Friday, August 29, 2014

Komen Dato' Ramli MS Isu Kahwin Secara Senyap Dengan Alyah

Komen Dato' Ramli MS Isu Kahwin Secara Senyap Dengan Alyah

Ada terbaca tentang berita di mana pasukan dari jabatan agama telah menyerbu rumah seorang komposer dan pengarah muzik terkenal Dato' Ramli MS.

Apa tujuan serbuan admin tidak dapat pastikan tetapi seperti jabatan agama mendapat aduan tentang hadirnya seorang wanita yang tidak diketahui status nya di rumah Dato' Ramli MS.

Disebabkan serbuan itu maka telah disahkan bahawa penyayi wanita Alyah ada di sana. Mereka berdua sebenarnya sudah berkahwin.

Ini komen Dato' Ramli MS berhubung isu tersebut.

Katanya lagi kepada media, "Dah setahun kami kahwin, tentu ada sebabnya kami rahsiakan perkara ini. Kenapa kamu semua nak sibuk? Ini adalah hak mutlak asasi saya,"

Guru Lempang Murid Adalah Fitnah


Guru Lempang Murid Adalah Fitnah

Semalam ada terbaca di FB tentang satu keluarga yang telah upload satu gambar menunjukkan kecedaraan anaknya yang dikatakan telah dilempang oleh gurunya sendiri. Jadi ramai lah cerdik pandai, hakim, polis dan banyak lagi lah jawatan yang muncul dalam ruangan komen pada gambar tersebut.

Komen-komen sudah tentu lah kata-kata negatif yang menyerang guru tersebut. 

Tiba-tiba pagi ini ada seorang kawan telah post bahawa perkara tersebut adalah rekaan semata-mata. Guru yang dikatakan menampar budak tersebut tidak buat apa-apa pun.

Sebenarnya kesan seperti kena pelempang di pipi murid tersebut adalah disebabkan alahan.

Jadi bila mendapat sesuatu berita di media sosial harap semua membaca dengan teliti dan teliti sumbernya sama ada sahih atau tidak. Tak pasal-pasal cikgu yang terlibat dengan kes tersebut dapat pahala free sahaja.



Keputusan Undian Kumpulan UEFA Champions League 2014/2015

 

Keputusan Undian Kumpulan UEFA Champions League 2014/2015 

Group A
Atletico Madrid
Juventus
Olympiacos
Malmo

Group B
Real Madrid
FC Basel
Liverpool
Ludogorets

Group C
Benfica
Zenit
Leverkusen
Monaco

Group D
Arsenal
Dortmund
Galatasaray
Anderlecht

Keputusan Undian Kumpulan UEFA Champions League 2014/2015 

Group E
Bayern Munich
Man. City
CSKA Moskva
Roma

Group F
Barcelona
PSG
Ajax
APOEL

Group G
Chelsea
Schalke
Sporting Lisbon
Maribor

Group H
Porto
Shakhtar Donetsk
Athletic Club
BATE Borisov

Keputusan Undian Kumpulan UEFA Champions League 2014/2015

Wednesday, August 27, 2014

Projek Rumah Selangorku Yang Kedua Bakal Bina 1,800 Unit Rumah

Projek Rumah Selangorku Yang Kedua Bakal Bina 1,800 Unit Rumah 

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) telah menerima taklimat oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) tentang perkembangan terkini pembangunan perumahan rumah mampu milik di Selangor serta pelan tindakan untuk tempoh 2014-2025.

Seperti sedia maklum, Fasa 1 projek rumah mampu milik Selangorku di Sungai Sering di Hulu Klang  yang melibatkan 2, 496 unit telah pun dimulakan dan berjalan lancar.

Untuk projek yang seterusnya, LPHS akan memulakan rangka kerja pembinaan 1,800 unit rumah mampu milik  di Shah Alam yang melibatkan kawasan Seksyen U1 Glenmarie dan Seksyen 35 yang melibatkan tanah seluas 24.7ekar.

Mengikut perancangan, pembinaan rumah-rumah mampu milik ini akan siap pada 2018 dan boleh dijual di antara RM200,000 hingga RM250,000.

LPHS juga telah memberi taklimat bahawa setakat Julai 2014,  sebanyak 1,682 unit rumah mampu milik telah dibina berdasarkan Polisi Rumah Selangorku.  Keseluruhannya MMKN telah meluluskan 10,650 unit rumah mampu milik.

LPHS telah menjalankan pemantauan setiap 6 bulan bagi memastikan pemaju membina rumah-rumah mampu milik terlebih dahulu atau beiringan dengan rumah harga bebas.

Sekiranya  pemaju gagal, PBT yang terlibat boleh mengeluarkan 'arahan henti kerja' untuk menangguhkan keseluruhan pembinan projek mereka.

Ini adalah menunjukkan komitmen Kerajaan Selangor bagi memastikan rumah mampu milik memenuhi keperluan rakyat berpendapatan rendah dan sederhan sekali gus menggalakkan  pemilikan rumah.

YAB TAN SRI DATO’ SERI ABDUL KHALID IBRAHIM

DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

27 OGOS 2014

Gangguan Siaran Astro Buka Semua Siaran Percuma Minggu Ini


Gangguan Siaran Astro Buka Semua Siaran Percuma Minggu Ini

Minggu lepas ramai yang memberi respon di media sosial tentang beberapa channel Astro yang dilanggan oleh pelanggan tidak dapat ditonton secara tiba-tiba.

Jadi kita baca kenyataan Astro berkaitan perkara tersebut.

Astro akan membuka semua channel buat pelanggan (kecuali perkhidmatan Astro First, Astro Best dan Astro Box Office Sports) di sepanjang hujung minggu ini iaitu dari Jumaat 29 Ogos, 6.00 petang sehingga Isnin 1 September 2014, 12.00 tengah malam.

Pelanggan Astro yang dihargai,

Kami amat meminta maaf atas gangguan perkhidmatan yang berlaku pada pukul 6 petang, 24 Ogos 2014, yang telah menjejaskan siaran 78 saluran termasuk sistem telefon pusat panggilan kami. Gangguan perkhidmatan tersebut disebabkan oleh sebuah kebakaran di premis kami di Bukit Jalil.

Pihak Bomba telah segera dimaklumkan. Keselamatan kakitangan kami menjadi keutamaan, oleh itu premis tersebut telah dikosongkan. Api berjaya dipadamkan pada pukul 6.30 petang dan kakitangan bertugas hanya dibenarkan memasuki semula premis setelah dibenarkan oleh pihak Bomba pada pukul 7.30 malam.

Keutamaan kami serta-merta adalah untuk mengembalikan siaran saluran-saluran yang terjejas, diikuti dengan operasi pusat panggilan kami. Saluran TV bersiaran semula secara berperingkat, bermula 8.30 malam dan kesemua saluran bersiaran semula pada pukul 11.00 malam. AOTG dan IPTV turut kembali seperti biasa tidak lama selepas itu. Pusat panggilan kami kembali beroperasi pada pukul 8.45 malam.

Kami bersyukur tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku. Insiden ini sedang disiasat dan tindakan yang wajar akan diambil.

Sekali lagi, kami memohon maaf kepada semua pelanggan atas gangguan perkhidmatan yang dialami. Terima kasih atas kesabaran semua dan sebagai tanda penghargaan, kami akan membuka kesemua saluran untuk dinikmati oleh para pelanggan (kecuali perkhidmatan Astro First, Astro Best dan Astro Box Office Sports) di sepanjang hujung minggu ini iaitu dari Jumaat 29 Ogos, 6.00 petang sehingga Isnin 1 September 2014, 12.00 tengah malam. -Astro-

Apa Kes Raissyah Rania Yeap dengan Harian Metro?

Apa Kes Raissyah Rania Yeap dengan Harian Metro?

Apa sudah jadi ni? Pagi tadi semasa tengah membelek-belek muka buku admin tertarik dengan satu post oleh Raissyah Rania Yeap atau dulu terkenal dengan nama Felexia Yeap.

Apa yang di post oleh Rania di Fb beliau berbunyi begini.

Wahai Harian Metro...TOLONGLAH JANGAN TULIS SEBARANGAN!!!!

Saya tak pernah kata apa yang ditulis pada tajuk artikel ni!!!
Ini fitnah!

