loading...

Monday, June 30, 2014

Resipi Air Bandung Cincau Ais Sedap

Resipi Air Bandung Cincau Ais Sedap

Bancuh sirap dalam air yg dah di masak.

Kemudian masukkan susu pekat ke dalam bancuhan air sirap tadi.

(kalau xnak manis sangat,jangan letak banyak2,cukup sekadar rasa).

Kemudian masukkan cincau yg dah dipotong cincang kedalam air siap bandung tadi untuk dapatkan Resipi Air Bandung Cincau Ais Sedap

Kemudian jadilah air itu air sirap bandung cincau.

Untuk sejuk tambahkan kiub ais.

Selamat mencuba

Sunday, June 29, 2014

Saturday, June 28, 2014

Friday, June 27, 2014

Bukan Bunian Tetapi Budak Tahfiz di Gunung Jerai

Bukan Bunian Tetapi Budak Tahfiz di Gunung Jerai

Semalam ada terima whatapps yang berbunyi.

Foto yang dipercayai diambil oleh kakitangan TM sebaik sahaja selepas membuat pemeriksaan ke atas pencawang TM waktu petang di puncak Gunung Jerai Kedah pada hari Ahad baru-baru ini (22.06.2014) kini tersebar meluas di Facebook.-Bicara Perjuangan- ( rujuk gambar atas )

Tetapi cerita sebenarnya adalah (rujuk gambar di bawah )


Sekumpulan adik adik tahfiz kita sedang berkumpul dan sedang menjalankan aktiviti di Gunung Jerai.

Gambar Baby Didie Alias

Gambar Baby Didie Alias

Memetik berita dari FB sebuah portal hiburan popular admin kongsikan gambar anak kepada pelakon Didie Alias dan pasangan Norhisham Ismail.

Tahniah kepada Didie dan suami kerana mendapat orang baru dalam keluarga.

Berita terperinci tidak dapat dikongsikan di sini kerana admin masih belum mendapat apa-apa berita berkenaan kelahiran baby ini.

Admin kongsikan gambar dulu.



Kawasan Terlibat Gangguan Air Di Selangor & Kuala Lumpur Jun 2014

Kawasan Terlibat Gangguan Air Di Selangor & Kuala Lumpur Jun 2014

Memetik berita dari Sinar Harian.

KUALA LUMPUR - Lebih 700,000 rumah di sekitar wilayah Gombak, Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam dan Hulu Langat mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual hari ini.

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dalam kenyataan hari ini, berkata gangguan ini berikutan pengeluaran air terawat dari loji rawatan air yang berkaitan tidak dapat menampung permintaan air tinggi di kawasan itu.

Syabas menjangkakan pemulihan bekalan air mengambil masa agak lama dan tidak dapat ditentukan kerana bergantung kepada bilakah loji rawatan air yang terlibat dapat mencapai pengeluaran maksimum dan jika terdapat sumber air terawat tambahan disediakan.

Syabas akan terus menggerakkan lori tangki air dan tangki statik untuk pengagihan bekalan air kecemasan tetapi bantuan itu amat terhad serta tidak mampu menampung sepenuhnya permintaan pengguna di kawasan terlibat, katanya.
    
Antara kawasan yang terlibat ialah:

Wilayah Gombak

·    Air Panas
·    Aman Siara
·    Ampang Jaya
·    Ampang Jaya Water Front
·    Andaman Ukay
·    Astana Gemilang
·    AU1-AU5
·    Balai Polis Gombak
·    Bandar Baru Ampang
·    Bandar Baru Selayang
·    Bandar Baru Wangsa Maju
·    Beverly Height
·    Bukit Antarabangsa
·    Bukit Idaman/Idaman Hills
·    Bukit Indah
·    Bukit Lela
·    Bukit Setiawangsa
·    Bukit Wangsa Mas
·    Dagang Jaya/Halaman Indah
·    Dataran Ukay
·    Desa Bakti
·    Desa Hussein Onn
·    Desa Lembah Pantai
·    Desa Melawati
·    Desa Minang
·    Gombak Setia
·    Harmonis
·    Industri Bolton
·    Intan Baiduri
·    Jalan Ampang
·    Jalan Chung Hwa Gombak
·    Jalan Genting Kelang
·    Jalan Hulu Kelang
·    Jalan Kepong
·    Jinjang Baru
·    Jinjang Selatan
·    Kampung Ampang Campuran
·    Kampung Ampang Indah
·    Kampung Baru Ampang
·    Kampung Cangkat
·    Kampung Dato Mufti
·    Kampung Datuk Keramat
·    Kampung Kemensah
·    Kampung Kerdas
·    Kampung Klang Gates
·    Selayang Utama
·    Sering Ukay
·    Setapak Jaya
·    Sri Edaran Kepong
·    Sri Gombak
·    Sri Melati
·    Sri Murni
·    Taman Ampang Indah
·    Taman Ampang Mewah
·    Taman Ampang Prima
·    Taman Ampang Utama
·    Taman Andaman Wangsa Maju
·    Taman Beringin Jinjang
·    Taman Bidara
·    Taman Bukit Ampang
·    Taman Bukit Ampang Permai
·    Taman Bukit Jaya
·    Taman Bukit Jubina
·    Taman Bukit Kemensah
·    Taman Bukit Mas Melawati
·    Taman Bukit Mewah
·    Taman Bukit Mulia
·    Taman Bukit Utama
·    Taman Bunga Raya
·    Taman Cahaya Indah
·    Taman Cemerlang
·    Taman Danau Kota
·    Taman DAR
·    Taman Desa Setapak
·    Taman Fadason
·    Taman Faizura Ampang
·    Taman Gombak Jaya
·    Taman Grandview Ampang Jaya
·    Taman Halaman/KESUMA
·    Taman Harmonis
·    Taman Hijau
·    Taman Hillview
·    Taman Ibukota
·    Taman Kamariah
·    Taman Kelab Ukay
·    Taman Kemensah Indah
·    Taman Kepong
·    Taman KOSAS
·    Taman Melati
·    Taman P. Ramlee

