Friday, October 31, 2014

Gambar Jersi Baru Harimau Malaya


Gambar Jersi Baru Harimau Malaya

Harimau Malaya adalah jolokan untuk pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia. Sudah pasti setiap pasukan kebangsaan mempunyai jersi masing-masing. Begitu juga dengan Harimau Malaya. Ini ada Gambar Jersi Baru Harimau Malaya untuk tatapan semua.

Admin kongsikan melalui laman FB Harimau Malaya Gambar Jersi Baru Harimau Malaya untuk 2015. Terdapat dua set jersi iaitu untuk Home dan Away dan seperti biasa Gambar Jersi Baru Harimau Malaya mengekalkan warna biru putih serta hitam kuning.

Dengan tema "unleash dan never look back" rasa nya jersi baru sahaja dilancarkan tetapi tidak dapat dipastikan di mana. Semoga mendapat sambutan dari semua peminat pasukan kebangsaan kita.

Jersi untuk digunakan semasa Piala AFF 2014 nanti.

Lirik Lagu Awak Kat Mana - Taufik Batisah


Lirik Lagu Awak Kat Mana - Taufik Batisah

Kenalkah anda dengan penyanyi Taufik Batisah? Kalau korang tengok Nabil Rajalawak lebih kurang macam tu jugak lah rupanya hehe. Taufik Batisah penyanyi Singapura ini telah melancarkan single terbaru beliau yang bertajuk Awak Kat Mana. Jadi mesti peminat dia tercari-cari Lirik Lagu Awak Kat Mana - Taufik Batisah bukan.

Apa yang admin tengok Lirik Lagu Awak Kat Mana - Taufik Batisah ini cukup mudah dan ringkas bak kata peminat-peminat beliau cathcy la. Bahasa pulak bahasa yang menunjukkan bahasa remaja zaman-zaman sekarang.

Awak kat mana, awak awak kat mana(yeaa)
Awak kat mana, awak awak kat mana(ditanya tanya lagi)
Awak kat mana, awak awak kat mana(yeaa)
Awak kat mana, awak awak kat mana(ditanya tanya lagi)
Awak kat mana, awak awak kat mana(ditanya)
Awak kat mana, awak awak kat mana(ditanya tanya lagi)
Awak kat mana, awak awak kat mana(yeaa)
Awak kat mana, awak awak kat mana(ditanya tanya lagi)

Awak kat mana
, awak awak kat mana
Asyik awak kat mana macam budak darjah dua
Awak sudah kenapa sikit sikit nak call saya
Nanti bingit saya tinggalkan baru kepadan muka

Buat apa? Di mana? Ku selalu ditanya
Kau ni dah kenapa? Nak mengada-ngada
Ini bukan namanya manja
Meluat ku dibuatnya

You nak pergi mana? Dia bunyi lagi
I call you tak answer, nak dekat seribu kali
Kenapa selalu curiga
Sikit sikit dia mesti tanya di mana

Awak kat mana, awak awak kat mana(yeaa)
Awak kat mana, awak awak kat mana(ditanya tanya lagi)
Awak kat mana, awak awak kat mana(yeaa)
Awak kat mana, awak awak kat mana(ditanya tanya lagi)
Awak kat mana, awak awak kat mana(ditanya)
Awak kat mana, awak awak kat mana(ditanya tanya lagi)
Awak kat mana, awak awak kat mana(yeaa)
Awak kat mana, awak awak kat mana(ditanya tanya lagi)

Awak kat mana, awak awak kat mana
Aku di dalam studio rakam lagu lepak gila
Tak suka aku tak paksa, lagu ballad pun aku ada
Kau budak budak sudah dewasa, jangan nak mengada-ngada

Tak kira di mana pun aku berada
Dah macam orang gila dia bertanya
Awak dah kat mana, awak buat apa
Jadi begini jalan ceritanya (kau dengar ni)

Lain kali cuba berdikari
Beerti tak perlu call aku lagi
Cobalah kau fikir sendiri
Jangan sikit sikit pulak engkau tanya di mana

Awak kat mana, awak awak kat mana(yeaa)
Awak kat mana, awak awak kat mana(ditanya tanya lagi)
Awak kat mana, awak awak kat mana(yeaa)
Awak kat mana, awak awak kat mana(ditanya tanya lagi)
Awak kat mana, awak awak kat mana(ditanya)
Awak kat mana, awak awak kat mana(ditanya tanya lagi)
Awak kat mana, awak awak kat mana(yeaa)
Awak kat mana, awak awak kat mana(ditanya tanya lagi)


Jadi anda layan lah Lirik Lagu Awak Kat Mana - Taufik Batisah. Semoga terhibur.


Lirik Lagu Ayuh Johor Luaskan Kuasamu


Lirik Lagu Ayuh Johor Luaskan Kuasamu

Pastinya rakyat Johor pastinya teruja dengan final Piala Malaysia 2014 1 November ini. Pastinya sorakan dan lagu Ayuh Johor Luaskan Kuasamu akan bergema di Bukit Jalil nanti. Tapi lagu tidak bergema jika anda tidak hafal Lirik Lagu Ayuh Johor Luaskan Kuasamu tersebut bukan.

Jadi dikesempatan ini admin ini kongsikan Lirik Lagu Ayuh Johor Luaskan Kuasamu untuk anda semua hafal. Lirik Lagu Ayuh Johor Luaskan Kuasamu ini ringkas dan mudah untuk anda semua ikut nanti. Bila lagi nk join budak-budak BOS nyanyi sekali kan.

Ayuh Johor
Ayuh Johor
Luaskan Kuasamu Johor!
Kami ADA
Kami ADA
SETIA bersamamu Johor!
Ale ale ale ale
Ale ale ale ale


Jadi semoga Lirik Lagu Ayuh Johor Luaskan Kuasamu yang admin kongsikan ini dapat membantu anda dalam menghafal bait-bait liriknya. Admin search banyak sebenar lirik lagu lain untuk pasukan JDT tetapi admin kongsikan yang ini dan juga layan video di bawah ye.

Jika ada lagu lain boleh kongsi di ruangan komen


Lirik Lagu Ale Ale Tok Gajahku

Lirik Lagu Ale Ale Tok Gajahku

Admin kongsikan untuk semua fan Pahang Lirik Lagu Ale Ale Tok Gajahku untuk persediaan anda. Anda hafal la yek nanti boleh join komrad EA untuk menyanyi sama-sama di Bukit Jalil.

Di sini admin kongsikan lagu nya jugak.

Kulihat kusokong kubanggakan
Utk negeri pahang
Teruskan berjuang
Ooo ale ale ale ale tok gajahku...
Ooo ale ale ale ale tok gajahku...
Ooo ale ale ale ale tok gajahku...
Ooo ale ale ale ale tok gajahku...