Dan tolong jangan asyik kata saya ni "bekas model"...saya MASIH SEORANG MODEL!
Sejak bila saya dah bersara???

*MARAH*


Seperti yang admin faham dari apa yang di post seperti Rania Yeap tidak berpuas hati dengan artikel yang dikeluarkan oleh Harian Metro tersebut. Beliau juga mengekpresi kan yang penulis tidak menulis apa yang beliau cakap tetapi penulis membuat cerita sendiri.

Apa pun terjadi hanya kedua pihak sahaja yang tahu. Jika benar artikel tersebut dianggap fitnah oleh tuan punya diri Harian Metro patut buat sesuatu untuk menyelesaikan perkara ini dengan baik.

Manchester United Kalah 4-0


Manchester United Kalah 4-0

Liga Perdana Inggeris sudah memasuki perlawanan kedua. Dari dua perlawanan Manchester United hanya mampu mengutip 1 mata. Manchester United Kalah 4-0 Rasanya macam buruk je prestasi MU untuk awal musim ini. Tidak seperti semasa jelajah pra musim mereka di US.

Seperti yang kita tahu MU dikendalikan oleh pengurus baru iaitu Louis Van Gaal yang juga merupakan Pengurus pasukan Belanda semasa Piala Dunia 2014.

Apa yang mengejutkan adalah  Manchester United Kalah 4-0 pada perlawanan Carling Cup malam tadi. Bukan kalah kepada pasukan dari EPL tetapi kalah kepada pasukan Milton Keynes Dons. Pernah dengar ke tidak? Aku tak pernah :)

Menurut seorang sahabat dan juga fan MU berkata mungkin pemain masih belum dapat menyesuaikan diri dengan taktikal Van Gaal. Ada berita baik buat fan Mu. Angel De Maria sah dah milik MU.


Tuesday, August 26, 2014

Iklan Merdeka Petronas 2014

Iklan Merdeka Petronas 2014

Jom kita layan iklan Merdeka Petronas 2014.

Petronas sememangnya menyajikan para penonton dengan seribu satu mesej dalam iklan iklan mereka sebelum ini.

Terutama iklan iklan seperti Merdeka dan perayaan utama di negara kita Malaysia.

Iklan Merdeka Petronas 2014 ini mengisahkan persahabatan 2 orang rakyat Malaysia yang menunjukkan perjalanan hidup mereka sepanjang 57 tahun

Selamat menonton Iklan Merdeka Petronas 2014



Video Cubaan Mencuri Dalam Masjid Di Pulau Pinang


Video Cubaan Mencuri Dalam Masjid Di Pulau Pinang

Kejadian berlaku di Masjid Batu, Kg. Pertama, Permatang Pauh 23 Ogos 2014 dan Video Cubaan Mencuri Dalam Masjid Di Pulau Pinang menunjukkan bagaimana kejadian ini berlaku.

Kebetulan semasa kejadian ada seorang jemaah yang baru sahaja lepas berwuduk dan ingin memasuki saf untuk solat berjemaah.

Jemaah tersebut membuatkan dua pencuri itu melarikan diri dan hampir menerima tendangan dari jemaah tersebut.

Mari sama-sama kita berdoa supaya perkara seperti ini tidak berulang lagi. 

Ingin melancong ke San Fransisco atau Jepun secara percuma?? Ini peluang anda

Wow!!Tag kawan anda & menang RM500



video

Monday, August 25, 2014

Siapa Armel Aisya Sebenar?

Siapa Armel Aisya Sebenar?

Drama Rindu Awak 200% memang meletup sekarang ini tidak kira di televisyen atau pun novelnya yang begitu laris bak pisang panas. Cerita yang memaparkan watak Zill Faezrul dan Armel Aisya acah-acah romantik dan sweet.

Badan sado yang dimiliki oleh Zul Ariffin sebagai Zill Faezrul bisa mencairkan kahak eh silap bisa mencairkan mana-mana wanita. Kalau lelaki yang cair tu confirm "gay detected"!!!

Ok kita terus kepada fokus utama entry ini.

Menurut Yana iaitu penulis novel rindu awak 200% ini nama Armel Aisya adalah inspirasi dari nama sahabat beliau sendiri iaitu Armel Liyana. Phat pinjam status Yana di FB nya berkaitan cerita ini jadi korang akan tau siapa sebenarnya punya diri disebalik watak Armel Aisya.

"Kawan aku yang nama Armel tu sampai kesudah tak tau aku guna nama dia dalam novel kot? I think I should give her a free copy of the novel for appreciation.. Tapi dah tak jumpa nak buek cemano.. Hikhik.. Maybe sebab dia jauh kat Indonesia sana and tengah busy.. Entah dah kawen.. Tak tawla.. To the real Armel Liyana.. Thanks for the name.. I did ask you to pinjam your name but maybe you didn't remember kot.. Wish to meet you again, Mel.. Hope she'll read this"

Ok sekarang korang dah tahu kan :)

Guna media sosial untuk jana income?? sila klik link ini

Chef Maut Dipatuk Tedung

 

Chef Maut Dipatuk Tedung

SEORANG chef yang sedang memasak hidangan sup daging ular tedung maut selepas digigit oleh kepala ular berkenaan yang sudah dipotong.

Peng Fan, seorang chef di China digigit kepala reptilia berbisa berkenaan ketika hendak membuangnya ke dalam tong sampah.

Menurut laporan Mirror.uk, beliau dilaporkan maut sebelum dapat dirawat dengan penawar bisa ular di hospital.

"Ia adalah satu kes yang luar biasa.

"Beliau sedang menyediakan hidangan tersebut dan beliau cuma tidak bernasib baik," kata seorang jurucakap polis.

Menurut seorang pakar ular, semua reptilia masih mampu hidup sejam selepas kehilangan mana-mana anggota badan. -Sinar-

NKRA - Bidang Keberhasilan Utama Negara

NKRA - Bidang Keberhasilan Utama Negara

Enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)

1. Bilakah Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak mengumumkan 6 National Key Result Area (NKRA)?

• Pada Isnin (27 Julai 2009), Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan Indeks Prestasi Utama (KPI) enam teras Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), termasuk membabitkan bidang usaha bagi mengurangkan kadar jenayah, dan memerangi rasuah. Bidang-bidang lain termasuk meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan; meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah; memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman; dan menambah baik pengangkutan awam dalam jangka masa sederhana.

2. Siapakah Menteri-menteri  yang bertanggungjawab menerajui 6 NKRA berkenaan?

• Bagi setiap NKRA, seorang menteri akan dilantik sebagai 'lead minister' atau menteri pimpinan bagi menerajui NKRA yang ditetapkan. Menteri-menteri yang dilantik ialah:

I. Bagi NKRA untuk meluaskan akses pendidikan berkualiti dan berkemampuan, menterinya ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin (Timbalan Perdana Menteri, Menteri Pelajaran)

II. Bagi NKRA mengurangkan kadar jenayah, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (Menteri Dalam Negeri)

III. Bagi NKRA memerangi rasuah, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz (Menteri di Jabatan Perdana Menteri).

IV. Bagi NKRA tingkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah pula menterinya ialah Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat)

V. Bagi NKRA memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman ialah Datuk Seri Shafie Apdal (Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah)

VI. Bagi NKRA menambah baik pengangkutan awam, menterinya ialah Datuk Seri Ong Tee Keat (Menteri Pengangkutan).

3. Bagaimanakah NKRA dilaksanakan?

• Perdana Menteri akan bertanggungjawab secara keseluruhan terhadap matlamat NKRA dan pencapaian KPI tersebut

• KPI akan diletakkan kepada setiap 6 jurusan NKRA. Setiap NKRA, akan dikenal pasti pula KPI-KPI nya dengan sasaran khusus agar dapat diukur. Berpandukan dengan KPI ini, segala prosedur akan diperkemas, segala sumber dan tenaga dalam organisasi akan digembleng dan segala usaha akan ditumpu untuk mencapai sasaran yang di pateri dalam satu tempoh masa munasabah yang dijanjikan

• Setiap minggu PM akan berjumpa dengan setiap 'lead minister' ini bagi menilai pencapaian KPI yang ditentukan. Maknanya dalam setiap enam minggu, PM akan dapat menyelesaikan satu pusingan penilaian pencapaian bagi enam lapangan NKRA seperti yang direncanakan.

