Wednesday, December 31, 2014

Salurkan Derma Bantuan Banjir 2014 Di Sini

 

Salurkan Derma Bantuan Banjir 2014 Di Sini

Seperti yang kita tahu beberapa negeri di Malaysia terutamanya di Pantai Timur mengalami bencana banjir yang agak teruk baru-baru ini. Sehingga ke hari ini masih ada lagi kawasan yang masih digenangi air. Admin kongsikan dimana pembaca boleh Salurkan Derma Bantuan Banjir 2014 Di Sini. Ini adalah inisiatif daripada Media Prima, Aman Palestin dan juga web perkongsian Pen Merah Official.


Admin panjangkan poster-poster ini bagi memudahkan para pembaca yang ingin membuat sumbangan kepada saudara kita yang terlibat dengan banjir ini. Untuk maklumat lanjut sila jengah FB-FB organisasi terlibat.

Jadi jangan berlengah lagi..harap anda yang sudah membaca entry ini ringankanlah tangan untuk klik button share FB, Tweet atau Pinterest entry ini.

Biar semua rakyat Malaysia dapat membaca mesej yang ingin disampaikan. Cuba kita fikir jika seorang rakyat Malaysia menderma RM1.00 pun setiap orang dan jika terdapat sejuta orang yang menderma sudah pasti nilai tersebut menjadi RM 1 juta bukan..

Sebarkan..benda yang baik..akan membawa baik kepada kita semua.








Tuesday, December 30, 2014

Video Mayat Nahas Pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 Ditemui

Video Mayat Nahas Pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 Ditemui

Ini berita Video Mayat Nahas Pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 Ditemui. Kira-kira jam 1.00 waktu Indonesia tadi.

Sebelum ini terdapat beberapa berita yang memaparkan gambar objek serpihan pesawat di temui.


Tidak lama selepas itu pihak berkuasa Indonesia memberi kenyataan bahawa mayat sudah ditemui.

Jom kita lihat sidang media ini.


video

Objek Terapung Sah Milik Pesawat AirAsia QZ8501

Objek Terapung Sah Milik Pesawat AirAsia QZ8501

Benar Objek Terapung Sah Milik Pesawat AirAsia QZ8501 yang hilang semasa penerbangan dari Surabaya ke Singapura.

Menurut laporan dan kenyataan Ketua Pengarah Penerbangan Awam Indonesia serpihan yang ditemui di Selat Karimata pagi tadi adalah sah milik pesawat AirAsia QZ8501.


Jika benar, syukurlah kawasan yang dikatakan pesawat ini hilang telah ditemui.

Kita tunggu sahaja berita selanjutnya dari pihak berkuasa Indonesia.

Sumber

Objek Milik Pesawat QZ8501 Ditemui Di Perairan Kalimantan


Objek Milik Pesawat QZ8501 Ditemui Di Perairan Kalimantan?

Benarkah Objek Milik Pesawat QZ8501 Ditemui Di Perairan Kalimantan? Menurut laporan yang dipetik dari BH Online dan Harian Metro Online, Tentera Udara Indonesia mengesahkan telah menjumpai lebih kurang 10 objek besar terapung di laut.

Objek tersebut adalah pintu pesawat, jaket keselamatan, raket keselamatan dan juga objek berwarna oren segiempat tepat.

Berikut beberapa gambar yang dipetik dari BH Online dan Harian Metro Online.

Semoga objek yang dijumpai ini adalah milik pesawat tersebut. Seleuruh dunia juga tidak mahu kejadian MH370 berulang kerana sehingga sekarang pesawat masih belum di temui.





Bayaran Bonus Kakitangan Awam 5 Januari 2015?

Bayaran Bonus Kakitangan Awam 5 Januari 2015?

Berita Baik untuk 1.5 juta penjawat awam. Kerajaan telah mengubah tarikh Bayaran Bonus Kakitangan Awam 5 Januari 2015?  ini. Admin rasa perubahan tarikh ini adalah disebabkan bencana banjir yang telah melanda beberapa negeri di Malaysia. Sedikit sebanyak dengan pemberian bonus awal ini dapat meringankan mereka terutama penjawat awam yang terlibat.

Menurut sumber, beliau yang juga seorang yang menguruskan akaun di sebuah sekolah telah membuat penggilan telefon kepada Jabatan Akauntan Negara untuk mengesahkan berita ini.

Jika mengikut pekeliling sebelum ini bonus 2015 akan dibayar pada 22 Januari 2015 bersama-sama dengan gaji.

Semoga dengan pemberian awal ini dapat mengurangkan beban penjawat awam dalam persediaan persekolahan anak-anak dan juga persediaan apa yang diperlukan oleh mangsa-mangsa banjir di kalangan penjawat awam.

Entry penuh di atas admin post beberapa hari lalu. Tetapi sehingga ke hari ini 5/1 bonus penjawat awam masih belum diterima.Menurut beberapa sahabat admin ada beberapa penjawat awam negeri yang telah menerima bonus tetapi bukan kerajaan persekutuan. Admin ingin memohon maaf jika entry ini memberi kekeliruan.Tetapi memang ada penjawat awam yang telah menerima bonus mereka.

Berita update bonus penjawat awam 15/1/2015 rujuk BH Online.

Gambar Jersi Baru JDT 2015

Gambar Jersi Baru JDT 2015

Ini adalah Gambar Jersi Baru JDT 2015. Semalam telah diadakan satu majlis penyampaian sumbangan derma mangsa-mangsa banjir dan majlis memperkenalkan jersi 2015 serta senarai pemain pasukan JDT untuk mengharungi musim baru 2015 liga Malaysia.

