loading...

Thursday, January 30, 2014

Gambar bayi yang dibuang di Pasir Mas


Serius comel. Apa lah dosa baby ini kan. Tapi ketentuan nya dah macam tu. Harap-harap ibu bapa baby ini dapat dicari. Semoga baby yang tidak bersalah ini boleh hidup gembira seperti insan lain.

Baby tersebut telah ditinggalkan di depan sebuah rumah dan di sini terdapat nota. Dikhabarkan tuan rumah menyedari kehadiran bayi ini kira-kira jam 4.00 pagi kerana terdengar suara tangisan.



Kes ini disiasat mengikut seksyen 317 kanun keseksaan.




KANAK-KANAK 10 TAHUN DIROGOL, DILIWAT DAN DITOREH KEMALUAN



Baca tajuk pun dah seram kan. Apa lah nak jadi dengan negara kita ini. Manusia sebegini rasa nya dah tak layak untuk dipanggil manusia.

Untuk berita penuh sila baca berita yang dilaporkan oleh sahabat saya Abg Teror :

Malang buat seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun apabila diperlakukan secara kejam oleh seorang lelaki yang bukan sahaja merogol malah meliwat mangsa dan dipaksa melakukan seks oral di Bakri di sini semalam.

Tidak cukup dengan itu, mangsa yang enggan mengikut kemahuannya dipukul dan kemaluannya ditoreh suspek dengan senjata tajam sehingga mengakibatkan kanak-kanak berkenaan terpaksa menerima 18 jahitan.

Lebih menyedihkan kejadian tersebut berlaku semasa mangsa dalam perjalanan menaiki basikal berseorangan menggunakan jalan pintas ke sebuah sekolah agama di Bakri di sini, melalui kebun getah, pukul 3 petang.

Semasa dalam perjalanan, mangsa ditahan suspek berusia 37 tahun, kira-kira 250 meter dari Jalan Mahmud di sini, sebelum dipaksa menaiki kereta lalu melarikannya.

Insiden itu disedari seorang pekebun yang hanya sempat mencatat nombor pendaftaran kereta tersebut dan bertindak menghubungi polis.

Menurut sumber, mangsa kemudian dibawa ke sebuah tempat pembuangan sampah lalu dirogol, diliwat dan dipaksa melakukan seks oral di dalam kereta.




Kata sumber itu lagi, selepas kejadian, suspek membawa mangsa ke sebuah stesen minyak di Bukit Bakri dan sepasukan polis yang mendapat maklumat berhubung nombor pendaftaran kereta tersebut bertindak menahannya kira-kira pukul 5 petang.

Ujarnya, mangsa diselamatkan dalam keadaan baju sekolahnya berlumuran darah, ketakutan dan tidak bermaya sebelum dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) dan menerima 18 jahitan di bahagian kemaluan.

Melalui siasatan awal katanya, suspek mengaku mengambil dadah sebelum melakukan perbuatan tersebut dan direman bermula hari ini untuk membantu siasatan.

Jarak antara rumah kanak-kanak malang itu dengan sekolah agama terbabit kira-kira dua kilometer yang perlu melalui kawasan belukar, kebun sawit dan kebun getah.

Mangsa dikatakan menggunakan jalan tersebut setiap hari kerana merupakan jalan pintas dengan mengambil masa kira-kira 10 minit untuk ke sekolah.

Jalan tersebut sunyi tetapi penduduk tidak mempunyai pilihan lain kerana merupakan jalan paling dekat.

SUMBER DARI ABGTEROR.COM: http://www.abgteror.com/ekslusif-kanak-kanak-10-tahun-dirogol-diliwat-dan-ditoreh-kemaluan/#ixzz2rr2pf8ep

Pelajar Malaysia Ditikam 14 kali di UK kini selamat



Memetik berita dari Abg Teror seorang pelajar Malaysia di Nottingham telah ditikam sebanyak 14 kali sebelum dirompak.

Ahmad Izat Ahmad Mazni terpaksa menerima 11 jahitan setelah ditikam dan dirompak oleh 3 remaja selepas balik dari menonton perlawanan bola sepak.



Ahmad Izat memberitahu menerusi twitter nya menyatakan bahawa telefon bimbit, jam tangan dan dompet beliau telah diambil oleh penjenayah terbabit.

