loading...

Tuesday, September 30, 2014

Siaran Langsung Malaysia vs Pakistan Hoki Sukan Asia 2014

Siaran Langsung Malaysia vs Pakistan Hoki Sukan Asia 2014

Jom sama-sama saksikan perlawanan Siaran Langsung Malaysia vs Pakistan Hoki Sukan Asia 2014 sebentar sahaja lagi.

Jika bola sepak dipanggil sepak mula hoki pula kita panggil pukul mula. Jadi pukul mula perlawanan dijadualkan kira-kira jam 5.55 petang.

Ayuh Team Malaysia. Doakan kejayaan team Malaysia hingga ke final.

Untuk menonton sila layari link di bawah :

Siaran Langsung Malaysia vs Pakistan Hoki Sukan Asia 2014

Cara Kenal Pasti Handphone Samsung Original

Cara Kenal Pasti Telefon Samsung Original

Pastinya memang ramai pengguna telefon pintar jenama SAMSUNG kan. Disebabkan itu mungkin ada pihak yang mengambil kesempatan ke atas pengguna.

Kesempatan menipu pengguna. Menjual barangan tiruan dengan harga yang sama dengan barang original.

Oleh itu kepada pengguna telefon pintar SAMSUNG di sini admin kongsikan tips bagaimana Cara Kenal Pasti Handphone Samsung Original

Ikut langkah seperti berikut :

1) Dail no *#0*#
2) Click button sensor
3) Click button image test


Image tersebut akan keluar seperti di bawah.

Jika keluar gambar selain dari gambar diatas telefon Samsung tu bukan yang original. Mungkin telefon anda buatan China atau Taiwan.
  •     Original = gambar anjing
  •     Taiwan 2nd class = gambar handphone
  •     Cina low class = gambar yang lain-lain keluar


Google Street View Boleh Guna Di Malaysia

Google Street View Boleh Guna Di Malaysia

Tahukah anda bahawa Google Street View Boleh Guna Di Malaysia

Google Street View adalah perkhidmatan yang membolehkan pengguna 'berjalan' di atas jalanraya dan meninjau keadaan di sekelilingnya.

Sebelum ini Google Street View hanya boleh di gunakan di beberapa tempat yang terkenal di dunia, kini ianya sudah boleh digunakan di seluruh semenanjung Malaysia.


Pendek kata jika anda rindukan kampung halaman anda hanya perlu menggunakan Google Street View untuk melihat rumah kampung anda.

Tetapi harus diingat mungkin tidak semua tempat yang Google Street View ini "cover" sebab ia pun sesuatu yang baru di Malaysia.

Pengguna di Malaysia boleh menggunakan untuk "view" jalan-jalan di Malaysia bermula 26 September 2014 seperti yang dinyatakan dalam wikipedia. Jom guna Google Street View.

p/s : Lepas rindu kat kampung dapat view kampung kat Google Street View

 ni la kereta yang ambil gambar kampung kita

Monday, September 29, 2014

Peluang Promosi Perniagaan Online Murah Di Akhbar Utusan


Peluang Promosi Perniagaan Online Murah Di Akhbar Utusan

Berita baik untuk semua peniaga online. Ini ada satu tawaran hebat dari seorang sahabat admin di Utusan Malaysia.

Anda berpeluang mempromosikan perniagaan anda dengan harga yang murah di akhbar Utusan Malaysia. Bukan setakat promosi biasa tetapi perniagaan anda akan dijadikan "story".

Jika ruang iklaneka anda terpaksa membayar sehingga RM 9,000.00 tetapi dengan promosi ini anda cuma perlu membayar RM1,500.00 sahaja.

Untuk maklumat lanjut hubungi nombor 019-3003627 ( Digun ) untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut. Rasanya dah ramai yang ambil peluang ini terutama peniaga online seperti kawan-kawan admin yang mempunyai blogshop.




Gambar Kejadian Ribut di Bukit Jelutong Shah Alam

 

Gambar Kejadian Ribut di Bukit Jelutong Shah Alam

Melalui laman blog sahabat oh media dot my admin kongsikan beberapa Gambar Kejadian Ribut di Bukit Jelutong Shah Alam yang berlaku sekitar pukul 2.30 petang tadi.

Ramai sahabat oh media yang berkongsi di inbox oh media dan oh media berkongsi di laman blog mereka.





Semoga semua nya selamat. Terima kasih kepada pasukan keselamatan dan badan beruniform yang membantu dalam kerja-kerja menyelamat.

Punggung Bayi Melecur Di Dera Pengasuh

Punggung Bayi Melecur Di Dera Pengasuh

Seorang bayi perempuan yang berumur dalam linkungan 10 bulan telah didakwa melecur di bahagian punggung selepas dikatakan didera pengasuh di sebuah rumah di Bertam Hulu, Melaka.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah menyatakan kejadian berkenaan disedari ibu bayi tersebut ketika mahu menukar lampin pakai buangnya sebaik tiba di rumah mereka di kawasan perumahan berhampiran pada 8.30 malam beberapa hari yang lepas.