Majlis ini telah dirasmikan oleh TMJ selaku Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor. Majlis ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran penyokong JDT yang ingin melihat sendiri pemain baru JDT 2015 dan juga jersi baru JDT 2015.


Masih mengekalkan jersi dengan jenama Nike pasukan JDT memperagakan 3 jersi standard iaitu jersi Home, Away dan jersi ketiga.

Selamat maju jaya diucapkan kepada pasukan JDT untuk musim baru 2015. Nampaknya untuk musim hadapan ada beberapa muka baru yang telah menandatangani kontrak bersama JDT. Ramai dikalangan pemain kebangsaan yang turut serta seperti Kunanlan, Farizal Marlias dan Gary Steven Robbat.

Monday, December 29, 2014

Suara Hati Piya Tentang Bencana Banjir Di Kelantan

Suara Hati Piya Tentang Bencana Banjir Di Kelantan

Ini adalah Suara Hati Piya Tentang Bencana Banjir Di Kelantan iaitu kapten pasukan Kelantan dan juga pemain Harimau Malaya. Di petik dari laman sosial FB kita baca apa yang disampaikan oleh Piya. Jom kita sama-sama berdoa semoga semua mangsa banjir di negara kita tabah dan dipermudahkan segala-galanya.

Saya langsung tidak berfikir mengenai bola sekarang - Piya

"Saya saksikan sendiri dua mangsa banjir tenggelam di depan rumah saya beberapa hari lalu. Saya cuba nak bantu tetapi arus air terlalu kuat. Saya cuma dapat lihat mereka terkapai-kapai hanyut.
Situasi banjir ini sangat kritikal. Rumah lama saya berdekatan hotel Grand Riverview musnah sama sekali. Ahli keluarga saya di merata-rata tempat, ada di pusat pemindahan banjir dan ada yang tinggal bersama saya.

Rakan-rakan saya turut merana. Seorang daripada mereka kehilangan lima kereta dalam tragedi ini. Seluruh Kota Bharu tenggelam. Ia tidak hujan di sini, tetapi hujan lebat serta limpahan air dari Gua Musang dan Kuala Krai menyebabkan air turut melimpah di bandar Kota Bharu. Begitu teruk sehingga kita tidak boleh memandu di bandar.

Walaupun kita dah biasa dengan musim tengkujuh di hujung tahun, apa yang berlaku sekarang amat luarbiasa dan sangat kritikal. Saya tidak pernah mengalami situasi begini sepanjang 32 tahun tinggal di Kelantan.

Saya langsung tidak berfikir mengenai bola sekarang. Stadium kita tenggelam. Air di hospital Kota Bharu pada paras pinggang. Pesakit kritikal dipindahkan dengan bot dan helikopter.

Ramai yang cuba menyelamatkan diri, pergi ke kawasan tinggi. Rakan saya beritahu, paras air di Gua Musang telah surut, tetapi jika hujan turun berterusan, situasi akan menjadi lebih buruk.

Saya berharap Kelantan akan menerima bantuan segera daripada semua pihak yang berkenaan. Saya berdoa dan memohon simpati daripada Allah SWT. Mungkin ini ujian daripadaNya dan ujian ini benar-benar satu ujian yang berat.

Saya berharap orangramai akan bersatu untuk Kelantan. Kita mesti yakin keadaan akan jadi lebih baik. Saya minta semua rakan senegeri saya, rakyat Kelantan supaya tabah dan bersabar.”

Mohd Badhri Mohd Radzi
Ketua Pasukan Kelantan
Pemain bolasepak Kebangsaan
Temuramah bersama Nicolas Anil, Malay Mail, 28 Disember 2014

Respons Tony Fernandes Berkaitan Insiden QZ8501 Hilang

Respons Tony Fernandes Berkaitan Insiden QZ8501 Hilang

Inilah Respons Tony Fernandes Berkaitan Insiden QZ8501 Hilang apabila ditanya oleh pemberita. Mari kita sama baca apa yang telah diluahkan oleh beliau kepada wartawan. Berita penuh yang admin kongsikan ini adalah milik penuh Utusan Online.

KUALA LUMPUR 28 Dis. - “Inilah mimpi paling ngeri saya. Tetapi tiada ada yang terhenti,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes dalam akaun Twitternya, pukul 7.06 minit malam ini.

Kenyataannya itu merujuk insiden kehilangan pesawat AirAsia QZ8501 yang terputus hubungan dengan Kawalan Trafik Udara (ATC) pukul 6.17 pagi waktu Indonesia ketika dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura.

Dalam tweet yang sama, beliau berkata: “Saya amat tersentuh dengan sokongan ramai terutama daripada syarikat penerbangan lain.”

Tiga minit kemudian, Fernandes menghantar satu lagi tweet, kali ini khusus untuk semua staf AirAsia berbunyi:

“Kepada semua staf AsiaAsia saya, tabahkan hati teruskan melakukan yang terbaik. Berdoalah bersungguh-sungguh. Teruskan melakukan yang terbaik untuk tetamu-tetamu kita. Sampai jumpa lagi.”

