Thursday, October 30, 2014

Fenomena Luar Biasa Menjelang Final Piala Malaysia 2014


Fenomena Luar Biasa Menjelang Final Piala Malaysia 2014

Peminat bola sepak seantero nusantara pasti sedang menantikan Final Piala Malaysia 2014 yang berlangsung pada 1 November 2014 bersamaan hari sabtu. Tetapi ada sesuatu Fenomena Luar Biasa Menjelang Final Piala Malaysia 2014 yang boleh membuat kita berfikir.

Admin merasakan kejadian atau Fenomena Luar Biasa Menjelang Final Piala Malaysia 2014 ini menunjukkan bahawa Final Piala Malaysia 2014 ini memang dinanti-nantikan oleh kedua-dua penyokong tidak kira dari pasukan JDT atau Pahang.

Kita biasa lihat situasi ini di luar negara dan contoh terbaik adalah apabila gadget baru dari Apple peminat-peminat sanggup menunggu di luar kedai 2 3 hari sebelum gadget itu dilancarkan atau dijual.

Inilah yang terjadi di JB dan Temerloh. Ada peminat yang sanggup berkampung seawal malam tadi untuk beratur bagi memastikan mereka mendapat tiket untuk Final Piala Malaysia 2014. Admin tabik la pada semua fan yang bersemangat ini.

Tetapi jangan dilupa tanggungjawab kita ya. Jaga keselamatan, ikut arahan pihak berkuasa dan jaga tingkah laku kita semasa final nanti.

Admin tak tahu nak pilih team mana sebab 2 2 team pun ada kekuatan sendiri. So Good luck untuk Pahang dan juga JDT.

 Di JB

Di Temerloh

Gambar dipetik dari BH Online dan FB Temerloh
0 comments for "Fenomena Luar Biasa Menjelang Final Piala Malaysia 2014"