Bangkitlah kita raih juara
Kita raih juara
Piala malaysia
Ooo ale ale ale ale tok gajahku...
Ooo ale ale ale ale tok gajahku...
Ooo ale ale ale ale tok gajahku...
Ooo ale ale ale ale tok gajahku... 


Layan....

Opening lagu sangat comel


Thursday, October 30, 2014

Senarai Calon FIFA Ballon d'Or Lelaki 2014


Senarai Calon FIFA Ballon d'Or Lelaki 2014

Berikut admin kongsikan Senarai Calon FIFA Ballon d'Or Lelaki 2014 yang akan dipilih sebagai pemain terbaik bola sepak dunia untuk tahun 2014.

Gareth Bale (Wales), Karim Benzema (France), Diego Costa (Spain), Thibaut Courtois (Belgium), Cristiano Ronaldo (Portugal), Angel Di Maria (Argentina), Mario Goetze (Germany), Eden Hazard (Belgium), Zlatan Ibrahimovic (Sweden), Andres Iniesta (Spain), Toni Kroos (Germany), Philipp Lahm (Germany), Javier Mascherano (Argentina), Lionel Messi (Argentina), Thomas Mueller (Germany), Manuel Neuer (Germany), Neymar (Brazil), Paul Pogba (France), Sergio Ramos (Spain), Arjen Robben (Netherlands), James Rodriguez (Colombia), Bastian Schweinsteiger (Germany), Yaya Toure (Côte d’Ivoire).

Semua 23 pemain yang disenaraikan memang mempunyai aura tersendiri. Dan semua memang sedang mencipta nama di persada liga-liga terkemuka eropah.

Kita tunggu sahaja lah siapa yang bakal dinobatkan sebagai pemenang FIFA Ballon d'Or Lelaki 2014 nanti.

Sinopsis Suamiku Encik Sotong


Sinopsis Suamiku Encik Sotong


Pastinya ramai yang tertunggu-tunggu sebelum ini cerita Suamiku Encik Sotong kan. Ye la kalau diikutkan iklan nya di TV menggunakan artis-artis popular. Sinopsis Suamiku Encik Sotong admin kongsikan khas untuk anda.


Drama Suamiku Encik Sotong bersiaran bermula 27 Oktober 2014 dan merupakan cerita adaptasi dari novel milik Syikin Zainal.

Pelakon utama dalam cerita ini adalah Sharnaaz Ahmad dan Amyra Rosli. Jom kita tengok Sharnaaz bawa watak lelaki lembut.

Sinposis Suamiku Encik Sotong adalah :

ERICA SOFFEA melonjak kegembiraan. Mana tidaknya, dialah bakal peneraju Khaleeda Holding. Walaupun hubungannya dengan arwah nenda bu-kanlah baik sangat pun. Terasa macam hendak buat aksi akrobatik ketika namanya diumumkan. Naik senak kepala Erica bila dia terpaksa dijodohkan dengan sotong peliharaan nendanya, Farish. Dah lah tak macho, pakai baju warna pink. Kalau bercakap tangan bukan main lentik lagi macam orang nak main mak yong. Farish terpaksa menerima Erica kerana dua sebab. Pertama, sebab wasiat arwah Tengku Khaleeda. Kedua, kerana tidak tahan dengan perangai berlagak Erica. Lagipun bukan lama sangat dia perlu bergelar suami pada diva berlagak itu, tiga tahun sahaja. Dalam tempoh perkahwinan mereka jatuh cinta. Tapi... cinta itu bukan milik mereka berdua. Milik siapa ya?Peninglah, kalau dah dapat suami sotong. Bukan hanya lembut fizikaltapi lembut juga hatinya. Erica pula terpaksa terus bersama dengan Encik Sotongnya kerana cinta. Encik sotong bukan lelaki biasa, tetapi lelaki yang sanggup berkorban segala-galanya demi tidak mahu melihat Erica merana. Walaupun jiwa lelakinya menderita, tapi sampai bila?

“Amboi sedap aje mulut kau mengata kat aku. Aku pun tak ingin nak ambil perempuan macam kau ni jadi isteri aku tau. Mulut macam puaka.” - Farish

“Bukanlah Kak Ain, bukan Rica nak sembunyikan suami Rica. Tapi dia sibuk maklumlah nak jahit baju pertunangan Izhan dengan Qarina. Faham-faham ajelah golongan tengku-tengku ni bertunang pun kena buat yang grand. Baju tu kalau boleh bukan setakat labuci, lampu lip-lap tu pun kalau boleh suruh dipasang kat baju. Itu yang suami saya sakit kepala. Nak fikir macammana nak letak lampu lip-lap kat pergelangan tangan.” - Erica


Jangan lupa layan drama ini ya.

Tips Pakaian Sesuai Semasa Temuduga

Tips Pakaian Sesuai Semasa Temuduga

Tidak kira di mana sahaja anda dipanggil untuk temuduga sesuatu jawatan kerja anda perlu Tips Pakaian Sesuai Semasa Temuduga.

Jadi admin kongsikan video dari You Tube untuk memudahkan anda mengetahui apakah jenis pakaian yang sesuai bagi menarik perhatian pandangan pertama penemuduga.

Pakaian mestilah yang sesuai dan tidak menjolok mata.

Jom kita saksikan video Tips Pakaian Sesuai Semasa Temuduga semoga bermanfaat dan jangan lupa kongsi ya.


 

Gambar Pak Majid Penyokong Pahang

Gambar Pak Majid Penyokong Pahang

Masih ingatkah anda dengan seorang penyokong tegar skuad Tok Gajah Pahang? Ini Gambar Pak Majid Penyokong Pahang bersama tiket final untuk game hari sabtu ini.

Pak Majid penyokong yang menunaikan nazar beliau berjalan kaki dari Stadium Darul Makmur Kuantan ke Stadium Shah Alam setelah Pahang menang Piala Malaysia 2013.

Menerusi Fb Astro Arena admin kongsikan gambar Pak Majid dengan tiket finalnya.

Diberitakan Pak Majid telah menunggu di kaunter tiket sejak dari malam tadi lagi. Memang Pak Majid popular pada ketika itu dan mudah dikenali dengan Pak Majid Berjalan Kak.

Lirik Lagu Malam Ini Kita Punya - Bunkface

Lirik Lagu Malam Ini Kita Punya - Bunkface

Sebelum kita layan Lirik Lagu Malam Ini Kita Punya - Bunkface kita baca dulu sedikit mukadimah tentang Bunkface.

Bunface terdiri daripada penyanyi utama dan pemain gitar Sam Baharom, pemain gitar bass serta penyanyi latar Youk (Farouk Jaafar), pemain gitar utama Paan (Ahmad Farhan), dan pemain dram Biak. 

Biak kemudiannya digantikan dengan Ejam Coda. 