Bayi berkenaan tidak henti menangis ketika diambil dari rumah pengasuh tersebut bersama seorang lagi anak perempuannya berusia 10 tahun, sejam sebelumnya.

“Pada mulanya ibu dan bapa bayi tersebut tidak mengesyaki sebarang kejadian menimpa anaknya sehingga ibunya melihat kesan melecur teruk di kedua-dua belah punggung mangsa,” katanya.

Bayi tersebut kemudian dibawa ke klinik berdekatan untuk mendapatkan rawatan sebelum dirujuk ke Hospital Melaka dan masih dirawat di hospital tersebut.

Polis telah menahan pengasuh berusia 30 tahun terbabit di rumahnya pada 2.40 petang hari sama bagi membantu siasatan dan dibebaskan dengan jaminan polis keesokan harinya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara maksimum 10 tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.


Katak Comel

Polis Buru Blogger Kontroversi


Polis Buru Blogger Kontroversi

KUALA LUMPUR 28 Sept.- "Kita akan cari dia hingga ke lubang cacing sekalipun."

Itu tegas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar ketika diminta mengulas mengenai tindakan yang sedang dilakukan pihak polis terhadap penulis blog kontroversi, Alvin Tan yang semakin biadab memuat naik status dan gambar di laman sosial Facebook miliknya yang dilihat cuba memalukan beberapa pemimpin negara.

Menurut Khalid, kenyataan berbaur menghina serta mencabar pihak berkuasa itu adalah suatu perbuatan yang tidak boleh dimaafkan.

"Dia (Alvin) ingat dia boleh lari. Bagaimanapun, setiap negara ada peraturan dan kita akan cari dia hingga ke lubang cacing," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Alvin atau nama sebenarnya Tan Jye Yee yang kini berada di Los Angeles, California berdasarkan lokasi terkini yang dikemas kini di laman Facebooknya menghilangkan diri selepas Mahkamah Sesyen membenarkan penyerahan sementara pasportnya atas alasan ingin pergi ke Singapura bagi tujuan penggambaran sebuah dokumentari.

Pada bulan lepas, sebahagian wang jaminannya turut dilucutkan berhubung tuduhan mempersendakan umat Islam dan bulan Ramadan bersama pasangannya Vivian Lee.

Dia turut menghadapi pertuduhan mengikut Subseksyen 5 (1) Akta Penapisan Filem 2002 iaitu mempamerkan gambar-gambar yang didapati lucah di laman blognya di http://alviviswingers.tumblr.com/ tahun lepas.

Tidak habis di situ, Alvin turut bertindak biadab dengan mengubah suai gambar hidung beberapa pemimpin negara dan Khalid sendiri dengan hidung seekor khinzir serta menuduhnya menyalahgunakan kuasa sebagai seorang pemimpin.

Menurut khalid. siasatan terhadap kes tersebut telah dimulakan dan beliau turut memberi amaran keras kepada mereka yang menyalahgunakan media sosial untuk mengaibkan para pemimpin.

"Tiada maaf lagi kepada sesiapa yang menggunakan rangkaian media bagi menghina dan menghasut," katanya.-Utusan-

Friday, September 26, 2014

Gaji Penjawat Awam Naik 500 ke 1000 adalah berita palsu

Gaji Penjawat Awam Naik 500 ke 1000 adalah berita palsu


Baru-baru telah viral di media-media sosial terutama di blog-blog yang memaparkan berita berkenaan Gaji Penjawat Awam Naik 500 ke 1000.

Semalam admin menerima satu penjelasan berkenaan Gaji Penjawat Awam Naik 500 ke 1000 adalah berita palsu sebenarnya.

Pihak JPA telah pun mengeluarkan kenyataan media rasmi berkaitan berita palsu tersebut.

PUTRAJAYA, 25 September 2014 - Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) ingin memaklumkan bahawa penyebaran berita mengenai kenaikan gaji dan elaun kakitangan awam yang disiarkan melalui media-media sosial adalah tidak benar. Mohon kerjasama semua pihak untuk tidak menyebarkan berita ini sekiranya ada menerimanya.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Pasukan Komunikasi
Jabatan Perkhidmatan Awam
Putrajaya
Tel: 03-88853830/3146
E-mail : komunikasi@jpa.gov.my


Gambar ehsan tengoktvonline

Wednesday, September 24, 2014

Tips Sembunyikan Love Bites



Tips Sembunyikan Love Bites

Jangan salah sangka. Jangan hanya baca tajuk tetapi baca isi kandungan apa yang dikongsikan oleh admin ini. Tertarik dengan tulisan dan isi entry dari seorang sahabat admin iaitu Lisa. Jadi anda semua baca dan dapatkan pengajaran dari tulisannya.

