loading...

Tuesday, April 29, 2014

Video Selfie Atas Motosikal


 selfie atas padang ok



Nak kata terbaik memang terbaik tetapi dalam terbaik terbaik tu apa yang dibuat oleh brother kita ni sangat bahaya. Rasanya video selfie menggunakan monopos eh silap monopod di atas motosikal yang sedang bergerak di highway.


Jika kita dengar apa yang disampaikan beliau ingin ke Seremban.

Apa-apa pun jangan cuba di rumah nya. Sedikit kelekaan boleh mengundang kecelakaan.

Berhati-hati di jalan raya.


MH370, Bangkai Pesawat Ditemui di Teluk Bengal?



KUALA LUMPUR: Sebuah syarikat penerokaan Australia telah mendakwa telah menemui bangkai pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Syarikat GeoResonance dalam sebuah laporan oleh 7News Australia menyatakan bahawa ia melakukan pencarian sendiri pesawat tersebut sejak 10 Mac, dan telah mengesan objek yang berkemungkinan bangkai pesawat di Teluk Bengal, 5,000 kilometer dari kawasan pencarian sekarang iaitu selatan Lautan Hindi.

Menurut jurucakap GeoResonance, David Pope, pihak penyelidiknya telah mengesan elemen pada dasar lautan yang dikatakan konsisten dengan elemen pesawat.

Berita ini mungkin menguatkan cerita seorang wanita yang baru pulang dari umrah mendakwa nampak pesawat terapung satu ketika dulu ( Cerita Penuh Di Sini )

"Teknologi yang kita gunakan pada asalnya direka untuk mencari kepala peledak nuklear, kapal selam. Pasukan kami di Ukraine memutuskan kita perlu cuba dan bantu," katanya seperti yang dipetik 7News.

Pencarian syarikat berpangkalan di Adelaide itu melibatkan kawasan seluas 2,000,000 km persegi di perairan di mana P itu dikatakan terhempas, menggunakan imej dari satelit dan pesawat.

Saintis syarikat tersebut juga menumpukan usaha mereka di kawasan utara dengan menggunakan lebih 20 teknologi menganalisa data termasuk reaktor nuklear.

Kata Pope, GeoResonance telah membandingkan penemuan mereka dengan imej-imej yang diambil pada 5 Mac, iaitu tiga hari sebelum MH370 dilaporkan hilang, namum mereka tidak berjaya menjumpai apa yang telah dikesan di kawasan itu.

"Bangkai itu tiada di situ sebelum kehilangan MH370. Kami tidak kata ia sememangnya MH370, merupakan petunjuk baru boleh kami lakukan susulan," kata Pope.

Dalam pada itu, seorang lagi jurucakap syarikat, Pavel Kyrsa memberitahu bahawa beberapa unsur yang terdapat pada pesawat komersil, telah dikesan di kawasan Teluk Bengal itu.

Katanya unsur yang dikesan itu merupakan unsur kimia yang digunakan pesawat Boeing 777 seperti aluminium, titanium, tembaga, aloi keluli dan bahan-bahan lain.

Terdahulu, dalam sidang taklimat bersama media di Perth pada Isnin, Perdana Menteri Australia, Tony Abbott berkata kemungkinan penemuan serpihan pesawat di permukaan laut adalah tipis.

Kata Abbot, misi pencarian kini telah memasuki fasa baru dimana setakat ini, pencarian menerusi udara, permukaan mahupun dalam laut masih belum berhasil.

Abbott menerangkan bahawa misi pencarian baru ini akan memberi fokus kepada satu kawasan yang lebih luas di dasar laut.


Awani

Kenyataan Amin Idris Isu Fitnah Ustaz Abu Syafiq


Dipetik dari FB Amin Idris

ISU KENYATAAN FITNAH ABU SYAFIQ | Ramai yang kata kenyataan beliau 'innocent' kerana tak sebut nama. Respon saya;

1. Tak sebut nama bukanlah 'absolute defence' bagi tertuduh. Boleh rujuk Defamation Act 1957.

2. Terlalu banyak 'binding precedent' atau keputusan mahkamah terdahulu yang mendapati tertuduh bersalah walaupun tak sebut nama.