• Bukan itu sahaja, anggota Jemaah Menteri lain yang tidak termasuk dalam NKRA juga tidak terkecuali daripada mempunyai KPI kerana mereka tetap dipertanggungjawabkan untuk mencapai KPI kementerian masing-masing, yang akan dinilai oleh Perdana Menteri sendiri setiap enam bulan.

• Sebagai bukti tahap kebersungguhan untuk menjayakan rencana ini, 3 bengkel khusus telah diadakan di peringkat Jemaah Menteri. Bengkel-bengkel tersebut adalah bagi merangka, memperincikan dan mencari penyelesaian terhadap isu-isu yang berbangkit. Sesungguhnya, kita komited melakukan proses transformasi melalui pengurusan berteraskan pencapaian dengan menggunakan kaedah penetapan NKRA dan pengukuran KPI. Ini semua dilakukan bagi memastikan pada analisa akhir rakyatlah yang akan memperoleh faedahnya.

4. Latar belakang merevolusikan pengurusan


NKRA - Bidang Keberhasilan Utama Negara

Perkhidmatan Kerajaan : Pencapaian Diutamakan

• Pada hari pertama dilantik menjadi Perdana Menteri, PM telah menyatakan dengan jelas bahawa kepimpinan negara di bawah panji pentadbiran kini akan membawa pendekatan baru, bagi menempa sebuah zaman baru dan bakal menjelmakan pula sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan kepentingan rakyat.

• Pada 28hb April, PM telah mengutarakan Key Performance Indicator atau Petunjuk Prestasi Utama ringkasnya KPI, yang akan menjadi piawai kepada pencapaian anggota pentadbiran dan penjawat awam. KPI merupakan satu amalan penting dalam pengurusan prestasi untuk menilai dan mengukur sasaran yang ditetapkan oleh sesuatu organisasi seperti kementerian atau agensi kerajaan secara objektif. KPI telah diguna pakai oleh banyak syarikat korporat dan didapati sebagai radas timbangan kerja yang sangat berkesan. Malah, mekanisme ini juga diterima pakai dengan jayanya oleh kerajaan di negara-negara maju seperti Britain, Australia dan Kanada.

• Ini kerana Kepimpinan tidak akan bermakna jika ia tidak berpaksikan kepada pencapaian. Hatta, kemuncak kepada penilaian rakyat berkait kepimpinan sektor awam mahupun politik adalah pencapaian. Metodologi ini juga akan membolehkan perkhidmatan awam bahkan anggota pentadbiran dinilai secara menyeluruh dari aspek kuantitatif dan kualitatif.

• Pada hari ke seratus pentadbiran PM baru-baru ini, PM telah mengumumkan 6 bidang keberhasilan utama nasional atau National Key Results Area, singkatannya NKRA. Ia menjadi bidang-bidang yang diberi keutamaan di peringkat kebangsaan.


5. Apakah tujuan pelaksanaan NKRA?

• Tujuan PM memperkenalkan NKRA dan KPI adalah bagi memastikan elemen kebertanggungjawaban yang serius, wujud di kalangan anggota pentadbiran dan juga penjawat awam.

• Puncanya ialah, PM tidak mahu rakyat sebagai klien utama berada dalam keadaan teraba-raba dan samar, akan apakah inisiatif, rencana dan hala tuju pembangunan yang sedang digembleng oleh Kerajaan.

• PM mahu segala rancangan pembangunan negara demi kesejahteraan rakyat ini di maklum dan diketahui oleh rakyat agar mereka dapat memantau dan menilai pencapaian sasaran seperti yang ditetapkan.

• PM turut  meletakkan KPI kepada 6 jurusan NKRA tersebut. Untuk setiap NKRA, akan dikenal pasti pula KPI-KPI-nya dengan sasaran secara khusus agar dapat diukur. Dengan adanya KPI ini, maka segala prosedur akan diperkemas, segala sumber dan tenaga dalam organisasi akan digembleng dan segala usaha akan ditumpu untuk mencapai sasaran yang di pateri dalam satu tempoh masa munasabah yang dijanjikan.

6. Apakah perincian 6 Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA)?

1) NKRA yang pertama :Mengurangkan Kadar Jenayah

• Sesebuah negara yang menuju ambang kemajuan seperti Malaysia perlu berada dalam keadaan aman dan damai. Jauh dari segala bentuk ancaman dan jenayah. Walau bagaimanapun di mana-mana negara di dunia pencegahan jenayah secara total tidak mungkin dapat dicapai. Pastinya ada sahaja dari masa ke semasa kejadian-kejadian yang sukar untuk dielakkan daripada ianya berlaku.

• Oleh yang demikian, kerajaan memandang serius isu pencegahan jenayah dan meletakkan keutamaan pengurangan kadar jenayah sebagai salah satu NKRA di bawah Kementerian Dalam Negeri. Untuk itu, kerajaan telah mengenal pasti NKRA pengurangan jenayah dan di pecah bahagi kepada tiga bahagian iaitu:


i) Jenayah jalanan

Jenayah jalanan diberi penekanan kerana didapati ia mendatangkan trauma dan ketakutan berpanjangan kepada ahli keluarga juga anggota masyarakat. Apa yang dimaksudkan dengan jenayah jalanan termasuklah curi ragut, samun tanpa bersenjata dan samun berkawan tanpa bersenjata api. Statistik menunjukkan jenayah kategori ini bukanlah enteng-entengan kerana ia merupakan 17% daripada keseluruhan indeks jenayah 2008. Manakala hot spots kepada jenayah jenis ini telah dikenal pasti terutamanya di empat kawasan utama iaitu Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang dan Johor. Didapati, negeri-negeri ini mencatat sebanyak 72% daripada jumlah keseluruhan jenayah jalanan pada tahun 2008. Oleh sebab itu kerajaan menetapkan sasaran pengurangan jenayah jalanan ini sebanyak 20% pada penghujung tahun 2010.

ii) Keselamatan awam

Penumpuan akan diberikan dalam hal penambahbaikan persepsi rakyat terhadap keselamatan awam di mana pasukan-pasukan sukarela yang sedia ada terutamanya RELA akan dikemas kini dan diberi latihan secukupnya secara lebih teratur. Ini  termasuklah penyeragaman uniform supaya mereka dapat dilibatkan bersama PDRM khususnya dalam usaha membanteras jenayah jalanan. Dalam usaha ini, balai-balai yang berkaitan akan dinaiktarafkan serta peralatan-peralatan yang diperlukan akan turut ditambah. Selain itu, langkah-langkah pengawalan dan pencegahan akan ditingkatkan lagi dengan menambah peralatan CCTV.

iii) Peningkatan Prestasi Agensi Penguatkuasaan

Untuk menaikkan prestasi agensi penguatkuasaan pula, Kementerian Dalam Negeri akan bekerjasama dengan Jabatan Peguam Negara dan Jabatan Perdana Menteri untuk mengkaji cara-cara mempercepatkan proses perundangan terhadap kes-kes tertangguh misalnya dengan mewujudkan tribunal atau mahkamah khas bagi jenayah jalanan.

2) NKRA yang kedua – Memerangi rasuah

• Kerajaan amat komited dalam usaha memerangi rasuah. Seperti mana yang kita semua tahu, gejala rasuah haruslah dibendung sebelum ianya terus membarah. Badan antarabangsa iaitu Transparency International dalam Corruption Perception Index mereka, meletakkan Malaysia di tangga 47 pada tahun 2008 berbanding dengan kedudukan nombor 39 pada tahun 2004.

•  Oleh itu, untuk memastikan persepsi kedudukan dan ranking  Malaysia bertambah pulih pada masa hadapan, kerajaan beriltizam mengemas kini polisi, prosedur dan penguatkuasaan yang berkaitan.

• Sehubungan dengan itu, kerajaan telah pun mengambil keputusan bahawa semua perolehan kerajaan haruslah menggunakan tender terbuka atau pun tender terhad kecuali dalam kes-kes tertentu. Manakala dari segi peningkatan penguatkuasaan, kerajaan telah pun menaikkan taraf badan pencegah rasuah menjadi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan bidang kuasa dan perundangan yang lebih efektif.


