Monday, October 27, 2014

Hanya Rakyat Berpendapatan RM5000 Ke Bawah Dapat Subsidi Penuh Mulai 2015

Hanya Rakyat Berpendapatan RM5000 Ke Bawah Dapat Subsidi Penuh Mulai 2015

KUALA LUMPUR: Hanya mereka yang berpendapatan bawah RM5,000 sebulan akan mendapat subsidi penuh di bawah skim rasionalisasi subsidi petrol yang akan dilaksanakan tahun depan.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Perbankan Islam Bank Rakyat sebentar tadi.

"Mereka yang berpendapatan lebih daripada RM10,000 sebulan tidak akan menikmati subsidi penuh, manakala mereka yang berpendapatan antara RM5,000 hingga RM10,000 akan mendapat separuh," ujar beliau.

Namun demikian, mekanisme perlaksanaan masih dikaji oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.-Awani-

1 comments for "Hanya Rakyat Berpendapatan RM5000 Ke Bawah Dapat Subsidi Penuh Mulai 2015"

harap pemberian subsidi ni telus pada yg layak sahaja.. rasanya duit bulanan minyak menteri pun kena potong atau hapus terus. sama2 merasa kesusahan rakyat. selagi menteri guna minyak tanggung ni, selagi tu mereka x faham sengsara minyak naik