3. Saya tidak mahu ulas lanjut dan terperinci atas nasihat peguam.

4. Seperti saya sebut sebelum ini, saya adalah graduan undang-undang. I know the law. Saya bertindak atas pengetahuan, bukan tanpa haluan.

5. Abu Syafiq mempunyai kurang lebih 24 jam untuk bertindak di atas Letter of Demand yang dihantar oleh peguam semalam.

6. Terima kasih kepada semua yang menyokong. Saya tidak keseorangam. Ini perjuangan kita bersama menghadapi manusia yang selama ini tak rasa bersalah langsung memaki, mengkafir dan mewahabikan semua orang.

Terima kasih rakyat Malaysia.

Hati Seorang Pengantin



Tak kira aku nak buat jugak entry "hati seorang pengantin" dah baca entry dari otai-otai semua rasa nak buat jugak. Tq brother Denaihati, Bro Framestone dan beberapa lagi nama lain yang bagi inspirasi untuk aku terbitkan entry ini.

Pasti ramai yang dah dengar berkenaan panggilan hangit untuk cikgu izzuddin kan? itu sebablah ayat "hati seorang pengantin" memang sangat popular sekarang ini. Dengan nada ala-ala mak jemah menyebabkan baris ayat 3 perkataan tersebut menjadi popular sekelip mata.

Tapi memang benar, bakal pengantin memang akan mempunyai pelbagai perasaan menjelang tibanya tarikh akad nikah. Macam-macam yang difikirkan. Persiapan dan persediaan memang diutamakan.Macam kes cikgu izzudin gila ke apa semua dah plan baik tiba-tiba loan x approve. Bleh gelap dunia kejap ;-)

Dan lega nya mereka setelah selesai akad dan mereka sah sebagai pasangan suami isteri. Tetapi harus diingat kedua pasangan pengantin akan menghadapi cabaran baru sebagai pasangan suami isteri. Jagailah hubungan suami isteri dengan baik supaya boleh hidup bersama hingga ke akhir hayat.

Alhamdulillah aku dah pun mendirikan rumah tangga pada 2010 yang lepas. Doakan kebahagian kami sekeluarga ya.


Rayuan BRIM 2014 Dilanjutkan Sehingga 31 Mei 2014



Berita baik buat pemohon BRIM 2014 yang gagal baru-baru ini. Mungkin atas sebab yang tidak dapat dielakkan permohonan anda telah ditolak walaupun sebenarnya anda layak menerima BRIM 2014. Tempoh rayuan untuk mereka yang gagal akan dilanjutkan sehingga 31 Mei 2014.

DOWNLOAD BORANG RAYUAN BRIM 2014

•   Syarat kelayakan permohonan BR1M 2014:

Warganegara Malaysia

Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah

Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah

Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah

  •   Sila kemukakan salinan:
       (i)       MyKad bagi pemohon; dan
       (ii)      MyKad/MyPR/Pasport bagi suami / isteri (jika berkenaan)


Semakan kelayakan dengan agensi / sumber lain adalah tertakluk pada ketetapan Kementerian Kewangan Malaysia.

Penerima Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) tidak layak memohon BR1M 2014
      

TALIAN HOTLINE :
 

PERMOHONAN BR1M - 1-800-88-2716
INSURAN BR1M (i-BR1M) - 03-2716 2716

Monday, April 28, 2014

Gambar Akad Nikah Fizz Fairuz & Almy Nadia


Tahniah dan selamat pengantin baru kepada pasangan pelakon Fizz Fairuz & Almy Nadia setelah selamat diijabkabul sebagai sepasang suami isteri yang sah.

Walaupun pelbagai halangan hubungan mereka berdua tetapi jika dah jodoh tiada yang dapat menghalang untuk mereka bersatu.

Di petik dari FB Almy Nadia sendiri berikut beberapa gambar semasa majlis akad nikah mereka.

