loading...

Thursday, July 24, 2014

Pemisah Pro Rusia Mengaku Tembak Pesawat MH17


Pemisah Pro Rusia Mengaku Tembak Pesawat MH17

KUALA LUMPUR: “Pegawai kami memberitahu bahawa kami menembak sebuah pesawat Kiev. Kami ingatkan kami mencari juruterbang Ukraine yang dikatakan sempat menyelamatkan diri, tetapi kami menemui mayat-mayat orang awam.”

Itu pengakuan yang dibuat oleh seorang anggota militan pro-Rusia dari unit kombat Oplot kepada akhbar Itali Corriere della Sera pada Rabu.

Menurut laporan portal tersebut, mereka menerima arahan untuk bergegas ke sebuah lokasi menggunakan sebuah lori dipenuhi muatan senjata dan peluru sejurus selepas satu letupan kedengaran di udara.

Mereka diberitahu bahawa pasukan mereka telah menembak jatuh sebuah pesawat milik puak fasis Kiev.

“Objek-objek putih kelihatan berterbangan di udara. Kami mungkin perlu bertempur untuk mengumpulkan objek-objek terbabit.” ujar anggota Oplot terbabit yang enggan mendedahkan namanya serta nama sekutunya.

Dia turut memberitahu bahawa ketika mereka mencari payung terjun di tanah dan pokok, dia menemui mayat seorang kanak-kanak perempuan yang berusia tidak lebih dari lima tahun.

“Mayat itu tertiarap. Ia sangat mengerikan. Itulah ketikanya saya sedari bahawa pesawat yang ditembak itu ialah sebuah pesawat komersial dan bukan pesawat tentera.

Semua mangsa ialah orang awam. Beberapa beg pakaian mengesahkan jangkaan saya.” tambahnya.

Unit Oplot ini telah berada di lokasi nahas sejak tragedi itu berlaku.

Menurut portal Corriere della Sera, mereka bagaimanapun tidak menunjukkan rasa bersalah apabila mengeluarkan kenyataan bahawa bukan mereka sahaja yang menembak jatuh pesawat terbabit serta tidak mempunyai senjata yang mampu mencapai ketinggian pesawat itu.

“Jenayah ini dilakukan oleh penjahat yang menerima arahan daripada kerajaan Kiev. Salah seorang pejuang mereka mungkin menembak jatuh MH17,” kata mereka.

Pengkuan ini dibuat selepas lima hari pemimpin puak pemisah pro-Rusia Igor Girkin memuat naik di laman sosial bahawa mereka terlibat dengan nahas terbabit dan mereka yang menembak jatuh pesawat malang itu.

Muat naiknya berbunyi: “Kami telah menembak jatuh sebuah AN-26, ia kini berada di sekitar ‘Progress’. Kami telah memberi amaran kepada kamu – jangan terbang di ‘ruang udara kami’.  Ini video pengesahan ‘kejatuhan burung’ itu.”

Muat naik itu bagaimanapun dipadam setelah pesawat yang ditembak jatuh itu merupakan sebuah pesawat komersial yang dinaiki orang awam.-Awani-

Penonton Pro Palestin Serang Pemain Maccabi Haifa Israel

Penonton Pro Palestin Serang Pemain Maccabi Haifa Israel

Seperti yang kita tahu saudara kita di Palestin sedang bertarung nyawa 24 jam di Gaza akibat daripada serangan tanpa perikemanusiaan oleh pihak zionis yahudi. Seluruh dunia mengutuk apa yang dilakukan oleh zionis israel ini kecuali puak-puak sekutu nya sahaja yang menyokong.

Perkara ini menyebabkan beberapa penyokong pro Palestin telah menyerang pemain-pemain kelab israel Maccabi Haifa ketika satu perlawanan pra musim menentang kelab ligue 1 Perancis iaitu Lille.

Kejadian berlaku kira-kira pada minit 85 di mana penyokong pro Palestin telah menyerbu masuk ke padang dan menyerang pemain Maccabi Haifa.

Akibat kejadian itu perlawanan telah dihentikan serta merta dan tiada kecederaan dilaporkan.

p/s : baru dia orang tahu yang umat Islam seluruh dunia memang sentiasa protes dengan apa yang israel buat


Ketua Penyelamat Malaysia Kongsi Detik Pertemuan Dengan Alexander Borodai

Ketua Penyelamat Malaysia Kongsi Detik Pertemuan Dengan Alexander Borodai

Ketua Penolong Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Lt Kol Mohd Sukri Hussain Mohd Sukri hari ini menceritakan pengalamannya berunding dengan pasukan pemisah Ukraine bagi mengambil mayat dan kotak hitam MH17.

Katanya, beliau ke Donestk pada 4 petang Ahad bersama 11 anggota lain pasukan itu, dan terpaksa menempuh 12 pusat pemeriksaan, lapor Bernama.

Selepas lima jam perjalanan, beliau bertemu dengan ketua kumpulan pemisah Alexander Borodai dan mula berunding tentang 11 perkara.

“Tiga perkara dibincangkan iaitu urusan mengambil mayat mangsa, kotak hitam dan bangkai pesawat berkenaan.

“Borodai bersetuju memenuhi semua permintaan Malaysia, tanpa sebarang syarat,” beliau dipetik sebagai berkata.

Mohd Sukri juga dilaporkan menambah, pasukan itu amat mengagumi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak atas kejayaan tersebut, kerana ia adalah hasil tindakan beliau menghubungi kerajaan Ukraine dan Borodai.

Seorang lagi anggota pasukan perunding Malaysia, Rosli Shaari pula berkata dalam rundingan di pejabat Borodai itu, beliau melihat kumpulan pemisah menggantung sekeping gambar pesawat Malaysia di penjuru bilik, dengan beberapa pasu bunga diletakkan di atas meja di bawah gambar itu sebagai tanda ucapan takziah kepada mangsa.

Pisau

Wednesday, July 23, 2014

Pesawat TransAsia Airways terhempas di Taiwan

 

Pesawat TransAsia Airways terhempas di Taiwan

TAIPEI: Seramai 45 penumpang dikhuatiri maut dalam nahas yang melibatkan sebuah pesawat penumpang TransAsia Airways berdekatan pulau Penghu di Taiwan pada Rabu.