 “Saya juga terkena tikaman di kepala, di dada, belakang badan, kaki kiri, celah paha, kaki kanan, lengan dan dikelar di beberapa tempat di badan.

 Saya telah keluar hospital semalam dan kini sedang berehat kerana pergerakan terhad,” ujarnya.

OPS JPJ Tahun Baru Cina ( TBC ) adalah khabar angin


Semalam meletup di sosial media mengatakan bahawa JPJ ( Jabatan Pengangkutan Jalan ) akan mengadakan operasi besar-besaran dan beberapa perkara seperti ini telah dihebahkan :

1. Anggota JPJ akan melakukan penyamaran dan tiada sekatan jalan raya
2. Target 15 saman setiap anggota'
3. Setiap saman tidak kurang RM 1000.00



Jadi ini aku kongsikan kenyataan media dari pihak JPJ 

Semoga semua mendapat info




H12 Media Sumber Iklan Baru Untuk Blogger



http://www.h12-media.com/pub/?ref=2652645
Seperti yang semua sedia maklum berbagai-bagai sumber pengiklanan yang mampu menjana pendapatan kepada blogger. Seperti yang sedia maklum beberapa nama besar seperti Nuffnang, KOMLI, Innity, Adsense, dan macam-macam lagi lah.

Tetapi untuk menyertai sesuatu syarikat iklan tersebut terma dan syarat nya adalah berbeza-beza. Dari pengalaman aku dan kawan-kawan yang lain syarikat yang earning nya tinggi memerlukan syarat seperti blog tersebut perlu la mempunyai PV atau UV yang tinggi setiap bulan.

Berbeza dengan Nuffnang pula sesiapa yang ada blog boleh join dan mudah untuk lulus permohonan kita. Dan seperti sedia maklum earning pun agak sedikit kerana jika kurang klik pada iklan maka kurang lah pendapatan kita.




Jadi kini terdapat satu lagi pilihan untuk para blogger. H12 Media satu lagi pilihan untuk blogger. Ramai juga blogger Malaysia dah join dan income pun boleh tahan. Income dalam USD dan kita boleh gunakan Paypal untuk cash out. Apa salah nya kita cuba kan.

Jadi untuk keterangan lanjut anda boleh ke SINI dan mendaftar.

Blogger yang dah guna ialah MUJA.
Jadi cerita panjang lebar boleh rujuk blog awek manis ni ;-)

Wednesday, January 29, 2014

Gangguan Perbankan CIMB 31 Jan hingga 3 Feb 2014



KUALA LUMPUR - Perkhidmatan perbankan CIMB akan terganggu sementara dari 11.45 malam 31 Januari hingga 6 pagi 3 Feb, berikutan usaha naik taraf sistem berjadual. 
   
Menurut laman web CIMB Click hari ini gangguan itu melibatkan cawangan-cawangan dan pusat perkhidmatan CIMB Bank dan CIMB Islamic, serta mesin teller automated (ATM), mesin deposit tunai, mesin deposit cek dan dispenser mata wang asing.
   
Gangguan itu turut menjejas transaksi kad debit CIMB, perbankan online, perbankan mobile dan perbankan fon layan diri.




   Pelanggan CIMB dinasihatkan supaya membuat perubahan perlu pada tarikh transaksi berjadual jika mereka memerlukan bayaran atau pemindahan diproses lebih awal.  
   
"Jika anda mempunyai transaksi berjadual untuk pemindahan dana, pemindahan segera, bayaran bil, kad kredit CIMB dan penetapan bayaran pinjaman dalam tempoh gangguan, sila ambil perhatian bahawa transaksi anda akan hanya diproses paling lewat menjelang 3 Feb," katanya.
   
CIMB mohon maaf atas kesulitan yang berlaku dan untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh layari www.cimbbank.com.my. - Bernama

Penunggang Motosikal Maut Diseret 40KM




Terdengar berita masa dalam kereta tadi. Mengerikan. Terus google berita mengenai kejadian tersebut. Ya memang benar seorang penunggang motosikal telah terlibat kemalangan di lebuh raya utara selatan berhampiran Ipoh jam 2.30 pagi tadi.

Dikatakan mangsa telah diseret sejauh 40km dari tempat motosikal ditemui. Serpihan daging mangsa ditemui berhampiran motosikal di KM 274.2 manakala serpihan daging, tangan dan kaki ditemui di KM 317 berhampiran kawasan rehat Tapah arah selatan.