Tahniah sekali lagi.



Captain America, The Winter Soldier Pictures



Pic from Google

Captain America is an American fictional character, a superhero who appears in comic books published by Marvel Comics. The character first appeared in Captain America Comics #1 (cover-dated March 1941) from Marvel Comics' 1940s predecessor, Timely Comics, and was created by Joe Simon and Jack Kirby. As of 2007, an estimated 210 million copies of "Captain America" comic books had been sold in 75 countries. 

For nearly all of the character's publication history, Captain America has been the alter ego of Steve Rogers, a frail young man who was enhanced to the peak of human perfection by an experimental serum, in order to aid the United States government's imminent efforts in World War II. Captain America wears a costume that bears an American flag motif, and is armed with a nearly indestructible shield that can be used for defense and can also be thrown as a weapon.

An intentionally patriotic creation who was often depicted fighting the Axis powers of World War II, Captain America was Timely Comics' most popular character during the 1940s wartime period. After the war ended, the character's popularity waned and the comic had been discontinued by 1950 aside from an ill-fated 1953 revival. Captain America was re-introduced by Marvel Comics during the Silver Age of comics, as an M.I.A soldier retrieved from an iceberg and awakened from suspended animation by the superhero team the Avengers in The Avengers #4 (March 1964). Since then, Captain America has often led the team, as well as starring in his own series.

Steve Rogers was purportedly assassinated in Captain America vol. 5, #25 (March 2007), although he was later revealed to be alive. The comic-book series Captain America continued to be published,[3] with Rogers' former sidekick, James "Bucky" Barnes, having taken up the mantle until Rogers eventually again assumed the role.

Captain America was the first Marvel Comics character adapted into another medium, with the release of the 1944 movie serial Captain America. Since then, the character has been featured in several other films and television series, including Chris Evans' portrayal in Captain America: The First Avenger, The Avengers, and Captain America: The Winter Soldier. Captain America was ranked sixth on IGN's Top 100 Comic Book Heroes.-wikipedia-


Video Panggilan Hangit Track Bottom Oren

Minggu lepas panggilan hangit cikgu Izzuddin meletop-letop di media sosial. Ada sumber bagi tau aku yang cikgu izzuddin dah tau yang si Fizi nak kenakan dia jadi dia saja berlakon seperti apa yang dirakam tu tapi betul atau tidak aku pun tak tahu.

Tapi kalau yang memang mengikuti panggilan hangit ni korang mesti ingat dengan fenomena track bottom oren kan?

Panggilan hangit yang paling meletop sepanjang panggilan hangit bagi aku.

Abang Hazaman tu steady je gelak-gelak kan. Apa-apa pun korang layan la semula. Kita recap balik playback ni ;-)



Pesawat Ringan Terhempas Di Kota Bharu




KOTA BHARU: Sebuah pesawat ringan yang sedang menjalani latihan terhempas di Taman Kurnia Jaya, di sini, menyebabkan juruterbangnya cedera parah.

Berikutan nahas jam 12.45 tengahari itu, juruterbang berusia 20 tahun itu tersepit hampir 30 minit sebelum dikeluarkan pihak bomba.


Difahamkan, mangsa mengendalikan pesawat jenis Piper Worrior 2 seorang diri sebelum hilang kawalan dan terhempas.

Mangsa yang berasal dari Kampung Pandan, Selangor dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab 11.-BH-





Ihsan FB Bomba

Adam AF & Fiza Elite Sah Bercerai Talak 1


Shah Alam : Spekulasi mengenai krisis rumahtangga Adam AF2 dan isterinya pelakon Fiza Elite akhirnya terjawab apabila mereka sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah di sini.

Adam atau nama sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman, 31, melafazkan talak satu itu di hadapan Hakim Syarie Mohd Nazri Basrawi jam 1.05 tengah hari.

Fiza atau nama sebenarnya, Siti Zaidatul Fiza Abd Halim, 33, sebelum itu mengemukakan permohonon lisan untuk mengadakan prosiding tanpa kehadiran wartawan atas alasan dia adalah seorang artis dan tidak mahu masalah rumah tangga mereka diketahui umum.