"Dijadikan satu cerita , semalam tersempak dengan seseorang tu . Yang pertama mencuri perhatianku  ialah dekat leher orang tu ada macam gigitan nyamuk , berwarna merah kecoklatan dan bersaiz agak besar.

Mati-mati aku ingatkan gigitan nyamuk , rupanya Love Bite .Kawan aku bagitau yang tu bukan gigitan nyamuk tapi..Lovebite.

Haish .. mesti tak sedap orang yang memandangkan? apalagi kalau bekerja di tempat awam , Hurm.. Tak segan ke? Meh sini aku bagi Tips Sembunyikan  lovebite :

1. Pergi Store
ataupon pergi ke ruang tunggu kat office,ambek sehelai newspaper .Tempel kat leher yang ada gigitan tu haa!
2. Pergi Kedai
Office tak ada newspaper ?
 Senang je.. cari kedai-kedai yang ada bagi flyer freeee , minta sehelai. Pastu tepek di bagian yang kena lovebite tu .

Dengan cara-cara diatas mesti orang tak kan nampak lagi lovebite di  leher Anda tu .
Konfem orang tak nampak lagi lovebite tu . SERIOUS ! tak percaya ? try lah !

PS : Meskipun anda sudah menjadi suami istri yang SAH , alangkah lebih elok kalau anda menyembunyikan kesan lovebite tu ha, Sebab apa? sebab budak sekarang ni rasa ingin tahu tu membuak-buak dalam dada.  Jiwa Rosak , eh Jiwa Muda lah katakan . Nanti mereka tiru macam mana ? persekitaran menjadi penentu jugak macam mana generasi yang akan datang dibentuk .

Dah.. itu sahaja tips untuk hari ni. Semoga bermanfaat untuk kalian .
Dan kalau boleh lah ye , takyah la tunjukkan kat orang lain yang anda tu ada LOVEBITE."


Admin : Jangan tunjuk love bites anda walaupun anda sudah berkahwin apalagi la orang yang belum berkahwin.Kita orang timur ada adab kan :)

Video Harimau Zoo Baham Seorang Lelaki di New Delhi India


Video Harimau Zoo Baham Seorang Lelaki di New Delhi India

Video ini memang mendapat perhatian sejak dari semalam. Dalam beberapa minit sahaja ia telah dikongsi lebih dari 10 ribu kongsian di facebook.

Video menunjukkan saat-saat genting seorang lelaki yang dikatakan pelajar telah terjatuh dalam kandang harimau di sebuah zoo di Delhi India.

Memang mengerikan. Anda saksikan sendiri bagaimana pemuda tersebut dibaham. Admin tengok pun seram sejuk.

Jadi sesiapa yang selalu ke zoo tu hati-hati bila berdiri berhampiran sangkar atau kandang haiwan. Bahaya kita tidak tahu kan.

video

Komen DBKL Berkaitan Video Pergaduhan Penguatkuasa dan Peniaga Yang Viral Di Laman Sosial

Komen DBKL Berkaitan Video Pergaduhan Penguatkuasa dan Peniaga Yang Viral Di Laman Sosial

KUALA LUMPUR: Sebuah video yang memaparkan gelagat seorang pegawai penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bergaduh dengan seorang peniaga tanpa lesen di Taman Tasik Permaisuri, telah menjadi viral di laman media sosial.

Video itu pada mulanya memaparkan beberapa pegawai penguatkuasa DBKL mendekati gerai peniaga yang menjual minuman itu, dan menyatakan hasrat untuk menutup gerai itu.

Kelihatan seorang pegawai penguatkuasa memegang tangan peniaga itu dan peniaga itu menepis tangan penguatkuasa tersebut beberapa kali.

Apabila pegawai penguatkuasa itu mencuba memegang tangan peniaga itu lagi, peniaga tersebut naik berang.

“Saya pun cakap elok-elok. Jangan angkat. Sue lah. Bukan saja jual dadah. Saya meniaga.

“Ini barang niaga lah. Kau nak buat apa benda-benda ni semua,” jeritnya kepada pegawai DBKL yang menyerbu gerainya.

Apabila peniaga itu bertindak demikian, seorang lagi pegawai penguatkuasa berkata kepada rakan setugasnya, ‘Biarlah!’.

Tangan pegawai DBKL yang sedang bertugas ditepis berkali-kali oleh peniaga terbabit

Namun, apabila pegawai penguatkuasa DBKL yang memegang tangan peniaga itu menerangkan prosedur majlis tersebut dan cuba menghalang peniaga itu daripada meneruskan kerjanya, peniaga itu bertindak menolak pegawai DBKL berkenaan dan berlaku sedikit pergelutan.

Beberapa pegawai DBKL dan peniaga lain cuba meleraikan kedua-dua wanita itu, namun, pergelutan itu berterusan sehingga kedua-dua tudung wanita yang bergelut itu terlucut.