Pemeriksaan melalui nombor pendaftaran motosikal yang ditemui, mangsa dikenalpasti sebagai Ahmad Mahmud, 25, beralamat di Lot 15 Kampung Majidi, Serdang, Kedah yang dalam perjalanan dari kampungnya ke tempat kerja di kilang PROTON di Tanjung Malim, dekat sini.

Keadaan motosikal memberi petunjuk mangsa kemalangan dengan kenderaan berat. Sempena cuti panjang CNY semoga kita semua dilindungi dari sebarang kejadian yang tidak diingini. Berhati-hati semasa memandu dan menunggang motosikal.

10 Tips Temuduga Kerja




10 Tip Temuduga Kerja Kerajaan/Swasta

1. Sediakan senarai dokumen yang perlu di bawa untuk temuduga kerja anda. Tujuannya adalah untuk memastikan anda tidak tertinggal dokumen penting semasa berada di sesi temuduga.Tandakan dokumen yang telah dikumpulkan.

2. Cara berpakaian untuk lelaki :

Pastikan anda memakai tali leher
Pakai kasut kulit dan pastikan kasut anda dikilat
Pastikan anda memakai baju lengan panjang kerana baju tersebut nampak lebih professional berbanding baju lengan pendek.
Baju dan seluar anda mestilah kelihatan kemas dan disterika.
Elakkan baju berwarna gelap.
Elakkan memakai wangian yang terlampau kuat.
Secara keseluruhannya, pakaian anda mestilah bersih dan kelihatan kemas.

3. Cara berpakaian untuk perempuan :

Pakai pakaian yang kelihatan formal dan sesuai untuk ke pejabat. Anda juga boleh memakai baju kurung.
Elakkan pakaian yang menjolok mata atau pakaian yang mempunyai warna atau corak yang terlalu menarik perhatian ramai.
Pakai kasut yang bertutup.
Elakkan memakai terlalu banyak barangan kemas.
Secara keseluruhannya, pakaian anda hendaklah kelihatan kemas dan tidak terlalu menarik perhatian ramai.

4. Bagi lelaki pastikan rambut anda pendek, disikat kemas dan berminyak. Bagi perempuan yang bertudung, pastikan tudung anda diikat kemas. Bagi perempuan yang tidak bertudung, pastikan rambut anda disikat kemas.

5. Pastikan kuku anda dipotong pendek dan bersih.

6. Datang awal ke tempat temuduga, sebaik-baiknya 20 minit sebelum masa yang ditetapkan.

7. Bila nama anda dipanggil, masuk dengan senyuman dan penuh keyakinan. Tip temuduga kerja ini nampak mudah, tapi ramai yang mengabaikannya. Beri salam atau ucapan Selamat Pagi atau Selamat Petang bergantung pada sesi temuduga. Duduk hanya apabila anda dibenarkan duduk dan ucapkan terima kasih.

8. Tip temuduga kerja yang ketujuh menerangkan perkara yang anda perlu lakukan /beri perhatian semasa menjawab soalan panel:




Jawab soalan dengan tenang, jangan tunjukkan anda gelisah.
Pandang panel temuduga apabila menjawab soalan. Jangan pandang ke lantai kerana ia menunjukkan anda tidak yakin dengan jawapan anda atau anda masih malu-malu dengan panel.

 
Jangan sesekali berdebat atau meninggikan suara di hadapan panel temuduga.
Biar panel habiskan soalan atau ayat mereka terlebih dahulu sebelum anda mula bercakap. Elakkan memotong percakapan mereka.

 
Jawab soalan mengikut konteks soalan. Jangan meleret-leret sehingga keluar topik.
Jika anda tidak tahu jawapan, nyatakan yang anda tidak tahu. Jangan sesekali berbohong kerana panel temuduga yang berpengalaman pasti akan tahu anda menipu mereka.

9. Setelah selesai soal jawab temuduga, kebiasaannya panel akan cuba mengakhiri sesi temuduga dengan bertanya kepada anda jika anda mempunyai sebarang persoalan, tanyakan kepada mereka bila anda akan diberitahu tentang keputusan temuduga tersebut.

