Monday, March 31, 2014

Wira Malam Rahsia Lelaki Sejati


www.facebook.com/LegacySecretTrading

Wira Malam adalah supplement bagi kesihatan dalaman lelaki yang paling terbaik untuk anda pilih. Anda mungkin selalu dengar Harum Malam bukan? Ya betul Wira Malam adalah pasangan Harum Malam. Pendek kata untuk Wira Malam adalah untuk kaum lelaki dan Harum Malam adalah untuk wanita.

Kenapa anda harus pilih Wira Malam? Sudah tentu kerana khasiat dan kandungannya yang mempunyai fungsi-fungsi tersendiri.

Kelebihan Wira Malam & Wira Malam berfungsi untuk :
  • Mengoptimalkan fungsi testosterone
  • Membantu mereka yang mengalami masalah libido yang rendah
  • Melancarkan peredaran darah
  • Meningkatkan kualita sereksi dan tahan lama dengan cara melebarkan pembuluh darah
  • Tidak menyebabkan jantung berdebar
  • Meningkatkan produksi androgen (hormone seksualpria)
  • Memperbaiki jumlah sperma lelaki
  • Membantu menyihatkan tubuh jika diamalkan setiap hari 
     


Kandungan Wira Malam :
  • Butea Superba untuk mencegah ejakulasid ini
  • Tongkat Ali bagi membantu meningkatkan tenaga seksual
  • Ginseng untuk meningkatkan system ketahanan tubuh dan mengurangkan kadar kolestrol
  • Saw Palmetto dimana ianya member efek anti-estrogen dan anti androgenic yang juga merupakan anti pembengkakan prostat
  • Ashwag anda bagi meningkatkan kuantiti sperma dan tenaga lelaki
  • Goji bagi meningkatkan kesuburan, menguatkan daya ingatan dan menyokong kesihatan buah pinggang
  • Guarana untuk kunci awet muda dan sumber tenaga keremajaan utama bagi tubuh
  • Epimedium untuk mengurangkan keletihan dan meningkatkan kadar testosterone lelaki
  • Delima bagi membantu menurunkan tekanan darah, membantu mengawal berat badan dan mencegah nyerisendi
  • Kismis untukmencegah anemia, member tenaga dan menjaga kekuatan tulang
  • Habbatussauda untuk menguatkan otot jantung, menambah tenaga dan anti penuaan dan juga mencegah kebotakan
Menarik bukan. Bukan semata-mata makanan tambahan untuk meningkatkan tenaga seksual tetapi juga tenaga keseluruhan untuk tubuh badan lelaki terutama mereka yang selalu mengalami keletihan akibat aktiviti pekerjaan atau lain-lain aktiviti yang menyebabkan tubuh kita penat.

Jadi kepada lelaki-lelaki di luar sana jangan tunggu lama-lama. Dapatkan Wira Malam anda dengan harga serendah :

RM 40 Semenanjung/RM45 Sabah & sarawak ( Termasuk Postage )

Untuk order boleh contact :  www.facebook.com/LegacySecretTrading


www.facebook.com/LegacySecretTrading



MH370, Berita Konspirasi CNN Taktik Naikkan Rating


SEJAK kehilangan pesawat MH370 dilaporkan pada 8 Mac lalu, media barat antara yang berlumba-lumba menyiarkan pelbagai laporan berkaitan dengan insiden itu.

Malangnya, kebanyakan laporan mereka cenderung untuk memberikan imej buruk bukan sahaja terhadap negara kita, malah mengaitkannya dengan agama Islam yang disifatkan mereka sebagai pengganas.

Cable News Network (CNN) adalah antara saluran yang begitu ghairah memainkan pelbagai isu termasuklah kemarahan keluarga penumpang China dengan menekankan Malaysia sebagai negara ‘pembohong’ dan tidak telus dalam menyampaikan maklumat.

Sikap berat sebelah media barat itu telah menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat di negara ini termasuklah Presiden Pusat Kesedaran Politik Malaysia, Datuk Huan Cheng Guan yang menulis luahannya menerusi portal Mole.my.


Katanya:
“Semasa krisis MH370, semua orang dahagakan maklumat. Bagaimanapun, berita CNN menyampaikan maklumat yang berat sebelah mengenai MH370 secara berterusan atas nama ‘laporan berita’. Bukan sahaja ia memburukkan lagi masalah yang sedia ada, tetapi ia juga menyebabkan orang ramai ‘menentang’ Malaysia yang pada masa ini sedang berusaha melakukan yang terbaik untuk mengesan pesawat itu dengan kerjasama 26 negara lain.


“Jelas sekali, CNN mempunyai agenda tersembunyi dengan mencemuh Malaysia menerusi artikel dan rencana yang berat sebelah.”





   
Menurut Huan lagi, dalam dunia CNN, misi mereka dalam mengejar rating telah mengenepikan laporan berdasarkan fakta.

Lebih melucukan, penyampai berita saluran itu hanya menggunakan pesawat mainan untuk menggambarkan bahagian tertentu pada pesawat sambil mengeluarkan teori-teori mereka.


Itu belum lagi ditambah dengan penerangan menerusi gambaran grafik ‘murah’ bagi merendah-rendahkan lagi Malaysia di mata dunia.


“Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, rating CNN telah menurun berbanding Fox News sehinggalah berlakunya kejadian MH370. Jelas sekali dunia sangat berminat dengan misteri ini. CNN melihat berita kehilangan pesawat ini sebagai ‘lombong emas’ sekaligus memanipulasikannya ke tahap maksimum.


“Secara mudahnya, motivasi CNN ialah tentang keuntungan menerusi rating yang tinggi. Namun, siapa yang terpaksa ‘membayar harga’ atas laporan yang tidak berasas dan tidak bertanggungjawab mereka?


“Sudah tentu Malaysia! Simpatilah sikit! Fikirlah apa yang dilalui oleh semua orang,” kata Huan.
Beliau pada masa yang sama turut membidas wartawan penyiaran yang tidak bersungguh-sungguh melakukan penyelidikan sehingga merujuk Kuala Lumpur sebagai salah satu bahagian di Indonesia.


“Baru-baru ini, CNN menemubual Anwar Ibrahim bagi mengetahui pandangannya mengenai MH370. Walhal, mereka sebenarnya boleh menemubual Perdana Menteri atau Pemangku Menteri Pengangkutan yang boleh memberikan jawapan yang lebih jelas mengenai perkara itu!


“CNN jelas tidak mempunyai akar berita lagi. Keutamaannya lebih kepada rating dan keuntungan serta menyokong apa sahaja agenda politik tersembunyi, sekaligus membutakan penerbitnya daripada mematuhi prinsip-prinsip kewartawanan dan tanggungjawab asas dalam melaporkan kebenaran dan tanggungjawab.
“Jangan pilih Malaysia walau apa pun motif anda! Jika mahu menulis mengenai negara ini, lakukannya dengan betul!” tegas Huan.


Pada masa yang sama, tulisan Huan ini sebenarnya perlu difikirkan juga oleh segelintir rakyat Malaysia yang kerap berkongsi artikel CNN atau media barat yang lain di laman sosial mereka.


Sebaiknya, jangan membuta-tuli menyebarkan maklumat yang dirasakan sensasi kerana ia secara tidak langsung menambahkan lagi ‘kepedihan’ dan tekanan yang dialami oleh ahli keluarga penumpang MH370.

Wa Allahu'alam..