Sembilan lagi penumpang dilaporkan tercedera, menurut laporan awal Focus Taiwan.

Pasukan penyelamat dilaporkan berkata, tiada tanda-tanda yang menunjukkan 45 penumpang itu terselamat setelah pesawat dua enjin itu mendarat cemas dan terbakar di luar lapangan terbang Magong sekitar pukul 7 malam.

Pesawat itu yang diklasifikasikan sebagai GE 222 berlepas pada pukul 5 petang dari Kaohsiung dan dijangka tiba di Magong pukul 5.35 petang.

Punca nahas masih disiasat-Awani-

Cadangan Jadual Perjalanan Pulang Ke Kampung Lebuhraya PLUS 2014


Cadangan Jadual Perjalanan Pulang Ke Kampung Lebuhraya PLUS 2014

PLUS juga menjangkakan sebanyak 1.5 juta kenderaan akan menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan pada hari-hari puncak iaitu 25, 26 dan 27 Julai serta 1, 2 dan 3 Ogos setiap hari pada musim perayaan ini. Jumlah tersebut merupakan peningkatan sebanyak 25 peratus berbanding 1.2 juta kenderaan sehari pada hari-hari biasa.

”Oleh itu, kami menggesa orang ramai digesa supaya merancang perjalanan balik kampung mereka menjelang cuti Hari Raya Aidilfitri yang akan datang berdasarkan jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) yang dikeluarkan oleh PLUS,” tambah Noorizah.

Jadual TTA terdiri daripada cadangan perjalanan berperingkat mengikut masa dan destinasi tertentu dari Lembah Klang ke negeri-negeri dan bandar-bandar utama di Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Ia bertujuan untuk mengagihkan trafik dan mengurangkan kesesakan di laluan-laluan utama lebuh raya, plaza-plaza tol dan kawasan rehat pada waktu-waktu puncak.

Balik Kampung Hari Raya

“Jadual TTA kali ini memberi fokus kepada perjalanan di Lebuhraya Utara-Selatan di antara 25 hingga 27 Julai (bagi perjalanan balik kampung) serta di antara 1 hingga 3 Ogos (bagi perjalanan balik kerja). Bagi orang ramai yang menuju ke destinasi-destinasi yang lebih jauh mereka disarankan untuk keluar lebih awal manakala yang hampir dengan Lembah Klang, mereka disarankan supaya memasuki lebuh raya lebih lewat,” kata beliau.

Selain daripada membuka beberapa laluan kritikal di projek pelebaran lorong keempat serta mengeluarkan jadual TTA, PLUS juga turut mengambil beberapa langkah-langkah tambahan yang baru termasuklah memperkenalkan portal PLUS Trafik untuk menyaluran maklumat trafik terkini serta memperkenalkan rondaan motosikal bagi perkhidmatan bengkel bergerak WOW di beberapa lokasi strategik di lebuh raya.

Langkah-langkah lain termasuklah meningkatkan jumlah kakitangan dan membuka lebih banyak lorong di plaza-plaza tol, meningkatkan jumlah pasukan PLUSRonda dan lain-lain lagi. -Fyna-

 

Anak Tomok Arrian Bakal Ke Udara Dalam Rancangan Oprah Winfrey


Anak Tomok Arrian Bakal Ke Udara Dalam Rancangan Oprah Winfrey

Sedia maklum, penyanyi dan pengacara Tomok sering berkongsi foto dan memuat naik video anaknya iaitu Arrian Shah Akid yang kini berusia dua tahun di laman Instagram miliknya.

Foto dan video yang dikongsi oleh Tomok seringkali mendapat komen positif dan perhatian oleh  para peminatnya yang memuji kepetahan dan kecomelan Arrian.

Terbaru, pihak porduksi antarabangsa, Oprah Winfrey Network tertarik dengan salah sebuah video majlis Aqiqah Arrian yang dimuat naik oleh Tomok.

Menurut Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan bin Ismail, video tersebut menarik minat  produksi tersebut untuk digabungkan dengan video-video budaya unik seluruh dunia menerusi sebuah dokumentari khas.

"Pada mulanya saya kurang yakin dengan email yang diterima oleh adik saya. Tetapi selepas dua tiga kali berbalas email dengan mereka, saya mula rasa mereka memang serius berminat dengan video Aqiqah Arrian.

“Pihak produksi di sana hanya mahu menggunakan beberapa saat sahaja dari video majlis tersebut. Semuanya masih dalam perbincangan dan saya serahkan perkara ini semua pada adik saya. Jika, mereka berhasrat mahu guna video tersebut, Alhamdulillah,” jelas Tomok.

Ditanya soal bayaran yang diterima menerusi video tersebut, Tomok menjelaskan ianya masih terlalu awal untuk dibincangkan dan mahu menunggu kata putus dari pihak produksi di sana.

Dalam pada itu, Tomok sungguh gembira dan teruja selepas menerima berita gembira isterinya kini disahkan hamil anak kedua.

“Alhamdulillah saya sangat teruja dan bersyukur selepas isteri disahkan sedang hamil anak kedua. Bulan Ramadhan dan juga Syawal sangat bermakna buat saya dan keluarga.

“Kandungan isteri baru berusia tiga minggu dan dan Insya Allah dijangka bersalin pada bulan Februari tahun hadapan,” ujar Tomok gembira.-Astro Gempak-

Gambar Kad Raya Di Lokasi Nahas MH17


Gambar Kad Raya Di Lokasi Nahas MH17

Negara kita memang digembarkan dengan tragedi pesawat MAS MH17 yang terhempas di sempadan Ukraine dan Russia.

Sehingga ke hari ini pihak berkuasa Malaysia sedang bertungkus lumus untuk menyiasat apa sahaja yang boleh dijadikan jawapan untuk tragedi ini.

PM kita pun dah melakukan pendekatan diplomasi dengan pihak pemberontak pro Russia untuk mendapatkan kotak hitam pesawat dan juga mayat-mayat yang terlibat dengan tragedi ini.

Tetapi ada satu gambar yang admin pasti akan menyentuh perasaan setiap rakyat Malaysia. Gambar sekeping kad raya yang berjaya dijumpai di lokasi nahas. Ialah kan tragedi berlaku ketika umat Islam sedang hampir untuk menyambut Syawal.