Mahkamah kemudian membenarkan permohonan lisan Fiza dan memerintahkan semua wartawan yang berada di dalam mahkamah untuk keluar.

Bekas penyanyi kumpulan Elite yang berjubah hitam itu hadir ke mahkamah bersama Adam serta ditemani beberapa rakan artis, termasuk rakan baik Fiza, Azza Elite.


Metro Online

Tutorial Pakai Shawl Style Fareeda


Ok baru-baru ni ada blogger yang up tutorial pasal bagaimana nak menggayakan tudung bawal menjadikan penampilan si pemakai ala-ala tudung berjenama Fareeda.

Kali ini ada lagi yang tampil dengan gaya ala Fareeda tetapi dengan menggunakan Shawl pula.

Jadi tepuk tangan untuk adik kita ni Munera Sulaiman

Step 1 : Gunakan shawl haft moon. Coz bila pakai terletak lebih cantik. Jika anda selesa melipat dibahagian depan tudung boleh la lipat macam Ierah. Kalau tak buat macam biasa sahaja ye..


Step 2 : Pastikan tudung berada terletak dibahagian tengah dan samakan setiap hujung tudung anda.


Step 3 : Pin kan tudung anda.


Step 4 : carikan pin yang bersesuaian (Cantik or besar )



Step 5 : Mulakan dari bawah tudung buat lipatan (zip-zet) sehingga di tengah tudung. Tidak terlalu atas. Ini boleh menyebabkan tudung anda menjadi senteng.


Step 6 : Pin di tengah-tengah lipatan yang telah disusunkan.


Step 7 : Pin kan di kedua-dua sisi bahu anda supaya tudung terletak dengan lebih kemas.


Hasilnya : kan…. Dah siap. Nampak kemas. So apa lagi cuba la. Senang je kan. Anda digalakkan memakai tudung yang tidak jarang ye… supaya tidak menampakkan leher anda or pakai inner di bahagian dalam.


SELAMAT MENCUBA SEMUA

Bas UIA Terbalik 5 Pelajar Parah


Kuala Lumpur: Lima penuntut dilaporkan parah apabila sebuah bas yang membawa 30 penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) terbabas dan terbalik di Kilometer 25 Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) menghala ke selatan kira-kira jam 9.15 pagi tadi.

Difahamkan, kumpulan berkenaan terdiri daripada 16 penuntut lelaki dan 14 perempuan dalam perjalanan ke Bukit Cerakah bagi menyertai program sehari yang dianjurkan Kelab Fasilitator Pelajar (STUFF).

Kemalangan dipercayai berlaku apabila bas berkenaan melanggar kon penanda yang diletakkan di laluan itu bagi kerja penyelenggaraan menyebabkan ia hilang kawalan dan terbabas sebelum terbalik di tapak pembinaan terbabit.

Penuntut lain cedera ringan dan dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut.

Pasukan bomba menerima panggilan kecemasan jam 9.42 pagi dan dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Sri Hartamas dan Hang Tuah dikejarkan ke lokasi kejadian sebelum operasi tamat sejam kemudian.


Metro

Pelakon Sidek Hussain Meninggal Dunia



Kuala Lumpur : Pelakon veteran Sidek Hussain, 63, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 11.55 malam tadi, akibat kanser tahap empat.

Sidek dimasukkan ke HKL pada 30 Mac lalu sejurus pengsan di ibu negara ketika membeli barang untuk cucunya dan hasil pemeriksaan doktor mengesahkan ketumbuhan pada pipinya sejak lebih tiga dekad lalu itu sejenis kanser pada bulan ini.

Ketumbuhan yang mencapai berat dua kilogram itu pada peringkat permulaannya muncul ketika Sidek berusia dalam lingkungan 20-an.

Pada Jun lalu, Sidek sempat mengerjakan umrah dan dia mengalami susut berat badan serius serta semakin lemah berikutan hilang selera makan.