Artikel ini ditulis oleh : Oh Dunia.My

Menarik kupasan yang dibuat oleh penulis. Phat terpanggil untuk shared


   

20 kucing mati diracun di Segamat


Tidak berperi kemanusiaan. Itulah yang dapat diucapkan selepas membaca berita mengenai 20 ekor kucing berlainan umur mati apabila diracun. Kaedahnya racun itu diletakan pada ikan dan diberi makan kepada kucing.

Menurut akhbar tersebut kejadian ini berlaku di Segamat, Johor. Bagi aku jika tidak suka pun si peracun tadi perlu berbincang terlebih dahulu dengan pemilik kucing. Yang pemilik kucing pun satu hal juga. Duduk di taman perumahan yang mempunyai rumah rapat-rapat pasti ada yang tidak selesa dengan kucing.

Dengan najis nya. Lebih-lebih lagi yang mempunyai perniagaan seperti homestay atau inapdesa ini.Untuk maklumat aku kongsi berita dari Metro ini :

Segamat: Sebahagian penduduk Kampung Taman Seri Waja di Kampung Jawa, di sini, mahu pihak berkaitan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang memberi racun kepada 20 kucing menyebabkan haiwan itu mati dalam kejadian minggu lalu.

Tindakan itu dianggap zalim dan menganiaya binatang serta tidak berperikemanusiaan.

Dalam kejadian itu, 20 kucing berusia antara satu dan empat tahun ditemui mati dipercayai diracun.





   
Seorang penduduk, Halipah Maarof, 63, pihaknya mahu pihak berkaitan dapat menjalankan siasatan dan mengambil tindakan tegas terhadap individu terbabit.

Dia mendakwa ada pengusaha inap desa memaklumkan akan memberi makanan mengandungi racun jika penduduk di kampung itu tidak menjaga kucing mereka yang didakwa sering mengotorkan kawasan inap desa terbabit.

“Saya ingatkan kata-kata itu sebagai gurauan saja, bagaimanapun Ahad minggu lalu, kira-kira jam 4.30 petang, beberapa kucing didapati berdarah di mulut dipercayai selepas makan nasi bersama ikan yang diletakkan dalam satu bekas berhampiran halaman inap desa berkenaan.

“Akibat kejadian itu, tujuh kucing saya mati, malah ada jiran yang turut mendapati kucing masing-masing yang dijumpai mati dalam parit dan longkang di sekitar Taman Seri Waja,” dakwanya.

Halipah berkata, penduduk kampung kemudian membuat keputusan untuk menghantar sampel makanan terbabit di Pejabat Veterinar Daerah, petang semalam dan menunggu hasil keputusan sebelum bercadang membuat laporan polis dalam tempoh terdekat.


p/s : haiwan kesayangan Rasulullah SAW dibunuh dengan kejam

MH370, Gambar Pesawat Sama Seperti MH370 di Israel


Ini bukan pesawat MH370 yang berlepas dari KLIA ke Beijing
Tetapi adalah pesawat yang sama seperti MH370

Keterangan :
THE ISRAELI TWIN - Why would Israel have a plane identical to the missing Malaysia Airlines plane in storage in Tel Aviv? The plane in this photo is Boeing 777 2H6(ER) first flown in July 1998, Construction No. 28416* (Original Reg. No. 9M-MRI), an identical twin of the missing plane, which was given a new registration number (N105GT) and flown to Israel in November 2013.



Data pesawat MH370 yang hilang adalah :
THE MISSING PLANE - A photo by Bernhard Ebner of the missing Malaysia Airlines plane in Amsterdam, May 5, 2013. This plane, a Boeing 777-2H6(ER) with Construction No. 28420, Reg. No. 9M-MRO, was first flown on May 14, 2002, and delivered to Malaysia Airlines on May 31, 2002. It is thought to have crashed into the southern Indian Ocean on March 8, 2014.

Lanjut : SINI

p/s : lagi rumit dah ni. ada kaitan kah Israel dengan pesawat yang hilang?

MH370, Punca Ustaz Darul Manzil Tutup Akaun FB


As-Salam,

Saya dah agak perkara begini akan BERLAKU..Agak yer..Bukan Tilik..Bukan Mimpi..Agak=Jangkaan.

Kalau tak suka baca silakan..tapi tak payah menyibuk FB orang..sebab itu saya kata hari itu, tak nak cerita pun salah nak cerita pun serba salah.

Untuk makluman, saya tidak mencari publisiti dalam hal ini. Bagi yang sudah lama mengenali Darul Manzil atau RIDAM, pengkhususan adlah berkenaan rawatan Islam, rawatan alternatif,seni bela diri dan seumpamanya..tak lebih dari itu.



  
Bila tidak diceritakan orang kata kita sombong, marah kita, bertubi-tubi mesej yang masuk.Sampai hang FB sayan bila nak dibuka.Bila kita info macam-macam pulak dia kata pada kita.

Its up to you nak kata bomoh ke pawang ke dukun ke yang pasti Allah lebih tahu dalam hal ini.

Soalnya

-Adakah kamu Tuhan yang mampu menilai keikhlasa orang?
-Adakah kamu Tuhan yang boleh menilai mimpi itu betul atau salah?
-Adakah kamu sempurna?

Jadi tanya hati dan iman masing-masing.bagi saya mudah orang kata kat kita pada perkara yang kita tak buat maka kita dapat pahala dan dia dapat DOSA.

Sekian.

Panjang lebar tulisan saudara kita ini. Bagi aku nama pun mimpi. Yang ramai sangat pakar dalam pelbagai bidang dok komen n kondem dia apa pasal. Mimpi adalah satu benda yang tak tercapai dek akal kita sebab apa-apa pun boleh terjadi dalam mimpi. Dah nama pun mimpi kan. Mimpi oiiii. Tak pasal Fb saudara kita ni terpaksa ditutup.

 

MH370, Objek dari Lautan Hindi Bukan Milik MH370


Negatif

KUALA LUMPUR: Beberapa objek yang dikutip oleh HMAS Success dan Haixun 01 pada Sabtu telahpun diperiksa dan dipercayai tiada kaitan dengan pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 yang hilang pada 8 Mac.

Menurut kenyataan Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) malam Ahad, berkata objek berkenaan diperiksa di atas kedua-dua kapal dan dinyatakan sebagai peralatan menangkap ikan dan buangan terapung.

Bagaimanapun, menurut AMSA, pesawat

Objek yang dikesan tidak dapat disahkan atau dianggap sebagai serpihan dari pesawat MH370. Setakat ini, tiada objek yang disahkan adalah dari MH370.

Pesawat Boeing 777-200ER, yang membawa 239 penumpang dan anak kapal, hilang dari radar pada 8 Mac kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 tengah malam.
 
Penerbangan MH370, yang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.

Menurut AMSA, aktiviti pencarian hari ini meliputi kawasan seluas 252,000 kilometer persegi membabitkan sembilan pesawat.




   
Antaranya, dua pesawat P3 Orion Tentera Udara Diraja Australia (RAAF), sebuah pesawat P3 Orion Jepun, pesawat Ilyushin China, sebuah pesawat P3 Orion Tentera Laut Korea Selatan, sebuah pesawat P8 Poseidon Tentera Laut Amerika Syarikat, sebuah pesawat C-130 Hercules Tentera Udara Diraja Malaysia dan dua pesawat awam.

Kenyataan itu juga menyebut lapan kapal ditugaskan di kawasan pencarian MH370 dan ini merupakan jumlah terbesar yang pernah menyertai operasi SAR setakat ini.

Menurut kenyataan itu, cuaca di kawasan pencarian agak baik dengan jarak penglihatan melebihi 10 kilometer.