Ini diikuti satu lagi tweet beliau juga ditujukan kepada staf AirAsia, dua minit selepas itu:

“Saya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (AirAsia) anda akan berada di sana ketika waktu yang sukar ini. Kita akan menempuh keadaan dahsyat ini bersama-sama, dan saya akan cuba menemui seberapa ramai daripada kalian.” - UTUSAN ONLINE

Gambar Laluan Alternatif Negeri Pantai Timur Ke Kuala Lumpur


Gambar Laluan Alternatif Negeri Pantai Timur Ke Kuala Lumpur

Ini Gambar Laluan Alternatif Negeri Pantai Timur Ke Kuala Lumpur kerana bencana banjir yang melanda negeri-negeri Pantai Timur seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang. Seperti yang diberitakan bahawa Lebuhraya Pantai Timur ( LPT ) KM 126 di Temerloh telah dinaiki air di kedua-dua arah.

Oleh hal yang demikian, terdapat satu jalan alternatif terutama bagi penduduk Kuantan yang ingin pulang ke Kuala Lumpur melalui Kuala Pilah Negeri Sembilan. Walaupun jalan ini agak jauh tetapi inilah satu-satunya jalan darat yang boleh dilalui ketika ini.

Jadi kepada semua pengguna laluan lebuhraya LPT sila "alert" dengan arahan dan pengumuman yang dibuat oleh pihak berwajib. Kita tidak mahu sebarang kejadian buruk menimpa kita semua.

Untuk lebih mudah sila rujuk Gambar Laluan Alternatif Negeri Pantai Timur Ke Kuala Lumpur di bawah yang dibuat oleh pihak JKR.


Sesi Persekolahan 2015 Ditangguh Seminggu

Sesi Persekolahan 2015 Ditangguh Seminggu

Berita Sesi Persekolahan 2015 Ditangguh Seminggu baru sahaja dibuat oleh Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Melalui laporan media arus perdana sesi persekolahan ini ditangguh oleh sebab bencana banjir yang melanda kebanyakan negeri di negara kita.



Umum sedia tahu sesi persekolahan akan bermula 5 Januari 2015 telah ditangguhkan kepada tarikh berikut :-

  • Tarikh baru sesi bermula persekolahan tahun 2015 bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Januari 2015 (Ahad)
  • Negeri-negeri lain akan bermula pada 12 Januari 2015 (Isnin)
Penangguhan ini juga dibuat setelah mengambil kira;

a) Sekolah-sekolah yang terlibat sama ada sebagai PPS atau ditenggelami air akan mengambil masa untuk dipulihkan; dan

b) Keadaan guru-guru, ibu bapa dan murid yang menjadi mangsa banjir serta serba kekurangan perlu mengambil masa untuk pemulihan dan membuat persiapan persekolahan mereka.

Muhyiddin berkata, sekiranya keadaan banjir pulih, pihak pengurusan sekolah hendaklah menggunakan tempoh berkenaan untuk mengadakan gotong royong pembersihan kawasan sekolah masing-masing.

Ini katanya, bagi memastikan anak-anak kita dapat belajar dalam keadaan selamat, selesa dan sempurna.


Jadi mari sama-sama kita berdoa semoga semua mangsa banjir diberi kekuatan dan tabah menghadapi banjir pada kali ini. Semoga penangguhan ini akan membolehkan para ibu bapa membuat persediaan yang secukupnya terutama kepada mereka yang terlibat dengan banjir.

 



Sunday, December 28, 2014

Punca Pesawat AirAsia QZ8501 Hilang

 

Punca Pesawat AirAsia ZQ8501 Hilang

Ini adalah Punca Pesawat AirAsia ZQ8501 Hilang. Seperti yang kita baru ketahui sebuah pesawat AirAsia Indonesia yang berlepas dari Surabaya ke Singapura dilaporkan hilang kira-kira jam 7.00 pagi tadi.

Pihak berkuasa Indonesia sehingga ke saat ini sedang menggerakkan operasi mencari dan menyelamat pesawat tersebut.


Kehilangan pesawat AirAsia ini dikatakan mungkin berpunca dari akibat cuaca buruk. Seperti yang kita ketahui negara di Asia Tenggara memang mengalami cuaca seperti hujan lebat dan ribut beberapa hari ini.

Negara kita juga sedang menghadapi bencana banjir. Banjir yang agak besar juga tahun ini. Mari kita sama-sama berdoa semoga pesawat ini dapat ditemui dengan selamat dan banjir yang melanda negara cepat pulih.

Pesawat AirAsia dari Surabaya ke Singapura hilang

 

Pesawat AirAsia dari Surabaya ke Singapura hilang

Benarkah Pesawat AirAsia dari Surabaya ke Singapura hilang. Ya memang benar dan sehingga sekarang masih belum ada maklumat terperinci berkaitan dengan insiden ini. Jom kita sama-sama baca berita di bawah.

KUALA LUMPUR: Pesawat AirAsia AWQ 8501 dari Bandara Juanda Surabaya ke Singapura yang membawa 155 penumpang terputus hubungan pagi ini, menurut media Indonesia.


Menurut laporan Detik.com, pesawat itu yang berangkat pada 5.20 pagi Waktu Indonesia Barat, dilaporkan hilang di ruang angkasa Pulau Kalimantan. Kompas.com turut melaporkan insiden itu.

Menurutnya, pesawat berkenaan sepatutnya tiba di Singapura pada jam 8.30 pagi waktu tempatan.
Pesawat AirAsia AWQ 8501 dari Bandara Juanda Surabaya ke Singapura yang membawa 155 penumpang terputus hubungan pagi ini, menurut media Indonesia.