10. Setelah semuanya selesai, ucapkan terima kasih kerana memberi peluang kepada anda untuk menghadiri sesi temuduga tersebut. Senyum dan keluar dengan tenang.
Tip Temuduga Kerja Kerajaan Yang Ke-10 :
Pastikan Anda Sentiasa Bersedia !

Pastikan anda sentiasa bersedia sebelum anda masuk ke bilik temuduga. Tanpa persediaan, anda pasti akan kelihatan gelisah dan tergopoh gapah semasa menjawab soalan panel temuduga. Persediaan merangkumi persediaan fizikal seperti dokumen, pakaian dan persediaan mental seperti pengetahuan dan emosi.

Bersedialah dari sekarang. Persediaan awal pasti akan memberikan ketenangan kepada diri anda. Jangan lupa juga untuk berdoa supaya anda temuduga anda dipermudahkan untuk anda.

Tip temuduga kerja di atas adalah sekadar sebagai panduan umum yang boleh anda praktikkan baik untuk temuduga kerja kerajaan mahupun swasta.


SUMBER

Zamir Juara Masterchef Malaysia All Star 2014


PETALING JAYA: Peluang kedua yang diberikan tidak disia-siakan oleh peserta paling muda iaitu Zamir apabila diumumkan sebagai juara Masterchef Malaysia All Star sekaligus menumpaskan pesaingnya, pengacara Celina Khor.

Kemenangan itu melayakkan Zamir atau nama sebenarnya, Arshad Zamir Mohd Azmi, 21, menerima wang tunai bernilai RM55,000 yang akan disumbangkan kepada badan kebajikan Rumah Teduhan Kasih.

Zamir sebelum ini pernah menyertai Masterchef Malaysia musim pertama pada 2012 dan menjadi peserta empat terbaik.

Hadiah disampaikan Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad Ramli selepas Majlis Tayangan Episod Kemuncak MasterChef Selebriti Malaysia yang diadakan di First Avenue, Bandar Utama di sini.

Ia turut disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria dan Astro Maya HD pada malam Selasa.

Zamir ketika ditemui berkata, tidak menyangka kemenangan tersebut namun ia adalah antara pengalaman manis sepanjang kariernya dalam bidang kulinari.




Malah katanya, dia sebenarnya berasa gementar perlu berhadapan dengan Celina yang disifatkan sebagai tukang masak berbakat.

“Alhamdulillah, saya tidak menyangka kemenangan ini kerana tidak menjangka yang dapat pergi sejauh ini.

“Saya banyak belajar mengenai dunia masakan dalam pertandingan ini,” katanya pada sidang media di sini sebaik selesai siaran tersebut.

Dalam pertandingan tersebut Zamir tampil dengan tiga jenis sajian iaitu pembuka selera, hidangan utama dan pemanis mulut.

Pada episod terakhir itu, Zamir memilih untuk menghidangkan Sup Cendawan sebagai pembuka selera, Sea Bass Gone Wild (hidangan utama) dan Kek Angle (pencuci mulut).

Manakala Celina menghidangkan Fiesta Makanan Laut (pembuka selera), Dua Benua (hidangan utama) dan Kek Coklat Lava (pencuci mulut).

Barisan juri yang mengadili hidangan kedua-dua peserta itu adalah Chef Johari Edrus, Chef Zubir Md Zain dan Chef Adu Amran.

Program sebanyak 40 episod itu disertai 20 peserta daripada musimterdahulu termasuk Masterchef Selebriti Malaysia.

Barisan peserta yang menyertai pertandingan itu ialah Azwan Ali, Soo Wincci, Raja Azmi, Kenchana Dewi, Celina Khor, Sharifah Shahora, Micheal Ang, Syanie, Enot, Brian, Imelda, dan Zamir.

Turut serta adalah Che Lah, Ah Hong, Along, Azlina, Azni, Ary Malik dan Shahirah.


SUMBER

Tuesday, January 28, 2014

Live Streaming Selangor vs Pahang 2014



Live Streaming Selangor Vs Pahang Liga Super 28 Januari 2014. Perlawanan ketiga Liga Super musim 2014 diteruskan lagi dengan perlawanan-perlawanan dalam saingan liga. Petang ini Selangor akan menentang Pahang di Stadium MBPJ, Kelana Jaya Selangor jam 4:45 petang. Siaran langsung untuk perlawanan ini akan diambil oleh Astro Arena 801 bermula jam 4:00 petang.