Video berdurasi 2 minit 52 saat itu itu dikongsi di laman Facebook dan DBKL menjadi bahan tohmahan pelbagai pihak kerana kononnya bertindak kejam terhadap peniaga tersebut.

Seorang pengguna Facebook yang turut memuatnaikkan video itu di laman Facebooknya, berkata kejadian seperti ini boleh dielakkan jika DBKL menggunakan budi bicara dengan mengarahkan peniaga terbabit menyimpan segala kelengkapan perniagaan dalam tempoh yang ditetapkan.

Sementara itu, DBKL, dalam satu kenyataan media berkata wanita tersebut telah bertindak agresif dengan menghalang petugas untuk mengambil tindakan.

“Beliau telah bertindak menarik baju petugas (anggota wanita) sehingga menyebabkan tudung beliau terbuka namun beliau tidak mengalami kecederaan.

“Walau bagaimanapun, pegawai dan anggota petugas lain telah berjaya mententeramkan keadaan. Tangkapan ke atas penjaja wanita tersebut tidak dibuat bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih tegang.

"Barangan yang disita telah dihantar ke Stor Sitaan DBKL setelah keadaan terkawal dan satu Laporan Polis telah dibuat di Balai Polis Salak Selatan, Cheras berhubung kejadian tersebut.

“DBKL sering mendapat tentangan sebegini semasa mengambil tindakan penguatkuasaan, walau bagaimanapun pegawai dan anggota penguatkuasa telah diarah untuk mematuhi Prosedur Penguatkuasaan (SOP) semasa mengambil tindakan,” kata Pengurus Perancangan Korporat, Dr Ismail Stapa.

Dr Ismail menambah DBKL membuat lawatan susulan di kawasan itu pada 20 September, iaitu semasa hari kejadian, selepas mengeluarkan lapan notis kesalahan kepada lapan penjaja tanpa lesen di lokasi berkenaan pada 16 September.

“Lawatan susulan dan pemantauan itu melibatkan 15 orang pegawai dan anggota penguatkuasa dengan bantuan tiga buah kren tunda mendapati 15 penjaja (enam penjaja berlesen dan sembilan penjaja tanpa lesen) sedang beroperasi.

“Pada tarikh tersebut, sejumlah lapan orang penjaja telah diambil tindakan sita tanpa gangguan.”-Awani-

Gambar i phone 6 bengkok

Gambar i phone 6 bengkok 

Artikel ini di ambil dari Amanz.My

Nampaknya rekaan nipis untuk iPhone 6 Plus hadir dengan kesan negatifnya tersendiri, apabila kini hadir beberapa laporan mengatakan iPhone 6 Plus mudah menjadi bengkok apabila diletakkan didalam saku seluar untuk suatu tempoh masa.

iPhone 6 Plus hadir dengan rekaan bersaiz 5.5-inci, dan berbeza dengan kebanyakkan peranti bersaiz phablet yang lain, ia dilihat iPhone 6 Plus membengkok. Mengikut laporan awal daripada pengguna, iPhone 6 Plus menjadi sebegitu apabila diletakkan dalam saku seluar untuk suatu tempoh masa.

Pihak Apple tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan dengannya buat masa ini. Mungkin salah satu cara mudah untuk mengelakkannya adalah mendapatkan kerangka tambahan, dan mengelakkan kejadian seperti ini terjadi.



Gambar Kereta Terbakar Di Pulau Pinang


Gambar Kereta Terbakar Di Pulau Pinang

Georgetown: Seorang lelaki berusia 53 tahun nyaris maut apabila kereta dipandunya terbakar secara tiba-tiba di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, mangsa terselamat apabila dia sempat melarikan diri keluar dari kenderaannya itu.

Ketika itu, dia dalam perjalanan dari pusat bandar menghala ke Jambatan Pulau Pinang.

Bagaimanapun ketika tiba di lokasi kejadian, dia melihat enjin keretanya mula terbakar dan terus memberhentikan kenderaannya itu di tepi jalan.

Orang ramai turut membantu mangsa ketika api marak dan membakar keseluruhan keretanya.-My Metro-

Lirik Lagu Al Haq Yang Satu – AC Mizal & Mawi

Lirik Lagu Al Haq Yang Satu – AC Mizal & Mawi

(Mawi)

Ya Allah berikanlah daku petunjuk
Agar bisaku meneruskan hidup
Agar bisaku berjalan di jalan yang lurus

(AC Mizal)

Andainya ku bisa putarkan saat waktu
Ku perbetulkan segala kesilapan lalu
Andainya ku pernah melukakan hatimu
Izinkan aku mengubati jiwa ragamu
Segala-gala suka dan duka
Tak pernahpun dapat ku lupa
Daku manusia biasa
Dibawa dosa pahala
Hidup di dunia cuma sementara
Janganlah leka jangan terpedaya
Antara kaca dan juga permata