Sedih bila tengok gambar ini. Mari kita sama-sama mendoakan kesejahteraan jenazah beragama Islam dan sedekah kan Al-Fatihah. Buat keluarga kita doakan semoga mereka semua tabah dan kuat hadapi situasi ini.


Jawapan Tweet Untuk KJ Yang Memang Gila

Jawapan Tweet Untuk KJ Yang Memang Gila

Seperti yang kita semua tahu yang kontijen negara sedang berada di Scotland untuk pertandingan Sukan Komanwel 2014.

Dan dengan itu, YB Khairy Jamaluddin melalui media sosial twitter dan facebook beliau telah mengadakan kuiz untuk pengikut-pengikutnya.

Jika tidak silap pemenang yang menjawab soalan dengan betul akan mendapat sehelai baju team Malaysia.

Admin pun tertarik juga dengan apa yang YB KJ buat ini tetapi tak berkesempatan nak join.

Cuma ada la yang nakal yang bagi jawapan bukan-bukan. Tengok di bawah.

Video Lori dan Estima Terbakar di Tol Sunway Highway KESAS


Video Lori dan Estima Terbakar di Tol Sunway Highway KESAS

Lori tanah terbakar rempuh tembok Plaza Tol Sunway

KUALA LUMPUR: Sebuah lori dengan muatan tanah terbakar selepas merempuh tembok penghadang Plaza Tol Sunway (arah barat) di Lebuhraya Shah Alam (KESAS), kira-kira jam 4 petang tadi. Sebuah Estima juga terlibat dalam kebakaran tersebut.

Merujuk kepada pages FB Sukan Star admin kongsikan 3 video untuk anda saksikan.

video

video

video

Tuesday, July 22, 2014

Ekslusif!!!!Kenyataan MB Selangor Berkaitan Isu Wan Azizah

Ekslusif!!!!Kenyataan MB Selangor Berkaitan Isu Wan Azizah

Penggantian Dan Pelantikan Menteri Besar Perlu Patuhi Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri

Saya menghormati keputusan politik Parti Keadilan Rakyat (Keadilan) yang mencalonkan Presiden Keadilan, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar yang baharu.

Namun begitu, saya berpegang teguh kepada enakmen Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri yang menetapkan tatacara yang khusus bagi pelantikan atau penggantian Menteri Besar.

Saya percaya mereka yang terlibat dalam usaha ini perlu melalui proses-proses tersebut untuk mencapai matlamat yang mereka inginkan.


Sehingga proses tersebut berlaku dan selesai, saya akan terus menjalankan tugas sebagai Menteri Besar dengan penuh tanggungjawab, tekun dan amanah seperti yang telah diamanahkan oleh rakyat Selangor yang telah memilih saya melalui proses pemilihan yang sah.

Saya berharap rakyat Selangor tidak mudah terpengaruh dengan berita-berita fitnah, bersifat provokasi dan kontroversi kerana Negeri Selangor mempunyai tatacara pelantikan Menteri Besar secara tertib dan beradab seperti yang termaktub dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri.

Pada masa yang sama, saya ingin menegaskan kepada seluruh rakyat Selangor dan para pelabur bahawa isu ini tidak sedikit pun menjejaskan sistem pentadbiran negeri.


YAB TAN SRI DATO’ SERI ABDUL KHALID IBRAHIM

DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

22 JULAI 2014


SUMBER

Restoran A&W PJ Akan Diruntuhkan


Restoran A&W PJ Akan Diruntuhkan

Restoran makanan segera A&W yang menjadi mercu tanda di Petaling Jaya akan diruntuhkan selepas pemegang francais A&W Malaysia mengumumkan dua menara pejabat akan dibina di tapak bersebelahan stesen Putra LRT Taman Jaya, lapor The Edge Financial Daily.

Menurut Pengarah Urusan Kumpulan KUB Malaysia Bhd Datuk Wan Mohd Nor Wan Ahmad, akhbar itu melaporkan pelan pembinaan kompleks yang akan dikenali sebagai Menara KUB diluluskan ahli lembaga pengarah syarikat.


“Ramai yang berminat dengan tanah itu. Menara itu dibina untuk menambah lagi kepelbagaian pendapatan kami dan membuka nilai potensi kawasan itu,” katanya.


Beliau berkata, mengenai nasib A&W, restoran akan ditutup pada hujung tahun dan akan dibuka semula selepas bangunan baru disiapkan. Pasaran tanah berdepan Amcorp Mall itu kini dianggarkan bernilai RM25 juta.


Wan Mohd berkata, KUB tidak merancang untuk menjual rangkaian A&W memandangkan restoran itu mengaut keuntungan RM1.89 juta tahun lalu.


sumber

3 Cara Doa Diterima Allah SWT


3 Cara Doa Diterima Allah SWT

Memetik perkongsian dari Ustaz Don

Allah SWT menerima doa kita dalam 3 cara :

1)Diperkenankan doanya ketika di dunia dengan diberikan apa sahaja hajatnya.

2)Doanya telah diperkenankan tetapi hajatnya itu disimpan dan akan diberikan di akhirat kelak

3)Doanya telah diperkenankan tetapi bukan dengan diberikan apa yg diminta tetapi diberikan apa yg kita perlu

Buku 101 Doa daripada Hadis Sahih
Dr Zahazan Mohamed
Telaga Biru

#WaktuMustajabDoa
#UstazDon

MH17, Pemberontak Serah Kotak Hitam Kepada Malaysia



MH17, Pemberontak Serah Kotak Hitam Kepada Malaysia

DONETSK: Puak pemisah pro-Rusia di timur Ukraine telah menyerahkan dua kotak hitam yang ditemui di lokasi nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 kepada delegasi Malaysia dalam satu sidang media awal hari ini.

Memetik laporan AFP, mereka turut mengumumkan gencatan senjata dalam radius 10 kilometer di sekeliling tapak nahas untuk membenarkan penyiasat antarabangsa memasuki kawasan tersebut di mana pesawat malang tersebut terhempas pada Khamis lalu.