Sementara itu, Kapal Kementerian Pertahanan Australia 'Ocean Shield' dijadual berlepas dari Perth esok selepas dilengkapi alat pengesan kotak hitam dan kenderaan di bawah air.

Operasi pencarian bersambung hari ini.

AWANI

Friday, March 28, 2014

Cara Permohonan Skim MYHOME


MyHome merupakan sebuah lagi projek perumahan  yang telah diluluskan mulai 1 Januari 2014 dengan peruntukan sebanyak RM300 juta di bawah seliaan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan. 

Antara objektif atau matlamat utama skim MyHome adalah untuk membantu rakyat memiliki kediaman sendiri dengan kos rendah dan sederhana. Skim ini turut menawarkan bantuan sehingga RM30,000 untuk setiap unit rumah kepada individu yang layak.


Fakta Bantuan Skim MyHome



  • Dikenali sebagai Skim Perumahan Mampu Milik Swasta atau MyHone
  • Maksimum Bantuan Rumah RM30,000
  • Terhad Jumlah Peruntukan sehingga RM300 Juta
  • Kerajaan akan membantu mereka yang layak membeli rumah pada harga rumah kos rendah dan   perbezaan baki harga akan dibayar kerajaan kepada pemaju berkenaan.
  • Terhad kepada 10,000 unit rumah

Syarat Kelayakan Skim MyHome
  •     Warganegara Malaysia
  •     Terbuka kepada pembeli rumah pertama
  •     Pendapatan bulanan isi rumah maksimum RM3,000 bagi kos rendah
  •     Pendapatan bulanan isi rumah maksimum RM6,000 bagi kos sederhana
  •     Dilarang menjual rumah dalam masa 10 Tahun
  •     Subsidi Skim Myhome akan dibayar terus ke akaun pembeli




   
Contoh Subsidi Skim MyHome
  • Subsidi akan diberikan kepada pemohon yang layak untuk membeli pada harga rumah kos rendah mengikut definisi yang ditetapkan kerajaan negeri.
  • Jumlah maksimum subsidi adalah RM30,000
  • Misalnya kalau kerajaan negeri menetapkan rumah kos rendah pada harga RM40,000, sedangkan pemaju terpaksa menjual rumah pada harga RM70,000, maka kalau pemaju dan pembeli berkenaan layak untuk mengambil bahagian dalam skim ini, maka rumah RM70,000 akan dijual pada harga RM40,000, dan baki RM30,000 dibayar kerajaan.

Borang Permohonan Skim MyHome


Orang ramai boleh memohon kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk mendapatkan borang bantuan Skim MyHome bermula pada 1 April 2014. Permohonan secara online Skim MyHome tidak disediakan. Muat turun borang pada link di bawah :


Talian untuk dihubungi

  • 03-8891 4322
  • 03-8891 4317
  • 03-88914313

MH370, Lina Hassan Wakil Rakyat Malaysia Hentam CNN



Bukan setakat berita yang kebanyakan tidak betul CNN juga rasanya buta sebab selalu sahaja buat kesilapan yang sepatutnya. Contoh paling terbaik kita tengok saja lah gambar di atas.

Kuala Lumpur, Indonesia. Memang bangang tahap abadi betul. Peringkat dunia kot CNN punya news ni.




   
Tapi tabik kat seorang member aku. Disebabkan komen beliau di page CNN yang begitu bernas. Seluruh Malaysia rasanya pun menyokong beliau. Tak lain tak bukan Lina Hassan. 

Kita tengok komen beliau kat bawah ini.


MH370, Shahirah Shamsudin Dakwa Pesawat Disorok di Mongolia



Siapa Shahirah Shamsudin? Entah eden pun tak kona haha. Tapi melalui FB nya beliau telah membuat satu statement yang berbentuk spekulasi.

Beliau menyatakan sesuatu tentang pesawat MH370 yang hilang dan beliau mengatakan yang beliau adalah salah soerang yang tahu rahsia ini.



Tapi rasa nya Shahirah Shamsudin ni tak wujud kot. Mesti fake account ni. Tapi korang layan la spekulasi dari beliau.

p/s : teruskan berdoa supaya proses pencarian MH370 dipermudahkan

MH370, Satelit Thailand Kesan 300 Objek Terapung Di Lautan Hindi


BANGKOK: Imej satelit Thai telah mengesan sebanyak 300 objek terapung di selatan Lautan Hindi ketika operasi pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, kata seorang pegawai pada Khamis.

Menurut Agensi Teknologi Angkasa Lepas dan Geo-Teknologi, objek-objek yang berukuran di antara dua hingga 15 meter itu bertebaran di sekitar 2,700 barat daya Perth.

"Bagaimanapun kita tidak... tidak berani mengesahkan yang ianya serpihan dari pesawat," kata pengarah agensi tersebut, Anond Snidvongs kepada AFP.



   
Beliau memberitahu, maklumat-maklumat tersebut telah pun diserahkan kepada Malaysia.

Jelasnya, imej-imej itu telah diambil oleh satu-satunya satelit pemerhati bumi Thailand, Isnin lalu, tetapi memerlukan beberapa hari untuk diproses.

Katanya objek-objek tersebut telah dikesan kira-kira 200 kilometer dari kawasan tumpuan satelit Perancis sebelum ini dalam usaha mereka mencari pesawat Boeing 777-200 yang hilang sejak 8 Mac lalu itu.

Pesawat tersebut telah dikatakan terhempas di lokasi terpencil di Lautan Hindi selepas berpatah balik dalam perjalanannya dari Kuala Lumpur ke Beijing, dan dilaporkan terbang beberapa jam dalam arah yang bertentangan.

Awani

Thursday, March 27, 2014

MH370, Video MH370 Dijumpai di FB adalah Taktik Penjenayah Siber


Aku terpanggil untuk berkongsi sesuatu. Sebab aku tengok di FB ada satu video yang mengatakan pesawat telah dijumpai 'breaking news'. Kita perlu share dan like sebelum menonton. Semua itu adalah palsu dan ada udang sebalik batu. Nah baca perkongsian dari blog sahabat aku.

Penjenayah siber dikesan mengeksploitasi kehilangan sebuah pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) dengan menarik pengguna melayari sebuah laman web palsu yang memaparkan berita terkini kehilangan kapal terbang berkenaan sebelum mencuri data peribadi mereka.

Sebuah firma keselamatan internet, TrendMicro semalam memberi amaran kepada pengguna internet supaya berhati-hati apabila menekan pautan dikongsi di laman-laman sosial yang memaparkan berita terbaru kehilangan pesawat MH370 tersebut.

Pusat kajian, perkhidmatan dan sokongan rangkaian global milik firma itu mengesan beberapa fail pengaturcaraan komputer yang menyamar sebagai satu klip video yang membolehkan penjenayah siber mengumpul data pengguna.




“Kehilangan misteri pesawat ini menarik perhatian dunia dan hanya menunggu masa untuk penjenayah siber mengambil kesempatan terhadap peristiwa ini,” kata pakar TrendMicro, Paul Oliveria.

Katanya, penjenayah siber akan menggunakan tajuk pada pautan di laman sosial Facebook seperti: “Berita tergempar, pesawat MH370 dijumpai” untuk mengumpan pengguna menekan pautan berkenaan.

“Apabila pautan itu ditekan pengguna dibawa ke laman palsu dan mereka diminta untuk menekan satu lagi fail bagi memainkan video berkenaan sebelum fail tersebut dikongsi kepada akaun Facebook milik rakan mangsa.