3) NKRA yang ketiga  – Meluaskan Akses Kepada Pendidikan Berkualiti dan Berkemampuan

• Seperti yang semua maklum, ilmu pengetahuan menjadi kandil penyuluh yang menerangi kegelitaan hidup di dunia. Malah ilmu menjadi prasyarat kepada pembikinan mana-mana tamadun yang pernah terbina dan yang menentukan kelancangannya.  Justeru, kerajaan  akan terus mengiktiraf dan memberikan ruang kepada yang terbaik dan terbilang tanpa mengira latar keturunan mahupun taraf sosioekonomi.

• Oleh itu, dalam bidang pendidikan, PM mahu memastikan anak-anak bangsa mendapat akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan. Mahu tidak mahu, generasi muda Malaysia perlu berilmu, mesti berfikiran kreatif, berinovatif, bercirikan nilai murni serta mampu bersaing di persada internasional yang penuh cabaran ini dari kemudahan yang diberikan.

• Kerajaan akan memberikan keutamaan untuk menyediakan pendidikan yang terbaik bermula daripada peringkat asas iaitu peringkat prasekolah. Untuk itu, pendidikan prasekolah akan dijadikan sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan dalam aliran perdana.

•  Adalah amat merugikan kerana terdapat kanak-kanak yang pergi ke sekolah tetapi masih tidak menguasai kemahiran membaca atau menulis apabila meninggalkan bangku pengajian. Maka, bagi menangani kemelut ini, PM telah menetapkan supaya semua kanak-kanak normal yang bersekolah boleh menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira ketika melangkah ke Tahun 4 sekolah rendah sebelum penghujung 2012.  Kerajaan menyedari hanya 60% sahaja anak-anak Malaysia yang dapat akses pendidikan pra sekolah, jadi KPI menjelang 2012 berharap pencapaian ini dapat dinaikkan sekurang-kurangnya kepada 80%.

• Bersesuaian dengan konsep pencapaian diutamakan pula, kepimpinan sekolah di peringkat rendah dan menengah perlu menyedari mereka adalah peneraju tapak semaian modal insan nasional. Berkaitan itu, kerajaan dengan ini ingin menawarkan new deal atau satu Bai’ah baru  kepada semua pengetua dan guru besar sekolah dengan janji ganjaran berasaskan pencapaian sekolah masing-masing.

• Selain itu , sebagai projek perintis, sebanyak 100 buah sekolah, terdiri daripada jenis harian biasa, sekolah bestari, kluster, trust school atau sekolah berpiagam dan sekolah berasrama penuh,  akan dikenal pasti untuk diangkat menjadi Sekolah Berprestasi Tinggi. Dengan ini, kerajaan akan menyediakan persekitaran pelajaran dan pembelajaran yang kondusif serta menggalakkan kerjasama antara sektor awam dan swasta bagi memacu lagi  pencapaian pelajar. Semua rencana ini akan dilaksanakan dalam tempoh 3 tahun sebelum penamat 2012.


4) NKRA yang keempat – Meningkat Taraf Hidup Rakyat Yang Berpendapatan Rendah

• PM bertekad untuk membanteras kemiskinan tegar menjelang 31 Disember 2010 sesuai dengan matlamat RMK9. Mengikut rekod sistem e-kasih, terdapat hampir 45,000 ketua isi rumah (KIR) miskin tegar di seluruh negara. Daripada jumlah itu, lebih 11,000 telah disahkan statusnya dan telah pun mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Manakala pengesahan status lebih 14,000 KIR di Sabah dan Sarawak sedang giat dijalankan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan dijangka selesai pada penghujung tahun 2010.

• Sehubungan ini juga, sebagai sebuah kerajaan yang prihatin, kerajaan sentiasa mendengar rintihan serta merasai denyut nadi rakyat dan tidak sekali-kali memandang mudah soal kebajikan rakyat. Kerajaan mahu setiap bantuan yang dijanjikan bukan sahaja sampai ke tangan rakyat tetapi tiba pada masa yang tepat. Oleh itu, bermula Januari 2010  semua bantuan kebajikan untuk rakyat akan dibayar pada tiap 1 hari bulan bagi bulan yang berkenaan.

•  Sememangnya, sumbangan kaum wanita kepada pembangunan negara tidak dapat dinafikan. Malah, kaum hawa membentuk separuh dari penduduk Malaysia. Bersesuaian itu kerajaan berhasrat untuk melatih dan melahirkan lebih ramai jumlah usahawan wanita. Sehingga Jun 2009 sahaja, seramai 717 wanita yang berpotensi untuk dibimbing menjadi usahawan dalam program Sahabat Amanah Ikhtiar telah dikenal pasti. Justeru, kerajaan dengan ini menetapkan matlamat untuk menambah lagi jumlah usahawan di kalangan wanita ini kepada seramai 4,000 orang  menjelang tahun 2012 melalui program Amanah Ikhtiar Malaysia.

5) NKRA yang kelima : Memperkasa Prasarana Luar Bandar dan Pedalaman

• Bersesuaian dengan semangat dan konteks ajaran al Quran Surah Al-Hashr ayat 7 bahawa, janganlah hendaknya harta dan kekayaan itu beredar di kalangan orang-orang berada sahaja bahkan sepatutnya ia melimpah ke seluruh negara. Maka, atas prinsip maslahah umum juga, tiada yang sepatutnya tercicir dari merasai mahsul kemakmuran.

• Lantaran itu, pentadbiran kerajaan akan terus giat memperkasa infra luar bandar dan pedalaman. Menjelang tamatnya tahun 2010 dirancang sepanjang 750 km jalan luar bandar akan siap dibina di Sabah dan Sarawak. Jumlah ini akan ditambah lagi kepada 1,500km atau dua kali ganda daripada perancangan awal. Ini akan melibatkan peruntukan berjumlah RM4 bilion dan akan siap terlaksana sebelum penamat tahun 2012.

• Jalan-jalan yang akan dibina terdiri daripada tiga (3) kategori iaitu jalan berturap (paved), jalan kerikil (gravel) dan jalan tanah yang akan memberi kemudahan perhubungan serta faedah kepada hampir 2 juta penduduk luar bandar di Sabah dan Sarawak.

•  Manakala di Semenanjung Malaysia pula, bagi tempoh yang sama, liputan rangkaian jalan luar bandar akan dipertingkatkan bagi memastikan kesemua rakyat tinggal paling jauh pun, 5km dari kemudahan jalan berturap. Ini akan melibatkan peruntukan berjumlah RM1 bilion dan bermakna jumlah peruntukan yang diperlukan bagi penyediaan infrastruktur asas sehingga 2012 adalah sebanyak RM5 bilion.

• Pada masa ini, liputan bekalan air bersih di Sabah dan Sarawak masih belum memuaskan iaitu masing-masing di sekitar 62%. Justeru, Kerajaan telah menetapkan pada akhir RMK9 liputan bekalan air bagi kedua-dua negeri berkenaan akan dipertingkatkan kepada 70%. Kerajaan begitu serius untuk menyediakan kemudahan bekalan air bersih kepada semua rakyat dalam tempoh terdekat ini. Jadinya, tindakan segera akan diambil untuk meningkatkan liputan bekalan air sehingga 90% di Sabah dan Sarawak pada penghujung tahun 2012. Untuk tujuan ini sejumlah RM2 bilion diperuntukkan dan akan membawa kemudahan kepada 60,000 buah rumah.

• Selanjutnya, memandangkan pada masa ini liputan bekalan elektrik di Sabah dan Sarawak juga masih rendah iaitu masing-masing sekitar 80% berbanding 99% di Semenanjung, Kerajaan bermatlamat untuk meningkatkan liputan bekalan elektrik di kedua-dua negeri tersebut kepada 95% pada akhir tahun 2012. Sejumlah RM3.9 bilion akan diperuntukkan untuk tujuan ini yang akan membawa nikmat kepada 80,000 buah rumah. Kerajaan juga menyasarkan untuk memberi bekalan elektrik 24 jam kepada 7,000 rumah Orang Asli di Semenanjung pada akhir tahun 2012.

• Kerajaan turut berhasrat untuk menyediakan kemudahan kediaman yang lebih selesa kepada golongan miskin dan sehubungan itu, Kerajaan akan membina dan membaik pulih sejumlah 50,000 unit rumah bagi keperluan golongan tersebut sehingga penghujung 2012 di seluruh Malaysia.