Al-Fatihah

MyMetro

Friday, April 25, 2014

Berita Tentang Fitnah Skype Harian Metro Salah Fakta



SALAH FAKTA DALAM HARIAN METRO hari ini | Saya yakin sudah ramai yang membaca akhbar Harian Metro hari ini. Suka saya memberi respon sedikit;

Saya TAK PERNAH kata seperti apa yang dilaporkan di atas iaitu antaranya; "... saya melakukan beberapa pergerakan badan.."

1. Saya tak pernah sebut begitu. Yang saya sebut ialah ketika Skype, saya diminta bangun dan duduk. Saya hanya ikut sahaja kerana saya sangka untuk pengesahan pengenalan diri. Maklumlah ketika itu excited nak dijemput beri ceramah di Filipina.

2. Saya mengaku saya memberi duit setelah diugut kerana ketika itu sangat takut dan seorang diri. Memang bukan saya dalam video itu. Tetapi penyebarannya akan membuka pelbagai persepsi termasuk mempercayainya. Contoh sekarang, belum tersebar tapi sudah pelbagai spekulasi negatif timbul.

Sehinggalah sampai satu tahap setelah beberapa research dibuat dan pertimbangan kritikal, saya nekad untuk biarkan dia sebarkan. Lantas tak layan langsung ugutan dia. Saya lapor kepada Polis, Cyber999 (SKMM) dan Youtube. SAMPAI SEKARANG dia TAK SEBAR video tersebut. Benarlah kata pihak polis tentang modus operandi mereka yang edar gambar dan video palsu yang diedit hanya untuk tujuan DUIT.

3. Saya menerima pelawaan Harian Metro hanya dengan tujuan nak memberitahu rakyat Malaysia agat berhati-hati dan tidak berlaku seperti apa yang berlaku ke atas saya. Moga tidak ada lagi rakyat Malaysia yang ditipu.

4. Polis mengesahkan memang ada pergerakan tersusun dari Filipina yang menipu ramai orang termasuk artis-artis yang sudah terkena tetapi mereka takut untuk ke hadapan. Mereka mempunyai kepakaran khas dalam kerja edit video dsb. Justeru, nasihat polis agar jangan layan langsung ugutan mereka kerana mereka teramat 'money motivated'.

4. Sekali lagi saya tegaskan, WALLAHI... WABILLAHI... WATALLAHI... Saya tidak pernah buat sepertimana yang dipaparkan dalam video palsu tersebut.

5. Kepada insan-insan yang memberi komen negatif, saya redha. Semoga apa yang menimpa saya tidak terkena kepada anda. Kalau terkena, jangan risau, saya akan tetap membantu mana saya mampu kerana membantu rakan dalam kesusahan adalah ajaran Wahyu dan juga Sunnah Baginda SAW.


Penjelasan Amin Idris sendiri melalui FB beliau.

Pesawat Virgin Australia Sah Dirampas di Indonesia



SYDNEY: Sebuah pesawat penumpang Virgin Australia disahkan dirampas dan pesawat kini berada di hujung landasan Lapangan Terbang Ngurah Rai, Bali.

Jurucakap tentera Indonesia, Mejar Jeneral Fuad Basya, mengesahkan bahawa pesawat dirampas.


"Kami kini sedang cuba mengadakan komunikasi dengan pesawat namun kami masih gagal berbuat demikian.

"Pesawat kini di salah satu hujung landasan," katanya. - Sydney Morning 

 Herald 

Tetapi jurucakap Virgin Australia menafikan pesawat dirampas cuma seorang penumpang yang mabuk cuba memasuki kokpit.

BH

30 Tips Jimat Air



Tips Jimat Air Oleh : 3K ( Kempen Konsumer Kebangsaan )

TANDAS
1. Gunakan tandas yang mempunyai keupayaan curahan yang rendah (contohnya memilih sistem curahan yang berkeupayaan sebanyak 6 liter atau kurang) atau letakkan sebotol air ke dalam tangki curahan  untuk mengurangkan air yang dicurah.
2. Kurangkan kekerapan curahan dalam sehari.
3. Sentiasa melakaukan pemeriksaan untuk mengenal pasti sebarang kebocoran.  Masukkan pewarna ke dalam tangki curahan dan memeriksa sekiranya terdapat air berwarna yang meleleh keluar ketika dan selepas curahan.

