Thursday, October 2, 2014

Kematian Bayi Di Taska Putrajaya




Kematian Bayi Di Taska Putrajaya

Pukul 7:05 pagi : Muhamad Zamri Anuar dan Nafisah Ahmad Jauhari telah hantar bayi Nur Imna Khalisa ke Taska Permata Bonda Putrajaya Presint 11.

Pukul 5:45 petang : Pada mulanya, hanya Nafisah Ahmad Jauhari dan anaknya Muhamad Zikri Rayyan berumur 5 tahun yang masuk ke premis taska Permata Bonda itu untuk mengambil semula bayi Nur Imna Khalisa. Manakala Muhamad Zamri Anuar dans eorang lagi anak prempuannya, Nur Airis Khadijah berumur 4 tahun tunggu di dalam kereta yang mana hanya sekitar 10 meter sahaja daripada taska Permata Bonda Presint 11 Putrajaya itu.

Tiba-tiba, Muhamad Zamri Anuar (34 tahun) dan isteri, Nafisah Ahmad Jauhari (32 tahun) melihat bayi Nur Imna Khalisa agak kaku dan kebiruan apabila sampai ke premis taska Taska Permata Bonda Putrajaya Presint 11.

Bayi Nur Imna Khalisa dilihat keadaan terlentang di dalam tempat bayi dan terdapat semuat di leher dan dadanya. Pada keseluruhan badan bayi Nur Imna Khalisa ada tanda gigitan semut pada bahagian belakang badan, telinga dan bahagian mata serta hidung berdarah juga belakang berbirat kelihatan berbirat.

Difahamkan Bayi Nur Imna Khalisa ditinggalkan begitu sahaja tanpa penjagaan dan pemantauan sejak dari pukul 3 petang. Bayi Nur Imna Khalisa tidak minum susu sejak pukul 3 petang lagi.

Difahamkan bayi Nur Imna Khalisa telah meninggal dunia antara pukul 3 petang – 4 petang

Kes kematian Nur Imna Khalisa meninggal dunia ini masih menunggu keputusan autopsi yang bakal mengambil masa yang agak lama sekitar 8 minggu. Moga dipermudahkan segala urusan. Insyaallah. Amin.-BeritaSemasa-

1 comments for "Kematian Bayi Di Taska Putrajaya"

bahaya betul zaman sekarang ni.. banyak kes pengasuh-pengasuh macam ni la... isk isk isk.