita terkini hanya : DI PORTAL HANGAT

Sebarkan kepada semua!!! Jangan lupa tekan butang share di bawah entry ini.


Senarai Penuh Pemenang ABPBH 2014


Senarai Penuh Pemenang ABPBH 2014

Seperti yang telah diketahui semua malam tadi telah berlangsungnya Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 ABPBH 2014 di Arena All Stars Genting Highland. Bagi yang terlepas untuk menyaksikan siaran langsung anugerah tersebut malam tadi admin ingin kongsikan kepada anda Senarai Penuh Pemenang ABPBH 2014. 

Jom kita lihat sama ada ada ke tidak pemenang malam tadi merupakan artis pilihan anda.

Bintang Paling Popular: Shaheizy Sam

1 - Artis Baharu Lelaki Popular

Hafreez Adam - PEMENANG
Hisyam Hamid
Nazrief Nazri
Shukri Yahaya
Syarul Ridzwan

2 - Artis Baharu Wanita Popular

Aisyah Aziz
Amyra Rosli
Ayda Jebat - PEMENANG
Indah Ruhaila
Puteri Balqis

3 - Pengacara TV Lelaki Popular

AG
Awal Ashaari
Dato' AC Mizal
Datuk Aznil Nawawi - PEMENANG
Zizan Razak

4 - Pengacara TV Wanita Popular

Fara Fauzana
Heliza Helmi
Jihan Muse
Neelofa - PEMENANG
Scha Alyahya

5 - Penyanyi Lelaki Popular

Aizat Amdan
Akim - PEMENANG
Asfan
Hafiz
Hazama

6 - Penyanyi Wanita Popular

Adira - PEMENANG
Alyah
Dayang Nurfaizah
Fynn Jamal
Stacy

7 - Artis Duo/Berkumpulan Popular

6ixth Sense
Akim & The Magistrate - PEMENANG
Azhael
Black & RJ
Hijjaz

8 - Pelakon TV Lelaki Popular

Aaron Aziz
Adi Putra
Amar Baharin
Shah Iskandar - PEMENANG
Sharnaaz Ahmad

9 - Pelakon TV Wanita Popular

Atikah Suhaime
Ayda Jebat
Emma Maembong
Nad Zainal - PEMENANG
Siti Saleha

10 - Pelakon Filem Lelaki Popular

Aaron Aziz
Adi Putra
Shaheizy Sam - PEMENANG
Zizan Razak
Zul Ariffin

11 - Pelakon Filem Wanita Popular

Atikah Suhaime
Cristina Suzanne
Neelofa
Sara Ali
Siti Saleha - PEMENANG

12 - Artis Komedi Lelaki Popular

Abam - PEMENANG
Achey
Jep Sepahtu
Shuib Sepahtu
Zizan Razak

13 - Artis Komedi Wanita Popular

Didie Alias - PEMENANG
Dottie
Enot
Ifa Raziah
Jihan Muse

14 - Penyampai Radio Lelaki Popular

AG (Hot)
Deen (Hot)
Ebby Halim (Klasik)
Johan (Era) - PEMENANG
Salih Yaccob (Sinar)

15 - Penyampai Radio Wanita Popular

Abby Fana (Sinar)
Adibah Noor (Suria)
Anisma Azwati Ahmad (Klasik)
Dina Nadzir (Era)
Fara Fauzana (Hot) - PEMENANG

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat: Tan Sri SM Salim

Kategori Online ABPBH 2014

Artis Paling Kontroversi: Sharnaaz Ahmad
Pasangan Selebriti Romantis: Awal Ashaari & Scha Alyahya
Artis Lelaki Stailo: Zul Ariffin
Artis Wanita Stailo: Dato' Siti Nurhaliza
Gandingan Serasi Di Layar Perak: Zul Ariffin & Ayda Jebat
Personaliti Popular: Faiz Dickie


Tahniah kepada semua pemenang dan tahniah kepada Shaheizy Sam yang memenangi bintang paling popular untuk kali yang ke-3. Kali ini Shaheizy Sam membawa pulang sebuah kereta Toyota Camry Hybrid pula. Tahniah sekali lagi. Selamat tinggal ABPBH 2014.

Aksi Cium Mulut Artis ABPBH 2014 Di Kecam

Aksi Cium Mulut Artis ABPBH 2014 Di Kecam

Pastinya ramai yang menonton Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 atau lebih dikenali sebagai ABPBH 2014. Setiap tahun pasti akan ada kontroversi yang akan timbul bersabit dengan anugerah ini. Apatah lagi anugerah yang ditayang siarannya secara langsung. Jadi malam tadi terdapat Aksi Cium Mulut Artis ABPBH 2014 Di Kecam.

