Monday, October 27, 2014

Senarai Tugas dan Peranan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41

Senarai Tugas dan Peranan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41

Berikut adalah Senarai Tugas dan Peranan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41untuk rujukan :
          
Kumpulan: Pengurusan dan Profesional    
          

Kem./Jab.: Jabatan Perkhidmatan Awam    
          

Jadual Gaji:    
          

Gaji Minimum     Gaji Maksimum     Kadar Kenaikan Gaji Tahunan
   RM2,253.00          RM8,731.00                      RM225.00
   
          

Syarat Lantikan:    
   

  • Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
  • Ijazah Sarjana yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
  • Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
  • lulus peperiksaan memasuki perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik yang ditetapkan;
  • hadir dan lulus kursus Diploma Pengurusan Awam anjuran Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN); dan
  • memiliki Diploma Pascasiswazah Pentadbiran Awam daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
         
Deskripsi Tugas PTD:     
Merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam mengenai pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi, sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan wilayah/daerah/tempatan/tanah, perancangan dan pentadbiran sosial, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri (termasuk perkhidmatan luar negeri) keselamatan/ketahanan negara serta pengurusan teknologi maklumat.     

Rahsia lulus temuduga jawatan kerajaan!!! Klik link ini


    
0 comments for "Senarai Tugas dan Peranan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41"