BILIK MANDI
4. Kurangkan masa mandian dan gunakan pancuran mandian bertekanan rendah.
5. Letakkan sebuah baldi berhampiran dengan pancuran ketika mandi untuk mengumpul air yang berlebihan.
Air ini boleh digunakan untuk mencurah tandas atau menyiram taman.
6. Tutup pancuran mandian ketika bersabun.

SINKI
7. Jangan biarkan air mengalir ketika mencuci muka, menggosok gigi atau bercukur.  Cara terbaik ialah menggunakan air di dalam bekas.
 8. Baiki sebarang paip yang bocor atau yang sentiasa menitiskan  air.

TAMAN
9. Siram taman dan pokok bunga ketika senja atau awal pagi untuk mengelakkan kehilangan air melalui penyejatan akibat daripada kepanasan.
10. Jangan menyiram pokok bunga secara berlebihan dan elakkan penyiraman ketika musim hujan.
11. Ubahsuai pemercik di taman supaya kadar air yang digunakan tidak berlebihan.  Jika kawasan taman yang kecil, gunakan baldi atau salur getah.
12. Sentiasa memeriksa dan mengubah suai pemercik mengikut cuaca.
13. Elakkan penggunaan baja yang berlebihan dan gunakan baja nitrogen berasaskan air.
14. Pilih landskap taman yang tidak memerlukan air yang banyak.
15. Pastikan ketinggian rumput di taman  lebih kurang 6 sm kerana rumput yang sederhana panjang dapat menyimpan air dengan lebih berkesan.
16. Gunakan penyapu untuk membersihkan kawasan luar rumah dan tepi rumah serta elakkan daripada menjirus air untuk membersihkan sampah sarap.
17. Sebaik mungkin gunakan bekas tadahan bagi menyiram taman.

    DAPUR

18. Jangan gunakan air yang mengalir untuk mencuci pinggan dan mangkuk, gunakan air yang ditadahkan di dalam sinki.
19. Pastikan paip ditutup dengan ketat untuk mengelakkan air terus menitis.
20. Simpan sebotol air di dalam peti sejuk atau gunakan ais jika memerlukan air sejuk
21. Cuci sayur-sayuran, buah-buahan atau makanan di dalam sinki yang berisi air dan elakkan air mengalir
22. Pastikan mesin basuh penuh muatan cucian kerana setiap cucian akan menggunakan air yang sama walaupun pakaian hanya sedikit sahaja.

GARAJ
23. Gunakan baldi untuk mencuci kereta dan elakkan penggunaan salur getah.
24. Elakkan tumpahan minyak kerana minyak memerlukan air yang banyak dan sabun untuk membersihkannya.

CARA-CARA MENJIMATKAN AIR LAIN.
25. Pastikan anda sentiasa menghadiri perjumpaan dan perbincangan mengenai air di kawasan anda.
26. Sentiasa melakukan pemeriksaan terhadap sistem paip dalaman di rumah untuk mengelakkan sebarang kebocoran.
27. Maklumkan sebarang kerosakkan paip kepada pihak berkuasa dengan serta merta.
28. Galakkan aktiviti-aktiviti kesedaran dan penjimatan air di sekolah yang berhampiran kawasan rumah anda.
29. Bekerjasama dengan pihak kerajaan dalam penjimatan dan pemuliharaan air.
30. Gunakan air tadahan hujan untuk kegunaan di garaj, di taman dan sekiranya boleh untuk curahan tandas simbah.

Kenali Malaysia, Malaysia Truly Asia



Mengenai Malaysia 

Kenali Malaysia, cintai Malaysia. Sebuah negara berbilang kaum dan bangsa di mana masyarakat Melayu, India, Cina serta pelbagai kumpulan etnik yang lain hidup bersama dalam aman dan harmoni.