Aksi spontan Johan dan Isteri beliau yang bercium dan dipertontonkan di kaca televisyen mengundang rasa kurang kebanyakan rakyat Malaysia di media sosial. Rata-rata rakyat Malaysia mengecam tindakan Johan dan Isteri.

Bagi mereka semua, walaupun Johan dan Ozlyn suami isteri mereka tidak patut menunjukkan aksi tersebut kerana ianya siaran langsung dan ditonton oleh semua lapisan masyarakat tidak kira tua muda atau pun kalangan kanak-kanak.

Admin bukan mahu mengaibkan sesiapa tetapi diharap kepada semua artis tidak kira siapa sekalipun diharap anda dapat menjaga penampilan dan pergerakan anda terutama sekali dalam sesuatu acara besar yang disiarkan secara langsung. Maklum sahajalah negara kita Malaysi mempunya tatasusila tersendiri.

Sunday, April 5, 2015

Saturday, April 4, 2015

Nahas Helikopter Semua Penumpang Maut

Nahas Helikopter Semua Penumpang Maut

Agak mengejutkan apabila menerima perkhabaran bahawa sebuah helikopter telah terhempas petang tadi di Semenyih. Nahas Helikopter Semua Penumpang Maut. Nahas melibatkan bekas menteri dan juga Ahli Parlimen Rompin Jamaluddin Jarjis (JJ).

Helikopter malang itu dikatakan dalam perjalanan ke Subang dari Kuantan. Selain JJ antara penumpang dalam helikopter tersebut adalah Setiausaha Sulit Perdana Menteri Najib Razak.

Pastinya ini merupakan berita sedih buat negara sekali lagi dalam melibatkan trafik udara yang sebelum ini tragedi MH370 dan MH17.

Takziah diucapkan kepada semua mangsa beragama Islam dan mari sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah.

Helikopter Terhempas Di Semenyih 5 Maut

Helikopter Terhempas Di Semenyih 5 Maut

Sebuah helikopter jenis AS365 dilaporkan terhempas di kawasan Kampung Pasir Baru, Semenyih Hulu Langat petang tadi. Helikopter Terhempas Di Semenyih 5 Maut daripada 6 penumpang.

Helikopter tersebut terhempas dan terbakar.

Punca nahas masih belum dapat dipastikan. Pasukan bomba dan penyelamat telah dikerah ke tempat kejadian.

Video Kanak-Kanak Maut Jatuh Eskalator Kenanga Wholesale City

Video Kanak-Kanak Maut Jatuh Eskalator Kenanga Wholesale City

Seorang kanak-kanak 5 tahun maut setelah terjatuh dari aras 6 sebuah pusat membeli-belah di ibu kota petang semalam. Untuk berita penuh berkaitan video kanak-kanak maut jatuh eskalator Kenanga Wholesale City ini sila rujuk laporan Utusan Online di bawah.

KUALA LUMPUR 3 April – Keseronokan dua kanak-kanak bermain eskalator di aras enam sebuah pusat pemborong di Jalan Gelugor off Jalan Kenanga, di sini petang ini bertukar tragedi apabila salah seorang daripada mereka maut selepas terjatuh.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira pukul 3.04 petang itu, mang­sa, Norhayada Sofia Musa, 6, bersama seorang adiknya bermain di eskalator tersebut sebelum dia secara tiba-tiba bergerak sama di atas getah pemegang alat berkenaan sebelum terjatuh di aras bawah.

Kejadian juga difahamkan berlaku tanpa disedari ibu mangsa yang sedang menjawab panggilan telefon tidak jauh dari lokasi mang­sa dan adiknya bermain.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

“Kita difahamkan yang mangsa ke pusat beli belah bersama ibunya. Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut,” kata­nya dalam satu kenyataan di sini.

Sementara itu, jurucakap pusat pemborong tersebut berkata, kes tersebut adalah yang pertama sepanjang mereka beroperasi.

“Hasil pemeriksaan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), kita dapati yang mangsa bersama adiknya sedang bermain di eskalator tersebut sebelum tertarik mengikut getah pemegang lalu terjatuh ke bawah.

“Bagaimanapun, kita masih menunggu laporan siasatan penuh daripada pihak polis,” ujarnya yang dukacita dengan kejadian yang berlaku.

Seorang saksi yang enggan dikenali berkata, kejadian yang berlaku di depan matanya itu benar-benar membuatkannya terkejut dan trauma.

“Ketika kejadian saya berada di aras lima dan terkejut apabila mendengar jeritan orang ramai.