“Pengguna juga diminta mengesahkan umur mereka dengan membuat satu ujian yang sebenarnya satu helah untuk mendapatkan data peribadi pengguna internet,” katanya.

Penjenayah siber sebelum ini pernah mengeksploitasi beberapa tragedi seperti kejadian Taufan Haiyan di Filipina pada tahun lalu dan serangan bom di acara maraton di Boston, Amerika Syarikat untuk mengumpan mangsa melayari laman web palsu. –AFP


SUMBER

MH370, Perisik Rusia Dakwa US Rampas Pesawat


Satu laporan yang diedarkan di Kremlin yang disediakan oleh Main Intelligence Directorate of the General Staff of the Armed Forces (GRU) menyatakan bahawa ibupejabat Aerospace Defence Forces (VKO) 'hairan' tentang situasi yang berlaku.

Tentera Laut Amerika Syarikat (US Navy) didakwa telah 'menangkap dan kemudian mengalihkan' sebuah kapal terbang komersial milik Malaysia Airlines (MAS) ke satu kem rahsia dipercayai terletak di Diego Garcia dalam kawasan Lautan Hindi

Menurut laporan ini, pesawat MH370 (juga dikenali dengan 748 melalui perkongsian kod dengan penerbangan China Southern Airlines) merupakan penerbangan komersial dari Kuala Lumpur, Malaysia ke Beijing, China, apabila pada 8 Mac pesawat Boeing 777-200ER ini secara tiba-tiba 'ghaib' dalam penerbangan berserta 227 penumpang dari 15 buah negara yang kebanyakannya daripada negara China, beserta 12 anak kapal.

Sesuatu yang menarik untuk diberi perhatian, laporan ini menyebut, sebenarnya Penerbangan MH370 sudah berada di bawah pengawasan GRU sebaik sahaja ia menerima maklumat terdapat kargo 'sangat mencurigakan' yang dikesan mempunyai kaitan dengan Republik Seyschelles yang sebelum itu kargo berkenaan berada di dalam kapal kontena MV Maersk Alabama.

Antara perkara pertama yang membangkitkan wasangka GRU ialah apabila dalam tempoh 24 jam kerja-kerja pemunggahan kargo 'sangat mencurigakan' itu dilakukan dan sebelum dimasukkan ke dalam MH370, dua orang Tentera Laut Amerika Syarikat yang terlatih iaitu Mark Daniel Kennedy, 43, dan Jeffrey Keith Reynolds, 44 dijumpai mati di dalam 'keadaan yang mencurigakan'. [Baca laporan Dailymail..]

Kennedy dan Reynolds, adalah pekerja di firma keselamatan The Trident Group yang diasaskan oleh US Navy Special Operations Personnel (SEAL’s) dan Senior US Naval Surface Warfare Officers yang telah lama diketahui oleh GRU berfungsi untuk melindungi pemindahan aset-aset penting meliputi bahan-bahan atom dan biologi di seluruh dunia.




Setelah GRU mengesahkan bahawa kargo 'sangat mencurigakan' berada di atas kapal Malaysia Airlines Penerbangan MH370 pada 8 Mac, Moscow segera memaklumkan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri China (MSS) kebimbangan mereka dan segera menerima 'jaminan' bahawa 'semua langkah' akan diambil bagi memastikan apa yang telah disimpan akan kekal tersembunyi sebaik sahaja pesawat ini memasuki ruang udara mereka.

Walau bagaimanapun, laporan ini turut menyebut atas sebab-sebab masih tidak diketahui, MSS telah bersiap sedia untuk mengalihkan Penerbangan MH370 dari destinasi yang dijadualkan di Beijing ke Haikou Meilan International Airport (HAK) yang terletak di Wilayah Hainan (aka Pulau Hainan)

Sebelum memasuki Zon The People Liberation Army (PLA) yang dilindungi di Laut China Selatan atau dikenali juga sebagai Kepulauan Spratly, Penerbangan 370 'ketara menyimpang' dari laluan penerbangannya dan telah dikesan oleh satelit dan radar VKO terbang ke rantau Lautan Hindi serta melengkapkan penerbangan hampir 3,447 kilometer (2,142 batu) ke Diego Garcia.

Adalah kritikal untuk diberi perhatian bahawa ketika penyimpangan penerbangan MH370 berlaku, pakar-pakar GRU menyebut, dalam masa yang sama semua akses komunikasi telefon bimbit yang dikendalikan oleh China Mobile tersekat di keseluruhan Kepulauan Spratly.

Liputan telefon China Mobile dilanjutkan ke Kepulauan Spratly pada tahun 2011 supaya tentera PLA yang ditempatkan di pulau-pulau, para nelayan dan kapal-kapal saudagar dalam kawasan itu boleh menggunakan perkhidmatan mudah alih, yang boleh juga digunakan untuk memberi bantuan apabila berlaku kejadian ribut mahupun aktiviti menyelamat di lautan.

Bagaimana Tentera Laut Amerika Syarikat mampu untuk mengalihkan Penerbangan MH370 ke pangkalan Diego Garcia, laporan ini berkata, ianya berjaya dilakukan dari jauh kerana pesawat Boeing 777-200ER ini dilengkapi dengan sistem FBW, terbang dengan wayar (fly-by-wire) yang berupaya menggantikan manual kawalan penerbangan pesawat konvensional dengan antara muka elektronik bagi membolehkan ia dikawal secara jarak jauh seperti kendalian mana-mana pesawat dron.

Walau bagaimanapun, meskipun pesawat ini mampu dikawal dari jauh, sistem komunikasi hanya boleh dinyah-aktif secara manual; dan dalam insiden Penerbangan MH370, sistem laporan datanya telah ditutup pada jam 01:07 pagi, diikuti dengan transponder (alat yang menghantar lokasi dan altitud) yang telah ditutup pada jam 01:21

Apa yang kekal membingungkan tentang kejadian ini, dari analisis GRU media arus perdana Amerika Syarikat dilihat masih belum menuntut plot radar dan imej satelit Lautan Hindi dan Laut China Selatan daripada rejim Obama. Hal ini disebabkan kepentingan kawasan ini di mana tentera AS melindungi keseluruhan kawasan di Diego Garcia kerana kawasan ini mempunyai kepentingan dari segi lorong udara dan perkapalan.

Adalah sangat menyedihkan dan laporan ini membuat suatu kesimpulan penting, Amerika Syarikat sebenarnya menyembunyikan fakta 'kehilangan' Penerbangan MH370 kerana mereka juga sebenarnya telah berbuat demikian selepas peristiwa 11 September 2011.

Rejim Bush 'menghilangkan' penerbangan American Airlines Flight 77 yang membawa 64 penumpang dan anak kapal selepas secara palsu mendakwa ia akan menghentam Pentagon, tetapi kemudiannya telah disahkan oleh CNN bahawa peristiwa tersebut tidak berlaku.

SUMBER


p/s : sama ada benar atau tidak sama-sama kita tunggu dan lihat. jangan putus berdoa agar negara kita dijauhkan dari anasir2 jahat yang ingin menghancurkan negara

MH370, Selebriti China Bikin Panas



Kejadian hilangnya pesawat MH370 membawa pelbagai cerita untuk negara kita. Ditambah pula dengan laporan dari media yahudi yang lebih kepada menyalahkan dan menghentam negara kita menyebabkan hubungan Malaysia dengan negara China menjadi tegang.