(Mawi)

Ku bersujud padaMu
Berdoa pada yang Satu
PadaMu aku mengadu
Allah yang Satu
Mohon petunjuk dariMu
Berderai air mataku
Ku ingin dekat denganMu

Ya Allah x2
Ampunilah dosa-dosaku yang lalu
Ya Allah x2
Maha Pengasih Penyayang Maha Mengerti

(AC Mizal)

Andainya ku bisa hidup seribu tahun lama lagi
Ku kotakan kata-kata yang telah ku janji
Andainya ditakdirkan esok daku pergi
Susun sepuluh jari memohon diampuni
Janganlah bersedih berduka
Berjumpa di sana semula
Kembali kepada Pencipta
Di padang yang luas terbuka
Pintu syurga dan neraka
Mengapa kau bersedih berduka dijiwa gelora di dalam dilema menanggung derita

(Mawi)

Ku bersujud padaMu
Berdoa pada yang Satu
PadaMu aku mengadu
Allah yang Satu
Mohon petunjuk dariMu
Berderai air mataku
Ku ingin dekat denganMu

Ya Allah x2
Ampunilah dosa-dosaku yang lalu
Ya Allah x2
Maha Pengasih Penyayang Maha Mengerti

Allahhu ya hafizu nafsi waruhi bismillahi jibril
Fi amini bismillahi mikail
Fi shimali bismillahi izrafil
Fi amami bismillahi izrail

(AC Mizal)

Yeah
Allahu Akhbar Allah yang Maha Besar
Mari memuji memuja
Maha Kaya Berkuasa
Ampunilah dosa-dosaku yang lalu
Ku merindu padaMu
Setiap hembusan nafasku ku seru namaMu
Sebagai hambaMu yang lemah dan hina
Terangkanlah jalanku yang penuh berliku
Ku berdoa padaMu dekatkan diriku denganMu tenangkan jiwaku terangkan jalanku

(Mawi)

Ya Allah x2
Ampunilah dosa-dosaku yang lalu
Ya Allah x2



4 Exco PAS DUN Selangor Letak Jawatan


 4 Exco PAS DUN Selangor Letak Jawatan

SHAH ALAM - Empat Exco Pas yang bersama dan menyokong pentadbiran bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meletak jawatan serta-merta semalam.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Ir Iskandar Abdul Samad berkata, bagi pihak empat Exco, mereka akan menurut amalan perlu meletak jawatan bersama Abdul Khalid dan ia merupakan amalan dalam pentadbiran kerajaan negeri.

"Empat Exco Pas meletak jawatan serta-merta sebab kita dilantik bersama dengan Abdul Khalid, jadi bila beliau  letak jawatan, kita semua pun perlu letak jawatan, ini memang amalan dalam kerajaan dan Exco baharu akan dilantik oleh menteri besar baharu.

"Kita juga mahu mengucapkan terima kasih di atas sokongan dan dorongan yang diberi semua pihak selama ini, " katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau dalam pada itu berkata Pas Selangor sebenarnya menjadi penyelamat  utama dalam krisis menteri besar hingga berjaya mengelakkan berlakunya pilihan raya negeri.

"Empat Exco Pas yang terus kekal bersama pentadbiran Abdul Khalid sebenarnya membawa semangat dan prinsip PR sepanjang tempoh krisis berlaku.

"Empat orang Exco ini pada hakikatnya menjadi penyelamat dan menghalang dari berlakunya pilihan raya negeri kerana kita tetap kekal mendengar arahan Pas Pusat dan terus bersama kerajaan menteri besar (kini bekas), sekali gus menyelamatkan kerajaan negeri.

"Mereka juga dengan tegas menolak sebarang kerjasama dengan Umno dan menyatakan kesediaan untuk meletak jawatan jika ada Adun Umno dibawa masuk ke dalam kerajaan.

"Akhirnya, kemelut menteri besar ini sudah berakhir dan saya  bersyukur ia berakhir dengan baik," katanya.

Beliau merujuk empat Exco Pas yang meletak jawatan itu melibatkan Dr Ahmad Yunus Hairi, Dr Halimah Ali, Sallehen Mukhyi dan beliau sendiri yang kekal bersama pentadbiran Abdul Khalid.

Semalam, Mohamed Azmin Ali mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor baharu menggantikan Abdul Khalid di Istana Alam Shah.

Iskandar turut menzahirkan kesediaan Pas dalam bekerjasama dengan Mohamed Azmin dan yakin mampu bekerja dengan baik demi kebajikan dan kemajuan rakyat.

Sementara itu, Sallehen berkata, beliau tiada masalah jika bukan lagi Exco dan menyifatkan semua Adun Pas yang lain juga mempunyai kredibiliti masing-masing terpilih untuk menggantikannya.