Bunkface mula mencapai populariti melalui lagu dalam EP Lesson of the Season mereka iaitu Silly Lily dan Situasi. Semua peminat mereka digelar Bunker.

Buang cerita lama
Ada hati ada kecewa
Lupakan semalam
Malam ini kita punya

Bintang bersama kita
Jangan gentar jangan phobia
Era baru bermula
Mari goncang dunia

Malam ini kita goyang
Dalam mimpi kita menang
Dari hati malam ini kita punya

Malam ini kita goyang
Dalam mimpi kita menang
Dari hati malam ini kita punya

langit malam setuju
aku raja kaulah ratu ku
gelombang diudara memanggil nama ku

janjiku gengam
jangan biar budak baru tenggelam
serumpun kita pulang
lagu ini kita ulang

Malam ini kita goyang
Dalam mimpi kita menang
Dari hati malam ini kita punya

Malam ini kita goyang
Dalam mimpi kita menang
Dari hati malam ini kita punya
Malam ini kita punya
Malam ini kita punya


Malam ini kita punya
Malam ini kita punya
Ohhhhh ohhhh

Malam ini kita goyang
Dalam mimpi kita menang
Dari hati malam ini kita punya

One two three four

Malam ini kita goyang
Dalam mimpi kita menang
Dari hati malam ini kita punya
Malam ini kita punya
Malam ini kita punya


Lagi Video Berkaitan "I Want To Touch A Dog"


Lagi Video Berkaitan "I Want To Touch A Dog"

Jalan punya jalan punya terjumpa lah dengan Lagi Video Berkaitan "I Want To Touch A Dog" ini. Kaki kaki internet online u tube semua pasti kenal dengan awek dalam video yang kita nak tengok ini.

Admin malas nak tulis panjang-panjang. Tetapi kepada sesiapa yang dah baca post ini dan tengok sampai habis video ini anda mohon lah untuk komen dengan kadar yang beretika ya.

Bagi admin lah selagi tak darurat memang tak akan pegang anjing kot. Jom layan Lagi Video Berkaitan "I Want To Touch A Dog" kat bawah ini. Jika tidak keberatan share dan viralkan lah video ini. Kita doakan saudara muslim dan muslimah kita sentiasa dilindungi dari musuh-musuh Islam. Tiada niat mengaibkan tetapi untuk dijadikan iktibar kepada kita semua.

Terangkan kepada anak cucu kita yang tak perlu rasa nya nak pegang anjing untuk hilang kan rasa takut pada haiwan tersebut. Kita ada agama. Cukup sekadar kita hormat haiwan tersebut sebagai makhluk ciptaan Allah SWT.

video
 

Fenomena Luar Biasa Menjelang Final Piala Malaysia 2014


Fenomena Luar Biasa Menjelang Final Piala Malaysia 2014

Peminat bola sepak seantero nusantara pasti sedang menantikan Final Piala Malaysia 2014 yang berlangsung pada 1 November 2014 bersamaan hari sabtu. Tetapi ada sesuatu Fenomena Luar Biasa Menjelang Final Piala Malaysia 2014 yang boleh membuat kita berfikir.

Admin merasakan kejadian atau Fenomena Luar Biasa Menjelang Final Piala Malaysia 2014 ini menunjukkan bahawa Final Piala Malaysia 2014 ini memang dinanti-nantikan oleh kedua-dua penyokong tidak kira dari pasukan JDT atau Pahang.

Kita biasa lihat situasi ini di luar negara dan contoh terbaik adalah apabila gadget baru dari Apple peminat-peminat sanggup menunggu di luar kedai 2 3 hari sebelum gadget itu dilancarkan atau dijual.

Inilah yang terjadi di JB dan Temerloh. Ada peminat yang sanggup berkampung seawal malam tadi untuk beratur bagi memastikan mereka mendapat tiket untuk Final Piala Malaysia 2014. Admin tabik la pada semua fan yang bersemangat ini.

Tetapi jangan dilupa tanggungjawab kita ya. Jaga keselamatan, ikut arahan pihak berkuasa dan jaga tingkah laku kita semasa final nanti.

Admin tak tahu nak pilih team mana sebab 2 2 team pun ada kekuatan sendiri. So Good luck untuk Pahang dan juga JDT.

 Di JB

Di Temerloh

Gambar dipetik dari BH Online dan FB Temerloh

Tuesday, October 28, 2014

Live Streaming Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2014 JDT vs Pahang

Live Streaming Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2014 JDT vs Pahang

Saksikan Live Streaming Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2014 JDT vs Pahang, Sabtu (1 Nov 2014), pukul 8.40 malam di Tv1.

Diharapkan kedua-dua pasukan akan mempamerkan semangat kesukanan yang tinggi dan permainan berkualiti.

Seperti yang kita tahu pertemuan dua pasukan ini sememangnya menjanjikan perlawanan yang menghiburkan dengan menghasilkan jaringan.

Jadi jom kita saksikan Live Streaming Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2014 JDT vs Pahang dengan klik pautan ini :

Live Streaming Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2014 JDT vs Pahang

Video 8 Tips Interview

Video 8 Tips Interview

Berikut admin kongsikan Video 8 Tips Interview untuk rujukan dan panduan semua pembaca.

Kata orang apabila menggunakan penerangan berbentuk video kita akan lebih mudah untuk memahami apa yang cuba disampaikan berbanding dengan apa yang kita baca penulisan.

Jadi kepada semua yang mendapat panggilan temuduga tengok la video ini.

Share kan kepada sesiapa sahaja. Share kan sebanyak mungkin melalui button share yang terdapat di bawah ini.


Video Wak Doyok Nyanyi Lagu Sedetik Lebih


Video Wak Doyok Nyanyi Lagu Sedetik Lebih

Wah Wak Donyok menyanyi pulak ke. Dah la jadi ikon fesyen, join banyak program TV tup tup ada plak Video Wak Doyok Nyanyi Lagu Sedetik Lebih.

Ekslusif di THR Gegar Wak Doyok telah menyanyikan sebuah lagu popular Anuar Zain iaitu Sedetik Lebih.

Boleh tahan lah Wak Doyok nyanyi. Untuk semua peminat Wak Doyok jom layan Video Wak Doyok Nyanyi Lagu Sedetik Lebih

video



18SX Iklan Cari Gigolo Di FB Tawar Upah RM3500 Semalam


18SX Iklan Cari Gigolo Di FB Tawar Upah RM3500 Semalam

Apa itu gigolo? Gigolo adalah anak ikan. Apa itu anak ikan? Korang google la sendiri kalau nak tahu sebab benda ini memang melibatkan keruntuhan akhlak tahap tinggi atau dewa.Perghhh 18SX Iklan Cari Gigolo Di FB Tawar Upah RM3500 Semalam

Katanya dalam iklan tersebut wanita-wanita kaya sedang mencari lelaki-lelaki yang sanggup menjadi anak ikan mereka. Mereka akan bayar RM3500 semalam untuk kerja yang telah diselesaikan.