“Saya menyangka ada kejadian jenayah tetapi sebaliknya ada kanak-kanak mati terjatuh,” katanya,

Dalam pada itu, keluarga mang­sa yang ditemui di bilik mayat HKL enggan ditemu bual

Friday, April 3, 2015

Sah!!! Top Up Kena GST 6%

Sah!!! Top Up Kena GST 6%

Untuk semua pengguna talian telfon mudah alih prabayar. Sah!!! Top Up Kena GST 6%. Berita ini telah pun dikeluarkan oleh semua akhbar tempatan. Pihak berkuasa yang bertanggungjawab juga sudah memberikan kenyataan untuk semua rakyat Malaysia.

Menurut laporan berita malam tadi, Semua syarikat telekomunikasi akan mengenakan cukai barang dan perkhidmatan (GST) pada kad tambah nilai prabayar tetapi bersetuju menambah masa berbual dan khidmat pesanan ringkas (SMS) pada kadar melebihi enam peratus.

Pengarah GST Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Datuk T. Subromaniam berkata, keputusan itu dicapai hasil perbincangan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dan Kementerian Kewangan bersama syarikat telko hari ini.

Beliau berkata, keputusan itu berkuatkuasa serta-merta untuk tempoh tiga bulan bermula hari ini dan selepas tamat tempoh tersebut semua pihak yang terlibat akan mencari satu jalan penyelesaian jangka masa panjang.

“Sekarang semua kad prabayar akan dikenakan cukai enam peratus. Tetapi syarikat Telko bersetuju memberi nilai masa berbual dan SMS lebih daripada enam peratus atau 60 sen iaitu sehingga pada kadar RM1,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. 


Sumber : Paneh Miang

Thursday, April 2, 2015

Jawatan Kosong SPA April 2015

Jawatan Kosong SPA April 2015

Berikut adalah Jawatan Kosong SPA April 2015 untuk di isi secara online oleh semua warganegara Malaysia yang berkelayakan. Jadi kepada semua jangan lepaskan peluang ini kerana terdapat beberapa tawaran jawatan untuk Jawatan Kosong SPA April 2015 kali ini.

Jawatan adalah seperti berikut :-

1. Penolong Pustakawan ( S27 ) - Jabatan Perpustakaan Negara ( 10 kekosongan )

2. Penolong Kurator ( S27 ) - Kementerian Pelancongan & Kebudayaan ( 13 kekosongan )

3. Penerbit Rancangan ( B27 ) - Jabatan Penyiaran Malaysia ( 40 kekosongan )

4. Penolong Pegawai Latihan ( E27 ) - Kementerian Belia & Sukan ( 20 kekosongan )

Jadi kepada semua yang berminat jangan lepaskan peluang untuk memohon secara online di lawan web SPA. Klik sahaja di sini untuk memohon.

Tarikh tutup adalah pada : 3 April 2015

Sebarkan kepada semua. Jangan lupa kongsikan di FB anda.

Perhatian : Jika anda di bawah 18 tahun anda dilarang untuk klik SINI.


Kisah Sebenar Sebalik Video Viral Perempuan Mengamuk DI Stesen Minyak Shah Alam

Kisah Sebenar Sebalik Video Viral Perempuan Mengamuk DI Stesen Minyak Shah Alam

Selain dari GST ada cerita yang memang viral di media sosial. Video di mana beberapa remaja perempuan bertengkar dengan seorang pemandu teksi di Shah Alam. Pastinya anda sudah melihat sendiri video tersebut. Jika belum lihat sila google. Tetapi macam-macam versi cerita yang keluar disebabkan video ini. Tetapi admin ingin kongsikan Kisah Sebenar Sebalik Video Viral Perempuan Mengamuk DI Stesen Minyak Shah Alam tersebut kepada anda.

Ceritanya begini. Seperti yang dijelaskan oleh Hurairah iaitu rakan sepejabat pemandu teksi tersebut yang dikenali sebagai Cikgu Azmi.

Salam semua, driver teksi yang korang dok kutuk itu merupakan salah seorang kakitangan office ambe. Nama dia Cikgu Azmi. Kitorang panggil dia cikgu sebab dia mengajar driver cara memandu Prime Mover (tau tak? Trailer la) dengan cara yang betul.

Dia bukan full time bawa teksi tetapi dia ada lesen teksi dan merupakan seorang bekas tentera.Kisahnya bermula apabila kereta Myvi budak-budak itu melanggar teksi Cikgu Azmi dan blah macam tu je. Cikgu Azmi nak kejar sebab nak settle tetapi diorang pecut menghala ke Shah Alam.Last-last dapat block kereta mereka di Petron Seksyen 7 Shah Alam.