Wilayah Klang/Shah Alam

·    Bandar Putera
·    Batu 3 Shah Alam
·    Batu 8 Bukit Kemuning
·    Bukit Naga
·    Bukit Jelutong
·    Jlan Harum Estate
·    Jalan Hulubalang
·    Jalan Kebun
·    Jalan Kebun Nanas
·    Jalan Sellathevan
·    Kampung Baru HICOM
·    Kampung Kebun Bunga
·    Kampung Lombong
·    Kota Kemuning
·    Lorong Seri Gambut
·    Puncak Perdana
·    Putra Height
·    Seksyen 1-3, Shah Alam,
·    Seksyen 7-9, Shah Alam
·    Seksyen 11-13, Shah Alam
·    Seksyen 16, Shah Alam
·    Seksyen 22, Shah Alam
·    Seksyen 25 (Axis), Shah Alam
·    Seksyen 26-28, Shah Alam
·    Seksyen 32,33, Shah Alam
·    Taman Alam Impian, Seksyen 35, Shah Alam
·    Bukit Rimau
·    Berjaya Park
·    Johan Setia
·    Sri Lembayung
·    Subang Mas
·    Taman Alam Nyata
·    Taman AMJ
·    Taman Cahaya SPK
·    Taman D’Kayangan
·    Taman Desa Kemuning
·    Taman Desa Latania
·    Taman Kandis Permai
·    Taman Samarinda
·    Taman Sentosa
·    Taman Sunway Suria
·    Taman Subang Impian

Wilayah Petaling

·    Seluruh USJ Subang

Wilayah Kuala Lumpur

·    Flat DBKL Dato Keramat
·    Jalan Padang Tembak
·    Jalan Semarak
·    Jalan Gurney
·    Kementah
·    Pulapol
·    Wisma Tanah
·    JUPEM
·    Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
·    FELDA
·    Pusat Latihan Telekom
·    Jalan U-Thant
·    Jalan Ampang Hilir
·    Taman Pandan Jaya
·    Taman Cempaka
·    Taman Bakti
·    Taman Nirwana
·    Kampung Pandan Dalam
·    Taman Cahaya
·    Pandan Cahaya
·    Taman Dagang
·    Taman Shamelin Perkasa
·    MINDEF
·    Taman Tenaga
·    Taman Miharja
·    Taman Kobena
·    Desa Pandan
·    Flat Sri Melaka
·    Jalan Kent 1 hingga 7
·    Taman Putra Sulaiman
·    Taman Pandan Utama
·    Bandar Sri Permaisuri
    
Senarai bagi wilayah Hulu Langat tidak disertakan dan juga beberapa kawasan lain yang turut terjejas. - Bernama

Wednesday, June 25, 2014

Mug buatan China dari tulang babi

Mug buatan China dari tulang babi

Perkongsian dari group whatapps.

Assalamualaikum... 

Cube check gelas atau mug yg digunakn dlm seharian kita.. check bahagian bawah gelas atau mug...
pastikn bkan jenama fine yiyun bone china.. klau gelas yg anda gune skrg ni..

brjenama fine yiyun bone china.. sila Istirgfar banyak2.. dan buang dgn segera gelas tu.. sbb gelas tu diperbuat drpd tulang babi..

Astargfirullahhalazimm..ramai yg xprasan prkara ni.. di harap smue lebih berhati hati selepas ni yee..
Jika benar apa yang aku terima ini mohon semua berhati-hati dan sebarkan kepada semua umat Islam.

Tuesday, June 24, 2014

Semak Status Halal Makanan Secara Online

Semak Status Halal Makanan Secara Online

Pihak JAKIM telah memperbaharui Portal Halal dengan beberapa penambahbaikan dan dikatakan ianya lebih mesra pengguna daripada portal yang sebelum ini.

Portal Rasmi Halal Malaysia ini diwujudkan bagi memudahkan pengguna mendapatkan apa sahaja maklumat berkaitan halal.

Portal ini juga memudahkan pengguna untuk memeriksa status halal sesuatu produk yang terdapat di negara kita.

Untuk maklumat lanjut sila layari link yang dikongsikan ini :

Terkini!! Berat Badan Firdaus Remaja OKU Naik 2 KG


Terkini!! Berat Badan Firdaus Remaja OKU Naik 2 KG

Seremban: Selepas empat hari dirawat di Wad Kanak Kanak Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS), remaja kelainan upaya (OKU), Muhammad Firdaus Dullah, 15, yang ditemui kebuluran di rumahnya di Taman Semarak, Nilai, dekat sini mengalami peningkatan berat badan sebanyak dua kilogram.

Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim yang melawat remaja itu sebentar tadi berkata, ketika Muhammad Firdaus ditemui pada Sabtu lalu, berat badannya hanya 15 kilogram dan kini meningkat menjadi 17 kilogram.

Katanya, ia berikutan pihak HTJS memberikan penjagaan perubatan terbaik buatnya, makanan seimbang, penjagaan kulit dan badan yang mana ia menunjukkan perubahan positif buat Muhammad Firdaus.

Katanya, ketika awal dimasukkan ke HTJS, remaja itu tidak mampu duduk di atas katil dan kini mampu melakukannya malah sudah berinteraksi bersama orang ramai yang menziarahinya.

"Kita gembira dengan perubahan dialami Muhammad Firdaus dan memerlukan sebulan untuk memastikan penjagaan kesihatan dan berat badan remaja ini bertambah baik," katanya yang ditemui dalam sidang media di HTJS, di sini, sebentar tadi. -Metro-

Semakan Online Status Terkini Jerebu dan Indeks Pencemaran Udara

Semakan Online Status Terkini Jerebu dan Indeks Pencemaran Udara

Port Dickson, Banting catat IPU tidak sihat setakat 8 pagi 24/06/2014 10:52am. 

KUALA LUMPUR - Dua kawasan iaitu Port Dickson dan Banting merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat, setakat 8 pagi hari ini.Menurut laman portal Indeks Pencemaran Udara (IPU) Jabatan Alam Sekitar (JAS)

Untuk menyemak status terkini indeks pencemaran udara di bandar-bandar utama seluruh Malaysia anda hanya perlu layari link yang di sediakan.


Facebook Imashima Lola Ibu Budak OKU Firdaus Digodam

Facebook Imashima Lola Ibu Budak OKU Firdaus Digodam

Minggu ini memang rakyat Malaysia digemparkan dengan penemuan yang tidak disangka-sangka oleh pegawai imigresen di sebuah rumah di Nilai.