Bukan itu sahaja anak-anak ikan ini akan dimandikan dengan duit, hadiah dan kereta oleh sugarmummy mereka.

Perghhh gilo lah. Siap ada Gigolo Agency tu. Admin nampak iklan ni di salah satu page radio tersohor Malaysia. Harap ada tindakan sewajarnya dengan iklan atau komen-komen seperti ini.


NASA Nafi Bumi Bergelap 3 Hari Disember Ini

NASA Nafi Bumi Bergelap Disember Ini

NEW YORK – Pihak Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) menafikan mengeluar satu artikel yang mengesahkan bahawa bumi bakal bergelap selama tiga hari pada Disember depan.

Artikel tersebut yang kini tersebar di internet mendakwa bumi bakal bergelap kerana satu ribut solar menyebabkan pancaran cahaya matahari terhalang.


Sebuah laman web, Huzlers.com baru-baru ini mengeluarkan satu artikel yang bertajuk NASA mengesahkan bumi akan bergelap selama enam hari pada Disember 2014 sebelum ia dikongsi secara meluas di media sosial.


Laman web itu mendakwa NASA mengesahkan bahawa bumi akan bergelap selama enam hari bermula pada 21 hingga 23 Disember depan.


“Satu ribut solar menyebabkan debu-debu memenuhi ruang angkasa dan menghalang pancaran cahaya matahari sebanyak 90 peratus.


“Keadaan ini bakal menyebabkan bumi bakal menjadi gelap gelita selama enam hari,” katanya artikel tersebut.


Bagaimanapun, NASA menerusi laman web rasminya menafikan mereka ada mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kejadian itu.– Agensi


Berita dipetik dari Relevan Sokmo

2000 Tiket Final Piala Malaysia 2014 Percuma Untuk Warga Johor

2000 Tiket Final Piala Malaysia 2014 Percuma Untuk Warga Johor

Wah berita baik untuk semua peminat bola sepak terutama untuk penyokong JDT. 2000 Tiket Final Piala Malaysia 2014 Percuma Untuk Warga Johor yang diilhamkan oleh Menteri Besar Johor sendiri.

MB Joho berbesar hati untuk menyediakan 2000 keping tiket percuma tetapi sesiapa yang inginkan tiket ini perlu mengikuti segala arahan yang diperlukan.

Jadi untuk semua fan JDT dari Joho jom sertai acara ini. Penyertaan terawal membolehkan anda mendapat tiket percuma tersebut.

Untuk maklumat lanjut sila ke FB MB JOHO ini.

Monday, October 27, 2014

Gambar Terowong MRT Bawah Jalan Bukit Bintang Siap


Gambar Terowong MRT Bawah Jalan Bukit Bintang Siap

KUALA LUMPUR: Pembinaan dua terowong berkembar MRT di bawah Jalan Bukit Bintang berjaya disiapkan dengan dua mesin pengorek (TBM) dalam syaf bertemu di Pudu baru-baru ini.

Pengarah Komunikasi Strategik dan Perhubungan Awam Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd, Amir Mahmood Razak, berkata TBM Inai 1 memecah masuk pada 16 Oktober manakala kejayaan kedua dicapai oleh TBM Inai 2 pada 21 Oktober.

"Kemajuan keseluruhan yang dicapai oleh kerja-kerja bawah tanah projek MRT kini berada pada tahap 68.5 peratus pada akhir September, manakala pembinaan terowong secara keseluruhannya mencapai 88 peratus.

"Kami hanya mempunyai dua TBM yang mengorek dari syaf Pudu menuju ke Pasar Seni. Semua kerja-kerja pembinaan terowong dijangka siap menjelang suku pertama 2015, namun kerja-kerja bawah tanah akan berterusan sehingga Disember 2016," katanya kepada pemberita di tapak syaf pelancaran MRT Pudu, hari ini.

Ketua Terowong MMC-Gamuda, Ng Hau Wei, berkata kerja-kerja pembinaan terowong sangat mencabar disebabkan keadaan geologi kawasan itu.

"Jalan Bukit Bintang melintasi dua formasi geologi di hujung Jalan Bukit Bintang sebelah timur berada di atas kawasan berbatu kapur Kuala Lumpur manakala hujung sebelah barat berada di atas formasi Bukit Kenny, peralihan antara dua formasi ini membabitkan kawasan Pavilion," katanya.

Katanya, cabaran lain termasuk penumpuan utiliti yang sangat padat dan penggunaan teknologi kejuruteraan ketepatan tinggi, termasuk TBM yang mempunyai teknologi Pemboleh Ubah Ketumpatan, berjaya menyelesaikan masalah ini.

"Di samping mampu mengurangkan pembentukan tanah jerlus, ia juga boleh berubah dari mod kolam berlumpur (ketika mengorek menerusi formasi batu kapur) kepada mod pengimbangan tekanan bumi (semasa mengorek melalui formasi Bukit Kenny) dan sebaliknya," katanya.

MRT Sungai Buloh-Kajang, sepanjang 51 kilometer (km), termasuk 9.5 km di bawah tanah, akan melalui pusat bandar.

Sebanyak tujuh stesen bawah tanah akan dibina iaitu KL Sentral, Pasar Seni, Merdeka, Bukit Bintang Sentral, Pasar Rakyat, Cochrane dan Maluri.- BH Online, BERNAMA

Petua Halau Lipas Di Rumah

Petua Halau Lipas Di Rumah

Petua Nenek yang di petik dari FB Legacy Secret Trading. Jom kita cuba Petua Halau Lipas Di Rumah
Lipas merupakan serangga yang di katakan ramai yang tidak mengemarinya. Jom ketahui petua halau lipas dari rumah anda.

Lipas, salah satu binatang yang mengelikan dan selalunya ia akan dipukul menggunakan penyapu, selipar dan sebagainya sehingga mati. Tahukan anda, jika binatang ini dipukul akan mendatangkan keburukan yang mana puncanya berada di bahagian isi perut lipas.

Perut lipas mengandungi cacing halus dan lembut yang akan hidup meskipun di luar daripada tubuh lipas. Bila cacing ini berada luar daripada tubuh lipas, dia akan mencari tempat baru. Cacing ini bersaiz pendek dan dapat dilihat melalui mata kasar pada jarak 10-20 cm.

Anda tidak percaya! Ia boleh dibuktikan melalui kaedah ini dengan cara meletakkan isi perut lipas di atas kertas hitam atau cermin dan anda dapat lihat cacing yang keluar dari perut lipas yang meronta-ronta mencari tempat baru.

Sangat bahaya, jika cacing ini memasuki kulit tubuh kita terutama kaki kerana dapat masuk melalui pori-pori kulit atau bila ada luka terbuka. Anda ingin tahu petua untuk menghalau lipas di dapur atau ruang tamu anda. Jom ketahuinya!