Kepelbagaian budaya bukan saja menjadikan Malaysia syurga makanan, ia juga menjadikan Malaysia sebuah negara yang mempunyai ratusan perayaan yang berwarna-warni. Tidak hairanlah mengapa kita gemarkan perayaan dan kehidupan bermasyarakat. Rakyat Malaysia sememangnya mesra dan peramah.

Malaysia mempunyai kepelbagaian dari segi geografi sepertimana budayanya juga. Malaysia dibahagikan kepada 13 negeri dan 3 Wilayah Persekutuan, dipisahkan oleh Laut China Selatan dengan 11 negeri dan 2 wilayah persekutuan (Kuala Lumpur dan Putrajaya) di Semenanjung Malaysia dan dua negeri dan 1 wilayah persekutuan (Labuan) di Malaysia Timur.

Salah satu tarikan utama Malaysia adalah perbezaan dari segi pembangunannya yang ketara. Menara tinggi melangit membayangi rumah kayu yang dibina di atas tiang. Hotel bertaraf lima bintang berada beberapa meter sahaja daripada terumbu karang purba. Tempat tersorok yang hebat boleh dijumpai di tanah tinggi yang turun menghala ke pantai berpasir hangat serta paya bakau yang padat dan lembap.

Untuk percutian yang sempurna, pengalaman budaya yang pelbagai dan keajaiban semula jadi, sekarang waktunya untuk melawat Malaysia.

*Maklumat lanjut mengenai Malaysia boleh didapati daripada portal rasmi kerajaan Malaysia, www.malaysia.gov.my.

Tips How To Overcome Stress


1. One thing at a time. This is the simplest and best way to start reducing your stress, and you can start today. Right now. Focus as much as possible on doing one thing at a time. Clear your desk of distractions. Pick something to work on. Need to write a report? Do only that. Remove distractions such as phones and email notifications while you’re working on that report. If you’re going to do email, do only that. This takes practice, and you’ll get urges to do other things. Just keep practicing and you’ll get better at it.

2. Simplify your schedule. A hectic schedule is a major cause of high stress. Simplify by reducing the number of commitments in your life to just the essential ones. Learn to say no to the rest — and slowly get out of commitments that aren’t beneficial to you. Schedule only a few important things each day, and put space between them. Get out of meetings when they aren’t absolutely essential. Leave room for down time and fun.

3. Get moving. Do something each day to be active — walk, hike, play a sport, go for a run, do yoga. It doesn’t have to be grueling to reduce stress. Just move. Have fun doing it.

4. Develop one healthy habit this month. Other than getting active, improving your health overall will help with the stress. But do it one habit at a time. Eat fruits and veggies for snacks. Floss every day. Quit smoking. Cook something healthy for dinner. Drink water instead of soda. One habit at a time.

5. Do something calming. What do you enjoy that calms you down? For many people, it can be the “get moving” activity discussed above. But it could also be taking a nap, or a bath, or reading, or having sex (which can also be considered a “get moving” activity if you do it for longer than 5 minutes). Other people are calmed by housework or yard work. Some people like to meditate, or take a nature walk. Find your calming activity and try to do it each day.

6. Simplify your finances. Finances can be a drain on your energy and a major stressor. If that’s true with you, figure out ways to simplify things. Automate savings and bill payments and debt payments. Spend less by going shopping (at malls or online) much less. Find ways to have fun that don’t involve spending money.

7. Have a blast! Have fun each day, even if it’s just for a few minutes. I like to play with my kids — they take my mind off everything and are really hilarious. I also like to play sports (again, often with my kids). Board games are fun. Sex, again, can be a fun activity. Whatever you choose, be sure to laugh.

8. Get creative. Throwing yourself into a creative activity is another great way to de-stress and to prevent stress. I like writing, but others like to paint or play music or sketch or make pottery or do interior design or build things.