   

Terkini!!! Sah Dato Seri Anwar Ibrahim calon DUN Kajang


Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertanding di kerusi DUN Kajang yang kosong apabila penyandangnya, Lee Chin Chen dari PKR meletakkan jawatan semalam, umum Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.




   
"Parti Keadilan dan Pakatan Rakyat setuju meletakkan calon Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan bertanding," kata Khalid dalam sidang media di ibu pejabat PKR pagi ini.

SUMBER

Eric Lawson Model Marlboro Meninggal Dunia


California – Seorang lagi lelaki `Marlboro’ meninggal dunia akibat penyakit paru-paru berpunca daripada tabiat merokok.

Lelaki itu, Eric Lawson pernah menjadi model untuk rokok Marlboro pada 1978 hingga 1981.

Selain Lawson, model Marlboro yang lain ialah David Millar yang meninggal dunia pada 1987 dan David McLean yang meninggal dunia pada 1995 akibat kanser paru-paru.





   
Selain menjadi iklan Marlboro, Lawson juga pernah muncul dalam rancangan Beretta, Charlie’s Angel dan Baywatch.

Lawson meninggal dunia pada usia 72 tahun pada awal bulan ini akibat kegagalan sistem pernafasan di kediamannya di San Luis Obispo.

Dia mula merokok sejak usia 14 tahun dan menurut isterinya, Lawson meneruskan tabiat buruk itu sehingga dia disahkan menghidap penyakit paru-paru kronik.


MYNEWSHUB

ADUN PKR Kajang Letak Jawatan


SHAH ALAM: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang Lee Chin Cheh meletakkan jawatannya sebagai wakil rakyat berkuat kuasa hari ini.

Perkara itu disahkan Speaker Hannah Yeoh hari ini.




   
“Dengan ini saya isytiharkan kerusi N25 Kajang telah dikosongkan pada hari ini,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Hannah berkata, Lee datang ke pejabatnya hari ini di Bangunan Annexe DUN Selangor di sini dan menyerahkan surat perlepasan keahliannya. -free malaysia today-

Monday, January 27, 2014

Mizz Nina Mahu Berhenti Menyanyi


Penyanyi yang sebelum ini terkenal dengan lagu-lagu dance iaitu Mizz Nina telah menyatakan hasrat untuk berhenti menyanyi. Penyanyi yang sudah pun berhijrah dan berhijab setelah pulang dari tanah suci baru-baru ini mahu menumpukan kepada perniagaannya dan juga amalan beliau.

Beliau yang juga isteri kepada Noh Hujan turut menyatakan yang beliau hanya akan menyanyi di hadapan penonton wanita sahaja.



Beliau turut memberitahu beliau sedang belajar agama dengan beberapa guru.

Alhamdulillah.Semoga perkara ini dapat menjadi contoh kepada semua untuk sentiasa memperbaiki diri.

Remaja Perempuan 16 Tahun Maut Kebakaran



Seorang remaja perempuan berumur 16 tahun maut dan abang nya cedera dalam kebakaran di kediaman mereka di Kampung Changhai Mukim Jeneri kira-kira jam 4.30 pagi tadi.

Ketika kejadian mangsa, Siti Aishah Hasanah, ibu bapa serta abang nya sedang tidur di bilik masing-masing.



Kebakaran dipercayai akibat dari lintar pintas. Pihak bomba mengambil masa kira-kira 30 minit untuk mengawal kebakaran.

Mari sama-sama kita sedekah kan Al-Fatihah untuk arwah. Takziah untuk keluarga mangsa.

Biodata Hafiz Bahagiamu Deritaku


Berikut adalah biodata Hafiz

Biodata Hafiz AF7

Nama Penuh :Mohd Hafiz Bin Mohd Suip
Nama manja: Abang / Hafiz
Asal: Kuching, Sarawak
Tarikh Lahir: 27 Februari 1990
Bangsa: Melayu
Status: Bujang
Agama: Islam
Hobi: Menyanyi. Bermain Gitar, Membaca Buku dan Memasak
Zodiak: Pisces
Ibu Bapa : Mohd Suip b. Suut (Bapak) & Halizawati HM Salleh (Ma)
Kerjaya: Penyanyi / Student of Diploma In Hospitality & Tourism Mgmt
Warna Kesukaan : Hijau dan Cokelat
Adik Beradik : Merupakan anak sulung dan anak tunggal lelaki dalam 3 beradik.