Di mana seorang budak OKU dijumpai dalam keadaaan terkurung dalam sebuah bilik dan berkeadaan kotor.

Oleh itu, ibu kepada budak terbabit telah pun mengeluarkan kenyataan pada media dan juga pihak berkuasa.

Dikhabarkan FB milik ibu kepada Firdaus telah digodam oleh salah satu crew hebat dari negara kita.

Video Lagu Erti Al-Fatihah



Jom kita tolong popularkan lagu nie... kerana liriknya adalah terjemahan surah alfatihah...sekurangnya anak anak akan terbiasa nyanyi lagu ni dr dok nyanyi lagu pop rock.

Biasa kan untuk perdengarkan kepada anak-anak kita setiap hari.

Supaya telinga mereka dapat mendengar benda yang bermanfaat setiap hari.

Lagu dari Voice Of Ummi. Share sebanyak mungkin ya..

video


 

Kisah benar Puan Lola & Adik OKU : Muhammad Firdaus Dullah

Kisah benar Puan Lola & Adik OKU : Muhammad Firdaus Dullah

Bismillah.

Alhamdulillah, petang tadi saya dan isteri, Siti Salwa diberi keizinan Allah untuk melawat adik Muhammad Firdaus Dullah di Hospital Tuaku Jaafar, Seremban..

Pertamanya, saya mohon maaf jika post ini panjang, harap anda dapat bersabar dan baca kerana intipatinya adalah penting dan harap dapat di"share" kepada sesiapapun yang anda jumpa diluar mahupun Facebook friends list anda..

Adik OKU ini terkenal akibat berita yang tersebar luas konnonnya dia "dikurung" oleh ibunya dirumah sehingga kurus kering. Dan akibat fitnah yang berleluasa tentang betapa "zalim"nya si ibu itu, saya rasa bertanggungjawab untuk menceritakan hal sebenar kepada kalian semua agar kalian dapat membetulkan semula persepsi anda dan tidak termakan fitnah yang telah anda baca baik daripada akhbar, TV mahupun post di Facebook....

Dan sepertimana post saya yang terdahulu, para keyboard warrior dan generasi "mohon share" bertungkus lumus untuk memaki dan menghina ibunya atas "perbuatan" tidak berhati perut oleh ibu adik Firdaus, Puan Lola.

Facebook ibu adik Firdaus dijejaki dan digelar iblis, syaitan, kejam dan sebagainya..sedarlah wahai rakan sekalian, ini tidak lain hanyalah fitnah yang amat tidak bertanggungjawab para pemberita, generasi "mohon share" dan keyboard warrior terhadap ibunya...

~~~~~

Ketika berada di Wad, saya turut berpeluang untuk bercakap dengan Kak Nor ( Dalam gambar, yang sedang memeluk Firdaus ) yang merupakan jiran,bekas penjaga adik Firdaus, dan juga sahabat baik Puan Lola. Menurut Kak Nor, Puan Lola amat menyayangi Firdaus walhal tidak pernah sekalipun dimarah apatah lagi dijentiknya Firdaus...Walhal, keprihalan Firdaus diketahui oleh jiran sekeliling Flat tempat tinggal mereka kerana semasa Kak Nor masih lagi menjaga Firdaus, dia selalu dibawa main bersama kanak-kanak lain di perumahan tersebut...Dan Kak Nor telah menjaga Firdaus sejak dia berumur 4 tahun lagi. Namun begitu, akibat urusan yang tidak dapat dielakkan Kak Nor berpindah ke Gemencheh..

Akibat ini, tiada lagi siapa yang sanggup menjaga dan membela Firdaus semasa ketiadaan Puan Lola ke tempat kerja.

Dan disinilah bermula kisah dimana Puan Lola terpaksa meninggalkan Firdaus berseorangan dirumah akibat terpaksa bekerja menampung belanja keluarga. Dia bekerja di KLIA dan gajinya hanyalah sedikit yang amat sangat. Anak kedua Puan Lola yang berumur 6 tahun ( Turut berada di hospital dalam wad yang sama kerana Puan Lola ditahan ) menpunyai kondisi "Hyperactive". Puan Lola juga diberikan ujian kesihatan dan beliau sendiri sakit..Masya Allah besar ujian keluarga ini.

Puan Lola menanggung perbelanjaan sewa rumah, perbelanjaan motor perubatan, menghantar wang kepada ibu bapanya di Sabah dan macam2 lagi dan akibat kepayahan ini, mereka hidup sekangkang kera sebagai mana anda boleh lihat dalam rumahnya yang kosong. Untuk menambah pendapatan, Puan Lola mencari dan menjual tin kosong dan juga kotak-kotak... Masya Allah.

Dan jika kita persoalkan mengapa hanya diberi pakaian reput kepada Firdaus, "mak dia tak mampu ke nak beli baju RM5 sekalipun ?" Jawapannya senang, ya mereka teramat miskin hingga hendak beli baju baru pun tidak mampu.

~~~~~

Untuk menguatkan lagi pendapat kami terhadap Puan Lola, kebetulan datang dalam wad tadi bersama saya adalah seorang lelaki yang merupakan ahli NGO kawasan perumahan Puan Lola sekeluarga. Beliau pernah bekerja denga Puan Lola selama 6 tahun di KLIA dan beliau turut mengatakan bahawa apa yang masyarakat perkatakan terhadap Puan Lola adalah salah sama sekali. Beliau seorang yang lemah lembut, rajin dan selalu kerja "overtime" untuk mencari duit lebih bagi menampung keluarga.