Dengan media sosial yang menjadi sumber rujukan kebanyakan masyarakat dunia sekarang tidak hairanlah post di FB dan Tweet menjadi ikutan kepada pembaca.




   
Ini lebih parah jika post atau tweet itu dibuat oleh selebriti yang memang mempunyai berjuta-juta pengikut. Ini adalah contoh-contoh tweet yang dibuat oleh artis China yang boleh menghasut rakyat China yang lain.

Dan sememangnya boleh bikin panas.



p/s : speak out x speak out..malaysia pun x ingin kot artis macam ni datang Malaysia. Rakyat Malaysia jangan putus berdoa untuk kesejahteraan negara kita.

Ali Mamak Meninggal Dunia



Al-Fatihah. Pelakon dan Penyanyi komedi negara Dato Ali Mamak disahkan meninggal dunia kira-kira jam 4.30 pagi tadi akibat komplikasi paru-paru.
 



   
Salam Takziah untuk seluruh keluarga arwah. Semoga ditempatkan dikalangan orang yang beriman.

 


MH370, Gambar Bayi Nahas Pesawat MH370


Inilah gambar salah seorang bayi yang berada dalam pesawat MH370.
Bayi ini berusia 2 tahun dan namanya ialah Wang Mohen

Bayi ini ke Malaysia bersama ibu dan bapanya untuk bercuti. 
Dan ingin pulang ke China setelah percutian mereka selesai.



Comel tak? Geram tak tengok. Apa-apa pun jangan putus mendoakan mangsa MH370.

MH370, Perancis Temui 122 Objek Melalui Satelit di Lautan Hindi


PETALING JAYA: Malaysia menerima dua imej satelit baharu yang menunjukkan 122 objek berkemungkinan berkaitan dengan pesawat MH370, kata Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata, Agensi Remote Sensing Malaysia (MRSA) menerima dua imej daripada Agensi Pertahanan dan Angkasa Airbus yang berpangkalan di Perancis pada Selasa itu, di mana imej tersebut diambil pada 23 Mac.


"MRSA menganalisis imej-imej itu di satu kawasan lautan dengan perkiraan 400 kilometer persegi yang dapat mengesan 122 objek berpotensi (mungkin dikaitkan dengan MH370).
"Terdapat sebahagian objek yang cerah, berkemungkinan menunjukkan bahan yang keras.




"Objek-objek itu terletak di satu kawasan kira-kira 2,557 kilometer dari Perth (Australia)," katanya pada sidang media harian mengenai MH370 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur, Rabu.
Beliau menambah, MRSA telah menghantar penemuan itu kepada Pusat Koordinasi Penyelamat (RCC) Australia di Perth pada Selasa.


"Kita perlu menekankan bahawa kita tidak dapat memastikan sama ada objek yang berpotensi itu adalah dari MH370.


"Bagaimanapun, ini merupakan petunjuk baharu yang akan membantu bagi mengarahkan operasi mencari," kata Hishammuddin.


Beliau menambah, pada masa ini terdapat empat satelit yang berbeza dari China, Australia dan Perancis, yang menunjukkan objek berkemungkinan serpihan pesawat. 


"Ini akan membantu mengurangkan lagi kawasan pencarian dan mengesan lebih banyak serpihan pesawat," katanya.


SUMBER

Wednesday, March 26, 2014

MH370, Kau Tidak Akan Jumpa Kubur Aku - Kapten Zaharie



Juruterbang pesawat MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah pernah bergurau kepada kenalan rapatnya bahawa rakannya itu tidak akan menjumpai pusaranya menjadi petanda yang beliau akan pergi buat selama-lamanya.

Bernama melaporkan, Mohaza Mohaza, kenalan rapat kepada Zaharie berkata, dia tidak menyangka bahawa gurauan juruterbang itu pada Aidilfitri lalu di Tanah Perkuburan Jalan Perak, Pulau Pinang merupakan satu kiasan untuk pergi meninggalkan semua.

“Zaharie memberitahu saya (secara gurauan) yang saya tidak akan jumpa kubur atau pusaranya. Inilah rupa maksudnya. Baru saya mengerti. Pusaranya di Lautan Hindi.




“Al-Fatihah. Semoga Allah SWT mencucuri setinggi-tinggi rahmat ke atas rohnya dan juga muslimin muslimat pesawat MH370 kesemuanya serta ditempatkan bersama-sama mereka yang beriman. Amin,” katanya.

Anak kepada Zaharie, Ahmad Idris Zaharie turut berkongsi rasa terharu dengan sokongan dan kata-kata semangat dari sahabat serta kenalan bapanya.

Di laman Facebook ‘Friends of Captain Zaharie MH370′, Ahmad Idris menulis;

“Terima kasih semua untuk sokongan yang diberikan. Aku bersyukur kepadamu Ya Allah kerana telah meminjamkan aku seorang ayah yang berdedikasi dan penyayang selama 31 tahun aku ini. Al-Fatihah.”


SUMBER

Gambar Sayap Pesawat Malindo Air Terbakar di Udara


Gambar adalah perkongsian daripada Faiz Subri, pemain bola sepak negeri Terengganu. 

Menurut laporan akhbar, pesawat tersebut sedang membawa pemain bola sepak Terengganu untuk pulang ke Kuala Terengganu selepas mengharungi perlawanan dengan ATM.



Pesawat berpatah balik ke Lapangan Terbang Subang selepas mendapati enjin turbin pesawat terbakar.

Semua penumpang dan anak kapal selamat.

p/s : Alhamdulillah

MH370, CNN Melampau #boycottCNN


Seluruh dunia pun tau dengan satu media yang dinamakan CNN. CNN memang terkenal dengan cerita "spin" 360 nya. Lebih-lebih lagi kepada umat Islam dan negara Islam seluruh. Konon nya baik tetapi bertopengkan fitnah semata-mata.

Sentiasa up cerita yang tak betul. Yang betul US aje la ngan yahudi. Tengok la apa yang CNN keluarkan kat berita dia orang.



Rujuk gambar. Konon "MH370 Passengger Family Committee" yang keluarkan statement padahal mereka sendiri punya statement. Bila ada " " tu dia orang tak boleh la nak kena saman ke hape ke. Eh eh bukan main bijak lagi eh.

Ingat orang Islam seluruh dunia memang akan bersatu untuk buat yang terbaik menghindarkan apa sahaja keburukan yang puak-puak yahudi ni ingin buat. Contoh jelas macam yang CNN ni buat la. 

Buat CNN nah jari tengah untuk kau!!!!

p/s : kalau buat berita US saja yang baik phuiiiiiiiiiiii..biar pun committee yang buat statement CNN x perlu kot up berita gini ini boleh bikin panas

Tuesday, March 25, 2014

MH370, Mimpi Seorang Ustaz



Assalamualaikum.. Semalam, saya tidak bercadang kemana-mana ekoran seharian menahan sakit akibat gout. Sekitar jam 11 malam, sahabat lama saya (Fadli) datang ke rumah bersama adiknya. Tujuan mereka datang adalah kerana pinta saya ikhtiarkan mengubati Pak Cik mereka yang mengalami masalah sihir.

Kalau orang lain memang saya akan menolak. Tapi bila mengenangkan si Fadli ni kawan lama saya sejak dari darjah 1 dan kami pernah susah-senang bersama ketika bujang dulu, maka saya terima perlawaannya. Diringkaskan cerita, saya pulang ke rumah jam 3:10 pagi.

