Wednesday, October 15, 2014

Sah Bonus Penjawat Awam 2015 Di Bayar Gaji Januari 2015

Sah Bonus Penjawat Awam 2015 Di Bayar Gaji Januari 2015

Semalam ada terbaca di media sosial dan media arus perdana bahawa CUEPACS telah mengusulkan kepada kerajaan membayar penjawat awam pada bulan Disember 2014 dan bukan nya bulan Januari 2015 seperti yang dibentangkan oleh YAB PM.

Ini membolehkan para penjawat awam terutama yang mempunyai anak sekolah untuk melakukan persediaan. Tetapi Sah Bonus Penjawat Awam 2015 Di Bayar Gaji Januari 2015. Rujuk berita dari Sinar di bawah :

PUTRAJAYA - Bonus kakitangan awam yang diumumkan pada pembentangan Bajet 2015 minggu lalu akan dibayar bersama gaji Januari 2015, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Beliau berkata, bonus berkenaan tidak boleh diawalkan atau dibayar pada tahun ini atau tahun sebelumnya.

"Bonus ini diluluskan dalam Bajet 2015. Jadi kalau kita lihat dari segi peraturan kewangan ia sepatutnya bermula (dibayar) pada 1 Jan 2015.

"Bonus akan masuk dalam gaji bulan Januari," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini.

Ali berkata demikian ketika diminta mengulas permintaan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) pada Isnin supaya kerajaan membuat pembayaran bonus kepada penjawat awam pada 15 Disember dan bukannya Januari depan.

Presiden Cuepacs, Azih Musa berkata, langkah itu bagi membolehkan penjawat awam membuat persediaan persekolahan anak sekaligus meringankan beban kewangan mereka.

"Memandangkan musim baharu persekolahan bermula pada Januari, kita minta supaya bayaran bonus dibuat lebih awal iaitu pada 15 Disember untuk membantu ibu bapa menyediakan persiapan persekolahan anak-anak," katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Bajet 2015 pada Jumaat lepas, mengumumkan pemberian bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500, kepada kira-kira 1.5 juta penjawat awam pada Januari. Pesara kerajaan pula diberi bantuan khas sebanyak RM250. – Bernama
0 comments for "Sah Bonus Penjawat Awam 2015 Di Bayar Gaji Januari 2015"