“Kami telah membuat keputusan untuk menyerahkan dua kotak hitam itu kepada pakar dari Malaysia,” kata Ketua pemberontak pro-Rusia, Alexander Borodai kepada wartawan.

Pasukan pakar dari Malaysia dan wakil dari kumpulan pemisah itu kemudiannya menandatangani satu protokol sebelum kedua-dua kotak hitam itu diserahkan.

“Kerajaan Malaysia mengucapkan terima kasih kepada Republik Donetsk kerana memulangkan dua kotak hitam milik Malaysia ini,” kata seorang wakil dari Malaysia.

“Kami tidak menemui kotak hitam milik MH370 (yang hilang di Laut Hindi pada Mac lalu), jadi kami bersyukur kerana berjaya menemui kotak ini.

“Kedua-dua kotak kelihatan dalam keadaan baik, cuma memiliki sedikit kerosakan,” katanya lagi.
Satu daripada kotak tersebut merekodkan semua perbualan di kokpit manakala satu lagi menyimpan data penerbangan.

Beberapa delegasi Malaysia kini akan mengiringi sebuah kereta api berpendingin hawa membawa mayat-mayat ke bandar Kharkiv, yang dikawal kerajaan di Kiev.-Awani-


p/s : alhamdulillah semoga dipermudahkan

Kenyataan PM Najib Razak bagi Perjanjian MH17 ( B.Inggeris )


Kenyataan PM Najib Razak bagi Perjanjian MH17 (B.Inggeris)

PRIME MINISTER NAJIB RAZAK STATEMENT ON MH17 AGREEMENT

In recent days, we have been working behind the scenes to establish contact with those in charge of the MH17 crash site.

That contact has now been made. Under difficult and fluid circumstances, we have been discussing the problems that have occupied us all: securing vital evidence from the aircraft, launching an independent investigation, and above all recovering the remains of those who lost their lives.

Tonight, we have established the basis of an agreement to do just that.

Earlier this evening I spoke to Alexander Borodai, who is in command of the region where the tragedy occurred. We have agreed the following:

  •  Firstly, the remains of 282 people, currently in Torez, will be moved by train to Kharkiv, where they will be handed over to representatives from the Netherlands. The train will depart this evening Ukraine time, and will be accompanied by six Malaysian members of the recovery team. The remains will then be flown to Amsterdam on board a Dutch C130 Hercules, together with the Malaysian team. Following any necessary forensic work, the remains of Malaysian citizens will then be flown home to Malaysia.
  • Secondly, at approximately 9pm tonight Ukraine time, the two black boxes will be handed over to a Malaysian team in Donetsk, who will take custody of them.
  • Thirdly, independent international investigators will be guaranteed safe access to the crash site to begin a full investigation of the incident.

I must stress that although agreement has been reached, there remain a number of steps required before it is completed.

There is work still to be done, work which relies on continued communication in good faith. Mr Borodai and his people have so far given their co-operation.

I ask that all parties continue to work together to ensure that this agreement is honoured; that the remains of our people are returned, that the black box is handed over, and that the international team is granted full access to the site.

Only then can the investigation into MH17 truly begin; only then can the victims be afforded the respect they deserve. We need to know what caused the plane to crash, and who was responsible for it, so that justice may be done.

In recent days, there were times I wanted to give greater voice to the anger and grief that the Malaysian people feel. And that I feel. But sometimes, we must work quietly in the service of a better outcome.

I understand that for the families, nothing can undo this damage. The lives taken cannot be given back; the dignity lost cannot be regained.

My heart reaches out to those whose loved ones were lost on MH17. We hope and pray that the agreement reached tonight helps bring them a clear step towards closure.

ENDS


Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam sidang akhbar mengenai tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 di Seri Perdana, Putrajaya.

"Sepanjang beberapa hari lepas, kami berusaha di sebalik tabir bagi mewujudkan hubungan dengan mereka yang mengawal lokasi nahas MH17.
Kini, hubungan itu sudah terjalin. Dalam keadaan yang sukar dan tidak menentu, kami telah membincangkan masalah-masalah yang membelenggu kami: mendapatkan bukti penting daripada pesawat, menjalankan siasatan bebas, dan paling penting, mengambil mayat mangsa.


Malam ini, kami telah mencapai asas persetujuan untuk berbuat demikian.
Awal petang tadi, saya bercakap dengan Alexander Borodai, yang menguasai wilayah di mana tragedi itu berlaku. Kami mencapai persetujuan tentang perkara berikut:


Pertama, 282 mayat, yang ketika ini berada di Torez, akan dipindahkan dengan kereta api ke Kharkiv untuk diserahkan kepada para wakil dari Netherlands.
Kereta api itu akan bertolak petang ini mengikut waktu Ukraine, dan akan diiringi enam anggota pasukan pengumpul bahan bukti dari Malaysia. 


Mayat-mayat itu kemudian akan diterbangkan ke Amsterdam dengan pesawat C130 Hercules Belanda, bersama pasukan Malaysia. Setelah selesai semua kerja forensik, mayat warganegara Malaysia akan dibawa pulang ke Malaysia. Kedua, pada kira-kira 9 malam ini waktu Ukraine, dua kotak hitam akan diserahkan kepada pasukan Malaysia di Donetsk, yang akan menyimpan kotak berkenaan.
Ketiga, para penyiasat bebas antarabangsa akan diberi jaminan keselamatan masuk ke lokasi nahas untuk memulakan siasatan penuh tentang tragedi itu.
Saya perlu tegaskan walaupun persetujuan telah dicapai, namun ada beberapa langkah yang perlu diambil sebelum diselesaikan.


Masih ada kerja yang perlu dilakukan, kerja yang bergantung kepada hubungan yang berterusan dengan jujur. Setakat ini Borodai dan orangnya memberi kerjasama.


Saya meminta semua pihak supaya terus bekerjasama bagi memastikan persetujuan itu dihormati; supaya mayat rakyat kita diserahkan kepada kita, agar kotak hitam diserahkan, dan supaya pasukan antarabangsa diberi akses penuh ke lokasi terbabit.