Lapar pulak perut saya bila sampai di rumah. Maka saya ajak isteri menemani saya makan di luar, di restauran yang hanya 2 kilometer dari kediaman kami. Sekitar jam 4 pagi, kami sudah ada di rumah. Mungkin kerana terlampau penat, saya terus lena sebaik saja kepala menghempas bantal.

Sebelum tidur, memang saya selalu bacakan Al-Kautsar 11 kali dan kemudian nyatakan seperti ini, “Ya Allah, kalau ada sesuatu untukku / pesakitku / penyakitku / apa saja, kau tunjukkanlah.” Entah kenapa malam tu saya terniat MH37O……

Saya melihat 2 pesawat terbang di udara. Sebuah adalah MH370 dan saiz kapal yang satu lagi lebih kecil berbanding MH370 tetapi bukan jenis kapal terbang tempur. Kapal terbang yang satu lagi itu juga bukan jenis pesawat komersial. Pada pendapat saya yang tidak arif tentang model kapal terbang, saya andaikan itu adalah pesawat persendirian.

Kedua-dua kapal itu terbang rendah di persisiran pantai yang kedudukan geografinya berbatu-batu besar. Saya kira pantai sebegitu bukan destinasi pelancongan kerana persisirannya membahaya untuk didiami..

Saya kemudian diperlihatkan suasana yang berlaku dalam kapal terbang MH370. Dari ruang penumpang, saya lihat masing-masing cemas di tempat duduk masing-masing. Melilau saya berjalan di dalamnya mencari krew penerbangan. Rupanya pramugari dan pramugara duduk di ruang belakang dan ruang depan berdekatan almari simpanan makanan. Ada dua bayi yang saya lihat menangis sambil ditenangkan ibu masing-masing. Mereka seolah-olah diberi amaran untuk tidak beralih dari tempat duduk. Wajah mereka ketakutan sama sekali.

Saya berjalan menuju ke ruang kemudi. Memang pelik bila saya lihat Kapten kapal dan pembantunya berhempas pulas menekan suis-suis yang ada dan cuba memusing stereng kawalan. Sepertinya, kapal terbang itu dikawal secara auto. Cemas wajah kedua-dua juruterbang tersebut.

Tiba-tiba, saya rasakan kapal terbang itu melencong ke kiri dan naik tinggi secara mendadak. Berhempas pulas Kapten cuba mengawal stereng pandu namun tiada apa-apa kesan. Tidak semena-mena kapal itu turun menjunam, kemudian terbang stabil membelah lautan. Saya terdengar suara di corong radio.




“You don’t ever try to change the route. There are no chance to turn back to your country. We control everything, we knew what you done inside”

Pemandangan saya ditarik keluar dari luar kapal terbang MH370. Saya seperti terbang di awan-awangan melihat kedua-dua pesawat di permukaan lautan yang saya tidak tahu namanya. Tiba-tiba, saya lihat pesawat yang satu lagi melepaskan sesuatu ke depan yang kemudian turun menjunam ke air sehala laluan MH370.

Kemudian, ruang air yang ditimpa ‘benda’ itu membuahkan letupan yang amat besar. Kapal terbang MH370 kemudian melalui ruang tersebut dan disedut ke dalam air dari ekor pesawat. Kelihatan ruang air di bawahnya berputar. Kapal terbang MH370 menjunam ke dalam air dari bahagian ekornya. Beberapa kali ia berpusing sebelum hilang dari pandangan.

Pesawat yang satu lagi melencongkan arahnya ke kiri dan terbang membelah awan. Saya masih di situ, memerhati kejadian yang tak pernah saya lihat dalam hidup. Sebaik saja air pusaran hilang, saya lihat dua serpihan besi terapung-apung di permukaan air. Serpihan itu terumbang ambing mengikut gelombang ombak yang ganas.

Saya tidak tahu apa yang berlaku pada nasib penumpang di dalam MH370.. Menitis air mata bila melihat kejadian itu. Tiba-tiba saya tersedar dari tidur… Termenung saya memikirkan mimpi yang dialami.

Saya berharap itu semua hanyalah mainan tidur dan sangat-sangat berharap kesemua penumpang di dalam MH370 masih hidup.. Sama-samalah kita berdoa akan keselamatan mereka.. Amin. - USTAZ DARUL MANZIL


My Media Hub

MH370, Malaysia Umum Destinasi Terakhir China Mahu Bukti



BEIJING: Kementerian Luar China malam ini menuntut Malaysia memberi maklumat dan bukti mengenai pesawat MH370 yang hilang selepas ia disahkan penerbangannya berakhir di selatan Lautan Hindi.



" China sudah pun diberitahu oleh Kerajaan Malaysia mengenai pengumuman terbaharu itu dan kami memberi tumpuan sepenuhnya," kata kementerian itu dalam satu kenyataan.

"China sudah pun menuntut agar Malaysia menyalurkan lagi kepada kami semua maklumat dan bukti mengenai bagaimana ia mencapai kesimpulan berkenaan," kata kenyataan itu sambil menekakan agar operasi mencari pesawat tetap diteruskan. - Reuters


BH



MH370, Kenyataan Penuh Perdana Menteri YAB Najib Razak


Petang ini saya telah diberikan taklimat oleh wakil daripada Badan Siasatan Kemalangan Udara United Kingdom (AAIB). Mereka memaklumkan kepada saya bahawa Inmarsat, syarikat UK yang menyediakan data satelit yang menunjukkan koridor utara dan selatan, telah menjalankan perkiraan lanjut ke atas data berkenaan.

Menggunakan satu bentuk analisis yang belum pernah digunakan dalam siasatan seperti ini, mereka mampu memberikan beberapa petunjuk yang lebih jelas mengenai laluan penerbangan pesawat  MH370.

Berdasarkan analisis baharu mereka, Inmarsat dan AAIB merumuskan bahawa pesawat MH370 telah terbang di koridor selatan dan kedudukan terakhirnya adalah di tengah-tengah Lautan Hindi, di barat Perth.




Kawasan ini merupakan lokasi terpencil, jauh daripada sebarang lokasi pendaratan. Oleh itu dengan perasaan yang amat sedih dan terharu, menurut data terkini yang diperolehi, saya ingin memaklumkan bahawa penerbangan pesawat MH370 telah berakhir di selatan Lautan Hindi.

Kami akan mengadakan satu sidang media esok (Selasa) bagi memberikan butiran lanjut. Buat masa ini, kami akan terus memaklumkan tentang perkembangan baru ini secepat yang mungkin. Kami berkongsi maklumat ini kerana kami komited kepada keterbukaan dan menghormati ahli keluarga yang terlibat, dua prinsip yang sentiasa menjadi panduan dalam siasatan ini.

Malaysia Airlines sudah berhubung dengan ahli keluarga penumpang dan anak kapal untuk memaklumkan kepada mereka perkembangan terbaru ini. Buat mereka, beberapa minggu lepas merupakan masa yang amat memilukan;  saya sedar berita ini akan lebih menyedihkan lagi. Saya menggesa pihak media agar menghormati privasi mereka dan memberikan mereka sedikit ruang yang amat diperlukan di saat-saat sukar seperti ini.


Awani

MH370, Kronologi Penuh SAR MH370 dari 8 Mac -24 Mac 2014


Kronologi penuh SAR pesawat MH370 dari 8 - 24 Mac 2014 - Misteri kehilangan pesawat MH370 akhirnya sudah terjawab pada hari ke-17 operasi mencari dan menyelamat yang disertai pelbagai negara, apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak mengumumkan penerbangan itu terhempas di selatan Lautan Hindi.