6) NKRA yang keenam – Menambah Baik Pengangkutan Awam dalam jangka masa sederhana

• Dalam era Malaysia melangkah sebagai sebuah negara maju, kerajaan berhasrat untuk menyediakan rangkaian sistem pengangkutan awam yang komprehensif bagi memenuhi keperluan rakyat. Kerajaan sedar bahawa usaha yang serius dan bersifat jangka panjang diperlukan bagi menjayakan matlamat ini.

• Mengikut pada statistik Kementerian Pengangkutan, pada masa ini hanya 16% daripada penduduk Lembah Klang menggunakan sistem pengangkutan awam. Jadi, Kerajaan menyasarkan bahawa peratus ini akan ditingkatkan lagi kepada 25% pada penghujung tahun 2012. Namun, harus disedari, untuk meningkatkan peratus ini, ia melibatkan pelbagai pelaburan yang besar, mapan dan berjangka panjang. Walau apa pun, buat langkah permulaannya, PM mengumumkan menjelang penghujung 2012, tambahan 35 set “4-car-train” akan beroperasi untuk laluan LRT Kelana Jaya.

Kesimpulan

Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) ini membuktikan Kerajaan di bawah pimpinan YB Dato Seri Najib Tun Razak begitu telus dan komited untuk melaksanakan transformasi perkhidmatan kerajaan yang bermutu tinggi kepada rakyat. Ini kerana dengan adanya NKRA ini rakyat boleh menilai keberkesanan kepimpinan YB Dato Seri Najib Tun Razak secara adil dan sistematik tanpa berdasarkan emosi ataupun persepsi semata-mata.

Selain daripada itu juga Kerajaan pimpinan YB PM telah memperkenalkan sistem pengukuran prestasi yang boleh membuktikan secara fakta keberkesanan setiap 6 bidang NKRA. NKRA ini juga merupakan manifestasi kerajaan dalam meletakkan amanah dan mandat rakyat di kedudukan tertinggi dan bermaruah di samping mencapai konsep 1Malaysia di mana, “ rakyat didahulukan dan pencapaian di utamakan.”

Tema Hari Merdeka 2014


Tema Hari Merdeka 2014

RASIONAL LOGO

Jalur Gemilang yang sedang berkibar megah menjadi inspirasi kepada logo ini. Ia merupakan satu perlambangan kepada negara Malaysia yang merdeka dan berdaulat.

Angka 57 membawa maksud ulangtahun ke-57 kemerdekaan Malaysia. Sekaligus menjadi lambang kematangan negara dibawah kepimpinan yang mantap, berinovasi serta berwawasan yang boleh disaksikan menerusi pembangunan, kecermerlangan dan kemakmuran yang dikecapi secara berterusan.

Angka 57 yang diberikan sentuhan retro, menjadi refleksi kepada tarikh keramat kemerdekaan negara pada tahun 1957, mencerminkan impian dan harapan serta semangat cintakan negara yang tidak berbelah bagi rakyat terdahulu, semoga menjadi pedoman dan panduan kepada generasi Malaysia hari ini terutama golongan muda.

Kibaran Jalur Gemilang menyelimuti angka 57 turut mencerminkan kemakmuran dan keamanan negara yang telah wujud sejak mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, berupaya dikekalkan sehingga ke saat ini dengan sokongan dan dukungan kuat oleh rakyat berbilang etnik dan kepercayaan yang bergabung menjadi satu masyarakat Malaysia yang unik dan bertoleransi.

Bulan sabit dan bintang berbucu 14 melambangkan kedaulatan negara, menjadi kewajipan setiap pemimpin dan rakyat untuk terus memelihara dan mengekalkannya.

Tema 'Malaysia.... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta' diletakkan pada sudut bersesuaian dengan rekabentuk logo bagi menyokong kekuatannya dari segi imbangan, maksud dan nilai estetika.

MAKSUD WARNA LOGO

Warna Merah-Lambang keberanian dan kesetiaan pada negara yang tercinta.

Warna Biru-Lambang penyatuan dan keharmonian antara kaum.

Warna kuning- Lambang kedaulatan negara dibawah naungan Raja Berpelembagaan dan diterajui kepimpinan yang prihatin dengan pencapaian negara serta keperluan rakyat.

Warna putih-Menjadi perlambangan kepada kejujuran, ketelusan dan komitmen serta kerjasama yang erat di antara pemimpin dan rakyat.

Gambar Masjid Pink

Gambar Masjid Pink

 
Menarik itulah yang admin dapat katakan tentang gambar masjid ini. Unik dan lain dari yang lain.

Melalui pembacaan admin masjid ini terletak di Bandar Dautu Saudi Ampatuan Filipina. Masjid ini juga dikenali sebagai Dimaukom.

Masjid Dimaukom telah siap pada bulan Oktober 2013 di waktu Hari Raya Aidilfitri pada tahun lepas. Dalam pada waktu itu, pembinaan giat dijalankan untuk memastikan masjid pink ini siap untuk digunakan oleh penduduk di kawasan itu.

Keunikkan rupa bentuk dan keindahan masjid adalah salah satu tarikan pelancong dari negara luar. Oleh sebab itu, Datuk Bandar Dimaukom telah melihat ini sebagai potensi untuk pembangunan pelancongan untuk bandar Datu Saudi Ampatuan.




SUMBER

Keputusan EPL Liga Perdana Inggeris 23,24 & 25 Ogos 2014


Keputusan EPL Liga Perdana Inggeris 23,24 & 25 Ogos 2014

Dapatkan keputusan penuh & terkini EPL Liga Perdana Inggeris 2014 hanya di sini.

Keputusan EPL Liga Perdana Inggeris 23,24 & 25 Ogos 2014 adalah seperti berikut :-

Aston Villa     0 - 0     Newcastle United
Chelsea     2 - 0     Leicester City
Crystal Palace     1 - 3     West Ham United
Southampton     0 - 0     West Bromwich Albion
Swansea City     1 - 0     Burnley

Everton     2 - 2     Arsenal
Hull City     1 - 1     Stoke City
Tottenham Hotspur 4 - 0 Queens Park Rangers
Sunderland     1 - 1     Manchester United

Manchester City  3 - 1    Liverpool

Ingin melancong ke San Fransisco atau Jepun secara percuma?? Ini peluang anda

Wow!!Tag kawan anda & menang RM500

Halal Intai Wanita Mandi?

Halal Intai Wanita Mandi?

Bukan di Malaysia tetapi di Mesir.

KAHERAH: Seorang ‘ulama’ Mesir mengeluarkan fatwa menghalalkan lelaki mengintai wanita di bilik mandi.

Dalam kenyataannya di stesen televisyen al-Arabiya, Usamah Al-Qawsi berkata, jika seseorang lelaki benar-benar jujur dan mahu menikahi wanita terbabit, mereka boleh menyorok dan mengintai bakal isteri itu secara diam-diam.

“Perbuatan itu boleh diterima asalkan niatnya suci,” katanya.

‘Fatwa’ Usamah itu kononnya dibuat berdasarkan kisah seorang sahabat Rasulullah.

Kata Usamah, Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, jika seseorang lelaki dapat melihat sesuatu yang akan membuatnya mahu menikahi seseorang perempuan, ia boleh dibenarkan.

Bagaimanapun kenyataan itu segera dikecam ulama serta kerajaan.

Menteri Agama Mesir, Mohammad Mukhtar berkata, sangat tidak boleh diterima jika lelaki mengintai wanita di bilik mandi walaupun tujuan akhirnya adalah untuk menikahi wanita tersebut.

“Di mana kemuliaan dan kewarasan Usamah membenarkan amalan mengintai wanita di bilik mandi?” katanya.

Mukhtar berkata, Islam melarang seseorang wanita menunjukkan aurat masing-masing kecuali untuk suami dan mahram.

Lelaki juga diharamkan melihat aurat wanita.

“Islam mengajar supaya umatnya bersopan.

“Jika fatwa Usamah diterima, apakah akan berlaku kepada anak-anak anda semua?” katanya.


SUMBER

Friday, August 22, 2014

Maklumat Pergerakan Jenazah Mangsa MH17 22 Ogos 2014

Maklumat Pergerakan Jenazah Mangsa MH17 22 Ogos 2014


Merujuk kepada laporan bergambar BH Online. Berikut adalah maklumat pergerakan jenazah MH17.