Hanya selepas itu, barulah siasatan mengenai MH17 boleh benar-benar bermula; barulah mangsa boleh diberi penghormatan yang sewajarnya. Kami perlu tahu apa yang menyebabkan pesawat itu terhempas, dan siapa yang bertanggungjawab, agar keadilan boleh ditegakkan.


Baru-baru ini, ada ketikanya, saya berasa mahu menyuarakan dengan lantang kemarahan dan kepiluan yang dirasai rakyat Malaysia. Bagaimanapun, kadang kala, kita perlu bekerja secara senyap untuk mendapat hasil yang lebih baik.
Saya faham, bagi anggota keluarga, tiada apa yang boleh diubah kembali. Nyawa yang telah hilang tidak boleh dikembalikan; maruah yang hilang tidak boleh dipulihkan.


Perasaan saya sentiasa bersama mereka yang kehilangan orang yang disayangi dalam tragedi MH17. Kami berharap dan berdoa agar persetujuan yang dicapai malam ini akan membawa kepada langkah yang jelas ke arah penyelesaian. - BERNAMA

Monday, July 21, 2014

Rundingan Bebaskan Konstabel Zakia Berjalan Lancar


Rundingan Bebaskan Konstabel Zakia Berjalan Lancar

KOTA KINABALU - Polis giat menjalankan rundingan dan kerjasama dengan pihak Filipina bagi membebaskan anggota polis marin, Konstabel Zakia Aliep, yang diculik sekumpulan penceroboh di sebuah pusat peranginan di Pulau Mabul, Semporna.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, setakat ini, perundingan antara pasukan keselamatan Filipina dengan kumpulan penjenayah terbabit masih berjalan bagi membebaskan mangsa.

"Kumpulan penjenayah ada menghubungi pegawai polis dan keluarga mangsa untuk proses rundingan pembebasan mangsa. Apa yang penting dia (Zakia) berada dalam keadaan selamat.

Saya tidak boleh memberi jaminan 100 peratus dia akan bebas sebelum hari raya tetapi kita akan cuba sedaya upaya. Saya juga tidak boleh menyatakan apa proses rundingan yang sedang atau telah dibuat," katanya kepada pemberita selepas melancarkan 'Op Selamat' 5/2014 Kontinjen Sabah di sini, hari ini.

Beliau berkata segala intipati rundingan tidak boleh didedahkan kepada umum atas faktor keselamatan tetapi usaha menyelamatkan Zakia berjalan lancar.

Dalam kejadian serangan oleh sekumpulan lapan lelaki pada 11.10 malam, 12 Julai lepas itu, turut mengorbankan rakan sekerja Zakia, 26, iaitu Koperal Ab Rajah Jamuan, 32 tahun.

Sementara itu, beliau berkata tiada sebarang insiden buruk berlaku berdasarkan maklum balas yang diterima semua pihak termasuk golongan nelayan di kawasan perairan daerah terlibat semasa pelaksanaan perintah berkurung yang bermula Sabtu lepas, Jalaluddin berharap keadaan terkawal akan berlanjutan meskipun tempoh berkurung ditarik balik pada 2 Ogos ini.

Mengenai pelancaran Op Selamat, katanya polis Sabah akan menempatkan pelbagai agensi keselamatan di 20 kawasan berisiko yang dikenal pasti di setiap daerah sepanjang operasi selama 15 hari bermula hari ini.

Beliau berkata pihaknya komited untuk memastikan penurunan kadar kemalangan dan kematian sepanjang operasi itu.

Terdahulu, ketika berucap, beliau berkata sebanyak 734 kes kemalangan direkodkan dengan 12 kes melibatkan kemalangan maut dan 13 jumlah kematian pada operasi tahun lepas berbanding 710 kes dengan tujuh kemalangan maut melibatkan sembilan kematian pada tahun sebelumnya.

Pada majlis itu, Jalaluddin turut menyampaikan sumbangan wang tunai kepada isteri Zakia, Sharifah Erna Berson selain penyerahan borang balik kampung kepada setiap ketua polis daerah dan 14 agensi yang terlibat dalam Op Selamat. - Bernama


Dipetik dari akhbar Sinar Harian

Awie Dapat Hak Penjagaan Anak

Awie Dapat Hak Penjagaan Anak

Memetik dari laporan Harian Metro.

Kuala Lumpur: Penyanyi rock terkenal, Awie berjaya mendapatkan hak penjagaan sementara bagi ketiga-tiga anaknya hasil perkahwinan dengan Rozana Misbun di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, sebentar tadi.

Peguam syarie, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain yang mewakili Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 46, memaklumkan perkara itu selepas prosiding di dalam kamar di hadapan Hakim Syarie Nassir Abdul Aziz.

Ketika ditemui media selepas prosiding itu, Mohd Zaidi turut memberitahu Awie juga mendapat perintah injuksi terhadap Rozana, 36, untuk tidak mendekati penyanyi itu serta anak-anaknya dalam apa jua cara termasuk melalui media cetak dan elektronik.

Awie hadir bersama dua rakannya manakala Rozana tidak hadir.

Pada 4 Julai lalu, vokalis kumpulan Wings itu mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap Rozana Misbun di Ukay Perdana, Hulu Kelang, di sini, 2 Jun lalu.

Jaga-Jaga Jenayah Toreh dan Seluk


Jaga-Jaga Jenayah Toreh dan Seluk

CRIME ALERT: TOREH DAN SELUK

Bersiar-siar sambil membeli belah merupakan satu daripada aktiviti utama masyarakat Malaysia pada hari ini. Kawasan-kawasan tumpuan seperti pusat membeli belah, karnival, festival dan pasar awam akan sentiasa sesak dengan pelbagai ragam manusia.

Namun, keriangan menikmati aktiviti tersebut boleh diragut apabila barangan berharga yang disangkakan selamat di dalam simpanan (di dalam beg tangan/beg atau seluar) hilang tanpa disedari.

Pastikan diri tidak dijadikan sasaran oleh sekumpulan individu yang mengambil kesempatan melakukan jenayah dengan menggunakan taktik "toreh dan seluk".

Perbuatan dan pergerakan mereka ini sungguh licik dan profesional sehinggakan mangsa hanya menyedari barangan berharga milik mereka hilang apabila ingin menggunakannya.