Berikut ialak kronologi penuh sepanjang operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370 yang dilaporkan hilang sejak 8 Mac 2014 sehingga pengesahan pesawat itu terhempas menerusi sidang media khas di PWTC oleh Perdana Menteri.

8 MAC

* Pesawat MH370, jenis Boeing 777-200, membawa 239 penumpang dan anak kapal berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada

12.41 pagi dan dijadual mendarat di Beijing, China pada 6.30 pagi hari yang sama.

* Pesawat MH370 dilaporkan hilang daripada radar awam Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) pada 1.30 pagi 120 batu nautika di timur perairan Kota Baharu, Kelantan.

* Operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerak pada 5.30 pagi membabitkan 15 pesawat TUDM, termasuk empat Hercules C130, sebuah CN 235, empat EC 725, dua helikopter Augusta serta enam kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan tiga kapal Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

* Kenyataan media Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS Ahmad Jauhari Yahya pada 7.30 pagi mengesahkan kehilangan pesawat itu dan kesemua keluarga penumpang dimaklumkan; pecahan kerakyatan penumpang MH370 iaitu 38 rakyat Malaysia, 153 rakyat China, Indonesia (12), Australia (7), Perancis (3), Amerika Syarikat (3), New Zealand (2), Ukraine (2), Kanada (2), Rusia (1), Itali (1), Taiwan (1), Belanda (1) dan Austria (1).

9 MAC

* Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata kawasan pencarian diperluas di Laut China Selatan dan Selat Melaka.

* Ketua Pengarah DCA Datuk Azharuddin Abdul Rahman mengesahkan hanya
dua penumpang yang menggunakan pasport palsu Itali dan Austria, menaiki pesawat
MH370.

10 MAC

* Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berikrar kerajaan akan melakukan yang terbaik dalam operasi mencari dan menyelamat MH370.

* APMM menerima keputusan ujian sampel tompokan minyak yang ditemui
di perairan Vietnam, yang negatif minyak pesawat dan disahkan sebagai minyak
bagi kapal kargo.

11 MAC

* Misteri dua penumpang terjawab apabila Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan ibu pejabat Interpol mendedahkan identiti mereka iaitu warga Iran yang dikenali sebagai Pouria Nour Mohammad Mehrdad, 19, dan Delavar Seyed Mohammad Erza, 29.

* Kedua-dua mereka disahkan tidak mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas
dan dipercayai cuba berhijrah ke Eropah.

12 MAC

* Hishammuddin memperjelas beberapa isu termasuk ada sedikit kemungkinan MH370 melewati Selat Melaka, kerjasama dengan pakar penerbangan luar negara dan semua orang yang mendaftar dalam penerbangan MH370 menaiki pesawat.

* Empat penumpang tidak muncul semasa mendaftar. Mereka diganti dengan penumpang daripada senarai menunggu. Penumpang berkenaan menaiki pesawat.
Tiada bagasi yang tidak dimuatkan.

* Dua lelaki rakyat Iran, yang memasuki dan meninggalkan Malaysia menaiki
pesawat MH370, menggunakan pasport yang sama.

13 MAC

* Hishammuddin menafikan dakwaan bahawa pesawat itu mungkin terbang
kira-kira empat sejam selepas ia hilang dari skrin radar.

* China menyatakan bahawa tiada bukti objek terapung yang dikesan satelit di Laut China Selatan pada Ahad mempunyai hubung kait dengan pesawat MAS yang hilang. Pihak berkuasa China juga berkata berlaku kesilapan ketika mengeluarkan imej itu.


14 MAC

* Pencarian diperluas sehingga ke Lautan Hindi. Armada Ketujuh Tentera Laut Amerika Syarikat USS Kidd tiba di Selat Melaka untuk membantu pencarian.
* Pihak berkuasa mengkaji empat hingga lima kemungkinan bagaimana transponder pesawat ditutup.

15 MAC

* Perdana Menteri tidak dapat mengesahkan laporan kemungkinan pesawat dirampas.

* Najib berkata komunikasi terakhir pesawat dengan satelit dikesan di satu daripada dua koridor; koridor utara merentangi kawasan dari sempadan Kazakhstan
dan Turkmenistan ke bahagian utara Thailand atau koridor selatan yang merentangi
kawasan dari Indonesia ke bahagian selatan Lautan Hindi.

* Najib berkata operasi mencari dan menyelamat di Laut China Selatan
ditamatkan.

16 MAC

* Hishammuddin berkata tiada sebarang tuntutan dibuat berhubung kehilangan pesawat.

* Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata insiden kehilangan MH370 disiasat mengikut Seksyen 130(C) Kanun Keseksaan bagi kesalahan merampas, keganasan dan sabotaj, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 dan Akta Kesalahan Penerbangan 2003.

* Polis mengambil simulator penerbangan dari rumah juruterbang MH370 Kapten Zaharie Ahmad Shah.

17 MAC

* Hishammuddin berkata operasi pencarian multinasional membabitkan 26 negara di koridor utara dan selatan bermula.




18 MAC

* Hishammuddin berkata tiga juta orang mungkin terbabit dalam usaha mencari pesawat itu dengan dibantu pengusaha satelit DigitalGlobe.

19 MAC

* Hishammuddin menafikan laporan bahawa pesawat itu dilihat terbang rendah di ruang udara Maldives.

20 MAC

* Perdana Menteri Australia Tony Abbot menghubungi Najib pada 10 pagi untuk memaklumkan bahawa objek yang dikesan satelit negara itu mungkin ada kaitan dengan pesawat yang hilang.

* Satelit Australian Maritime Safety Authority (AMSA) mengesan imej dua objek
di bahagian selatan Lautan Hindi terletak kira-kira 2,500 kilometer barat daya
Perth.

* Hishammuddin berkata operasi pencarian pesawat itu diteruskan dan objek yang
dikesan di Australia akan ditentukan sama ada sebahagian daripada MH370.

21 MAC

* Malaysia masih menunggu maklumat daripada pihak berkuasa Australia sama ada objek yang dikesan di selatan Lautan Hindi pada Khamis ada kaitan dengan MH370.

* Hishammuddin berkata agensi perisikan antarabangsa tidak menemui sebarang
keganjilan berdasarkan manifes penumpang pesawat itu.

* Hishammuddin berkata siasatan terhadap penumpang tunggal warga Ukraine yang
dijalankan oleh pihak berkuasa negara itu juga mengesahkan latar belakang
penumpang berkenaan bersih.

22 MAC

* Transkrip komunikasi yang didakwa antara pesawat MH370 dan pusat kawalan trafik udara pada malam pesawat dilapor hilang diklasifikasi sebagai tidak tepat dan tidak sah, kata DCA.

* Hishammuddin berkata satelit China mencerap imej objek terapung berukuran
22.5 meter x 13 meter.

* Hishammuddin berkata pihak berkuasa Australia tidak mengesan sebarang objek
dalam pencarian di kawasan berkedudukan kira-kira 2,500 km dari barat daya
Perth.

23 MAC

* Hishammuddin berkata Malaysia menyerahkan imej baharu yang dicerap oleh satelit pihak berkuasa Perancis kepada pusat koordinasi menyelamat Australia.

* Hishammuddin berkata setakat 2.30 petang waktu Malaysia, pihak Australia
memaklumkan mereka tidak menemui sebarang petunjuk baharu berhubung MH370.

24 MAC

* Hishammuddin berkata polis sudah mengambil keterangan lebih 100 orang termasuk keluarga juruterbang MH370.