1. Ambil sebuku sabun mandi dan potong kecil. Kemudian letakkan ketulan kecil sabun ini di setiap kawasan yang mempunyai lipas. Biarkan sahaja dan lihat hasilnya.

2. Potong dan letakkan hirisan lemon di kawasan yang ada lipas dan lipas akan bertempiaran lari. Selepas beberapa hari apabila lemon sudah kering, gantikan dengan lemon yang baru.

3. Ambil hujung timun atau pangkalnya dan letakkan di tempat yang ada banyak lipas. Kemudian lihat lipas akan mati.

4. Ambil beberapa biji buah pelaga dan letakkan di tempat lipas membiak.

5. Kalau terlalu banyak sangat lipas, sediakan ubi kentang yang direbus dan dilecek dicampurkan bersama serbuk penaik dan gaul. Buat seperti begedel dan letak di tempat banyak lipas.

6. Letakkan hirisan daun pandan di dalam uncang tebuk uncang itu, kemudian letakkan di dalam laci atau di tempat pembiakan lipas.

Selamat Beramal

SILA KONGSIKAN DGN RAKAN2 ANDA KLIK SHARE

Hanya Rakyat Berpendapatan RM5000 Ke Bawah Dapat Subsidi Penuh Mulai 2015

Hanya Rakyat Berpendapatan RM5000 Ke Bawah Dapat Subsidi Penuh Mulai 2015

KUALA LUMPUR: Hanya mereka yang berpendapatan bawah RM5,000 sebulan akan mendapat subsidi penuh di bawah skim rasionalisasi subsidi petrol yang akan dilaksanakan tahun depan.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Perbankan Islam Bank Rakyat sebentar tadi.

"Mereka yang berpendapatan lebih daripada RM10,000 sebulan tidak akan menikmati subsidi penuh, manakala mereka yang berpendapatan antara RM5,000 hingga RM10,000 akan mendapat separuh," ujar beliau.

Namun demikian, mekanisme perlaksanaan masih dikaji oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.-Awani-

Canada's Parliament Attacked

Canada's Parliament Attacked

A gunman attacked Canada's parliament on Wednesday, with gunfire erupting near where Prime Minister Stephen Harper was speaking, and a soldier was fatally shot at a nearby war memorial, stunning the Canadian capital.

The gunman in the parliament building was shot dead, and Harper was safely removed in incidents that may have been linked to Islamic militants.

Witness accounts indicated the man who shot dead the soldier guarding the National War Memorial in central Ottawa, went on to attack the parliament building minutes later. Canadian police said however they could not "at this point" confirm it was the same person.

The shootings followed an attack on two soldiers in Quebec on Monday carried out by a convert to Islam. Two U.S. officials said U.S. agencies had been advised the dead gunman in Wednesday's shootings was also a Canadian convert to Islam.

Witnesses said a flurry of shots were fired after a gunman entered the parliament building, pursued by police.

The assault took place very near the room where Harper was meeting with members of his Conservative party, a government minister said.

"PM (Harper) was addressing caucus, then a huge boom, followed by rat-a-tat shots. We all scattered. It was clearly right outside our caucus door," Treasury Board Minister Tony Clement told Reuters.

The incident, shocking in Canada's normally tranquil capital, began shortly before 10 a.m. ET and was not over late in the afternoon. Parliament and buildings in downtown remained on emergency lockdown at 6 p.m.

Canadian police were investigating a man named as Michael Zehaf-Bibeau as a possible suspect in the shootings, a source familiar with the matter said. U.S. government sources said the suspect was born Michael Joseph Hall but later changed his legal family name to Zehaf-Bibeau.

Security in Ottawa came under criticism after the gunman was able to run through the unlocked front door of the main parliament building. Police said an operation was under way to make parliament safe.

"It caught us by surprise... If we had known that this was coming, we would have been able to disrupt it," Gilles Michaud, assistant commissioner of the Royal Canadian Mounted Police, (RCMP) told a news conference.

It was unclear whether there was any connection between Wednesday's shootings and an attack on Monday when a convert to Islam ran down two Canadian soldiers with his car, killing one, near Montreal, before being shot dead by police in the first fatal attack on Canadian soil tied to Islamic militants.

No group, Islamic or otherwise, claimed responsibility for either the attack in Ottawa or the one near Montreal. Monday’s attacker, 25-year-old Martin Rouleau, who converted to Islam last year, was among 90 people being tracked by the RCMP on suspicion of taking part in militant activities abroad or planning to do so.

Canada announced this month it was joining the battle against Islamic State fighters who have taken over parts of Iraq and Syria.

GUNS DRAWN IN PARLIAMENT

From witness accounts it appeared the suspect dashed into parliament, ran past the room where Harper was speaking and was gunned down outside the entrance to the library, only about 60 feet (20 meters) away.

Dramatic video footage posted by the Globe and Mail newspaper showed police with guns drawn inside the main parliament building. At least a dozen loud bangs can be heard on the clip, echoing through the hallway.

Veterans Affairs Minister Julian Fantino, a former policeman, told the Toronto Sun that parliament's head of security, Sergeant-at-Arms Kevin Vickers, shot dead a suspected gunman.

Canadian cabinet minister Jason Kenney said a guard in parliament buildings was also wounded in the incident.

Harper stressed that government and parliament should continue its work, a spokesman said. "While the prime minister stated that facts are still being gathered, he condemned this despicable attack," the spokesman said.

Harper, who was meeting with cabinet ministers on Wednesday evening, was expected to make a statement later in the day.

Canada said on Tuesday it had raised the national terrorism threat level to medium from low because of a rise in "general chatter" from radical groups such as Islamic State and al Qaeda but said there had not been a specific threat.

The RCMP's Michaud said the threat level on Parliament Hill had been on medium for some time.

The soldier who died in the shooting at the War Memorial was identified as Cpl. Nathan Cirillo, according to his aunt.

Cirillo was a member of the Argyll and Sutherland Highlanders, a regiment of Reserve Forces based in Hamilton, and was training to join the Canada Border Services Agency, a federal agency responsible for border and immigration enforcement, his aunt told The Globe and Mail.

It was not clear if Cirillo was armed or not when he was shot.

'YOU ARE IN DANGER HERE'

The attack on the heart of the country's government shook Canada's self-image as generally non-violent, particularly compared to the United States, where gun violence is much more common. Canadian cities and towns hiked security around government buildings, schools and mass transit systems.

As the drama in Ottawa unfolded, police in dark bulletproof vests and carrying automatic rifles flooded the streets near parliament, clearing several blocks of downtown Ottawa.

Some took cover behind vehicles and shouted to people to clear the area, saying: "We do not have the suspect in custody. You are in danger here."