Situasi kini adalah Kak Nor menjaga Firdaus dan adiknya di Wad kanak-kanak tersebut jika berkesempatan dan beliau tanpa meminta sesen pun berulang alik dari Gemencheh ke Seremban untuk menjaga adik


Firdaus. Sepanjang saya di Wad tadi, adik Firdaus kerap kali memanggil "Mak..." "Makk..." sambil memeluk Kak Nor yang masih lagi diingatinya. Kembalikanlah Puan Lola kepada Firdaus yang mana beliau kini ditahan untuk direkodkan keterangan.... Moga Allah pertemukan mereka semula dengan secepat mungkin, insya Allah.

~~~~~

Sehubungan itu kami semua yang hadir petang tadi dalam Wad itu sepakat bersama ingin membetulkan persepsi yang salah yang digambarkan oleh media massa, generasi "mohon share" dan juga keyboard warrior terhadap keluarga Puan Lola.Moga Allah dapat permudahkan urusan mereka dan kita semua, insya Allah.

Tidak percaya dengan apa saya tulis nih ? Pergi lawat sendiri adik Firdaus di Wad Kanak-Kanak Hospital Seremban. Tiada satu pun calar atau parut dera pada adik Firdaus, yang ada hanyalah kesan kasih sayang ibu yang bersusah payah menjaga si adik meskipun ibunya sakit dan tidak mampu...


###########


Kesimpulan yang boleh dibuat adalah :


1 ) Kita seharusnya malu dan harus rasa bersalah terhadap Puan Lola atas Fitnah dan tohmahan yang disebarkan. Mohon maaf kepada ibu adik Firdaus jika berkesempatan. Kita harus ingat, jika orang kutuk mak kita kita mesti akan marah bukan main lagi dan akan membalas perbuatan terkutuk tu betul tak ? Bayangkan anda telah mencaci ibu kepada adik Firdaus yang OKU yang tidak mampu untuk marah atau membalas perbuatan anda terhadap ibunya.. Anda patut malu dengan diri anda dan segeralah bertaubat.


2 ) Kita tidak boleh menuduh melulu tanpa membuat siasatan terperinci terhadap sesuatu perkara. Silap langkah maka ianya menjadi Fitnah. Ingatlah Fitnah itu dosanya lebih besar dari membunuh.


Mampukah anda tanggung dosa itu diakhirat kelak ? Wallahualam.


3 ) Tanamkan sikap membantu kepada orang yang susah, jangan tunggu NGO ataupun orang datang kutip derma baru nak tolong. Cari dan berkawanlah dengan orang yang miskin dan susah. RM1 bagi anda mungkin sedikit, namun bagi mereka ianya tidak ternilai... Besedekahlah sentiasa, meskipun harta didunia kurang, harta dan pahal diakhirat berkali ganda Allah akan balas.

4 ) Apa kata kita buat satu derma kilat, kumpul duit untuk rawatan dan belanja Puan Lola, Adik Firdaus dan adiknya yang berusia 6 tahun tu. Kalau rumah anda ada kipas, kerusi ataupun meja baju lebih ke, kumpul dan derma kepada mereka...Kan lagi bagus macam tu. Marilah besedekah kerana semua ini amalan yang digalakkan agama Tak rugi pun kita, lagi untung ada

5 ) Tolong share post ini. Ada pepatah mengatakan "Lying is bad, but hiding the truth is even worse". Sebagai seorang yang bertanggungjawab, kongsikan post ini kepada semua supaya kebenaran diketahui umum. Insya Allah hanya Allah dapat membalas jasa anda.

Walahualam.
Sekian,
Muhammad Kamal Zawari @ Asamkipas

Kredit : Kamal Zawari Ghazali Asamkipas [FB]


Entry di atas adalah entry copy paste. Harap maklum

p/s : di petik dari blog tudiaq.blogspot.com dan rata-rata yang komen pada entry tersebut tidak bersetuju dengan Muhamammad Kamal Zawari. Walau apa pun semua yang terjadi pasti ada hikmahnya. Kita doakan yang terbaik untuk keluarga dan adik tersebut.


Van Putih Thailand Culik & Jual Organ Berita Palsu - PDRM

Van Putih Thailand Culik & Jual Organ Berita Palsu - PDRM

SABAK BERNAM – Polis akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang didapati menyebarkan maklumat palsu berhubung khabar angin terdapat van putih menggunakan nombor pendaftaran kenderaan negara jiran berkeliaran dan menculik kanak-kanak sebagai mangsa organ.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Mohd berkata, pihak yang didapati masih meneruskan penyebaran berita palsu itu menerusi laman sosial akan dikenakan tindakan undang-undang di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Menurutnya, seseorang yang menggunakan internet atau telefon untuk menyebar berita palsu boleh dikenakan tindakan mengikut seksyen 233(1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang memperuntukkan hukuman denda RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

“Polis memberi amaran keras kepada mana-mana pihak supaya tidak lagi menyebarkan berita palsu yang bertujuan menakut-nakutkan orang awam terutama pelajar sekolah tentang sindiket menculik dan menjual organ menggunakan van berwarna putih,” katanya kepada Sinar Harian.

Noor Mushar berkata, penyebaran maklumat menerusi Facebook (FB), WhatsApp dan Sistem Pesanan Ringkas (SMS) itu dipercayai menular sejak seminggu lalu hingga mendatangkan kegusaran kepada masyarakat setempat.

“Sehingga kini polis masih tidak menerima apa-apa laporan daripada orang awam berhubung perkara ini dan hasil siasatan kita juga mendapati tiada sebarang kes dilaporkan berlaku di daerah ini,” katanya.

Beliau berkata, beberapa individu turut dipanggil bagi membantu siasatan berhubung penyebaran maklumat palsu itu ekoran terdapat dakwaan kononnya mereka terserempak dengan van terbabit.

“Hasil siasatan polis juga mendapati gambar pada van terbabit telah disunting pihak tidak bertanggungjawab yang bertujuan menakut-nakutkan orang awam terutama pelajar sekolah,” katanya.

Menurutnya, orang awam diminta merujuk terlebih dahulu kepada polis sebelum menyebarkan sesuatu perkara itu bagi mengesahkan maklumat yang diterima itu benar atau sebaliknya kerana ia memberi kesan kepada masyarakat.