Pengguna jalan raya yang terlibat dengan laluan-laluan yang dinyatakan sila beri kerjasama penuh kepada pihak berkuasa.

Mari sama-sama kita sedekah kan Al-Fatihah kepada jenazah yang beragama Islam.

#mengenangMH17
#Malaysiaberkabung

Thursday, August 21, 2014

Senarai Nama 20 Jenazah Mangsa MH17 Pulang Ke Malaysia 22 Ogos 2017

Senarai Nama 20 Jenazah Mangsa MH17 Pulang Ke Malaysia 22 Ogos 2017

SEPANG, 21 Ogos – Kerajaan hari ini mengeluarkan senarai nama 20 jenazah mangsa tragedi MH17 warga Malaysia yang akan tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa KL untuk istiadat penghormatan esok.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini berkata kumpulan pertama jenazah yang akan dibawa pulang dari Amsterdam itu melibatkan 11 orang beragama Islam dan sembilan orang bukan Islam.

Jumlah itu melibatkan 11 penumpang dan sembilan anak kapal, katanya.

Anak kapal ialah Mastura Mustafa (P), Ahmad Hakimi Hanapi (L), Hamfazlin Sham Mohamed Arifin (P), Nur Shazana Mohamed Salleh (P), Dora Shahila Kassim (P), Lee Hui Pin (P), Angeline Premila Rajandaran (P), Chong Yee Pheng (P) dan Azrina Yakob (P).

Penumpang pula ialah Foo Ming Lee (L), Karamjit Singh Karnail Singh (L), Ng Qing Zheng (L), Mabel Anthony Samy (P), Paul Rajasingam Sivagnanam (L), Elisabeth Ng Lyeti (P), Ariza Ghazalee (P), Muhammad Afif Tambi (L), Noor Rahimmah Mohd Nor (P), Mohd Ali Md Salim (L) dan Hasni Hardi Parlan (L).

Daripada 20 jenazah itu, 17 akan diterima dalam keranda manakala tiga lagi mangsa dibawa dalam bekas abu iaitu Elizabeth Ng, Lee Hui Pin dan Angeline Premilla,” katanya dalam sidang media selepas mesyuarat Jawatankuasa Koordinasi Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi MH17 di Kompleks Bunga Raya, KLIA di sini hari ini.

Sidang media bersama itu disertai Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

Hishammuddin berkata 13 jenazah akan dibawa ke tanah perkuburan menggunakan kenderaan jenazah manakala tujuh lagi akan diterbangkan ke negeri masing-masing menggunakan pesawat C130 dan helikopter EC725 milik Angkatan Tentera Malaysia.

Beliau berkata lima jenazah akan diterbangkan menggunakan pesawat C130 ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (dua jenazah) dan Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh (tiga jenazah) manakala dua lagi jenazah diterbangkan menggunakan helikopter EC 725 ke Pagoh dan Segamat, Johor.

Hishammuddin berkata lapan lagi jenazah warga Malaysia sudah dikenal pasti tetapi masih berada di Amsterdam kerana perlu melalui proses tertentu dan akan dibawa pulang dalam masa terdekat secara berperingkat.

“Kami sedang berusaha untuk membawa pulang kumpulan kedua jenazah pada Ahad ini,” katanya.

Sementara itu, Liow berkata dua lagi mangsa warga Malaysia dalam tragedy pesawat MH17 telah dikenal pasti semalam, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 30.

Sebanyak 43 warga Malaysia berada di dalam pesawat yang terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai ketika dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal. Pesawat Boeing 777-200 itu dipercayai ditembak jatuh di negara bergolak itu.-SUMBER-

Gambar Oleh BH Online

Tuesday, August 19, 2014

Tentera Maut Kereta Perisai Terbalik di Sabah


Tentera Maut Kereta Perisai Terbalik di Sabah

Sandakan: Dua anggota tentera maut manakala empat lagi cedera ringan selepas kereta perisai Adnan yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dan terbalik di Labuk Bay, Jalan Sungai Tiram, Batu 19, di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 11.15 pagi itu, mangsa yang maut Ahmad Fikri Mansur, 23, berasal dari Kelantan dan Mohd Hanif Fattahur Rahim, 31, berasal dari Johor.

Sementara itu, empat mangsa yang cedera kini menerima rawatan di Hospital Duchess Of Kent Sandakan.

Difahamkan, ketika kejadian semua anggota tentera dalam perjalanan dari Kampung Sungai Titam menuju ke Kem Sri Kinabatangan Batu 7, di sini.

Apabila tiba di lokasi kejadin kereta perisai berkenaan hilang kawalan lalu terbalik menyebabkan dua anggota tentera maut di tempat kejadian manakala empat anggota tentera cedera ringan dikejarkan ke hospital.-Metro Online-

Jawapan Neelofa Isu Kahwin Kerabat


Jawapan Neelofa Isu Kahwin Kerabat

Dikhabarkan dari satu sumber para wartawan hiburan telah berjaya mendapatkan Neelofa selepas tamat acara 1Malaysia Ikon di Sunway Hotel Resort & Spa untuk bertanyakan dan mendapat jawapan berkaitan gosip yang tengah hangat sekarang.

Gosip yang mengatakan Neelofa akan berkahwin dengan kerabat raja. Disebabkan tiada sebarang kenyataan dari Neelofa pihka wartawan memang mengambil peluang ini untuk dapatkan jawapan sebenar.

Tetapi sekali lagi semua hampa kerana Neelofa hanya menjawab " selamat hari raya " kepada semua wartawan yang ada disitu.

Apa-apa pun kita tunggu aje lah kenyataan rasmi dari tuan badan sendiri berkaitan perkara ini.

28 Rakyat Malaysia Mangsa MH17 Dikenalpasti

28 Rakyat Malaysia Mangsa MH17 Dikenalpasti

KUALA LUMPUR: Dua puluh lapan daripada 43 mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 warga Malaysia telah dikenal pasti setakat hari ini, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata daripada jumlah itu, 15 merupakan penumpang manakala 13 yang lain adalah anak kapal.

Jumlah 28 jenazah ini melibatkan 14 orang Islam dan 14 lagi bukan Islam, katanya kepada pemberita selepas majlis taklimat kepada editor kanan media berhubung persiapan istiadat penghormatan jenazah tragedi MH17 di Kementerian Pertahanan di sini hari ini.

"Untuk Jumaat ini, saya boleh sahkan jenazah yang terlibat adalah 15 (warga Malaysia) campur satu (warga Netherlands) akan dibawa pulang (ke Malaysia). Tetapi ada kemungkinan bertambah dan ini akan dapat disahkan esok," katanya.

Dalam pada itu, Hishammuddin berkata istiadat pada Jumaat ini merupakan istiadat pengebumian pertama yang dikelolakan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melibatkan jenazah orang awam.

Beliau menjelaskan istiadat penghormatan seumpama itu biasanya diberikan hanya kepada pemimpin dan perwira negara.

"Istiadat ini memperlihatkan peranan ATM buat julung kalinya terlibat secara langsung dalam memberi penghormatan kepada rakyat biasa. Saya percaya kami dapat melakukan yang terbaik. Saya amat berpuas hati dengan persiapan yang dibuat," katanya.

Hishammuddin berkata orang ramai boleh mengambil bahagian dalam memberi penghormatan terakhir kepada mangsa nahas MH17 secara bertafakur selama seminit.

Beliau menjangkakan waktu bertafakur dapat dilakukan antara 10.30 dan 11.30 pagi tetapi bergantung kepada kelancaran istiadat dan jumlah jenazah yang dibawa balik.-Awani-

Tonton Online Drama Spain Uoolss

Tonton Online Drama Spain Uoolss

Dilakonkan oleh Eirma Fatima, Nora Danish, dan Shaheizy Sam. Cerita yang mengisahkan Mak Cun yang sesat di perantauan.

JUDUL : Spain Uoolss
TARIKH : 1 Ogos 2014 (Hari Raya Kelima)
SIARAN : 9.00 malam di TV3
PELAKON : Nora Danish, Shaheizy Sam, Eirma Fatima

Sinopsis Spain Uoolss
Mak Cun telah memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM 10,000 sebagai ibu tunggal terbaik di kampungnya. Dia bercadang untuk memberikan kejutan kepada anak perempuannya yang kini menetap di Sepanyol. Namun, Mak Cun berhadapan dengan masalah di Sepanyol kerana dia telah kehilangan alamat anaknya. Apa akan terjadi kepada Mak Cun?