Saturday, December 27, 2014

Nombor Bantuan Kecemasan Banjir Negeri Pantai Timur

Nombor Bantuan Kecemasan Banjir Negeri Pantai Timur

Berikut adalah Nombor Bantuan Kecemasan Banjir Negeri Pantai Timur untuk rujukan. Mohon sebarkan kepada mereka yang terlibat.

Mari sama-sama doakan semoga mangsa banjir tidak kira di mana tabah hadapi dugaan ini.

Bagi kawasan yang berisiko dinaiki air sila sentiasa waspada dengan arahan pihak berkuasa.

Rujuk gambar untuk maklumat lengkap.

Monday, December 22, 2014

8.5% Dividen + Bonus ASB 2014

8.5% Dividen + Bonus ASB 2014

Pengumuman 8.5% Dividen + Bonus ASB 2014 telah pun dibuat. Jadi kepada semua pemegang amanah saham bumiputera ( ASB ) anda semua dah boleh congak dah berapa dividen dan bonus yang akan anda dapat nanti.

Anda tidak tahu bagaimana untuk mengira jumlah pendapatan anda? Jangan risau kerana formula nya telah pun ada cuma anda perlu masukkan jumlah baki terakhir dalam akaun ASB anda sahaja. Untuk mengira jumlah dividen dan bonus sila ke pautan INI. Memang mudah bukan.

Seawal 3 Januari 2015 semua pemegang saham sudah boleh melakukan semua urusan berkaitan dengan ASB.

Oleh hal demikian, jika mendapat dividen dan bonus yang banyak beringatlah ye sebab ramai pakar ekonomi kata 2015 akan mencabar kita dengan isu berkaitan ekonomi. Kita harapkan benda yang baik-baik sahaj berlaku ya ;-)

Amaran!! Sungai Di Terengganu Semua Di Paras Bahaya

Amaran!! Sungai Di Terengganu Semua Di Paras Bahaya

Sila baca Amaran!! Sungai Di Terengganu Semua Di Paras Bahaya ini. Menurut laporan Majlis Keselamatan Negara Terengganu sehingga jam 8 pagi ini banjir di Terengganu semakin buruk. Ini ditambah lagi dengan kesemua sungai di negeri itu telah melepasi paras bahaya.

Oleh itu, MKN negeri Terengganu telah pun mengeluarkan amaran kepada penduduk kawasan yang berisiko untuk segera ke pusat pemindahan yang telah disediakan.


Sungai utama yang berada di tahap bahaya ialah Sungai Berang di Kampung Menerong, Sungai Dungun di Pasir Raja dan Sungai Kemaman di Air Putih.

Peningkatan paras sungai ini akan lebih mendatangkan risiko jika terjadinya air pasang besar yang dijangka sekitar 27 Disember 2014.

Kita mengharapkan dan teruskan berdoa semoga semua saudara mara kita di negeri Pantai Timur yang terlibat banjir semoga dilindungi dan kita juga jangan lupa berdoa supaya banjir kali ini tidak seteruk dari tahun lepas.



Amaran Kenaikan Paras Air Sungai di Kuantan


Amaran Kenaikan Paras Air Sungai di Kuantan

Berikut adalah Amaran Kenaikan Paras Air Sungai di Kuantan yang dipetik dari laman Facebook JPS Kuantan sendiri. Admin sendiri pun dalam keadaan berjaga-jaga di rumah mahupun di pejabat yang sememangnya tahun lepas dinaiki air. Oleh itu sebarkan kepada semua rakyat Kuantan berita ini.


AMARAN KENAIKAN PARAS AIR SUNGAI DARI JPS KUANTAN

22 Dis 2014, 7 pagi - Sehingga jam 7pagi, jumlah hujan yang sangat lebat dicatat di stesen pemantauan hulu Sg Kuantan (Bukit Sagu, Panching dan Pasir Kemudi) dan stesen kawasan bandar iaitu Bukit Rangin, Sri Damai dan Indera Mahkota.

Akibat hujan lebat ini, paras air Sg Kuantan di Bukit Kenau dan Pasir Kemudi telah meningkat. Air dari bahagian hulu akan turun pada malam ini beserta air laut pasang tinggi 3.5m pada10.16pm.

Jika hujan lebat berterusan, keadaan ini akan menyebabkan banjir di kawasan2 yang berisiko seperti Pandan 1, Bukit Rangin, Sg Isap Damai dan sekitar.

Selain itu, kenaikan paras air Sg Kuantan akibat hujan lebat di hulu dan kawasan bandar serta air laut padang tinggi akan turut memberi kesan kepada kenaikan air di Sg Galing, parit Kg Jawa,Sg Tiram dan sg Talam.

Kenaikan paras air Sg Belat di stesen pemantauan jambatan gambang dan sri damai akan menyebabkan banjir di kawasan berisiko iaiti di Jaya Gading, Kg Gudang Rasau, Kg Air Hitam, Kg Sri Damai,Kg Lubuk Puyu,Kg Pandan 2, Permatang Badak dan sekitar.

Di kawasan sempadan Kuantan-Pekan, hujan lebat di Pekan serta kenaikan paras air Sg Pahang di Pekan menyebabkan kawasan2 di sekitar Sg Jarau, Sg Pahang Tua dan Sg Soi dinaiki air semula.

Sekian, untuk makluman.


p/s : mari kita sama-sama berdoa semoga tempat yang berisiko banjir tidak dilanda banjir teruk seperti tahun tahun sudah.Doa kalian memang diperlukan oleh semua mangsa yang mungkin akan terlibat.