Ikuti Modus Operandi (M.O) dan nasihat dari pihak polis bagi mengelakkan anda daripada menjadi mangsa seterusnya.

M.O
1. Suspek terdiri daripada sekumpulan lelaki atau wanita.
2. Menjadikan kawasan tumpuan ramai antaranya pusat membeli belah, jejantas dan pasar awam sebagai lokasi jenayah.
3. Suspek akan menoreh beg atau poket seluar mangsa menggunakan pisau manakala seorang lagi rakan akan menyeluk beg atau poket seluar mangsa untuk mengambil dompet dan barang berharga termasuk telefon bimbit tanpa disedari sesiapa.

Nasihat
1. Sentiasa membawa wang dalam jumlah yang kecil atau secukupnya semasa berkunjung ke mana-mana tempat awam untuk membeli barangan.
2. Dinasihatkan menggalas beg dihadapan supaya mudah dilihat.
3. Disarankan meletakkan dompet dan telefon bimbit di dalam poket seluar hadapan.
4. Berwaspada dengan individu yang mengekori anda semasa membuat pembayaran.
5. Sekiranya dilanggar oleh orang yang tidak dikenali, pastikan dompet dan telefon bimbit masih berada di tempat asal.
6. Elakkan berada di tempat berasak-asak dan jika terpaksa, ambil langkah berjaga-jaga.


p/s : sentiasa berhati-hati ya semasa membeli-belah

Sumber FB PDRM

Iklan Raya RTM 2014


Iklan Raya RTM 2014

Admin dah tengok 2 iklan raya untuk 2014. Iklan raya TM dan iklan raya Petronas yang versi penuh. Jika anda tengok iklan ini di TV ia telah dipotong bagi memendekkan masa iklan.

Tapi admin memang cadangkan pada anda untuk tengok iklan dari RTM ni.

Mesej yang ingin disampaikan cukup jelas dalam iklan yang bertajuk "ini baru raya".

Jadi kepada mereka yang pegang phone je keje 24 jam anda boleh tengok iklan ini ;-)

video

Friday, July 18, 2014

Iklan Raya Petronas 2014


Iklan Raya Petronas 2014

Anda mesti tengok iklan raya petronas 2014 ini. Pasti anda akan tersenyum kerana kebanyakan scene dalam iklan ini akan terjadi apabila semua adik beradik atau sanak saudara berkumpul di rumah nenek apabila tiba musim raya.
Seronok bila berada dalam suasana tersebut terutama bila malam. Tido ramai-ramai bersama sepupu. Tido depan TV ramai-ramai. Best nya





Sepupu Dato' Hattan Antara Mangsa Nahas MH17


Sepupu Dato' Hattan Antara Mangsa Nahas MH17

Memetik laporan berita dari Mstar Online

PUTRAJAYA: Sepupu kepada penyanyi Datuk Mohd Shukri Sahabuddin atau Hattan adalah antara mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terhempas di Ukraine malam Khamis.

Beliau berkata sepupunya Dora Shahila Kassim merupakan Ketua Pramugari yang bertugas dalam pesawat itu.

Ditemui pemberita selepas majlis taklimat untuk waris mangsa di sebuah hotel di sini pada Jumaat, Hattan berkata, beliau terkejut ketika menerima berita mengenai nahas pesawat Boeing 777 itu melalui aplikasi WhatsApp daripada isterinya Arianie Mohd Abidin.

"Isteri saya ialah bekas pramugari dan sesetengah rakannya menghantar SMS (khidmat pesanan ringkas) dan WhatsApp kepadanya (mengenai nahas).

"Kemudian saya mendapatkan kepastian daripada Internet dan laporan berita. Saya dan isteri amat terkejut sehingga tidak tahu nak kata apa-apa," katanya.

Hattan berkata turut terbabit dalam nahas ialah saudara terdekatnya Sherliza Zaini, 45, yang menaiki pesawat bersama suami dan tiga orang anak mereka.

Mereka sepatutnya ke Melbourne, Australia apabila transit di Kuala Lumpur.

Pesawat MH17 yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal itu sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ia terhempas di Ukraine.

Penerbangan itu berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengah hari (waktu Amsterdam) pada Khamis dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA), Sepang pada pukul 6.10 pagi Jumaat.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada awal Jumaat berkata pihak berkuasa Ukraine percaya pesawat itu telah ditembak. - BERNAMA

Ekslusif!!!!Ada pesawat lain di tembak 3 hari sebelum nahas MH17

 

Ekslusif!!!!Ada pesawat lain di tembak 3 hari sebelum nahas MH17

Tahukah anda pada 14 Julai 2014 sebuah pesawat pengangkut milik Ukraine iaitu Antonov -26 telah ditembak jatuh oleh Surface to Air Missile ( SAM ) di sempadan Russia. Kejadian itu membunuh 20 orang dan hanya 3 orang selamat melalui payung terjun.

Pesawat itu ditembak oleh pemberontak pro-Russia sebagai amaran kepada mana-mana pesawat tentera mili Ukraine tidak mendekati kawasan konflik.

Mungkin secara kebetulan saiz pesawat Boeing 777-2H6ER ( MH17 ) dan pesawat Ukraine Antonov -26 menyebabkan pemberontak tersalah tembak pesawat komersil milik Malaysia.

Kejadian ini memang mengejutkan dunia dan pihak Ukraine dan Russia sekarang ini saling menuduh antara satu sama lain.

Kita doakan kepada semua keluarga yang terlibat dengan nahas MH17 tabah dengan dugaan ini. Sedekah kan Al Fatihah kepada mangsa yang beragama Islam.

SUMBER

Bukti Perbualan Telefon MH17 Ditembak Jatuh

Bukti Perbualan Telefon MH17 Ditembak Jatuh

Ini adalah memetik laporan berita daripada Harian Metro. Yang menarik perhatian ialah ayat akhir sekali pada laporan ini. Anda baca sampai habis ya.

Kuala Lumpur : Perkhidmatan Keselamatan Ukraine (SBU) mendakwa berjaya memintas dua perbualan telefon di mana pemisah pro-Russia yang mengaku tersalah tembak jatuh Penerbangan MH17 selepas insiden berlaku, semalam.