“Saya seronok kalau nama saya digugurkan. Kuasa memilih barisan Exco adalah terletak pada menteri besar dan ia terpulang sama ada Azmin ingin mengekalkan empat Exco Pas yang lama atau melantik yang baharu.

“Cuma dalam parti saya rasa masih akan tetap mengekalkan Exco yang sedia ada sebab masing-masing sudah ada perancangan dan elok untuk meneruskannya,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Angkat Sumpah Menteri Besar, di Istana Alam Shah, semalam.

Sementara itu beliau menyifatkan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sebagai jahil dan tidak memahami Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor ketika membuat kenyataan mendakwa empat Exco Pas sebagai ‘pengkhianat’ kerana tidak meletak jawatan ketika pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.-Sinar-

Info-Info dan Promosi-Promosi Menarik Terdapat Di Malaysia

Info-Info dan Promosi-Promosi Menarik Terdapat Di Malaysia

Admin ingin berkongsi pelbagai info menarik, promosi menarik, tawaran harga jualan, diskaun shopping, contest wang tunai dan pelbagai lagi yang anda boleh dapatkan di sini.

Anda cuma perlu klik pada pautan yang admin kongsikan dan anda boleh mendapat maklumat berkaitan perkara yang dikongsi.

Anda hanya perlu ‘tag’ kawan anda untuk menangi RM500 dan hadiah 'surprise'!

Nak Menang Trip ke Old Trafford? Jom Join peraduan ini 

Apa yang menarik pada biskut ini? 

Biar betul bercuti ke Australia dan Jepun dengan harga yang murah? 

Enjoy!!!

Tuesday, September 23, 2014

Bila Khairy Jamaluddin (KJ) Jual Ayam Percik


Bila Khairy Jamaluddin (KJ) Jual Ayam Percik

Siapa tidak kenal dengan YB KJ kan.

Menteri Belia & Sukan Malaysia.

Sebelum ini kita biasa tengok YB KJ berucap di dalam tv tetapi kali ini mari kita tengok YB KJ berlakon pulak.

Cerita ini admin tidak pasti tajuk nya tetapi scene lenih kurang 3 minit ini telah menunjukkan bahawa YB KJ sedikit sebanyak mempunyai bakat dalam lakonan.

video

Ucapan Terakhir Tan Sri Khalid Sebagai MB Selangor

Ucapan Terakhir Tan Sri Khalid Sebagai MB Selangor

Terima kasih rakyat Selangor!!

Syukur Alhamdulillah hari ini merupakan hari terakhir saya sebagai Dato’ Menteri Besar Selangor  selepas lebih enam tahun memegang jawatan ini bermula pada Mac 2008 sehinggalah ke hari ini, 22 September 2014.

Saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua terutama kepada rakyat Selangor yang telah memberi kepercayaan kepada saya untuk menerajui pentadbiran negeri termaju di Malaysia ini.

Saya juga amat berbangga dengan kerjasama dan komitmen yang telah ditunjukkan oleh pegawai dan kakitangan kerajaan, anak-anak syarikat, agensi kerajaan dan badan-badan berkanun yang membolehkan banyak perubahan dilaksanakan berbanding pada awal pertukaran pucuk pimpinan.

Saya berbangga kerana dalam tempoh enam tahun ini, Negeri Selangor yang diurus berlandaskan prinsip-prinsip urus tadbir yang baik terutama kompetensi, ketelusan, kebertanggungjawaban dan integriti telah mencapai banyak kejayaan yang membanggakan dan lebih penting Negeri Selangor bebas dari gejala rasuah dan penyelewengan.

Dasar Hasil Negeri Untuk Rakyat yang diperkenalkan sejak 2008 menerusi program-program kebajikan di bawah agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) berjaya mencapai matlamat untuk meningkatkan taraf hidup rakyat terutamanya mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana.

Kita telah membelanjakan lebih RM1.6 bilion semenjak 2008 bagi membiayai pelbagai inisiatif dan skim bersifat kebajikan di bawah MES di mana sekurang-kurangnya empat juta penduduk di Selangor menikmati salah satu daripada inisiatif ini.

Menerusi dasar berjimat cermat dan perbelanjaan berhemah, rizab simpanan negeri Selangor meningkat kepada RM3.3 bilion setakat ini dan sebahagian simpanan ini telah kita gunakan untuk projek-projek pembangunan seperti pembinaan Jambatan Ketiga Klang dan perumahan mampu milik.

Di bawah pentadbiran saya dan rakan-rakan EXCO, Negeri Selangor meneruskan tradisi sebagai pemangkin ekonomi negara dengan menyumbang lebih kurang 24 peratus kepada KDNK Malaysia di samping kekal menjadi antara destinasi pelaburan terunggul.