Wednesday, December 17, 2014

Thailand vs Malaysia Live Streaming - AFF Suzuki Cup 2014 Final 1st Leg



Thailand vs Malaysia Live Streaming - AFF Suzuki Cup 2014 Final 1st Leg

Let watch Thailand vs Malaysia Live Streaming - AFF Suzuki Cup 2014 Final 1st Leg 17 Disember 2014 at Bangkok Thailand.

Kick Off at 8.00 PM local time.

Do clicks link 1 & 2 to watch Thailand vs Malaysia Live Streaming - AFF Suzuki Cup 2014 Final 1st Leg

LINK 1

LINK 2

LINK 3 

Lirik Lagu Ale Ale Malaysiaku


Lirik Lagu Ale Ale Malaysiaku

Ini dia Lirik Lagu Ale Ale Malaysiaku untuk semangat semua pemain dan juga penyokong setia Harimau Malaya. Malam ini perlawanan pertama peringkat akhir Piala AFF Suzuki 2014 di Bangkok Thailand.

Tiada apa yang kita sebagai rakyat Malaysia harapkan kecuali skuad bimbingan Dollah Salleh ini akan mencipta kemenangan di Bangkok.

Lirik Lagu Ale Ale Malaysiaku

Go Ale Ale Malaysiaku
Go Ale Ale Malaysiaku
Go Ale Ale Malaysiaku
Go Ale Ale Malaysiaku

Kulihat kusokong kubanggakan
Untuk Harimau Malaya
Tanah tumpah darah

Go Ale Ale Malaysiaku
Go Ale Ale Malaysiaku
Go Ale Ale Malaysiaku
Go Ale Ale Malaysiaku

Kulihat kusokong kubanggakan
Untuk Harimau Malaya
Tanah tumpah darah

Ayuh Ayuh Ayuh Ayuh Malaysiaku
Hari ini kita mesti menang

Go Ale Ale Malaysiaku
Go Ale Ale Malaysiaku

Ayuh Ayuh Ayuh Ayuh Malaysiaku
Hari ini kita mesti menang

Go Ale Ale Malaysiaku
Go Ale Ale Malaysiaku

Ayuh Ayuh Ayuh Ayuh Malaysiaku
Hari ini kita mesti menang


Titile : Ale Ale Malaysiaku
Artiste : Ultras Sound
Song & Lyric : Copyrights Controlled
Music Producer : Mohariz Yaakup
Vocal : Ultras Sound
Kids vocal : Amir Luqman Mohariz
Bass : Kelly
Drum : Jenk Ali
Guitar : Rizal Halim
Keyboard & Piano : Mohariz Yaakup
Music Arrangement : Mohariz Yaakup
Mixed by Mohariz Yaakup
Mastering : Faisal Ghazali @Pro DG Project Mastering

P&C : Musicscape Asia PLT


Tahniah untuk team yang buat lagu ni memang terbaik ah...



Gambar Model Baru Nissan X-Trail


Gambar Model Baru Nissan X-Trail

Ini Gambar Model Baru Nissan X-Trail. Seperti yang kita tahu tempahan untuk model baru Nissan X-Trail ini telah pun dibuka beberapa hari lepas di negara kita Malaysia. Memetik laporan dan beberapa gambar yang admin ambil dari Paultan, diharap kepada peminat kenderaan jenis kenderaan SUV sederhana ini akan dapat manfaatnya.

Dikatakan harga Gambar Model Baru Nissan X-Trail  ini sekitar 150K bagi enjin berkapasiti 2.0 dan 170K bagi enjin yang berkapasiti 2.5.


Boleh didapati dalam lima warna iaitu Brilliant White, Tungsten Silver, Diamond Black, Blue Grafit dan Titanium Zaitun.

Bagi admin model baru ini memang nampak sporty dari model X-Trail yang sedia ada sekarang. Model lama X-Trail memang tiada bentuk kecuali 4 segi sahaja. 



Tuesday, December 16, 2014

Gambar Banjir Stesen Komuter Batu 3 Shah Alam


Gambar Banjir Stesen Komuter Batu 3 Shah Alam

Ini ada Gambar Banjir Stesen Komuter Batu 3 Shah Alam yang di ambil dari facebook sahabat Sukan Star TV. Memang hari ini seluruh negara kita mengalami hujan yang berterusan. Sama juga di tempat admin di Kuantan ini sudah sehari semalam hujan berterusan.

Sudah ada juga tempat-tempat rendah yang telah dinaiki air. Paras Sungai Lembing Kuantan juga ada sesetengah tempat telah melebihi tebing.


Tetapi keadaan masih lagi terkawal.

Diharapkan tiada kejadian banjir buruk seperti tahun sebelum ini yang berlaku di Pantai Timur. Mari sama-sama kita semua berdoa.

Monday, December 15, 2014

Datuk Mustapha Maarof Meninggal Dunia

Datuk Mustapha Maarof Meninggal Dunia

Al-Fatihah. Datuk Mustapha Maarof Meninggal Dunia. Negara kehilangan seorang seniman kira-kira jam 8.30 pagi tadi. Sebelum ini memang kita tahu yang Datuk Mustapha Maarof telah dimasukkan ke hospital pada 25 November 2014 yang lalu.

Arwah dikatakan mengalami kesukaran bernafas akibat daripada komplikasi paru-paru. 