Rakaman perbualan dipintas SBU itu didedahkan kepada media Ukrain Kiev Post didakwa hasil perbualan antara pegawai perisikan tentera Rusia dan militan Cossack yang disokong kerajaan Rusia.

Panggilan telefon berkenaan dikatakan dibuat beberapa minit selepas kemalangan Penerbangan Malaysia Boeing 777-200 berhampiran kampung Chornukhine, kira-kira 80 kilometer dari barat laut Donetsk dekat sempadan Rusia, lokasi MH17 terhempas.

Berikut adalah transkrip daripada audio perbualan yang belum dapat disahkan kesahihannya yang dikeluarkan oleh Ahkbar Kiev Post.

Igor Bezler (IB): Kita baru sahaja menembak jatuh sebuah pesawat. Ia jatuh di Yenakeivo (Wilayah Donetsk).

Vasili Geranin (VG): Juruterbang. Mana juruterbang?

IB: Sedang mencari lokasi dan gambar pesawat. Ia berasap.

VG: Berapa minit sudah berlalu?

IB: Kira-kira 30 minit lalu.

Komen SBU - Selepas meneliti kawasan kejadian, pengganas menyedari mereka baru sahaja menembak jatuh pesawat awam. Perbualan seterusnya berlangsung 40 minit selepas itu.

Mejar (M): Ini adalah kerja orang Chernukhin yang menembak jatuh pesawat. Dari tempat pemeriksaan Chernukhin. Orang Cossack yang berpangkalan di Chernukhino.

Greek (G): Ya, Mejar.

M: Pesawat jatuh dari udara di kawasan lombong Petropavlovskaya. “200” pertama (kod laluan rahsia yang merujuk kepada orang mati). Kita menemui kumpulan ‘200’- kod untuk orang awam.

G: Baik, apa yang anda ada di sana?

M: Secara ringkas, ia 100 peratus pesawat penumpang (awam).

G: Berapa banyak orang ada di sana?

M: “S**l, serpihan jatuh betul-betul di atas kawasan perumahan.

G: Pesawat jenis apa?

SBU - Fasa ketiga perbualan membabitkan seorang Mejar dan Greek yang seolah-olah membawa komander Cossack Nikolay Kozitsin, menunjukkan bahawa kapal terbang Malaysia Airlines membawa pengintip.

M: Saya kurang pasti mengenai itu, Saya belum dapat melihat semuanya. Saya hanya meninjau kawasan kejadian di mana mayat pertama jatuh. Mereka masih terikat pada kerusi dan tali pinggang keselamatan.

G: Adakah sebarang senjata ditemui?

M: Tiada, sangat pasti, semuanya. Barangan awam, ubat-ubatan, tuala dan tisu tandas.

G: Ada sebarang dokumen ditemui?

M: Ya, seorang pelajar Indonesia, dari Universiti Thompson.

Militan: Mengenai pesawat yang ditembak jatuh di kawasan Snizhne-Torez. Ia pesawat awam. Jatuh berhampiran Grabove. Banyak mayat wanita dan kanak-kanak. Orang Cossacks berada disana untuk melihat perkara ini.


Pihak TV memberitahu ia adalah pesawat penumpang AN-26, tetapi mereka kata ianya tertulis Malaysia Airlines di pesawat itu. Mengapa ia berada di wilayah Ukraine?

Nikolay Kozitsin: Maksudnya, mereka membawa pengintip. Mereka tidak sepatutnya terbang di sini. Peperangan sedang berlaku.

Senarai Nama Krew Pesawat MAS MH17


Senarai Nama Krew Pesawat MAS MH17

Berikut adalah senarai nama krew atau anak kapal yang terlibat dengan tragedi pesawat MAS MH17 terhempas di Ukraine.

Memetik laporan sebuah akhbar tempatan di sertakan Senarai Nama Krew Pesawat MAS MH17 untuk rujukan anda.

Captain: Wan Amran Bin Wan Hussin (male, 50 years old)

Captain: Eugene Choo Jin Leong (male, 45 years old)

Vice- captain: Ahmad Hakimi Bin Hanapi (male, 29 years old)

Vice- captain: Muhamad Firdaus Bin Abdul Rahim (male, 27 years old)

Mohd Ghafar Bin Abu Bakar (male, 54 years old)

Dora Shamila Binti Kassim (female, 47 years old)

Azrina Binti Yakob (female, 41 years old)

Lee Hui Pin (female, 42 years old)

Mastura Binti Mustafa (female, 40 years old)

Chong Yee Pheng (female, 40 years old)

Shaikh Mohd Noor Bin Mahmood (male, 44 years old)

Sanjid Singh Sandhu (male, 41 years old)

Hamfazlin Sham Binti Mohamed Arifin (female, 42 years old)

Nur Shazana Binti Mohamed Salleh (female, 31 years old)

Angeline Premila Rajandaran (female, 30 years old)


Al-Fatihah untuk mereka yang beragama Islam.

Senarai Penumpang MH17


Senarai Penumpang MH17

Berikut adalah data pecahan jumlah penumpang dan anak kapal yang menaiki pesawat MAS MH17 yang terhempas di sempadan Ukraine Russia.

Tragedi yang amat mengejutkan negara.

Mari kita mendoakan kepada semua ahli keluarga mangsa supaya mereka tabah dengan apa yang berlaku.


  • Penumpang Pesawat MH17 bagi rakyat Belanda : 143 orang
  • Penumpang Kapal Terbang MH17 bagi rakyat Australia : 27 orang
  • Penumpang Kapal Terbang MH17 bagi rakyat Malaysia : 20 orang (2 bayi)
  • Penumpang Pesawat MAS MH17 bagi rakyat Indonesia : 11 orang (1 bayi)
  • Penumpang MAS MH17 bagi rakyat British : 6 orang
  • Penumpang MAS MH17 bagi rakyat Jerman : 4 orang
  • Penumpang MH17 bagi rakyat Belgium : 3 orang
  • Penumpang MH17 bagi rakyat Filipina : 3 orang
  • Penumpang MH17 bagi rakyat Kanada : 1 orang
  • Penumpang MH17 bagi rakyat Amerika syarikat : 23 orang
  • Tidak diketahui : 39 orang
  • Jumlah warga Malaysia 35
  • Jumlah Penumpang : 280 orang
  • Kru teknikal MAS MH17 : 4 lelaki
  • Kru kabin MAS MH17 : 11 (3 lelaki / 8 wanita)

Pesawat MAS MH17 Terhempas

Pesawat MAS MH17 Terhempas

KUALA LUMPUR: Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terputus hubungan pada kira-kira 1415 (GMT)  dari waypoint Tamak, sekitar 50km dari sempadan Ukraine dan Rusia telah disahkan terhempas menurut laporan AFP.

