Friday, October 10, 2014

Harapan Amran aka Meran Tentang Bajet 2015

Harapan Amran aka Meran Tentang Bajet 2015

Sempena hari pembentangan bajet 2015 hari ni . Amran selaku Ketua Pemuda Barisan Nasional ingin menyuarakan harapan sikit sebanyak yang mungkin dapat membantu korang semua .

Amran mulakan dengan bacaan bismillahirahmannirrahim .

Gaji :-
Amran harap Dato Seri Najib Shippuden dapat menaikkan lagi gaji Menteri sebanyak yg mungkin . Kesian sangat dah Amran tengok Menteri ni . Jika gaji Menteri RM 6500 terpaksa Menteri " ikat perut " apatah lagi rakyat venuzuela yang bergaji RM 700 ( kerja kilang biskut ) kemungkinan mereka didalam kategori " ikat leher " dan " Ikat usus " dari perut mereka dimasuki angin .

Minyak :-
Amran harap Dato Seri Najib dapat menaikkan lagi harga minyak setinggi yg boleh . Sepanjang Amran bekerja di stesen minyak ini , tidak pernah sesekali waktu pun stesen minyak ini kosong dari pelanggan . Ini bermakna mereka masih mampu untuk mengisi minyak walaupun minyak dinaikkan harganya . Hmm

Pendidikan:-
Merujuk kepada sistem pendidikan . Amran berharap Dato Seri Najib dapat menyenaraikan nama nama mereka yg telah berhutang dengan PTPTN . Biarkan mereka tahu , pandai berhutang pandai bayar . Sedangkan isi minyak setitis juga dikira , ini kan pulak duit kerajaan yg telah dipinjam . Hmm

Hiburan:-
Kami sebagai rakyat , perlukan hiburan . Hanya Kerajaan yg dapat menyediakan hiburan untuk kami . Amran harap Dato Seri dapat menyediakan lebih banyak pusat hiburan seperti :- kelab malam , karaoke 5 star , pusat urut , urut pusat , pusat urut pusat , urut urut pusat dan korek pusat cium dan bau . Hmm

Perkhidmatan Awam:-
Selari dengan pembentangan bajet . Amran berharap agar Dato Seri dapat menyediakan perkhidmatan awam seperti kipas helicopter doraemon Alee Utoo , Pintu sesuka hati Doraemon , Kocek serbaguna Doraemon , Alat penjejak suara Doraemon . Huhu

Akta Hasutan:-
Amran berharap jugak , Dato Seri Al Fadhil Haji Najib The Last AirBlender Naruto Shippuden Sasuke Sheringan Orichimaru Hokage ke 5 Penjejak Wira Hikmat Putaran 20000 HP Son Goku Bezita Bulma Sinetron Anakku Bukan Anakku Ibnu Razak The Last Man Standing dapat mengekalkan Akta Hasutan . Agar dengan Akta Hasutan ini rakyat akan lebih takut dan tidak berani bersuara tentang segala apa keputusan Dato Seri .

Akhir kata , yang baik itu datangnya dari Amran selaku ketua Pemuda Barisan Nasional , yang buruk itu datangnya dari Puak Pembangkang yg melawan kerajaan . Huhu


p/s : aku copy paste dari FB Meran. suka baca x suka dok diam.adeh sakit perut admin
0 comments for "Harapan Amran aka Meran Tentang Bajet 2015"