“Jangan bertindak sendiri dan orang awam yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi Bilik Gerakan IPD Sabak Bernam (0332242222) atau melalui Bahagian Hal Ehwal Awam IPD Sabak Bernam, Asisten Superintendan, Iek Ren Chong (0192825748),” katanya.-Sinar Harian-

Monday, June 23, 2014

Panas!! Inilah Artis Yang Tidak Suka Pakai Seluar Dalam

 

Panas!! Inilah Artis Yang Tidak Suka Pakai Seluar Dalam

Kendall Jenner aku pun tak perasan celebriti yang mana satu.Nak tahu baca Wikipedia ni

Tetapi beliau telah mengejutkan dunia dengan penampilan beliau di salah satu acara "red carpet" sempena dengan MuchMuch Video Awards di Toronto, Canada.

Beliau mengenakan dress labuh tetapi terbelah di kiri dan kanan sehingga menampakkan kawasan yang sepatutnya ditutup dan beliau tidak memakai seluar dalam.

Beliau juga ada menyatakan yang beliau pada peringkat umur ini tidak memerlukan lagi pakaian dalam.


Berita Lanjut : SINI

Pelajar Perempuan Video "Pailang" Mengaku Bersalah

Pelajar Perempuan Video "Pailang" Mengaku Bersalah

KOTA SAMARAHAN – Tiga pelajar perempuan berusia 16 tahun yang terbabit dalam video ‘budak pailang’ mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kota Samarahan di sini, atas tuduhan melakukan ugutan jenayah dan mendatangkan kecederaan kepada seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun di Sekolah Menengah Kebangsaan Hajah Laila Taib April lalu.

Pelajar terbabit mengaku bersalah di depan Majistret Zulhairil Sulaiman dan hukuman akan ditetapkan 11 Julai ini selepas meneliti laporan akhlak tertuduh.

Seorang tertuduh dikenakan dua pertuduhan mencederakan dan melakukan ugutan jenayah, manakala dua yang lain dituduh atas kesalahan menyebabkan kecederaan kepada mangsa.

Tertuduh yang hadir ditemani ibu bapa masing-masing dibebaskan dengan jaminan RM5,000 setiap seorang dan dikehendaki melaporkan diri di balai polis setiap minggu.

Pendakwaan dibacakan Timbalan Pendakwaraya Nur Nisla Abd Latif manakala tertiduh tidak diwakili peguam.

Video tertuduh membelasah mangsa dimuatnaik di Youtube dan menjadi viral di laman sosial. - Harian Metro

Live Streaming Semua Perlawanan Piala Dunia 2014

Live Streaming Semua Perlawanan Piala Dunia 2014

Admin kongsikan link untuk anda semua menyaksikan perlawanan Piala Dunia 2014 Brazil secara live dalam talian.

Jika terdapat sebarang masalah teknikal itu di luar kuasa kami.

Kami hanya mengongsikan link yang membolehkan kita semua menonton semua perlawanan Piala Dunia 2014 secara live streaming.

Untuk Menonton Klik

SINI

atau

SINI

Kongsikan

Gempar!!!! Alasan Ibu Firdaus Kenapa Dia Dikurung Hingga Kurus Kering


Gempar!!!! Alasan Ibu Firdaus Kenapa Dia Dikurung Hingga Kurus Kering

Memetik laporan sebuah akhbar tempatan berikut adalah Alasan Ibu Firdaus Kenapa Dia Dikurung Hingga Kurus Kering.

“Saya sayangkan anak saya tetapi saya perlu bekerja dan menyara kehidupan dia, saya dan seorang lagi anak lelaki berusia tujuh tahun,” kata ibu remaja orang kelainan upaya (OKU) yang ditemui dalam keadaan menyayat hati oleh Jabatan Imigresen Negeri Sembilan dalam sebuah bilik di Flat Semarak, Taman Semarak Fasa 2 di Nilai, semalam.

“Apabila orang lihat keadaan dia, semua orang salahkan saya, tetapi adakah mereka mahu menjaganya sepanjang ketiadaan saya di rumah. Tiada siapa yang sanggup menjaganya kerana dia cacat,” katanya sedih ketika tampil di pejabat The New Straits Times Press (M) Berhad, di sini, semalam.

Dia yang berasal dari Sabah berkata, Muhammad Firdaus adalah anak sulung hasil perkongsian hidup dengan bekas suaminya berusia 53 tahun dan berpisah sejak 14 tahun lalu sebelum berkahwin lain pada 2004 dan dikurniakan seorang lagi anak lelaki berusia tujuh tahun.


Promosi Beli 1 Percuma 1

Menurutnya, sejak berpisah dengan bekas suami yang berasal dari Tawau, Sabah, dia tidak lagi berhubung dan tidak tahu di mana bekas suaminya itu tinggal dan bekerja.

“Saya tidak pernah mendaftar anak saya dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kerana tidak tahu caranya dan terpaksa meninggalkannya sendirian kerana bekerja mencari wang,” katanya.
Apabila ditanya mengenai nasib anaknya selepas ini, Lola berkata, dia sudah membuat keputusan untuk menyerahkan anaknya itu kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Bukan saya tidak sayangkan dia, sebab saya sayangkan dia saya membuat keputusan itu. Saya fikir apa akan jadi pada Muhammad Firdaus jika saya mati nanti. Ajal maut di tangan Allah SWT, saya tidak tahu jadi saya perlu bersedia,” katanya.


p/s : sebagai ibu bapa sepatutnya walaupun apa pun yang terjadi tanggungjawab menjaga anak adalah no 1

Video Remaja OKU Di Kurung Hingga Kurus Kering

Video Remaja OKU Di Kurung Hingga Kurus Kering

Tiada kata yang dapat diucapkan selain mengucap panjang dan beristigfar apabila melihat Video Remaja OKU Di Kurung Hingga Kurus Kering di kaca tv semasa berita baru-baru ini.

Di manakah letaknya nilai kemanusian sehingga sanggup memperlakukan seorang anak yang kurang upaya sebegitu rupa.

Dikurung di sebuah bilik dan biarkan bergelumang dengan najis nya sendiri. Apalah yang dia tahu dengan keadaan nya yang sebegitu.

Jadi di sini aku kongsikan Video Remaja OKU Di Kurung Hingga Kurus Kering untuk kita sama-sama muhasabah diri kita.


Profil Imashima Lola

Profil Imashima Lola

Berdasarkan dari laman FB beliau berikut adalah serba sedikit latar belakang atau Profil Imashima Lola. Jika anda tidak kenal wanita ini merupakan ibu kepada kanak-kanak OKU yang tidak diberi makan dan jagaan dan dikurung di rumahnya di Nilai Negeri Sembilan.