Kita juga telah mencapai persetujuan bersejarah dengan Kerajaan Persekutuan dan empat syarikat konsesi untuk menstruktur semula perkhidmatan air setelah melalui satu proses yang bermula sejak 2008 supaya semua aset air dapat dikembalikan kepada rakyat di samping memastikan perkhidmatan air bertaraf antarabangsa pada harga berpatutan.

Ingin saya tegaskan bahawa tawaran untuk mengambilalih syarikat-syarikat konsesi adalah adil dan saksama bagi semua pihak tanpa memberi kelebihan kepada mana-mana pemegang konsesi memandangkan matlamat utama adalah memelihara kepentingan rakyat kerana air merupakan antara hak asasi.

Walaupun hanya satu konsesi yang belum memuktamadkan tawaran namun ia tidak sepatutnya menjejaskan  tawaran yang telah  kita buat sejak 2012 berjumlah RM9.65 bilion.

Pada hari ini juga, kerajaan negeri telah menandatangi Perjanjian Pemindahan Aset untuk memindahkan semua aset air milik negeri bernilai RM14.92 bilion kepada Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor).

Perjanjian ini ditandatangani oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Khusrin Munawi mewakili kerajaan negeri manakala Air Selangor diwakili oleh Suhaimi Kamaralzaman.

Saya berpuashati dengan perkembangan penstrukturan semula industri air Selangor yang sedang berlaku sekarang dan yakin hasrat untuk memberi semula hak air kepada rakyat sepertimana yang terkandung dalam manifesto akan tercapai.

Justeru, saya berharap kepimpinan baharu kerajaan negeri akan berjaya merealisasikan hasrat kerajaan negeri untuk memberi saham air kepada seluruh isi rumah di Negeri Selangor.

Ingin saya tegaskan bahawa tawaran untuk mengambilalih syarikat-syarikat konsesi adalah adil dan saksama bagi semua pihak tanpa memberi kelebihan kepada mana-mana pemegang konsesi memandangkan matlamat utama adalah memelihara kepentingan rakyat kerana air merupakan antara hak asasi.


Akhir kata, saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada pegawai dan kakitangan kerajaan serta anak-anak syarikat yang telah hadir pada majlis perpisahan di Lobi SUK pada petang tadi.  Semoga Allah s.w.t membalas segala jasa baik dan merahmati hidup kita semua. InsyaAllah.



YAB TAN SRI DATO’ SERI ABDUL KHALID IBRAHIM

DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

22 SEPTEMBER 2014

Monday, September 22, 2014

Komen Wan Azizah Tentang Perlantikan Azmin Ali

Komen Wan Azizah Tentang Perlantikan Azmin Ali

ASSALAMUALAIKUM warahmatullahi wabarakatuh dan salam reformasi.

Saya menerima dengan hati yang terbuka keputusan yang telah dibuat oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor yang memperkenankan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

Saya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada 29 Adun Selangor dari PKR, DAP dan Pas yang telah memberikan sokongan kepada saya sejak 14 Ogos 2014 dan membolehkan PR kekal sebagai kerajaan di Selangor.

Saya menghargai kesepakatan 29 Adun Selangor ini yang meletakkan kepentingan menjaga mandat rakyat mengatasi kepentingan peribadi mereka.

Atas semangat itu, saya telah membuat keputusan untuk menarik diri dari pencalonan sebagai Menteri Besar Selangor.

Saya telah mencadangkan kepada Majlis Pimpinan Pusat (MPP) agar Mohamed Azmin diangkat sebagai calon Menteri Besar Selangor.

MPP yang bermesyuarat pada hari ini telah juga sebulat suara bersetuju dengan cadangan itu.

Saya mengambil keputusan ini demi kepentingan rakyat atas kesedaran bahawa krisis ini perlu diselesaikan secepat mungkin.

Saya yakin bahawa PKR telah kekal mempertahankan prinsip demokrasi raja berpelembagaan.
Walaupun proses pelantikan ini pada hemat saya tidak menepati peruntukan Undang-undang Tubuh Negeri Selangor, saya percaya tumpuan perlu dikembalikan kepada usaha membela rakyat di Selangor.

Oleh itu, saya telah menyatakan pandangan saya kepada pimpinan parti mengenai beberapa program khusus yang perlu dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri untuk mengangkat martabat dan kebajikan rakyat Selangor.

DATUK SERI DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL
Presiden PKR
22 September 2014

Azmin Ali Dilantik Sebagai Menteri Besar Baru Selangor

Azmin Ali Dilantik Sebagai Menteri Besar Baru Selangor

KUALA LUMPUR: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, berkenan melantik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa , Mohamed Azmin Ali, sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu, berkuatkuasa esok.

Perkara itu terkandung dalam surat pemberitahuan pelantikan daripada Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, kepada Timbalan Presiden PKR itu hari ini.