Siaran Langsung Istiadat Penghormatan Mangsa MH17 di Malaysia 22 Ogos 2014

Siaran Langsung Istiadat Penghormatan Mangsa MH17 di Malaysia 22 Ogos 2014

Seperti yang telah diumumkan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia, tarikh 22 Ogos 2014 bersamaan hari Jumaat adalah Hari Perkabungan Negara.

Pada tarikh ini akan diadakan penghormatan terakhir bagi jenazah mangsa MH17 dan juga mayat mangsa yang bukan beragama Islam yang akan tiba di Malaysia.

Serentak dengan itu seterusnya jenazah akan disemadikan.

Saksikan siaran langsung melalui link di bawah.

Live Streaming TV1

Monday, August 18, 2014

Hotel Legoland Mohon Maaf Kepada Nora Danish

Hotel Legoland Mohon Maaf Kepada Nora Danish

KUALA LUMPUR: Hotel Legoland Malaysia Resort memaklumkan pihaknya telah pun memohon maaf kepada pelakon Nora Danish dan keluarganya di atas insiden terperangkap di dalam lif yang menimpa mereka sekeluarga ketika menetap di hotel tersebut.

Menurut Pengurus Perhubungan Legoland Malaysia, Deviga Doreraja, pihaknya telah meminta maaf secara peribadi dengan Nora dan keluarganya sejurus selepas kejadian tersebut, yang berlaku pada Ahad.

Deviga turut menambah dalam satu kenyataan kepada Astro AWANI, kejadian tersebut berlaku disebabkan masalah teknikal yang melibatkan lif terbabit, yang dikatakan berhenti berfungsi di antara dua tingkat bangunan hotel itu.

Pihak hotel Legoland Malaysia Resort kini sedang bekerjasama dengan pembuat lif,  Antah Schindler Sdn. Bhd. untuk mengenal pasti masalah teknikal yang menyebabkan kerosakan lif.

Deviga turut mengesahkan bahawa Pengarah Hotel, turut ada bersama Nora dan keluarganya untuk memastikan semua keperluan dipenuhi, mengikut piawaian antarabangsa hotel.

Ketika ini, pihak Legoland Malaysia sedang menyiasat dengan lebih lanjut mengenai dakwaan yang dibuat Nora dalam akaun media sosialnya.

Pada Ahad, Nora Danish memuat naik gambarnya bersama keluarga di dalam lif di hotel Legoland Malaysia Resort yang dikatakan berhenti berfungsi.

Nora Danish dan keluarga terperangkap dalam lif selama satu jam.

Dalam laman Instagram milik Nora, artis itu menyatakan bahawa dia, kakaknya dan seorang pengawal peribadi terperangkap dalam lif selama satu jam dan cuba menghubungi penjaga lif selama sepuluh minit sebelum dijawab.

Menurut Nora lagi, dia marah apabila penjaga lif memberikan alasan bahawa perkara sebegitu selalu berlaku kerana ia sesuatu yang sangat merbahaya.-Awani-

Peraturan Ketika Hari Perkabungan Negara 22 Ogos 2014

Peraturan Ketika Hari Perkabungan Negara 22 Ogos 2014

Untuk makluman semua, YAB Timbalan Perdana Menteri telahpun membuat kenyataan akhbar baru-baru ini bahawa pada hari JUMAAT,22 OGOS 2014, telah diisytiharkan sebagai HARI PERKABUNGAN NEGARA sejajar dengan ketibaan jenazah mangsa tragedi MH17 ke Malaysia.

HARI PERKABUNGAN NEGARA
ini adalah bertujuan menzahirkan rasa dukacita seluruh rakyat Malaysia ke atas mangsa tragedi tersebut. Sehubungan dengan itu, bersama-sama ini disertakan peraturan yang ditetapkan oleh Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa, JPM yang perlu dipatuhi dan dilaksanakan oleh semua semasa HARI PERKABUNGAN NEGARA pada  JUMAAT,  22 OGOS 2014,   iaitu : 

i.          Bendera Malaysia hendaklah dikibarkan separuh tiang di seluruh negara pada hari berkenaan;

 ii.         Semua acara yang berunsur hiburan ditangguhkan pada hari berkenaan;

iii.       Pakaian hendaklah warna-warna yang suram dan tidak warna terang / garang. Bagi yang beragama Islam dan terlibat secara langsung, mereka (termasuk petugas media) digalakkan memakai songkok (TANPA lilitan warna putih); manakala, pegawai / petugas wanita perlu memakai selendang hitam; dan


iv.        Pada hari berkenaan juga, rancangan hiburan pada semua saluran radio dan televisyen hendaklah ditangguhkan dan diganti dengan bacaan Al-Quran dan program berunsur keagamaan.”

Atas keperhatinan dan kerjasama Tuan / Puan dalam memastikan HARI PERKABUNGAN NEGARA berjalan dengan lancar, didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.


Sumber: Unit Komunikasi Korporat, Jabatan Perdana Menteri

Siapa Bakal MB Baru Selangor?

Siapa Bakal MB Baru Selangor?

1.Siapakah yang bakal menggantikan TS Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar sememangnya menarik.

2.Walauapapun, kita perlu merujuk kepada Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor (UUTNS) untuk mencari jawapannya.

3.Tidak satu perenggan pun di dalam UUTNS yang menyatakan bahawa seorang menteri besar itu perlu lahir dan membesar di Negeri Selangor. Ianya merupakan satu “convention” yang difahami oleh semua orang.

4. Tetapi dari sudut undang-undang kita perlu sedar bahawa di dalam Perkara 51 UUTNS telah dinyatakan syarat-syarat untuk seseorang itu layak untuk menjadi Menteri Besar di Negeri Selangor.

5. Perkara 51 UUTNS menyatakan bahawa hanya Yang Amat Mulia Paduka Sultan Selangor mempunyai kuasa untuk melantik Menteri Besar. Perkara 51 (2) pula menyatakan bahawa seorang Menteri Besar itu hendaklah dari bangsa Melayu dan beragama Islam.

6. Tidak dinyatakan pula di dalam mana-mana peruntukkan bahawa hanya “anak kelahiran Selangor” sahaja yang berkelayakan untuk menjadi Menteri Besar. Tetapi ianya boleh dikira sebagai pilihan Sultan bahawa Menteri Besar yang ingin dilantik oleh Baginda mestilah rakyat yang lahir di dalam negeri Selangor.

7. Perkara yang sama juga tertakluk kepada Setiausaha Kerajaan Negeri, hanya Islam & Melayu sahaja yang dinyatakan.

8. Namun apa yang menarik di dalam UUTNS ialah perenggan dibawah Perkara 53 (3) dimana ia menyatakan bahawa Menteri Besar tidak boleh dipilih dari kalangan warganegara Malaysia yang memiliki kewarganegaraan secara “naturalisasi” dan juga kewarganegaraan mengikut Perkara 17 Perlembagaan Malaysia.

9. Perkara 17 Perlembagaan Persekutuan Malaysia (yang telah dipinda) menyatakan kewarganegaraan seseorang semasa beliau sedang bermastautin di Malaysia ketika hari merdeka 31 Ogos 1957.

10. Terma “naturalisasi” mempunyai banyak penterjemahan. Kebanyakkan negara yang mengambil pendekatan bahawa sekiranya seseorang itu, lahir di negara lain dan berdaftar sebagai warganegara mereka akan dikira sebagai warganegara yang telah di”naturalisasi”kan.

11. Naturalisasi berlaku samada dengan tindakan ataupun dengan tiada tindakan. Contohnya apa yang berlaku di Soviet Union (USSR) yang merupakan satu empayar besar sebelum berakhirnya Perang Dingin.

12. Seorang rakyat Soviet Union yang lahir di Uzbekistan tetapi setelah USSR berpecah beliau menetap di Turkemenistan. Maka beliau di neutralisasikan di Turkemenistan yang merdeka dan menjadi rakyat di sana. Orang ini dikira sebagai warganegara yang telah di”neutralisasi”.