* Pada 10 malam, Najib mengumumkan kedudukan terakhir penerbangan MH370
dikesan di tengah-tengah Lautan Hindi, di barat Perth.

* MAS meluahkan rasa duka penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi.


SUMBER

MH370, Kenyataan Media PM Najib Razak

PM NAJIB RAZAK’S PRESS STATEMENT ON MH370

This evening I was briefed by representatives from the UK Air Accidents Investigation Branch (AAIB). They informed me that Inmarsat, the UK company that provided the satellite data which indicated the northern and southern corridors, has been performing further calculations on the data. Using a type of analysis never before used in an investigation of this sort, they have been able to shed more light on MH370’s flight path.


Based on their new analysis, Inmarsat and the AAIB have concluded that MH370 flew along the southern corridor, and that its last position was in the middle of the Indian Ocean, west of Perth.




This is a remote location, far from any possible landing sites. It is therefore with deep sadness and regret that I must inform you that, according to this new data, flight MH370 ended in the southern Indian Ocean.


We will be holding a press conference tomorrow with further details. In the meantime, we wanted to inform you of this new development at the earliest opportunity. We share this information out of a commitment to openness and respect for the families, two principles which have guided this investigation.


Malaysia Airlines have already spoken to the families of the passengers and crew to inform them of this development. For them, the past few weeks have been heartbreaking; I know this news must be harder still. I urge the media to respect their privacy, and to allow them the space they need at this difficult time.

ENDS

Friday, March 21, 2014

MH370, Lawak Sensitif Chef Wan Di Kecam


KUALA LUMPUR: Chef selebriti, Datuk Chef Wan hari ini mempersenda insiden kehilangan pesawat MH370 menerusi akaun Instagramnya di @chefwan58.

Dalam entri terbarunya, Che Wan bergambar bersama sekeping objek yang dikatakannya sebahagian daripada pintu pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Dalam nada berjenaka yang tidak kena tempat, Chef Wan menyatakan objek tersebut merupakan sebahagian daripada pintu tandas di sebuah rumah di pantai Morib.

Perth merupakan lokasi di mana dua objek yang dikatakan petunjuk terbaik dalam menyelesaikan misteri kehilangan pesawat MH370.




Entri tersebut telah pun dipadamkan olehnya setelah menerima 701 likes dan dikecam oleh pengikut akaun Instagramnya itu.

Tanpa memikirkan sensitiviti 239 penumpang dan anak kapal pesawat itu, tindakan Chef Wan dianggap keterlaluan lebih-lebih lagi apabila ia dilakukan oleh personaliti yang dipandang tinggi dalam bidang masakan tempatan dan dunia.

Che Wan merupakan Duta Ikon Pelancongan dan Duta Masakan Malaysia.

Februari lalu, Chef Wan telah mengkritik hidangan nasi lemak yang disediakan oleh Malaysia Airlines sebagai 'nasi lemak telanjang'.

Operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370 kini masuk hari ke-14 dan misi SAR diteruskan di selatan Lautan Hindi di barat daya Perth.


Awani


p/s : seb baik dah padam. rasa nya chef wan kena mintak maaf kepada ahli keluarga yang 239 orang tu

MH370, Wanita Pulang Umrah Dakwa Nampak Pesawat di Laut Andaman



MELAKA: Seorang wanita rakyat Malaysia yang baru pulang dari menunaikan Umrah di tanah suci Mekah mendakwa yang dia telah melihat bangkai sebuah pesawat yang besar berwarna perak di perairan Laut Andaman ketika pesawat yang dinaikinya melintasi kawasan berkenaan pada pagi 8 Mac lalu.

Wanita berkenaan Raja Dalelah Raja Latife, 53, berkata ketika dia menyaksikan objek besar yang sebahagian daripada badan yang didakwa sebagai pesawat itu tenggelam dan sebahagian lagi timbul, dia telah memaklumkan kepada ramai pihak di dalam penerbangan berkenaan tetapi telah dipandang ringan.

Dalelah berkata dia menaiki pesawat Penerbangan Saudi SV2058 yang berlepas dari Jeddah pada jam 3.30 pagi waktu Arab Saudi (8.30 pagi waktu Malaysia) dan ketika pesawat itu melintasi bandar Chennai di India dan memasuki ruang udara Laut Andaman, dia melihat menerusi tingkap pesawatnya satu objek besar menyerupai pesawat terdampar di atas laut.

“Saya nampak macam kapalterbang.Sepanjang perjalanan pulang saya sentiasa melihat ke luar kerana saya tidak dapat tidur langsung dan ketika lawatan saya ke Beijing dua tahun lalu juga dia tidak dapat tidur di dalam pesawat dan sentiasa berjaga," kata ibu kepada 10 orang anak ini.

Raja Dalelah, yang berasal dari Kota Tinggi, Johor menambah, sewaktu dia terlihat objek besar berwarna perak yang seakan-akan sebuah pesawat di atas lautan itu, skrin tv di hadapannya menunjukkan yang mereka sedang melintasi Laut Andaman.

“Sebelum itu saya nampak beberapa buah kapal dan kemudian pulau-pulau kecil dan selepas itulah saya ternampak objek berwarna perak di atas air. Saya mengejutkan rakan saya di sebelah untuk melihat apa yang saya saksikan tetapi malangnya mereka mentertawakan saya," ujarnya lagi.

Raja Dalelah, bagaimanapun yakin apa yang disaksikannya itu adalah bangkai sebuah pesawat yang besar.

"Buat apa saya nak bercakap bohong saya baru sahaja balik dari umrah," katanya lagi.

Hanya pada 14 Mac lalu dia telah membuat laporan polis akan apa yang didakwa telah disaksikannya itu dengan harapan akan ada pihak yang mengambil apa yang dikatakannya itu secara serius.

Malah Raja Dalelah masih boleh menjelaskan apa yang disaksikannya itu secara terperinci.

Katanya, pesawat yang dilihatnya itu separuh terapung dan sebahagian besar lagi badan pesawat itu berada di dalam air dengan keadaannya yang senget sebelah.




“Saya melihat jam pada waktu itu menunjukkan pukul 9.30 pagi (2.30 petang waktu Malaysia),” kata beliau.

Raja Dalelah berkata, bila tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 4 petang dia telah menceritakan apa yang disaksikannya itu kepada anaknya.

“Pada waktu itulah mereka memberitahu saya yang pesawat MAS MH370 hilang dan sedang dicari.Menantu saya seorang pegawai polis yakin yang saya telah menyaksikan sebuah pesawat yang terhempas dan meminta saya supaya membuat laporan polis," katanya sambil menambah "anak-anak saya yang lain khuatir yang saya mungkin akan ditahan kerana membuat laporan palsu kerana pada awalnya semua orang berkata yang pesawat itu kali terakhir dilihat di Laut China Selatan."

Tetapi katanya, sekarang sesiapa yang mendengar ceritanya sudah mula percaya selepas pesawat itu disahkan telah berpatah balik dan hilang di sebelah barat dan bukannya Laut China Selatan.

Bagaimanapun seorang juruterbang berkata, dalam penerbangan jarak jauh seperti dari Jeddah dan Kuala Lumpur, paras ketinggian sesebuah pesawat adalah pada 35,000 kaki.

"Ini bermakna kedudukan pesawat dari permukaan bumi adalah pada jarak lebih kurang tujuh batu. Pada jarak sejauh ini tidak ada siapa pun dapat melihat dengan jelas apa-apa objek di permukaan bumi atau pun di atas air," kata juruterbang itu yang enggan namanya disiarkan.


MSTAR