Salinan surat berkenaan diedarkan kepada media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya sebentar tadi.
Mohamed Azmin diminta hadir ke Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Ikrar Aku Janji serta Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Menteri Besar Selangor di Istana Alam Shah, Klang pada 10.30 pagi esok.

Mohamed Azmin akan menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.-BH Online-

Nurul Syuhada Pengacara MHI Lahir Anak Kembar

Nurul Syuhada Pengacara MHI Lahir Anak Kembar

Tahniah diucapkan kepada pengacara MHI TV3 Nurul Syuhada Nurul Ain kerana telah selamat melahirkan bayi kembar.

Melalui perbualan telefon secara langsung pagi tadi di MHI, Nurul telah melahirkan sepasang bayi kembar seorang perempuan dan seorang lelaki. Seorang dilahirkan secara normal dan seorang lagi dilahirkan secara 'pembedahan'.

Tahniah dari kami di phat.my. Mengulas lebih lanjut Nurul memberitahu beliau tidak dapat mengatkan bahawa anak nya mengikut wajah siapa.

Nama juga belum dipilih untuk anak beliau ini.

Rokok Dunhill Turun Harga

Rokok Dunhill Turun Harga

Pastinya perokok-perokok terutama yang menghisap jenama Dunhill dan jenama-jenama keluaran British American Tabacco (M) Bhd BAT akan gembira dengan berita ini.

Baru sahaja 2 minggu harga rokok dinaikkan RM1.00 hari ini BAT mengumumkan bahawa harga tersebut diturunkan semula.


Pengarah Urusan BAT, Stefano Clini berkata, keputusan untuk kembali ke harga sebelum 8 Semptember dibuat untuk kekal berdaya saing dalam sektor ini.

Kenaikan sebanyak RM 1 sebelum ini telah dipenuhi dengan ulasan negetif dari penganalisis. Selain itu, BAT juga mengatakan kenaikan harga sebelum ini adalah kerana harga semasa tidak boleh mengimbangi sepenuhnya degan kos operasi.


Berikut adalah harga terbaru rokok keluaran BAT berkuatkuasa hari ini, 22 September 2014.


sumber - kinibiz & siakap keli

Siaran Langsung Malaysia vs China Separuh Akhir Badminton Sukan Asia 2014

Siaran Langsung Malaysia vs China Separuh Akhir Badminton Sukan Asia 2014

Saksikan pertarungan Malaysia menentang China di perlawanan Separuh Akhir Badminton Lelaki Berpasukan di Sukan Asia Ke-17 secara langsung eksklusif di TV9 jam 11.00pagi ini. Jom sokong Malaysia.

Sama-sama kita doakan kemenangan pasukan Malaysia.



Leicester City 5 Manchester United 3

Leicester City 5 Manchester United 3

Keputusan EPL 2014 semalam 21 September 2014 menyaksikan beberapa kejutan apabila beberapa pasukan ternama telah kalah kepada pasukan kelab bawahan atau pertengahan liga.

Paling mendapat tumpuan sudah pastinya kemenangan yang dicapai oleh Leicester City apabila menewaskan Manchester United 5-3 dihadapan penyokong mereka sendiri.

Walaupun pada satu ketika Leicester City ketinggalan 3-1 tetapi mereka telah membuat 'comeback' dengan menjaringkan lagi 4 gol selepas itu.

Jika dilihat pada perlawanan malam tadi keputusan pengadil yang memberikan penalti yang tidak sepatutnya telah mengubah rentak permainan kedua pasukan.

Leicester nampak lebih bersemangat dan Manchester United seperti hilang punca dan dibolosi lagi.

Apa-apa pun semua telah pun berlaku Leicester City vs Manchester United keputusannya Leicester City 5 Manchester United 3.

Friday, September 19, 2014

Nasi Tangas dan Nasi Kangkang adalah sihir

Nasi Tangas dan Nasi Kangkang adalah sihir

Nasi tangas atau juga dikenali sebagai nasi kangkang merujuk kepada satu amalan ilmu sihir hitam, biasanya merupakan perbuatan bagi menundukkan suami yang dilakukan oleh isteri. perbuatan ini merupakan perbuatan menyihir suami dengan melakukan beberapa perkara bagi memastikan suami akan sentiasa berada di bawah telunjuk si isteri agar segala impian yang diingini dapat dicapai.

Sihir ini dikenali sebagai as-sihru'i-aswad, iaitu sihir yang bermain dengan najis, kencing atau darah nifas dengan pendapat memberi makan kekotoran kepada mangsa akan memberi kesan mangsa akan tunduk kepada yang pemiliknya.

Kaedah sihir ini tergolong dalam sihir simpati, di mana kepercayaan seseorang boleh mengawal / menguasai seseorang atau sesuatu yang lain berdasarkan hubungannya atau menyerupai benda lain (sasaran). Kepercayaan bahawa apabila mangsa memakan sesuatu milik penyihir, akan memberi penyihir kuasa ke atas mangsa.