9. Declutter. This is a favorite of mine. I like to take 20-30 minutes and just go through a room, getting rid of stuff we don’t use or need anymore. I look around at anything that’s cluttering up a room, and get rid of it or find a better place for it. When I’m done, I have a nice, peaceful environment for work, play, and living. Do this a little at a time — it can be one of your “fun activities”.

10. Be early. I will admit that it’s hard to be early when you have to get 6 kids ready (seriously — try it!). But being late can be very stressful. Try to leave earlier by getting ready earlier, or by scheduling more space between events. Things always take longer than normal, so schedule some buffer time: extra time to get ready, to commute, to do errands before you need to be somewhere, to attend a meeting before another scheduled appointment. If you get somewhere early, it’s good to have some reading material.


Advanced Life Skills

p/s : testing entry

Tips Jimat Elektrik dari TNB





Berikut adalah beberapa langkah yang boleh diambil oleh pengguna elektrik di rumah untuk menjimatkan kadar elektrik setiap bulan.

Ini adalah panduan yang dikeluarkan sendiri oleh pihak TNB

  • Padamkan semua suis pada soket apabila selesai menggunakannya
  • Padamkan semua suis lampu, penghawa dingin, kipas angin atau mana peralatan elektrik setiap kali meninggalkan bilik
  • Tetapkan suhu penghawa dingin kepada 24 darjah celcius 
  • Tutup semua pintu dan tingkap semasa memasang penghawa dingin
Jadi mana-mana antara anda yang menggunakan air cond di rumah mungkin dengan panduan yang diberikan dapat mengurangkan sedikit bil anda.

Selamat mencuba.

Baddrol Bakhtiar Tinggalkan Kedah Sertai Pahang?


Berita yang agak panas sedang berlegar-legar di alam maya di mana pemain kebangsaan dari Kedah iaitu Baddrol Bakhtiar akan meninggalkan Kedah dan menyertai Pahang.

Ditambah pula dengan gambar Baddrol Bakhtiar yang bersama 4 lagi gambar pemain Pahang sedang tersebar meluas di media sosial.

Bukan itu sahaja tetapi status Baddrol di twitter juga menimbulkan tanda tanya. Seperti ada 'hint' dari tweet yang berbunyi “cukupla, demi masa depan..next episode”.

Bila dikaji-kaji dan diteliti berita dari pelbagai sumber rumusan yang boleh dibuat si Baddrol kekal bersama Kedah. Pihak PBNP juga melalui Sinar Harian telah membuat kenyataan bahawa pasukan Pahang tidak ada membuat sebarang penambahan pemain untuk pusingan kedua liga.

p/s : gambar kat atas ni rasanya masa dia orang training & games untuk Malaysia :-)

Penipuan Skype Hampir Musnahkan Kerjaya Amin Idris


Kuala Lumpur: “Patutlah sepanjang 10 minit perbualan kami melalui Skype, lelaki itu minta saya melakukan beberapa pergerakan badan. Rupa-rupanya dia rakam dan gunakannya untuk buat tiga video pendek yang mengaibkan saya.

“Dia ugut akan musnahkan kerjaya dan masa depan saya dengan sebarkan video itu jika saya tidak mengirimkan wang RM20,000 kepadanya,” kata penyampai stesen televisyen Al-Hijrah, Amin Idris.


Amin, 33, berkata, kejadian itu berlaku pada hujung Mac lalu apabila dia menerima pesanan daripada pemilik akaun Facebook (FB) dengan nama Stevan Cruz ketika melayari laman sosial itu di rumahnya.

Menurutnya, Stevan memperkenalkan diri sebagai pegawai jabatan sumber manusia yang dilantik beberapa pengurusan kilang di Filipina dan ingin menjemputnya ke sana bagi menyampaikan ceramah motivasi kepada pekerja kilang.


“Dia kemudian mengajak saya beralih kepada Skype kerana lebih mudah untuk berbincang melalui video dan tanpa mengesyaki apa-apa saya membuka akaun Skype semata-mata mahu memenuhi pelawaannya itu.


Metro