Keluar je dari kereta, dihambur segala cacian. Korang dah tengok video itu kan.Aaa, lupa nak cakap, Cikgu Azmi ni selalu jadi imam di surau office kami.Okay, sambung cerita, kesan dari amukan tersebut, telefon Cikgu Azmi telah retak. Kos baikpulih pula menelan belanja RM600.

Untuk menguatkan fitnah terhadap Cikgu Azmi, salah seorang budak ini telah memecahkan cermin kereta diorang sendiri. Terdapat kekelakaran di situ.Habis on-scene punya cerita.Sampai di Balai Polis, sedang Cikgu Azmi membuat laporan polis, datang bapa budak-budak itu yang bergelar Datuk. Datang bising-bising terus menumbuk muka Cikgu Azmi. Seterusnya datang makcik a.k.a Datin melempang muka Cikgu Azmi. 

Darah bercucuran di lantai balai polis.Untuk pengetahuan korang, Cikgu Azmi tidak langsung menggunakan kekerasan dalam kes ini. Harap dapat menjelaskan segala kekeruhan yang timbul.Demikian penjelasan dari individu bernama Hurairah bagi sebelah pihak pemandu teksi terbabit.Polis sedang menyiasat insiden terbabit dan mengesahkan telah menerima laporan kedua-dua pihak termasuk laporan yang mendakwa bapa gadis berkenaan telah menyerang pemandu teksi itu selain membuat kekecohan di balai.

Begitulah kisahnya. Jadikan pengajaran ye semua. Setiap apa berlaku pasti ada jalan penyelesaian terbaik. Tolak ansur sangat penting.

Wednesday, April 1, 2015

Anda Boleh Dirakam Bogel Dengan Telefon Pintar


Anda Boleh Dirakam Bogel Dengan Telefon Pintar

Mungkin ini adalah sesuatu yang mengejutkan. Pasti ada yang tahu tentang perkara ini dan pasti ada juga yang tidak tahu. Admin sendiri pun baru tahu yang Anda Boleh Dirakam Bogel Dengan Telefon Pintar dengan menggunakan aplikasi tertentu.

Tidak pasti apa aplikasi yang digunakan tetapi perkongsian video yang admin upload ini boleh menjelaskan segala-galanya.

Video yang dikongsi di laman media ini rasanya berasal dari Perancis berdasarkan dialog yang digunakan oleh pemegang telefon tersebut.

Jadi jom kita lihat. Tetapi apa yang admin dapat tahu. Aplikasi ini tiada dalam pasaran phone di Malaysia. Jika anda mengetahui info lebih lanjut tentang perkara ini mohon kongsikan di ruangan komen untuk pengetahuan semua.Betulkan jika admin silap.

video

Respons Timbalan Menteri Isu Top Up Prepaid GST 6%


Respons Timbalan Menteri Isu Top Up Prepaid GST 6% 

Hari ini adalah 1 April 2015. Hari di mana ada transformasi besar-besaran dalam sistem percukaian negara kita yang kaya dengan kepelbagaian bio ini. Semua pastinya tahu dan ambil maklum. Di kaca TV setiap hari anda dapat menonton iklan berkenaan GST. GST atau Cukai Barang & Perkhidmatan. Tetapi apa yang admin nak sampaikan hari ini adalah berkaitan dengan Respons Timbalan Menteri Isu Top Up Prepaid GST 6% .

Seperti yang sedangan hangat diperkatakan oleh rakyat Malaysia ketika ini di laman-laman sosial berkaitan dengan tambah nilai prabayar bagi talian telefon mudah alih. Menurut surat Kastam harga "top up" untuk perkhidmatan talian mudah alih tidak akan berubah atau lebih mudah lagi harga tidak akan naik.

Tetapi sebaliknya berlaku apabila ramai yang berkongsi mengatakan mereka yang "top up" untuk talian mudah alih mereka di kenakan GST. Tetapi ada pula yang tidak dikenakan GST.

Admin juga sempat membelek-belek pembelian "top up" melalui perbankan online dan ternyata top up berharga RM5 pengguna terpaksa membayar RM5.30.

Apa yang berlaku admin tidak pasti sama ada caj 30 sen tersebut dari pihak bank atau pihak syarikat telekomunikasi. Harap pihak kerajaan dapat menyelesaikan kekeliruan berkaitan perkara ini kerana pastinya berjuta pengguna yang menggunakan khidmat talian mudah alih prabayar ini.

Ini adalah Respons Timbalan Menteri Isu Top Up Prepaid GST 6% . Rujuk screen shots twitter beliau.