When the shooting started, most members of parliament were in the two caucus rooms past which the gunman ran. Members were told to lock or barricade themselves in their rooms or offices, and stay away from the windows.

A tweeted picture sent from the room where the opposition New Democrats were holding a weekly caucus showed a pile of chairs jammed up against the main door to prevent anyone from entering.

U.S. officials said there was no specific indication of a similar attack in the United States, a strong Canadian ally, but reinforced warnings to Americans to be alert.

"As a matter of precaution due to recent events, the FBI has reminded our field offices and government partners to remain vigilant in light of recent calls for attacks against government personnel by terrorist groups and like-minded individuals," U.S. Federal Bureau of Investigation spokesman Paul Bresson said.

Canadian and U.S. stock markets declined after the shootings in Ottawa. The Toronto Stock Exchange's TSX index .GSPTSE dropped 1.6 percent, while the S&P 500 .SPX gave back 0.7 percent.

Mass shootings are relatively rare in Canada, which has stricter gun laws than the United States, and the regulations at one point included a national registry of rifles and shotguns. Legislation was passed in 2012 to scrap the registry.

Ottawa also has a low murder rate. There were nine homicides in 2013 and seven in 2012, in a city of 885,000 people. Compared with Capitol Hill in Washington, security on Parliament Hill is also fairly low key. Anybody could walk right up to the front door of parliament's Centre Block with arms and explosives without being challenged before entering the front door, where a few guards check accreditation.

Centre Block is the main building on Parliament Hill, a sprawling complex of buildings and open space in downtown Ottawa. It contains the House of Commons and Senate chambers as well as the offices of some members of parliament, senators, and senior administration for both legislative houses.

A construction worker who was on the scene in Ottawa when the shooting began told Reuters he heard a gunshot, and then saw a man with a scarf over his face running towards parliament.

"He was wearing blue pants and a black jacket and he had a double barreled shotgun and he ran up the side of this building here and hijacked a car at gunpoint," construction worker Scott Walsh told Reuters.

The driver got out safely, then the man drove the car to the Centre Block, where construction work is under way, Walsh said.

The Canadian military closed its bases across the country to the public following the events in Ottawa, CBC TV said.

The attacks in Ottawa and Quebec took place as the Canadian government prepared to boost the powers of its spy agency, the Canadian Security Intelligence Service. Public Safety Minister Stephen Blaney said last Thursday the new legislation would let the agency track and investigate potential terrorists when they travel abroad and ultimately prosecute them.

Outside Washington, unspecified extra security was authorized at the Tomb of the Unknown Soldier in Arlington National Cemetery, where ceremonial guards mount a constant watch, a U.S. Defense Department official said. (Reuters) 

Senarai Tugas dan Peranan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41

Senarai Tugas dan Peranan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41

Berikut adalah Senarai Tugas dan Peranan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41untuk rujukan :
          
Kumpulan: Pengurusan dan Profesional    
          

Kem./Jab.: Jabatan Perkhidmatan Awam    
          

Jadual Gaji:    
          

Gaji Minimum     Gaji Maksimum     Kadar Kenaikan Gaji Tahunan
   RM2,253.00          RM8,731.00                      RM225.00
   
          

Syarat Lantikan:    
   

  • Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
  • Ijazah Sarjana yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
  • Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
  • lulus peperiksaan memasuki perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik yang ditetapkan;
  • hadir dan lulus kursus Diploma Pengurusan Awam anjuran Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN); dan
  • memiliki Diploma Pascasiswazah Pentadbiran Awam daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
         
Deskripsi Tugas PTD:     
Merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam mengenai pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi, sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan wilayah/daerah/tempatan/tanah, perancangan dan pentadbiran sosial, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri (termasuk perkhidmatan luar negeri) keselamatan/ketahanan negara serta pengurusan teknologi maklumat.     

Rahsia lulus temuduga jawatan kerajaan!!! Klik link ini


    

Saturday, October 25, 2014

Tuesday, October 21, 2014

Gambar Sekitar Kejadian Ribut Di Pandamaran Klang

 

Gambar Sekitar Kejadian Ribut Di Pandamaran Klang

Berikut admin kongsikan beberapa Gambar Sekitar Kejadian Ribut Di Pandamaran Klang yang berlaku petang tadi.

Ada juga yang memberitahu bahawa berlaku puting beliung di Pandamaran Klang tetapi admin tidak pasti sama ada dakwaan itu benar atau sebaliknya.

Oleh itu jom sama-sama kita lihat Gambar Sekitar Kejadian Ribut Di Pandamaran Klang tersebut.
 

Penjelasan Ustaz Iqbal Berkaitan Program " I Want To Touch A Dog "

Penjelasan Ustaz Iqbal Berkaitan Program " I Want To Touch A Dog "

Assalamualaikum,

Alhamdulillah dan segala syukur untuk Allah SWT.
Cuaca sosial media pada ketika ini agak panas berhubung program "I Want To Touch a Dog", yang saya terlibat secara langsung di dalamnya untuk memberi perkongsian ilmu, setelah mendapat tahu program ini telah mendapat izin dari pihak MAIS.

Pada awalnya, penganjur program, Syed Azmi, menjemput saya untuk mengisi slot ilmu. Saya merasakan ini adalah peluang yang baik untuk menyampaikan mesej Islam kepada Muslim dan non-Muslim, dan alhamdulillah sehingga kini mereka masih menghubungi saya untuk bertanyakan perihal Islam dengan lebih lanjut.

Saya difahamkan bahawa tempat perkongsian ilmu diasingkan dari tempat anjing-anjing berkumpul.

Saya akui yang saya terlepas pandang bahawa program ini disalah tafsir malah diambil kesempatan oleh setengah pihak untuk menggalakkan masyarakat Melayu awam bermesra-mesra dengan anjing tanpa sebab. Saya tidak pernah terfikir perkara ini boleh berlaku seolah-olah saya yang menggalakkannya.

Saya memenuhi jemputan ini, dan menjelaskan kepada yang hadir mengenai hukum-hakam yang jelas menurut mazhab Syafi'e, seperti yang terdapat dalam fatwa JAKIM. Dibawah ini saya sertakan lampiran yang difotokopi sebanyak 500 helai dan diedarkan kepada mereka yang hadir.

Saya ingin JELASKAN disini bahawa saya TIDAK BERSETUJU dengan aksi peluk,cium anjing yang dilakukan pada hari tersebut oleh peserta-peserta program.

Saya juga jelas menerangkan,tidak dibenarkan menyentuh anjing tanpa sebab yang perlu.

Saya terkilan kerana pihak media hanya menyebarkan sebahagian ucapan saya yang seolah-olah saya menyokong perbuatan tersebut, manakala bahagian hukum hakam tidak disebutkan oleh pihak media .