Antara filem-filem lain lakonan beliau ialah Sultan Mahmud Mangkat Di Julang, Yatim Mustapha, Seri Mersing dan Naga Tasik Chini.Pada tahun 2010, beliau diumumkan penerima Anugerah Tokoh Perfileman yang diberikan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas)

Takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga dan mari sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah

Friday, December 12, 2014

Penjelasan Pihak ATM Berkenaan Gambar Viral Jenazah Tiada Penghormatan Khas

Penjelasan Pihak ATM Berkenaan Gambar Viral Jenazah Tiada Penghormatan Khas

Ini ada Penjelasan Pihak ATM Berkenaan Gambar Viral Jenazah Tiada Penghormatan Khas . Betul lah dunia kita memang dah nak sampai ke penghujungnya. Dari satu gambar pelbagai implikasi boleh dicetuskan lebih-lebih lagi bagi mereka yang malas mengkaji lebih lanjut sebaliknya terus sahaja komen dan kongsi.

Inilah yang terjadi semalam apabila page-page di Malaysia meng viralkan gambar ( seperti di atas ) menyebabkan kita boleh membaca pelbagai komen yang menghentam kerajaan terutamanya pihak ATM.

Jadi admin rasa terpanggil untuk kongsikan apa sebenarnya yang pihak ATM telah buat terhadap jeanazah wira negara ini. Boleh kita lihat di FB MyJointforce. Admin juga kongsikan beberapa gambar dari upacara penghormatan terakhir yang telah dibuat di Lubnan.

Dan penjelasan admin Myjointforce kepada salah satu page yang meng viralkan gambar tersebut.

TIADA DOUBLE STANDARD DALAM ISITIADAT PENGHORMATAN TERAKHIR

oleh ikansadinmknorang

satu foto yang menunjukkan jenazah Allahyarham Kpl Azman Bin Che Mat Soh yang tersebar di media whatsapp, dan kemudian disebarkan melalui facebook kini menjadi satu polemik.

foto tersebut menunjukkan jenazah diletakkan diatas pallet dan dengan balutan plastic wrapper dengan caption "macam bungkus beras"

saya sangat terkilan...kerana buah mulut manusia mengatakan ATM dan kerajaan pemerintah hari ini mengamalkan double standard dalam pengurusan jenazah Allahyarham.

apakah kisah sebenar dari foto tersebut?

Allahyarham tewas di Lubnan ketika bertugas sebagai anggota Combat Rescue Team dan merupakan sebahagian dari kumpulan MalBatt yang bernaung dibawah panji PBB untuk tugasan keamanan di Lubnan.

Beliau dilaporkan mengalami serangan jantung yang kemudian membawanya menjemput Illahi.

Isitiadat penghormatan beliau telah dilaksanakan di Lubnan, dihadiri pasukan-pasukan pengaman sahabat yang turut ditugaskan disana. Penghormatan yg diberikan adalah penghormatan terakhir ketenteraan yang biasa dilaksanakan apabila anggota atau pegawai tewas ketika bertugas.

Pengurusan jenazah dibuat dengan baik sekali, yang mana beliau diterbangkan dari Lubnan ke Kuala Lumpur dan kemudian dibawa ke kampung halamannya untuk disemadikan.

Di KL, jenazah Allahyarham diterima dengan istiadat dan kehormatan militer yang sama. Tiada beza. Jenazah diarak dari pesawat ke kereta jenazah, dan sekali lagi di kampung halamannya dimana Allahyarham disemadikan dengan istiadat kententeraan yang gemilang.

Persoalannya, mengapakah tiada pun pihak media alternatif mewar-warkan istiadat tersebut. Mengapa sehingga artikel ini ditulis, hanya 12 share direkodkan di laman MyJointForce....sedangkan foto dan posting tanpa usul periksa mendapat capaian sehingga ribuan share?

Pihak kami sentiasa memantau, dan mewar-warkan peristiwa berkaitan pasukan keselamatan. Dan amat dukacita melihat lebih ramai masyarakat umum mempercayai kisah separuh masak, tanpa membuat usul periksa dan lantas menimbulkan fitnah.

PALING JELIK, apabila dikatakan perwira negara diberikan layanan double standard berbanding masyarakat awam yang menjadi mangsa insiden MH17.....kebangsatan apakah ini...adakah masyarakat kita terlalu bodoh sehingga tidak dapat mendapatkan analogi mudah...atau mencari maklumat sahih?

Bagaimana dikatakan layanan kelas kedua diberikan sedangkan istiadat penghormatan akhir dengan cara ketenteraan diberikan sepenuhnya?

Foto sudah dikeluarkan secara rasmi...malah tersiar meluas dimedia arus perdana....

saya benar-benar terkilan melihat laman yang disertakan oleh sahabat admin saya, komentar-komentar berbaur fitnah, komentar-komentar separuh cerdik yang mana memberikan indikasi yang masyarakat kita semakin bodoh barangkali?

Namun satu perkara yang perlu saya nyatakan, dalam maklumat salah yang tersebar masih ada sejumlah manusia yang tahu kebenaran dan kesalahan, dan saya benar-benar tabik pada sekelompok masyarakat yang memberikan pencerahan berkenaan isu yang kami nyatakan. Amat ramai wira tidak didendang yang melontarkan kritikan keras atas siaran maklumat separuh rebus, dimana foto-foto istiadat yang berlangsung mula tersebar dan dikongsi seluruhnya...