13. Perkara yang sama berlaku di Persekutuan Tanah Melayu apabila perpecahan berlaku sebelum dan selepas pembentukkan Malaysia. Kita semua tahu bahawa Brunei dan Singapura adalah kedua-duanya pernah atau ingin menganggotai Persekutuan Malaysia.

14. Sekiranya rakyat yang lahir di negara-negara ini ingin menjadi warganegara, mereka akan melalui satu proses Naturalisasi yang membenarkan mereka untuk menjadi warga Malaysia yang sah.

15. Jabatan Pendaftaran Malaysia juga telah menetapkan bahawa warganegara yang yang datang dari proses seperti ini ditandakan sebagai nombor 71 di dalam kad pengenalan mereka.

16. Bukan kerana diskriminasi, tetapi mungkin ada atas sebab-sebab keselamatan tindakan ini dilaksanakan. No 71 juga ditandakan kepada semua warganegara Malaysia yang lahir di luar negara.

17. Berbalik kepada isu diatas, kedua-dua “calon Menteri Besar” ini mempunyai nombor 71 tertera di dalam kad pengenalan mereka.

18. Mereka adalah produk naturalisasi kewargaan negara. Kita sudah mengetahui bahawa perlantikkan Menteri Besar Selangor perlu mematuhi UUTNS dan juga perkenan Yang Amat Mulia Sultan Selangor.

19. Apakah perlantikkan pada kali ini bakal melanggar bukan sahaja UUTNS dan juga bakal mengundang murka Sultan dengan membelakangkan pilihan baginda?


SUMBER

Friday, August 15, 2014

Rindu Awak 200% Full Episod Tonton Online

Rindu Awak 200% Full Episod Tonton Online

Rindu Awak 200% Full Episod Tonton Online : SINI

Creative Skill Solution membawakan drama adaptasi novel bertajuk Rindu Awak 200% hasi karya Liyana Zahim. Drama bersiri 28 episod ini diarahkan oleh Aidilfitri Mohamed Yunos dan skrip oleh Nieza Nahar. Menampilkan gabungan pelakon Zul Ariffin dan Ayda Jebat sebagai peneraju utama. 

Pelakon lain seperti Ika Nabella, Jonathan Putra, Mimi Ernida, Zuhairi dan ramai lagi. Peminat novel semestinya tertungu-tungu drama ini kerana novel Rindu Awak 200% antara novel yang paling laris dijual pada tahun 2013. Saksikan drama bersiri Rindu Awak 200% bersiaran mulai 15 Julai 2014, tayangan setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00 malam di slot Akasia TV3.

Rindu Awak 200% Full Episod Tonton Online : SINI

Zill Faezrul Iqbal – Jiwa Armel Aisya jadi nanar apabila teringat nama ini. Bersifat tenang tapi bermulut celopar sungguh menjengkelkan hati Armel Aisya. Tapi, dia tak boleh banyak bunyi. Dia sendiri yang memilih lelaki itu untuk menjadi suaminya.


Ibarat minyak dengan air, mereka tak boleh bersatu. Akibatnya rumah tangga mereka tidak pernah aman! Penyudahnya Armel ke utara, Faezrul ke selatan. Namun, semakin Faezrul tidak peduli, semakin sakit hati Armel.


Rindu Awak 200% Full Episod Tonton Online : SINI

Misteri Faezrul yang kejap hilang kejap ada di rumah, menimbulkan tanda tanya di kepala Armel. Mustahil seorang lelaki kampung yang bekerja sebagai juruteknik mampu memiliki kereta Range Rover Evoque!


Siapa lelaki ini? Mungkinkah dia suku sakat Jula Juli Bintang Tujuh?
PELAKON : Zul Ariffin, Ayda Jebat, Jonathan Putra, Karl Syafiq, Mimi Ernida, Adeline Tsen, Ika Nabila, Mia Ahmad, Zuhairi Ibrahim, Fazlina Ahmad Daud, Niena Bahrain, Afzan A.Rahman, Beego

Thursday, August 14, 2014

Harga Perodua Axia Dari RM24,900.00

Harga Perodua Axia Dari RM24,900.00

Perodua AXIA merupakan model baru Perodua 2014 yang menggantikan Perodua Viva. Harga yang ditawarkan untuk model AXIA ini adalah bermula dari RM 24,900.00.

Berita baik buat rakyat Malaysia kerana dengan ciri-ciri kenderaan mampu milik mungkin model ini akan mendapat sambutan luar biasa dari rakyat negara kita sendiri.

Tempahan (booking) Perodua Axia baru ini boleh anda lakukan pada 15 Ogos 2014 disemua 180 pengedar rasmi Perodua di seluruh Semenanjung Malaysia dengan bayaran sebanyak RM250 ~ RM300 bergantung kepada variant yang anda tempah.

Terdapat empat variant Perodua Axia yang akan dikeluarkan iaitu Standard E (variant asas yang berharga RM24,900), Standard G, Special Edition (SE) dan Advance. Namun begitu spesifikasi setiap variant masih belum didedahkan. Hanya harga variant Standard E yang dikeluarkan menjadi penanda aras permulaan harga model ini.

Satu lagi berita baik yang diumumkan Perodua adalah buat pertama kalinya, Perodua memberikan jaminan selama 5 tahun untuk model Perodua Axia ini.


Tempahan Nombor Plat BMW 1-9999 Kini Dibuka

Tempahan Nombor Plat BMW 1-9999 Kini Dibuka


JPJ Selangor melalui kenyataan media mengesahkan telah membuka tempahan untuk nombor pendaftaran kenderaan BMW.

Tempahan dibuka dari 12 Ogos sehingga 28 Ogos 2014.

Untuk maklumat lanjut sila layari laman web JPJ dan berhubung terus dengan JPJ Selangor.

Panduan bagaimana memohon tempahan pendaftaran nombor pendaftaran juga boleh didapati di lawan web JPJ.


Wednesday, August 13, 2014

Pelawak Maidin Meninggal Dunia

 

Pelawak Maidin Meninggal Dunia


Alfatihah

ALOR SETAR: Pelawak veteran, Maidin Ibrahim, 76, meninggal dunia akibat serangan jantung di rumahnya di Kampung Pokok Tai, Gurun, jam 2 petang tadi.

Allahyarham yang juga dikenali sebagai Pak Tam atau mesra dipanggil Mamu, meninggalkan seorang balu, Habira Ibrahim dan lima anak serta tiga orang cucu.

Maidin yang dilahirkan di Pokok Keras, Bagan Lalang, Butterworth itu mula menceburi bidang seni sejak 1950 bersama kumpulan boria di kampungnya.

Takziah untuk keluarga. Al Fatihah.

Live Streaming JDT vs Kelantan Piala Malaysia 13 Ogos 2014



Live Streaming JDT vs Kelantan Piala Malaysia 13 Ogos 2014

Siaran Langsung JDT vs Kelantan 2014

Seperti yang sedia maklum perlawanan Piala Malaysia akan bermula pada malam ini. Jadual penuh Piala Malaysia 2014 sila rujuk SINI

Beberapa perlawanan akan berlangsung malam ini dan beberapa perlawanan akan berlangsung malam esok.

Bagi yang tidak menyaksikan perlawanan antara JDT vs Kelantan di televisyen admin kongsikan link untuk korang menonton di internet.

Live Streaming JDT vs Kelantan Piala Malaysia 13 Ogos 2014 Link 1

Live Streaming JDT vs Kelantan Piala Malaysia 13 Ogos 2014 Link 2

Admin tidak bertanggungjawab atas sebarang masalah teknikal admin hanya berkongsi pautan sahaja.


FB Datin Sri Linda Rahman Adalah Palsu


FB Datin Sri Linda Rahman Adalah Palsu

Sekarang tengah hot tentang cerita seorang yang bernama Datin Sri Linda Rahman yang "upload" gambar selfie terlampau di instagram dan FB nya.

Tetapi setelah disiasat akan kesahihan cerita tersebut ternyata gambar tersebut adalah kepunyaan orang lain.

Berkemungkinan ada individu yang tidak bertanggungjawab menggunakan nama datin tersebut bagi tujuan memalukan atau memburukan nama datin tersebut. Tetapi itu tidak dapat dipastikan.

Gambar yang dimuat naik atas profil FB dan instagram Datin Sri Linda Rahman tersebut adalah milik seorang model Indonesi iaitu Sisca Melliana.

Untuk berita penuh sila ke : SINI