Saya memohon maaf secara terbuka di atas segala kecelaruan dan kepincangan yang berlaku. Iktibar dan pelajaran yang berharga saya perolehi dari apa yang telah berlaku. Saya mengharapkan program ini pada masa hadapan dapat dilakukan dalam suasana yang lebih menghormati sensitiviti masyarakat setempat.

Terima kasih di atas segala kritikan dan teguran yang membina. Saya yakin segalanya ada hikmah dari Allah. Semoga dengan pengalaman ini mematangkan lagi diri saya dalam liku-liku perjuangan dakwah.

Video di SINI

Mohd Iqbal Parjin aka Ustaz Iqbal Zain Al Jauhari

Resipi Jeruk Mangga Asam Boi Mudah Dan Senang

Resipi Jeruk Mangga Asam Boi Mudah Dan Senang

Bahan-bahan

1) 3-4 biji mempelam
2) 7 biji asam boi
3) Sedikit garam
4) Gula ( lebihkan pun boleh )
4) 3 biji cili padi ( lebihkan jika nak pedas )


Cara-cara

1) Masukkan semua bahan dalam balang
2) Gaul sebati/goncangkan bekas
3) Masukkan dalam peti ais lebih kurang 5 jam / semalaman
4) Sedia untuk dimakan


p/s :

Admin pernah rasa jeruk epal asam boi memang terbaik

SUMBER

Video Penerangan Hukum Sengaja Pegang Anjing - Ustaz Azhar Idrus

Video Penerangan Hukum Sengaja Pegang Anjing - Ustaz Azhar Idrus

Kita di Malaysia baru-baru ini dikejutkan dengan satu program yang dinamakan "i want to touch a dog" yang melibatkan beberapa umat Islam dilihat melalui gambar dengan sengaja membelai, menyentuh dan memeluk anjing.

Oleh hal demikian admin kongsikan satu Video Penerangan Hukum Sengaja Pegang Anjing - Ustaz Azhar Idrus yang mudah untuk kita faham tentang berkaitan ini semoga semua mendapat manfaat.

Jangan lupa untuk kongsikan juga dengan orang lain.


Gambar "Rare" Dollah Salleh, Zainal Abidin Hassan dan Fandi Ahmad


Gambar "Rare" Dollah Salleh, Zainal Abidin Hassan dan Fandi Ahmad

Pastinya anda semua kenal dengan Dollah Salleh, Zainal Abidin Hassan dan Fandi Ahmad bukan. Legend bola sepak zaman 80-90 an. Dollah Salleh dan Zainal lagenda bola sepak Malaysia manakala Fandi Ahmad lagenda bola sepak Singapura.

Tadi belek-belek blog dan FB beberapa sahabat terjumpa pula Gambar "Rare" Dollah Salleh, Zainal Abidin Hassan dan Fandi Ahmad. Jika diikutkan pada tarikh yang tercatat pada gambar tersebut tahunnya adalah 1991.

Ketika itu mereka bertiga beraksi untuk pasukan Pahang.

Sekarang masin-masing sudah pun menjadi jurulatih. Dollah Salleh juga sedang memegang jurulatih skuad kebangsaan iaitu Harimau Malaya.

Macam mana menarik ke tidak? Rare ke tidak gambar tu?

Monday, October 20, 2014

Respons Ustaz Kazim Elias Berkaitan Kempen "i want to touch a dog"

Respons Ustaz Kazim Elias Berkaitan Kempen "i want to touch a dog" 

Bila buka media sosial penuh dengan perkataan "i want to touch a dog" begitu juga dengan gambar muslim dan muslimah dengan pelbagai gaya sedang memegang haiwan yang bernama anjing atau dalam bahasa inggeris nya dog.

Admin pun tak berapa pasti apa sebenarnya kempen "i want to touch a dog" ni sehingga kan penuh timeline FB dengan perkara ini jadi disebabkan banyak sangat salah faham apa kata kita baca apa yang dicoretkan oleh Ustaz Kazim Elias berkaitan perkara ini.Berikut adalah Respons Ustaz Kazim Elias Berkaitan Kempen "i want to touch a dog"

Salam sejahtera..Kempen Saya Mahu Sentuh Anjing.. Hurmm satu kempen utk mmbuang stigma bg Org Muslim n khususnya org Melayu kononnya.. Siap bwk dalil kisah org masuk syurga krn bg minum kpd anjing lg.Membela anjing utk jg kebun utk jg keselamatan rumah utk mengesan barang jenayah tidaklah dilarang malah harus didlm Islam.Tetapi nak dijadikan sbg binatang peliharaan spt kucing ayam dll tidaklah boleh dipndg ringan krn ianya melibatkan urusan ibadat seharian.Mana boleh saja2 bela, saja2 nak pegang. Sebab apa nak pegang? Isu apa?Nak jdkan anjing sbg apa? Mula2 pegang pastu bela ,pastu masuk dlm rumah pastu? Pastu?Binatang mughalazah ini mcm babi jugalah mugahalazahnya, lepas ni buat la kempen pulak pegang babi dgn melawat ke pasar babi lepas tu melarat ke makan babi pulak.Ini semua ada agenda halus utk meliberal n mempluralkan agama. Tidaklah salah pegang anjing, tp apa sebabnya sampai buat kempen?Nape x buat kempen ke masjid ke? Kempen menerima hudud ke kempen menerima konsep Kalimah Allah yg sebenarnya ke.. Inilah jarum halus yg dicucuk kpd umat Islam agar menjadi fahaman liberal n plural.. Nnt akan ada yg kata knp ustaz bising isu anjing knp x bising isu memegang bukan mahram x bertudung dll, yg itu pun berkali2 dah saya tegur n nasihat tp dlm bab kempen anjing ni, ianya satu gerakan yg cukup halus utk menghalalkan sesuatu yg sudah diharamkan dan dimulakan dgn satu kempen secara kecil2an yg akhirnya akan merubah n menidakkan hukum dan itulah tujuan asalnya.Berhati2lah dgn kempen sebegini, lepas kempen arak mai anjing pulak lepas ni apa pulak?Jgn lepas ni buat kempen babi pulak dgn alasan bahawa babi skrg dah bersih dah diternak dlm aircond dah mengamalkan tahap kebersihan mematuhi piawaian antarabngsa.Halusnya kempen anjing ini namun sayang ada segelintir umat Islam yg tidak cukup halus matahatinya utk meneliti....

Banyak lagi kempen yang bagus untuk umat Islam kan kenapa kempen ini jugak diadakan.

Sunday, October 19, 2014

Friday, October 17, 2014

Gambar Najwa Mahiaddin Bertudung


Gambar Najwa Mahiaddin Bertudung

PETALING JAYA: Inilah Gambar Najwa Mahiaddin Bertudung Penyanyi Najwa Mahiaddin masih belajar untuk menyesuaikan diri apabila membuat keputusan untuk berhijab selepas pulang mengerjakan ibadah haji pada Selasa lalu.