Salutation kepada masyarakat awam tersebut...

dan kepada mereka-mereka yang menjadi zomba otak separuh yang tanpa usul periksa maklumat yang disebarkan....berhenti..tarik nafas dan fikir dahulu adakah maklumat yang disiarkan benar.....sebelum menekan butang share itu...kerana secara tidak langsung hari ini sejumlah 1715 orang menjadi pemfitnah kepada Allahyarham...sia-sia dapat dosa kering kan

Kepada pengurus page tersebut, kata dua telah diberikan dan tanggungjawab sebagai admin memerlukan kita bertanggungjawab dalam menyiarkan satu2 perkara, mengenal pasti kesahihah dan tidak mengamalkan sikap pilih kasih...

Kepada keluarga,sahabat handai dan warga kerja pasukan GGK seluruhnya yang mengenali,bertugas dan bersama-sama Allahyarham semasa hidup dan sihatnya beliau, kami mengucapkan takziah dan mendoakan beliau ditempatkan dikalangan orang soleh dan mendapat syahid yang dijanjikan...

Kepada seluruh masyarakat umum, fikir sejenak sebelum menyebarkan satu-satu siaran yang tidak diketahui kesahihannya...fikir sebelum bertindak dan jangan jadi buta kayu umpama solat rakaat ketiga tapi sangka rakaat keempat...

saya sudahi dengan Al-Fatihah sebagai tanda menghormati Allahyarham




Gambar Pelakon Love U Mr Arrogant Kemalangan


Gambar Pelakon Love U Mr Arrogant Kemalangan

Ini Gambar Pelakon Love U Mr Arrogant Kemalangan. Menurut dari sumber pilihan anda pelakon yang memegang watak sebagai lelaki psiko iaitu Syarul Ridwan terlibat dengan kemalangan di Sungai Ujong, Seremban.

Walaupun keadaan kereta beliau terbalik dan rosak beliau tidak mengalami kecederaan.

Beliau dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur setelah selesai penggambaran di Linggi.

Jalan licin selepas hujan menyebabkan kereta beliau melanggar pembahagi jalan seterusnya terbalik. Kepada semua yang memandu terutama ketika hujan tumpukan perhatian dan berhati-hati. ( sumber gambar : Instagram Syarul )


Video Gol-Gol Malaysia 4 Vietnam 2 Semifinal AFF Suzuki Cup 2014

Video Gol-Gol Malaysia 4 Vietnam 2 Semifinal AFF Suzuki Cup 2014

Jom saksikan Video Gol-Gol Malaysia 4 Vietnam 2 Semifinal AFF Suzuki Cup 2014 yang berlangsung di Hanoi, Vietnam malam tadi. Tiada siapa yang menjangkakan kemenangan besar Malaysia tetapi itulah hakikat dalam bola sepak.

Seawal minit ketiga lagi pasukan Harimau Malaya telah dihadiahkan sepakan penalti dan Safiq Rahim tidak mensia-siakan peluang tersebut.

Jom kita saksikan Video Gol-Gol Malaysia 4 Vietnam 2 Semifinal AFF Suzuki Cup 2014 yang datangnya dari Safiq Rahim, Mat Yo, gol sendiri dan Shukor Adan.



Thursday, December 11, 2014

Thailand 3 Philippines 0 All Goal Highlights Semifinal AFF Suzuki Cup ( Video )


Thailand 3 Philippines 0 All Goal Highlights Semifinal AFF Suzuki Cup ( Video )

Let's watch Thailand 3 Philippines 0 All Goal Highlights Semifinal AFF Suzuki Cup ( Video ). Thailand will face Malaysia or Vietnam on AFF Suzuki Cup 2014 Final.

Amazing performance by Thailand lead early 9 minutes of playing.

So enjoy this 3 goals video.

video




Vietnam vs Malaysia Live Streaming - AFF Suzuki Cup 2014 Semifinal 2nd Leg

Vietnam vs Malaysia Live Streaming - AFF Suzuki Cup 2014 Semifinal 2nd Leg

Let watch Vietnam vs Malaysia Live Streaming - AFF Suzuki Cup 2014 Semifinal 2nd Leg 11 Disember 2014 at Hanoi Vietnam.

Kick Off at 8.00 PM local time.


Do clicks link 1 & 2 to watch Vietnam vs Malaysia Live Streaming - AFF Suzuki Cup 2014 Semifinal 2nd Leg

LINK 1

LINK 2

Kisah Sebenar Sebalik Video Teksi Langgar Lari Motosikal

Kisah Sebenar Sebalik Video Teksi Langgar Lari Motosikal

Semalam telah viral satu video menunjukkan sebuah teksi di Kuala Lumpur telah mengheret sebuah motosikal yang dilanggar olehnya. Tapi ada Kisah Sebenar Sebalik Video Teksi Langgar Lari Motosikal tersebut.

Akibat dari tersebarnya video tersebut seperti biasa ramailah para pengguna facebook yang mengekspresi kan komen-komen mereka. Tapi bagi admin pasti ada sebab mengapa ianya berlaku.

Ternyata ianya benar. Menurut laporan sebuah akhbar tempatan, pemandu teksi yang dikenali sebagai Mahindran 51 tahun berkata pemilik motosikal tersebut sebenarnya cuba menyamun beliau. Jadi untuk menyelamatkan diri beliau terus masuk ke dalam teksi dan memecut kenderaannya.

Dalam masa yang sama motosikal tersebut diletakkan di depen teksi beliau untuk tujuan menghalang beliau dari melarikan diri.