Nama : Imashima Lola
Pekerjaan : Catering Staff
Asal : Sabah
Status : Berkahwin

Apa yang menjadi persoalan seluruh rakyat Malaysia kenapakah adik Firdaus dilayan begitu sekali. Jawapan ibu ini juga tidak boleh diterima oleh rakyat Malaysia kerana si ibu ini boleh pulak mengenakan pakaian yang cantik, bermekap dan berkereta.

Semoga apa yang terjadi akan mengubah apa yang terjadi kepada adik Firdaus.

Thursday, June 19, 2014

Jurugambar Utusan DiBelasah Di Kelantan

Jurugambar Utusan DiBelasah Di Kelantan

KOTA BHARU 18 Jun - Ditumbuk bertalu-talu sebelum dipijak di kepala. Itu pengalaman pahit yang dilalui seorang jurugambar Utusan Malaysia ketika sedang membuat tugasan di pekarangan Mahkamah Tinggi, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi, jurugambar tersebut, Irwan Majid, 31, cedera di kepala dan tangan kiri selepas dibelasah dua lelaki dipercayai ahli keluarga seorang wanita yang dijatuhi hukuman gantung sampai mati kerana mengedar dadah jenis heroin.

Salah seorang suspek dikatakan suami kepada wanita terbabit.

Menceritakan detik-detik cemas itu, Irwan berkata, kejadian berlaku ketika dia serta dua lagi rakan pemberita sedang merakam gambar tertuduh yang diiringi keluar dari mahkamah.

"Semasa saya berada di hadapan tertuduh, seorang lelaki meluru dan terus menumbuk saya berkali-kali sehingga saya terjatuh. Dia juga cuba menarik kamera yang saya sandang di bahu.

"Saya melawan dan kami bergelut seketika sebelum seorang lagi lelaki turut menyerang dan bertindak memijak kepala saya," katanya.

Beberapa anggota polis yang melihat insiden tersebut segera meleraikan pergaduhan manakala Irwan sempat menangkap suspek yang bergelut dengannya dengan cara memaut leher lelaki berkenaan.

Bagaimanapun, seorang lagi lelaki yang memijak kepalanya berjaya melarikan diri. Selain itu, kamera mangsa turut pecah selepas terjatuh ketika dia dibelasah dua suspek berkenaan. Irwan kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Kota Bharu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azham Othman ketika mengesahkan kejadian tersebut memberitahu, suspek ber-usia 46 tahun yang ditangkap akan direman untuk membantu siasatan.

"Seorang lagi suspek telah dikenal pasti dan usaha untuk menahannya sedang dijalankan.

"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 506 serta Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana kerana ugutan jenayah dan bencana kepada harta benda," katanya.-Utusan Online-

Isu Bikini Maria Farida Peminat Dikatakan Berfikiran Kotor

Isu Bikini Maria Farida Peminat Dikatakan Berfikiran Kotor

Maria Farida menyifatkan pengikut-pengikut yang memberi komen berbau lucah menerusi foto bikini yang dimuat naik menerusi Instagram miliknya adalah mereka yang berfikiran kotor.

Maria, 44, berkata, foto tersebut tidak patut dijadikan isu kerana ia hanyalah beberapa bikini yang diletakkan di atas katil dan bukannya menunjukkan dia memakai pakaian tersebut.

    “Ia hanyalah sejenis pakaian mandi yang diletakkan di atas katil. Mereka (pengikut) melenting dan kecoh seolah-olah saya memakai bikini tersebut dan memuat naik gambar saya ke Instagram.

    “Takkan mereka tak pernah melihat bikini sebelum ini? Dan saya tidak pernah suruh pun melihat foto-foto yang saya muat naik. Itu hanyalah pemikiran kotor mereka terhadap baju itu. Apa yang mereka cakap semua tidak masuk akal,” katanya kepada.
 

Pada Sabtu lalu, Maria telah memuat naik foto beberapa bikini dengan kapsyen ‘Can’t decide on which one… hmm‘ (Tak boleh putuskan yang mana satu… hmm).

Foto tersebut telah menimbulkan kekecohan daripada kalangan pengikutnya terutama golongan lelaki yang memberikan komen-komen lucah kepada aktres itu.

Tambah pelakon yang popular dengan filem Datin Ghairah itu, dia turut mendapat kritikan seolah-olah tidak berpegang pada agama Islam dengan menunjukkan foto tersebut.

    “Bayangkan ada yang siap mengutuk dan pada masa sama memberi ceramah agama sedangkan apa yang mereka buat dengan mengutuk orang  sudah menunjukkan ia salah di sisi agama Islam.

    “Entahlah, bagi saya ia hanyalah perkara kecil sahaja dan rasa kelakar pula apabila ramai yang mengambil serius dengan foto tersebut.

    “Saya tertanya-tanya adakah pengikut-pengikut lelaki yang memberi komen ini akan menutup mata mereka apabila melalui kedai-kedai pakaian dalam di pusat beli belah?” soalnya.

Dalam pada itu kata Maria lagi, memandang dia mendapat terlalu banyak komen negatif, dia telah meminta pembantu peribadinya untuk membuang komen-komen tersebut.

Maria kini sedang bercuti di Pulau Krabi, Thailand dan akan pulang ke tanah air pada hujung minggu ini.




SUMBER DARI ABGTEROR.COM:

Wednesday, June 18, 2014

Jadual Penuh Perlawanan EPL 2014/2015

Jadual Penuh Perlawanan EPL 2014/2015

16 August 2014

Arsenal v Crystal Palace
Burnley v Chelsea
Leicester City v Everton
Liverpool v Southampton
Manchester United v Swansea City
Newcastle United v Manchester City
Queens Park Rangers v Hull City
Stoke City v Aston Villa
West Bromwich Albion v Sunderland
West Ham United v Tottenham Hotspur

23 August 2014

Aston Villa v Newcastle United
Chelsea v Leicester City
Crystal Palace v West Ham United
Everton v Arsenal
Hull City v Stoke City
Manchester City v Liverpool
Southampton v West Bromwich Albion
Sunderland v Manchester United
Swansea City v Burnley
Tottenham Hotspur v Queens Park Rangers

30 August 2014

Aston Villa v Hull City
Burnley v Manchester United
Everton v Chelsea
Leicester City v Arsenal
Manchester City v Stoke City
Newcastle United v Crystal Palace
