Monday, October 20, 2014

Respons Ustaz Kazim Elias Berkaitan Kempen "i want to touch a dog"

Respons Ustaz Kazim Elias Berkaitan Kempen "i want to touch a dog" 

Bila buka media sosial penuh dengan perkataan "i want to touch a dog" begitu juga dengan gambar muslim dan muslimah dengan pelbagai gaya sedang memegang haiwan yang bernama anjing atau dalam bahasa inggeris nya dog.

Admin pun tak berapa pasti apa sebenarnya kempen "i want to touch a dog" ni sehingga kan penuh timeline FB dengan perkara ini jadi disebabkan banyak sangat salah faham apa kata kita baca apa yang dicoretkan oleh Ustaz Kazim Elias berkaitan perkara ini.Berikut adalah Respons Ustaz Kazim Elias Berkaitan Kempen "i want to touch a dog"

Salam sejahtera..Kempen Saya Mahu Sentuh Anjing.. Hurmm satu kempen utk mmbuang stigma bg Org Muslim n khususnya org Melayu kononnya.. Siap bwk dalil kisah org masuk syurga krn bg minum kpd anjing lg.Membela anjing utk jg kebun utk jg keselamatan rumah utk mengesan barang jenayah tidaklah dilarang malah harus didlm Islam.Tetapi nak dijadikan sbg binatang peliharaan spt kucing ayam dll tidaklah boleh dipndg ringan krn ianya melibatkan urusan ibadat seharian.Mana boleh saja2 bela, saja2 nak pegang. Sebab apa nak pegang? Isu apa?Nak jdkan anjing sbg apa? Mula2 pegang pastu bela ,pastu masuk dlm rumah pastu? Pastu?Binatang mughalazah ini mcm babi jugalah mugahalazahnya, lepas ni buat la kempen pulak pegang babi dgn melawat ke pasar babi lepas tu melarat ke makan babi pulak.Ini semua ada agenda halus utk meliberal n mempluralkan agama. Tidaklah salah pegang anjing, tp apa sebabnya sampai buat kempen?Nape x buat kempen ke masjid ke? Kempen menerima hudud ke kempen menerima konsep Kalimah Allah yg sebenarnya ke.. Inilah jarum halus yg dicucuk kpd umat Islam agar menjadi fahaman liberal n plural.. Nnt akan ada yg kata knp ustaz bising isu anjing knp x bising isu memegang bukan mahram x bertudung dll, yg itu pun berkali2 dah saya tegur n nasihat tp dlm bab kempen anjing ni, ianya satu gerakan yg cukup halus utk menghalalkan sesuatu yg sudah diharamkan dan dimulakan dgn satu kempen secara kecil2an yg akhirnya akan merubah n menidakkan hukum dan itulah tujuan asalnya.Berhati2lah dgn kempen sebegini, lepas kempen arak mai anjing pulak lepas ni apa pulak?Jgn lepas ni buat kempen babi pulak dgn alasan bahawa babi skrg dah bersih dah diternak dlm aircond dah mengamalkan tahap kebersihan mematuhi piawaian antarabngsa.Halusnya kempen anjing ini namun sayang ada segelintir umat Islam yg tidak cukup halus matahatinya utk meneliti....

Banyak lagi kempen yang bagus untuk umat Islam kan kenapa kempen ini jugak diadakan.
2 comments for "Respons Ustaz Kazim Elias Berkaitan Kempen "i want to touch a dog" "

Huh..entah lah..akhir zaman ni.smua pelik2 je manusia..

Itulah kan..banyak lagi kempen lain yang boleh dibuat..dan kenapa ade muslim yang pergi ke kempen tu..huhu