Latar Belakang Pendidikan

Sekolah:
Wan Chu Kindergarten, Kch, Swak (1994)
Tadika BINA, Kch, Swak (1995-1996)
SK Agama Datuk Haji Abdul Kadir Hassan, Kch, Swak (1997-2002)
SMK Song, Kapit, Swak (Jan-Jun 2003);
SMK Semerah Padi, Kch, Swak (Jul-Dec 2003)
SMK St Joseph, Kch, Swak (2004-2007)
PTPL, Kch, Swak

Pendidikan Tinggi:
(2008-Present) Student of Diploma In Hospitality & Tourism Mgmt


SUMBER

Guru denda murid makan rumput ditukar sekolah


Beberapa hari lepas kita dengar berita yang begitu mengejutkan. 2 orang pelajar yang tidak siap kerja rumah telah didenda dengan cara yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang yang bernama guru.

Situasi di mana 4 orang pelajar gagal menyiapkan kerja rumah. 2 orang didenda dan 2 orang lagi tidak didenda. Di sini dah nampak "pilih bulu". Rasa nya mungkin sebangsa dengan guru tu kot tu yang budak 2 orang lagi tidak didenda.

Rasa nya tak salah untuk cikgu mendenda anak murid untuk tujuan pengajaran tetapi denda yang dikenakan tersebut mestilah berpatutan. Tidak lah sampai menggantung loceng dileher pelajar dan memanggil pelajar sebagai lembu. Ditambah pula dengan mengambil rumput dan menyuruh mereka makan. 



Kita tak payah nak fikir jauh cuma fikir kan jika apa yang kita buat tu kena pada ahli keluarga kita sendiri. Mesti marah kan? 

Diberitakan guru tersebut telah pun serta merta ditukarkan dan memohon maaf atas perbuatan. Macam ringan je kan tindakan tu. Rasa cikgu lain yang perangai macam cikgu ni mesti tak takut. Ye la dah dua kes kita dengan membabitkan SJKC ni. Mohon maaf lepas tu setel. Rasa nya yang terlibat ni hantar je kat sekolah pedalaman.

Sunday, January 26, 2014

Keputusan AJL 28

 
Berikut adalah keputusan lagu yang berjaya menjuarai AJL 28 ( 26 Januari 2014 )

Anugerah Juara Mobile - Bahagiamu Deritaku ( Hafiz )

Persembahan terbaik - Hafiz ( Bahagiamu Deritaku )
 


Vocal Terbaik - Jaclyn Victor ( Ikut Rentak ku )

Anugerah Juara Lagu
1. Bahagiamu Deritaku ( Hafiz )
2. Hanya Aku ( Hyper Act )
3. Kalau Aku Kaya ( Altimet & Awi Rafael )

Friday, January 24, 2014

Kisah Benar Disebalik Kes Belasah Pekerja Gores & Menang di Seremban




Semalam aku ada publish entry berkaitan pekerja syarikat gores & menang yang dibelasah oleh 30 orang yang tidak berpuas hati kerana keluarga mereka di tipu.

Dan ada pembaca dikalangan sahabat kita yang mempunyai pengalaman sendiri berkaitan perkara ini.



Jadi aku kongsikan untuk pedoman dan peringatan untuk kita semua. Salah seorang daripada pengomen iaitu Aliff Rohaiza menyatakan bahawa adik/abang beliau yang terlibat dengan kejadian di Senawang tu. Mari kita doakan adik/abang beliau selamat sebab dia buat benda yang betul kan.