AFP turut melaporkan beberapa mayat telah ditemui di sekitar lokasi pesawat terhempas dan serpihan dikatakan bersepah sejauh beberapa kilometer.

Ekor pesawat malang itu dijumpai di sebuah ladang jagung berhampiran manakala pasukan mencari dan menyelamat kelihatan di lokasi.

Pesawat Boeing 777 itu berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengahari (waktu tempatan) dan sepatutnya tiba di Kuala Lumpur pada pukul 6.10 pagi Jumaat.

Terdahulu, pesawat Malaysia Airlines MH17 dikatakan terhempas di Ukraine, lapor Reuter.

Pesawat terbabit membawa 280 penumpang dan 15 anak kapal.

Dalam pada itu, sebuah pusat operasi telah dibuka dan akan beroperasi 24 jam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.

Malaysia Airlines (MAS) dijadual mengadakan satu sidang media pada pukul 4 pagi di KLIA.

Wisma Putra kini sedang bekerjasama rapat dengan kerajaan Rusia dan Ukraine susulan laporan bahawa pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 telah terhempas di Ukraine, lapor Bernama.

Laporan itu menyebut Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin mengesahkan perkara berkenaan.

"Kami sedang bekerjasama rapat dengan kedua-dua kerajaan untuk mendapat maklumat.

"Buat masa ini, kami mempunyai beberapa maklumat, cuma tunggu nak mengesahkan sahaja", kata beliau ketika dihubungi Bernama hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa terkejut dengan kejadian yang dilaporkan menimpa pesawat Boeing 777 milik MAS penerbangan MH17.

Perdana Menteri menerusi akaun Twitternya berkata, kerajaan akan menyiasat segera kejadian tersebut.-AWANI-

Thursday, July 17, 2014

Harga Lesen Memandu Tidak Naik - Menteri

Harga Lesen Memandu Tidak Naik - Menteri

Isu yang agak panas di media sosial beberapa hari ini. Walaupun tidak sepanas isu "steering lock" tetapi isu tersebut boleh mengundang ketidak puasan hati rakyat Malaysia.

Tidak lain dan tidak bukan isu berkenaan ko kurikulom sekolah memandu yang bakal diubah dan mungkin menyebabkan kenaikan kos sehingga mendapat lesen.

Isu ini pernah admin kupas di SINI .

Tetapi Menteri Pengangkutan melalui Twitter nya telah pun menjawab isu ini. Beliau mengatakan perkara ini masih dalam kajian. Rujuk status twitter beliau.

 


Video Kiki Mohon Maaf Uncle Maafkan Kiki Kes Selesai


Video Kiki Mohon Maaf Uncle Maafkan Kiki Kes Selesai

Kes yang begitu hangat semalam akhirnya selesai juga. Akhirnya kedua-kedua pihak telah pun saling memaafkan atas apa yang telah terjadi.

Semoga kejadian ini menjadi iktibar kepada semua supaya jika terjadi sesuatu kepada diri kita mohon untuk mengawal perasaan terutama perasaan marah.

Marah yang gagal dikawal mungkin akan menyebabkan kita melakukan perkara yang tidak dijangka.


Wednesday, July 16, 2014

Jadual Perlawanan Piala Malaysia 2014


Jadual Perlawanan Piala Malaysia 2014

Jadual Pasukan Dalam Kumpulan Piala Malaysia 2014

Seperti yang kita tahu cabutan kumpulan untuk pasukan yang bertanding bagi Piala Malaysia 2014 telah pun dijalankan.

Jadual perlawanan juga telah dikeluarkan oleh FAM.

Jadi sila rujuk gambar di bawah

Kumpulan A : Pahang, Lions 12, Felda United & JDT 2
Kumpulan B : Terengganu, Sarawak, Perak & Kedah
Kumpulan C : JDT, Kelantan, ATM & P.Pinang
Kumpulan D : Selangor, Sime Darby, T Team & PDRM



Resipi Biskut Lidah Kucing Pelangi


Resipi Biskut Lidah Kucing Pelangi

BISKUT LIDAH KUCING PELANGI

Bahan-bahannya :

  •     250g mentega
  •     175g gula kaster
  •     100ml putih telur (lebih kurang 4 biji telur gred A)
  •     200g tepung gandum (MA guna tepung red rose @ tepung biskut)
  •     50g tepung jagung
  •     1/4 sudu teh emplex (perangup biskut)
  •     1 sudu teh essen vanila (MA tambah)
  •     Pewarna ungu, biru, hijau, kuning,orange dan merah
  •     Loyang lidah kucing - digris dengan mentega

Cara-cara :
  •     Ayak tepung gandum bersama tepung jagung dan emplex. Ketepikan.
  •     Pukul mentega dan gula hingga berkrim. Masukkan putih telur sedikit      demi sedikit dan putar  hingga sebati. Masukkan juga essen vanila.
  •     Masukkan tepung dan kaup balikkan dengan spatula hingga rata.
  •      Bahagikan adunan kepada 6 bahagian dan letakkan dengan pewarna berlainan. ( Berat satu adunan anggaran 196g )
  •     Masukkan setiap adunan kedalam pipping bag dengan nozzle bulat dan picit adunan dengan lurus mendatar kedalam acuan lidah kucing mengikut susunan warna pelangi.
  •     Bakar didalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 150'C selama 15 minit. Jangan biarkan permukaan atas keperangan, kerana akan menenggelamkan warna pelangi. (MA bakar api atas dengan suhu 160'c dan api bawah dengan suhu 170'C selama 20 minit)- Jadi kenali oven anda.
  •     Biarkan sejuk terlebih dahulu dan simpan dalam bekas kedap udara.
SUMBER