Queens Park Rangers v Sunderland
Swansea City v West Bromwich Albion
Tottenham Hotspur v Liverpool
West Ham United v Southampton

13 September 2014

Arsenal v Manchester City
Chelsea v Swansea City
Crystal Palace v Burnley
Hull City v West Ham United
Liverpool v Aston Villa
Manchester United v Queens Park Rangers
Southampton v Newcastle United
Stoke City v Leicester City
Sunderland v Tottenham Hotspur
West Bromwich Albion v Everton

20 September 2014

Aston Villa v Arsenal
Burnley v Sunderland
Everton v Crystal Palace
Leicester City v Manchester United
Manchester City v Chelsea
Newcastle United v Hull City
Queens Park Rangers v Stoke City
Swansea City v Southampton
Tottenham Hotspur v West Bromwich Albion
West Ham United v Liverpool

27 September 2014

Arsenal v Tottenham Hotspur
Chelsea v Aston Villa
Crystal Palace v Leicester City
Hull City v Manchester City
Liverpool v Everton
Manchester United v West Ham United
Southampton v Queens Park Rangers
Stoke City v Newcastle United
Sunderland v Swansea City
West Bromwich Albion v Burnley

4 October 2014

Aston Villa v Manchester City
Chelsea v Arsenal
Hull City v Crystal Palace
Leicester City v Burnley
Liverpool v West Bromwich Albion
Manchester United v Everton
Sunderland v Stoke City
Swansea City v Newcastle United
Tottenham Hotspur v Southampton
West Ham United v Queens Park Rangers

18 October 2014

Arsenal v Hull City
Burnley v West Ham United
Crystal Palace v Chelsea
Everton v Aston Villa
Manchester City v Tottenham Hotspur
Newcastle United v Leicester City
Queens Park Rangers v Liverpool
Southampton v Sunderland
Stoke City v Swansea City
West Bromwich Albion v Manchester United

25 October 2014

Burnley v Everton
Liverpool v Hull City
Manchester United v Chelsea
Queens Park Rangers v Aston Villa
Southampton v Stoke City
Sunderland v Arsenal
Swansea City v Leicester City
Tottenham Hotspur v Newcastle United
West Bromwich Albion v Crystal Palace
West Ham United v Manchester City

1 November 2014

Arsenal v Burnley
Aston Villa v Tottenham Hotspur
Chelsea v Queens Park Rangers
Crystal Palace v Sunderland
Everton v Swansea City
Hull City v Southampton
Leicester City v West Bromwich Albion
Manchester City v Manchester United
Newcastle United v Liverpool
Stoke City v West Ham United

8 November 2014

Burnley v Hull City
Liverpool v Chelsea
Manchester United v Crystal Palace
Queens Park Rangers v Manchester City
Southampton v Leicester City
Sunderland v Everton
Swansea City v Arsenal
Tottenham Hotspur v Stoke City
West Bromwich Albion v Newcastle United
West Ham United v Aston Villa

22 November 2014

Arsenal v Manchester United
Aston Villa v Southampton
Chelsea v West Bromwich Albion
Crystal Palace v Liverpool
Everton v West Ham United
Hull City v Tottenham Hotspur
Leicester City v Sunderland
Manchester City v Swansea City
Newcastle United v Queens Park Rangers
Stoke City v Burnley

29 November 2014

Burnley v Aston Villa
Liverpool v Stoke City
Manchester United v Hull City
Queens Park Rangers v Leicester City
Southampton v Manchester City
Sunderland v Chelsea
Swansea City v Crystal Palace
Tottenham Hotspur v Everton
West Bromwich Albion v Arsenal
West Ham United v Newcastle United

2 December 2014

Arsenal v Southampton, 7.45pm
Burnley v Newcastle United, 7.45pm
Crystal Palace v Aston Villa, 8pm
Leicester City v Liverpool, 7.45pm
Manchester United v Stoke City, 7.45pm
Swansea City v Queens Park Rangers, 7.45pm
West Bromwich Albion v West Ham United, 8pm
3 December 2014

Chelsea v Tottenham Hotspur, 7.45pm
Everton v Hull City, 7.45pm
Sunderland v Manchester City, 7.45pm

6 December 2014

Aston Villa v Leicester City
Hull City v West Bromwich Albion
Liverpool v Sunderland
Manchester City v Everton
Newcastle United v Chelsea
Queens Park Rangers v Burnley
Southampton v Manchester United
Stoke City v Arsenal
Tottenham Hotspur v Crystal Palace
West Ham United v Swansea City

13 December 2014

Arsenal v Newcastle United
Burnley v Southampton
Chelsea v Hull City
Crystal Palace v Stoke City
Everton v Queens Park Rangers
Leicester City v Manchester City
Manchester United v Liverpool
Sunderland v West Ham United
Swansea City v Tottenham Hotspur
West Bromwich Albion v Aston Villa

20 December 2014

Aston Villa v Manchester United
Hull City v Swansea City
Liverpool v Arsenal
Manchester City v Crystal Palace
Newcastle United v Sunderland
Queens Park Rangers v West Bromwich Albion
Southampton v Everton
Stoke City v Chelsea
Tottenham Hotspur v Burnley
West Ham United v Leicester City

26 December 2014

Arsenal v Queens Park Rangers
Burnley v Liverpool
Chelsea v West Ham United
Crystal Palace v Southampton
Everton v Stoke City
Leicester City v Tottenham Hotspur
Manchester United v Newcastle United
Sunderland v Hull City
Swansea City v Aston Villa
West Bromwich Albion v Manchester City

28 December 2014

Aston Villa v Sunderland
Hull City v Leicester City
Liverpool v Swansea City
Manchester City v Burnley
Newcastle United v Everton
Queens Park Rangers v Crystal Palace
Southampton v Chelsea
Stoke City v West Bromwich Albion
Tottenham Hotspur v Manchester United
West Ham United v Arsenal

1 January 2015

Aston Villa v Crystal Palace
Hull City v Everton
Liverpool v Leicester City
Manchester City v Sunderland
Newcastle United v Burnley
Queens Park Rangers v Swansea City
Southampton v Arsenal
Stoke City v Manchester United
Tottenham Hotspur v Chelsea
West Ham United v West Bromwich Albion

10 January 2015

Arsenal v Stoke City
Burnley v Queens Park Rangers
Chelsea v Newcastle United
Crystal Palace v Tottenham Hotspur