Baru kita tahu kan Kisah Sebenar Sebalik Video Teksi Langgar Lari Motosikal yang viral semalam.

Gadis Mabuk Di Pesta Viral Di Facebook

Gadis Mabuk Di Pesta Viral Di Facebook

Gadis Mabuk Di Pesta Viral Di Facebook. Memang viral kerana tiap-tiap hari ada sahaja link ini beserta dengan gambar yang memang memalukan keluar di timeline aku. Sebab apa sebab ada dikalangan kawan facebook aku yang telah klik link tersebut.

Admin pernah berkongsi satu entry berkenaan spam atau viru di FB ini. Untuk throwback atau flashback anda bacalah di Perhatian!! Jangan Klik Link Pelik Di Wall FB Anda. Pihak SKMM pun telah mengeluarkan kenyataan berhubung perkara ini.

Tahukah anda ini adalah salah satu cara virus disebarkan di FB. Dengan memancing pengguna laman sosial dengan gambar-gambar lucah.

Untuk penerangan lanjut sila lihat dan baca apa yang dinyatakan oleh SKMM ini.


Wednesday, December 10, 2014

Thailand vs Philippines Live Streaming - AFF Suzuki Cup 2014 Semifinal 2nd Leg

Thailand vs Philippines Live Streaming - AFF Suzuki Cup 2014 Semifinal 2nd Leg

Let watch Thailand vs Philippines Live Streaming - AFF Suzuki Cup 2014 Semifinal 2nd Leg.


Kick Off at 8.00 PM local time.

Do clicks link above to watch Thailand vs Philippines Live Streaming - AFF Suzuki Cup 2014 Semifinal 2nd Leg.

LINK 1

LINK 2

Jawatan Kosong Institut Latihan Kesejahteraan Bandar, Perumahan & Kerajaan Tempatan


Jawatan Kosong Institut Latihan Kesejahteraan Bandar, Perumahan & Kerajaan Tempatan

Jawatan Kosong Institut Latihan Kesejahteraan Bandar, Perumahan & Kerajaan Tempatan adalah seperti berikut :


1. Pekerja Sambilan Harian

2. Pembantu Tadbir Kanan


3. Pembantu Tadbir

4. Penolong Pegawai Tadbir

5. Ketua Pusat Pengajian

Tarikh Tutup : 15 Disember 2014

Maklumat Lanjut rujuk gambar di bawah :




Awas!!! Bahaya Rumpai Miang Mexico

Awas!!! Bahaya Rumpai Miang Mexico

Rumpai Miang Mexico atau nama saintifik Parthenium Hysterophorus adalah sejenis tumbuhan liar yang berasal dari beberapa negara di Amerika Selatan dan Utara sebelum tersebar ke Asia, Afrika dan Australia. Awas!!! Bahaya Rumpai Miang Mexico ini. Rumpai ini dikatakan berbahaya kerana boleh memberi kesan yang teruk kepada ekosistem semulajadi, sektor pertanian dan ternakan serta menyebabkan alahan kepada manusia.

Bahan kimia yang terdapat pada rumpai Miang Mexico (debunga, bahagian akar, daun dan batang) iaitu parthenin, hymenin dan ambrosin dikenalpasti boleh memberi kesan ke atas kesihatan manusia. Golongan yang berisiko adalah mereka yang terdedah secara langsung dengan “Rumpai Miang Mexico” terutamanya kanak-kanak dan orang tua. 


Namun begitu, tidak semua yang terdedah mengalami reaksi alahan atau alergi. Sesetengah orang mengalami gejala apabila pendedahan berterusan dan berulang kali. Gejala daripada tindakbalas alahan adalah seperti ruam kulit, kulit mengelupas, gatal-gatal pada kulit, mata bengkak, dan allergic rhinitis serta gangguan pada sistem pernafasan seperti selsema dan asma.

KKM ingin menasihati orang awam supaya mengelakkan diri daripada terdedah atau tersentuh (contact) dengan “Rumpai Miang Mexico”. Adalah dinasihatkan juga, mereka yang mengalami gejala alahan atau masalah pernafasan akibat terdedah dengan rumpai ini, segera mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan berhampiran dan memaklumkan kepada pengamal perubatan yang merawat berkaitan sejarah pendedahan terhadap rumpai tersebut.

Profil Pilot Wanita Bertudung Air Asia

Profil Pilot Wanita Bertudung Air Asia

Wah anda pasti teruja dengan seorang wanita muda ini. Profil Pilot Wanita Bertudung Air Asia. Seperti yang kita sedia maklum bahawa kebanyakan pilot atau juruterbang adalah dikalangan lelaki. Mungkin disebabkan beliau seorang wanita dan bertudung beliau mendapat perhatian rakyat Malaysia.

Admin pun kurang arif tetapi melalui beberapa pembacaan dari laman-laman blog sahabat yang lain admin kongsikan Profil Pilot Wanita Bertudung Air Asia untuk tatapan anda.

Admin juga sertakan gambar beliau yang dipetik dari laman blog Amir

Nama: Noor Hafizah Bt Mohd Idrus

Tarikh lahir: 21 September 1984

Umur: 30 Tahun

Pendidikan: Sekolah Kebangsaan Taiping. Sekolah Kebangsaan Tun Razak, Kolej Tunku Kurshiah. Kolej Matrikulasi Melaka. Universiti Kebangsaan Malaysia, Akademi Penerbangan Malaysia

Jawatan: Senior First Officer, AirAsia X