Entah berapa ramai lagi akan terkena jika perkara ini tidak terjadi.Jika anda ada pengalaman boleh kongsi di ruangan komen

-Suria Lekat Lekit-
pengakuan dari someone yg pernah kerja dgn syarikat gores & menang ni.. katanya hadiah yang di tawarkan dengan barangan eletrik yg konon murah sebenarnya di jual dengan harga yang berganda2 dari harga sebenar barangan tu... elok la kena belasah kadang2 salesman2 depa ni pun krg ajar jugak. pernah asben sy nak hentak sorang salesman gores menang ni dengan stereng lock sebab krg ajar bila org tak nak layan depa.. lepas tu dok sindir kuat2.. masa tu keja opis.. yelah pakai pun kemaja necktie bagai.. dia dok menyindir u ni manager ke berlagak sangat.. memang sakit hati jugak la. apa kena mengena org tak nak layan dia nak cari pasal

-Aliff Rohaiza-
he is my brother..mak aku kne tipu 8k(she dono y she gv her money easily to that person, habis semua duit yg die br kluarkan kat bank tuk urusan lain die bg kat org ne)..after my brother knw about this. he do police report at balai polis senawang..dan mmg dah ada rekod beratus org lain yg kne tipu dgn syarikat yg sama 'mega' apa ntah..paling pelik d police oficer said that they cant do anyting.. kne suap kot..kalau x xkan la org tu siap boleh ada opis bagai..siap bole bukak booth kat supermarket besar.. den he decide if police nk tunduk dgn penyangak tu lantak lak..but he wont.. now he in lokap at S2.. plez pray for him.. org mcm ne kalau x diajar ramai lg yg akan jd mangsa..berhati2 ye semua..jd kan ini sbgai pengajaran..nasihat kan our parent to b carefull next time..

-Rizziela-
saya pernah kena..siap dia kurung saya x bagi kelaur dari office dia...alasanya saya dah gores.. rugi sy x ambil barang yg harga lebih20k.. tp sy kena bayar 6k utk tebus barang tu..still untung RM14k..byk tu..
Tp bila sy x nak...saya kata..1 benda pun saya x nak..dia terus suruh staff dia tutup pintu...x bagi sya keluar..terus sy call ayah sy depan2...kelam kabut buka pintu tolak sy keluar..memang kurang ajar


Komisen Jobdirumah.Com


https://www.jobdirumah.com/index.php

Hari ini aku nak kongsi beberapa tips untuk buat duit melalui media sosial seperti FB, Twitter dan juga blog. Ada beberapa kerja yang kita boleh buat secara sambilan di alam maya ini. Hanya memerlukan sedikit masa dan usaha pasti kita akan mendapat ganjaran.
Peluang pertama aku nak kongsi di sini ialah Jobdirumah.com. Melalui laman jobdirumah kita boleh mencari pelbagai peluang pekerjaan sambilan yang ditawarkan di seluaruh dunia.Tetapi kita haruslah memilih kerja yang sesuai untuk kita dan kita rasa kita mampu membuatnya.



Selain itu kita juga boleh menjadi agen kepada Jobdirumah. Kita sebagai agen akan dibayar komisen melalui sistem affliate yang jobdirumah tawarkan. Aku baru sahaja join program ini ternyata ianya berbaloi. 

Baru sahaja menerima komisen dari jobdirumah. Bagi yang berminat boleh mendaftar di SINI

 

Ada juga cara lain untuk jana pendapatan online. Yang tu korang boleh lihat kat link di bawah :




Bacaan Suhu Rendah di Malaysia


Semalam MET Malaysia ada mengeluarkan senarai tempat di mana mencatatkan suhu yang rendah. Antara yang menarik adalah suhu di Cameron Highland yang mencatatkan suhu 12 darjah celcius.

Jangan kata Cameron area rumah aku di Temerloh suhu masa pukul 8 pagi mencatakan angka 19 darjah celcius.



MET Malaysia juga telah mengeluarkan kenyataan akhbar bahawa fenomena suhu sejuk di negara kita adalah disebabkan tiupan angin dari negara China yang sedang mengalami musim sejuk.

Jadi aku sediakan senarai tempat dan bacaan suhu semalam untuk rujukan.


Thursday, January 23, 2014

Nurul Izzah Failkan Tuntutan Cerai


Nurul Izzah Ahli Parlimen Lembah Pantai anak kepada DSAI telah memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur terhadap suaminya baru-baru ini.

Menurut laporan my metro Nurul Izzah membuat kenyataan media sebentar tadi. Dia juga memohon untuk diberikan ruang untuk dia dan suami menyelesaikan masalah rumah tangga mereka.




   
Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang prihatin terhadap masalah mereka ini.

Mereka juga dikatakan sedang berusaha sedaya upaya untuk memastikan kelangsungan perkahwinan ini.

lagi berita tentang tuntutan Nurul Izzah di SINI 
dan SINI