Everton v Manchester City
Leicester City v Aston Villa
Manchester United v Southampton
Sunderland v Liverpool
Swansea City v West Ham United
West Bromwich Albion v Hull City

17 January 2015

Aston Villa v Liverpool
Burnley v Crystal Palace
Everton v West Bromwich Albion
Leicester City v Stoke City
Manchester City v Arsenal
Newcastle United v Southampton
Queens Park Rangers v Manchester United
Swansea City v Chelsea
Tottenham Hotspur v Sunderland
West Ham United v Hull City

31 January 2015

Arsenal v Aston Villa
Chelsea v Manchester City
Crystal Palace v Everton
Hull City v Newcastle United
Liverpool v West Ham United
Manchester United v Leicester City
Southampton v Swansea City
Stoke City v Queens Park Rangers
Sunderland v Burnley
West Bromwich Albion v Tottenham Hotspur

7 February 2015

Aston Villa v Chelsea
Burnley v West Bromwich Albion
Everton v Liverpool
Leicester City v Crystal Palace
Manchester City v Hull City
Newcastle United v Stoke City
Queens Park Rangers v Southampton
Swansea City v Sunderland
Tottenham Hotspur v Arsenal
West Ham United v Manchester United

10 February 2015

Arsenal v Leicester City, 7.45pm
Crystal Palace v Newcastle United, 8pm
Hull City v Aston Villa, 7.45pm
Liverpool v Tottenham Hotspur, 8pm
Manchester United v Burnley, 7.45pm
Southampton v West Ham United, 7.45pm
West Bromwich Albion v Swansea City, 8pm

11 February 2015

Chelsea v Everton, 7.45pm
Stoke City v Manchester City, 7.45pm
Sunderland v Queens Park Rangers, 7.45pm

21 February 2015

Aston Villa v Stoke City
Chelsea v Burnley
Crystal Palace v Arsenal
Everton v Leicester City
Hull City v Queens Park Rangers
Manchester City v Newcastle United
Southampton v Liverpool
Sunderland v West Bromwich Albion
Swansea City v Manchester United
Tottenham Hotspur v West Ham United

28 February 2015

Arsenal v Everton
Burnley v Swansea City
Leicester City v Chelsea
Liverpool v Manchester City
Manchester United v Sunderland
Newcastle United v Aston Villa
Queens Park Rangers v Tottenham Hotspur
Stoke City v Hull City
West Bromwich Albion v Southampton
West Ham United v Crystal Palace

3 March 2015

Aston Villa v West Bromwich Albion, 7.45pm
Hull City v Sunderland, 7.45pm
Liverpool v Burnley, 8pm
Queens Park Rangers v Arsenal, 7.45pm
Southampton v Crystal Palace, 7.45pm
West Ham United v Chelsea, 7.45pm
4 March 2015

Manchester City v Leicester City, 7.45pm
Newcastle United v Manchester United, 7.45pm
Stoke City v Everton, 7.45pm
Tottenham Hotspur v Swansea City, 7.45pm

14 March 2015

Arsenal v West Ham United
Burnley v Manchester City
Chelsea v Southampton
Crystal Palace v Queens Park Rangers
Everton v Newcastle United
Leicester City v Hull City
Manchester United v Tottenham Hotspur
Sunderland v Aston Villa
Swansea City v Liverpool
West Bromwich Albion v Stoke City

21 March 2015

Aston Villa v Swansea City
Hull City v Chelsea
Liverpool v Manchester United
Manchester City v West Bromwich Albion
Newcastle United v Arsenal
Queens Park Rangers v Everton
Southampton v Burnley
Stoke City v Crystal Palace
Tottenham Hotspur v Leicester City
West Ham United v Sunderland

4 April 2015

Arsenal v Liverpool
Burnley v Tottenham Hotspur
Chelsea v Stoke City
Crystal Palace v Manchester City
Everton v Southampton
Leicester City v West Ham United
Manchester United v Aston Villa
Sunderland v Newcastle United
Swansea City v Hull City
West Bromwich Albion v Queens Park Rangers

11 April 2015

Burnley v Arsenal
Liverpool v Newcastle United
Manchester United v Manchester City
Queens Park Rangers v Chelsea
Southampton v Hull City
Sunderland v Crystal Palace
Swansea City v Everton
Tottenham Hotspur v Aston Villa
West Bromwich Albion v Leicester City
West Ham United v Stoke City

18 April 2015

Arsenal v Sunderland
Aston Villa v Queens Park Rangers
Chelsea v Manchester United
Crystal Palace v West Bromwich Albion
Everton v Burnley
Hull City v Liverpool
Leicester City v Swansea City
Manchester City v West Ham United
Newcastle United v Tottenham Hotspur
Stoke City v Southampton

25 April 2015

Arsenal v Chelsea
Burnley v Leicester City
Crystal Palace v Hull City
Everton v Manchester United
Manchester City v Aston Villa
Newcastle United v Swansea City
Queens Park Rangers v West Ham United
Southampton v Tottenham Hotspur
Stoke City v Sunderland
West Bromwich Albion v Liverpool

2 May 2015

Aston Villa v Everton
Chelsea v Crystal Palace
Hull City v Arsenal
Leicester City v Newcastle United
Liverpool v Queens Park Rangers
Manchester United v West Bromwich Albion
Sunderland v Southampton
Swansea City v Stoke City
Tottenham Hotspur v Manchester City
West Ham United v Burnley

9 May 2015

Arsenal v Swansea City
Aston Villa v West Ham United
Chelsea v Liverpool
Crystal Palace v Manchester United
Everton v Sunderland
Hull City v Burnley
Leicester City v Southampton
Manchester City v Queens Park Rangers
Newcastle United v West Bromwich Albion
Stoke City v Tottenham Hotspur

16 May 2015

Burnley v Stoke City
Liverpool v Crystal Palace
Manchester United v Arsenal
Queens Park Rangers v Newcastle United
Southampton v Aston Villa
Sunderland v Leicester City
Swansea City v Manchester City
Tottenham Hotspur v Hull City
West Bromwich Albion v Chelsea
West Ham United v Everton

24 May 2015

Arsenal v West Bromwich Albion
Aston Villa v Burnley
Chelsea v Sunderland
Crystal Palace v Swansea City
Everton v Tottenham Hotspur
Hull City v Manchester United
Leicester City v Queens Park Rangers
Manchester City v Southampton
Newcastle United v West Ham United
Stoke City v Liverpool

Sumber :gilabola.com