Pegawai perhubungan awam penyanyi wanita itu, Joe Saiful, berkata, Najwa, 28, bagaimanapun memberitahu, semasa dalam proses menyesuaikan diri ini, pelbagai perkara boleh berlaku sama ada dia mahu berubah dengan imej baharunya itu ataupun kekal kepada penampilan sebelum ini.

"Memang Najwa sudah bertudung selepas menunaikan haji baru-baru ini. Tetapi dia pun tidak berani mengulas panjang mengenai perkara tersebut kerana risau sekiranya, imej itu bersifat sementara sahaja.

"Kerana itu juga dia tidak memuat naik sebarang foto dirinya bertudung di Instagram. Bagaimanapun dia berharap imej itu akan kekal, Insya-Allah," katanya.

Najwa kini berada di Singapura untuk menjayakan persembahan pada Anugerah Planet Muzik (APM) yang akan berlangsung pada Jumaat (hari ini).

Sementara itu, Joe berkata, pihaknya bersama Najwa sedang membuat penelitian dan kaji mengenai imejnya itu.

"Setakat ini, apa yang dilihat dalam gambar yang saya berikan adalah imej tudung yang dipakai Najwa sekarang. Tetapi pihak kami tetap akan mengkaji pelbagai gaya tudung bersesuaian untuk Najwa tampil di khalayak.

"Lagipun Najwa seorang yang sederhana tetapi tetap memiliki elegan yang tersendiri. Nantikan saja imejnya pada acara APM malam ini," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Najwa yang sudah pun tamat pengajiannya di Berklee College of Music Boston, Amerika Syarikat (AS) hujung tahun lalu ingin memberi fokus kepada karier nyanyiannya di negara ini.

Najwa yang bernaung di bawah syarikatnya sendiri iaitu Nada Biru Muzik Sdn Bhd akan menjalinkan kerjasama dengan syarikat rakaman Sony Music Malaysia bagi penerbitan albumnya akan datang. - mstar

Kelakuan Pelik Lelaki Di Lapangan Terbang Dapat Perhatian


Kelakuan Pelik Lelaki Di Lapangan Terbang Dapat Perhatian

Bagaimana perasaan anda jika ada seorang yang berkelakuan pelik di airport tempat anda sedang menunggu penerbangan? Kelakuan ini bukan sahaja pelik tetapi menarik perhatian semua yang ada di situ.

Kelakuan Pelik Lelaki Di Lapangan Terbang Dapat Perhatian sehingga kan semua yang berada di situ hanya mampu terpaku dan tidak berkata apa-apa.

Tetapi jangan bimbang Kelakuan Pelik Lelaki Di Lapangan Terbang Dapat Perhatian bukan lah perkara yang buruk tetapi pengurusan Lapangan Terbang di Prague mengambil inisiatif untuk menghiburkan penumpang yang sedang menunggu masa penerbangan.

Tahu apa yang lelaki tu buat? Lelaki itu menghiburkan semua yang ada di situ dengan pianonya.

Jom kita tonton.



Respons TMJ Berkaitan Aksi Tendang Corner Flag

Respons TMJ Berkaitan Aksi Tendang Corner Flag

Berikut adalah Respons TMJ Berkaitan Aksi Tendang Corner Flag yang sedang viral di media sosial sekarang. Ramai yang salah anggap tentang aksi tersebut jadi JST melalui FB telah menemubual sendiri TMJ untuk kepastian apa sebenarnya yang ingin ditunjukkan oleh TMJ tentang aksi tersebut.
 
Selepas tamat perlawanan, kami diperkenan untuk menemuramah DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.

JST: Mohon ampun, Tunku. Kami telah menerima pelbagai maklumbalas daripada para penyokong berkenaan kejadian yang berlaku di bendera penjuru sebentar tadi. Adakah Tunku ingin berkongsi apa-apa berkenaan perkara tersebut?

DYAM TMJ: Sebelum perlawanan bermula, adik saya bertanya bagaimana saya akan meraikan sekiranya kita menang pada malam ini. Saya menjawab, saya tidak tahu, mungkin saya akan buat seperti Ibrahimovic dan menendang bendera penjuru. Itulah yang saya lakukan, dan nampaknya saya mendapat lebih perhatian daripada beliau! (ketawa)

JST: Ampun Tunku, kelihatan juga Tunku mengangkat tangan dan memandang ke atas. Apakah yang Tunku maksudkan dengan perbuatan tersebut?

DYAM TMJ: Saya memandang ke atas sebagai tanda Allah Maha Besar, dan akhirnya, Allah tetap bersama mereka yang benar.

JST: Tunku gembira dengan kemenangan ini?

DYAM TMJ: Tentu sekali, terutamanya setelah segala perkara negatif yang berlaku dalam seminggu setengah yang lepas. Tetapi kelakar bila difikirkan, sesetengah orang yang rendah pemikirannya lebih sibuk hal saya menendang bendera penjuru berbanding dengan kemenangan kita. (ketawa)

Rahsia menjadi bijak adalah untuk tahu apa perkara yang patut diabaikan. Kejayaan diukur bukan dengan kedudukan seorang itu dalam hidup, tetapi melihat kepada segala rintangan yang diatasi untuk mencapainya.

Tiada apa yang mampu menghalang seseorang yang mempunyai sikap mental yang betul daripada mencapai matlamatnya, dan tiada apa yang mampu menolong orang yang bersikap negatif.

Satu azam yang telah saya tetapkan adalah untuk sentiasa bangkit dari hal remeh-temeh. Kita bangkit mengatasi segala perkara negatif, dan walaupun ada yang cuba menjatuhkan semangat kita, tetapi kita lebih dirahmati untuk dirisaukan dengan tanggapan orang lain. Apabila kita masih berdiri walaupun musuh cuba menjatuhkan, menunjukkan kekuatan kita yang sebenar.

Kebencian daripada segelintir yang bermentaliti tak bertamadun tidak menggoyahkan semangat kita mengejar impian.

Untuk mencapai impian, apa yang terbaik untuk dilakukan adalah dengan menjaga urusan kita sendiri. Tak perlu merungut, dan tak perlu menjelaskan apa-apa.

Pernah suatu ketika, seorang wartawan bertanya saya - Bagaimana Tunku berjaya membawa pulang Piala Liga Super ke Johor walaupun baru hanya dua tahun memegang jawatan presiden? Jawapan saya, semasa orang lain sibuk bertanggapan negatif terhadap satu sama lain, saya lebih sibuk berusaha gigih mencapai matlamat, dan tidak menjaga tepi kain orang.

Mungkin nama kita sangat manis, sebab itulah ianya sentiasa menjadi buah mulut orang.

Seperti yang selalu saya katakan... setelah meredah ribut, nikmatilah sinaran mentari.